• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKATAAN “ نﻮﺒﺋﺎﺘﻟا ” DAN “ نﻮﺤﺋﺎﺴﻟا ”

نﺎﻄﻴﺸﻟا Perkataan ini berulang sebanyak 70 kali

ANALISIS SEBAB-SEBAB PERBEZAAN HADHF DAN ITHBAT ALIF DALAM TIGA MUSHAF TERPILIH

4.2 HADHF DAN ITHBAT ALIF BAGI JAMʻ AL-MUDHAKKAR AL-SALIM

4.2.1 PERKATAAN “ نﻮﺒﺋﺎﺘﻟا ” DAN “ نﻮﺤﺋﺎﺴﻟا ”

Kedua-dua perkataan ini berada di dalam ayat yang sama dan tidak berulang di dalam ayat-ayat yang lain:

Surah Madinah (Hafs) Morocco (Warsh) Libya (Qalun)

Al-Tawbah: 112

Berdasarkan kepada petikan di atas, mushaf riwayat Hafs dan Warsh ditulis dengan

hadhf alif. Manakala mushaf riwayat Qalun ditulis dengan ithbat alif. Penulisan mushaf

riwayat Hafs dan Warsh adalah berdasarkan pendapat Abu Dawud yang menyatakan secara

khusus bahawa dua perkataan ini ditulis dengan hadhf alif. Beliau menyatakan ketika

menghurai ejaan ayat ini: “

ﻪﻠﻛ ﻚﻟذ ﰲ ﻒﻟأ ﲑﻐﺑ ... نﻮﺤﺋﺎﺴﻟا ... نﻮﺒﺋﺎﺘﻟا

4 bermaksud: “

نﻮﺒﺋﺎﺘﻟا

نﻮﺤﺋﺎﺴﻟا ...

… tanpa alif semuanya”. Manakala mushaf riwayat Qalun pula berpegang

dengan kaedah yang disebut oleh al-Dani yang telah disebut di atas bahawa semua

perkataan jamʻ al-mudhakkar al-salim yang mengandungi huruf hamzah atau tashdid

ditulis dengan ithbat alif.P4F

5

4 Abu Dawud, al-Tanzil, 3:642.

5 Al-Dani, al-Muqniʻ, 266.

160

Maka daripada perbincangan ini dirumuskan bahawa dua perkataan ini termasuk

perkataan yang berlaku khilaf antara hadhf atau ithbat alif dalam kalangan ulama rasm.6

Maka bagi penulisan mushaf rasm Uthmani boleh memilih untuk ditulis dengan hadhf atau

ithbat alif bagi perkataan ini secara khusus. Walau bagaimanapun kebanyakan penulisan

mushaf adalah dengan hadhf alif mengikut pendapat Abu Dawud.7

4.2.2 PERKATAAN “

ﻦﻴﻤﺋﺎﺼﻟا

Perkataan ini hanya satu tempat sahaja iaitu:

Surah Madinah (Hafs) Morocco (Warsh) Libya (Qalun)

Al-Ahzab: 35

Berdasarkan kepada petikan di atas menunjukkan bahawa mushaf riwayat Hafs dan

Warsh ditulis dengan hadhf alif. Manakala mushaf riwayat Qalun ditulis dengan ithbat alif.

Penulisan mushaf riwayat Hafs dan Warsh adalah berdasarkan pendapat Abu Dawud yang

menyatakan secara khusus bahawa perkataan ini ditulis dengan hadhf alif: “

.... ﲔﻤﺋﺎﺼﻟاو

ﻪﻠﻛ ﻚﻟذ ﻦﻣ ﻒﻟﻷا فﺬﲝ

8 bermaksud: “

ﲔﻤﺋﺎﺼﻟاو

... dengan hadhf alif semuanya”. Manakala

mushaf riwayat Qalun adalah berpegang kepada kaedah yang disebut oleh al-Dani yang

telah disebut sebelum ini bahawa semua perkataan jamʻ al-mudhakkar al-salim yang

mengandungi huruf hamzah ditulis dengan ithbat alif.P8F

9

6 Abu Dawud, al-Tanzil, 3:642. Lihat nota kaki nombor 2.

7

Al-Dabbaʻ menyatakan bahawa dalam penulisan mushaf diguna pakai pendapat Abu Dawud dalam masalah ini. Al-Dabbaʻ, “Samir al-Talibin, 53.

8 Abu Dawud, al-Tanzil, 3:642.

9 Al-Dani, al-Muqniʻ, 266.

161

Maka perkataan ini juga termasuk perkataan yang khilaf antara hadhf atau ithbat alif dalam kalangan ulama rasm. Oleh itu, penulisan mushaf rasm Uthmani boleh memilih untuk ditulis dengan hadhf atau ithbat alif bagi perkataan ini secara khusus. Walau bagaimanapun kebanyakan penulisan mushaf adalah dengan hadhf alif mengikut pendapat

Abu Dawud.10

4.2.3 PERKATAAN “

ﻦﻴﺌﻃﺎﺨﻟا

Perkataan ini berulang sebanyak lima kali.11 Empat tempat ditulis dengan hadhf alif

dalam ketiga-tiga mushaf terpilih. Dan satu tempat dalam surah Yusuf: 29 dengan ithbat

alif bagi mushaf Warsh dan Hafs. Manakala mushaf Qalun pula dengan hadhf alif.

