• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rasm Uthmani; Hubungannya Dalam Bidang Ilmu Qiraat. Norazman bin Alias Muhammad Hafiz bin Saleh Abd Muhaimin bin Ahmad.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rasm Uthmani; Hubungannya Dalam Bidang Ilmu Qiraat. Norazman bin Alias Muhammad Hafiz bin Saleh Abd Muhaimin bin Ahmad."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Rasm Uthmani; Hubungannya Dalam Bidang Ilmu Qiraat

Norazman bin Alias Muhammad Hafiz bin Saleh

Abd Muhaimin bin Ahmad

norazman@usim.edu.my

mhafiz@usim.edu.my

muhaimin@usim.edu.my

Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak

Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan al-Quran mengikut bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur. Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan Quran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan al-Quran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang hubungkait antara Ilmu Rasm Uthmani dan ilmu Qiraat dengan membawa contoh-contoh sejarah daripada beberapa buah kitab untuk menonjolkan kelebihan mempelajari kedua-dua bidang ilmu ini dalam konteks memelihara kesucian al-Quran. Kertas kerja ini juga akan mengemukakan beberapa contoh ayat al-Quran mengikut Rasm Uthmani yang berkaitan dengan perbezaan bacaan al-Quran yang mutawatir.

(2)

1.0 Pengenalan Ilmu Rasm Uthmani

Sebagaimana yang diketahui ramai, Mushaf al-Quran al-Karim yang diguna pakai pada zaman kini adalah mengikut kaedah penulisan yang ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran al-Karim ini atau lebih dikenali dengan Rasm Uthmani telah diarahkan oleh beliau akibat berlakunya perselisihan bacaan di kalangan umat Islam yang begitu ketara.

Jika dilihat dari sudut definisi Rasm Uthmani, Syeikh Abd al-Mun’im Kamil Syair telah menyebut di dalam kitab beliau Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani: “yang dimaksudkan dengan perkataan ini (Rasm Uthmani) ialah kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman ibn Affan r.a, dan dihantar ke negara-negara Islam. Maka dinamakan kaedah ini dengan Rasm Uthmani adalah sebagai sandaran kepada Uthman ibn Affan r.a atas perintah beliau untuk menulis semula ayat-ayat al-Quran”.1

2.0 Sejarah Rasm Uthmani

Penurunan al-Quran pada zaman Rasulullah S.A.W. berlaku ketika baginda berada di Makkah dan Madinah adalah secara berperingkat-peringkat. Namun begitu, kesemua ayat-ayat al-Quran al-Karim itu adalah bacaan yang telah diajar oleh Malaikat Jibril a.s. kepada baginda mengikut tujuh huruf sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis: “Jibril telah membacakan kepadaku satu huruf, maka aku membacanya, lalu ditambah dan ditambah lagi sehingga ia menjadi tujuh huruf”. 2 Setelah itu, para sahabat pun mulalah mempelajari dan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran secara musyafahah (mempelajari daripada mulut/bacaan guru) mengikut tujuh huruf tersebut.

1

Lihat: Abd al-Mun’im Kamil Syair, Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani, t.t, t.th, hlmn. 5, dengan sedikit perubahan.

2

Lihat: Dikeluarkan oleh Bukhari dalam bab Fadhail Quran, Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-Bukhari, Soheh al-al-Bukhari, Dar Tauq al-Najah, Arab Saudi, cetakan pertama, 1422H, jlid. 6, hlmn. 184, dengan sedikit perubahan.

(3)

Walau bagaimanapun, tidaklah semua sahabat baginda mempelajari dan membaca ketujuh-tujuh huruf tersebut. Sebahagian daripada mereka membaca dengan satu huruf, sebahagian yang lain membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Setelah kewafatan baginda S.A.W., maka para sahabat pun bertebaran dan berhijrah ke serata negara dalam menyebarkan lagi dakwah Islamiah kepada umat manusia. Maka terdapatlah mereka (para tabiin) yang mempelajari bacaan al-Quran al-Karim dengan satu huruf sahaja dan ada yang lebih daripada itu berdasarkan kepada bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat. Antara mereka yang masyhur di kalangan para sahabat dalam mempelopori dan menyebarkan bacaan al-Quran ini ialah Ubai bin Kaab r.a. di Syam, Abdullah bin Mas’ud di Kufah dan Abu Musa al-‘Asy’ari di negara-negara lain. 3

