• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAFTAR ISI. Daftar Isi 1-4. Pengenalan 5. Objektif Pembelajaran 5. Hasil Pembelajaran 6. Bab 1: Konsep Ibadah Dalam Islam 7-13

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DAFTAR ISI. Daftar Isi 1-4. Pengenalan 5. Objektif Pembelajaran 5. Hasil Pembelajaran 6. Bab 1: Konsep Ibadah Dalam Islam 7-13"

Copied!
89
0
0

Teks penuh

(1)

DAFTAR ISI

KANDUNGAN

HALAMAN

Daftar Isi

1 - 4

Pengenalan

5

Objektif Pembelajaran

5

Hasil Pembelajaran

6

Bab 1: Konsep Ibadah Dalam Islam

7 - 13

1.1

Pengertian dan Dalil

1.2

Ciri-ciri Ibadah

1.3

Pembahagian Ibadah

1.3.1 Ibadah Khusus

1.3.2 Ibadah Umum

1.4

Hubungan Ibadah Dengan Ilmu Dan Amal

1.4.1 Hubungan Ibadah Dengan Ilmu

1.4.2 Hubungan Ibadah Dengan Amal

1.5

Matlamat Penciptaan Manusia

Bab 2: Solat

14 - 37

2.1

Konsep Solat

2.1.1 Hikmah Pensyariatan Solat

2.1.2 Rukun Solat

2.1.3 Syarat-syarat Wajib Solat

2.1.4 Syarat-syarat Sah Solat

2.1.5 Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat

(2)

2.1.7 Waktu-waktu Yang Dilarang Solat

2.1.8 Solat Dalam Keuzuran (Orang Sakit)

2.2

Solat Berjemaah

2.2.1 Kelebihan Solat Berjemaah

2.2.2 Syarat-syarat Imam

2.2.3 Syarat Sah Mengikut Imam

2.2.4 Susunan Saf Mengikut Imam

2.2.5 Masbuq Dan Muafiq

2.3

Solat Jumaat

2.3.1 Syarat Wajib Solat Jumaat

2.3.2 Syarat –syarat Sah Solat Jumaat

2.3.3 Rukun Khutbah

2.4

Solat Qasar Dan Jama’

2.4.1 Pembahagian Solat Jama’

2.4.2 Syarat-syarat Qasar Dan Jama’ Dalam Solat

2.4.3 Contoh Lafaz Niat Solat Dan Jama’

Bab 3: Aurat Dan Batas Pergaulan

27 – 37

3.1

Aurat

3.2

Aurat Lelaki Dan Perempuan

3.3

Hukum Dan Balasan Bagi Wanita Yang Mendedahkan Aurat

3.4

Implikasi Mendedahkan Aurat

3.5

Batas Pergaulan Dalam Islam

(3)

Bab 4: Hiburan Dalam Islam

38 - 49

4.1

Konsep Dan Dalil

4.2

Ciri-ciri Hiburan Dalam Islam

4.3

Perbezaan Antara Hiburan Islam Dan Bukan Islam

4.4

Nyanyian Dan Lakonan

4.4.1 Nyanyian (Seni Suara Dan Bunyi)

4.4.2 Lakonan

Bab 5: Konsep Peradaban Dan Tamadun

50 - 68

5.1

Pengertian Tamadun

5.1.1 Pandangan Sarjana Barat

5.1.2 Pandangan Sarjana Islam

5.2

Sumber Tamadun Islam

5.2.1 Sumber Wahyu

5.3

Sumber Sokongan

5.3.1 Sumber Sokongan Daripada Tamadun Silam

5.3.2 Sumber Sokongan Dari Akal

5.4

Faktor – faktor Kejayaan Tamadun Islam

5.4.1 Ekonomi

5.4.2 Politik

5.4.3 Sosial

5.5

Faktor-faktor Kemerosotan Tamadun Islam

5.5.1 Ekonomi

5.5.2 Politik

5.5.3 Sosial

5.6

Kelemahan Tamadun Barat

5.6.1 Keruntuhan Akhlak

5.6.2 Kemusnahan Keluarga

(4)

5.6.3 Kegelisahan Jiwa

5.6.4 Kecelaruan Akal

5.6.5 Jenayah Dan Ketakutan

Bab 6: Islam Dan Cabaran Semasa

69 - 90

6.1

Keruntuhan Akhlak

6.1.1 Bentuk-bentuk Keruntuhan Akhlak

6.1.2 Faktor-faktor Berlakunya Keruntuhan Akhlak

6.1.3 Cara Mengatasi Keruntuhan Akhlak

6.2

Sains,Teknologi dan ICT

6.2.1 Etika Islam

6.2.2 Penyalahgunaan Dan Penyelewengan

(5)

PENGENALAN

Kursus Pengajian Islam disediakan untuk melahirkan warganegara khususnya pelajar Islam yang faham tasawwur Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta mampu menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran. Peringkat pengajian semester ini pelatih akan belajar mengenai tamadun Islam yang merangkumi konsep ibadah,solat,aurat dan batas pergaulan,hiburan dalam Islam,konsep peradaban dan tamadun serta Islam dan cabaran semasa.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Mengetahui ibadah-ibadah yang terdapat dalam Islam.

2. Memahami hukum berkenaan dengan aurat,hiburan yang selaras dengan Islam juga berkenaan dengan kegemilangan dan keruntuhan tamadun Islam.

3. Mempunyai kesedaran dan keinsafan untuk sentiasa bersiap-sedia bagi menghadapi segala bentuk cabaran ke atas Islam dan umat Islam.

(6)

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan konsep ibadah dalam Islam. 2. Menjelaskan kewajipan solat.

3. Menerangkan isu aurat dan batas pergaulan dalam Islam. 4. Menghuraikan konsep hiburan dalam Islam..

5. Menerangkan Tamadun Islam dari segi pengertian, sumber dan faktor-faktor kejayaan serta kemerosotan dan kelemahan Tamadun Barat..

6. Menjelaskan cabaran semasa Islam yang meliputi isu keruntuhan akhlak serta sains, teknologi dan ICT.

(7)

BAB 1 : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

PENGENALAN

Ibadah merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia kerana tujuan manusia dijadikan adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah SWT. Kejayaan hidup di dunia dan akhirat adalah bergantung kepada ibadah yang dilakukan. Pengertian ibadah sering disalahertikan. Ada yang menganggap ibadah hanya upacara tertentu sahaja seperti solat, haji dan lain-lain. Sebenarnya ibadah menurut Islam adalah merangkumi segala aspek kehidupan daripada perkara yang kecil hingga yang terbesar.

HASIL

PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran dan pengajaran pelajar dapat:

1. Menyatakan maksud ibadah dari sudut bahasa dan istilah. 2. Menjelaskan asas-asas ibadah dan ciri-ciri ibadat.

3. Menerangkan pembahagian Ibadah. 4. Menjelaskan peranan ibadah yang khusus. 5. Menerangkan hubungan ibadat dengan amal. 6. Menjelaskan matlamat dan tujuan ibadah.

