• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hadhf dan ithbat al-alif dalam ilmu Rasm Uthmani : kajian terhadap tiga Mushaf terpilih / Ahmad Baha' bin Mokhtar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hadhf dan ithbat al-alif dalam ilmu Rasm Uthmani : kajian terhadap tiga Mushaf terpilih / Ahmad Baha' bin Mokhtar"

Copied!
283
0
0

Teks penuh

(1)

HADHF DAN ITHBAT AL-ALIF DALAM ILMU RASM

UTHMANI: KAJIAN TERHADAP TIGA MUSHAF TERPILIH

AHMAD BAHA’ BIN MOKHTAR

JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

(2)

HADHF DAN ITHBAT AL-ALIF DALAM ILMU RASM

UTHMANI: KAJIAN TERHADAP TIGA MUSHAF TERPILIH

AHMAD BAHA’ BIN MOKHTAR

JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

(3)

HADHF DAN ITHBAT AL-ALIF DALAM ILMU RASM

UTHMANI: KAJIAN TERHADAP TIGA MUSHAF TERPILIH

AHMAD BAHA’ BIN MOKHTAR

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI

KEPERLUAN BAGI IJAZAH

DOKTOR FALSAFAH

JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

(4)

UNIVERSITI MALAYA

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama: AHMAD BAHA' BIN MOKHTAR (No. K.P/Pasport:730525-06-5179) No. Pendaftaran/Matrik: IHA110081

Nama Ijazah: DOCTOR OF PHILOSOPHY

Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”):

HADHF DAN ITHBAT AL-ALIF DALAM ILMU RASM UTHMANI: KAJIAN TERHADAP TIGA

MUSHAF TERPILIH

Bidang Penyelidikan: ILMU BERKAITAN PENULISAN MUSHAF

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

) 1

( Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; )

2

( Hasil Kerja ini adalah asli; )

3

( Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;

) 4

( Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;

) 5

( Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;

) 6

( Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon Tarikh

Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

Tandatangan Saksi Tarikh

(5)

ABSTRAK

Tesis ini membincangkan pelaksanaan kaedah hadhf dan ithbat alif dalam ilmu Rasm

ÑUthmÉni. Perbincangan memfokuskan praktik pelaksanaan hadhf dan ithbat alif dalam penulisan tiga mushaf Rasm ÑUthmÉni terpilih iaitu Mushaf Madinah Riwayat Hafs, Mushaf al-Muhammadi al-Sharif Riwayat Warsh dan Mushaf al-Jamahiriyyah Riwayat Qalun, di samping meneliti sejauh manakah persamaan dan perbezaan pelaksanaan

hadhf dan ithbat alif dalam tiga mushaf tersebut dan adakah perbezaan antara dalam ketiga-tiga mushaf ini boleh menjejaskan kedudukannya sebagai mushaf Rasm Uthmani. Persoalan-persoalan ini dianalisis dalam satu kajian bersifat kualitatif menerusi pengumpulan data berasaskan metode dokumentasi. Pemilihan tiga mushaf ini sebagai sampel kajian adalah kerana metodologi dan sumber rujukan penulisan mushaf-mushaf tersebut jelas. Selain itu, ketiga-tiga mushaf-mushaf terpilih adalah menjadi sumber rujukan utama dalam kajian penulisan mushaf Rasm Uthmani. Objektif kajian ini adalah untuk mencari punca dan sebab perbezaan kaedah hadhf dan ithbat alif dalam penulisan mushaf-mushaf Rasm ÑUthmÉni yang ada pada hari ini. Antara dapatan penting kajian ialah penulisan tiga mushaf Rasm Uthmani terpilih telah mematuhi kaedah-kaedah

hadhf dan ithbat alif dalam ilmu Rasm Uthmani dengan berpandukan kepada riwayat-riwayat ulama ilmu Rasm. Manakala perbezaan hadhf dan ithbat alif yang berlaku antara tiga mushaf tersebut adalah kerana perbezaan metode di dalam perlaksanaannya. Justeru diyakini bahawa kaedah hadhf dan ithbat alif yang diguna pakai di dalam penulisan tiga mushaf terpilih secara keseluruhannya telah menepati Rasm Mushaf yang ditulis pada zaman ʻUthman bin ʻAffan (r.a.).

ﺰﻛﺮﺗو ،ﱐﺎﻤﺜﻌﻟا ﻢﺳﺮﻟا ﻢﻠﻋ ﰲ ﻒﻟﻷا تﺎﺒﺛإو فﺬﺣ عﻮﺿﻮﻣ ﻦﻋ ﺶﻗﺎﻨﺗ ﺔﺣوﺮﻃﻷا ﻩﺬﻫ

ﻟا

ﻖﻴﺒﻄﺗ شﺎﻘﻨ

،ﺺﻔﺣ ﺔﻳاوﺮﺑ ﺔﻨﻳﺪﳌا ﻒﺤﺼﳌا ﻲﻫو ةرﺎﺘﺨﳌا ﻒﺣﺎﺼﳌا ﺔﺛﻼﺛ ﺔﺑﺎﺘﻛ ﰲ ﻒﻟﻷا تﺎﺒﺛإو فﺬﺣ ﺪﻋاﻮﻗ

فﻼﺘﺧاو ﻖﻓاﻮﺗ ىﺪﻣ ﺔﺳارد ﻊﻣ ،نﻮﻟﺎﻗ ﺔﻳاوﺮﺑ ﺔﻳﲑﻫﺎﻤﳉا ﻒﺤﺼﳌاو شرو ﺔﻳاوﺮﺑ ﻒﻳﺮﺸﻟا يﺪﻤﶈا ﻒﺤﺼﳌا

ﺪﻋاﻮﻘﻟا ﻩﺬﻫ ﻖﻴﺒﻄﺗ ﰲ

.ﺎﻤﻬﺒﺒﺳ ﻦﻋ ﺚﺤﺒﻟاو ﺔﺛﻼﺜﻟا ﻒﺣﺎﺼﳌا ﻩﺬﻫ

ﻳو

ﺎﻳﺎﻀﻘﻟا ﻩﺬﻫ ﻞﻴﻠﲢ ﻢﺘ

ﺞﻬﻨﳌﺎ

ﻲﻠﻴﻠﺤﺘﻟا ﻲﻔﺻﻮﻟا

فﺬﺣ ﺪﻋاﻮﻗ ﻖﻴﺒﻄﺗ نأ ﺚﺤﺒﻟا ﻪﻴﻟإ ﻞﺻﻮﺗ ﺎﻣ ﻢﻫأو .ﻖﻴﺛﻮﺘﻟا ﺞﻬﻨﲟ تﺎﻣﻮﻠﻌﳌا ﻊﻤﲜ

ﻪﺋﺎﻤﻠﻋ تﺎﻳاورو ﻢﺳﺮﻟا ﻢﻠﻌﻟ ﺔﻘﻓاﻮﻣ ةرﺎﺘﺨﳌا ﺔﺛﻼﺜﻟا ﻒﺣﺎﺼﳌا ﺔﺑﺎﺘﻛ ﰲ ﻒﻟﻷا تﺎﺒﺛإو

ةدﻮﺟﻮﳌا فﻼﺘﺧﻻاو ،

ﺔﺳارﺪﻟا ﺬﻫ ﻦﻣ ﺞﺘﻨﺗو ،ﺎﻬﻨﻣ ﻞﻜﻟ ﺔﺑﺎﺘﻛ ﰲ ﻊﺒﺘﳌا ﺞﻬﻨﳌا فﻼﺘﺧا ﺐﺒﺴﺑ ﺎﻬﻴﻓ

فﺬﺣ ﺪﻋاﻮﻗ ﻖﻴﺒﻄﺗ نأ

ﺔﻘﻓاﻮﻣ ةرﺎﺘﺨﳌا ﺔﺛﻼﺜﻟا ﻒﺣﺎﺼﳌا ﺔﺑﺎﺘﻛ ﰲ ﻒﻟﻷا تﺎﺒﺛإو

.ﺔﻠﲨ ﻪﻨﻋ ﻲﺿر نﺎﻔﻋ ﻦﺑ نﺎﻤﺜﻋ ﻒﺣﺎﺼﻣ ﻢﺳر

ii

(6)

ABSTRACT

This qualitative study discusses the implementation of hadhf (the rule of deletion) and ithbat (the rule joining and separating) alif in Uthmānic orthography (Al-Rasm al-Usmani) using a document analysis approach. The objectives of this study are to investigate the implementation of the rules of hadhf and ithbat alif in the writings of three selected texts of the holy Qur’an, as well as how far the three selected texts are similar and different in the implementation of the above mentioned rules, to trace the origin of and reasons for the differences in the implementation of the rules of hadhf and ithbat alif, and whether the discrepancies between these three texts affect their status as an Uthmānic rasm. The selected texts are the Madina texts (Mushaf al-Madina) narrated by Imam Hafs, the Muhammadie texts (Al-Mushaf al-Muhammadie) narrated by Imam Warsh, the Jamahiriyyah text (Mushaf al-Jamahiriyyah) narrated by Imam Qaloon. The selection of the three texts as the sample for this study is based on their clearly documented methodology and sources of the texts. Furthermore, they are the primary source of reference among the contemporary Uthmānic texts. Among the key findings of the study is that in terms of consistency, the rules and standards of writing of all the three selected texts have complied with the rules of hadhf and ithbat alif in accordance with the science of Rasm Uthmani and the narrations of its scholars. In terms of differences in the way the rules of hadhf and ithbat alif were implemented across the three texts, the differences are due to variances in the methods in which the rules are implemented. Thus it can be concluded that the implementation of the rules of hadhf and ithbat alif that were applied in the writing of the three selected texts on the whole have remained true to the Rasm manuscripts that were written in the days 'Uthman bin 'Affan (r.a.).

