• Tidak ada hasil yang ditemukan

Antara suami dan isteri tidak ada lagi perasaan kasih yang pernah dikenali oleh sebuah keluarga Islam yang disebut oleh Al Quran sebagai

sakinah, mawaddah dan rahmat. Begitu juga perhubungan antara

saudara kandung, anak dengan ibubapa mulai pudar apatah lagi

hubungan dengan mereka yang di luar ikatan keluarga.

Pertukaran timbal-balik manfaat, kesenangan dan kepentinganlah yang menjadi pengikat utama yang menghubungkan antara satu dengan yang lain. Hal ini didapati dalam kata-kata seorang ahli politik barat:

“Kita tidak memiliki teman yang tetap, tidak pula musuh yang tetap, yang ada hanyalah kepentingan yang tetap”.

Di Britain telah muncul fenomena bahawa ibubapa menjual anak-anak kecil agar mereka dapat membeli pelbagai barangan seperti rumah kecil, televisyen atau peti sejuk elektrik. Mereka telah menjual anak-anak kecil mereka pada tahun 1959 dan telah mencapai angka tiga ribu orang. Ibubapa yang menjual anak-anak kecil mereka ini adalah pasangan suami isteri yang sah.

Dalam masyarakat barat muncul masalah anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang keluarga atau ibubapa disebabkan kedua-dua mereka sibuk bekerja. Di sana juga ada fenomena dinamakan ‘rumah roboh’ (broken house) yang berpunca dari kebebasan pergaulan antara lelaki dan wanita sehingga banyak berlaku kes perceraian. Anak-anak dalam rumah ini tidak mendapat didikan dan penjagaan secara fitrah dari kedua ibubapa mereka. Mereka mengalami masalah kejiwaan dan memberontak termasuk lari dari rumah dan sekolah. Usaha ahli psikologi dalam menangani penyakit sosial ini gagal sehingga ke hari ini.

Perkembangan paling baru yang terjadi di Amerika sekarang mengenai tuntutan kaum lelaki ke atas wanita bila terjadi perceraian antara seorang suami miskin atau kelas pertengahan dengan isteri yang kaya atas dakwaan persamaan hak. Nisbah wanita yang berpendapatan besar meningkat jumlahnya secara mendadak. Mereka menghadapi masalah besar sekiranya kehidupan rumahtangga mereka berakhir atas apa sebab sekalipun sekiranya suami mereka mempunyai pendapatan yang lebih kecil. Pihak suami biasanya akan menuntut pihak isteri menyara hidup mereka. Masalah ini telah ditulis oleh wartawan Mesir, Maha Abdul Fatah yang dikirimnya dari Amerika kepada akhbar harian Akhbar Al Youm dalam edisinya pada 6 Ogos 1994.

Di antara perkara pelik yang direka oleh tamadun barat adalah apa yang dikenali sebagai ibu sewaan atau ibu yang diwakilkan.Orang barat telah mempermainkan makna keibuan yang mulia. Mereka mahu menjadikan makna keibuan sekadar menghasilkan sel telur. Apabila sel telur itu bersenyawa dengan benih suani atau mana-mana lelaki, dia berhak menjadi ibu walaupun dia tidak pernah hamil atau melahirkan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menyewa rahim seorang wanita lain dengan upah atau bayaran dengan tujuan mendapat zuriat sedangkan siibu tidak pernah merasai kesulitan hamil, kepayahan mengandung, kesakitan melahirkan dan kesusahan menyusu. Bahkan lebih jauh dari itu mereka telah lari dari pemikiran untuk melahirkan. Ia telah menjadi fenomena umum yang tersebar di negara-negara barat secara keseluruhan.

Apa yang lebih parah dan meluas di barat ialah sikap menentang pembentukan keluarga melalui perkahwinan. Kebebasan seksual yang terdapat di barat adalah ajakan kepada kebebasan dari ikatan tradisi. Dunia barat telah membebaskan diri dari ajaran Kristian yang melarang perceraian sama sekali.

Ramai lelaki lebih menyukai hidup bersama wanita yang dicintai tanpa adanya sebarang ikatan. Mereka hidup bersama selama mereka masih suka dan berpisah bila kehidupan mereka sudah bergoncang tanpa adanya sebarang komitmen pada undang-undang dan akhlak.

