ISSN: 1394-0082 BIL. 10 TAHUN 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PETI SURAT 2, 89207 TUARAN
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Peti Surat 2, 89207 Tuaran
Sabah
Tel.: 088-788500
Fax.:088-788007
©Hak Cipta IPG Kampus Kent
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juapun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sabagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent terlebih dahulu.
Dicetak oleh: SQS Printing Sdn. Bhd. Lot No. 3, 4A & 4B, Mosque Valley,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
PENAUNG
Datuk Mary Teresa Kinajil
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
PENASIHAT
En. Romli Bin Darus
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
PENGERUSI
Pn. Tan Seok Kiang
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
PANEL EDITOR
Pn. Tan Seok Kiang (Ketua)
Pn. Chiam Sun May
Dr. Khoo Chwee Hoon
En. Ismail Bin Ag. Puit
REKA BENTUK MUKA DEPAN
Cik Alimah Muslim
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Penyelidikan dan inovasi adalah bidang yang amat penting dan perlu diberikan perhatian yang serius oleh semua warga pendidik untuk tujuan mempertingkatkan tahap profesionalisme. Penyelidikan adalah aktiviti yang boleh membina daya keintelektualan seseorang dalam menangani sesuatu masalah dengan lebih profesional. Manakala inovasi dalam pedagogi pula berfungsi membantu menghasilkan pembelajaran yang lebih bermutu. Kedua-dua aktiviti penyelidikan dan inovasi pedagogi mempunyai tujuan yang sama iaitu meningkatkan profesionalisme keguruan dalam membuat penyelesaian terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku dalam bidang pendidikan.
Tujuan penghasilan jurnal ini adalah untuk mendokumentasikan hasil-hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang bagi membentuk satu himpunan ilmu yang bermanfaat. Saya melihat usaha ini merupakan satu usaha yang murni dan bertepatan dengan matlamat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ingin menjadikan penyelidikan sebagai satu wadah untuk memartabatkan IPGM di arena pendidikan. Melalui usaha ini, semua hasil kajian dapat dikongsikan bersama untuk kepentingan pembangunan dalam bidang pendidikan negara. Semoga Jurnal Penyelidikan Kent 2012 ini, akan menjadi salah satu platfom untuk perkembangan dan kepesatan bidang pendidikan, khususnya dalam bidang penyelidikan.
Justeru itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan dan semua penyumbang artikel serta sidang editor kerana telah berjaya menerbitkan Jurnal Penyelidikan Kent 2012. Diharapkan jurnal ini akan menyemarakkan lagi dunia penyelidikan pendidikan di negara ini. Harapan saya moga-moga segala dapatan, penemuan serta kupasan dapat membantu semua pihak yang terlibat bagi mempertingkatkan tahap kecemerlangan pendidikan semasa, sedang dan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
DATUK MARY TERESA KINAJIL Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran
Kata-kata Aluan Pengarah IPGK Kent
iv
Tajuk Kajian
Pelaksanaan Kurikulum Permata: Satu Kajian Kes di Taska Permata Kemas Kampung Batu Putih, Sandakan
Datu Raiman Datu Kauman, Nancy Loo Kason, Dayang Mayang Awang Abas
1
Penilaian Proses Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris KBSM di Daerah Tuaran, Sabah: Satu Kajian Kes
Dr. Balakrishnan Govinthasamy, Chandran Vengadasamy, D. Vasuthevan Damotharan
14
Pemilihan Lirik Lagu Kanak-Kanak dalam Pendidikan Prasekolah
Nancy Loo Kason, Datu Raiman Datu Kauman, Dayang Mayang Awang Abas
32
Penilaian Input dan Produk Kurikulum Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Daerah Penampang
James Geoffrey W. Molijoh
50
Pengajaran Makna Perkataan Bagi Murid Bermasalah Pendengaran Menggunakan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
Lajiwin @ Jovinia Bt. Kudun
66
Aplikasi Pantulan : Inovasi Penerokaan Saintifik Melalui Pendekatan Inkuiri Penemuan
Dr. Shahrir Affandi bin Daud @ Mohamed , Suziela bte Md. Tahir
75
Boon Or Bane : The Language Arts (LGA) Community Outreach Project : Putting Theory Into Practice Subashini Suppiah
PELAKSANAAN KURIKULUM PERMATA: SATU KAJIAN KES DI TASKA PERMATA KEMAS KG BATU PUTIH, SANDAKAN
Datu Raiman Datu Kauman, Nancy Loo Kason dan Dayang Mayang Awang Abas