Hasil daripada perbezaan bacaan secara musyafahah itu yang diajar oleh para sahabat kepada penduduk Islam di negara masing-masing, maka telah membawa kepada perbezaan bacaan yang ketara di kalangan umat Islam ketika itu. Ada di kalangan mereka yang mendakwa bahawa bacaan merekalah yang paling tepat dan ada yang mendakwa bacaan orang Islam di negara lain salah dan sebagainya. Lalu pemerintah Islam atau Khalifah Islam ketika itu, Uthman bin Affan r.a. telah mengarahkan kepada beberapa orang sahabat untuk mengumpulkan kesemua mushaf dan bacaan yang ada agar dapat mengelak dan menghindarkan umat Islam daripada terus berpecah-belah. 4

2.1 Faktor Pengumpulan al-Quran

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada pengumpulan semula mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. Antaranya ialah:

3

Lihat: Abu Bakr bin Abi Daud, Abdullah bin Sulaiman Sajastani, Kitab Masohif, Dar Faruq al-Hadithah, Kaherah, cetakan pertama, 1423H, jlid. 1, hlmn. 190, dengan sedikit perubahan.

4

Lihat: Abd al-Mun’im Kamil Syair, Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani, hlmn. 5, dengan sedikit perubahan.

(4)

2.1.1 Perbezaan Bacaan Umat Islam

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab soheh beliau bahawa pada suatu hari seorang sahabat Rasulullah S.A.W., Huzaifah al-Yamani r.a. pergi menemui Khalifah Uthman bin Affan r.a. setelah pulang dari peperangan Armaniah dan Azerbaijan. Maka Huzaifah al-Yamani mendapati (terkejut dengan) perbezaan bacaan al-Quran yang ketara di kalangan penduduk Islam. Lalu berkatalah Huzaifah kepada Khalifah: Wahai pemimpin orang-orang beriman, sedarkanlah umat ini sebelum mereka berselisih bacaan terhadap al-Quran sebagaimana yang berlaku kepada Yahudi dan Nasrani. Maka, Khalifah Uthman bin Affan r.a. pun dengan segera menghantar surat kepada Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r.a. yang bertulis: “Serahkanlah kepada kami suhuf agar kami dapat menulisnya semula di mushaf. Kemudian kami akan mengembalikannya kepadamu.”

Setelah itu, Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r.a. pun menghantar suhuf yang ada pada beliau kepada khalifah. Kemudian Khalifah Uthman bin Affan r.a. pun melantik empat orang sahabat untuk menulis semula ayat-ayat al-Quran pada mushaf, mereka ialah Zaid bin Thabit (wafat 45H), Abdullah bin al-Zubair (wafat 73H), Sa’id bin al-‘Aas (wafat 58H), Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisham (wafat 43H) r.a.h. Berkata khalifah: “Sekiranya kamu berselisih pendapat dengan Zaid bin Thabit (terhadap sesuatu perkataan) daripada al-Quran, maka tulislah ia mengikut bahasa Quraish, kerana sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan bahasa mereka.” 5

Lalu, mereka pun menulis semula suhuf yang ada kepada mushaf dan diserahkan kepada Khalifah Uthman bin Affan r.a. untuk dihantarkan ke negara-negara Islam. Adapun suhuf yang asal dikembalikan kepada Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r.a. dan khalifah pun memerintahkan agar mushaf yang ada selain daripada mushaf yang dihantar ini agar dibakar.

5

Lihat: Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Dar al-Hadith, Kaherah, 1427H, jlid. 1, hlmn. 166, dengan sedikit perubahan.

(5)

2.1.2 Perbezaan Bacaan Guru

Hasil daripada mempelajari bacaan al-Quran daripada Rasulullah S.A.W. mengikut huruf-huruf yang diambil, maka para sahabat pun mengajar para tabiin dan umat Islam pada ketika itu mengikut apa yang mereka pelajari.