Di antara perkara yang diajukan dalam Seminar di Kaherah adanya ‘keluarga terdiri dari satu kelamin’ yang terdiri dari pasangan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Sudah tentu ia mendapat kecaman yang hebat dari negara-negara Islam. Dalam Islam, Allah telah mencipta manusia berpasang-pasangan sebagaimana yang termaktub dalam Al Quran seperti surah An Naba :8, Yasin:36, Al Zariyat:49 dan Al Syu’ara: 165-166.

Inilah tamadun barat pada hari ini yang cuba menjadikan amalan kaum Nabi Luth sah di sisi undang-undang dan mahu menjadikan ia suatu amalan yang dibenarkan di peringkat antarabangsa. Selain itu ada juga di barat keluarga yang dikenali sebagai keluarga tanpa bapa. Wanita-wanita yang inginkan keturunan dan mendapat anak yang cerdas dengan hanya menggunakan bantuan bank sperma. Seolah-olah mereka telah melupakan bentuk institusi keluarga yang tradisi. Inilah pemikiran yang akhirnya akan menjejaskan tujuan kehidupan berkeluarga yang sebenar dalam Islam.

5.6.3 KEGELISAHAN JIWA

Tidak menghairankan setelah tersebarnya dalam masyarakat bekunya rasa kemanusiaan, terungkainya hubungan kekeluargaan dan runtuhnya akhlak, manusia selepas itu akan mengeluh gelisah dan pesimis memandang kehidupan serta sulit menghadapi kehidupan. Mereka akan membenci segala yang ada, khususnya masyarakat yang menganut fahaman materialisme, hilang jiwa keimanan kepada Allah, hari kiamat serta nilai-nilai tinggi.

Seorang wartawan Mesir- Anis Mansur telah menulis tentang apa yang beliau saksikan sendiri di Hollywood, sebuah kota para bintang filem Amerika di bawah judul “orang-orang putus asa di sini,’ beliau menulis:

“Manusia di Amerika menyembah sistem, bukan kerana manfaat yang didatangkan oleh sistem itu, tetapi sekadar mentaati peraturan, taat kepada kumpulan dan institusi sebab kehidupan individu dalam masyarakat tidak mempunyai erti tersendiri, yang ada hanyalah erti secara keseluruhan dengan orang lain. Rasa kekosongan adalah perasaan yang paling menonjol bagi remaja di Amerika. Mereka kosong, rasa kehilangan dan tidak peduli kepada apapun. Mereka sebenarnya ingin hidup damai bersama diri mereka sendiri dan orang lain. Tetapi saraf manusia di Amerika tanpa ragu lagi telah rosak”

Natijah dari rasa kegelisahan dan kekosongan jiwa yang dialami oleh manusia di barat ialah munculnya kelompok-kelompok yang dikenali dengan nama Hippies dan Vagabond dan lain-lain hasil dari tamadun realistik barat. Golongan ini merupakan contoh pemberontakan terhadap tamadun barat yang bersifat materialistik yang mengalami kehausan jiwa, yang kekosongan

pemikiran mereka tidak diisi, tidak memberi jawapan kepada kebingungan yang di alami dan tidak memberi penjelasan tentang tujuan hidup dan wujudnya mereka di bumi. Oleh itu mereka tenggelam dalam lumpur minuman keras dan dadah sehingga mereka tidak dapat mengenali diri dan alam persekitaran mereka lagi. Kemudian mulalah mereka mencari sesuatu yang lain yang tidak bersifat material lalu menggantungkan diri mereka apa yang disebut sebagai “menghadirkan ruh” nampaknya pengaruh dadah ini membuat mereka berasa bahawa rohnya benar-benar datang dan mereka dapat melihatnya dengan mata kepala mereka sendiri.

Di antara fenomena kegelisahan yang paling menonjol dalam tamadun moden ialah meluasnya penyakit kegelisahan jiwa yang membuat manusia menjadi tawanan dirinya di tengah kedamaian masyarakat. Hidupnya berubah menjadi neraka sedangkan di tangannya ada kekayaan dan di kelilingnya ada peralatan untuk bersenang lenang.