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti Pelaksanaan Kurikulum PERMATA di Taska PERMATA KEMAS Kg Batu Putih, Libaran, Sandakan. Reka bentuk kajian menggunakan penyelidikan kuantitatif. Seramai tiga orang pendidik dan dua puluh tujuh orang kanak-kanak menjadi responden dalam kajian ini. Instrumen kajian dibina oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Data dianalisis dalam bentuk peratusan untuk menentukan tahap pematuhan pihak taska terhadap pelaksanaan kurikulum. Dapatan kajian menunjukkan Standard Operating Procedures (SOP 1) iaitu Pengurusan Aktiviti Rutin (87.8%), Standard Operating Procedures (SOP 2) iaitu Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran (93.1%) dan Standard Operating Procedures (SOP3) Pengawasan Keselamatan Kanak-Kanak (91.9%). Ini menunjukkan bahawa taska ini telah berjaya melaksanakan kurikulum PERMATA bagi ketiga-tiga SOP yang dikaji seperti mana yang ditetapkan oleh pihak PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri.
PENGENALAN
Program PERMATA Negara ialah program pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah. Program ini memberi penekanan kepada enam bidang pembelajaran dan pengasuhan kanak-kanak yang menyokong kepada perkembangan individu yang holistik dan seimbang. Program ini telah diuji rintis selama dua tahun, iaitu pada tahun 2006 sehingga 2007 melibatkan lima Pusat PERMATA Negara di empat buah negeri iaitu di Selangor, Putrajaya, Pahang dan Pulau Pinang (Aminah Ayob dan rakan-rakan, 2008).
Pada tahun 2008, program ini diperluaskan ke seluruh negara. Sehingga akhir tahun 2009, pihak-pihak yang terlibat menjayakan program ini ialah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Taska PERMATA KEMAS di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Taska PERMATA Perpaduan di bawah JPNIN, dan Taska Komuniti dan Taska Tempat Kerja di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Yayasan Pembangunan Terengganu ( Aminah Ayob, 2011).
Di Sabah, terdapat sebuah Pusat Anak PERMATA Negara dan sebanyak 36 buah taska yang terlibat dalam pelaksanaan program PERMATA Negara. Kurikulum PERMATA Negara telah dijadikan garis panduan kepada pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di taska-taska yang terlibat bagi mencapai matlamat pendidikan seperti yang ditetapkan dalam Falsafah Kurikulum PERMATA Negara.
Latar Belakang Kurikulum PERMATA
Kurikulum PERMATA telah dibentuk oleh sekumpulan pakar pendidikan awal kanak-kanak dalam kalangan pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai kurikulum sedia ada yang diguna pakai di beberapa tempat di luar negara termasuklah di Pen Green Centre, Corby, England (Aminah Ayob dan rakan-rakan, 2008).
Kurikulum PERMATA mengandungi garis panduan kepada para pendidik dan pihak yang menguruskan taska atau Pusat PERMATA Negara mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pengasuhan secara holistik, di samping panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob dan rakan-rakan, 2008).
Teknik pembelajaran PERMATA ialah merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan berkonsepkan ‟Learning is fun through play‟. Kurikulum PERMATA Negara terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu :-
A. Bidang Pembelajaran;
i. Perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian ii. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal iii. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran iv. Perkembangan fizikal
v. Perkembangan kreativiti dan estetika vi. Perkembangan awal matematik dan logik B. Bidang Asuhan;
i. Penjagaan kesihatan dan kebersihan diri ii. Pemakanan sihat
iii. Senaman dan keceriaan
iv. Penjagaan keselamatan kanak-kanak dan persekitaran v. Latihan mengurus diri
vi. Rutin dan transisi
Dengan itu, kurikukum PERMATA Negara yang telah dibentuk perlu dilaksanakan oleh pendidik yang terlatih dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pendidik memerlukan pengetahuan, latihan dan kefahaman yang jelas untuk menterjemah kurikulum tersebut di samping penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta kemudahan infrastruktur yang dapat memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Na‘imah Yusoff dan rakan-rakan, 2011).
