L3 DEFINISI DAN ISTILAH
2.3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI ASIA
Dalam konteks negara Asia, beberapa pembaharuan dilakukan, antaranya mewujudkan pendidikan yang berkualiti berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan, desentralisasi kuasa di peringkat sekolah, pengaruh kuasa pasaran dalam menentukan kualiti dan meningkatkan day_a_ saing, penswastaan dan mempelbagaikan institusi pendidikan, penggunaan teknologi maklumat, membangunkan kurikulum dan menggunakan pendekatan baru dalam pengajaran dan ~embelajaran, mengubah sistem peperiksaan dan penilaian serta meningkatkan kualiti tenaga pengajar (Yin Cheong Chen & Tony Townsend, 2001 : 317-341).
Negara Asia, adalah antara negara yang mengalami kadar pertumbuhan pendidikan tinggi, tertinggi di dunia dalam tempoh tiga dekad kebelakangan ini. Pada keseluruhan permintaan global ke atas universiti tumbuh pada kadar 3.5 peratus setahun, pada tempoh pertama millenium. Menjelang tahun 2010, kadar kemasukan secara global ke universiti akan meningkat daripada 16 peratus kepada 20.peratus, dengan jumlah pelajar seramai 97 juta di seluruh pelusuk dunia dan 45 juta adalah dari Asia. Ia dijangka bertambah kepada 31 peratus menjelang 2025, dengan 159. 87 juta daripadanya adalah pelajar di Asia (Blight 1995 : 22 dalam Peter Scott, 2000).
Manakala di Malaysia, sistem pendidikan bermula dengan sekolah-sekolah agama.
Monopoli sistem pendidikan ini mengalami perpecahan apabila, pendidikan kolonial bermula pada sekitar abad ke-19 (Rosnani Hashim, 1994 ). Ia adalah permulaan kepada kemunculan sistem pendidikan dualisme di Malaysia. Kesan pe-njajahan ini juga
mewujudkan, sistem pendidikan berdasarkan kaum. Komuniti Cina dan India, mempunyai sistem pendidikan tersendiri yang -dibiayai dan diselenggarakan dengan tujuan G'lengekalkan kebudayaan, adat resam dan tradisi mereka sendiri. Manakala kaum bumiputera pula mengendalikan sekolah pondok yang mengajar pengajian Islam (Tan, 2002 : 6). British berjaya menyerapkan ideologi sekular dalam sistem pendidikan, melalui sekolah vernakul<ii:·- Melayu dengan tambahan pendidikan Islam dan sekolah Inggeris (Rosnani Hashim, 1997b: 129).
Pengaruh pendidikan sekular · berkurangan, dengan termeterai resolusi Laporan Razak (1956) dan Rahman Talib (1960), yang mewaj ibkan pendidikan Islam di sekolah ali ran Inggeris dan Melayu. Usaha mewujudkan pendidikan yang beridentitikan Malaysia diperkenalkan melalui Akta Pendidikan 1961. Implementasi akta ini adalah, mewujudkan kesatuan kaum dan membangunkan sumber manusia negara ( Rahimah, 1998 dan Azmi, 2000).
