• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Dalam dokumen Manik Kayu Pengenalan Dan Satu (Halaman 29-37)

SEJARAH PENGAKAP

C. PERKEMBANGAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dengan keahlian seramai 30 orang mula bertapak di Singapura pada tahun 1910 hasil usaha F.c Sands. Namun begitu sebenarnya pasukan pengakap telah di tubuhkan pada tahun 1908 di Pulau Pinang dan di Selangor pada tahun 1909 tetapi gagal kerana tidak dapat bergerak aktif.

Pasukan pengakap kemudiannya telah berkembang di negeri-negeri Tanah Melayu sehingga ke Sabah dan Sarawak Sejarah penubuhan dan pengasasnya adalah seperti berikut:

- F.C. Sands di Singapura tahun 1910

- H.R Cheesman di Pulau Pinang dan Johor tahun 1928 - I.R Wheeler di Perak tahun 1926

- E.C. Hicks; A.G. Staurt; R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah tahun 1922

- R. Brunston di Melaka tahun 1925

- Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan tahun 1925. - Ameen Akhbar di Selangor tahun 1926

- A.J. Cracle di Terangganu tahun 1926

- Y.M. Tengku Ahmad Tenenggung di Kelantan tahun 1927 - Perlis tahun 1931 di bawah naungan Negeri Kedah.

- Rev. Cannon Thomes Cecil Alaxander di Sabah tahun 1913 - Di Sarawak tahun 1915.

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (PENGENALAN)

Unit : SEMUA UNIT

SIDANG 6

1. Tajuk : SEJARAH KEPENGAKAPAN

2. Masa : 45 minit. 3. Objektif :

Diakhiri siding peserta kursus akan mendapat,

3.1. Menghayati ketokohan Pengasas Pergerakan Pengakap sedunia.

3.2. Memahami perkembangan sejarah kepengakapan di Malaysia.

3.3. Menghargai sumbangan kepimpinan Pengakap dalam perkembangan berpengakap. 4. Kaedah : Ceramah 5. Nilai-Nilai Murni 5.1. Kasih-sayang 5.2. Menghormati 5.3. Bersyukur 5.4. Menghargai 5.5. Mengenang Jasa 6. Alat Bantu 6.1. Gambaran 6.2. Risalah 1

-7. Penyampaian Pengajaran

7.1. Langkah Satu: (15 minit)

-Menerangkan riwayat hidup pengasas Pergerakan Pengakap. - B.P semasa budak.

- B.P sebagai tentera.

7.2. Langkah Dua: (15 minit)

- Menerangkan permulaan pergerakan Pengakap (Perkhemahan di Pulau Brown Sea)

- Kisah BP sebagai Ketua Pengakap Sedunia - Kisah BP di akhir hayatnya.

7.3. Langkah Tiga: (15 minit)

- Menerangkan Perkembangan Pengakap di Malaysia, di negeri Tanah Melayu dan di Sabah dan Sarawak

8. Lampiran. - Gambar Carta

LAMPIRAM 6A

A. RIWAYAT HIDUP PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP LORD B-P

Pada 22hb, Febuari 1857 seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran

Hyde Park London. Bayi itu dinamakan ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN

POWELL ( B-P ) mempunyai 7 orang adik beradik. Bapanya bernama Reverend H.G.

Baden Powell, ialah seorang Mahaguru (Professor) di University of Oxford. Bapa B-P

meninggal dunia ketika B-p berusia 3 tahun. Ibunya adalah anak seorang Laksamana British yang bernama W. T. Smyth.

B-P SEMASA BUDAK

Sungguhpun kesempitan hidup kerap menimpa keluarga yang ramai itu, tetapi kerana kasih saying seorang ibu terhadap anaknya dan kasih saying anaknya terhadap ibu mereka, kesempitan sentiasa dapat diatasi. B-P telah telah

mendapat banyak pengajaran dari ibunya dan juga belajar di Sekolah Rose Hill di Tunbridge Wells.