(8)

1.1 PENGERTIAN DAN DALIL

Ibadah dari sudut bahasa bermaksud menyembah, mematuhi, tunduk atau taat pada sesuatu. Dari sudut istilah terdapat berbagai tafsiran mengikut kajian ilmu masing-masing iaitu:

i. Ulama Aqidah mentakrifkan “Ibadah ialah mengesakan Allah SWT dan mengagungkannya sepenuh takzim serta menghinakan diri serta menundukkan jiwa kepadanya”

ii. Ulama Tasawuf mentakrifkan “Ibadah ialah perbuatan seseorang Mukallaf (orang Islam yang berakal dan baligh) yang berlawanan dengan nafsunya untuk mengagungkan Allah SWT.”

iii. Ulama Fiqh mentakrifkan “Ibadah ialah segala pekerjaan yang dilakukan dengan penuh ketaatan untuk mencapai keredhaan Allah SWT dan mengharapkan balasan pahala di akhirat.”

Firman Allah SWT.



















Maksudnya :

“Sesungguhnya umat kamu ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu semua. Oleh itu, hendaklah kamu semua sembahlah Aku!”

Surah Al-Anbiya’ (21) :92 Firman Allah SWT :

























Maksudnya :

“Wahai sekalian manusia ! Beribadahlah Kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang) yang bertakwa”.

Surah Al-Baqarah (01) : 21

(9)

1.2 CIRI-CIRI IBADAH

Antara ciri-ciri ibadah ialah:

i.

Ibadah Hanya Untuk Allah SWT

Al-Quran menitikberatkan bahawa ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah SWT semata-mata.

Firman Allah SWT :

“Dan Rabmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia

Surah Al-Isra’(17) : 23 Oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh manusia mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah SWT. Islam menegah setiap perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau pun membuka jalan untuk mengelirukan pengertian ibadah yang semestinya dikhususkan hanya kepada Allah SWT.

ii.

Perhubungan Langsung Antara Hamba Dan Penciptanya

Dalam Islam perhubungan dapat dilakukan oleh seorang hamba dengan Allah SWT secara langsung, dan tidak berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain. Peranan para ulama dan fuqaha’ hanyalah untuk mengkaji dan menyelidiki hukum-hukum syarak serta mengajarkannya kepada orang ramai dan bukannya untuk mengampuni dosa atau mengabulkan doa seseorang kepada Allah SWT sebagaimana yang terdapat pada sesetengah agama lain.

iii.

Melambangkan

Ketundukan

(Khudu’)

Yang

Penuh

Dan

Ketaatan Yang Mutlak Kepada Allah SWT

Ibadah dalam Islam melambangkan ketundukan seseorang sepenuhnya kepada Allah SWT serta ketaatannya yang mutlak terhadapNya. Oleh itu dalam bidang ibadah khusus ianya bersifat taufiqiyyah iaitu dilaksanakan menurut panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syarak dan sebagaimana yang telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW. Tidak boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.

Sabda Rasullullah SAW:

“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.”

(10)

Manakala bagi ibadah-ibadah umum, ketundukan dan kepatuhan ini dapat dilaksanakan dengan mencontohi Rasulullah SAW dalam seluruh kehidupan.

Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT :

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah SWT dan (kedatangan) hari qiyamah dan dia banyak menyebut Allah SWT

Surah Al-Ahzab (33):21 Kepatuhan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bererti seseorang itu telah menundukkan dirinya untuk mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT ketika melakukan segala ibadah dalam kehidupan.

1.3 PEMBAHAGIAN IBADAH

Ibadah terbahagi kepada dua bahagian:

1.3.1 Ibadah Khusus

Iaitu perkara-perkara yang ada hubungan terus antara manusia dengan Allah SWT dan disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah secara terperinci.Contohnya seperti mengerjakan solat, puasa dan sebagainya.

1.3.2 Ibadah Umum

Iaitu mengerjakan segala titah perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya yang ada hubungan antara manusia sesama manusia.Ianya tidak disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah secara langsung seperti menunaikan kewajipan sesama manusia seperti menghormati ibubapa, jiran, bermuamalah,solat-solat sunat dan sebagainya.

1.4 HUBUNGAN IBADAH DENGAN ILMU DAN AMAL

Sebagaimana yang telah diketahui, manusia adalah sebaik baik makhluk yang dijadikan Allah SWT di muka bumi. Selain mempunyai nafsu ia juga diberi akal dan fikiran yang dapat meningkatkan kedudukan manusia dengan makhluk yang lain. Manusia dapat berfikir dan mengadakan apa yang dikehendaki oleh akal dan perasaannya. Oleh kerana itu setiap ibadat yang dipertanggungjawabkan kepada manusia sentiasa berkait dengan percaturan ilmu dan perilaku hidup.

(11)

1.4.1

Hubungan Ibadah Dengan Ilmu

i. Setiap ibadat yang hendak dilaksanakan mesti berasaskan ilmu yang tetap dan benar di sisi syara’ seperti syarat-syarat sah dan wajib, rukun, hukum, halal dan haram.

ii. Setiap ilmu dan pengetahuan yang dipelajari menghasilkan manusia yang memahami tanggungjawab, peranan dan fungsi setiap ibadat

iii. Setiap ibadat yang berasaskan ilmu dapat menghindarkan manusia daripada sebarang penyelewengan ibadat.

iv. Ibadat yang mempunyai asas ilmu yang cukup mendorong manusia bersungguh-sungguh, seronok, tekun dan komitmen dalam melaksanakannya.

1.4.2 Hubungan Ibadah Dengan Amal

i. Setiap ilmu dan pengetahuan yang tidak bercanggah dengan syariat dan diamalkan akan menjadi ibadat.

ii. Hanya adat dan amalan yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT sahaja yang menjadi ibadat.

iii. Amalan dan perilaku manusia yang bercampur aduk dengan perkara-perkara yang haram, tidak dikira sebagai ibadat di sisi Allah SWT.

iv. Amalan yang dilaksanakan secara istiqamah walaupun sedikit akan menghasilkan hubungan ibadat yang tinggi nilainya.

1.5 MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA

Setiap manusia perlu menyoal dirinya sendiri dengan pertanyaan - pertanyaan seperti berikut:

“Kenapa aku dijadikan”

“Apakah tugas utama aku di alam ini?”

“Kemana aku akan pergi”

Mengikut pendapat Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya al Ibadah Fil Islam adalah merupakan suatu dosa yang tidak diampunkan sekiranya soalan soalan diatas tidak dapat dijawab .Matlamat dan tujuan kedatangan manusia ke alam ini adalah seperti berikut:

i.

Sebagai Khalifah Allah SWT

Allah SWT menghantar manusia untuk mentadbir, mendidik dan membangunkan serta menjadi pemimpin di dunia ini.

(12)

“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat.” Sesungguhnya aku ingin jadikan seorang khalifah dimuka bumi.

