• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS POLA PERSEPSI RESPONDEN

5.4 POLA PERSEPSI PELAJAR TENTANG PENDIDIKAN ISLAM

Ulasan perbincangan pada bab dua, telah mengenalpasti beberapa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar aliran agama untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Pada bahagian ini, satu anal isis dilakukan ke atas I 04 atau 57.8% pelajar aliran agama daripada 180 orang responden tahun akhir. Tujuan a1_1alisis ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihaJapi pelajar dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya.

Berdasarkan analisis pada jadual 5.13, tiga masalah utama telah dikenalpasti iaitu kelemahan pelajar dalam matematik, s2.lns dan bahasa Inggeris dengan 56.7% pelajar.

----··"'

Masalah kedua ialah kelulusan pelajar tidak memenuhi syarat kelayakan bagi sesuatu kursus iaitu 54.0% pelajar. Kedua-dua masalah ini timbul, berkaitan dengan kelemahan sistem pendidikan agama dalam mengintegrasikan antara ilmu agama dan akademik.

Penekanan ke atas pengajian Islam berbanding dengan matapelajaran akademik yang lain menyebabkan pelajar ketinggalan dan tidak cemerlang dalam matapelajaran ini berbanding dengan pengajian Islam. Kelemahan ~istem ini juga boleh dikaitkan dengan kekurangan guru yang berkelayakan dan kemudahan yang tidak lengkap di sekolah terutama bagi matapelajaran sains dari segi makmal dan sebagainya.

Kelulusan pelajar dalam matapelajaran agama adalah diiktiraf, namun keperluan matapelajaran ini sebagai syarat kelayakan utama dalam pemilihan sesuatu kursus adalah terhad kepada bidang pengajian Islam berbandi~g dengan subjek-subjek lain. Pandangan pelajar berhubung isu ini adalah setara berdasarkan peratusan yang menyatakan setuju 49%

dan tidak bersetuju 51%. Matapelajaran agama kurang diiktiraf kerana bidang pengaj ian Islam tulen di peringkat IPTA dan IPTS adalah terhad, di samping penstrukturan semula kursus di peringkat IPT A dan kemunculan lebih ban yak IPTS yang menawarkan kursus pengajian Islam gunaan. Tni bagi memastikan konsep sebenar pendidikan Islam dikembangkan dan pada masa yang sama memperluaskan peluang pendidikan dan pekerjaan kepada pelajar aliran agama.

Jadual 5.13: Permasalahan yang dihadapi oleh pelajar aliran agama

PEMBOLEHUBAH MASA1.AH LABEL JUMLAH %

Kurang penguasaan dalam bahasa Setuju 59 56.7

Inggeris, sains dan matematik Tidak Setuju 45 43.3

Jumlah 104 100.0

- .Kombinasi matapelajaran tidak memenuhi Setuju 54 54.0

Syarat keoerluan kursus Tidak Setuju 46 46.0

Jumlah 100 100.0

Kurang mendapat pengiktirafan ke atas Setuju 49 49.0

Matapelajaran agama Tidak Setuju 51 51.0

Jumlah 100 100.0

Kekurangan bidang pengajian Islam di Setuju 32 31.4

Peringkat IPT A Tidak Setuju 70 68.6

Jumlah 102 100.0

Mata pelajaran terlalu mengkhusus dalam Setuju 29 28.7

Pengajian Islam Tidak Setuju 72 71.3

Jumlah 101 100.0

N = 104

Sumber: Soal Selidik, Kajian Lapangan, 2001

Oleh itu, antara kemungkinan yang menghadkan peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran kerana penguasaan pelajar dalam matapelajaran seperti sains, matematik dan bahasa Inggeris adalah rendah. Selain itu, Iangkah kerajaan menyeragamkan peluang pendidikan antara bumiputera dan bukan bumiputera serta pemilihan yang bergantung

kepada pencapaian akademik yang cemerlang dan penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum mewujudkan daya saing yang tinggi untuk memasuki IPT.

Bagi mengatasi permasalahan ini, analisis seterusnya adalah melihat alternatif bagi mengatasi permasalahan ini. Daripada maklumbalas pada jadual 5.14, 95% hingga 99%

pelajar bersetuju dengan cadangan-cadangan yang diberikan. Antara cadangan-cadangan utama pelajar adalah memperluaskan peranan IPTIS iaitu 99% menambah peluang pekerjaan, 98.1% dan mengiktiraf matapela]aran agama sebagai salah satu syarat kelayakan kemasukan ke IPTA atau IPTS iaitu mewakili 98%.