Pengenalan Laporan Jawatankuasa Kaqinet (1979), merupakan evolusi kepada sistem pendidikan negara, terutamanya dalam mempersiapkan rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran masa depan. Ia menekankan kepada pendekatan holistik (intelektual, spiritual, fizikal dan emosi), pembangunan sumber manusia yang berkualiti dari semua domain iaitu kognitif, efektif dan psikomotor, seperti yang diterjemahkan dalam FPN (Rahimah Ismail, 1998 : 464). Intipati falsafah pendidikan negara dipraktikkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Di peringkat institusi pendidikan tinggi, sasaran kerajaan adalah meningkatkan kemasukan pelajar dalam kohort umur 17 hingga 23 tahun daripada 25 peratus kepada 60 peratus menjelang tahun 2020. Orientasi pembangunan pendidikan tinggi adalah ke arah sains dan teknologi serta menjadikan Malaysia, sebagai pusat kecemerlangan penyeliJikan Jan pembangunan (Kementerian Pendidikan, 2001: 111). Peruntukan pendidikan antara tahun 1995 hingga 2005, meningkat daripada 20,185.8 pada Rancangan Malaysia Ke-7 kepada 22,660.00 pada Rancangan Malaysia Ke-8 dengan tambahan sebanyak 11 peratus (Malaysia, 2001 : 136) .•
Penyertaan sektor swasta memperluaskan lagi prasarana pendidikan di negara ini. Pada 1995;-daripada 15 peratus kohort umur yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, 50 peratus memasuki universiti awam, 35 peratus memasuki institusi pendidikan swasta tempatan dan 14 peratus ke luar negara (Molly, 1999). Selaras dengan matlamat Malaysia mewujudkan pendidikan bertaraf dunia bilangan kampus cawangan asing, universiti swasta, kolej universiti, pendidikan jarak jauh, IPTS berstatus kolej yang menawarkan pelbagai program berkemba.- bertambah. Negara-negara seperti United States of America (USA), United Kingdom, Peranchis, New Zealand, Australia, Republik Ireland dan Mesir menubuhkan IPTS di negara ini. Pengantarabangsaan pendidikan menyumbang kepada pertukaran matawang asing, serta menjadi laluan pendidikan kepada negara-negara Asian dan antarabangsa di peringkat diploma dan ijazah. Bilangan pelajar antarabangsa yang melanjutkan pelajaran di Malaysia, meningkat 65.5 peratus daripada 6,182 pelajar kepada 10,254 pada 1999 meningkat kepada 15,003 atau 46.3 peratus pada 2000 (Musa Muhammad, 2002).
Di samping itu, dana kewangan yang disalurkan melalui PTPTN, membantu pelajar-pelajar membiayai pengajian di institusi pendidikan awam atau swasta. Misalnya PTPTN menyediakan sebanyak RM 4.5 ribu juta, untuk dimanfaatkan oleh 380,000 pelajar (Berita Harian, 2002).
Di Filipina antara tahun 1994 hingga 1995, badan swasta mengoperasikan 72.8 peratus institusi pendidikan iaitu 794 daripada 1,090 buah institusi dan 75 peratus daripada pelajar memasuki IPTS (Bank.Dunia 1994: 63 & Gonzales, 1997 dalam Molly 1999). Jepun antara negara industri, mempunyai pendidikan tinggi swasta melebihi pendidikan awam (Geiger 1986, dalam Ulrich 1997). Pada 1992, Jepun mempunyai 523 buah universiti (73 peratus, swasta),---S91 kolej junior (84 peratus, swasta) dan 62 kolej teknikal (5 peratus, swasta), bersama-sama dengan pelbagai jenis institusi yang lain (lebih 90 peratus, swasta), menawarkan pendidikan peringkat menengah atas (Gerard, 1997: 63). National Council on Education Reform (1984), di Jepun telah mengesyorkan, pendidikan perlu menekankan:- (i) pembangunan individu, (ii) mempersiapkan pelajar untuk berjaya dalam persekitaran antarabangsa, (iii) pendidikan berterusan (Ulrich, I 997).
Manakala Korea Selatan, mempunyai 295 buah institusi pendidikan tinggi (Iebih 80 peratus, adalah swasta) dengan 1.8 juta pelajar, pada tahun 1994. Enrolmen pelajar ke institusi pengajian tinggi adalah 47.7 daripada 1 000 per penduduk pada 1993 (Gerard, 1997).
Walau bagaimanapun pendidikan di Asia, masih bersifat elitis dan teoritikal serta bcrorientasikan pepcriksaan. Di peringkat institusi pengajian tinggi, majoriti daripada
enrolmen pelajar adalah dalam bidang kemanusiaan, seni dan pentadbiran. Di Thailand, kurikulum yang menfokuskan kepada akademik seperti dalam bidang kemanusiaan menyebabkan 30 hingga 40 perutus graduan lulusan universiti awam, gaga! mendapatkan pekeijaan. Di Filipina pula, pelajar mempero!eh ijazah untuk mendapatkan penghormatan masyarakat. Kebanyakan daripada mereka, mengkhusus dalam bidang pertanian iaitu melebihi 70 peratus berbanding bidang sains hanya 15 peratus sahaja (Sung-Yea! Koo, 1999).
