• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN TIGA MUSHAF TERPILIH

2.5.1 SUMBER PENYALINAN

Walaupun di dalam pengenalan mushaf ini tidak dinyatakan sumber penyalinannya

namun menurut Ketua Ahli Jawatankuasa Penulisan Mushaf Madinah ʻAbd al-ʻAziz bin

9 Muhammad Tahir bin ʻAbd al-Qadir al-Kurdi, Tarikh al- Khat al-Arabi wa Adabuh, (Kaherah: al-Matbaʻah al-Tijariyyah, 1939), 101.

10 Mushaf Al-Madinah Al-Munawwarah, Riwayat Hafs, (Saudi Arabia: Majma’ Al-Malik Fahd, 1431 H), halaman tiada bernombor selepas halaman “ل” pengenalan tanda-tanda waqaf.

71

ʻAbd al-Fattah al-Qari’ bahawa penulisan mushaf Madinah adalah bersumberkan mushaf

yang terkenal dengan mushaf Malik Fu’ad11

baginda adalah salah seorang Raja Mesir. Mushaf ini antara mushaf-mushaf yang terawal dicetak. Kelebihan mushaf ini berbanding dengan cetakan mushaf-mushaf yang lain semasa itu ialah ketelitian dalam penulisan Rasm ʻUthmani. Mushaf ini ditulis dibawah seliaan Ketua Sheikh-Sheikh Maqari’ Mesir ketika

itu iaitu Sheikh Muhammad Khalaf al-Husayni.12

2.5.2 RIWAYAT

Tanda-tanda baca yang digunakan di dalam penulisan mushaf ini adalah

berdasarkan bacaan riwayat Hafs13 daripada ʻAsim,14

sebagaimana yang dinyatakan di

dalam pengenalan Mushaf tersebut:15 “Mushaf ini ditulis dan diletak tanda dabt mengikut

riwayat bacaan Hafs bin Sulayman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi”. Manakala dari

sudut tariq pula mushaf ini adalah mengikut tariq al-Shatibi. Sanad bacaan riwayat Hafs

adalah diambil daripada Imam ʻAsim bin Abu al-Najud al-Kufi melalui dua orang guru

iaitu Abu Abd Rahman ʻAbd Allah bin Habib al-Sulami dan Abu Maryam Zirr bin

Hubaysh16

susunan sanadnya seperti berikut:

11 Mushaf ini dicetak pada tahun 1342 H atas perkenan Malik Fu’ad raja Mesir ketika itu. Mushaf ini ditulis di bawah penyeliaan Universiti al-Azhar. Kemudian mushaf ini diulang cetak dengan beberapa pembetulan pada tahun 1952. Untuk maklumat tambahan tentang mushaf ini sila rujuk al-Mushaf Sharif Tabʻah Maslahah al-Masahah al-Misriyyah, Kaherah: 1342 H, halaman 829-850.

12 “Temuramah dengan Ketua Ahli Jawatankuasa Penulisan Mushaf Madinah ʻAbd ʻAziz bin ʻAbd al-Fattah al-Qari’ penulisan Mushaf Madinah”, laman sesawang tafsir.net, dicapai pada 22 November 2013, http://vb.tafsir.net/tafsir21514/.

13

Nama penuh beliau ialah Hafs bin Sulayman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi. Beliau dilahirkan pada tahun 90 H dan meninggal pada tahun 180 H. Muhammad bin Muhammad al-Jazari, Tabaqat al-Qurra’, ed. Muhammad Khan, (Riyad: Markaz al-Malik Faysal, 1997), 1:141.

14Nama penuh beliau ialah ʻAsim bin Bahdalah Abu al-Najud al-Asadi al-Kufi. Beliau telah meninggal pada tahun 127 H. Al-Jazari, Tabaqat al-Qurra’, 1:75.

15 Mushaf al-Madinah al-Munawwarah, Riwayat Hafs, (Saudi: Majma’ Al-Malik Fahd, 1431 H), أ .

16 Al-Dānī, al-Taysīr fī al-Qirā’āt al-Sabʻ, 9.

72

Nabi (s.a.w.) Nabi (s.a.w.)

