Pada hemat pengkaji, penulisan-penulisan terdahulu berkaitan topik yang bakal dikaji belum lagi diterokai secara meluas dan terperinci dalam kajian-kajian ilmiah dari sudut kajian perbandingan hadhf dan ithbat alif antara mushaf-mushaf Rasm Uthmani. Kebanyakan perbincangan mengenai hadhf dan ithbat alif hanya terdapat di dalam karya-karya ilmu Rasm dalam bentuk teori-teori atau panduan penulisan mushaf. Antara
karya utama dalam bentuk ini ialah Muqni` fi Ma`rifah Marsum Masahif Ahl
al-Amsar karangan Abu ʻAmr ʻUthman bin Saʻid Al-Dani dan Mukhtasar al-Tabyin li
Hija’ al-Tanzil karangan Abu Dawud Sulayman bin Najah. Kedua-dua karya ini merupakan rujukan utama di dalam penulisan Rasm Mushaf Uthmani. Selain daripada dua karya tersebut terdapat ratusan karya yang berkaitan ilmu Rasm semuanya
menyentuh tentang hadhf dan ithbat alif.20 Tetapi kajian terhadap perlaksanaan hadhf
dan ithbat alif di dalam penulisan mushaf-mushaf Rasm Uthmani ada pada masa ini masih sedikit. Selain itu, pengkaji mendapati kajian topik ini memerlukan rujukan yang berselerak di dalam karya-karya ilmu Rasm di samping memerlukan bukti-bukti tambahan daripada manuskrip-manuskrip mushaf awal.
Setakat ini, pengkaji belum memperolehi mana-mana karya yang serupa dengan kajian yang akan dijalankan. Namun begitu terdapat beberapa karya yang mempunyai
hubung kait dengan topik kajian seperti karya bertajuk Nazarat fi Baʻd ma Inhadhaf
×asywan min al-Alifat karangan ʻAbd RaÍÊm bin ʻAbd al-SalÉm Nabulasi.21
Satu artikel terkandung dalam Jurnal al-Imam al-Syatibi li al-Dirasat al-Qur’aniyyah, didapati
20
Antara pengkaji yang telah menghimpunkan senarai karya-karya ilmu Rasm ialah Asyraf Muhammad Fu’ad Tal`at beliau telah menyenaraikan lebih daripada 400 buah karya dalam bidang ini. Lihat: Asyraf Muhammad Fu’ad Tal`at, Safir al-`Alamin Fi Idah Wa Tahrir Wa Tahbir Samir al-Talibin Fi Rasm Wa
Dabt al-Kitab al-Mubin, (Brunei: Kementerian Pendidikan, 2003), 1:45-122. 21
`Abd Rahim bin `Abd Salam Nabulasi (1428 H), “Nazarat fi Ba'd Ma Inhadhaf Hasywan min al-Alifat” Jurnal al-Imam al-Syatibi li al-Dirasat al-Qur’aniyyah, Bil. 1, Rabiul Awwal 1427 H, h. 153-204.
12
memfokuskan perbincangan kepada hadhf alif yang terdapat di dalam qiraah syadhdhah di samping mengemukakan sanad-sanad qiraah tersebut.
Sebuah tesis PhD. bertajuk Pemeliharaan Al-Qur’an : Kajian Di Unit Kawalan
Teks Al-Qur’an Kementerian Keselamatan Dalam Negeri oleh Abd Rahman Abd Ghani
(2009), Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. di dalam bab lima kajian tersebut turut membincangkan sedikit persoalan hadhf dan ithbat alif. Tetapi perbincangannya hanya tertumpu pada bentuk tanda baca bagi huruf-huruf yang dihadhf. Tidak terdapat perbincangan tentang perbandingan hadhf dan ithbat alif di dalam mushaf-mushaf Rasm Uthmani.
Satu kajian juga di peringkat Doktor Falsafah pada tahun 2010 oleh Bashir
×asan ×imyari bertajuk al-Muqniʻ fi Maʻrifah Marsum Masahif Ahl al-Amsar, li Abi
ʻAmr al-Dani d. 444H : Dirasah wa Tahqiq, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Fakulti
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kajian tersebut adalah satu
kajian tahqiq memfokuskan kepada teks kitab al-Muqniʻ. Penulis dalam kajian tersebut
dalam bab dua telah menyentuh perkataan-perkataan hadhf dan ithbat alif menurut
riwayat Abu `Amr al-Dani pengarang al-Muqniʻ sebagai salah seorang ulama Rasm
yang ulung di samping memberi ulasan-ulasan tambahan berkaitan topik tersebut. Namun dalam kajian tersebut tiada kajian perbandingan antara hadhf dan ithbat alif yang berlaku di dalam penulisan mushaf.