Sebaliknya Singapura antara negara yang betjaya membangunkan sumber manusia selaras dengan pertumbuhan ekonomi. Polisi bersepadu antara ekonomi, pasaran buruh dan pendidikan ditekankan dalam membangunkan sumber manusia berkemahiran tinggi dan pertengahan, serta menekankan pendidikan berterusan, dalam memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan perubahan teknologi. Dalam tempoh 30 tahun, bilangan enrolmen di peringkat ijazah dan diploma meningkat dalam bidang sains dan teknologi, perakaunan serta pengurusan perniagaan selaras dengan peralihan Singapura ke arah pembuatan berasaskan teknologi tinggi, perdagangan. dan sektor perkhidmatan. Kejayaan Singapura dalam mempraktikkan pendidikan bersepadu, menyebabkan tenaga kerjanya, dikategorikan antara yang terbaik di dunia, dan ia merupakan satu tarikan kepada syarikat multinasional melabur di negara ini (S Gopinathan dan Ho Wah Kam, 2000 ; 166). Berdasarkan kepada kaj ian International Labour Organization (ILO) (1997), dua tren yang mempengaruhi pembangunan sumber manusia di Asia adalah:- (i) keperluan ke atas pekerja berpengetahuan dan teknologi maklumat, (ii) globalisasi (Amat Taap, 200 I : 1 09).
Transformasi sosial dan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, memberikan impak positif ke atas pertumbuhan pendidikan di Asia. Walaupun pembangunan di Asia tidak menyeluruh dan banyak wilayah tidak membangun, namun universiti-universiti di Asia berlokasi di bandaraya-bandaraya utama dan menjadi pusat penyelidibn chm perhbangunan serta bertaraf dunia ((Zhixin Su, 1999).
Bagi Amerika Syarikat, keberkesanan pendidikan di peringkat universiti dan kolej adalah hasil organisasi kurikulu.m yang menekankan, kemahiran simbolik (konseptual, matematik dan visual), kemahiran peny'elidikan dan komunikasi (lisan dan menulis) serta pengkhususan fleksibel, melibatkan cantuman idea dan maklumat antara disiplin-disiplin ilmu aalam menyelesaikan sesuatu masalah (Bailey, 1990; Carnevale et al. 1988;
Rodriquez, 1992 dalam Clyde, 200 I : 450).
Dalam konteks negara-negara Islam, pelbagai usaha dilaksanakan dalam merombak semula paradigma lama yang mengongkong pemikiran mereka. Kesalahan dalam mentafsir pendidikan Islam, hanya meliputi pendidikan agama, merupakan faktor utama yang
•
membawa kepada kemunduran negara-negara Islam.
Jadual 2.3 : Kadar litersi Muslim mengikut kategori berbanding dengan negara lain
Negara Kadar Min % umur 3-19 % umur 25+ yang Literasi bersekolah tidak bersekolah
Semua Negara 65 58 61
Negara Industri 98 76 '"' .)
Negara Dunia Ketiga 59 43 64
Negara Islam 38 43 77
Sumber: Ghulam M. Haniff(l992) dalam Abdun Noor, 1998:331
Berdasarkan kepada Jadual 2.3, kadar min literasi di kalangan negara Islam adalah 38 dan 77 peratus daripada kumpulan umur 25 ke atas tidak bersekolah. Ini jelas membuktikan kemunduran masyarakat Islam dalam membangunkan modal manusia.
Islam menggalakkan manusia meneroka bidang sains, malah saintis muslim adalah perintis kepada kaedah sains -inoden dan revolusi ilmu saintifik dan teknologi di dunia. Ahli-ahli sains termasyhur seperti Al-Razi, Ibn Sina, Al-Biruni dan lain-lain menjadikan al-Quran sebagai sumber inspirJtsi di samping menyelidik, mengkaji tindakbalas, membuat eksperimen dalam meneroka fehomena semulajadi dalam bidang-bidang seperti geografi, astrologi, fizik, kimia, botani, zoologi, meteorologi dan sebagainya (W.M Watt, 1972 dalamAbdun Noor, 1998: 334).
