• Tidak ada hasil yang ditemukan

RUMUSAN DAN CADANGAN

Dalam dokumen Jurnal Penyelidikan Kent (Halaman 32-37)

Guru bahasa Melayu, selaku guru paling berpengalaman dalam bidangnya mengakui kepentingan penerapan elemen-elemen KBKK dalam semua mata pelajaran. Pengkaji mendapati bahawa pendapat ini tidak disokong dengan amalan pengajaran guru berkenaan. Cuma pada sesi ketiga pengajarannya, beliau mencuba menerapkan beberapa elemen KBKK manakala sesi-sesi pengajaran yang lain tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif ke arah penerapan elemen-elemen KBKK secara aktif. Kegagalan beliau untuk memberikan takrifan kemahiran berfikir secara memuaskan juga menunjukkan

beliau kurang menguasai perkara ini. Keadaan ini turut membuktikan kebenaran kata-kata Rajendran (1998) dan Rafiei B. Hj. Mustapha (2001), bahawa guru-guru bahasa di sekolah-sekolah menengah secara umumnya belum lagi menguasai aspek kemahiran berfikir ke tahap yang memuaskan dan keadaan ini sudah tentunya memberikan kesan negatif ke atas pelaksanaan program KBKK dalam kurikulum sekolah menengah di negara kita.

Sesi pengajaran guru bahasa Inggeris juga tidak menunjukkan sebarang tanda yang memberangsangkan terhadap amalan penerapan KBKK menerusi mata pelajarannya. Jadual 2 dan 5 jelas menunjukkan bahawa hanya elemen pemikiran berfikir secara kritis sahaja menjadi pilihan utama ketika mengajar. Ketiga-tiga komponen KBKK yang berikutnya hampir tidak disentuh sepanjang sesi rakaman pengajarannya. Meskipun kedua-dua guru ini menyedari tentang kepentingan pelaksanaan KBKK ketika mengajar, akan tetapi ianya tidak menyerlah pada ketika perkara ini sepatutnya berlaku.

Guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mengakui bahawa kelemahan besar yang memberikan kesan negatif terhadap pelaksanaan program ini ialah datangnya daripada diri mereka sendiri. Kelemahan yang dimaksudkan ialah tahap penguasaan strategi yang rendah dalam menyepadukan elemen-elemen KBKK semasa p&p mereka. Pengakuan guru-guru ini merupakan perkara yang serius kerana hala tuju KBKK dalam kurikulum sekolah menengah ini menjadi tidak menentu. Ini kerana pada umumnya kelemahan menguasai sesuatu kemahiran hanya akan membawa kepada kegagalan dalam mencapai objektif pengajaran (Bransford, et al., 2005).

Meskipun terdapat kesedaran umum tentang keperluan untuk melaksanakan program penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah, kesemua guru peserta kajian ini tidak menunjukkan sebarang tanda pemahaman dan penguasaan ke atas dasar pendidikan ini. RPH adalah sesuatu yang diwajibkan bagi seseorang guru sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Terdapat tiga pekeliling ikhtisas yang pernah dikeluarkan oleh pihak KPM sehingga ke hari ini berkenaan perkara ini. Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981, 3/1987 dan 3/1999 merupakan arahan kerja berkenaan peri pentingnya seseorang guru menyediakan RPH secara lengkap sebelum masuk ke kelas setiap hari. Guru-guru peserta kajian ini gagal menepati kehendak yang paling asas bagi seseorang guru untuk menyediakan RPH masing-masing secara lengkap.

Di antara cadangan yang diutarakan ialah guru-guru dalam perkhidmatan diberikan kursus intervensi khas bagi memulihkan pengetahuan berkaitan kandungan serta cara-cara penerapan KBKK secara penyebatian, kandungan sukatan latihan perguruan negara disemak semula agar ia memberikan lebih banyak fokus terhadap kemahiran berfikir, perubahan sikap dalam kalangan guru-guru terhadap elemen-elemen penerapan dalam kurikulum kebangsaan serta kaedah dan teknik penyampaian guru-guru diubahsuai dan tidak mendominasi ruang dan masa p&p, sebaliknya memberikan ruang yang lebih kepada pelajar-pelajar berfikir dan berusaha untuk menyelesaikan masalah.

Beban kerja bukan mengajar yang menghantui guru-guru di sekolah serta kelemahan dari segi pemantauan ke atas perjalanan sesuatu program

pendidikan di sekolah juga menjadi faktor penentu kejayaan program penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah. Guru-guru selaku pelaksana program-program pendidikan dan juga penentu kejayaan sesuatu program pendidikan seharusnya menyediakan diri, mengubah anggapan serong terhadap sebarang perubahan yang dibawa oleh KPM dan sentiasa mengejar dan mengemaskini dada dengan ilmu-ilmu pedagogi terkini dalam memberanikan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dalam dunia keguruan.