(7)

PENGHARGAAN

Segala puji dan kesyukuran kepada Allah S.W.T. yang telah mengurniakan taufik dan hidayah kepada pengkaji dalam menyempurnakan tesis ini, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

• Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim, Penyelaras Program Pendidikan Islam, Universiti Malaya, Malaysia, selaku Penyelia Pertama yang banyak membimbing dalam menyempurnakan tesis ini.

• Profesor Madya Dr. Mustaffa Bin Abdullah dari Jabatan Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, selaku Penyelia Kedua yang banyak membimbing dalam menyempurnakan tesis ini.

• Para pensyarah dan semua kakitangan Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith khasnya, kakitangan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya amnya.

• Seluruh kakitangan perpustakaan di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.

• Guru-guru yang sentiasa memberi nasihat, pandangan dan mendoakan kejayaan penulis antaranya Prof. Madya Dr Ahmad Cherchel al-Jaza’iri, Tuan Guru Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek dan Tuan Haji Rushdi bin Abdul Kadir al-Jawi.

• Rakan-rakan yang sentiasa memberi nasihat, membantu dan mendoakan kejayaan penulis.

• Bonda, adik beradik dan seluruh ahli keluarga tersayang yang sentiasa memberikan dorongan kepada pengkaji.

• Isteri dan anakanda tercinta Aisyah, Atif, Anas, Atikah, Balqis dan Aalaa’ yang sentiasa mengharapkan kejayaan ini.

• Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tesis ini.

(8)

ISI KANDUNGAN TAJUK HALAMAN JUDUL ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI KEPENDEKAN PANDUAN TRANSLITERASI BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian 1.3 Masalah Kajian

1.4 Persoalan Kajian 1.5 Objektif Kajian 1.6 Definisi Tajuk 1.6.1 Istilah Hadhf

1.6.2 Istilah Ithbat Alif

1.6.3 Istilah Ilmu Rasm Uthmani 1.6.4 Istilah Kajian

1.6.5 Istilah Tiga Mushaf Terpilih

1.7 Skop Kajian 1.8 Kepentingan Kajian Halaman i ii iii iv v xi xii 1 1 2 4 5 5 5 6 6 6 7 8 8 v

(9)

1.9 Metodologi Kajian

1.9.1 Metode Pengumpulan Data 1.9.2 Metode Analisis Data 1.9.4 Metode Deduktif 1.9.5 Metode Induktif 1.9.6 Metode Komparatif 1.9.7 Metode Historis 1.10 Ulasan Penulisan 1.11 Sistematika Penulisan BAB SATU

PENGENALAN ×ADHF DAN ITHBÓT ALIF DALAM RASM

UTHMANI

1.1 Pendahuluan

1.2 Definisi ×adhf Dan Ithbat Alif 1.3 Kategori ×adhf

1.4 Huruf-Huruf Yang Dihadhf Dalam Rasm Uthmani 1.4.1 Huruf Alif

1.4.2 Huruf Waw 1.4.3 Huruf Ya’ 1.4.4 Huruf Lam 1.4.5 Huruf Nun

1.5 Perbezaan ×adhf Dan Ithbat Alif Antara Naskhah-Naskhah Mushaf Uthmaniah

1.6 Penambahan Dan Pengurangan Huruf Dalam Naskhah-Naskhah Mushaf Uthmaniah 9 9 10 10 10 11 11 12 17 18 18 19 20 21 24 25 27 27 28 32 vi

(10)

1.7 Kesimpulan

BAB DUA

PENGENALAN TIGA MUSHAF TERPILIH

2.1 Pendahuluan

2.2 Mushaf Madinah Riwayat Hafs 2.3 Pencetak Mushaf Madinah 2.4 Penulis Mushaf Madinah

2.5 Metodologi Penulisan Mushaf Madinah Riwayat Hafs 2.6 KeistimewaanMushaf Madinah

2.7 Mushaf Al-Muhammadi Al-Sharif Riwayat Warsh

2.8 Metodologi Penulisan Mushaf Al-Muhammadi Al-Sharif Riwayat Warsh

2.9 KeistimewaanMushaf Al-Muhammadi Al-Sharif 2.10 Mushaf Al-Jamahiriyyah Riwayat Qalun

2.11 Metodologi Penulisan Mushaf Al-Jamahiriyyah Riwayat Qalun

2.12 KeistimewaanMushaf Al-Jamahiriyyah 2.13 Manuskrip Yang Digunakan Dalam Kajian 2.14 Rujukan Utama Ilmu Rasm Tiga Mushaf Terpilih

2.15 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Perkataan Yang Tidak Tersebut Dalam al-Muqniʻ Dan al-Tanzil

2.16 Kekeliruan Penggunaan Istilah Rasm Mushaf Dan Dabt Mushaf

2.17 Perbezaan Mushaf Rasm Uthmani Dengan Bukan Rasm Uthmani 2.18 Kesimpulan 67 68 68 69 70 71 77 77 78 84 86 86 92 93 96 101 103 106 110 vii

(11)

BAB TIGA

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ×ADHF DAN ITHBÓT ALIF

DALAM TIGA MUSHAF TERPILIH

3.1 Pendahuluan

3.2 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Jamʻ al-Mudhakkar al-Salim 3.3 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Jamʻ al-Mu’annath al-Salim 3.4 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Jamʻ al-Taksir

3.5 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Perkataan Tathniyah

3.6 Hadhf Alif Bagi Damir

ﺎﻧ

“Ya’ Nida’ Dan Ha’ Tanbih 3.7 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Nama-Nama ʻAjam 3.8 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Perkataan Yang Pelbagai 3.9 Kesimpulan

BAB EMPAT

ANALISIS SEBAB-SEBAB PERBEZAAN ×ADHF DAN

ITHBÓT ALIF DALAM TIGA MUSHAF TERPILIH 4.1 Pendahuluan

4.2 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Jamʻ al-Mudhakkar al-Salim 4.2.1 Perkataan ”نﻮﺒﺋﺎﺘﻟا“Dan”نﻮﺤﺋﺎﺴﻟا“

4.2.2 Perkataan”ﲔﻤﺋﺎﺼﻟا“ 4.2.3 Perkataan”ﲔﺌﻃﺎﳋا“ 4.2.4 Perkataan”ﻦﻳﺮﺧاد“

4.3 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Jamʻ al-Mu’annath al-Salim 4.3.1 Perkataan.”ﺎﻨﺗﺎﻳاء“ 4.3.2 Perkataan”تﺎﻘﺳﺎﺑ“ 111 111 120 129 139 144 145 147 157 158 158 160 161 162 163 164 165 166 viii

(12)

4.3.3 Perkataan”تﺎﻴﺳار“

4.3.4 Perkataan ”تﺎﺿور“Dan”تﺎﺌﻴﺳ“ 4.3.5 Perkataan”تاوﺎﲰ“

4.3.6 Perkataan”تﺎﺴﳓ“ 4.3.7 Perkataan”تﺎﺴﺑﺎﻳ“

4.4 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Jamʻ Al-Taksir 4.4.1 Perkataan”مﺎﻈﻌﻟا“

4.5 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Tathniyah

4.6 Hadhf Alif Perkataan Yang Berhubung Dengan Damir “ﺎﻧ”, Ya’ Nida’ Dan Ha' Tanbih

4.7 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Nama-Nama ʻAjam 4.7.1 Perkataan “

ﻞﻴﺋاﺮﺳإ

4.7.2 Perkataan “

تورﺎﻫ

”, “

نﺎﻣﺎﻫ

”, “

نورﺎﻗ

” Dan “

تورﺎﻣ

” 4.8 Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Perkataan Yang Pelbagai

4.8.1 Perkataan “

ﻪﺗوﻼﺗ

،

ﻢﺋﻻ

،

فﻼﺣ

،

حﻼﺻإ

،

ﺔﻴﻧﻼﻋ

،

مﻼﻈﺑ

4.8.2 Perkataan “

كرﺎﺑ

”, “

كرﺎﺒﺗ

” “

كرﺎﺒﻣ

4.9 Isu Kaedah Hadhf Dan Ithbat Alif Bagi Perkataan Yang Boleh Dibaca Lebih Daripada Satu Qiraat

4.9.1 Perkataan:”ﺔﻳﺎﻘﺳ“ 4.9.2 Perkataan:”ةرﺎﻤﻋ“ 4.9.3 Perkataan:”جاﺮﺨﻓ“ 167 168 170 171 173 174 186 191 196 198 199 200 202 217 221 227 228 233 235 ix

(13)