Maka setelah generasi demi generasi berlalu, jumlah para celik al-Quran ini semakin ramai dan mereka membaca al-Quran dengan qira’at yang pelbagai. Lama-kelamaan generasi muda ini mendakwa bacaan mereka lebih fasih dan betul berbanding dengan bacaan yang lain. Ibn Jarir telah menceritakan hal ini di dalam tafsir beliau bahawa ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a., seseorang guru akan mengajar bacaan al-Quran kepada anak muridnya mengikut bacaan seorang sahabat Rasulillah S.A.W. dan seorang guru yang lain pula mengajar mengikut kepada bacaan sahabat baginda yang lain. 6 Telah berkata pula Abu Ayyub bahawa sehinggakan ada yang sanggup mengkafir orang Islam yang lain hanya disebabkan oleh perbezaan bacaan al-Quran ini. Maka berita ini telah sampai kepada Khalifah lalu beliau berkhutbah: “Kamu sekalian berselisih pandangan bersamaku padanya (bacaan al-Quran), maka barangsiapa yang menjauhiku daripada penduduk al-Amsar (negara-negara Islam ketika itu) maka dia seteruk-teruk perselisihan dan seteruk-teruk kesalahan, bersatu-padulah wahai para sahabat Muhammad, maka lantiklah seorang

imam (pemimpin) di kalangan manusia”. 7

2.1.3 Penulisan Mushaf Khas oleh Para Sahabat

Sebab yang ketiga pula ialah terdapatnya di kalangan para sahabat yang menulis mushaf sendiri (untuk bacaan mereka) di mana mushaf tersebut mempunyai ketujuh-tujuh huruf yang diturunkan kepada Rasulillah S.A.W. Di samping itu, terdapat juga mushaf yang mempunyai huruf-huruf yang telah dihapuskan ketika al-‘Irdhoh al-Akhirah

6

Lihat: Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir Abu Jaafar al-Tabari, Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran, Muassasah al-Risalah, Beirut, cetakan pertama, 1420H, jlid. 1, hlmn. 62, dengan sedikit perubahan.

7

Lihat: Subhi al-Soleh, Mabahith fi Ulum al-Quran, Dar al-Ilm li al-Malayin, Beirut, 1421H, hlmn. 81, dengan sedikit perubahan.

(6)

(pembentangan terakhir oleh Rasulullah S.A.W. di hadapan Jibril a.s. untuk menentukan ketetapan ayat al-Quran yang kekal dan ayat al-Quran yang dimansuhkan) dan mereka tidak menghapuskan tulisannya serta ayat-ayat tafsiran yang ditulis pada Quran al-Karim ketika mereka mendengar tafsiran baginda S.A.W. Namun begitu, para sahabat r.a.h. sememangnya mengetahui akan perbezaan antara ayat al-Quran dan ayat tafsiran. Maka kewujudan mushaf ini sedikit-sebanyak telah membawa perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap bacaan al-Quran ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a.

Antara contoh mushaf yang ditulis oleh para sahabat bertujuan mentafsirkan ayat-ayat al-Quran ialah:

1) Mushaf Ubai bin Ka’ab 2) Mushaf Abdillah bin Mas’ud 3) Mushaf Abi Musa al-‘Asy’ari 4) Mushaf al-Miqdad bin Amr

2.2 Bilangan Mushaf Uthmani

Para ilmuwan Islam berselisih pendapat dalam menentukan jumlah sebenar mushaf yang dihantar oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. ke negara-negara Islam pada zaman tersebut. Antara pandangan ulama tentang jumlahnya ialah:

1) Abu Bakr al-Sajastani menyebut di dalam kitab al-Masohif beliau, bahawa jumlah mushaf pada zaman Khalifah Uthman yang dihantar ke negara-negara Islam ialah tujuh iaitu sebuah mushaf ke Makkah, sebuah mushaf ke al-Syam, sebuah mushaf ke al-Yaman, sebuah mushaf ke al-Bahrain, sebuah mushaf ke al-Basrah, sebuah mushaf ke al-Kufah dan sebuah mushaf disimpan di al-Madinah al-Munawwarah, yang juga dikenali sebagai mushaf al-Imam. 8

8

(7)

2) Juga di dalam riwayat al-Qurtubi bahawa jumlah mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. ialah tujuh. Dikatakan juga jumlah empat buah di mana mushaf-mushaf tersebut turut dihantar ke al-Iraq, al-Syam dan Mesir. 9

