Hasil kerja pengarca luar negara dan pengarca tempatan mempunyai banyak perbezaan yang ketara. Pengarca luar negara ini ramai dan mereka berasal dari tempat yang berlainan di India seperti dari Kumbakonam, Madurai dan Paramakudi. Mereka juga mempunyai logat iaitu cara komunikasi yang berbeza-beza. Jarak di antara satu tempat dengan tempat lain juga adalah jauh tetapi perkara yang menakjubkan ialah arca yang dihasilkan oleh mereka mempunyai kesinambungan. Kesinambungan di sini bermaksud dari segi saiz. Hampir kesemua arca yang dibuat oleh pengarca dari India mempunyai ketinggian yang sama. Contohnya arca Ganesa yang diperbuat daripada granit dan diletakkan di pusat rahim mempunyai ketinggian sekitar 1 ½ kaki.
Manakala arca dinding dan arca tiga dimensi pula mempunyai ketinggian di antara 4-5 kaki. Arca Ganesa yang berada di atas menara kuil pula mempunyai ketinggian
di antara 1 hingga 2 kaki. Pengarca-pengarca dari India ini benar-benar mahir dari segi ukuran dan ini menyebabkan hasil kerja mereka mempunyai persamaan.
Bagi pengarca-pengarca tempatan pula saiz bukannya satu perkara yang penting dalam pembuatan arca. Pada mereka rupa bentuk Ganesa adalah lebih penting daripada saiz. Arca Ganesa mestilah mempunyai kepala Gajah dan badan manusia. Jadi lebih banyak perhatian diberikan kepada aspek ini. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan arca Ganesa di kuil Abu Bakar (rajah 3.29). Arca ini mempunyai ketinggian yang sama dengan ketinggian manusia. Jadi ia telah menjadi satu kesalahan besar dalam pembuatan arca Ganesa. Ini juga membuktikan para pengarca tempatan mempunyai pengetahuan yang cetek dalam bidang agama kerana mereka tidak dapat bayangkan rupa dewa Ganesa yang sebenar.
Rajah 3.29 : Arca Ganesa di Kuil Ladang Abu Bakar, Tinggi 2’
Para pengarca dari India juga pandai membentuk anggota-anggota badan arca Ganesa dengan nilai kesenian. Ini dapat dibuktikan dengan gambarajah 3.30. Di dalam gambar ini kita
dapat melihat pembentukan arca
Ganesa yang mempunyai unsur-unsur tarian. Cara ini berdiri juga seolah-olah seperti menari.
Pada masa yang sama cara arca ini memegang alat
senjatanya juga adalah dengan gaya tariannya yang tersendiri. Gaya-gaya ini dapat direalisasikan oleh pengarca dari luar negara dengan berkesan. Para pengarca tempatan pula kurang mahir dalam hal ini. Pada mereka nilai-nilai kesenian tidak wujud langsung
Rajah 3.30 : Arca Ganesa di Kuil Sungai Petani , Tinggi 4’
dalam pembentukan
dan kakinya juga tidak stabil di mana badan Ganesa besar manakala bahagian kakinya pula kecil. Pembentukan jari kaki arca Ganesa juga adalah kasar dan tidak menampakkan unsur-unsur kehalusan hasil kerja.
Perbezaan di antara pengarca tempatan dan pengarca dari India juga dapat dilihat dari segi jalinan. Jalinan ialah kesan-kesan yang memecahkan kualiti permukaan sesuatu benda. Jalinan mempunyai dua nilai. Yang pertamanya ialah jalinan yang dapat dirasa oleh deria sentuh dan yang keduanya pula ialah jalinan tampak di mana kesannya hanya
Rajah 3.31 : Arca Ganesa di Kuil Kampung Kuasa, Bedong, Tinggi 1’ 6”
dapat dilihat dan tidak dapat dirasai. Setiap objek buatan manusia mempunyai jalinan yang tertentu di atas permukaannya. Ia boleh terdiri daripada jenis yang licin, berserabut,
bertompok, kesan kesat, bergigi,
berduri, kesan kabut dan sebagainya. Para pengarca dari India mahir dalam mengabungkan jalinan ini.
Berdasarkan rajah 3.32 kita dapat melihat di mana jalinan jenis licin digunakan untuk membentuk permukaan arca. Kemudian ia digabungkan dengan jalinan berbentuk corak untuk membentuk anggota-anggota badan arca. Jalinan sentuh seperti permukaan bercorak geometri pula digunakan untuk membentuk barang kemas dan alatan di tangan Ganesa.