Mereka bertanya “Adakah engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memujimu dan menyucikanmu.Tuhan berfirman “sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.

Surah Al-Baqarah (01) : 21 Surah Al-Baqarah (01) : 30

ii.

Beribadah Kepada Allah SWT

Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menyebut tentang tujuan Allah SWT

menjadikan manusia dimuka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadah

kepadanya.

Firman Allah SWT :

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka

menyembah dan beribadah kepadaku”

Surah Al-Baqarah (01) : 30 Surah Ad- Dzariyat (51) : 57

KESIMPULAN

Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah SWT mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa. Tidak cukup bagi kita dengan hanya mengerjakan ibadah khusus semata-mata dan meninggalkan ibadah yang lebih umum. Namun begitu tidak harus ibadah umum melalaikan kita dari ibadah khusus.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan maksud ibadah dari sudut bahasa dan istilah. 2. Jelaskan ciri-ciri ibadah

3. Berikan penerangan berkaitan pembahagian Ibadah yang telah anda pelajari beserta contohnya.

4. Jelaskan berkaitan ibadat dan hubungannya dengan ilmu dan amal. 5. Terangkan matlamat penciptaan manusia.

(13)

RUJUKAN:

1. Al-Quran

2. Wahbah al-Zuhaili, Fiqh & Peundangan Islam, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussein, Jilid 1, DBP: Kuala Lumpur, 1997, hal. 68.

3. Ibadah di dalam Islam; Dr. Yusuf Qardhawi. 4. Al-Ubudiyyah, Ibnu Taimiyah.

(14)

BAB 2: SOLAT

PENGENALAN

Solat adalah satu ibadat yang paling penting dan menjadi satu kefardhuan ke atas setiap orang Islam yang mukallaf, wajib mengerjakannya walau apa keadaan sekalipun, selagi akal fikiran masih waras. Solat dikerjakan mengikut syarat-syarat yang tertentu begitu juga dengan solat Jumaat dan solat berjemaah. Selain daripada itu, Islam juga memberikan kemudahan kepada orang-orang yang dalam perjalanan, iaitu dengan mengerjakan solat jama’ dan qasar sebagai satu rukhsah atau keringanan dalam Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :

1. Memberikan pengertian solat, solat berjemaah, solat Jumaat dan solat jamak dan qasar.

2. Menyatakan rukun-rukun solat yang dipelajari.

3. Menjelaskan syarat wajib dan syarat sah bagi solat yang dipelajari. 4. Menjelaskan hukum solat berjemaah.

5. Menerangkan syarat sah solat Jumaat.

6. Menjelaskan syarat-syarat solat jama’ dan solat qasar. 7. Menyatakan pembahagian solat jama’

.

(15)

2.1 KONSEP SOLAT

2.1.1 PENGERTIAN SOLAT DAN DALIL

Solat pada bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.

Manakala menurut syarak ialah suatu ibadah yang tersusun dari beberapa

perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir berserta niat dan disudahi

dengan salam mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu.

Dalil mewajibkan solat:

Firman Allah s.w.t bermaksud:

‘Dan dirikanlah solat,dan keluarkan zakat,dan tunduklah/rukuklah bersama-sama

dengan orang yang rukuk’

(Surah al-Baqarah (1):

Ayat 43)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Perintahlah anak-anakmu mengerjakan solat diwaktu usia mereka meningkat

tujuh tahun,dan pukullah (kalau enggan melakukan solat) diwaktu mereka

meningkat usia 10 tahun”

(Riwayat Abu Dawud)

2.1.2 HIKMAH PENSYARIATAN SOLAT

i.

Mendidik jiwa atau roh kerana jiwa yang suci dan baik itu dapat dipupuk

dengan ibadah.

ii.

Mendidik budi pekerti.

iii.

Melatih agar menitikberatkan disiplin dan peraturan dengan mengajar

manusia menjaga waktu dan seterusnya menghalang diri daripada cepat

lupa.

iv.

Memberi latihan pada badan dengan menguatkan anggota kerana dalam

solat banyak pergerakkan mesti dilakukan.

v.

Solat juga mendidik agar sentiasa tolong menolong, terutama semasa

mengerjakan solat berjemaah dan jumaat.

2.1.3 RUKUN SOLAT

i.

Berdiri tegak bagi yang berkuasa

ii.

Niat

iii.

Membaca Takbiratul ihram.

iv.

Membaca surah al- Fatihah.

(16)

v.

Rukuk serta tama’ninah.

vi.

Iktidal serta tama’ninah.

vii.

Sujud serta tuma’ninah( dua kali bagi satu rakaat).

viii.

Duduk di antara dua sujud serta tuma’ninah

ix.

Duduk kerana tahiyat akhir.

x.

Membaca tahiyat akhir.

xi.

Membaca salawat atas nabi Muhammad s.a.w pada tahiyat akhir.

xii.

Memberi salam yang pertama ke kanan.

xiii.

Tertib iaitu mengerjakan semua rukun mengikut susunan tersebut.

2.1.4 SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT

Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau

tidaknya sembahyang ke atas seseorang. Syarat-syarat wajib dalam

sembahyang adalah seperti berikut:

i.

Islam.

ii.

Baligh.

iii.

Berakal.

iv.

Suci dari hadas besar dan kecil.

v.

Sampai seruan agama.

vi.

Sejahtera pancaindera yang lima (tidak buta dan pekak).

2.1.5 SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

Syarat sah adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang

atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung

kepadanyanya. Syarat- syaratnya adalah seperti berikut:

i.

Suci dari hadas besar dan kecil.

ii.

Suci pakaian,tempat sembahyang,badan daripada najis.

iii.

Yakin masuk waktu sembahyang.

iv.

Menutup aurat

v.

Mengadap kiblat.

2.1.6 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

i.

Berkata-kata walau pun satu patah perkataan yang tidak ada kaitan dalam

solat.

ii.

Bergerak tiga kali berturut-turut seperti melangkah kehadapan,

kebelakang, kekiri atau kekanan.

(17)

iv.

Terkena najis yang tidak dimaafkan pada pakaian, badan atau tempat

solat.

v.

Terbuka aurat dengan sengaja.

vi.

Makan dan minum dengan sengaja seperti menelan makanan yang ada di

dalam mulut.

vii.

Menambah rukun perbuatan dengan sengaja seperti rukuk dua kali.

viii.

Berpaling dada dari arah kiblat.

ix.

Ketawa, menangis dan sebagainya.

x.

Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

2.1.7 RAKAAT SOLAT DAN WAKTUNYA

JENIS

SOLAT

BILANGAN

RAKAAT

WAKTU

Solat Zohor

4

Mulai dari gelincir matahari ke sebelah barat hingga bayang sesuatu itu kelihatan lebih panjang daripadanya.