3) Abu Amr al-Dani pula berpendapat bahawa terdapat enam buah mushaf yang dihantar ke negara-negara Islam iaitu Madinah, Makkah, Kufah, Basrah, al-Syam, al-Iraq. 10

4) Al-Suyuti pula mengatakan bahawa pendapat yang masyhur di kalangan ulama tentang jumlah mushaf yang dihantar ke negara-negara Islam ialah lima buah iaitu sebuah mushaf dihantar ke Makkah, sebuah mushaf ke al-Syam, sebuah mushaf ke al-Kufah, sebuah mushaf ke al-Basrah dan sebuah lagi ke al-Madinah. (tidak termasuk Mushaf Imam) 11

3.0 Pendapat Ulama tentang Rasm Uthmani

Dalam menentukan Rasm Uthmani sama ada ia tauqifi atau istilahi, maka ulama dahulu dan kini telah berselisih pendapat kepada tiga golongan yang mana kesemuanya tetap memuliakan dan mengiktiraf kehebatan rasm yang ‘diasaskan’ oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. ini.

Ada di kalangan para ilmuwan Islam berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah tauqifi iaitu sesuatu yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat untuk menulis mengikut penulisan yang dibenarkan oleh baginda. Ada pula yang beranggapan bahawa Rasm Uthmani ialah istilahi iaitu penulisan mengikut kaedah bahasa Arab dan tidak berdosa sekiranya menyalahinya demi kebaikan umat Islam. Maka pendapat-pendapat tersebut bolehlah dirumuskan kepada berikut:

9

Lihat: Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, Dar al-Kutub al-Misriyah, Kaherah, cetakan kedua, 1384H, jlid. 1, hlmn. 54, dengan sedikit perubahan.

10

Lihat: Uthman bin Sa’id bin Uthman bin Umar Abu Amr al-Dani, al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar, Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah, Kaherah, t.th, hlmn. 12, dengan sedikit perubahan.

11

Lihat: Abd al-Rahman bin Abi Bakr Jalaluddin al-Suyuti, al-Itqan fi Ulum al-Quran, al-Hai’ah al-Misriyah al-’Ammah li al-Kitab, Kaherah, 1394H, jlid. 1, hlmn. 211, dengan sedikit perubahan.

(8)

1) Tauqifi (Antara ulama: Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Darastawaih, Abu al-Baqa’, Al-Qadhi ‘Iyadh)

Golongan pertama berpendapat bahawa Rasm Uthmani ialah tauqifi dan tidak boleh mengubahnya, haram menyalahi (penulisan) nya serta penyusunannya adalah termaktub mengikut surah dan ayat. Juga dilarang daripada mendahulukan ayat atau surah ke atas yang lain.

Berkata ibn Darastawaih: dua jenis penulisan yang tidak boleh dikias (kepada penulisan lain) iaitu penulisan mushaf (zaman Khalifah Uthman ibn Affan r.a.) dan penulisan bait-bait syair Arab. 12 Imam Malik pernah ditanya: “Adakah anda menulis mushaf mengikut penulisan orang ramai dengan berpegang kepada al-hija’ (hija’iah atau tulisan mengikut bahasa rasmi) ?” Lalu beliau menjawab: “Tidak, melainkan penulisan yang mula-mula (Rasm Uthmani)”. 13 Bahkan Al-Imam al-Qadhi ‘Iyadh dengan nada tegas telah menyebut di akhir kitabnya: “Dan sesungguhnya barangsiapa yang mengurangkan hurufnya dengan sengaja, atau menukarnya dengan huruf yang lain, atau menambah padanya satu huruf yang tidak meliputi mushaf yang telah disepakati ijma’, dan seluruh ummah telah bersepakat bahawa ia bukanlah al-Quran, maka sesungguhnya beliau telah kufur”. 14

2) Istilahi (Antara ulama: Abu Bakr al-Baqillani, Ibn Khaldun)

Golongan kedua pula berpegang bahawa Rasm Uthmani ini adalah bukan tauqifi dan tidak salah sekiranya mengubah penulisan mengikut kaedah penulisan bahasa Arab (selagi mana tidak berubah ayat al-Quran).

12

Lihat: al-Zarkashi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Dar al-Hadith, jlid. 1, hlmn. 376 dengan sedikit perubahan.