Pengarca tempatan kurang arif tentang jalinan. Ini kerana mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan yang secukupnya tentang aspek ini. Ini adalah arca Ganesa yang terdapat di kawasan Padang Lembu (rajah 3.33), permukaan arca ini terlalu kasar dan terdapat kesan-kesan retakan. Tidak ada kehalusan dan kesenian langsung
Rajah 3.32 : Arca Ganesa di Kuil LadangPerbadanan
di dalam pembuatan arca ini. Hanya kepala gajah ini sahaja yang membuktikan ianya adalah arca Ganesa.
Bentuk dan
fom juga memainkan peranan penting dalam pembentukan arca. Manakala fom bagi sesuatu objek itu ditetapkan oleh strukturnya
manakala
strukturnya pula ditentukan oleh fungsi dan ruang di sekilingnya. Para pengarca dari India benar-benar mahir dalam aspek bentuk dan fom.
Seperti yang telah dinyatakan terdapat 32 jenis Ganesa. Para pengarca India ini benar-benar kenal akan 32 bentuk ini. Contohnya Taruna Ganesa mestilah mempunyai 8 lengan yang memegang buah-buahan. Manakala Sakti Ganesa pula berlengan 4 dan
Rajah 3.33 : Arca Ganesa di Pekan Padang Lembu, Tinggi 1’ 6”
berkeadaan duduk dewinya. Tetapi pengarca tempatan selalunya mengabaikan aspek ini.
Pada mereka arca Ganesa bermaksud satu arca yang mempunyai kepala gajah dan badan manusia. Jadi kurangnya pengetahuan dalam aspek ini menjadikan arca Ganesa yang dihasilkan cacat.
Rajah 3.34 Arca Ganesa di Kuil Abu Bakar, Tinggi 2’
Rajah 3.34 adalah arca Ganesa yang terdapat di Kampung Abu Bakar. Arca Ganesa ini mempunyai tiga kepala dan 4 lengan. Sudah tentunya bentuk Ganesa seumpama ini tidak termasuk dalam senarai 32 jenis Ganesa. Arca ini membuktikan bahawa pengarca tempatan agak jahil dari segi bentuk dan fom Ganesa yang wujud.
Dari segi struktur pula pengarca dari India sedar akan kepentingan fom yang konkrit. Oleh yang demikian arca yang dibuat oleh mereka biasanya mempunyai batang-batang besi ditengahya sebagai pengukuhan. Di samping itu mereka juga menggunakan
batu-bata yang pecah
Oleh yang demikian arca yang dihasilkan bersifat rapuh dan mudah retak atau pecah.
Arca pada rajah 3.35 boleh didapati di Padang Lembu. Bahagian retakan boleh dilihat pada tangan kanannya. Pada masa yang sama arca ini tidak mempunyai ruang positif dan ruang negatif yang nyata yang boleh menceriakan. Pembentukan fom di bahagian muka juga tidak jelas. Di samping itu, ia mempunyai dua gading yang panjang.
Ganesa yang asal hanya mempunyai satu gading sahaja dan satu lagi gadingnya berada
Rajah 3.35 : Arca Ganesa di Pekan Padang Lembu, Tinggi 1’ 6”
dalam keadaan patah.
Pengarca-pengarca dari India mempunyai peralatan yang khas dalam membuat arca ini. Oleh kerana pembuatan arca ialah kerja turun- temurun, maka kebanyakan alatan adalah diwarisi sejak turun-temurun. Ada juga alat-alat yang direka khas untuk tujuan tertentu. Di samping alatan, para pengarca dari India pula mempunyai teknik-teknik ini diperolehi daripada institusi pembuatan arca di India dan ada yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Isipadu bahan dalam pembinaan arca menentukan formula ini yang jarang dikongsi bersama orang lain. Jadi ini menjadikan arca-arca dari India kelihatan unggul jika dibandingkan dengan arca-arca tempatan.
Pengarca tempatan pula tidak mempunyai peralatan khas dalam membuat arca.
Kebanyakan mereka menggunakan alat-alat pembinaan rumah untuk membentuk arca.
Mereka juga tidak mendapat peruntukkan untuk membeli alat-alat berkenaan daripada pihak kuil. Oleh yang demikian sudah tentunya kekurangan alatan memberi kesan ke atas arca-arca yang dibentuk. Para pengarca tempatan pula tidak arif dalam menentukan isipadu semasa pembuatan arca. Mereka hanya mengadunkan simen dengan pasir mengikut kesukaan mereka dan membentuk arca. Ini menyebabkan arca-arca yang dibuat oleh pengarca tempatan mudah retak dan tidak tahan lama.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan arca. Warna juga boleh mempengaruhi perasaan (mood) kita. Biasanya warna yang cerah dan terang menimbulkan perasaan riang dan senang hati manakala warna yang gelap menimbulkan perasaan muram dan tidak berseri. Para pengarca dari India mahir dalam aspek pewarnaan. Mereka menggabungkan pelbagai warna untuk mendapatkan hasil yang menarik.