4.9.4 Perkataan “:”ﻞﺗﺄﻳ ﻻو 4.10 Kesimpulan BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan 5.3 Cadangan

5.3.1 Cadangan Kepada Para Penyelidik

5.3.2 Cadangan Kepada Agensi Kerajaan dan Swasta

5.3.3 Cadangan Kepada Penulis Dan Pencetak Mushaf Rasm Uthmani

5.3.4 Cadangan Kepada Masyarakat Awam

BIBLIOGRAFI

Manuskrip Tesis Ilmiah

Jurnal Ilmiah, Majalan Dan Akhbar Laman Sesawang 237 241 242 242 243 244 244 245 246 247 263 264 265 266 x

(14)

KEPENDEKAN Bil : Bilangan c. : Cetakan dll : dan lain-lain Ed : Editor H : Hijrah h. : Halaman

Ibid. : Ibidem (rujukan berturut) juz. : Juzuk

j. : Jilid M : Masihi no : Nombor

(r.a.) : Radiya Allah ʻanh

(s.a.w.) : Salla Allah ʻAlayh wa Sallam S.W.T. : Subhanah wa Taʻala

terj. : Terjemahan t.t. : Tanpa Tarikh

t.t.p. : Tanpa Tempat Percetakan m. : Meninggal

ver. : Versi

et. al. : Pengarang dan lain-lain (melebihi dua orang)

(15)

TRANSLITERASI

Ejaan yang digunakan adalah mengikut Daftar Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (1987), terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Senarai pedoman adalah seperti berikut:

HURUF ARAB TRANSKRIPSI HURUF ARAB TRANSKRIPSI

ء ،ا

a,’

ط

T

ب

B

ظ

Z

ت

T

ع

`

ث

Th

غ

Gh

ج

J

ف

F

ح

H

ق

Q

خ

Kh

ك

K

د

D

ل

L

ذ

Dh

م

M

ر

R

ن

N

ز

Z

ـﻫ

H

س

S

و

W

ش

Sh

ي

Y

ص

S

ة

H

ض

D xii

(16)

VOKAL PANJANG VOKAL PENDEK DIFTONG

آ

A

َــ

A

وَا

aw

و

U

ُــ

U

ىَا

ay

ي

I

ِــ

I

ّـﻳ

iy

ّو

uww Catatan:

Format penulisan tesis ini adalah berpandukan Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam (2012). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. (Edisi Ketiga)

(17)

BAB PENDAHULUAN PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang dipelihara oleh Allah (S.W.T) daripada penambahan atau pengurangan semenjak ia diturunkan dan akan kekal terpelihara hingga hari kiamat. Antara ciri pemeliharaan yang boleh disaksikan hingga ke hari ini ialah keutuhan ejaannya. Ini terjadi kerana al-Quran bukan sahaja diriwayatkan bacaannya, tetapi bentuk ejaan perkataan-perkataannya juga telah diriwayatkan oleh ulama Rasm Mushaf. Terutama ejaan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam penulisan Rasm Uthmani. Ulama telah menghasilkan ratusan buah kitab dalam bidang ini bertujuan supaya ejaan perkataan-perkataan al-Quran kekal utuh sepanjang zaman.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kebanyakan ulama berpendirian tegas dalam memelihara ejaan setiap huruf di dalam penulisan mushaf sebagaimana kata Imam Malik (r.a.) ketika beliau ditanya, bolehkah menulis mushaf menggunakan ejaan yang biasa digunakan? Beliau menjawab:1 “

ﻲﺣﻮﻟا ﺔﺒﺘﻛ ﱃوﻷا ﺔﺒﺘﻜﻟا ﻰﻠﻋ ﺐﺘﻜﻳ ﻦﻜﻟو ،ﻚﻟذ ىرأ ﻻ

“Aku berpendapat mushaf hendaklah ditulis mengikut penulisan awal iaitu penulisan yang ditulis oleh penulis-penulis wahyu”. Begitu juga Imam Ahmad bin Hambal pernah menegaskan:2

ﻚﻟذ ﲑﻏ وأ ، ءﺎﻳ وأ ، ﻒﻟأ وأ ، واو ﰲ ن

ﺎﻤﺜﻋ ﻒﺤﺼﻣ ﻂﺧ ﺔﻔﻟﺎﳐ مﺮﲢ

”. Bermaksud: “Haram menyalahi ejaan mushaf Uthman pada huruf waw, alif, ya’ atau yang lainnya

1ʻAbd al-Rahman bin Abi Bakr Jalal al-Din al-Suyuti, al-Itqan fi Ulum al-Qur’an, (Kaherah: al-Hay’ah

al-Misriyyah al-ʻAmmah, 2004), 4:168.

2

Abu ʻAbd Allah Badr al-Din Muhammad bin ʻAbd Allah al-Zarkashi (1957), al-Burhan fi `Ulum al-Qur’an. (Kaherah: al-Halabi), 1:379.

1

(18)

Pendapat kedua-dua ulama besar ini menunjukkan bahawa mematuhi Rasm Uthmani adalah perkara yang sangat penting dalam penulisan mushaf, walaupun dalam perkara ithbat atau hadhf huruf-huruf tertentu seperti huruf alif, waw atau ya’. Oleh yang demikian, ejaan di dalam penulisan mushaf tidak boleh disamakan dengan penulisan-penulisan kitab-kitab lain. Kitab-kitab lain seperti ilmu hadis dan sebagainya tidak mempunyai ejaan yang khusus. Tetapi penulisan kitab suci al-Quran mempunyai caranya tersendiri kadangkala menyalahi kaedah-kaedah ejaan biasa.

1.3 MASALAH KAJIAN

Pada masa ini ramai masyarakat Islam telah sedar tentang kepentingan mushaf Rasm Uthmani, terutama masyarakat Islam di Malaysia. Pihak Kerajaan Malaysia juga telah mengambil berat tentang perkara ini. Kementerian Dalam Negeri melalui Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran telah menetapkan bahawa rasm Al-Quran yang diterima pakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani.3 Namun begitu, akhir-akhir ini telah timbul beberapa kekeliruan dalam memahami sebahagian topik-topik ilmu Rasm. Kekeliruan ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat umum, ia turut terdapat dalam kalangan pakar bidang ini. Terdapat dua kekeliruan besar yang sering berlaku dalam masyarakat. Pertama kaedah penentuan antara mushaf Rasm Uthmani dengan mushaf bukan Rasm Uthmani (rasm imla’i). Kedua kekeliruan tentang perbezaan antara ilmu Rasm al-Quran dengan ilmu Dabt al-Quran. Terdapat dalam kalangan masyarakat golongan yang memahami bahawa termasuk antara kaedah-kaedah mengenali mushaf Rasm Uthmani ialah melalui tanda baca. Sebagai contoh tanda alif kecil dan tanda fathah bagi perkataan “ ”. Terdapat sebahagian yang beranggapan kaedah Rasm Uthmani bagi ejaan perkataan tersebut ialah ditulis tanpa tanda alif kecil

3

Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri Malaysia: http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kawalan-teks-alquran-soalan-lazim, dicapai pada 2 Ogos 2015.

2

(19)

di atas seperti “ ”. Jika perkataan yang sama ditulis dengan tanda alif kecil di atas

“ ” mereka menganggap ini adalah menyalahi Rasm Uthmani. Anggapan ini adalah anggapan yang salah, kerana perbincangan tanda baca tiada kaitan dengan Rasm Uthmani. Rasm Uthmani ialah ejaan perkataan, bukan tanda baca. Sebaliknya perbezaan antara mushaf Rasm Uthmani dengan yang bukan Rasm Uthmani ialah pada ejaan. Sebagai contoh ejaan perkataan “ ”4 dengan hadhf alif adalah Rasm Uthmani.

Ejaan dengan ithbat alif “ ” adalah mushaf bukan Rasm Uthmani.

Punca kekeliruan ini berlaku ialah disebabkan mereka tidak mengetahui dengan jelas perbezaan antara ilmu Rasm al-Quran dengan ilmu Dabt al-Quran. Hasil daripada kekeliruan ini muncul buku-buku dalam bidang ilmu Tajwid5 yang diberi judul seperti “mengenali tanda baca Rasm Uthmani”.6 Sepatutnya perkataan yang lebih tepat bagi topik tersebut ialah “mengenali tanda baca al-Quran (Dabt al-Quran)” bukan “mengenali tanda baca Rasm Uthmani”, kerana Rasm Uthmani yang ditulis pada zaman Uthman (r.a.) belum digunakan tanda baca. Tanda-tanda baca datang kemudian daripada zaman beliau. Bagaimana boleh dikaitkan Rasm Uthmani dengan tanda baca?

Selain itu, golongan ini juga beranggapan bahawa mushaf cetakan Madinah atau mushaf-mushaf yang menggunakan tanda baca yang serupa dengannya sahaja adalah mushaf Rasm Uthmani. Mushaf-mushaf yang menggunakan tanda baca yang berbeza dianggap bukan Rasm Uthmani. Tanggapan ini perlu diperbetulkan, kerana terdapat mushaf-mushaf Rasm Uthmani yang menggunakan tanda-tanda baca yang berbeza dengan mushaf cetakan Madinah seperti Mushaf al-Muhammadi al-Syarif Riwayah

4

Surah al-Fatihah: 4.

5 Sila rujuk bab dua dalam kajian ini bertajuk: Kekeliruan Penggunaan Istilah Rasm Mushaf Dan Dabt

Mushaf.