Dalam Tahun 1870 B-P telah mendapat biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah yang bernama Charterhouse di Bandar London. Beliau bukanlah seorang murid yang mempunyai sebarang kelebihan tertentu, tetapi beliau murid yang periang di sekolah itu. Jika ada sebarang keramaian dijalankan di sekolah tersebut, biasanya beliau yang mengetuainya. Dalam tempoh tidak berapa lama dia mula terkenal kerana kebolehannya menjadi penjaga gol pasukan bola Charterhouse. Setiap

kali berlakun beliau akan mempersembahkan lakonan yang menyebabkan seluroh isi sekolah tidak kering gusi.

B-P DI INDIA, AFRIKA SELATAN & PEPERANGAN

B-P telah lulus dari Sekolah Charterhouse ketika umurnya 19 tahun. B-P telah mencapai tempat ke dua dalam peperiksaan Pasukan Tentera Berkuda (Calvary) dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda bagi Pasukan Askar HUSSAR Yang Ke –

13 dan ditempatkan di India. Dalam Tahun 1887 B-P berada di Afrika menyertai peperangan menentang keganasan orang-orang Zulu Selepas itu beliau turut

sama dalam peperangan dengan orang-orang Ashantidan Matabele.

Di situ beliau digelar “ KANTANEYE “ yang bermaksud “ TOPI BESAR “ Anak-anak negeri itu amat takut kepada B-P sehingga mereka mengelarnya “

IMPESSA “ yang bermakna “ Serigala yang tak pernah tidur “ kerana kecekalan

hatiny, kepintaran menangkap dan kebolehannya yang luar biasa dalam kerja-kerja mengesan.

Kejayaan demi kejayaan itu menyebabkan B-P mendapat pangkat yang melompay-lompat dan menjadikan seorang yang masyhor. Dalam tahun 1899 ketika B-P berumur 43 tahun pangkatnya meningkat ke Kolonel. Peperangan telah berlaku dan B-P telah mempertahankan Mafeking daripada kepungan musuh yang berlipat ganda jumlahnya selama 217 hari iaitu dari 13 Oktober 1899

sehingga pasukan bantuan tiba dan menembusi kepungan tersebut pada 18 Mei 1890. Selepas itu B-P dinaikkan pangkat Mejor Jeneral dan segera menjadi pujaan Rakyat di negaranya.

B. PENGAKAP DILAHIRKAN

Pada Tahun 1901 bila B-P pulang ke England dari Afrika Selatan beliau menulis sebuah buku yang bertaju “ AIDS TO SCOUTING “ Selepas cabaran menulis buku itu B-P terus menulis buku dengan berdasarkan kepada pengalaman-pengalamannya di India dan Afrika. Buku ini adalah bimbingan pengakap untuk askar atau tentera dan turut diminati dan juga telah dijadikan sebagai salah satu buku pelajaran sekolah.

Pada tahun 1907 B-P telah membawa sekumpulan budak lelaki seramai dua puluh orang ke Pulau Brownsea di English Channel di Pulau Harbour dengan melangsungkan perkhemahan budak-budak pengakap yang pertama sekali di

dunia. Perkhemahan ini ternyata amat berjaya. Pada Tahun 1908 B-P telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “ SCOUTING FOR BOYS “ di mana isi kandungannya manjadi panduan bagi melatih budak-budak menjadi pengakap dan dihiasi dengan lukisan-lukisan menarik oleh B-P. Apabila pergerakan itu mulai berkembang dengan pesat beliau telah berbakti kepada tanah airnya dengan menjalankan latihan generasi muda dan beliau mengambil keputusan untuk berhenti dalam Pasukan Tentera dan mula masuk dalam penghidupan baru dalam PENGAKAP.