13

Lihat: Abd al-Mun’im Kamil Syair, Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani, hlmn. 16, dengan sedikit perubahan.

14

Lihat: ’Iyadh bin Musa bin ’Iyadh al-Yahsobi, al-Syifa bi takrif huquq al-Mustafa, Dar al-Faiha’, Amman, 1407H, cetakan kedua, jlid. 2, hlman. 647, dengan sedikit perubahan.

(9)

3) Tauqifi dan Istilahi (Antara ulama: Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam, Badruddin al-Zarkashi)

Golongan yang ketiga berpendapat bahawa harus hukumnya untuk menulis al-Quran dengan penulisan bahasa Arab kini bagi masyarakat awam, namun juga dengan menjaga dan mengekalkan Rasm Uthmani oleh para ulama dan orang-orang tertentu (pakar al-Quran). Ia seperti peninggalan sejarah dan warisan yang perlu dipelihara bagi generasi akan datang. 15

4.0 Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu Qiraat

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. adalah tidak bertitik dan tidak berbaris. Namun begitu, Rasm Uthmani pada mushaf-mushaf tersebut meliputi tujuh huruf yang diturunkan ke atas baginda S.A.W serta qira’at. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa contoh berikut: 16

4.1 Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Satu Penulisan

Terdapat qira’at yang mempunyai lebih dari satu bacaan dan ia ditulis dengan satu penulisan sahaja. Contoh:

Perkataan di atas, dibaca dengan dua qira’at iaitu pada huruf sod di mana ia dibaca dengan sod dan sin. Perkataan tersebut meskipun ia ditulis dengan sod, namun asal hurufnya ialah sin. Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebut hanya menulisnya dengan huruf sod sahaja sedangkan terdapat beberapa masyarakat Islam seperti di Makkah membacanya dengan huruf sin.

15

Lihat: Sya’ban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu, Dar al-Salam, Kaherah, 1422H, cetakan kedua, hlman. 63, dengan sedikit perubahan.

16

Lihat: Ibid, hlman. 27-29, dengan sedikit perubahan.

طا

/



/

(10)

4.2 Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Sama Penulisan

Bahagian kedua ini membincangkan qira’at yang ditulis dengan penulisan yang sama di mana ia merangkumi bacaan yang selainnya. Perbezaan yang berlaku hanyalah pada baris dan titik. Contoh:

Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan dua qira’at iaitu huruf ba’ dan huruf ta’. Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebut merangkumi kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris. Maka penulisan perkataan tersebut merangkumi semua mushaf yang dihantar ke negara-negara Islam. Contoh lain:

Berdasarkan pada ayat di atas, perkataan

ِِـَ

dibaca dengan dua qira’at. Qira’at pertama dibaca dengan ‘mengekalkan’ huruf alif soghirah selepas huruf mim. Maka ia dibaca dengan dua harakat

ِِـَ

. Adapun qira’at yang kedua pula dengan membuang

alif soghirah tersebut dan dibaca dengan kadar satu harakat sahaja,

ِِـَ

. Kedua-dua

qira’at ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris. Maka, penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan. Contoh lain:

17

Lihat: Surah al-Baqarah: 219.

18

Lihat: Surah al-Fatihah: 3.

 

:

ََََُْ

ِ!َ"

َِْ#ْا

َِِْْاَو

ْ$ُ

َِ%ِ&

ٌ(ْ)ِإ

ٌ َِآ

ُ+ِ&َ,َﻡَو

ِس/,0ِ

17

 

:

ِِـَ

ِمَْ

ِ!23ا

18

(11)

J

uga pada kalimah di atas, dibaca dengan dua qira’at iaitu

َن ُﺏَِْی

dan

َن ُﺏَُی

. Kedua-dua qira’at ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris. Maka, penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan.