Walau bagaimanapun, kemunduran fikiran di kalangan umat Islam kini menyebabkan kita semakin ketinggalan dari segi penguasaan ilmu pengetahuan. Berdasarkan nisbah saintis-jurutera dalam Jadual 2.4, negara Islam hanya mempunyai 3,593 juta saintis sahaja berbanding dengan kumpulan negara-negara lain .
•
Jadual2.4: Perbandingan "Pendidikan Termaju" dan nisbah saintis dan jurutera antara negara Islam dan negara-negara lain
Negara % umur 20-24 di Nisbah Saintis -Jurutera Q_endidikan tinggi (per Juta)
Semua Negara 13 7,127
Negara Industri 35 13,824
Negara Dunia Ketiga II 6,691
Negara Islam 6 3,593
Sumber: Ghulam M Han iff (1992) dalam Abdun Noor (1998) : 331
Pelbagai langkah pembaharuan telah diambil oleh negara-negara Islam bagi mengatasi jurang intelektual ini, antaranya memperluaskan fungsi pendidikan dengan menekankan dalam sains dan teknologi, menstrukturkan semula sistem pendidikan dan mengaplikasikan model pendidikan barat di samping menggalakkan penyertaan swasta (Adam, 1995 : 64).
Berdasarkan kepada perbincangan ini, proses liberalisasi pendidikan membawa perubahan kepada sistem pendidikan daripada "satu pembekal" kepada "pelbagai pembekal".
Proses penstrukturan se~ula pendidikan adalah dalam bentuk:- (i) pemusatan/pengagihan, (ii) pendidikan awam/pendidikan swasta, (iii) pendidikan/latihan, iv) kecekapan/
kesamarataan yang boleh dilihat di pelbagai negara (Molly, 1997: 38).
2.4 FASA PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA
Hubungan antara pendidikan dan pembangunan Malaysia, dilihat berdasarkan kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Pada bahagian ini, ia dibincangkan berdasarkan tiga
•
pelan perancangan jangka panjang Malaysia iaitu bermula Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1, 1971-1990), Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2, 1991-2000) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3, 2001-201 0).
2.4.1 Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama ( 1971-1990)
Sepanjang tempoh RRJP I, em pat rancangan pembangunan lima tahun telah dilaksanakan iaitu, RM Ke-2 (1971-1975), RM Ke-3 (1976-1980), RM Ke-4 (1981-1985) dan RM Ke-5
(1986-1990) . Dalam kerangka RRJP1, tumpuan pembangunan adalah untuk menambah jumlah pekerjaan dengan meningkatkan mutu guna tenaga, dan mempelbagaikan kemahiran dan pengetahuan. Dalam masa yang sama, struktur guna tenaga diubah bagi mengurangkan pengenalan aktiviti ekonomi berdasarkan kaum (Kajian Separuh Penggal RM Ke-3, 1979 : 77).
Pertumbuhan ekonomi pada masa ini, berpunca daripada penggunaan kekayaan sumber asli dan eksport berasaskan .sumber asli. Pembangunan sektor industri berorientasikan kepada pasaran tempatan dan berintensif buruh dan sumber asli (RRJP2, 1991 ). Peralihan.
kepentingan kepada sektor perindustrian, merupakan titik tolak kepada perkembangan ekonomi -Malaysia yang proaktif. Langkah ini adalah relevan, bagi mengatasi masalah pengangguran yang meningkat daripada 2 peratus pada 1957 kepada 7 dan 8 peratus pada tahun 1967 dan 1970. Selain itu, harga pasaran komoditi utama yang tidak menentu dipasaran dunia, memperlihatkan keperluan dalam mempelbagaikan alternatif pertumbuhan ekonomi (Cho, 1990 dalam David Abdulai, 2001 : 168). Agenda pembangunan pendidikan ditumpukan ke arah meningkatkan taraf pendidikan, bagi menyelesaikan masalah ekonomi
•
dan sosial serta memupuk perpaduan nasional (Shahril dan Habib, 1991 ).