PERNYATAAN MASALAH
Program PERMATA Negara telah membentuk kurikulum yang tersendiri bagi tujuan membantu perkembangan kanak-kanak dalam era siber dan teknologi. Kurikulum ini merupakan kurikulum yang baru diperkenalkan kepada semua pendidik yang terlibat. Pada masa yang sama, para pendidik di taska ini sudah sekian lama mengamalkan kurikulum lama sebelum taska ini dipilih untuk program PERMATA Negara. Hal yang demikian berlaku hambatan untuk merubah amalan yang sedia ada kepada amalan yang baru berdasarkan kurikulum yang baru.
Para pendidik diberi kursus pendedahan berkaitan dengan kurikulum yang baru dalam tempoh yang begitu singkat. Hal ini juga dilihat sebagai satu cabaran kepada pendidik untuk menterjemahkan kurikulum tersebut seperti mana yang digariskan oleh pihak yang berwajib.
Ledakan teknologi maklumat menimbulkan pelbagai bentuk dilema dan cabaran yang menuntut semua mekanisme pendidikan supaya lebih kreatif dan inovatif. Pendidik harus lebih kreatif dan inovatif supaya amalan pendidikan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Kreativiti pengajaran guru ialah salah satu peramal penting terhadap kreativiti kanak-kanak. Pengalaman yang diperoleh daripada pengajaran guru, memainkan peranan penting dalam perkembangan kebolehan kreatif dan potensi kanak-kanak.
Kemudahan infrastruktur juga dilihat salah satu cabaran kepada pendidik dalam menterjemahkan kurikulum PERMATA Negara. Dalam SOP 2 misalnya, kemudahan aktiviti permainan pasir, air, buaian, gelongsor, nature walk dan sebagainya perlu ada. Tanpa kemudahan-kemudahan ini aktiviti yang disenaraikan di atas sukar untuk dilaksanakan.
Secara umumnya boleh disimpulkan di sini bahawa masalah yang wujud boleh dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu berkaitan dengan keupayaan pendidik itu sendiri, bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran dan terakhir ialah kemudahan infrastruktur yang disediakan di taska-taska berkenaan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:-
1. Mengenal pasti pelaksanaan pematuhan Standard Operating Procedures (SOP) Kurikulum bagi SOP 1 iaitu Pengurusan Aktiviti Rutin.
2. Mengenal pasti pelaksanaan pematuhan Standard Operating Procedures (SOP) Kurikulum bagi SOP 2 iaitu Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA.
3. Mengenal pasti pelaksanaan pematuhan Standard Operating Procedures (SOP) Kurikulum bagi SOP 3 iaitu Pengawasan Keselamatan Kanak-Kanak semasa di pusat pendidikan PERMATA.
PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah Tadika PERMATA mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) kurikulum bagi SOP 1 iaitu Pengurusan Rutin?
2. Adakah Tadika PERMATA mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) bagi SOP 2 iaitu pelaksanaan aktiviti pembelajaran PERMATA?
3. Adakah Tadika PERMATA mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) bagi SOP 3 iaitu Pengawasan keselamatan kanak-kanak semasa di Pusat PERMATA?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini amat signifikan bagi mengenal pasti apakah kurikulum PERMATA Negara telah dilaksanakan sepenuhnya atau apakah taska ini masih lagi mengamalkan kurikulum yang sedia ada. Dapatan daripada kajian ini boleh membantu pihak yang berwajib menambah baik dan mengambil tindakan lanjut agar usaha murni ini mencapai matlamat yang telah digariskan. Perbelanjaan yang begitu besar menuntut untuk pulangan yang lebih besar. Justeru itu pemantauan berterusan perlu dilakukan agar apa yang dilaburkan memberi pulangan yang setimpal.
Kajian ini juga amat signifikan dengan saranan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) semasa membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke -10 (RMK10) di parlimen agar kurikulum PERMATA Negara ini diperluas penggunaannya di taska-taska persendirian memandangkan kandungannya yang bersepadu untuk keperluan perkembangan kanak-kanak.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian kes di Taska KEMAS Kg Batu Putih, Sandakan. Pada masa yang sama, kajian ini hanya menjurus kepada pelaksanaan kurikulum PERMATA berdasarkan tiga daripada lima Standarad Operation Procedures iaitu SOP1, SOP2 dan SOP3 sahaja .