Sebuah disertasi lain di peringkat Sarjana oleh Mahdi ʻAbd Allah Qari (1422 H),
bertajuk Tahqiq wa Dirasah Kitab al-Jawahir al-Yaraʻiyyah fi Rasm Masahif
ʻUthmaniyyah li Muhammad Bin Ahmad ʻAwfi Nazil Qantantiniyyah al-Mutawaffa 1050 H, Fakulti Dakwah Dan Usuluddin, Universiti Umm al-Qura, Saudi Arabia. Kajian tersebut juga adalah tahqiq kitab dalam bidang ilmu Rasm. Terdapat 13
perbincangan di dalam bab dua berkaitan hadhf dan ithbat alif, namun perbicangan lebih kepada menyenarai perkataan-perkataan hadhf dan ithbat alif yang terdapat di dalam al-Quran. Namun dalam kajian tersebut tiada kajian perbincangan tentang perbandingan hadhf dan ithbat alif yang berlaku di dalam tiga mushaf terpilih.
Sebuah tesis Sarjana bertajuk Tibyan fi Syarh Mawrid al-Zam’an li Mu’allifih
Abi Muhammad ʻAbd Allah bin ʻUmar al-Sunhaji Ibn Ajatta oleh ʻAbd al-×afiz bin
Muhammad Nur Hindi (2002), Fakulti Quran Karim, Universiti Islam
al-Madinah al-Nabawiyyah turut membincangkan topik yang sama dengan tesis Sarjana di atas kerana kedua-dua tesis ini adalah kajian terhadap syarah kitab Mawrid al-Zam’an.
Abd Rahman Abd Ghani (2003), Sejarah Rasm Al-Quran: Tumpuan Utama
Kepada Rasm ʻUthmani iaitu satu kajian di peringkat Sarjana di Jabatan Al-Quran dan
Al-Hadith, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kajian
kepustakaan dijalankan tersebut berkisar tentang Rasm ʻUthmani. Banyak antara
bab-bab di dalam kajian ini yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan seperti perbincangan di dalam Bab Dua yang menghuraikan tentang kaedah penulisan Rasm ʻUthmani dan dalam Bab Empat yang menyentuh beberapa aspek tentang tiga mushaf terpilih. Walau bagaimanapun, isu tentang perbezaan antara hadhf dan ithbat alif yang merupakan perbincangan utama dalam kajian ini tidak dibincangkan.
Selain itu, terdapat keterangan berhubung hadhf dan ithbat alif dalam satu
penulisan tesis Sarjana bertajuk al-Tanbih al-`Atsyan ʻala Mawrid al-Úam’an li Abi
Husayn bin ʻAli bin Talhah al-Rajraji al-Syusyawi al-Mutawaffa Sanah 899 H oleh
Muhammad Salim Harisyah (2006), Fakulti Sastera dan Sains, Universiti al-Muraqqab,
Libya. Dalam bab dua di bawah tajuk al-hadhf penulis telah menukilkan teks daripada kitab al-Tanbih al-`Atsyan berkaitan hadhf dan ithbat alif di samping itu, beliau turut 14
membuat ulasan-ulasan berkaitan dengannya. Perkara yang diketengahkan oleh pengkaji ialah perkataan-perkataan yang ditulis dengan hadhf dan ithbat alif di dalam al-Quran. Namun dalam kajian tersebut tiada kajian perbincangan tentang perbandingan
hadhf dan ithbat alif yang berlaku di dalam penulisan mushaf-mushaf Rasm Uthmani.
Terdapat sebuah artikel oleh Ahmad Khalid Syukri berjudul Tarjih wa
al-Taʻlil li Rasm wa Dabt Baʻd Kalimat al-Tanzil, artikel ini juga adalah daripada terbitan Jurnal al-Imam al-Syatibi li al-Dirasat al-Qur’aniyyah.22 Dalam artikel tersebut penulis cuba menangani isu sejumlah perkataan yang mempunyai ejaan yang berbeza-beza yang dianggap sebagai isu-isu ilmu Rasm yang baru dibangkitkan semula. Beliau mengumpul sejumlah perkataan yang berkaitan dan mencadangkan satu ejaan yang dianggap paling kuat. Perkataan-perkataan yang disenarikan di dalam artikel tersebut berjumlah 18 yang berkaitan hadhf dan ithbat alif. Masih terdapat banyak lagi perkataan-perkataan yang berkaitan hadhf dan ithbat alif tidak disentuh.
