• Tidak ada hasil yang ditemukan

Babylon terletak di bahagian selatan Bandar Baghdad Iraq meliputi kawasan sungai Tigris dan Sungai Eupharates yang hamper bercantum. Di sana wujudnya Taman Tergantung Babylon iaitu salah satu tujuh benda ajaib di dunia. Taman ini dibina pada zaman pemerintahan Nebuchadnezzar II untuk isterinya. Senibina taman ini dibina bertingkat-tingkat, berbentuk teres dan dipenuhi pokok buah-buahan, pokok bunga, air terjun dan binatang.

5.3.2 Sumber Sokongan Dari Akal

Akal fikiran merupakan sumber pembinaan tamadun Islam selepas wahyu. Akal mempunyai fungsi yang besar iaitu kebolehan mengamati sesuatu yang bermakna, kefahaman, menerangkan dan menggambarkan sebab dan akibat sesuatu serta membuat keputusan atau pertimbangan, mereka cipta, berkreativiti dan berinovasi.

Contohnya manusia genius di kalangan umat Islam seperti Ibnu Khaldun yang merupakan tonggak pembinaan dan pencapaian tamadun manusia dan ramai lagi. Mereka yang telah berkembang inteleknya ialah mereka mampu mencipta seribu satu alat teknologi canggih, mikro dan tinggi di sepanjang sejarah tamadun Islam. Itulah puncak tamadun atau kemajuan. Namun jika akal ini tidak dibimbing oleh wahyu ia boleh merosakkan dan memusnahkan tamadun manusia apabaila akal digunakan untuk mencipta alat teknologi yang boleh merosakkan keselamatan agama, akal, maruah, keturunan, tubuh badan dan harta benda.

Bagaimanapun, wahyu adalah sumber sebenar ilmu dalam tamadun Islam, manakala sumber sokongan adalah proses untuk menyebar dan meluaskan ilmu sahaja.

5.4 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN TAMADUN ISLAM

5.4.1 EKONOMI

Al-Quran dan hadis banyak menyarankan tentang pentingnya ilmu pengetahuan serta menggalakkan agar berusaha gigih para pemimpin, menguasai ilmu juga membawa kesan positif dalam peningkatan ekonomi.

Dengan itu nyatalah bahawa ekonomi dalam Islam adalah selari dengan agama itu sendiri, di mana ekonomi menitik beratkan soal kebendaan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun segala kepakaran itu hendaklah digunakan untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Dengan ini jelas bahawa Islam membangun ekonomi berdasarkan beberapa prinsip:

 Menjamin kepentingan umum

 Islam mengharuskan pemimpin mengambil milik

 Islam mengharuskan pemimpin mengambil tindakan inisiatif melahirkan perimbangan ekonomi

 Menyempitkan bidang hak berkekalan pada milik perseorangan  Menyempitkan daerah kebebasan mengurus milik perseorangan

5.4.2 POLITIK

Politik yang kukuh adalah faktor utama dalam menentukan kejayaan tamadun. Politik yang kukuh dan kepimpinan yang berwibawa serta bijaksana akan menjadikan tamadun sesuatu kaum itu berjaya sehingga dijadikan sebagai pegangan untuk masa hadapan.

Kecemerlangan pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a walau pun ia agak singkat iaitu dua tahun enam bulan sahaja. Beliau banyak menerima cabaran dari umat Islam sendiri. Antara cabaran yang besar dihadapi ialah golongan yang ingkar mengeluarkan zakat. Perkara ini adalah merupakan masaalah prinsip ketamadunan dari segi akidah. Kejayaan beliau mengatasi perkara tersebut menjadikan politik semakin stabil. Begitu juga dengan kejayaan beliau dalam memerangi golongan orang-orang yang murtad di bawah kepimpinan Musailamah al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi palsu dan ia mati dibunuh di Yammah.

Suasana politik agak berkocak semula apabila Khalifah Abu Bakar gering, akan tetapi kebijaksanaan khalifah dalam mengatasi masalah tentang penggantinya dengan mencadangkan Saidina Umar r.a. mengambil alih tampok pimpinan tersebut. Pada zaman Saidina Umar r.a pula banyak berlaku perubahan yang berkaitan dengan ketamadunan ummah, antaranya ialah:

 Meneruskan perancangan Saidina Abu Bakar  Menyusun pentadbiran Negara

 Teliti dalam semua urusan  Urusan kehakiman

 Membentuk Diwan/Jabatan-jabatan

 Mengemaskini Diwan al Jund (Jabatan Ketenteraan)  Diwan Kharaj (Jabatan Percukaian)

 Diwan al Barid (Jabatan Pos)  Penubuhan Baitulmal

Faktor sosio politik dalam kecemerlangan tamadun Islam tidak terlepas dari tiga asas panduan pokok iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas tersebut adalah sebagai dasar terhadap sistem pemerintahan dalam Islam. Di mana wujudnya interaksi diantara pemimpin dengan rakyat secara bersepadu mengutamakan ajaran berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadis, ketua negara dilantik secara bai’ah dan dipersetujui oleh rakyat serta hak dan tanggungjawab sebagai warganegara Islam dititik beratkan.