DEFINISI OPERASIONAL
i. Taska bermaksud pusat atau tempat penjagaan kanak-kanak bagi proses pengasuhan dan pembelajaran yang melibatkan pendidik dan kanak-kanak. Dalam pemantauan dan pengawalseliaan ini, taska yang terlibat ialah Taska PERMATA KEMAS Kg Batu Putih, Sandakan. Taska ini telah mendapat kelulusan Majlis PERMATA Negara untuk beroperasi menggunakan Kurikulum PERMATA Negara untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga 4+ tahun.
ii. Pendidik bermaksud penjaga atau pengasuh kepada bayi/kanak-kanak di taska yang dilatih sebagai Pendidik PERMATA aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran yang dibekalkan dalam latihan Pendidik
PERMATA. (Pendidik bermaksud penjaga, pengasuh, pembimbing kepada bayi/kanak-kanak di taska).
iii. Standard Operating Procedures (SOP) bermaksud Standard Operasi Kurikulum PERMATA Negara yang dijadikan sebagai Garis Panduan Kurikulum PERMATA Negara yang disediakan oleh Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri. Bagi tujuan kajian ini, lima SOP dalam bentuk soal selidik / senarai semak telah digunakan. Bagaimanapun untuk tujuan kajian ini, pengkaji memilih tiga SOP sahaja daripada lima SOP yang sedia ada iaitu SOP 1: Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin, SOP 2: Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA dan SOP 3: Pengawasan Keselamatan Kanak-kanak semasa di pusat PERMATA.
iv. SOP 1: Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin
Aktiviti Rutin yang telah ditetapkan terdiri daripada perkara-perkara berikut yang mesti dilaksanakan oleh pendidik kerana ia adalah teras kepada kurikulum PERMATA negara. Sekiranya aktiviti-aktiviti tersebut tidak dilaksanakan, maka pendidik dianggap tidak mematuhi SOP ini. Hal ini boleh menjejaskan pelaksanaan kurikulum PERMATA negara dan akan menyebabkan pencapaian matlamat program PERMATA tidak tercapai. Dalam SOP 1 terdapat tujuh aspek terdiri daripada yang berikut:-
1. KETIBAAN : Pendidik mesti menyambut ketibaan kanak-kanak dengan gembira, mengucapkan salam dan bersalam dengan kanak-kanak, mengarah kanak-kanak membawa beg ke kelas dan berbual dengan ibu/bapa mengenai kanak-kanak sambil ibu bapa menandatangani Buku Kehadiran dan memulangkan BUKU SMS. Kanak-kanak yang belum bersarapan, dibawa untuk bersarapan (biasanya bekalan makanan dibawa dari rumah). Bagi kanak-kanak kecil/bayi biasanya mereka diberi minum susu. Pada masa ini pendidik sangat digalakkan berinteraksi dengan kanak-kanak sambil membina hubungan mesra dan kasih sayang dengan kanak-kanak. 2. ‖CIRCLE –TIME ‖: Selepas minum atau sarapan, semua kanak-kanak dikumpulkan di ruang besar untuk aktiviti circle – time. Pada masa ini kedatangan kanak-kanak diambil dengan memanggil nama kanak-kanak seorang demi seorang. Pendidik juga digalakkan bertanya khabar dengan kanak-kanak pada masa ini. Banyak elemen perasaan kasih sayang dan kemesraan boleh ditunjukkan oleh pendidik kepada kanak-kanak. Pujian dan dorongan akan membantu kanak-kanak berasa dihargai dan dikasihi, sekaligus membina keyakinan dan self-esteem mereka.
Selepas itu, kanak-kanak bersama-sama pendidik menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Sabah dan lagu PERMATA. Kanak-kanak diajar berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan dan mungkin juga menaikkan bendera (jika ada). Pendidik dan kanak-kanak boleh terus menyanyikan lagu-lagu kanak lain yang bersifat patriotik atau lagu kanak-kanak yang disertai
dengan pergerakan jari, tangan, kaki dan anggota badan (dalam bentuk pergerakan kreatif).