Solat ‘Asar

4

Dari bayang sesuatu lebih panjang daripada objeknya sehingga terbenam matahari di sebelah barat

Solat

Maghrib

3

Mulai dari terbenam seluruh bulatan matahari sehingga hilang mega-mega merah di langit sebelah barat

Solat Isya’

4

Mulai dari hilang mega merah hingga terbit fajar saddiq

Solat Subuh

2

Mulai terbit fajar saddiq hingga naik matahari

2.1.8 WAKTU- WAKTU YANG DILARANG SOLAT

i.

Selepas solat subuh hingga terbit matahari.

ii.

Selepas terbit matahari hingga tingginya dari kaki langit kira-kira 7

hasta mengikut pandangan mata ( satu galah atau satu mata

lembing).

iii.

Ketika matahari tegak ditengah langit kecuali hari Jumaat.

iv.

Selepas solat waktu asar.

v.

Ketika matahari kemerah-merahan di waktu senja hingga terbenam

matahari.

2.1.9 SOLAT DALAM KEUZURAN (ORANG SAKIT)

Oleh kerana solat itu satu ibadat penting dan menjadi tiang agama maka tiap-tiap

orang Islam yang mukallaf wajib mengerjakannya walau bagaimana keadaannya

sekalipun, selagi akal ikiran masih waras.

(18)

Sebagai kemudahan kepada orang-orang sakit, mereka dibenarkan mengerjakan

solat mengikut apa cara yang termampu. Sekiranya tidak berkuasa berdiri, boleh

sembahyang sambil duduk, jika tidak mampu duduk boleh baring mengiring

seterusnya dengan cara baring menelentang atau dengan isyarat sahaja.

Firman Allah SWT:











































Maksudnya: ”Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan

sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati

Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu

berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada

dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan

sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu

adalah satu ketetapan yang Diwajibkan atas orang-orang yang

beriman, yang tertentu waktunya.”

a. Solat Dalam Keadaan Duduk

Sebaik-baik cara solat sambil duduk ialah duduk iftirasy, (seperti duduk ketika tahiyyat

awal). Apabila hendak rukuk hendaklah menundukkan kepala sehingga sama paras

dengan lutut atau setentang dahi dengan tempat sujud.

Apabila hendak iktidal

hendaklah diangkat kepala semula serta melepaskan kedua-dua belah

tangannya. Kemudian sujud seperti biasa dan seterusnya.

b.

Solat Baring

Mengiring

Sebaik-baiknya ialah baring mengiring atas rusuk kanan dengan menghadapkan

dada dan muka ke arah kiblat. Jika tidak berkuasa untuk rukuk dan sujud

bolehlah di isyaratkan dengan kepala sahaja iaitu isyarat sujud lebih rendah

daripada isyarat rukuk.

(19)

Melentang

Orang yang solat baring melentang dikehendaki mengunjurkan kedua-dua belah

kakinya kearah kiblat dan meninggikan kepala sedikit supaya terangkat untuk

mengadap kiblat. Seterusnya semua pergerakan solat dilakukan dengan isyarat

sahaja sama ada kepala atau mata. Manakala bagi mereka yang tidak berdaya

langsung hendaklah melakukan perlakuan solat dalam hatinya.

c. Solat Dalam Kenderaan

Solat fardhu lima waktu wajib ditunaikan juga walau dalam apa keadaan termasuk dalam pelayaran dengan kapal, keretapi, kapal terbang dan sebagainya. Cara-cara untuk mengerjakannya adalah b

erdiri bagi yang berkuasa sebagaiman solat biasa,

tetapi bagi yang tidak berkuasa kerana pening atau goncangan yang kuat maka

bolehlah dilakukan mengikut sedaya upaya sama ada duduk, mengiring atau

menelentang seperti solat orang yang dalam keuzuran. Cuma waktu

permulaannya mestilah menghadap muka dan dadanya ke arah kiblat mengikut

keyakinannya.

2.2 SOLAT BERJEMAAH

2.2.1 PENGERTIAN DAN HUKUM

Mengikut bahasa ialah solat berkumpulan atau bersama-sama. Iaitu solat yang

dilakukan oleh beberapa orang yang terdiri daripada seorang imam dengan

seorang makmum atau lebih di dalam satu tempat dengan syarat-syarat tertentu.

Terdapat pelbagai pandangan tentang solat Jemaah ini. Pendapat yang paling

masyhur daripada mazhab Imam Shafie ialah fardhu kifayah.

2.2.2 KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

Di antara rahsia dan kelebihannya ialah:

i.

Melatih orang-orang yang beriman agar sentiasa mematuhi arahan

pemimpin atau ketua.

ii.

Melatih dan mendidik kaum muslimin supaya hidup dengan

berdisiplin.

iii.

Memberi peluang berkenal-kenalan dan mengukuhkan silaturrahim.

iv.

Melatih umat Islam sentiasa bersama-sama dan berpadu di atas

dasar kebaikan dan ketaatan kepada Allah s.w.t.

(20)

Seseorang imam mesti memenuhi syarat-syarat seperti berikut

i.

Imam adalah seorang qari (lancar dan mengikut tajwid).

ii.

Imam bukan daripada kalangan wanita jika makmumnya lelaki.

iii.

Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada

imam yang lain.

2.2.4 SYARAT SAH MENGIKUT IMAM

i.

Makmum berniat mengikut imam

ii.

Mengikut segala perbuatan imam

iii.

Mengetahui gerak geri imam

iv.

Berhimpun imam dan makmum di dalam satu tempat

v.

Makmum jangan menyalahi imam terhadap perkara sunat

vi.

Persamaan antara sembahyang imam dan makmum

vii.

Makmum lelaki hanya boleh mengikut imam lelaki sahaja

viii.

Tidak boleh mengikuti imam yang diketahui batal solatnya.

2.2.5 SUSUNAN SAF MENGIKUT IMAM

i.

Susunan saf yang betul samada sembahyang dengan seorang

makmum , dua orang ataupun lebih dan begitu juga jika berlainan

jantina atau saf bagi golongan kanak-kanak.

ii.

Susunan saf :

a)

Saf pertama lelaki dewasa.

b)

Saf kedua kanak-kanak lelaki.

c)

Saf ketiga wanita dewasa.

d)

Saf keempat kanak-kanak perempuan.

2.2.6 MUAFIQ DAN MASBUQ

a.

Muafiq

Muafiq ialah makmum yang sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah bersama

imam (ketika imam masih berdiri).

(21)

Masbuq ialah makmum yang tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah

bersama imam (ketika imam masih berdiri).

Dalam hal ini dapat diberikan penjelasan seperti berikut:

Pertama: Seseorang yang tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya

sedangkan imam telahpun rukuk, maka dia dikehendaki memutuskan bacaan

al-Fatihah tersebut dan rukuk bersama-sama imam.