Dalam RM Ke-2, tumpuan perancangan adalah meningkatkan produktiviti dan pendapatan, mempromosikan pembangunan industri berasaskan eksport terutama dalam barang elektronik, meningkatkan kerjasama antara sektor, membangunkan sektor luar bandar dan memajukan sektor swasta. Kemerosotan pasaran global terutama harga komoditi yang rendah dan kadar faedah yang tinggi, membawa kepada langkah penswastaan bagi menyuntik kembali ekonomi Malaysia. lni membawa kepada diregulasi kuasa pada awai
I
~-1
1980-an, apabila kerajaan Malaysia mula menswastakan perkhidmatan awam serta liberalisasi dagangan dan ekonomi · (Uzir, 1996). Dalam jangka masa ini, objektif pendidikan adalah menekankan perpaduan dan melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, ter!atih dan berkemahiran da!am bidang sains dan tekno!ogi (Malaysia, . 1976: 209).
Dalam tempoh Riv1 Ke-3 hingga RM Ke-5, fokus pembangunan adalah mengembangkan potensi setiap sekto.r ekonomi, pembangunan berinsentif modal, pembangunan sumber manusia serta meningkatkan' daya saing melalui galakkan pelaburan asing, meningkatkan penyertaan swasta dan menekankan kepada penyelidikan dan pembangunan. Hasil pen:Swastaan menyebabkan pertumbuhan ekonomi Malaysia stabil pada kadar 8 - 9 peratus per annum antara tahun 1988 - 1995 (Tan, 2002 : 9). Keberhasilan polisi ini, membawa kepada pertumbuhan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan industri yang membawa kepada permintaan ke atas guna tenaga yang mahir (Malaysia, 1996). Oleh yang demikian antara 1981- 1985, kemahiran tenaga buruh diperbaiki melalui pengurusan sumber manusia secara lebih sistematik, sebagai persediaan memenuhi pekerja saintifik, teknikal,
•
pengurusan dan pengeluaran.
2.4.2 Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991 - 2000)
Strategi pembangunan ekonomi dalam RRJP2 (1991-2000), adalah mewujudkan sistem ekonomi yang fleksibel dan cekap, bagi menghadapi saingan dagangan dan pelaburan kesan pengantarabangsaan ekonomi dunia. Dalam tempoh rancangan ini, perubahan struktur dalam guna tenaga adalah kesan peningkatan dalam intensiti modal dan teknologi,
Permintaan yang tinggi adalah ke atas pekerja yang berpelajaran dan berkemahiran, dalam bidang-bidang profesional dan teknikal serta pengurusan dan pentadbiran, yang menyediakan 28.8 peratus daripada peluang pekerjaan (RRJP3, 2001: 51).
Selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), peluang pendidikan dan latihan diseragamkan kepada semua lapisan masyarakat. Mutu pendidikan dan latihan dipertingkatkan terutama dalam menghasilkan tenaga kerja yang berdaya saing (Malaysia, 1991: 173). Penglibat~n sektor swasta digalakkan dengan menubuhkan institusi pendidikan dan latihan melalui pemindahan kepakaran bagi menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran dalam bidang-bidang baru.
Dalam RM Ke-6, selain daripada memastikan kestabilan ekonomi makro, tumpuan diberikan dalam meningkatkan produktiviti buruh dan peluang pekerjaan, memperbaiki kecekapan pasaran buruh, menggalakkan mobiliti buruh dengan meningkatkan mutu pendidikan serta latihan (Malaysia, 1991 : 57 -58). Sistem pendidikan distrukturkan, selaras dengan perkembangan ekonomi, teknologi maklumat, sains dan teknologi, multimedia dan
•
saingan global (Mohd Yusof Kasim & Ishak Yussof: 2000).
Dalam RM Ke-7 ( 1996-2000), fokus pembangunan ekonomi adalah pengeluaran pada skala besar, pengenalan kepada pembuatan berasaskan modal dan barangan perantaraan, meningkatkan penggunaan teknologi dan mengkormersilkan teknologi baru serta merangsang pertumbuhan industri baru (David Abdulai, 2000 ; 170-172). Sektor
?
pembuatan dan perkhidmatan dijangka penyumbang utama, kepada Keluaran Negara Kasar (KNK). Pada 1999, sektor pembuatan menyumbang 64.1 peratus, manakala s~ktor
perkhidmatan pula menyumbang 31.5 peratus kepada pertumbuhan tahunan KNK. Pada tahun 2000, ia meningkat kepada 67.3 peratus dan 35.5 peratus dan dijangka menyumbang sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020 (Ridzuan, 2000 & EPRD, 1997).