6

Terdapat banyak iklan-iklan dan kuliah-kuliah di internet tentang “Tajwid al-Quran Rasm Uthmani”. Rasm Uthmani tidak mengandungi ilmu Tajwid. Tetapi yang mengandungi ilmu Tajwid adalah pada tanda-tanda baca (Öabt al-Quran).

3

(20)

Warsh, cetakan Kementerian Waqaf Dan Hal Ehwal Agama Islam Morocco dan Mushaf

al-Jamahiriyyah Riwayah Qalun, Jamʻiyyah al-Daʻwah al-Islamiyyah al-ʻAlamiyyah, Tripoli, Libya yang dijadikan sebagai kajian dalam penyelidikan ini. Maka menjadi satu keperluan mendedahkan perkara ini kepada masyarakat untuk memperbetulkan tanggapan yang salah tersebut.

Namun begitu, walaupun ketiga-tiga mushaf tersebut adalah mushaf Rasm Uthmani, tetapi timbul persoalan tentang perbezaan ejaan pada sebahagian perkataan antara ketiga-tiga mushaf. Perbezaan yang paling banyak berlaku antara ketiga-tiga musah tersebut ialah tentang hadhf dan ithbat alif. Penjelasan tentang jumlah perkataan yang berbeza antara tiga mushaf ini dan punca perbezaan memerlukan satu analisis yang terperinci supaya menghasilkan satu resolusi yang mantap.

Atas dasar keperluan-keperluan tersebut telah timbul hasrat untuk membuat kajian tentang hadhf dan ithbat alif dalam tiga mushaf terpilih. Semoga dengan kajian ini dapat membantu menjelaskan kekeliruan yang berlaku dan dapat menjadi panduan kepada penulisan mushaf khususnya dalam topik berkaitan hadhf dan ithbat alif.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara persoalan yang penting ialah:

1. Apakah yang dimaksudkan hadhf dan ithbat alif di dalam ilmu Rasm dan bagaimana ia dilaksanakan di dalam penulisan mushaf Rasm Uthmani?

2. Adakah penulisan tiga mushaf terpilih bersumberkan rujukan muktabar di dalam ilmu Rasm atau sebaliknya?

(21)

3. Sejauh manakah persamaan dan perbezaan antara hadhf dan ithbat alif antara tiga mushaf terpilih?

4. Kenapa berlaku perbezaan hadhf dan ithbat alif antara tiga mushaf terpilih?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji perkara-perkara berikut;

1.5.1 Pengenalan tentang hadhf dan ithbat alif di dalam ilmu Rasm dan kaedah-kaedah yang berkaitan dengannya.

1.5.2 Pengenalan tentang tiga mushaf terpilih.

1.5.3 Mengenalpasti persamaan dan perbezaan hadhf dan ithbat alif di dalam tiga mushaf terpilih.

1.5.4 Menganalisis sebab perbezaan hadhf dan ithbat alif di dalam tiga mushaf terpilih.

1.6 DEFINISI TAJUK

Tajuk kajian ini, “Hadhf Dan Ithbat Alif Dalam Ilmu Rasm ʻUthmani: Kajian

Terhadap Tiga Mushaf Terpilih” mengandungi beberapa perkataan yang perlu kepada penjelasan.

1.6.1 Istilah Hadhf

Perkataan hadhf dalam bahasa Arab mengandungi beberapa makna antaranya ialah: membuang (sesuatu), membuang atau melempar (sesuatu),7 memukul atau memotong sesuatu hingga terputus.8 Walau bagaimanapun, penggunaannya dalam konteks tajuk kajian ini tertumpu kepada makna pembuangan huruf alif di dalam kaedah penulisan mushaf Rasm ʻUthmani.

7

Abu al-Fadl Muhmmad bin Mukram Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab (1414 H; cet. Ke-3, Beirut: Dar Sadir,), 9:39.

8 IbrahimAnis, et al., al- Muʻjam al-Wasit, c. 4, (Beirut: Maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, 2004), 162.

5

(22)

1.6.2 Istilah Ithbat Alif

Perkataan ithbat dalam bahasa Arab adalah berasal daripada kata dasar thabata

yang membawa maksud menetapkan atau mensabitkan.9 penggunaannya dalam konteks tajuk kajian ini tertumpu kepada makna mengekalkan huruf alif di dalam penulisan mushaf Rasm ʻUthmani.

1.6.3 Istilah Ilmu Rasm Uthmani

Istilah ilmu ialah satu perkataan berasal daripada bahasa Arab yang diambil daripada perkataan “ʻilm” ia bermaksud pokok-pokok perbincangan dan topik-topik berkaitan dengannya yang dihimpun pada sesuatu disiplin ilmu.10 Manakala perkataan Rasm adalah bermaksud “al-khat” (tulisan), “al-kitabah” (tulisan) dan “ al-imla’”(ejaan).11 Dan perkataan ʻUthmani adalah nisbah kepada nama ʻUthman bin ʻAffan (r.a.) khalifah Islam yang ketiga selepas kewafatan Nabi (s.a.w). Oleh itu, maksud ilmu Rasm ʻUthmani ialah satu disiplin ilmu berkaitan kaedah penulisan mushaf yang ditulis oleh para sahabat pada zaman pemerintahan ʻUthman bin ʻAffan (r.a.) yang berbeza dengan ejaan biasa.12

1.6.4 Istilah Kajian

Istilah “Kajian” dalam bahasa Melayu telah diertikan oleh Kamus Dewan

sebagai hasil daripada mengkaji sesuatu, iaitu kegiatan, usaha atau proses mengkaji sesuatu kajian tentang sesuatu isu oleh sesebuah institusi atau orang perseorangan berdasarkan data dan maklumat terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu.13 Istilah kajian yang dimaksudkan oleh pengkaji dalam tajuk kajian berkenaan

9

Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab., 2:19.

10 IbrahimAnis, al- Muʻjam al-Wasit, 624.

11ʻAbd al-Karim Ibrahim ʻIwadSalih,al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf, (Tanta: Dar al-Sahabah, 2006), 8. 12

Asyraf Muhammad Fu’ad Talʻat, Safir al-ʻAlamin fi Idah wa Tahrir wa Tahbir Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab al-Mubin, (Brunei: Kementerian Pendidikan, 2003), 1:62.

13Kamus Dewan Edisi Keempat, (Kuala Lumpur: BBP, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007), 1037.

6

(23)

adalah merangkumi kaedah dan pelaksanaan hadhf dan ithbat alif dalam penulisan tiga mushaf terpilih.

1.6.5 Istilah Tiga Mushaf Terpilih

Istilah “mushaf” merupakan satu perkataan berasal daripada bahasa Arab yang asalnya bermaksud himpunan kertas-kertas yang bertulis dikumpulkan menjadi satu jilid. Kemudiannya, istilah ini telah dijadikan sebagai gelaran khas bagi Quran al-Karim.14 Istilah “Terpilih” dalam kajian ini boleh diertikan sebagai “pilihan”. Menurut

Kamus Dewan kedua-dua perkataan ini bermaksud sesuatu yang telah dipilih atau hasil memilih sesuatu daripada yang lain.15 Dalam kajian ini pengkaji telah memilih tiga mushaf Rasm ʻUthmani yang paling banyak terseber dalam kalangan umat Islam. Tiga mushaf terpilih tersebut ialah Mushaf al-Madinah al-Munawwarah, Riwayah Hafs, cetakan Mujammaʻ al-Malik Fahd, Arab Saudi, Mushaf al-Muhammadi al-Syarif Riwayah Warsh, cetakan Kementerian Waqaf Dan Hal Ehwal Agama Islam Morocco

dan Mushaf al-Jamahiriyyah Riwayah Qalun, Jamʻiyyah al-Daʻwah al-Islamiyyah al-ʻAlamiyyah, Tripoli, Libya.

Antara sebab penting pemilihan tiga mushaf ini sebagai sampel kajian adalah kerana metodologi dan sumber rujukan penulisan mushaf-mushaf tersebut jelas. Selain itu, Mushaf al-Madinah al-Munawwarah merupakan mushaf yang dianggap paling berautoriti di antara mushaf-mushaf Rasm Uthmani pada hari. Manakala mushaf riwayat Qalun dan Warsh dimasukkan di dalam kajian adalah untuk membuat perbandingan antara mushaf-mushaf Rasm Uthmani daripada pelbagai riwayat dan negara.

14

Mujammaʻ al-Lughah al-ʻArabiyyah, al-Muʻjam al-Wasit, (Kaherah: Maktabah al-Shuruq al-Duwaliyyah, 2004), 508.

15Kamus Dewan, 561.

7

(24)

1.7 SKOP KAJIAN

Kajian ini secara khusus adalah dalam bidang ilmu Rasm Uthmani. Fokus kajian adalah kepada satu isu daripada pelbagai isu yang terdapat dalam disiplin ilmu Rasm, iaitu hadhf dan ithbat alif dengan menganalisis perlaksanaan hadhf dan ithbat alif menurut perspektif para ulama ilmu Rasm. Di samping itu, kajian turut terfokus kepada praktik penulisan tiga mushaf terpilih yang akan hanya tertumpu kepada topik hadhf dan ithbat alif. Tumpuan kajian hanya kepada hadhf dan ithbat alif kerana topik tersebut dilihat sebagai satu topik yang paling kerap berlaku dan yang dianggap paling sukar oleh ulama Rasm berbanding topik-topik lain yang mudah difahami dan jumlahnya mudah dihitung, seperti hadhf waw, ya’, lam dan nun.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan kerana kepentingan-kepentingan berikut:

1.8.1 Hasil penyelidikan ini akan dapat menjelaskan sebab utama perbezaan

hadhf dan ithbat alif antara tiga mushaf terpilih.