Terdapat satu karya bertajuk Mukhalafat al-Nussakh wa Lijan al-Murajaʻah wa
al-Tashih li Marsum al-Mushaf al-Imam karangan Ahmad Syarsyal.23
Kitab kecil ini dilihat banyak menyentuh tentang kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam penulisan mushaf, sama ada dari sudut ilmu Rasm mushaf mahu pun ilmu dabt mushaf. Selain itu, pengarang juga menjelaskan isu-isu berkaitan hadhf dan ithbat alif seperti artikel sebelum ini. Namun, rujukan kedua-dua artikel hanya terhad kepada rujukan karya-karya ilmu Rasm sahaja tanpa mengkaji manuskrip-manuskrip mushaf antik yang boleh dijadikan sebagai bukti tambahan.
22 Ahmad Khalid Syukri (1428 H), “al-Tarjih wa al-Ta`lil li Rasm wa Dabt Ba`d Kalimat al-Tanzil”
Jurnal al-Imam al-Syatibi li al-Dirasat al-Qur’aniyyah, Bil. 3, Jamadi Akhir 1427 H, h. 215-272. 23
Ahmad Syarsyal (2002), Mukhalafat Nussakh Wa Lijan Muraja`ah Wa Tashih Li Marsum
al-Mushaf al-Imam, Kaherah: Dar al-Haramayn.
15
Berdasarkan penelitian tersebut, pengkaji berpendapat bahawa topik kajian yang dicadangkan adalah sesuai diketengahkan untuk dikaji di peringkat Doktor Falsafah. Hal ini kerana kajian yang bakal dilakukan bukan sahaja difokuskan kepada persoalan
hadhf dan ithbat alif, malah lebih jauh daripada itu, kajian akan mengenal pasti
perbezaan dan persamaan antara hadhf dan ithbat alif di dalam tiga mushaf terpilih, di samping menganalisa perbezaan tersebut hingga mencapai satu dapatan yang kukuh. Keterlibatan kajian dalam hadhf dan ithbat alif ini diharap dapat mencungkil banyak lagi persoalan tersirat di sebaliknya yang mungkin menjadi khazanah ilmu Islam yang berguna untuk dimanfaatkan bersama.
1.11 SISTEMATIKA PENULISAN
Isi kandungan yang dicadangkan untuk kajian ini adalah terdiri daripada satu bab pendahuluan, diikuti oleh lima bab lain. Bab Pendahuluan memuatkan pengenalan umum kepada kajian yang dijalankan merangkumi elemen-elemen seperti pengenalan, latar belakang masalah, persoalan, objektif, kepentingan, definisi tajuk, skop, literatur, metode dan sistematika penulisan kajian. Bab Satu memfokuskan pengenalan tentang
hadhf dan ithbat dan kategori hadhf, huruf-huruf yang di hadhf di dalam al-Quran dan
penambahan dan pengurangan huruf dalam naskhah-naskhah mushaf Uthmaniah. Manakala Bab Dua membincangkan pengenalan tiga mushaf terpilih, mushaf Madinah
riwayat Hafs, dari segi sejarah dan metodologinya, mushaf al-Muhammadi al-Syarif
riwayat Warsy, pengenalan dan metodologinya, mushaf al-Jamahiriyyah riwayat Qalun,
pengenalan dan metodologinya.
Bab Tiga pula menumpukan perbahasan tentang hadhf dan ithbat alif di dalam tiga mushaf terpilih dengan mengumpul perkataan-perkataan hadhf dan ithbat alif yang
terdapat di dalam ketiga-tiga mushaf terpilih bagi jamʻ al-mudhakkar al-salim, hadhf
dan ithbat alif bagi perkataan jamʻ al-mu’annath al-salim, hadhf dan ithbat alif bagi
perkataan jamʻ al-taksir, hadhf dan ithbat alif bagi perkataan tathniyah, hadhf alif bagi
perkataan mengandungi damir “
ﺎﻧ
”, ya’ nida’ dan ha' tanbih, hadhf alif bagi nama-namaʻajam, hadhf alif bagi perkataan yang pelbagai. Seterusnya Bab empat merupakan bab
analisis terhadap perbezaan hadhf dan ithbat alif antara tiga mushaf terpilih. Ia merangkumi analisis hadhf dan ithbat alif bagi topik-topik di dalam Bab Tiga dan isu
hadhf alif bagi perkataan yang dibaca lebih daripada satu qiraat dalam tiga mushaf
terpilih.
Kajian ini diakhiri dengan Bab Lima yang memuatkan beberapa rumusan penting hasil daripada penemuan kajian di samping mengemukakan beberapa cadangan kepada semua pihak yang terlibat dengan kajian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti ahli akademik, agensi kerajaan dan juga masyarakat awam.