Dalam kecemerlangan tamadun Islam faktor kestabilan politik amat penting bagi ummah dalam sebuah negara. Ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat seuatu keputusan. Keputusan tersebut wajib berdasarkan kepada hukum syarak supaya berlaku keadilan yang saksama di kalangan rakyat. Sifat amanah dan sikap sederhana perlu ada pada pemimpin, tidak bangga dengan kepimpinan kerana tanggungjawab yang berat itu akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Sehubungan dengan itu rakyat mempunyai kebebasan dalam kehidupan. Kebebasan ini tidak bermakna kebebasan tanpa batasan. Antara kebebasan yang dibenarkan oleh Islam ialah:

 Kebebasan beragama

 Kebebasan mengemukakan pendapat  Kebebasan mencari nafkah

 Kebebasan tempat tinggal

5.4.3 SOSIAL

Aspek sosial juga adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan tamadun. Antara aspek yang banyak mempengaruhi kecemerlangan tamadun ialah aspek agama. Agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun. Di tanah Arab, agama masyarakat Arab jahiliyah adalah agama yang diwarisi oleh nenek moyang mereka iaitu agama menyembah berhala, namun keadaan telah berubah setelah kedatangan Islam ke tanah Arab. Beberapa perkara dan nilai penting telah dibina oleh Rasulullah SAW dalam usaha membina tamadun, antara nilai tersebut ialah akidah dan nilai-nilai Islam.

Ketamadunan Islam semakin terserlah apabila munculnya beberapa kerajaan Islam yang kukuh setelah wafat Rasulullah SAW Sebagai contoh zaman khalifah al-Ma’mun di Baghdad, Khalifah al-Hakam di Sepanyol dan Sultan Sulaiman al-Qanuni di Istanbul.

Kerajaan-kerajaan ini mempunyai ciri-ciri ketamadunan yang tinggi termasuklah sistem kepercayaan, pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial.

Manakala dalam tamadun Melayu pula, Melaka adalah adalah sebagai pusat ketamadunan Melayu-Islam di Asia, ia bermula pesat pada adab ke 15 terutama di rantau Alam Melayu. Perkembangan ini telah dibawa oleh pedagang Tanah Arab, India, Cina dan sebagainya. Banyak dari kalangan masyarakat pada masa itu telah memeluk Islam.Ini menjadikan Melaka semakin kukuh dan menyerlah. Islam telah berkembang dan banyak masjid didirikan untuk menyebarkan segala ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

5.5 FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM

Beberapa aspek yang berada di dalam diri masyarakat Islam itu sendiri menjadi penyebab kemunduran tamadun, antaranya ialah ketidakadilan dan unsur-unsur negatif. Ibnu Khaldun mendefinisikan ketidakadilan sebagai penyalahgunaan kuasa, mengambil hak orang lain, kerja bukan sukarela tetapi dengan paksa. Inilah penyebab kepada kemunduran tamadun dan seterusnya akan membinasakan umat manusia.

5.5.1 EKONOMI

Ekonomi boleh membantu dalam menjanakan sesuatu tamadun.Ekonomi juga boleh meruntuhkan ketamadunan manusia. Pengurusan ekonomi oleh kepimpinan yang boros, tidak bijak serta ketidakadilan dalam pengagihan ekonomi kepada rakyat, akhirnya rakyat akan memberontak untuk mencari sedikit habuan untuk hidup walau dalam apa cara sekalipun samada negara itu maju atau mundur. Ekonomi yang tidak stabil akan menjadikan ketamadunan juga akan hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya akan membawa kepada kejatuhan. Untuk membina tamadun yang sudah runtuh adalah sukar tanpa ekonomi yang kukuh serta politik yang stabil.

5.5.2 POLITIK

Faktor kemerosotan tamdun adalah bermula dari suasana tidak ada kestabilan politik. Pergolakan politik adalah disebabkan kepimpinan serta suasana rakyatnya. Perpecahan perpaduan akan menyebabkan wujud beberapa konflik dalaman.