1.8.2 Kajian ini dapat membantu menyediakan panduan kepada pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan pentashihan mushaf dan percetakan mushaf.

1.8.3 Kajian ini dapat menjadi bahan rujukan kepada para penyelidik untuk meneruskan kajian akan datang dalam ilmu Rasm Uthmani dan khususnya dalam topik perbezaan hadhf dan ithbat alif.

1.8.4 Kajian ini dapat menjadi panduan dan memberi maklumat kepada guru-guru yang mengajarkan subjek ilmu Rasm.

(25)

1.9 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang melibatkan metode pengumpulan data menerusi kaedah penganalisisan kandungan dokumen.16 Dalam penyelidikan ini, penulis akan menggunakan beberapa metode untuk memperoleh data-data dan maklumat yang diperlukan iaitu:

i. Metode pengumpulan data

ii. Metode historis

iii. Metode analisis data

1.9.1 Metode Pengumpulan Data

Kajian ini akan lebih bersifat kajian dokumen memandangkan isu berkaitan hadhf dan ithbat alif di dalam ilmu Rasm banyak melibatkan kenyataan-kenyataan yang dipetik daripada karya-karya ilmu Rasm dalam bentuk periwayatan ulama Rasm tentang ejaan ayat-ayat al-Quran daripada mushaf-mushaf Uthmaniah. Untuk memenuhi segala aspek yang diperlukan, metode ini adalah dianggap penting dan amat sesuai untuk menyempurnakan persoalan-persoalan dalam kajian ini, iaitu persoalan kajian pertama, kedua, ketiga dan keempat.17

Pengumpulan sejumlah besar dokumen berkaitan termasuklah rujukan-rujukan yang menjadi sumber primer kajian dan sumber sekunder yang mempunyai kaitan dengan topik kajian. Selain itu, pengumpulan beberapa manuskrip dan karya-karya ilmu Rasm turut dilakukan bertujuan memperkaya sumber rujukan serta dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian. Pengkaji dalam waktu yang sama, menggunakan semua kemudahan

16

Ahmad Sunawari Long (2005), Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam, Selangor: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 24.

17 Sila lihat dalam kajian ini, h. 3.

9

(26)

diperolehi bagi menghasilkan pelbagai sumber yang dimaksudkan termasuk kemudahan perpustakaan di pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia dan juga di luar negara secara online, perkhidmatan pengkalan data yang disediakan oleh perpustakaan universiti seperti Pro Quest, dan lainnya di samping menggunakan bahan-bahan elektronik yang mengandungi sumber rujukan yang diperlukan.

1.9.2 Metode Analisis Data

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai metode penganalisisan data. Pelbagai data yang telah dikumpulkan menerusi metode pengumpulan data dan metode pemerhatian lepas, disusun dan seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan beberapa metode berikut:

1.9.3 Metode Deduktif

Metode deduktif boleh didefinisikan sebagai pola berfikir untuk mencari pembuktian dengan menggunakan dalil atau fakta umum untuk membuktikan keabsahan perkara-perkara khusus.18 Pengkaji mengaplikasikan metode tersebut dalam Bab Empat kerana Bab Empat banyak menyentuh tentang analisis tentang penyelesaian bagi perbezaan antara hadhf dan ithbat alif di dalam tiga mushaf terpilih secara umum yang memerlukan kaedah deduktif bagi memilih pandangan yang kuat.

1.9.4 Metode Induktif

Metode ini boleh diertikan sebagai satu kaedah menganalisis data melalui pola berfikir berasaskan pelbagai fakta khusus yang disusun atur untuk membentuk beberapa fakta bersifat umum yang boleh dijadikan hujah dan bukti keabsahan suatu perkara.19 Dalam kajian ini, pelbagai fakta khusus tentang hadhf dan ithbat alif, kaedah-kaedah

18 Andrian D.De Grook (1969), Methodology: Foundation Of Inference And Research In The Behavioura

Sciences, Belgium: Mountain & Co., h. 74.

19

Imam Barnadib (1982), Arti Dan Metode Sejarah Pendidikan, Yogyakarta: Yayasan Penerbitan FIP-IKIP, h. 51.

10

(27)

perlaksanaanya dan perbezaan antara hadhf dan ithbat alif di dalam Bab Satu, Dua dan Tiga dianalisis menggunakan metode tersebut sehingga terbukti penulisan tiga mushaf terpilih berpandukan fakta umum diperolehi daripada pelbagai fakta khusus tersebut.

1.9.5 Metode Komperatif

Metode ini adalah satu cara membuat kesimpulan hasil daripada satu perbandingan yang dilakukan terhadap pelbagai data yang dikumpulkan semasa kajian dijalankan. Aspek-aspek persamaan dan perbezaan dapat dihasilkan melalui metode tersebut. Bab Tiga dan Empat dalam kajian ini banyak mengaplikasikan metode yang dimaksudkan. Pengkaji cuba membuat satu perbandingan perbezaan antara hadhf dan

ithbat alif di dalam tiga mushaf terpilih bagi mengenal pasti aspek persamaan dan

perbezaan berlaku antara ketiga-tiga mushaf tersebut. Akhirnya, pengkaji dapat membuat suatu rumusan tentang perkara tersebut. Selain itu, pengkaji juga turut menggunakan metode ini untuk membandingkan antara tiga mushaf terpilih dengan manuskrip-manuskrip mushaf antik. Perbandingan tersebut bertujuan mendapatkan bukti tambahan yang bertepatan dengan kaedah hadhf dan ithbat alif di dalam ilmu Rasm yang akhirnya dapat menghasilkan satu kesimpulan tentangnya yang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

1.9.6 Metode Historis

Metode ini merupakan satu cara digunakan untuk memperolehi maklumat tentang sesuatu perkembangan yang telah berlaku. Dalam konteks kajian, metode ini menurut pengkaji adalah penting terutamanya dalam Bab Dua. Kepentingan metode tersebut terserlah apabila menerusinya pengkaji dapat mencungkil latar belakang tiga buah mushaf terpilih dalam pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu, kaedah ini dapat membantu pengkaji dalam menghasilkan satu dapatan berhubung kajian yang dijalankan.

(28)

1.10 ULASAN PENULISAN

Pada hemat pengkaji, penulisan-penulisan terdahulu berkaitan topik yang bakal dikaji belum lagi diterokai secara meluas dan terperinci dalam kajian-kajian ilmiah dari sudut kajian perbandingan hadhf dan ithbat alif antara mushaf-mushaf Rasm Uthmani. Kebanyakan perbincangan mengenai hadhf dan ithbat alif hanya terdapat di dalam karya-karya ilmu Rasm dalam bentuk teori-teori atau panduan penulisan mushaf. Antara karya utama dalam bentuk ini ialah Muqni` fi Ma`rifah Marsum Masahif Ahl

al-Amsar karangan Abu ʻAmr ʻUthman bin Saʻid Al-Dani dan Mukhtasar al-Tabyin li

Hija’ al-Tanzil karangan Abu Dawud Sulayman bin Najah. Kedua-dua karya ini merupakan rujukan utama di dalam penulisan Rasm Mushaf Uthmani. Selain daripada dua karya tersebut terdapat ratusan karya yang berkaitan ilmu Rasm semuanya menyentuh tentang hadhf dan ithbat alif.20 Tetapi kajian terhadap perlaksanaan hadhf dan ithbat alif di dalam penulisan mushaf-mushaf Rasm Uthmani ada pada masa ini masih sedikit. Selain itu, pengkaji mendapati kajian topik ini memerlukan rujukan yang berselerak di dalam karya-karya ilmu Rasm di samping memerlukan bukti-bukti tambahan daripada manuskrip-manuskrip mushaf awal.

Setakat ini, pengkaji belum memperolehi mana-mana karya yang serupa dengan kajian yang akan dijalankan. Namun begitu terdapat beberapa karya yang mempunyai hubung kait dengan topik kajian seperti karya bertajuk Nazarat fi Baʻd ma Inhadhaf

×asywan min al-Alifatkarangan ʻAbd RaÍÊm bin ʻAbd al-SalÉm Nabulasi.21 Satu artikel terkandung dalam Jurnal al-Imam al-Syatibi li al-Dirasat al-Qur’aniyyah, didapati

20

Antara pengkaji yang telah menghimpunkan senarai karya-karya ilmu Rasm ialah Asyraf Muhammad Fu’ad Tal`at beliau telah menyenaraikan lebih daripada 400 buah karya dalam bidang ini. Lihat: Asyraf Muhammad Fu’ad Tal`at, Safir al-`Alamin FiIdah Wa Tahrir Wa Tahbir Samir al-Talibin Fi Rasm Wa

Dabt al-Kitab al-Mubin, (Brunei: Kementerian Pendidikan, 2003), 1:45-122.