Kedua: Seseorang yang datang berjemaah dan mendapati imam hendak rukuk

atau sedang rukuk, maka beliau tidak perlu lagi membaca al-Fatihah, bahkan

boleh terus rukuk selepas mengucapkan takbiratul ihram. Dalam hal ini beliau

dianggap memperolehi rakaat secara sempurna dan beliau tidak dikehendaki

untuk menambah rakaat solatnya selepas membaca al-Fatihah, kecuali apabila

mendapati imam telah melakukan rakaat kedua atau ketiga, maka hendaklah

beliau menambah rakaat yang luput itu,

Ketiga: Seseorang yang pergi solat berjemaah dan mendapati imam sedang

sujud atau sedang duduk di antara dua sujud atau lain-lainnya selain daripada

rukuk, maka beliau hendaklah mengucapkan takbiratul ihram, kemudian

bertakbir untuk terus melakukan apa yang sedang dilakukan oleh imam itu.

Seseorang yang masbuq tidak perlu menunggu hingga imam berdiri atau

mengejarnya dengan melakukan beberapa perbuatan seperti rukuk, iktidal, sujud

dan kemudian duduk di antara dua sujud bersama imam.

2.3 SOLAT JUMAAT

2.3.1 PENGERTIAN, HUKUM DAN DALIL

Solat Jumaat ialah solat yang dilakukan secara berjemaah sebanyak dua rakaat,

pada waktu Zohor pada hari Jumaat selepas khatib membaca dua khutbah.

Hukum melakukannya adalah fardhu ain berdasarkan dalil ayat al-Quran dari

Surah al-Jumaah ayat 9 yang bermaksud:

Maksudnya: “ Wahai segala orang yang beriman,apabila telah

diseru kamu untuk menunaikan solat pada hari Jumaat (Solat

Jumaat) maka bersegeralah kamu mengingat Allah (dengan

menunaikan perintahnya) dan tinggalkanlah berjual beli, itulah

yang lebih baik bagi kamu sekirannya kamu mengetahui.”

(22)

2.3.2 SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT

Berikut merupakan syarat-syarat wajib bagi solat Jumaat :

i.

Islam

ii.

Baligh

iii.

Berakal

iv.

Lelaki

v.

Merdeka.

vi.

Tidak Uzur

vii.

Orang yang menetap (bermastautin)

2.3.3 SYARAT-SYARAT SAH SOLAT JUMAAT

Syarat-syarat sah bagi menunaikan Solat Jumaat adalah seperti berikut:

i.

Ditunaikan ditempat yang khusus.

ii.

Hendaklah ditunaikan pada waktu Zohor.

iii.

Hendaklah ditunaikan secara berjemaah.

iv.

Hendaklah cukup bilangan 40 orang yang bermukim.

v.

Didahului oleh dua khutbah.

2.3.4 RUKUN KHUTBAH

Berikut merupakan rukun-rukun khutbah:

i.

Memuji Allah SWT.

ii.

Berselawat keatas nabi.

iii.

Berpesan supya bertakwa kepada Allah.

iv.

Membaca ayat-ayat al-Quran.

v.

Mendoakan kaum muslimin dan muslimat.

2.4 SOLAT QASAR DAN JAMA’

2.4.1 PENGERTIAN, HUKUM DAN DALIL

Solat Qasar

Qasar dari segi bahasa bermaksud pendek. Dari segi istilah pula ia bermaksud

memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Soalat yang

beleh diqasarkan ialah Zohor, Asar dan Isyak.

(23)

Solat Jama’

Jama’ dari segi bahasa bermaksud kumpul atau himpun. Dari segi istilah ia

membawa maksud ialah menghimpun dua solat fardhu dan dilakukan dalam satu

waktu solat. Solat yang boleh dijama’kan ialah solat Zohor dengan solat Asar

dan solat Maghrib dengan solat Isya’.

Hukum solat qasar dan jama’ ini adalah harus sahaja. Dalinya adalah seperti

berikut:

Dalil diharuskan solat qasar:

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidak

lah berdosa mengqasarkan sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh kamu yang amat nyata”

Surah al-Nisa’ (4): Ayat 101

Dalil diharuskan solat jama’:

Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW bermusafir sebelum matahari condong ke

barat, baginda menanggunhkan solat Zohor ke waktu Asar. Kemudian baginda

turun (berhenti) dan menghimpunkan kedua-dua solat tersebut. Akan tetapi

sekiranya matahari telah condong ke barat sebelum baginda berangkat, maka

baginda menunaikan solat Zohor terlebih dahulu kemudian barulah baginda

berangkat.”

2.4.2 PEMBAHAGIAN SOLAT JAMA’

Solat jama’ terbahagi kepada dua iaitu:

i.

Jama’ Taqdim (mendahulukan): iaitu mengerjakan solat kedua

dalam waktu yang pertama seperti solat Zohor dan Asar ditunaikan

dalam waktu Zohor atau solat Maghrib dan Isya’ ditunaikan dalam

waktu Maghrib.

(24)

ii.

Jama’ Ta’akhir (melewatkan) : iaitu melewatkan solat pertama

dalam waktu kedua seperti mengerjakan solat Zohor dan Asar di

dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan Isya’ di dalam waktu

Isya’.

2.4.3 SYARAT-SYARAT QASAR DAN JAMA’

a.

Syarat Qasar

i.

Perjalanan yang diharuskan syarak.

ii.

Jarak perjalanan tidak kurang daripada 2 marhalah atau 90 km.

iii.

Berniat serta mengetahui arah yang dituju.

iv.

Mengetahui hukum harus qasar bagi musafir.

v.

Berniat qasar dalam takbiratul ihram dan tidak berubah.

vi.

Tidak berimam (menjadi makmum) dengan imam yang solat yang

sempurna (tamam).

vii.

Solat yang diqasarkan itu adalah solat yang empat rakaat.

viii.

Mengetahui bahawa dia masih bermusafir.

b. Jama’ Taqdim

i.

Berniat jama’ di dalam solat yang pertama.

ii.

Dahulukan sembahyang yang empunya waktu.

iii.

Berturut-turut antara dua solat.

iv.

Berkekalan di dalam perjalanan.

c.

Syarat Jama’ Takhir

i.

Berniat takhirkan solat yang pertama selagi ada waktunya.

ii.

Berkekalan perjalanan sehingga selesai solat yang kedua.

2.4.4 CONTOH LAFAZ NIAT SOLAT QASAR DAN JAMA’

i.

Solat Qasar

i.

Solat Zohor

“Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana

Allah Ta’ala”.

(25)

ii.

Solat Asar

“Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana

Allah Ta’ala”.

iii.

Solat Isya’

“Sahaja aku sembahyang fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana

Allah Ta’ala.”

ii.

Solat Jama’

i.

Jama’ Taqdim

ii.

Jama’ Ta’khir

iii.

Solat Jama’ Beserta Qasar

i.

Qasar Beserta Jama’ Taqdim

ii.

Qasar Beserta Jama’ Ta’khir

KESIMPULAN

Islam adalah satu agama syumul yang merangkumi segala aspek kehidupan

manusia. Kewajipan menunaikan solat adalah bukti kesempurnaan ajaran Islam

dalam kehidupan manusia sebagai khalifah Allah s.w.t dimuka bumi ini. Ia adalah

lambang kepada ketaatan dan kepatuhan seorang hamba kepada penciptanya.