Di samping pergolakan yang berlaku, faktor penyebabnya juga adalah daripada pemimpin yang tidak berakhlak yang menyebabkan rakyatnya juga tidak berakhlak. Nilai-nilai tidak sihat ini akan menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil kerana tiada pemimpin yang berwibawa, akibat daripada perpecahan dan kepimpinan yang buruk, maka akhirnya kerajaan tersebut akan merosot, lemah dan akhirnya mudah runtuh apabila diserang oleh musuh

.

5.5.3 SOSIAL

Faktor sosial adalah perkara utama dalam perubahan, samada kearah kejayaan atau kearah kemunduran tamadun. Ketamadunan Islam mula menampakkan kemerosotannya. Ini bermula daripada perselisihan, pemimpin yang tidak ikhlas dalam melaksanakan perubahan.

Kemerosotan tamadun jelas dapat dilihat pada zaman hayatnya Firaun, Qarun dan sebagainya. Faktor sosial dan sikap (akidah) menjadikan ia manusia yang dimurkai oleh Allah. Kesemua mereka tidak mengakhiri hayatnya dengan taubat, akan tetapi akhirnya mati dalam kesesatan.

Kesimpulannya kejayaan dan kemerosotan tamadun adalah di sebabkan kepimpinan pada zaman tesebut. Kepimpinan dan ekonomi yang tidak terurus serta tidak mempunyai kecekapan akan menjadi kejayaan tamadun yang dibina akhirnya akan beransur merosot seterusnya menjadikan ia akan hilang. Hanya ketamadunan tersebut ada pada nama sahaja pada masa akan datang.

5.6 KELEMAHAN TAMADUN BARAT

Tamadun barat telah melahirkan pengaruh-pengaruh negatif disamping kesan positifnya yang sekarang ini di alami oleh manusia. Di antara kesan negatifnya ialah keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga, kekacauan jiwa, kecelaruan akal serta jenayah dan ketakutan.

5.6.1 KERUNTUHAN AKHLAK

Kesan yang paling menonjol hari ini ialah terungkainya ikatan akhlak yang dibawa oleh setiap agama samawi. Barat tidak mungkin membuahkan hasil akhlak kemanusiaan yang dapat memperkukuhkan sendi binaan masyarakat. Buah yang dihasilkan adalah sama dengan jenis pokoknya. Ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT:

                    Maksudnya :

“Negeri yang baik, keluar tumbuh-tumbuhannya dengan izin Tuhannya. Negeri yang buruk tiada keluar tumbuh-tumbuhannya, melainkan dengan bersusah payah. Demikianlah Kami terangkan ayat-ayat itu bagi kaum yang berterima kasih”.

Satu laporan dari pertubuhan perubatan Britain yang dianggotai oleh wakil gereja, penyelidik sosial, ahli psikologi dan para professor universiti menyebut bahawa rasa takut yang bakal menimpa umat manusia adalah salah satu alasan yang menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang merasai kenikmatan yang tidak menghormati agama dan ilmu, mengenepikan ikatan keluarga dan tanggungjawab sosial. Para remaja sibuk mengumpul segala macam keseronokan hidup sebelum terlambat. Hubungan seks sebelum kahwin adalah satu perkara biasa.

Pihak pertubuhan menganggap tempat-tempat minum, kelab-kelab malam adalah antara faktor yang membawa kekacauan seks bebas di kalangan remaja. Apa yang lebih teruk lagi dalam perkara ini ada berlaku perkahwinan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita.

Dalam satu Seminar Antarabangsa Tentang Penduduk Dan Pembangunan yang diadakan di Kaherah pada 3 September 1994 di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tersemat agenda telah menimbulkan kemarahan dunia Islam seluruhnya. Pope Vatikan juga mengecam seminar ini yang agendanya membenarkan pencerobohan hak untuk hidup dan memperakui seks bebas dan penguguran anak atas alasan ledakan penduduk.

Roger Garaudy, seorang pemikir Islam Perancis menyatakan bahawa istilah ‘bom demografi’ atau ledakan penduduk hanyalah tipu helah semata-mata untuk mengukuhkan eksploitasi. Ancaman terhadap bumi sebenarnya bukanlah meningkatnya angka kelahiran bayi di dunia ketiga. Ancaman sebenar adalah eksploitasi negara-negara maju semenjak lima abad dan mereka cuba memaksa dunia melalui penjajahan dan berakhir dengan Tabung Kewangan Dunia (IMF).

Dokumen pengisytiharan seminar tersebut akan menghancurkan semua bentuk institusi keluarga yang menjadikan masyarakat tidak lebih dari individu -individu yang tidak mempunyai sebarang ikatan akhlak

5.6.2 KEMUSNAHAN KELUARGA

Masalah-masalah dalam tamadun tidak terhad kepada keruntuhan

Dokumen terkait