4.3 Rasm Uthmani Yang Berkaitan Dengan Buang dan Tambah (Huruf dan Baris)

Juga terdapat perbezaan qira’at pada satu perkataan di mana ia berkaitan dengan penambahan dan pengurangan huruf. Contoh:

Pada kalimah bergaris di atas, terdapat dua bacaan yang berbeza antara satu sama lain di mana bacaan yang pertama seperti di atas

َوَو

(oleh Ibn Kathir, Abu Amr, ‘Asim, Hamzah, al-Kisaie, Ya’qub, Khalaf al-‘Asyir), manakala bacaan yang kedua pula ialah

َْوَأَو

(oleh Nafi’, Ibn ‘Amir, Abu Ja’far). Oleh kerana itu, bacaan pertama ditulis pada mushaf ahli Kufah dan Basrah, manakala bacaan kedua ditulis pada mushaf ahli al-Madinah dan al-Syam. Contoh lain:

19

Lihat: Surah al-Baqarah: 10.

20

Lihat: Surah al-Baqarah: 132.

 

:

4ِ&

ِ%ِﺏُ0ُ

(

ٌضَ/ﻡ

ُ(ُهَداَ9َ&

ُّ0ا

ً<ََﻡ

(ُ%ََو

ٌباَ>َ"

ٌ(َِأ

َِﺏ

اَُآ

َن ُﺏَِْی

19

 

:

َوَو

َ%ِﺏ

ُ(ِهاَْﺏِإ

ِِ,َﺏ

ُبُAََْو

/4ِ,َﺏ

/نِإ

َّ0ا

َBَ ْا

ُ(ُCَ

َ!23ا

20

 

:

َنُAِﺏ/اَو

َنُ/وَDا

َ!ِﻡ

َ!ِِEَ%ُْا

ِرََDاَو

َ!ِ>/اَو

(ُهَُ /ا

(12)

Pa

Pada ayat di atas, terdapat dua qira’at yang berbeza dari segi penambahan perkataan dan pembuangan perkataan iaitu penduduk Makkah sahaja yang membaca dengan menambah

ِْ

pada ayat

يَِْ ِْ ٍت!"َﺝ

mengikut bacaan Imam Ibn Kathir. Adapun penduduk di negara Islam yang lain membacanya dengan membuang

ِْ

. Maka penambahan perkataan

ِْ

hanya berlaku pada mushaf Makkah sahaja.

4.4 Rasm Uthmani; Beza Bacaan Dari Sudut Taqdim dan Ta’khir

Pada bahagian yang keempat ini pula, terdapat qira’at yang berbeza dari segi taqdim (mendahulukan) dan ta’khir (mengakhirkan) sesuatu perkataan. Contoh:

Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan tiga qira’at iaitu Imam Hamzah, al-Kisaie dan Khalaf al-‘Asyir membacanya dengan mendahulukan

ْا ُِ%ُ&َو

daripada

ْا َُ!َ&َو

. Qira’at yang kedua oleh Imam Ibn Kathir dan Ibn ‘Amir pula membacanya dengan mengakhirkan

ْا ُِّ%ُ&َو

dan dibaca dengan tashdid (bersabdu). Ada pun qira’at ketiga yang dibaca oleh Imam Nafi’, Abu Amr, ‘Asim, Abu Ja’far dan Ya’qub pula membacanya sebagaimana pada ayat di atas. Maka terdapat mushaf yang ditulis dengan mendahulukan

ْا ُِ%ُ&َو

dan juga terdapat mushaf yang mendahulukan

ا َُ!َ&َو

.

21

Lihat: Surah al-Taubah: 100.

22

Lihat: Surah Ali Imran: 195.

ٍنَْHِIِﺏ

َ4ِ</ر

ُّ0ا

ْ(ُ%ْ,َ"

ْاُ<َرَو

ُْ,َ"

/3َ"َأَو

ْ(ُ%َ

ٍت!"َﺝ

يَِْ

َ%َJْKَ

ُرَ%َْDا

21

 

:

ْاوُذوُأَو

4ِ&

4ِ0ِ َﺱ

ْا َُ!َ&َو

ْا ُِ%ُ&َو

/نَ2BَآُD

ْ(ُ%ْ,َ"

ْ(ِ%َِN2َﺱ

22

(13)