Solat yang sempurna juga melahirkan keperibadian yang terserlah dan

mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t serta selamat hidup di dunia dan

akhirat.

LATIHAN PENGUKUHAN

1.

Berikan pengertian solat pada bahasa dan istilah.

2.

Jelaskan syarat-syarat wajib.

3.

Senaraikan syarat sah solat.

4.

Sebutkan hukum solat jemaah.

5.

Terangkan syarat sah solat jumaat.

(26)

7.

Nyatakan pembahagian solat jama.’

RUJUKAN

1.

al-Quran

2.

Al-Ustaz H.Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafii, Pustaka Antara : Kuala Lumpur,

1994, hal.121.

3.

Drs. H . Mohamad Rifai. (1994) Ilmu Fiqh Islam Lengkap, Singapore :

Pustaka Nasional Pte. Ltd.Cetakan Keempat.

4.

Hj Abd Aziz Omar. (1984), Asas Pendidikan Islam – Untuk Tingkatan 1

dan 2 Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan ( Ugama ) Kerajaan .

Cetakan Ketiga Kota Baharu Kelantan; Dian Darulnaim Sdn Bhd.

5.

Ustaz Haji Nahrawi Marzoki . (1990), Tuntutan Solat, Klang : Darul

Saadah.

6.

Ustaz Mazlan Yahya. (1997), Siri Pertama Kuliah Fardhu ‘Ain- Aqidah .

Kuala Lumpur : Al- Hidayah Publishers.

(27)

BAB 3 : AURAT DAN BATAS PERGAULAN

PENGENALAN

Islam adalah agama yang amat mementingkan kesempurnaan dalam ajarannya.Setiap perkara ada garis panduan yang disediakan sebagai rujukan dan pedoman kepada umatnya.Ini adalah demi menjaga kesejahteraan dalam kehidupan manusia dan juga kesinambungan keturunan manusia yang sempurna seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat manusia seluruhnya.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat;

1.

Memberikan maksud aurat.

2.

Membezakan had-had aurat bagi lelaki dan wanita

3.

Menyatakan implikasi pendedahan aurat

4.

Memberikan maksud pergaulan bebas

(28)

3.1 AURAT

Daripada sudut bahasa, aurat bermaksud kekurangan. Manakala daripada sudut istilah syarak pula bermaksud sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat.

Antara matlamat syariat Islam adalah untuk memelihara keturunan manusia dan kerana itulah zina diharamkan kerana ianya mengakibatkan kerosakan ketururunan.Bagi menjauhi jenayah penzinaan, maka kewajipan menjaga aurat merupakan perkara yang sangat diutamakan dan perlu disempurnakan oleh umat Islam bahkan umat manusia seluruhnya. Ini kerana pendedahan aurat adalah salah satu dari penyumbang kepada jenayah zina.

Penzina dipandang hina oleh seluruh manusia yang waras dan mencintai kedamaian. Manakala zina itu pula membawa manusia kepada kemusnahan rumahtangga, pergaduhan, pembunuhan dan penyebaran penyakit.

Firman Allah SWT :           Maksudnya :

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan sejahat-jahat jalan.”

Surah al- Isra(17) : 32 Cara Allah SWT melarang manusia agar tidak melakukan zina dalam ayat di atas sungguh kemas dan menarik. Ayat tersebut bukan sahaja menunjukkan larangan kepada penzinaan, bahkan mendekatinya pun merupakan satu dosa. Manakala pendedahan aurat itu pula merupakan salah satu jalan yang amat dekat dalam mendorong manusia untuk melakukan zina.

Firman Allah SWT :                   Maksudnya;

`Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang sesuatu yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah SWT amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

(29)

Surah an-Nuur (24) : 30 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

`Wahai Asma`, orang perempuan apabila meningkat umur haid ( umur baligh ), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini : Baginda menunjukkan kepada muka dan kedua-dua tapak tangannya.

3.2

AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN

a.

Aurat Lelaki

Ulama mazhab Syafi`e menjelaskan aurat orang lelaki ketika bersembahyang, tawaf dan ketika berada di hadapan orang lelaki bukan muslim dan orang perempuan yang mahram dengannya adalah antara pusat hingga lututnya.

b.

Aurat Perempuan

Mengikut pendapat mazhab Syafi`e, seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan sahaja bukan aurat.

Menurut Jumhur Ulama, seluruh tubuh kecuali yang terdedah ketika melakukan pekerjaan rumah.

c.

Suara Orang Perempuan

Menurut pendapat Jumhur, suara perempuan tidak dikira sebagai aurat

kerana para sahabat mendengar suara isteri-isteri Nabi SAW untuk

mempelajari ilmu-ilmu agama. Tetapi perempuan muslimah diharamkan

daripada memperdengarkan suara mereka dalam bent uk berlagu

sekalipun bacaan al-Quran kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah.

d.

Batas Aurat Kanak-kanak

Para ulama berbeza pendapat. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

i. Aurat kanak-kanak lelaki sekalipun yang belum mumaiyiz, adalah sama seperti aurat orang dewasa iaitu apa yang terdapat di antara pusat dengan lutut. Aurat kanak-kanak perempuan sama seperti aurat orang perempuan dewasa sama ada ketika bersembahyang atau pun di luar sembahyang.

ii. Kanak-kanak lelaki disuruh bersembahyang ketika berusia tujuh tahun. Auratnya adalah kedua-dua kemaluannya depan dan belakang,kedua papan punggung, ari-ari dan paha. Disunatkan mereka menutupi aurat mereka seperti aurat orang yang sudah baligh.

(30)

Di luar sembahyang pula, kanak-kanak yang berusia lapan tahun ke bawah dikira belum beraurat lagi jadi harus dilihat seluruh tubuhnya.

iii. Kanak-kanak perempuan yang disuruh sembahyang ialah apa yang terdapat di antara pusat dan lutut. Mereka disunatkan menutup aurat seperti orang yang sudah baligh.

SKOP

AURAT

LELAKI

AURAT

PEREMPUAN

AURAT

KANAK-KANAK

Sama jantina

 Antara pusat hingga ke lutut  Antara pusat hingga ke lutut.  Harus menutup kemaluan qubul dan dubur.

 Sunat menutup aurat seperti aurat dewasa.

Lain jantina

 Antara pusat hingga ke lutut

 Seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua-dua talapak tangan.

 Harus menutup kemaluan qubul dan dubur.

 Sunat menutup aurat seperti aurat dewasa. Orang bukan Islam  Antara pusat hingga ke lutut  Seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua-dua talapak tangan.

 Harus menutup kemaluan qubul dan dubur.

 Sunat menutup aurat seperti aurat dewasa

Ketika solat

 Antara pusat hingga ke lutut. Walau bagaimana pun sunat dilabuhkan mengikut pakaian Rasulullah  Seluruh tubuh badan kecuali muka sahaja  kedua-dua kemaluan depan dan belakang, sahaja, tetapi disunatkan mereka menutupi aurat mereka seperti aurat orang dewasa.