21

`Abd Rahim bin `Abd al-Salam Nabulasi (1428 H), “Nazarat fi Ba'd Ma Inhadhaf Hasywan min al-Alifat” Jurnal al-Imam al-Syatibi li al-Dirasat al-Qur’aniyyah, Bil. 1, Rabiul Awwal 1427 H, h. 153-204.

12

(29)

memfokuskan perbincangan kepada hadhf alif yang terdapat di dalam qiraah syadhdhah di samping mengemukakan sanad-sanad qiraah tersebut.

Sebuah tesis PhD. bertajuk Pemeliharaan Al-Qur’an : Kajian Di Unit Kawalan Teks Al-Qur’an Kementerian Keselamatan Dalam Negeri oleh Abd Rahman Abd Ghani (2009), Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. di dalam bab lima kajian tersebut turut membincangkan sedikit persoalan hadhf dan ithbat alif. Tetapi perbincangannya hanya tertumpu pada bentuk tanda baca bagi huruf-huruf yang dihadhf. Tidak terdapat perbincangan tentang perbandingan hadhf dan ithbat alif di dalam mushaf-mushaf Rasm Uthmani.

Satu kajian juga di peringkat Doktor Falsafah pada tahun 2010 oleh Bashir

×asan ×imyari bertajuk al-Muqniʻ fi Maʻrifah Marsum Masahif Ahl al-Amsar, li Abi ʻAmr al-Dani d. 444H : Dirasah wa Tahqiq, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kajian tersebut adalah satu kajian tahqiq memfokuskan kepada teks kitab al-Muqniʻ. Penulis dalam kajian tersebut dalam bab dua telah menyentuh perkataan-perkataan hadhf dan ithbat alif menurut riwayat Abu `Amr al-Dani pengarang al-Muqniʻ sebagai salah seorang ulama Rasm yang ulung di samping memberi ulasan-ulasan tambahan berkaitan topik tersebut. Namun dalam kajian tersebut tiada kajian perbandingan antara hadhf dan ithbat alif yang berlaku di dalam penulisan mushaf.

Sebuah disertasi lain di peringkat Sarjana oleh MahdiʻAbd Allah Qari (1422 H), bertajuk Tahqiq wa Dirasah Kitab al-Jawahir al-Yaraʻiyyah fi Rasm Masahif

al-ʻUthmaniyyah li Muhammad Bin Ahmad al-ʻAwfi Nazil Qantantiniyyah al-Mutawaffa 1050 H, Fakulti Dakwah Dan Usuluddin, Universiti Umm al-Qura, Saudi Arabia. Kajian tersebut juga adalah tahqiq kitab dalam bidang ilmu Rasm. Terdapat

(30)

perbincangan di dalam bab dua berkaitan hadhf dan ithbat alif, namun perbicangan lebih kepada menyenarai perkataan-perkataan hadhf dan ithbat alif yang terdapat di dalam al-Quran. Namun dalam kajian tersebut tiada kajian perbincangan tentang perbandingan hadhf dan ithbat alif yang berlaku di dalam tiga mushaf terpilih.

Sebuah tesis Sarjana bertajuk Tibyan fi Syarh Mawrid al-Zam’an li Mu’allifih

Abi Muhammad ʻAbd Allah bin ʻUmar al-Sunhaji Ibn Ajatta oleh ʻAbd al-×afiz bin Muhammad Nur al-Hindi (2002), Fakulti Quran Karim, Universiti Islam al-Madinah al-Nabawiyyah turut membincangkan topik yang sama dengan tesis Sarjana di atas kerana kedua-dua tesis ini adalah kajian terhadap syarah kitab Mawrid al-Zam’an.

Abd Rahman Abd Ghani (2003), Sejarah Rasm Al-Quran: Tumpuan Utama Kepada Rasm ʻUthmani iaitu satu kajian di peringkat Sarjana di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kajian kepustakaan dijalankan tersebut berkisar tentang Rasm ʻUthmani. Banyak antara bab-bab di dalam kajian ini yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan seperti perbincangan di dalam Bab Dua yang menghuraikan tentang kaedah penulisan Rasm ʻUthmani dan dalam Bab Empat yang menyentuh beberapa aspek tentang tiga mushaf terpilih. Walau bagaimanapun, isu tentang perbezaan antara hadhf dan ithbat alif yang merupakan perbincangan utama dalam kajian ini tidak dibincangkan.

Selain itu, terdapat keterangan berhubung hadhf dan ithbat alif dalam satu penulisan tesis Sarjana bertajuk al-Tanbih al-`Atsyan ʻala Mawrid al-Úam’an li Abi

Husayn bin ʻAli bin Talhah al-Rajraji al-Syusyawi al-Mutawaffa Sanah 899 H oleh Muhammad Salim Harisyah (2006), Fakulti Sastera dan Sains, Universiti al-Muraqqab, Libya. Dalam bab dua di bawah tajuk al-hadhf penulis telah menukilkan teks daripada kitab al-Tanbih al-`Atsyan berkaitan hadhf dan ithbat alif di samping itu, beliau turut 14

(31)

membuat ulasan-ulasan berkaitan dengannya. Perkara yang diketengahkan oleh pengkaji ialah perkataan-perkataan yang ditulis dengan hadhf dan ithbat alif di dalam al-Quran. Namun dalam kajian tersebut tiada kajian perbincangan tentang perbandingan

hadhf dan ithbat alif yang berlaku di dalam penulisan mushaf-mushaf Rasm Uthmani.

Terdapat sebuah artikel oleh Ahmad Khalid Syukri berjudul Tarjih wa

al-Taʻlil li Rasm wa Dabt Baʻd Kalimat al-Tanzil, artikel ini juga adalah daripada terbitan

Jurnal al-Imam al-Syatibi li al-Dirasat al-Qur’aniyyah.22 Dalam artikel tersebut penulis cuba menangani isu sejumlah perkataan yang mempunyai ejaan yang berbeza-beza yang dianggap sebagai isu-isu ilmu Rasm yang baru dibangkitkan semula. Beliau mengumpul sejumlah perkataan yang berkaitan dan mencadangkan satu ejaan yang dianggap paling kuat. Perkataan-perkataan yang disenarikan di dalam artikel tersebut berjumlah 18 yang berkaitan hadhf dan ithbat alif. Masih terdapat banyak lagi perkataan-perkataan yang berkaitan hadhf dan ithbat alif tidak disentuh.

Terdapat satu karya bertajuk Mukhalafat al-Nussakh wa Lijan al-Murajaʻah wa

al-Tashih li Marsum al-Mushaf al-Imam karangan Ahmad Syarsyal.23 Kitab kecil ini dilihat banyak menyentuh tentang kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam penulisan mushaf, sama ada dari sudut ilmu Rasm mushaf mahu pun ilmu dabt mushaf. Selain itu, pengarang juga menjelaskan isu-isu berkaitan hadhf dan ithbat alif seperti artikel sebelum ini. Namun, rujukan kedua-dua artikel hanya terhad kepada rujukan karya-karya ilmu Rasm sahaja tanpa mengkaji manuskrip-manuskrip mushaf antik yang boleh dijadikan sebagai bukti tambahan.

22 Ahmad Khalid Syukri (1428 H), “al-Tarjih wa al-Ta`lil li Rasm wa Dabt Ba`d Kalimat al-Tanzil”

Jurnal al-Imam al-Syatibi li al-Dirasat al-Qur’aniyyah, Bil. 3, Jamadi Akhir 1427 H, h. 215-272.

23

Ahmad Syarsyal (2002), Mukhalafat Nussakh Wa Lijan Muraja`ah Wa Tashih Li Marsum al-Mushaf al-Imam, Kaherah: Dar al-Haramayn.

15

(32)

Berdasarkan penelitian tersebut, pengkaji berpendapat bahawa topik kajian yang dicadangkan adalah sesuai diketengahkan untuk dikaji di peringkat Doktor Falsafah. Hal ini kerana kajian yang bakal dilakukan bukan sahaja difokuskan kepada persoalan

hadhf dan ithbat alif, malah lebih jauh daripada itu, kajian akan mengenal pasti

perbezaan dan persamaan antara hadhf dan ithbat alif di dalam tiga mushaf terpilih, di samping menganalisa perbezaan tersebut hingga mencapai satu dapatan yang kukuh. Keterlibatan kajian dalam hadhf dan ithbat alif ini diharap dapat mencungkil banyak lagi persoalan tersirat di sebaliknya yang mungkin menjadi khazanah ilmu Islam yang berguna untuk dimanfaatkan bersama.

1.11 SISTEMATIKA PENULISAN

Isi kandungan yang dicadangkan untuk kajian ini adalah terdiri daripada satu bab pendahuluan, diikuti oleh lima bab lain. Bab Pendahuluan memuatkan pengenalan umum kepada kajian yang dijalankan merangkumi elemen-elemen seperti pengenalan, latar belakang masalah, persoalan, objektif, kepentingan, definisi tajuk, skop, literatur, metode dan sistematika penulisan kajian. Bab Satu memfokuskan pengenalan tentang

hadhf dan ithbat dan kategori hadhf, huruf-huruf yang di hadhf di dalam al-Quran dan

penambahan dan pengurangan huruf dalam naskhah-naskhah mushaf Uthmaniah. Manakala Bab Dua membincangkan pengenalan tiga mushaf terpilih, mushaf Madinah riwayat Hafs, dari segi sejarah dan metodologinya, mushaf al-Muhammadi al-Syarif riwayat Warsy, pengenalan dan metodologinya, mushaf al-Jamahiriyyah riwayat Qalun, pengenalan dan metodologinya.