Arca Ganesa di kerana ia dapat memberi
keadaan terang gelap bagi sesebuah arca kesan dari cahaya.
Tona warna ini juga dapat dilihat pada mahkota yang dipakai oleh Ganesa.
Disebabkan ton warna inilah ukiran-ukiran flora yang terdapat pada mahkota kelihatan timbul dan menarik. Di samping itu pengarca dari India juga mewarnai arca Ganesa
Rajah 3.36 : Arca Ganesa di Kuil Sungai Petani , Tinggi 4’
mengikut jenis dan
dihasilkan oleh pengarca tempatan. Jika diperhatikan arca ini hanya diwarnai dengan satu warna iaitu warna muda sahaja. Warna yang disapu juga adalah tidak sekata dan masih terdapat lompang-lompang. Apabila satu warna sahaja digunakan segala ukiran yang terdapat pada arca tidak timbul dan kelihatan kurang menarik. Arca ini juga tidak menampakkan sebarang tona warna. Warna yang digunakan oleh pengarca tempatan ini
Rajah 3.37 : Arca Ganesa di Kampung Bukit Selamban, Tinggi 2’
juga adalah tidak berkualiti kerana mudah lentur. Berus yang tebal pula untuk melukiskan garisan tepian. Arca ini terdapat di Kampung Bukit Selambau. Arca ini membuktikan bahawa sebilangan besar pengarca tempatan daif tentang seni mewarna arca dan mereka tidak mengambil inisiatif untuk mempelajarinya.
RUMUSAN
Dalam membentuk arca pelbagai aspek perlu diambil kira seperti jenis arca, alatan, teknik, dan kemahiran. Selepas arca itu dibentuk perwarnaan arca pula harus dibuat. Barulah satu arca yang sempurna dapat dihasilkan. Arca-arca Ganesa sememangnya diukir atau dipahat dengan hiasan seperti sari, dhoti dan dan barang-barang kemas. Namun demikian penganut-penganut pula masih lagi menghiasi arca-arca tersebut dengan perhiasan tambahan seperti sari, dhoti dan barang kemas yang sebenar. Ini merupakan satu kesalahan yang besar kerana sari dan dhoti yang dihiasi itu melindungi kesenian yang terdapat pada arca-arca tersebut. Maka keaslian seni arca Ganesa tidak dapat terserlah dengan baik.
Arca-arca ini dihiasi kerana terikut-ikut dengan budaya. Di India biasanya arca-arca ini dihiasi dengan pelbagai kain untuk mencantikannya. Budaya ini telah diikut-ikut di kawasan kajian di Daerah Kuala Muda. Para penganut biasanya akan membelikan kain-kain ini sebagai tanda membayar nazar. Ramai penganut Ganesa bernazar agar permintaan mereka dikabulkan. Apabila permintaan mereka dikabulkan oleh Dewa Ganesa maka hadiah-hadiah dalam bentuk dhoti, barang-barang kemas dan bahan-bahan sembahyang disembahkan sebagai tanda berterima kasih. Dhoti biasanya terdapat dalam pelbagai warna iaitu warna biru, merah, kuning, putih dan hijau. Tetapi warna yang
sangat digemari ialah kuning dan merah kerana ia adalah warna agama Hindu dan juga adalah warna aras yang mempunyai nilai yang tinggi. Warna-warna sedemikian juga tidak akan luntur dan boleh digunakan untuk jangka waktu yang panjang. Di samping itu warna ini boleh dilihat dari jauh dan boleh menarik perhatian penganut-penganutnya.
Warna putih iaitu warna asal dhoti kurang digunakan kerana ia kurang menarik perhatian dan cepat kotor.
Rajah 3.38 : Arca Ganesa di Kuil Bedong, Tinggi 2’
tidak dapat bezakan antara arca Ganesa yang dipuja dan arca Ganesa untuk hiasan. Jadi kesemua arca Ganesa akan dililit dengan kain tanpa mengenali fungsi.
Rajah 3.38 merupakan arca Ganesa yang terdapat di kuil Ganesa di Bedong.
Ukiran pada arca ini tidak kelihatan kerana ia telah dililit dengan kain dhoti. Di bahagian kepala pula kain sutera telah dijadikan sebagai serban. Hampir keseluruhan anggota badan Ganesa telah diselimuti dengan kain dan ia menyebabkan keunikan arca Ganesa tidak kelihatan.