Di antara wanita yang mengalami nasib seperti ini ialah Garetta Garbo yang pernah menjadi bintang filem terulung di Amerika, namun setelah usianya lanjut dia tidak lagi menjadi barang dagangan yang laris di Hollywood sehingga sampai ke tahap dia kehilangan teman-temannya. Tidak seorangpun yang menziarahi rumahnya. Dia menjalani usia tuanya dalam keadaan keseorangan hingga ketika merayakan ulang tahunnya yang ke-75 pada 18 September 1980 dia sendirian tanpa didampingi oleh sesiapapun. Ketika ditanya oleh penulis biografinya apakah dia berasa menyesal tidak berkahwin? Beliau menjawab dengan penuh penyesalan: “saya yakin bahawa saya telah melakukan kesalahan yang besar dengan tidak berkahwin”.

Kisah Marlyn Monroe yang dipandang artis paling terkenal di Amerika Syarikat kerana kecantikan dan daya tarikannya, walaupun dengan populariti serta kemewahan duniawinya, ternyata dia hidup dengan kesedihan dan kekosongan jiwa di tengah keramaian manusia. Meskipun gambarnya dengan senyuman yang ceria dan menghiasi halaman akhbar dan majalah, ternyata di sebalik itu dia menyembunyikan penderitaan batin yang amat mendalam dan berpanjangan. Akhirnya dia memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan menelan ubat tidur dengan jumlah yang banyak melebihi dos yang dibenarkan walaupun usianya belum melebihi 36 tahun pada saat dia membunuh diri pada 5 Ogos 1962.

5.6.4 KECELARUAN AKAL

Krisis tamadun barat tidak hanya pada pengaruh-pengaruh yang mengerikan seperti keruntuhan akhlak, keretakan keluarga, kecemasan bahkan terus bertambah berdasarkan apa yang kita baca daripada pertambahan berterusan jumlah yang menderita kerana gangguan mental dan saraf.

Di seluruh Amerika Syarikat, jumlah orang yang mengalami cacat akal lapan kali lebih banyak dari jumlah pesakit-pesakit lain. Pada setiap tahun orang yang masuk ke klinik-klinik kesihatan bagi penyakit cacat akal sekitar 86,000 kes baru. Pada tahun 1992 jumlah orang gila yang menghuni rumah sakit jiwa milik kerajaan mencapai jumlah 340,000 orang gila dan yang mendaftar di

klinik-klinik swasta mencapai angka 81,850 orang. Jumlah yang keluar setelah sembuh sekitar 10,931 orang. Diperkirakan bahawa ada lagi ratusan ribu orang yang tidak masuk bancian rasmi yang mengalami gangguan jiwa.

5.6.5 JENAYAH DAN KETAKUTAN

Berikut adalah petikan dari sebuah rencana terbitan Majalah Kuwait Al-Arabi yang berjudul ‘Amerika Hidup Dalam Ketakutan’:

“Jenayah menyerbu Amerika”. Tindakan jenayah dalam berbagai bentuknya ada di setiap tempat di kota, di desa, di perlembahan yang tenang, di sejumlah besar negara Amerika Syarikat di utara dan selatannya, timur dan baratnya, jenayah dengan segala jenisnya….pembunuhan dan rompakan, penyerangan dan samun, peras ugut dan mengacukan senjata”

Di sana terdapat jenayah pembunuhan yang terjadi pada setiap 24 minit, kecurian pecah rumah setiap 10 saat dan wanita diperkosa setiap 7 minit.

Dalam satu kajian baru yang berjudul ‘Laporan Fiji’ tentang pengaruh jenayah terhadap keadan psikologi masyarakat Amerika yang dilakukan terhadap lebih dari 1000 orang di seluruh Amerika Syarikat para pengkaji membuat kesimpulan di antaranya ialah:

(a) 4 dari 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran penjenayah.

(b) rasa takut mencapai 52 dari warga bandar besar, 41 di bandar-bandar kecil dan 31 di wilayah pinggiran bandar serta desa.

(c) 52 mengaku memiliki senjata untuk tujuan membela diri.

(d) 9 dari 10 warga Amerika mengunci rumah mereka dengan selak kunci dan mengenalpasti setiap tetamu yang datang sebelum membuka pintu.

(e) 7 dari 10 mengunci pintu kereta mereka ketika memandu.

(f) 6 dari 10 menghubungi tetamu atau sanak saudara yang mengunjungi rumah mereka melalui telefon untuk memastikan mereka selamat pulang ke rumah.

(g) 50 lebih suka keluar dengan berpakaian biasa dan sederhana yang tidak menarik perhatian jenayah.