1. ʻUthman bin ʻAffan17 2. Ali bin Abi Talib18

3. Ubayy bin Kaʻb19 4. Zayd bin Thabit20 5. ʻAbd Allah bin Masʻud21

1. ʻUthman bin ʻAffan 2. ʻAbd Allah bin Masʻud

Abu Abd Rahman ʻAbd Allah bin Habib

al-Sulami22 Abu Maryam Zirr bin Hubaysh23

ʻAsim bin Abu al-Najud al-Kufi24

Hafs bin Sulayman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi25

17

Beliau sudah dikenali oleh umat Islam sebagai khalifah Islam yang ketiga. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang telah hafal al-Quran dan bertalaqqi dengan Nabi (s.a.w.) Dan orang yang bertanggungjawab dalam penulisan semula al-Quran. Beliau mati dibunuh pada tahun 35 H. Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi,

Maʻrifah al-Qurra’ al-Kibar ʻala al-Tabaqat wa al-Aʻsar. (Beirut: Dar al-ʻIlmiyyah, 1997), 9. 18

Beliau juga sudah dikenali oleh umat Islam sebagai khalifah Islam yang keempat. Beliau meninggal dibunuh pada tahun 40 H. Al-Dhahabi, Maʻrifah al-Qurra’ al-Kibar 12.

19 Nama penuh beliau ialah Ubayy bin Kaʻb bin Qays al-Ansari merupakan salah seorang sahabat Nabi (s.a.w.) yang menjadi rujukan dalam pembacaan al-Quran. Beliau adalah salah seorang sahabat yang dianjurkan oleh Rasulullah (s.a.w.) supaya mempelajari al-Quran daripadanya. Beliau meninggal pada tahun 20 H. Al-Dhahabi, Maʻrifah al-Qurra’ al-Kibar 14.

20 Nama penuh beliau ialah Zayd bin Thabit bin Ludhan al-Ansari. Terkenal dengan gelarang Penulis Wahyu kerana beliau sahabat yang paling banyak menulis wahyu pada zaman Nabi (s.a.w.). Kemudian pada zaman Abu Bakar (r.a.) dan Uthman (r.a.). Besar jasa beliau dalam penulisan al-Quran. Beliau meninggal pada tahun 45 H. Al-Dhahabi, Maʻrifah al-Qurra’ al-Kibar 17-18.

21 Nama penuh beliau ialah ʻAbd Allah bin Masʻud bin Ghafil al-Makki. Beliau juga adalah seorang sahabat Nabi (s.a.w.) yang menjadi rujukan dalam pembacaan al-Quran. Beliau adalah salah seorang sahabat yang dianjurkan oleh Rasulullah (s.a.w.) supaya mempelajari al-Quran daripadanya. Beliau meninggal pada tahun 32 H. Al-Dhahabi, Maʻrifah al-Qurra’ al-Kibar 15-17.

22 Beliau terkenal dengan gelaran Muqri’ al-Kufah. Dilahirkan semasa hidup Nabi (s.a.w.). Beliau telah mengambil bacaan al-Quran daripada beberapa orang sahabat antaranya ʻUthman bin ʻAffan, Ali bin Abi Talib dan ʻAbd Allah bin Masʻud. Beliau meninggal pada tahun 74 H. Al-Dhahabi, Maʻrifah Qurra’

al-Kibar 27-30.

23 Beliau juga adalah salah seorang Muqri’ al-Kufah. Sezaman dengan Habib al-Sulami. Mengambil bacaan daripada ʻUthman bin ʻAffan, Ali bin Abi Talib dan ʻAbd Allah bin Masʻud. Beliau meninggal pada tahun 82 H. Jazari, Muhammad bin Muhammad, Gyayah Nihayah fi Tabaqat Qurra’, (Beirut: Dar al-ʻIlmiyyah, 1991), 1:294.

Khalid ʻAbd al-Rahman al-ʻAkk. Tarikh Tawthiq al-Quran al-Karim. Beirut: Dar al-Fikr, 1986.

24 Beliau termasuk dalam golongan tabien dan salah seorang Imam Qiraat Tujuh. Mengambil bacaan al-Quran daripada Abu Abd Rahman ʻAbd Allah bin Habib al-Sulami dan Zirr bin Hubaysh. Meninggal pada tahun 127 H. Al-Dhahabi, Maʻrifah al-Qurra’ al-Kibar 51-54.

⬇ ⬇ ⬇ ⬇ 73