Bab Tiga pula menumpukan perbahasan tentang hadhf dan ithbat alif di dalam tiga mushaf terpilih dengan mengumpul perkataan-perkataan hadhf dan ithbat alif yang terdapat di dalam ketiga-tiga mushaf terpilih bagi jamʻ al-mudhakkar al-salim, hadhf

dan ithbat alif bagi perkataan jamʻ al-mu’annath al-salim, hadhf dan ithbat alif bagi 16

(33)

perkataan jamʻ al-taksir, hadhf dan ithbat alif bagi perkataan tathniyah, hadhf alif bagi perkataan mengandungi damir

ﺎﻧ

”, ya’ nida’ dan ha' tanbih,hadhf alif bagi nama-nama

ʻajam, hadhf alif bagi perkataan yang pelbagai. Seterusnya Bab empat merupakan bab analisis terhadap perbezaan hadhf dan ithbat alif antara tiga mushaf terpilih. Ia merangkumi analisis hadhf dan ithbat alif bagi topik-topik di dalam Bab Tiga dan isu

hadhf alif bagi perkataan yang dibaca lebih daripada satu qiraat dalam tiga mushaf

terpilih.

Kajian ini diakhiri dengan Bab Lima yang memuatkan beberapa rumusan penting hasil daripada penemuan kajian di samping mengemukakan beberapa cadangan kepada semua pihak yang terlibat dengan kajian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti ahli akademik, agensi kerajaan dan juga masyarakat awam.

(34)

BAB SATU

PENGENALAN HADHF DAN ITHBAT ALIF DALAM RASM UTHMANI

1.1 PENDAHULUAN

Dalam Bab Satu ini pengkaji akan memfokuskan beberapa aspek berhubung definisi hadhf dan ithbat, kategori hadhf dan huruf-huruf yang di hadhf di dalam penulisan mushaf. Selain itu, penumpuan juga akan diberikan kepada hadhf dan ithbat alif antara naskhah-naskhah mushaf Uthmaniah begitu juga tentang penambahan dan pengurangan huruf dalam naskhah-naskhah mushaf tersebut.

1.2 DEFINISI HADHF DAN ITHBAT

Secara literal perkataan al-hadhf dalam bahasa Arab adalah berasal daripada kata dasar hadhf membawa makna: membuang atau menghilangkan (sesuatu).1 Manakala perkataan al-ithbat dalam bahasa Arab adalah berasal daripada kata dasar

thabata yang membawa maksud menetapkan atau mensabitkan.2 Maka dengan ini dapat

difahami bahawa perkataan ithbat adalah lawan bagi perkataan hadhf. Dalam ilmu Rasm istilah hadhf adalah bermaksud menggugurkan salah satu daripada lima huruf hijaiyyah iaitu alif, waw, ya’, lam dan nun.3 Antara kelima-lima huruf tersebut hadhf sering berlaku pada tiga huruf iaitu huruf alif, waw dan ya’ berbanding huruf lam dan nun.4

Manakala ithbat pula ialah menetapkan atau mengekalkan huruf-huruf tersebut di dalam sesuatu ejaan. Di dalam ilmu Rasm tidak dibincangkan ithbat sebagai topik

1 Abu al-Fadl Muhmmad bin Mukram Ibn Manzur, Lisan al-Arab (1414 H; cet. Ke-3, Beirut: Dar

Sadir,), 9:39.

2Ibid., 2:19.

3 Ahmad Malik Hammad al-Futi, Miftah al-Aman fi Rasm al-Qur’an, (Dakkar: Dar al-Singhaliyyah,

1963), 6.

4

Ibrahim bin Ahmad al-Marighni al-Tunusi, Dalil al-Hayran ‘Ala Mawrid al-Zam’an, (Kaherah: Dar al-Hadith 2005), 66.

18

(35)

yang khusus kerana ithbat adalah ejaan asal atau ejaan biasa. Sedangkan fungsi ilmu Rasm ialah untuk membincangkan ejaan yang berbeza dengan ejaan biasa.5

1.3 KATEGORI HADHF

Hadhf huruf yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga kategori:6

1.3.1 Hadhf Isharah

Maksud hadhfisharah ialah hadhf yang berlaku pada perkataan-perkataan yang boleh dibaca dengan lebih daripada satu qiraat. Hadhf tersebut untuk memberi isyarat bahawa terdapat qiraah yang lain yang boleh dibaca pada perkataan tersebut.7 Seperti

hadhf alif dalam perkataan “ ” dan “ ”.8 Bagi perkataan “ ” hadhf

alif adalah isyarat kepada qiraah Hamzah yang membaca dengan hadhf alif “

ىَﺮْﺳَأ

”.

Bagi perkataan “ ” pula hadhf alif isyarat bagi qiraah Ibn Kathir, Abu ‘Amr, Ibn ‘Amir, Hamzah dan Khalaf, mereka membaca dengan hadhf alif “

ْﻢُﻫوُﺪْﻔَـﺗ

”.P8F

9

1.3.2 Hadhf Ikhtisar

Maksud hadhf ikhtisar ialah hadhf yang tidak dikhususkan kepada sesuatu

perkataan tertentu sahaja seperti hadhf alif bagi perkataan jam‘ mudhakkar atau

al-5Ibid.

6 Ashraf Muhammad Fu’ad Tal’at, Safir al-’Alamin Fi Idah Wa Tahrir Wa Tahbir Samir al-Talibin Fi

Rasm Wa Dabt al-Kitab al-Mubin, (Brunei: Kementerian Pendidikan, 2003), 1:69 dan al-Marighni, Dalil al-Hayran, 66.

7 Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Marighni al-Tunusi (2005), Dalil al-Hayran ‘Ala Mawrid al-Zam’an,

Kaherah: Dar al-Hadith, h. 66.

8 Surah al-Baqarah (2): 85.

9 Ahmad bin Muhammad al-Banna’, Ittihaf Fudala’ al-Bashar fi al-Qira’at al-Arba’ah ‘Ashar, ed. Anas

Maharah (tahqiq), (Lubnan: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, 2006), 1: 184.

19

(36)

mu’annath al-salim10

contoh: “ ”11 dan “ ”.12 Kedua-dua jenis jam‘ ini secara umumnya ditulis dengan hadhf alif.

1.3.3 ×adhf Iqtisar:

Maksud Íadhf iqtisÉr ialah Íadhf alif bagi perkataan yang khas13 seperti

“ ”14 perkataan ini yang berada di dalam surah al-AnfÉl sahaja ditulis dengan

Íadhf alif manakala bagi tempat-tempat yang lain ia ditulis dengan ithbat alif.15

1.4 HURUF-HURUF YANG DI HADHF DI DALAM RASM

UTHMANI

Hadhf huruf adalah salah satu daripada enam kaedah utama Rasm Uthmani.16

Huruf-huruf yang di hadhf di dalam penulisan Rasm Uthmani ialah lima huruf iaitu huruf alif, waw, ya’, lam dan nun.17

1.4.1 Huruf Alif:18

Hadhf huruf alif berlaku dalam pelbagai bentuk perkataan antaranya seperti berikut:

10Jam’ al-mudhakkar atau al-mu’annath al-salim ialah perkataan jamak yang merujuk kepada dua orang

atau lebih dengan tambahan di akhirnya dengan huruf waw dan nun atau ya’ dan nun. ‘Abd Rahman bin Muhammad bin Qasim, Hashiyah ‘ala al-Ajrumiyyah (t.tp.1988), 28.

11 Al-Baqarah (2): 23. 12 Al-Nazi’at (79): 1. 13

Al-Marighni, Dalil al-Hayran, 66.

14 Al-Anfal (8): 42.

15 Al-Marighni, Dalil al-Hayran, 66.

16 Enam kaedah tersebut ialah: al-hadhf, al-badal, al-hamzah, al-fasl, al-wasl dan perkataan yang dibaca

dengan dua qiraat ditulis dengan salah satunya. Muḥammad Ḥabib Allāh al-Shinqiṭi, Iqāẓ al-Aʻlām li

Wujūb Ittibā’ Rasm al-Muṣḥaf al-Imām ʻUthmān Ibn ‘Affān, (Shria: Maktabah al-Ma’rifah, 1972), 42.

17 Al-Futi,Miftah al-Aman, 14.

18 Perkataan yang hadhf alif di dalam Rasm Uthmani dianggarkan lebih daripada 500 perkataan. ØaliÍ

Muhammad Øalih ‘Atiyyah, Rasm Mushaf Ihsa’ wa Dirasah (Tropoli: Jam’iyyah Da’wah al-Islamiyyah al-’Ólamiyyah, 2001), 50-66.