Selepas itu, pendidik meneruskan dengan aktiviti interaktif dengan kanak-kanak atau mengadakan senaman atau pergerakan kreatif. Circle time dilaksanakan dalam masa lebih kurang 45 minit hingga satu jam, dalam suasana yang riang gembira. Ini sangat penting kerana hari kanak-kanak hendaklah dimulakan dengan aktiviti yang menenangkan, penuh kasih sayang dan ceria.
3. MANDI : Kanak-kanak dikehendaki mandi selepas makan tengah hari atau selepas bangun tidur selepas berehat sebentar. Kanak-kanak hendaklah diajar mandi sendiri, di bilik mandi berasingan bagi lelaki dan perempuan, kemudian menyalin pakaian sendiri, mengemas pakaian kotor dan memasukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang. Mereka diajar untuk memakai pakaian baru yang bersih dan mengemas diri sendiri seperti menyikat rambut, berbedak dan sebagainya. Pendidik hanya membimbing secara konstruktif, menyuruh kanak-kanak melakukan cara-cara yang betul dan memuji kanak-kanak. Ini juga adalah latihan supaya kanak-kanak mampu mengurus diri sendiri.
4. GOSOK GIGI: kanak-kanak diwajibkan mempunyai berus gigi sendiri dan menggosok gigi sendiri dengan betul. Pendidik hanya menegur atau menunjukcara kepada kanak-kanak supaya memberus gigi dengan teknik yang betul. Kanak-kanak juga dilatih mengambil dan menyimpan peralatan seperti berus gigi dan ubat gigi ditempat yang ditetapkan. Kanak-kanak dilatih beratur untuk menggunakan sinki, sabar menunggu giliran, tidak membazir air serta menggunakan kemahiran motor halus untuk memicit ubat gigi, menadah air dan berkumur-kumur selepas memberus gigi.
5. REHAT DAN SNEK: Selepas circle-time, semua kanak-kanak diwajibkan membasuh tangan sendiri untuk makan buah atau snek pagi. Semua kanak-kanak hendaklah diajar makan sendiri dengan tertib. Sebelum makan mereka diajar membaca doa makan dan kemudiannya membaca doa selepas makan. Setiap kanak-kanak perlu diajar supaya berdikari. Pada masa ini, pendidik harus tahu jika ada kanak-kanak yang mengalami alahan kepada sesuatu jeins makanan atau buah-buahan. Selepas makan, kanak-kanak menyusun pinggan dalam besen dan beratur untuk membasuh tangan dan menggosok gigi.
6. MAKAN: Pendidik dikehendaki memastikan kanak-kanak mengikuti tata tertib semasa makan dan menjadikan suasana makan sebagai waktu yang sangat ditunggu-tunggu, waktu yang gembira, dan waktu untuk bersyukur dan berterima kasih. Kanak-kanak mesti diajar berdikari dan makan sendiri. SOP ini melibatkan beberapa SOP kecil yang lain iaitu basuh tangan, mengambil makan sendiri, membaca bismillah dan doa makan dan tertib makan itu sendiri.
7. REHAT DAN TIDUR: Tempat tidur diasingkan mengikut jantina. kanak perlu berpakaian bersih sebelum tidur. Kanak-kanak digalakkan menyediakan tempat tidur sendiri, membaca doa sebelum tidur, memalapkan lampu bilik tidur, memperdengarkan muzik atau zikir yang menenangkan.
8. PULANG : Semasa pulang, kanak-kanak diwajibkan bersalam dengan pendidik dan dengan ibu bapa, mengambil semua barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Ibu bapa mengambil balik buku SMS yang mengandungi semua aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak pada hari tersebut untuk disemak.
v. SOP 2: Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA
SOP2 memberi fokus kepada aspek pembelajaran mengikut Kurikulum PERMATA. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dipantau ialah aktiviti permainan iaitu main pasir, main air, nature walk dan permainan bebas. Seterusnya ialah aktiviti seni kraf yang melibatkan mewarna, menggunting dan menampal. SOP2 ini juga melibatkan aktiviti permainan luar iaitu permainan buaian, jongkang-jongket dan gelongsor.
iv. SOP 3: Pengawasan Keselamatan Kanak-kanak Semasa di Pusat PERMATA
SOP 3 berkaitan dengan aspek pengurusan keselamatan kanak-kanak semasa di taska. Keselamatan ini mengambil kira ketika di pintu utama/pagar, ketika bermain di luar, ketika di bilik air, persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Perkara ini sangat penting dipatuhi oleh semua pendidik.