Jadual Perbezaan Antara Aurat Lelaki Dan Perempuan

3.3

HUKUM DAN BALASAN BAGI MEREKA YANG MENDEDAHKAN

AURAT

Ulama sepakat mengatakan bahawa pendedahan aurat dengan sengaja atau bertujuan bagi menunjuk-nunjuk hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

Di antara balasan yang dikenakan ke atas mereka yang mendedahkan aurat ialah seperti berikut:

(31)

i.

Balasan bagi wanita yang mendedahkan rambutnya kepada umum, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki bukan muhrimnya, perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat. Sehari di akhirat adalah bersamaan dengan 1000 tahun di dunia.

ii.

Balasan bagi wanita yang membuka dadanya dengan sengaja atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan digantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

iii.

Balasan bagi mereka yang mendedahkan betis, peha dan lengan adalah keseluruhannya akan dipanggang di akhirat kelak.

3.4

IMPLIKASI MENDEDAHKAN AURAT

Setiap perkara yang disuruh ataupun yang dilarang oleh Allah SWT mempunyai kesan. Bagi pendedahan aurat, kesannya adalah seperti berikut:

i.

Berdosa dan di azab di akhirat.

ii.

Maruah diri terjejas. Dipandang serong oleh masyarakat jika aurat didedah secara keterlaluan.

iii.

Hilang rasa malu dan menipiskan iman.

iv.

Mengundang jenayah seperti zina dan rogol.

v.

Meruntuhkan institusi kekeluargaan yang menjamin kehidupan sempurna bagi manusia.

vi.

Menghilangkan perasaan tenteram.

vii.

Meningkatkan gejala pembuangan bayi.

3.5

BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah berkahwin) di satu tempat yang berlaku interaksi dalam bentuk pandang memandang atau perbuatan di antara satu dengan yang lain yang terdiri daripada tiga orang atau lebih. (Ini berbeza daripada khalwat yang hanya terdiri daripada dua orang sahaja).

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah haram. Namun demikian, dalam keadaan atau situasi tertentu hukum tersebut menjadi harus. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahat syar’ie dan kebiasaan adat setempat.

3.6

PERGAULAN-PERGAULAN YANG DIHARUSKAN

(32)

Dalam syarah Shahih Muslim, al-Imam an-Nawawi menyatakan bahawa tiada perbezaan hukum berkhalwat di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi(asing) bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.

Penjelasan an-Nawawi meyakinkan bahawa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan dan menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

b.

Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan

Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan syar’ie ialah :

i. Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk menguruskan muamalah maliyah (urusan harta). Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain yang dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.

ii. Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa berkerja - Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaanya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas syarak seperti memakai pakaian yang menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat .

iii. Pergaulan lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi - Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.

iv. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam kenderaan awam - Pergaulan dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarah keluarga, pesakit dan sebagainya.

(33)

Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlu dijaga. Pakaian mestilah menurut aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.

c.

Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis-majlis seperti kenduri dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas syarak seperti pakaian menutup aurat,tidak tabarruj(menunjuk-nunjuk), menundukkan pandangan dan bercakap dengan suara biasa dan normal. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat di antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).

d.

Pergaulan Di Antara Lelaki Dan Perempuan Semasa Belajar

Dalam persoalan pergaulan lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar. Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:

Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi SAW: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu(orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu (mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka “ .

Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi SAW menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi SAW tidak mengkhususkan hari bagi perempuan.

Bagaimanapun setelah hadis ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya ungkapan “ghalabana ‘alaika al-rijal’’ (lelaki mengatasi kami ke atasmu). Maksudnya, secara tab‘ie kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah SAW atas tabiat dan fungsi mereka sebagai lelaki sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian atas sifat dan fungsi mereka sebagai wanita. Oleh itu, perempuan meminta Rasulullah SAW menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama.

(34)

Jadi hadis ini bukan hujah bagi pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan semasa belajar.

Larangan tersebut mungkin lebih sesuai berdasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan, terutamanya di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan seks.

Di antara pergaulan yang diharamkan oleh Islam ialah:

i.

Berkhalwat atau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat-tempat yang boleh mendatangkan fitnah sama ada di tempat awam atau sebaliknya.

ii.

Bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

iii.

Berkelakuan tidak sopan antara lelaki dan perempuan.

KESIMPULAN

Batasan aurat dalam pergaulan adalah demi menjamin kesejahteraan umat manusia dari terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermaruah dan boleh memusnahkan keturunan manusia.Apabila manusia mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT,akan timbul pelbagai masalah seperti dalam masyarakat hari ini. Keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa akan mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan bagi seluruh kaum manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum-kaum yang terdahulu seperti Aad dan Tsamud yang telah dibinasakan oleh Allah SWT akibat dari kemungkaran yang mereka lakukan.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Berikan pengertian aurat pada bahasa dan istilah.

2. Jelaskan perbezaan antara aurat lelaki dan perempuan ketika mengerjakan solat.

3. Nyatakan kesan atau implikasi pendedahan aurat. 4. Berikan pengertian pergaulan bebas.

5. Senaraikan pergaulan yang dibolehkan oleh Islam kerana keperluan. 6. Senaraikan pergaulan yang tidak dibolehkan dalam Islam.

RUJUKAN

1.

Al Quran al Karim.

(35)

3.

Al `Asqalani, Fath al Bari bi Syarh al Bukhari, Jilid 4.

4.

An Nawawi, Sahih Muslim bi Syarhi an Nawawi, Jilid 9.

5.

Abd Al Karim Zaidan ( Dr ), al Mufassal fi Ahkam al Mar`ah, Jilid 3.

6.

Abd ar Razaq al San`ani, al Musannaf, Jilis 2.

7.

Ibn Qudamah, al Mughni, Jilid 2.

8.

Al Kasani, Bada`I al Sana`I Jilid 1.

9.

Ibn Hazm, al Muhalla, Jilid 9.

(36)

BAB 4 : HIBURAN DALAM ISLAM

PENGENALAN

Islam adalah agama hadhari yang menerima arus kemodenan selagi tidak bercanggah dengan ajaran dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hiburan adalah diterima kerana ia adalah satu nikmat kurniaan bagi manusia selagi tidak menghayalkan pendengarnya dari mengingati Allah SWT dan beribadah kepadaNya.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar seharusnya dapat:

1. Menerangkan pengertian hiburan.

2. Menyenaraikan ciri-ciri hiburan dalam Islam.

3. Membezakan antara hiburan Islam dan hiburan bukan Islam.

4. Menerangkan nyanyian yang dibenarkan dan yang dilarang dalam Islam. 5. Menjelaskan manfaat dan mudharat seni lakonan.

(37)

4.1. KONSEP DAN DALIL

Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar r.a masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar r.a berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah SAW bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.”

(Riwayat Ibnu Majah) Berdasarkan hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa.