· Transisi ekonomi berkaitan dengan perubahan dalam institusi pendidikan dan keperluan ke atas perancangah· guna tenaga. Agenda pembangunan sumber manusia dalam tempoh RJJP2, adalah menstrukturkan program pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sumber manusia dqlam sains dan teknologi dan menarik penglibatan sektor swasta.
Penekanan khusus diberikari dalam memperbaiki kualiti pendidikan dan kemudahan di sekolah (RRJP2, 1991 : 29)
• • - - • • • - · J
Agenda pembangunan dalam RM Ke-7, dibentuk sebagai persediaan mencapai status negara maju, menjelang tahun 2020 di bawah Dasar Wawasan 2020 (Mohamaed Haneef, 2000). Empat agenda penting, pembangunan negara menjelang 2020 adalah:- (i) menjurus kepada pembangunan inovasi teknologi dan telekomunikasi (ICT), (ii) pemantapan daya saing ekonomi. (iii) pembangunan sahsiah berasaskan tunjang agama, (iv) pembangunan
•
sosial yang menyeluruh (Dewan Ekonomi, 2001).
2.4.3 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ( 2001-201 0)
Kesediaan negara menghadapi liberalisasi dagangan, ekonomi global dan ekonomi berasaskan pengetahuan dimanifestasikan melalui pembangunan sumber manusia, sains dan teknologi, penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur maklumat (RRJP3, 2001: 127). '
Oleh yang demikian, institusi pendidikan bukan sekadar menghasilkan tenaga mar,1usia
I I
1
'~ ..
'f
~r
tetapi juga berfungsi sebagai pusat yang menginovasi modal intelektual dan pengetahuan baru.
Dalam tempoh RRJP 3, sektor perkhidmatan menyumbang kepada guna tenaga yang besar.
Menjelang tahun 2010, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 51.5 peratus, iaitu daripada 59.4 peratus jumlah guna tenaga yang diwujudkan. Peralihan sektor pengeluaran berinsentif modal, menyebabkan permintaan yang tinggi ke atas pekerja yang berkemahiran. Pertumbuhan pekerjaan yang paling pesat adalah dalam kategori
'
profesional dan teknikal serta kategori pekerja pentadbiran dan pengurusan, iaitu mewakili 32.2 peratus daripada pekerjaan baru yang diwujudkan.
Menurut Peter Drucker (1993), kelebihan dari segi faktor pengeluaran, tanah dan modal akan Ienyap dan digantikan dengan faktor pengetahuan sebagai sumber utama dalam abad ke-21. Manakala Davies & Guppies (1997) dan Laporan Oxtam (1999), menyatakan pengubahsuaian pengetahuan dan kemahiran yang dituntut oleh pasaran yang disebut sebagai "pasaran buruh pasca-industri" atau "pengeluaran intensif ilmu pengetahuan"
•
(Abdul Hair Awang, 2001). Bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, institusi pendidikan tinggi perlu meningkatkan enrolmen kumpulan umur 17-23 tahun mencapai 40 peratus dan sekurang-kurangnya 35 peratus daripada tenaga buruh berpendidikan tinggi. Fungsi universiti beralih kepada menghasilkan modal dan pengetahuan baru, melalui penyelidikan dan pembangunan dalam bidang komersial (RRJP3, 2000 : 170). Sektor swasta digalakkan menaikkan taraf kemudahan pendidikan dan membina kampus yang mempunyai kemudahan akademik dan riadah.