TINJAUAN LITERATUR
Pembentukan sesuatu kurikulum dikaitkan dengan teori pembelajaran dan teori perkembangan kanak-kanak. Antara teori yang dibincangkan di sini ialah Teori Bandura, Jean Piaget, Vygotsky dan Howard Gardner. Walau bagaimanapun teori lain yang berkaitan juga akan turut disentuh.
Teori Bandura membicarakan tentang pembelajaran sosial. Bandura mengetengahkan idea bahawa pengetahuan adalah dibina secara sosial iaitu kanak-kanak belajar daripada situasi sosial dan interaksi. Teori Jean Piaget pula mengambil pendekatan konstruktivis. Piaget berpendapat bahawa kematangan dan persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Teori perkembangan kognitif ini berkisar dengan idea bahawa pemikiran dan penaakulan kanak-kanak berubah mengikut masa seperti berlakunya kematangan biologikal dan kanak-kanak mampu membentuk dan membina pengetahuan mereka sendiri (Na‘imah Yusoff dan rakan-rakan, 2010).
Sementara itu Vygotsky berpendapat bahawa kanak-kanak ialah agen yang aktif dalam perkembangan mereka. Beliau lebih bertumpu kepada kepentingan perhubungan antara orang dewasa dan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak. Beliau menegaskan bahawa kanak-kanak mempunyai perkembangan Zone of Proximal. Bimbingan atau scaffolding orang dewasa diperlukan agar kanak-kanak mampu melakukannya sendiri ke tahap yang maksimum.
Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Howard Gardner menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Antaranya beliau menyatakan bahawa minat dalam seni merupakan salah satu aspek dalam perkembangan kognitif sementara deria persepsi kanak-kanak berkembang pesat pada peringkat awal kanak-kanak dan ini mempengaruhi kreativiti mereka (Na‘imah Yusoff dan rakan-rakan, 2011)
Kajian juga menunjukkan bahawa kemudahan yang terdapat di taska, faktor diri pendidik dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak (Noorazleen Muslim, 2003).
Oleh itu, kejayaan sesuatu kurikulum itu bukan hanya bergantung kepada bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, persekitaran dan infrastruktur bangunan. Pendidik adalah kunci kepada kejayaan untuk menterjemah teori kepada praktikal bagi sesuatu kurikulum yang telah dibentuk.
METODOLOGI KAJIAN
Dalam bab ini dibincangkan reka bentuk kajian yang digunakan. Perbincangan juga melibatkan tentang populasi kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.
Reka Bentuk kajian
Reka bentuk kajian menggunakan deskriptif kuantitatif, berasaskan kepada pemantauan oleh penyelidik. Pemantauan dijalankan bagi mentadbir instrumen dalam bentuk soal selidik, senarai semak, pemerhatian dan temu bual.
Populasi dan Sampel Kajian
Seramai tiga orang pendidik dan 27 orang kanak-kanak yang berdaftar di taska ini terlibat sebagai subjek kajian. Ini bermakna kajian ini menggunakan populasi sebagai subjek kajian.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian disediakan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Soal selidik berkaitan dengan demografi pendidik mengandungi item: kelayakan, pengalaman dan kursus PERMATA yang pernah diikuti. Sementara senarai semak pula melibatkan tiga Standard Operating Procedures (SOP). Bagi SOP 1 melibatkan 7 aspek dan 62 item, SOP 2 pula melibatkan 7 aspek dan 68 item sementara SOP 3 melibatkan 5 aspek dan 24 item.