Pada tahun 1937 sewaktu B-P berumur 83 tahun beliau bersama-sama dengan Isterinya Lady Baden Powell bersama juga dengan anak-anaknya: Peter, Heather dan Betty meninggalkan Bandar London dan Menuju ke Kenya. Afika dan ber mustawtin di sebuah kampung yang aman, padang yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung ynag diliputi oleh salji di mana B-P dengan keluarganya berehat setelah lama berbakti kepada dunia. B-P telah meninggal dunia pada 8 Januari 1941 di Piaxto Kenya ketika berumor 83 tahun dan telah dikebumikan di baying-bayang lembut Gunong Kalimanjaro Kenya. .

C. PERKEMBANGAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dengan keahlian seramai 30 orang mula bertapak di Singapura pada tahun 1910 hasil usaha F.c Sands. Namun begitu sebenarnya pasukan pengakap telah di tubuhkan pada tahun 1908 di Pulau Pinang dan di Selangor pada tahun 1909 tetapi gagal kerana tidak dapat bergerak aktif.

Pasukan pengakap kemudiannya telah berkembang di negeri-negeri Tanah Melayu sehingga ke Sabah dan Sarawak Sejarah penubuhan dan pengasasnya adalah seperti berikut:

- F.C. Sands di Singapura tahun 1910

- H.R Cheesman di Pulau Pinang dan Johor tahun 1928 - I.R Wheeler di Perak tahun 1926

- E.C. Hicks; A.G. Staurt; R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah tahun 1922

- R. Brunston di Melaka tahun 1925

- Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan tahun 1925. - Ameen Akhbar di Selangor tahun 1926

- A.J. Cracle di Terangganu tahun 1926

- Y.M. Tengku Ahmad Tenenggung di Kelantan tahun 1927 - Perlis tahun 1931 di bawah naungan Negeri Kedah.

- Rev. Cannon Thomes Cecil Alaxander di Sabah tahun 1913 - Di Sarawak tahun 1915.

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU (PENGENALAN)

Unit : SEMUA UNIT

SIDANG : 7

1. Tajuk : PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP

2. Masa : 45 minit. 3. Objektif :

Diakhiri siding peserta kursus akan mendapat,

3.1. Memahami matlamat bagi semua arahan berhubung dengan pakaian seragam.

3.2. Mengenal pasti bentuk asas pakaian yang digunakan bagi pemimpin (L/W) ; ahli Pengakap (L/W)

3.3. Mengetahui pemakai jenis-jenis lencana Pengakap yang digunakan.

3.4. Memahami hak memakai jenis-jenis pakaian seragam bagi pemimpin dan pesuruhjaya.

4. Kaedah : 4.1. Pameran 4.2. Demonstrasi 5. Nilai-Nilai Murni 5.1. Kekemasan Diri 5.2. Keseragaman 5.3. Bangga 6. Alat Bantu 6.1. Pakaian Seragam 6.2 Lencana Pengakap 1

-7. Penyampaian Pengajaran

7.1. Langkah Satu: (20 minit)

- Menerangkan bentuk dan jenis pakaian seragam bagi ahli Pengakap (Lelaki/Perempuan).

- Perbezaan bentuk baju anatara (L/P) dan

penggunaan tudung bagi ahli Pengakap perempuan

- Pemakaian tanda pangkat dan warna mengikut unit (PKK/PM/PR)

7.2. Langkah Dua: (15 minit)

- Menerangkan pakaian seragam bagi pemimpin (Lelaki/Perempuan)

- Pemakaian tanda pangkat dibahu atau epulet bagi pemimpin dan penolong pemimpin dan pemimpin

kumpulan

- Perbezaan pemakaian alatan a. Wogle Gillwell b. Skaf Gillwell c. Manik Kayu

7.3. Langkah Tiga: (10 minit)

- Menerangkan hak memakai pakaian rasmi (No.2) dan pakaian biasa (No.3) bagi Pesuruhjaya dan Pemimpin. 8. Lampiran. - Pakaian Seragam - Carta - Gambar rajah - Pemakaian Lencana - Tanda pangkat

Dalam dokumen Manik Kayu Pengenalan Dan Satu (Halaman 29-37)

Dokumen terkait