Insentif diberikan kepada institusi swasta yang menawarkan kursus dalam bidang teknikal
54
dan perubatan, Di samping itu, pendidikan berterusan digalakkan bagi mempelajari pendekatan baru, teknik untuk mempelbagaikan kemahiran serta berdaya saing bagi menghadapi ekonomi berasaskan pengetahuan yang memerlukan pekerja berfikiran kritikal, analitikal dan kreatif (David Abdullai, 2000b)
Peralihan ekoriomi Malaysia daripada berinsentif fizikal kepada modal dan pengetahuan memerlukan timbal balas yang positif daripada sistem pendidikan negara dalam menginovasi kuri)<Ulum pendidikan yang komprehensif Pembangunan ekonomi meletakkan asas intelektua!' dalam menjana kekayaan,
2.5 PERUBAHAN GUNA TENAGA NEGARA
Struktur pekerjaan sesebuah negara adalah tindakbalas paras pertumbuhan ekonomi negara, Petunjuk ekonomi yang tidak dapat dijangkakan memberikan impak ke atas keperluan dan kehendak ke atas sumber man usia (Fu~i, 1951 dalam Ghosh, 1998: 81 ),
Pertumbuhan ekonomi Malaysia, pada kadar purata tahunan 82 peratus antara tahun 1986 hingga 1990 dan 8, 7 peratus an tara tahun 1991 hingga 1996 telah meningkatkan permintaan terhadap guna tenaga dengan pelbagai tahap kemah iran (Malaysia, 1991: 20, Malaysia, 1996 : 56), Bermula tahun 1996, Malaysia memasuki fasa baru pembangunan yang menekankan intensif modal, teknologi tinggi dan industri berasaskan pengetahuan (Mohd Ridzuan, 2000 : I 0), Corak keperluan gun a tenaga dalam sektor tertentu berubah seiring dengan perkembangan dalam sains dan teknologi serta proses industrialisasi dan urbanisasi
(Nurwati Badrulzaman, 2001). Misalnya industri teknologi tinggi, memerlukan tenaga buruh yang berkemahiran teknikal dan berkeupayaan menyerap dan menyesuaikan diri dengan keperluan perubahan teknologi (Nafliza, 1992). Selain daripada memenuhi keperluan ekonomi negara, nilai-nilai positif seperti kejujuran} disiplin) ketepatan masa;
kegigihan dan ketekunan diterapkan dalam sistem pendidikan melalui pendidikan agama dan moral (Malaysi'a, 1991).
Perkembangan pesat ~ektor perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan membuka peluang pekerjaan baru. Kategori pekerjaan pengeluaran, misalnya menyediakan peluang peketjaan terbesar. Keperluan ke atas buruh mahir dan tidak mahir, bertambah daripada 27.6 peratus pada -tahun 1990 kepada 32.8 peratus pada tahun 2000 dan berkurangan kepada 30.9 peratus pada tahun 2005. Ini adalah kesan, peningkatan penge!uaran berasaskan modal dan pengurangan penggunaan buruh. Keperluan kini adalah ke atas kumpulan profesional seperti jurutera dan juruteknik, pengurus, pemesin, penyelidik serta saintis. Tenaga manusia berpengalaman ini diperlukan kesan daripada pertumbuhan industri berasaskan eksport seperti bahan kimia, keluaran getah, elektrik dan elektronik, tekstil, kayu serta plastik
• (Malaysia, 1991 : 186).
Pada jadual 2.5, keperluan ke atas pekerja profesional, teknikal dan berkaitan adalah tinggi, ia berkembang pada kadar purata 1.1 peratus. Antara kepakaran yang diperlukan dalam kategori pekerjaan ini adalah, jurutera dan pembantu jurutera awam mekanikal, kimia dan awarn. Manakala dalam bidang maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) kejuruteraan
/
sistem, pembangunan perisian, pengatucara komputer, pembangunan dan reka bentuk cip
't: dan lain-lain (Malaysia, 2000 : 1 02).