Pengumpulan Data
Pemantauan dijalankan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 pada April hingga Jun 2010 manakala Fasa 2 ialah pada November 2010 hingga Februari 2011. Data dikumpul semasa pemantauan dilakukan oleh penyelidik pada Fasa 2. Penganalisisan Data
Data dianalisis dalam bentuk peratusan untuk menentukan tahap pematuhan pihak taska terhadap pelaksanaan kurikulum yang dimaksudkan. Tiga tahap yang ditetapkan iaitu:-
i. c – compliance ii. lc – low compliance iii. nc – non-compliance
Tahap Pematuhan (Level Of Compliance)
Kaedah yang digunakan untuk menilai tahap pematuhan adalah mudah dan jelas. Sekiranya SOP yang ditetapkan tidak dilaksanakan oleh pendidik, maka SOP tersebut ditandakan sebagai ‖Non-Compliance‖. Jika SOP tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya atau tidak lengkap, maka pemantau akan menandakan ”Low-Compliance‖.(Aminah Ayob, 2011).
Jadual 1: Panduan Menentukan Tahap Pematuhan
C Compliance (mematuhi semua garis panduan) 80 – 100% LC Low Compliance (mematuhi sebahagian garis panduan) 60 – 79% NC Non Compliance (tidak mematuhi garis panduan) <60 %
# Problematic (bermasalah) X
DAPATAN KAJIAN
Bab ini membincangkan dapatan yang telah diperoleh bagi semua aspek yang dikaji. Pengkaji telah menjalankan kajian dan mentadbir instrumen tersebut selama sehari di taska berkenaan.
Soal selidik berkaitan dengan demografi pendidik mendapati bahawa ketiga-tiga orang pendidik di taska ini mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Semua pendidik ini telah mengikuti Kursus Pendidik PERMATA yang dikendalikan oleh UPSI. Dari segi pengalaman pula para pendidik ini telah mula menceburi bidang ini lebih lima tahun dan banyak pendedahan tentang pelaksanaan kurikulum yang disediakan oleh pihak KEMAS dan Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Jadual 2: Maklumat Kanak-kanak
Bil Umur Lelaki Perempuan Jumlah
1 0 – 1 tahun - - -
2 1 – 2 tahun - - -
3 3 tahun 7 2 9
4 4 tahun 12 6 18
Jumlah 19 8 27
Nisbah Pendidik / Kanak-Kanak 1:9
Berdasarkan Jadual 2 di atas, menunjukkan bahawa terdapat 19 orang kanak-kanak lelaki dan 9 kanak-kanak-kanak-kanak perempuan berdaftar di taska ini iaitu pada Nisbah 1:9.
Jadual 3: SOP 1 Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin
Pemerhatian/Temu bual c lc nc Menyambut ketibaan 90% 0 10% Circle Time 83% 0 17% Mandi 90.6% 0 9.4% Gosok gigi 100% 0 0 Makan 87.5% 0 12.5%
Rehat dan tidur 0 75% 25%
Pulang 87.5% 0 12.5%
Berdasarkan Jadual 3 di atas, dapatan menunjukkan dalam SOP 1: Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin, item yang tertinggi ialah menggosok gigi iaitu seratus peratus compliance manakala item rehat dan tidur menunjukkan peratusan yang low compliance (75%). Secara keseluruhannya taska ini telah mematuhi pelaksanaan SOP 1 Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin iaitu compliance pada peringkat 87.7 peratus.
Jadual 4: SOP 2 Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA Pemerhatian/Temu bual c lc nc Main pasir 94.4% 5.6% Main air 91.6% 8.4% Nature walk 100% 0% Main bebas 100% 0%
Aktiviti seni kraft 88.8% 11.2%
Gunting/Tampal 83% 17%
Permainan luar 93.7% 6.3%
Berdasarkan Jadual 4 di atas, dapatan menunjukkan aspek nature walk dan main bebas mencapai 100 peratus compliance sementara aspek gunting/tampal mencatatkan 83 peratus compliance. Rumusannya taska ini berjaya melaksanakan SOP 2 iaitu Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA pada peringkat compliance iaitu 93.1 peratus.
Jadual 5: SOP 3 Pengawasan Keselamatan Kanak-kanak
Pemerhatian/Temu bual c lc nc Pintu utama 100% 0% Bemain di luar 100% 0% Bilik air 85.7% 14.3% Sekitar dalaman 90% 10% Sekitar luaran 83.3% 16.7%
Berdasarkan jadual 5 di atas, aspek pintu utama dan bermain luar menunjukkan 100 peratus compliance sementara aspek sekitar luaran menunjukkan 83.3 peratus compliance. Rumusannya taska ini berjaya melaksanakan SOP 3 iaitu Pengawasan Keselamatan Kanak-Kanak pada peringkat compliance iaitu 91.8% peratus.