20

(37)

1.4.1.1 Hadhf huruf alif pada jamʻ al-mudhakkar al-salim19

Contoh perkataan jamʻ al-mudhakkar al-salim ialah: “ ”,20 “ ”21 dan “ ”22 dan yang seumpama dengannya. Sebagaimana yang dilihat pada setiap perkataan tersebut, huruf alif telah dihadhf dan tempatnya telah diletakkan alif kecil23 menggantikan alif yang dihadhf. Syarat hadhf alif bagi jamʻ mudhakkar al-salim ialah tiada huruf hamzah atau sabdu selepas huruf alif.24 Sekiranya selepas

huruf alif terdapat huruf hamzah atau sabdu, pada kebiasaannya huruf alif tersebut ditulis dengan ithbat25 seperti: “ ”26 dan “ ”.27

1.4.1.2 Hadhf huruf alif pada jamʻ al-mu’annath al-salim28

Contoh perkataan jamʻ al-mu’annath al-salim ialah: “ ”,29 “ ”,30 “ ”31 dan yang seumpama dengannya. Sebagaimana yang dilihat pada setiap perkataan tersebut huruf alif telah dihadhf dan tempatnya telah diletakkan alif kecil menggantikan alif yang dihadhf. Sekiranya dalam perkataan

19 Al-Dani,al-Muqni‘, 263. 20

Al-Baqarah (2): 23.

21 Al-Anfal (8): 46. 22 Al-Ahzab (35): 46.

23 Perlu diketahui bahawa yang dimaksudkan dengan Rasm Uthmani adalah huruf-huruf yang ditulis

dalam sesuatu perkataan. Huruf-huruf sisipan seperti alif kecil, ya’ kecil dan waw kecil bukanlah termasuk Rasm Uthmani tetapi ia tergolong dalam dabt al-Quran. Ahmad Khalid Shukri etal.,al-Munir fi Ahkam al-Tajwid (Jordan: Jam’iyyah al-Muhafazah ‘ala al-Qur’an al-Karim, 2002), 241.

24 Fahd bin ‘Abd al-Rahman bin Sulayman, Dirasat fi ‘Ulum al-Qur’an al-Karim (Riyad: Maktabah

al-Malik Fahd, 2003), 460.

25 Dani, Abu ʻAmr ʻUthman bin Saʻid al, al-Muqniʻ fi Maʻrifah Marsum Masahif Ahl al-Amsar, ed.

Nurah bint Hasan. (Riyad: Dar al-Tadmuriyyah, 2010), 266 dan Fahd bin ʻAbd al-Rahman bin Sulayman,

Dirasat fiʻUlum al-Quran al-Karim. (Riyad: Maktabah al-Malik Fahd, 2003), 460.

26 Al-A‘raf (7): 4. 27 Al-Fatihah (1): 7. 28 Al-Dani,al-Muqni‘, 268. 29 Al-Ahzab (33): 35 30 Al-Ahzab (33): 35. 31 Al-Ahzab (33): 35. 21

(38)

jama’ al-mu’annath al-salim ini terdapat dua alif, pada kebiasaannya kedua-dua alif

akan dihadhf seperti: “ ”32 dan “ ”.33

1.4.1.3 Hadhf huruf alif pada perkataan damir “

ﺎﻧ

Perkataan dalam bentuk ini disyaratkan yang berhubung selepasnya dengan

damir lain seperti “

ـﻫ

” atau “

ﺎﻫ

” contoh “ ”,34 “ ”35 “ ”36dan

“ ”,37 “ ”,38 “ ”39 begitu juga yang berhubung selepasnya dengan

damir

ﻢﻫ

” seperti “ ”,40 “ ”41, “ ”42 atau yang berhubung

selepasnya dengan damir

ﻢﻛ

” contoh “ ” 43 “ ”44 atau yang berhubung selepasnya dengan damir

ك

” contoh “ ”45dan lain-lain. Semua huruf alif pada setiap perkataan tersebut telah dihadhf dan digantikan dengan huruf alif kecil. Tetapi

32 Al-Ahzab (33): 35. 33 Al-Ahzab (33): 35. 34 Al-Anʻam (6): 9. 35 Al-Anʻam (6): 92. 36 Al-Aʻraf (7): 64. 37 Al-Isra’ (17): 16. 38 Al-Dukhan (44): 28. 39 Al-Hijr (15): 16. 40 Hud (11): 101. 41 Al-Qasas (28): 42. 42Al ʻImran: 25. 43 Al-Baqarah (2): 56. 44 Al-Baqarah (2): 57. 45 Al-Hijr (15): 64. 22

(39)

sekiranya damir

ﺎﻧ

”ini berada di akhir perkataan ia ditulis dengan ithbat alif seperti:

“ ”46 dan “ ”.P46F 47

1.4.1.4 Hadhf huruf alif pada nama-nama ajam

Contoh nama-nama ʻajam48 yang ada di dalam al-Quran seperti “ ”, “ ”, “ ”.49 Semua perkataan-perkataan tersebut dan seumpamanya ditulis dengan

hadhf alif dan digantikan dengan huruf alif kecil.50

1.4.1.5 Hadhf huruf alif pada perkataan “

ﺎﻳ

” nida

Contoh perkataan-perkataan “

ﺎﻳ

nida’ “ ”,51 “ ”52 dan “ ”.53 Semua huruf alif pada setiap perkataan tersebut telah dihadhf dan digantikan dengan huruf alif kecil.54

46

Hud (11): 116.

47 Hud (11): 110.

48 Perkataan ʻajam bermaksud perkataan yang bukan daripada bahasa Arab. Ibn Manzur. Lisan al-ʻArab

12:385.

49

Ketiga-tiga perkataan ini daripada surah al-Baqarah (2): 136.

50 Al-Dani,al-Muqni‘, 257 51 Al-Baqarah (2): 21. 52 Al-Baqarah (2): 54. 53 Al-Baqarah (2): 55. 54 Al-Dani,al-Muqni‘, 220 23

(40)

1.4.1.6 Hadhf huruf alif pada perkataan “

ﺎﻫ

” tanbih

Contoh perkataan-perkataan “

ﺎﻫ

tanbih “ ”,55 “ ”56 dan “ ”.57 Semua huruf alif pada setiap perkataan tersebut ditulis dengan hadhf dan digantikan dengan huruf alif kecil.

1.4.1.7 Hadhf huruf alif pada ism al-isharah58

Contoh perkataan-perkataan ism al-isharah “ ”,59 “ ”60 dan “ ”.61 Semua huruf alif pada setiap perkataan tersebut telah dihadhf dan digantikan dengan huruf alif kecil.

1.4.1.8 Hadhf huruf alif pada ism al-mawsul62

Contoh perkataan-perkataan ism al-mawsul “ ”63dan “ ”.64 Semua huruf alif pada setiap perkataan tersebut telah dihadhf dan digantikan dengan huruf alif kecil.

1.4.2 Huruf Waw:65

Hadhf huruf waw terbahagi kepada dua jenis:

1.4.2.1 Hadhf huruf waw pada lima perkataan66 iaitu:

55 Al-Baqarah (2): 25. 56 Al-Baqarah (2): 31. 57 Al-Qasas (28): 27. 58 Al-Dani,al-Muqni‘, 223. 59 Al-Baqarah (2): 16. 60 Al-Baqarah (2): 2. 61 Yusuf (12): 32. 62 Al-Dani,al-Muqni‘, 240. 63 Al-Talaq (2): 4. 64 Al-Ahzab (2): 50.

65 Terdapat lima belas perkataan yang dihadhf huruf waw di dalam al-Quran. ØaliÍ Muhammad, Rasm

Mushaf, 149-152.

24

(41)

“ ”,67 “ ”,68 “ ”,69 “ ”70 dan “ ”.71 Mengikut ejaan biasa setiap akhir perkataan yang pertama daripada perkataan-perkataan ini di akhiri dengan huruf waw “

ﻮﻋﺪﻳ

”, “

ﻮﺤﳝ

”, “

ﻮﻋﺪﻳ

”, “

ﻮﻋﺪﻴﻠﻓ

” dan “

ﻮﳊﺎﺻ

”.

Di dalam Rasm Uthmani semua huruf waw tersebut dihadhfkan.

1.4.2.2 Hadhf huruf waw kedua

Hadhf ini bagi huruf waw kedua pada perkataan-perkataan yang terdapat dua

waw yang berhubung72 seperti “ ”,73 “ ”74 dan “ ”.75 Sebagaimana yang dilihat pada setiap perkataan tersebut huruf waw telah dihadhf dan tempatnya diganti dengan huruf waw kecil untukmenggantikan waw yang dihadhf.

1.4.3 Huruf Ya’

Hadhf huruf ya’ terbahagi kepada tiga jenis:

1.4.3.1 Hadhf ya’ al-mutakallim76

Contoh perkataan-perkataan ya’ al-mutakallim “ ”77 dan “ ”.78 Mengikut ejaan biasa perkataan ini ditulis dengan huruf ya’ selepas huruf nun

66 Al-Dani,al-Muqni‘, 326. 67 Al-Isra’ (17): 11. 68 Al-Shura (42): 24. 69 Al-Qamar (54): 6. 70 Al-Alaq (96): 17. 71 Al-Tahrim (66): 17. 72 Al-Dani,al-Muqni‘, 332. 73 Surah al-Naml (27): 15. 74 Al-Araf (7): 20. 75 Al-Tawbah (9): 19. 76 Al-Dani,al-Muqni‘, 299. 77 Al-Baqarah (2): 40. 78 Al-Baqarah (2): 41. 25

Referensi

Dokumen terkait