Secara umumnya terdapat beberapa perkataan yang berkaitan dengan seni hiburan ini iaitu nyanyian, muzik, suara dan tarian.

a.

Hiburan

Maksud hiburan mengikut Kamus Dewan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati.

b.

Nyanyian

Maksud nyanyian dalam Kamus Dewan ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara.

c.

Muzik

Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan.

d.

Tarian

Maksud tarian dalam Kamus Dewan ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik.

Kesimpulannya perkataan hiburan, nyanyian, muzik dan tarian mengandungi kombinasi kompleks dalam seni yang menjadi elemen penting dalam menghiburkan hati dan jiwa manusia.

(38)

Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

i. Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.

ii. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram.

iii. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram.

iv. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah dan

v. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus. Dalam riwayat al-Bukhari dari Saidatina ‘Aisyah r.a. bahawa;

“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”.

Maka dalam hadis ini menunjukkan Nabi SAW sangat prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis perkahwinan. Bahkan mengenai majlis perkahwinan, Nabi SAW pernah bersabda:

“Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”.

Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang biasanya dilakukan secara senyap-senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.

Maka menjadi sunnah ketika majlis perkahwinan adanya hiburan seperti pukulan kompang dan suara nyanyian. Maka apa yang diamalkan dalam tradisi melayu ketika perkahwinan diadakan pukulan kompang dan nyanyian adalah tidak bercanggah dengan ajaran Nabi SAW.

(39)

4.2. CIRI-CIRI HIBURAN DALAM ISLAM

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’. Antara ciri-ciri hiburan dalam Islam ialah:

i. Hendaklah hiburan (muzik / lagu / skrip) yang tidak bertentangan dengan syariat Allah SWT contohnya memburuk-burukkan Rasulullah s.a.w, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

ii. Persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah SWT dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

Sabda Nabi SAW bermaksud :

“Tidaklah ada di antara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar dan itu berlaku selamanya.”

iii. Muzik/nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai seni kata lagu berunsur maksiat dan lalai yang boleh membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

iv. Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton/pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

v. Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor di kalangan pendengar/penonton. Sekalipun lagu dan seni kata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan."

(40)

Surah Al A'raf (07) : 26 vi. Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari,

tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama atau lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah SAW bersabda :

"Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh."

(Riwayat Baihaqi)

vii. Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak dari berlakunya fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."

Surah al- Ahzab (33) : 32

4.3 PERBEZAAN ANTARA HIBURAN ISLAM DAN BUKAN

ISLAM

SKOP

HIBURAN ISLAM

HIBURAN BUKAN ISLAM

Tujuan Untuk mencapai keredaan Allah

Untuk keseronokan dan kepuasan nafsu semata-mata

Pergaulan dan Aurat

Menjadi etika dan prinsip

yang perlu dipelihara Tidak mempedulikan batas-batasnya Balasan Mengharapkan pahala dan

syurga

Mementingkan material dan kesenangan dunia semata-mata

Sumber Nilai-nilai wahyu Nafsu semata-mata

Penerimaan Bersifat sejagat Bersifat relatif dan terhad kepada bangsa tertentu sahaja

(41)

4.4 NYANYIAN DAN LAKONAN

4.4.1 NYANYIAN (Seni Suara Dan Bunyi)

Jenis nyanyian dan seni bunyi yang sah mengikut syarak ialah:

a. Pembacaan Al-Quran Berlagu

Tilawah al-Quran atau qiraah (membaca al-Quran) telah bermula seninya sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Batasan gaya pembacaan telah dikawal ketat agar tidak menyalahi tajwid, fasahah, makhraj dan sebagainya. Nabi SAW pernah mendengar Abu Musa al-Asy’ari r.a. membaca al-Quran, lalu baginda bersabda:

“Aku dianugerahi serunai Nabi Daud”

(Sebagai satu pengiktirafan dan kesukaan mendengar suara dan pembacaan Abu Musa).

b. Seni Bunyi Yang Telah Diterima Mengikut Budaya Islam

Contohnya bang atau azan. Bacaan talbiyah dan puji-pujian ketika menunaikan haji, tahmid, tahlil, na’t dan mad’ merupakan bacaan puisi memuji Tuhan, Nabi Muhammad SAW atau tokoh-tokoh. Malah Syi’ir (puisi yang dideklamasi) dengan tema mulia dan sihat tergolong ke dalam kumpulan muzik yang diterima.

c. Jenis-jenis Muzik Keluarga Dan Keramaian

Contohnya seperti nyanyian menidurkan anak, nyanyian lagu isteri, muzik untuk majlis kahwin, keramaian keluarga dan agama.

d. Jenis-jenis Muzik Seperti Lagu Kafilah

Muzik pekerjaan untuk meningkatkan motivasi kerja, minat serta produktiviti dan lagu bekerja khusus untuk pekerjaan yang halal dan tidak syubhah.

e. Tabl Khanah

Muzik-muzik pancaragam tentera dan jenis-jenisnya untuk menuju semangat menuju medan peperangan dan juga upacara-upacara rasmi ketenteraan, ataupun dalam konteks Malaysia sewaktu kembali dari medan peperangan dan kawad diraja, pertandingan kawad dan lain-lain yang seumpamanya dengan menggunakan daff ataupun tamborin. Tetapi pancaragam tentera ataupun tembakan meriam mengiringi jenazah tentera Islam atau sultan adalah haram.

Jenis nyanyian dan seni bunyi yang dilarang oleh syarak ialah:

Referensi

Dokumen terkait

{ Jika P bukan pohon kosong: menghasilkan list yang elemennya adalah semua elemen pohon P dengan urutan Preorder, jika semua alokasi berhasil.. { Jika P bukan pohon

Kita telah mengenal jamur dalam kehidupan sehari-hari meskipun tidak sebaik tumbuhan lainnya. Hal itu disebabkan karena jamur hanya tumbuh pada waktu tertentu,

dengan menegaskan unsur kewenangan jaksa dalam melakukan intersepsi yaitu: “Pelaksanaan penyadapan dalam rangka penegakan hukum, dilakukan pada tahap penyelidikan

Hasil dari stasiun kerja sortasi adalah data jumlah berat teh berdasarkan mutu, jumlah berat teh tersebut akan dibandingkan dengan permintaan teh atau dengan

Pertunjukan Nini Thowong merupakan salah satu kesenian yang ada di Desa Panjangrejo Kecamatan Pundong Kabupaten Bantul.Pada awalnya warga sekitar mempunyai keyakinan bahwa

Sedangkan variabel lainnya meliputi pupuk kandang, mol batang, mol bulir, mol buah, petroganik, tenaga kerja, musim tanam, varietas, dan Desa Legetan dan Desa

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan maka dapat ditarik beberapa simpulan, yaitu (1) kompetensi emosional dan stres kerja berpengaruh terhadap kinerja

Karena adanya jaminan dari bank penerbit SKBDN untuk melakukan pembayaran kepada nasabah penjual barang sesuai dengan jumlah yang telah ditentukan dalam SKBDN