Vl --.I
'"'""'"'''"''·co:·''· .I'.~.,· I l'•>;t-•, 'k\001R.'!I'~~"l"'<'~'~'"'~. .~~~!~.~::~~.~r:--~:~~'!,'r~~~·~"'~~·~P.\~~~: .•'' •' ' ' •' · · ·
-Jadual2.5 : Guna tenaga mengikut kum}::mlan pekerjaan utama 1990-2005
Pekerja Perkhidmatan 777.6 11.6 887.9 11.1
Pekerja Pengeluaran & Berkaitan,
Operator & Buruh Peralatan 1,846.0 27.6 2,711.8 33.9
I : Data dirujuk daripada Rancangan Malaysia Ketujuh (I 996-2000)
2'3
&4
: Data dirujuk daripada Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
·... . ;,:;T'AHUN ....
: Data dirujuk daripada Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-20 I 0)
. 20054
Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000): 119 Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005): 100
. ;; • > .•. > •;':;it';:;i};,:?;?;>:;· 4 . 'li;t;;>; .. ~·.·
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-201 0): 163
Pada masa yang sama, sektor perkhidmatan semakin berkembang dan menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara. Di Malaysia, sektor ini tents di bangunkan dengan mempertingkatkan profesionalisme dan kemahiran sumber manusia dalam ICT (Abdul i\ziz, 2000). A ntara tahun 1990 hingga 2010 guna tenaga sektor ini berkembang daripada 777, 600 pada 1990 kepada 1,589,000 pada 20 I 0 dengan pertambahan sebanyak 51.1 peratus (rujuk jadual 2.5).
Bagi bidang pentadbir~n dan pengurusan, ia mencatat pertumbuhan positif. Pekerjaan yang diwujudkan sebahagian besarnya adalah dalam bidang kewangan dan ICT (Malaysia, 2000
; 1 02). Kadar pertumbuhan tahunan dalam kategori pekerjaan ini meningkat sebanyak 3.1 peratus iaitu daripada 2.4 peratus kepada 5.5 peratus antara tahun 1990 hingga 2010 (rujuk jadual 2.5).
Peralihan kepentingan daripada buruh kepada modal dan teknologi moden mengurangkan penggunaan buruh dalam sektor pembuatan. Walau bagaimanapun, ia masih merupakan sektor penting dalam mewujudkan guna tenaga. Dalam tempoh 1990 hingga 2010,
•
keperluan ke atas pekerja mahir dan separuh mahir meningkat daripada 1,846,000 pada tahun 1990 kepada 3,543,800 pada tahun 2005 dengan pertambahan 48 peratus (rujuk jadual 2.5).
Peralihan struktur pembuatan kepada pengeluaran berasaskan modal dan teknologi memerlukan jurutera dan juruteknik berkemahiran ynggi dalam membantu operasi industri berteknologi tinggi. Sektor pengeluaran masih kekurangan tenaga kerja profesional dan
sub-profesional dalam sektor industri elektrik dan elekronik, pengangkutan, kimia, tekstil dan pakaian, industri bahan, industri pemprosesan makanan, industri mesin dan peralatan (EPRD, 1997). Pola perkembangan struktur guna tenaga digamabarkan pada rajah 2.3.
2500
Cl c 2000
~ 0
1500 1000 500
Rajah 2.3: Guna Tenaga Mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama, 1990-2005
1990 1995 2000 2005 2010
Tahun
~-~·--0 Pekerja Profesional. Teknikal & Berkaitan
~ Pekerj a Pentadbi ran & Pen~urusan
El Pekerja Perkeranian & Berkaitan IE! Pekerja J ualan
mill Pekerja Perkh idmatan
!Ill Pekerja Pengeluaran & Berkaitan. Operator & Buruh Peralatan Pengangkutan
1§1 Pekerja Pertanian, Penternak Hai11an & Perhutanan, Nelayan & Pemburu
Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) : 119 Rancangan Malaysia Kelapan (200 1-2005) : 100
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (200 1-20 I 0) : 163
~ r
'
Kepelbagaian skala pengeluaran sektor pembuatan menyebabkan permintaan guna tenaga dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal dan kimia. Berdasarkan kepada jadual 2.6, permintaan ke atas guna tenaga ini bertambah 90.6 peratus atau 182,711 antara
Kepelbagaian skala pengeluaran sektor pembuatan menyebabkan permintaan guna tenaga dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal dan kimia. Berdasarkan kepada jadual 2.6, permintaan ke atas guna tenaga ini bertambah 90.6 peratus atau 182,711 antara