Surah Madinah (Hafs) Morocco (Warsh) Libya (Qalun)

Yusuf: 29

Perkataan ini di dalam mushaf riwayat Qalun ditulis dengan hadhf alif kerana

berpegang kepada kaedah asal bagi jamʻ al-mudhakkar al-salim ialah hadhf alif

sebagaimana yang telah tersebut di atas. Manakala mushaf Warsh dan Hafs ditulis dengan

ithbat alif adalah berpandukan kepada pendapat sebahagian ulama rasm seperti al-Kharraz

di dalam Mawrid al-Zam’an,12 al-Marighni di dalam Dalil al-Hayran,13

al-Jakni di dalam

Rashf al-Lama.14 Mereka semua berpendapat bahawa perkataan yang berada di dalam

surah Yusuf: 29 ini adalah dengan ithbat alif. Penulis dapati perkataan ini tidak disebut

10 Al-Dabbaʻ menyatakan bahawa dalam penulisan mushaf digunapakai pendapat Abu Dawud dalam masalah ini. Al-Dabbaʻ, “Samir al-Talibin, 53.

11

Yusuf: 29, 91 dan 97, al-Qasas: 8 dan al-Haqqah: 37.

12 Abu ʻAbd Allah Muhmmad bin Muhammad al-Kharraz, Matn Mawrid al-Zam’an Fi Rasm al-Qur’an, (T.T.P. t.t), 9.

13

Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Marighni al-Tunusi, Dalil al-Hayran ʻAla Mawrid al-Zam’an, (Kaherah: Dar al-Hadith 2005), 66.

14 Muhammad al-ʻAqib al-Jakni al-Shinqiti, Rashf al-Lama ʻala Kashf al-ʻAma, ed. Muhammad bin Sayyidi Muhammad Mawlay, (Kuwait: Dar Ilaf, 1427 H), 115.

162

oleh Abu Dawud di dalam al-Tanzil.15

Berdasarkan kepada perbincangan di atas boleh dirumuskan bahawa perkataan ini juga termasuk perkataan yang khilaf antara hadhf atau

ithbat alif dalam kalangan ulama rasm. Oleh itu, penulisan mushaf rasm Uthmani bagi

perkataan ini boleh ditulis sama ada dengan hadhf atau ithbat alif. Namun kebanyakan mushaf rasm Uthmani ditulis dengan ithbat alif sebagaimana yang dinyatakan oleh

al-Dabbaʻ.16

4.2.4 PERKATAAN “

ﻦﻳﺮﺧاد

Perkataan ini berulang sebanyak empat kali.17 Semuanya dengan hadhf alif dalam

mushaf Qalun. Manakala mushaf Hafs dan Warsh tiga tempat dengan hadhf alif dan satu

tempat di dalam surah Ghafir: 60 dengan ithbat alif.

Surah Madinah (Hafs) Morocco (Warsh) Libya (Qalun)

Ghafir: 60

Perkataan ini di dalam mushaf riwayat Qalun ditulis dengan hadhf alif kerana

berpegang kepada kaedah asal bagi jamʻ al-mudhakkar al-salim ialah hadhf alif. Manakala

Warsh dan Hafs yang ditulis dengan ithbat alif adalah berpandukan kepada pendapat Abu

Dawud di dalam al-Tanzil. Beliau secara khusus menyebut perkataan ini ditulis dengan

ithbat alif. Abu Dawud berkata: “

ﺔﺘﺑﺎﺛ ﻒﻟﺄﺑ ﻦﻳﺮﺧادو

18 bermaksud: “dan

ﻦﻳﺮﺧاد

dengan alif yang thabit”. Berdasarkan kepada perbincangan di atas perkataan ini juga termasuk

15 Abu Dawud, al-Tanzil, 3:713-714. Beliau tidak menyebut perkataan ini di dalam ayat-ayat yang dihuraikan. Penelitian penulis terhadap ejaan perkataan ini di dalam manuskrip mushaf Kaherah dan manuskrip mushaf Turki adalah dengan ithbat alif. Lihat manuskrip Mushaf Kaherah, Yusuf, 8 dan manuskrip Mushaf Turki, 299.

16ʻAli bin Muhammad al-Dabbaʻ. “Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab al-Mubin.” Dalam al-Imtaʻ bi

Jamʻ Mu’allafat al-Dabbaʻ. Jilid ke-3. (Kuwait: Qitaʻ al-Masajid, t.t), 54. 17 Al-Nahl: 48, al-Saffat: 18, al-Naml: 87 dan Ghafir: 60.

18 Abu Dawud, al-Tanzil, 4:1078.

163

perkataan yang khilaf antara hadhf atau ithbat alif dalam kalangan ulama rasm. Oleh itu, penulisan mushaf rasm Uthmani boleh ditulis sama ada dengan hadhf atau ithbat alif bagi perkataan ini. Namun kebanyakan mushaf ditulis dengan ithbat alif sebagaimana yang

dinyatkan oleh al-Dabbaʻ.19