Perbezaan penulisan mengikut qira’at seperti ini telah dijelaskan oleh Abu Amr al-Dani di dalam kitab beliau: “Sebabnya ialah tatkala Amir al-Mukminin Uthman bin Affan r.a. menghimpunkan suhuf kepada mushaf, beliau berhadapan dengan masalah perbezaan qira’at dan perlukan kepada penulisan al-Quran yang mengikuti bahasa Quraish .... Namun begitu, beliau mengetahui bahawa kesemua mushaf perlu ditulis mengikut satu kaedah penulisan dengan mengulang penulisan beberapa perkataan yang berbeza hurufnya. Maka satu perkataan ditulis pada satu mushaf dan dihantar ke negara yang penduduknya membaca dengan bacaan tersebut. Juga bacaan kedua ditulis pada mushaf yang lain dan dihantar ke negara yang penduduknya membacan dengan bacaan tersebut. Maka ini adalah sebab ditulisnya perkataan yang berbeza dan dihantar ke negara-negara Islam ketika itu”. 23

5.0 Penutup

Rasm Uthmani yang telah ‘diasaskan’ oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. merupakan satu kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang amat hebat dan tinggi nilainya. Keagungan Rasm Uthmani ini dapat dilihat menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qira’at yang pelbagai di dalam al-Quran al-Karim. Maka penulisan qira’at yang pelbagai ini perlu diseragamkan agar umat Islam khususnya pada zaman tersebut tidak terkeliru dengan kalam Allah S.W.T. dari segi bacaan mutawatirah dan syazzah. Justeru, pemeliharan Rasm Uthmani ini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qira’at demi melahirkan generasi celik al-Quran pada zaman akan datang. Benarlah kata Allah S.W.T: “Sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) benar-benar menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) jualah yang benar-benar menjaganya”. 24

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Abd al-Mun’im Kamil Syair, Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani.

23

Lihat: Abu Amr al-Dani, al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar, hlmn. 119 dengan sedikit perubahan.

24

(14)

Abd al-Rahman bin Abi Bakr Jalaluddin al-Suyuti. (1394H). al-Itqan fi Ulum al-Quran. Kaherah: al-Hai’ah al-Misriyah al-’Ammah li al-Kitab.

Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi. (1384H). al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah.

Abu Abdillah Badr Din Muhammad bin Abdullah Zarkashi. (1427H). Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith.

Abu Bakr bin Abi Daud, Abdullah bin Sulaiman al-Sajastani. (1423H). Kitab al-Masohif. Kaherah: Dar al-Faruq al-Hadithah.

’Iyadh bin Musa bin ’Iyadh al-Yahsobi. (1407H). al-Syifa bi takrif huquq al-Mustafa. Amman: Dar al-Faiha’.

Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-Bukhari. (1422H). Soheh al-Bukhari. Arab Saudi: Dar Tauq al-Najah.

Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir Abu Jaafar al-Tabari. (1420H). Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Subhi al-Soleh. (1421H). Mabahith fi Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin.

Sya’ban Muhammad Ismail. (1422H). Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu. Kaherah: Dar al-Salam. Uthman bin Sa’id bin Uthman bin Umar Abu Amr al-Dani. al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar.

Referensi

Dokumen terkait

Kemudian penulis melakukan penelitian di bidang Kesehatan Masyarakat Veteriner dengan judul “Uji Kepekaan Escherichia coli O157:H7 Hasil Isolasi Feses Sapi di Kecamatan

Perangkat lunak ini mampu menghasilkan informasi tentang besarnya pembayaran pembukaan sewa dan informasi kunjungan nasabah yang datang untuk melakukan transaksi

Keadaan apapun yang sedang dialami anak (anak sakit, tidak taat, dll) orang tua harus percaya dengan iman bahwa saat mereka memperkatakan firman kepada anak, sesuatu yang baik

trifasciata memiliki kerapatan stomata pada bagian abaksial daun yang lebih tinggi dibandingkan bagian adaksial daun (Tabel 2).. trifasciata merupakan tanaman yang

Berdasarkan pada pengamatan lapang yang dilakukan, rasionalitas yang mendukung para pelaku vandalisme untuk melakukan aksi vandalisme menulis atau menggambar pada

GameCanvas menyediakan sebuah method yang mengembalikan nilai dari current state dengan menggunakan method berikut:.. public

Petak tersebut dipakai untuk semua pengukuran komponen indikator tanah seperti berat basah dan berat kering seresah, pengamatan casting, dan pengambilan contoh tanah

memfasilitasi terselenggaranya kegiatan administrasi yang efektif dan efisien melalui penerapan aplikasi teknologi informasi dan komunikasi untuk mendukung aktivitas