Jadual 5,14 : Cadangan-cadangan bagi menjamin masa depan pelajar-pelajar aliran agama

· ''PEMBQBEHUBAH \ i LABEL WMLAH . PERATUS

Memperluas dan mempertingkatkan Setuju 103 99.0

peranan IPTIS Tidak Setuju 1 1.0

Jumlah 104 100.0

Memperluaskan peluang pekerjaan bagi Setuju 102 98.1

graduan pengajian Islam Tidak Setuju 2 1.9

Jumlah 104 100.0

Mengiktiraf matapelajaran a! iran Setuju 100 98.0

Agama Tidak Setuju 2 2.0

Jumlah 102 100.0

Memperkenalkan lebih banyak program Setuju 97 95.1

pendidikan bersepadu Tidak Setuju 5 4.9

Jumlah 102 100.0

Pembentukan lebih banyak universiti Setuju 95 93.1

Islam Tidak Setuju 7 6.9

Jumlah 102 100.0

N = 104

Sumber: Soal Selidik Kajian Lapangan, 2001

Keyakinan masyarakat terhadap konsep Islamisasi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah memberangsangkan, sama ada dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Konsep

kesepaduan yang mementingkan pembangunan kebendaan dan kerohanian penting bagi mewujudkan keseimbangan dalam · pembangunan. Demikian juga, dalam institusi pendidikan. Percambahan institusi pendidikan tinggi Islam, memperlihatkan kesungguhan pihak tertentu dalam mengembalikan kegemilangan institusi pendidikan Islam dalam

· melahirkan generasi ummah yang berkualiti, berdisplin, bermoral. berinovasi dan berdedikasi. IPTIS berusaha melahirkan pelajar yang berkualiti terutama dalam jurusan Islam dan profesional dan berpandangan jauh serta berdaya saing.

Analisis seterusnya Il!ewakili responden pelajar tahun akhir dan bekas pelajar iaitu 242 pelajar. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumbalas berhubung dengan keperitingan pendidikan tinggi Islam dalam sistem pendidikan negara dan sumbangannya dalam pembangunan sumber manusia. Persepsi ini secara tidak langsung, memperlihatkan keperluan terhadap program pendidikan bersepadu dalam melahirkan golongan intelektual yang mempunyai kefahaman agama serta mampu berperanan dalam ruang lingkup kemah iran masing-masing. Maklumat ini diperincikan dalam jadual 5.15.

Keyakinan pelajar ke atas IPTI dapat dilihat berdasarkan persepsi pelajar mengenai institusi ini dari segi menghasilkan golongan profesional Islam 97.9%. Kesedaran pelajar mengenai kepentingan menguasai pendidikan bersepadu dikukuhkan dengan dapatan analisis iaitu 97.5% bersetuju kepentingan penguasaan ilmu Islam dan semasa, kursus bersepadu 97.5%

dan membuat pembaharuan ke atas program pendidikan di IPTIS iaitu 98.3% dan tidak dinafikan juga kepentingan bidang pengajian Islam tulen dalam proses pembangunan ilmu iaitu 82.9%.

Hasil analisis ini membuktikan pelajar menyedari kepentingan antara ilmu akademik dan agama dalam proses pembangunan negara. Ini menunjukkan pandangan tradisional pendidikan agama terpisah daripada aspek keduniaan semakin terhakis. Ini secara tidak, langsung memberikan prospek pasaran kepada pendidikan tinggi yang bersifat sepadu.

Jadua1 5.15 : Persepsi pelajar mengenai pendidikan tinggi Islam

·,.Rerkarfi ;t .... ·

.·J><:r:s·•r£

···.·.

. •:: ··Label.:·~--} I' Bila~n ~P¢ratus.~

Setuju 237 97.9

Keperluan ke atas golongan profesional Islam TidakSetuju 5 2.1

-

Tiada Jawapan

-

-Setuju 236 97.5

Pelajar yang menguasai ilmu Islam dan semasa TidakSetuju 6 2.5

Tiada Jawapan

-

-Setuju 236 97.5

---~--Membuat pembaharuan ke atas program TidakSetuju 4 1.6 -.

. pendidikan di IPTIS Tiada Jawapan 2 0.8

Setuju 236 97.5

Tawarkan kursus profesional yang TidakSetuju 6 2.5

berorientasikan Islam Tiada Jawapan

-

-Setuju 194 80.2

· Wujudkan lebih banyak kursus pengajian Islam TidakSetuju 40 16.5

Tiada Jawapan 8 3.3

Setuju 199 82.2

Berpuashati dengan ilmu Islam yang TidakSetuju 31 12.8

disampaikan di IPTIS Tiada Jawapan 12 5.0

Setuju 28 11.6

Tidak perlu gabungan antara bidang ~engajian TidakSetuju 212 87.6

Islam dan sekular Tiada Jawapan 2 0.8

Tidak kisah tentang bidang pengajian yang Setuju 30 12.4 diambil. Penting dapat melnjutkan pelajaran TidakSetuju 210 86.8 dan mendapatkan sijil atau diploma Tiada J awapan 2 0.8 Kombinasi antara pengajian dan profesional Setuju 44 18.2 membuatkan pelajar tidak menguasai kedua- TidakSetuju 186 76.8

dua bidang dengan baik Tiada Jawapan 12 5.0

N=242

Sumber: Soal Selidik Kajian Lapangan, 2001