RUJUKAN

Bransford, J., Derry, S., Berliner, D., Hammerness, K. & Beckett, K. L. 2005. Theories of Learning and Their Roles in Teaching. In Preparing Teachers for A Changing World: What Teachers Should Learn and Be Able To Do. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Deepwell, F. 2002. Towards Capturing Complexity: An Interactive Framework for Evaluation. Educational Technology and Society. 5(3): 83 – 90. Fryer, M. 1996. Creative Teaching and Learning. London : Paul Chapman

Pub.

George, A. L. & Bennett, A. 2005. Case Studies and Theory Development in The Social Sciences. London: MIT Press.

Gillham, B. 2001. Case Study Research Methods. London : Continuum. Graddy, D. B. 2001. Cognitive Flexibility Theory as a Pedagogy for

Web-Based Course Design.

http://www.ipfw.edu/as/tohe/2001/Papers/graddy. Retrieved on 17 Sept. 2009.

Idris Aman. 2002. Analisis Wacana Pedagogi d Sekolah: Satu Kajian Kes. Laporan Teknik Penyelidikan SK/4/2002. Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris Aman & Rosniah Mustaffa. 2006. Classroom Discourse of Malays Language Lesson: A Critical Analysis. Bangi : UKM. 1(1): Julai Disember 2006.

Johnson, L. 2005. Teaching Outside the Box: How to Grab Your Students by Their Brains. San Francisco, CA: Jossey Bass.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Buku Penerangan KBSM. Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1995. Modul Kemahiran Berfikir mengikut Mata Pelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Pendidikan di Malaysia: “Memartabatkan Kecemerlangan Pendidikan Negara”. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia Kirby, G. R. & Goodpaster, J. R. 2006. Thinking. 4th. Ed. Eaglewood Cliffs, NJ:

Prentice Hall.

Kurfiss, J. G. 1988. Critical Thinking: Theory, Research, Practice and Possibilities. ASHE-ERIC Higher Education Reports. 17(2): 28 – 39. Moallem, M. 1994. An Experienced Teacher‘s Model of Thinking and

Teaching: An Ethnographic Study on Teacher Cognition. Paper Presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association. New Orleans, LA. April 4 – 8.

Nickerson, R. S., Perkins, D. N. & Smith, E. E. 1985. The Teaching of Thinking. Hillsdale, NJ : Lawrence Earlbaum Associates Pub.

Nurliza Othman. 2002. Thinking Skills – A Motivational Factor in ELT. Jurnal Pendidikan IPBA. 2(5): 101 – 109.

Pascale, E. 2008. Metamorphosis: Identity Outcomes in International Students Adaptation: A Grounded Theory Study. San Francisco: VDM Verlag Pubs.

Patton, M. Q. 1990. Qualitative Evaluation Methods. (2nd Eds.) Thousand Oaks, CA : Sage.

Phillips, J.A. 1992. Memperkembangkan Daya Pemikiran Pelajar Melalui Mata Pelajaran KBSM. Journal Pendidikan Guru Malaysia. 8: 1 – 15. Punch, K. F. 2005. Introduction to Social Research : Quantitative and

Qualitative Approaches. 2nd. Eds. Thousand Oaks, CA : Sage Publications.

Rafiei B. Hj. Mustapha, 2001. Kajian Tentang Kemahiran Berfikir Secara Kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Jemaah Nazir Sekolah : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rajendran, N. 1998. Teaching Higher-Order Thinking Skills in Language Classrooms: The Need for Transformation of Teaching Practice. Unpublished Doctoral Dissertation, Michigan State University, East Lansing, USA.

Rajendran, N. S. 2001. The Teaching of Higher-Order Thinking Skills in Malaysia. Journal of Southeast Asian Education. 2(1) www.nsrajendran.tripod.my. Retrieved 14 October 2008.

Ruggiero, V. R. 1988. Teaching Thinking Skills Across the Curriculum. New York : Harper & Row.

Silverman, D. 2001. Doing Qualitative Research : A Practical Handbook. London : Sage Publications.

Stake, R. E. 1967. The Countenance of Educational Evaluation. Teachers

College Record. 68 (7): 523-540.

www.ed.uiuc/circe/Publications/Countenance.pdf. Retrieved 2 August 2010.

Stake, R. E. 1978. The Case Study Method in Social Inquiry. Educational Researcher. 7 (2): 5 – 9.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1993. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin.

Yogarajah, Y. 1991. An Evaluation of The Effectiveness of The CoRT-1 Programme in Terms of Transfer of Thinking Skills and Improvement in Academic Self-Concept and IQ Score of Form 4 Students. Laporan Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

PEMILIHAN LIRIK LAGU KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN

Dalam dokumen Jurnal Penyelidikan Kent (Halaman 32-37)

Dokumen terkait