(h) 63 menyokong supaya pihak polis diberi kuasa lebih yang mempunyai kuasa bertindak terhadap orang yang dicurigai.

(i) Lebih 50 bersetuju membayar cukai tambahan dengan syarat wang itu digunakan untuk mendokong perlindungan polis terhadap mereka.

(j) Majoriti besar menuntut supaya dijatuhkan hukuman berat dan penjara dalam tempoh yang lama bagi mereka yang melakukan jenayah berat.

(k) 2 dari 3 orang menuntut agar dijalankan hukuman bunuh terhadap penjenayah kejam.

Laporan itu di dalam penutupnya menyatakan:

“Amerika sekarang hidup dalam cengkaman rasa takut yang baru dan terus bertambah dari hari ke hari. Rasa takut menjadi korban jenayah, rasa takut dari korban kekerasan terhadap fzikal dan rasa takut dari kehilangan harta kekayaan. Amerika sekarang hidup dalam rasa ketakutan antara sesama mereka”

KESIMPULAN

Daripada fakta-fakta yang dipaparkan, jelas bahawa budaya dan tamadun barat berada dalam keadaan yang amat parah. Ditakuti cara hidup mereka menjadi ikutan oleh generasi muda dunia Islam yang akan merobohkan institusi umat Islam secara keseluruhan. Pohon yang kuat dan besar sekalipun tidak boleh hidup di atas tanah yang lembut dan tidak akan mampu bertahan lama. Oleh itu umat Islam amnya dan generasi muda khususnya hendaklah kembali kepada sistem serta institusi umat Islam yang sedia ada yang telah terbukti mampu membawa kebahagiaan kepada manusia sejagat.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Berikan maksud tamadun dari segi bahasa dan istilah. 2. Jelaskan sumber tamadun Islam secara ringkas.

3. Senaraikan tiga sumbangan dari tamadun China dan Mesir. 4. Apakah faktor kejayaan dan kemerosotan Tamadun Islam? 5. Bincangkan kelemahan tamadun barat secara ringkas.

RUJUKAN

1. Abu ‘Urwah (1988), Risalah Usrah (Jilid 1), Kuala Lumpur: Pustaka Salam. 2. Azhar Hj. Mad Aros et.al. (2001), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.

3. Esa Khalid (2001), Konsep Tamadun Islam Sains Dan Teknologi, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

4. Mustafa Hj. Daud (2000), Tamadun Islam (Edisi Maktab Perguruan)

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

5. Yusuf al-Qardhawi (Dr) (1999), Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, (Terjemahan oleh Ustaz Hj. Juanda Haji Jaya), Selangor: Maktabah al-Qardhawi.

BAB 6: ISLAM DAN CABARAN SEMASA

PENGENALAN

Dewasa ini pelbagai bentuk keruntuhan akhlak yang berlaku di kalangan remaja. Setiap masalah keruntuhan akhlak yang berlaku berkembang mengikut perkembangan teknologi yang semakin pesat. Pelbagai budaya-budaya barat menular dengan cepat di kalangan masyarakat. Begitu juga kerancakan masyarakat pada hari ini dalam mengharungi dunia sains dan teknologi maklumat yang serba canggih sedikit sebanyak menyumbang ke arah keruntuhan akhlak dan moral apabila ia tidak diberi kawalan dan bimbingan yang sepatutnya.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:

1. Menyenaraikan punca-punca permasalahan kepada keruntuhan akhlak. 2. Menjelaskan cara-cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak.

3. Menjelaskan beberapa bentuk keruntuhan akhlak yang berlaku. 4. Memberikan maksud etika dan sains.

5. Menerangkan sifat dan peribadi ahli sains.

6.1 KERUNTUHAN AKHLAK

6.1.1 BENTUK-BENTUK KERUNTUHAN AKHLAK

i. ARAK

Maksud arak dari segi bahasa ialah diambil daripada perkataan al-khamru yg bererti menutupi. Dari segi istilah pula : Setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan buah-buahan atau bijirin. Dalam istilah lain, arak juga dikenali sebagai minuman beralkohol dan boleh menyebabkan mabuk. Oleh itu, ia tidaklah terhad dan terbatas kepada arak yang dihasilkan daripada anggur. Arak yang dihasilkan dari campuran bahan kimia atau sebagainya selagi ianya memabukkan tetap haram hukumnya.

Dokumen terkait