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian serta penemuan kajian, maka dikemukakan perbincangan dan cadangan yang memberi fokus kepada tiga
SOP yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian bagi ketiga-tiga SOP yang dikaji, pihak taska dilihat telah berjaya melaksanakan kurikulum PERMATA pada tahap compliance. Bagaimanapun apabila diperinci bagi setiap item dalam SOP 1, didapati tindakan segera perlu dilakukan oleh pihak pendidik taska bagi item rehat dan tidur dan juga circle time. Pendidik perlu diberi latihan tambahan bagi pengendalian rehat dan tidur dan juga pengendalian circle time.
Bagi SOP 2 iaitu Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA dapatan menunjukkan bahawa pendidik di taska ini berjaya melaksanakan aktiviti pembelajaran PERMATA pada tahap pematuhan 93.1 peratus. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa item menggunting dan menampal perlu diberi perhatian berbanding item lain dalam SOP ini. Pendidik perlu memberikan latihan yang berterusan dan membuat bimbingan selaras dengan teori yang diutarakan oleh Vygotsky bahawa scaffolding perlu buat kanak-kanak mencapai kemahiran dengan melakukannya sendiri.
Sementara SOP 3 pula berkaitan dengan pengawasan keselamatan kanak-kanak dapatan menunjukkan taska ini berjaya mematuhi SOP yang ditetapkan pada tahap 91.8 peratus. Item bagi keselamatan pintu utama dan semasa aktiviti bermain di luar berjaya dilaksanakan seratus peratus. Dapatan ini amat baik berbanding dengan nisbah pendidik kanak-kanak 1:9. Nisbah ini tidak memenuhi nisbah yang ditetapkan oleh program PERMATA iaitu Nisbah1:5. Bagaimanapun item keselamatan sekitar luar (83.3 %) dan keselamatan di bilik air (85.7%) perlu diberi perhatian.
Pendidik Taska PERMATA boleh memperbaiki mutu perkhidmatan melalui peningkatan profesionalisme. Peningkatan profesionalisme boleh dilaksanakan melalui pemerolehan kemahiran dan pengetahuan yang berterusan. Keupayaan individu untuk meningkatkan keupayaan menyelesaikan diri melalui bentuk-bentuk pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terkini dalam Taska PERMATA boleh diperolehi melalui kursus-kursus. Peluang sebegini boleh digunakan dalam usaha menilai diri, sikap dan tingkah laku dan juga kemampuan individu untuk berdaya tindak.
Hasil dari pemantauan dan penilaian yang dilakukan terhadap Taska PERMATA Kg Batu Putih, Sandakan, Sabah menunjukkan masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diatasi. Pemerhatian yang dilakukan menunjukkan taska ini masih belum lengkap dengan kemudahan dan peralatan.
Keluhan dan rintihan para pendidik PERMATA seharusnya didengari oleh Pihak Jabatan Perdana Menteri. Pihak Jabatan seharusnya menjalankan penyelidikan yang serius tentang penyelarasan gaji pokok pendidik PERMATA dan pembantu masyarakat di setiap pusat Taska. Langkah ini perlu dilakukan dengan segera bagi tujuan memotivasikan mereka dalam kerjaya sebagai seorang pendidik. Beban tugas dan gaji yang ditawarkan masa kini seharusnya dikaji dengan teliti memandangkan mereka menjalankan tugas bermula dari 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.
Bagi memastikan penyelarasan Kurikulum PERMATA negara di seluruh negara dapat diurus dengan sewajarnya maka seharusnya Kurikulum PERMATA Negara ini ditadbir urus oleh sebuah kementerian yang mempunyai kakitangan mencukupi untuk mentadbir urus kurikulum PERMATA Negara dengan lebih cekap.
Secara umumnya program PERMATA Negara disambut baik oleh semua masyarakat sekitar terutama kepada keluarga yang berpendapatan rendah. Ini menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka seawal usia 1 tahun ke taska. Ibu bapa berpendapat bahawa Kurikulum PERMATA Negara adalah satu permulaan kepada kanak-kanak melangkah ke alam seterusnya dengan belajar berdikari dan mengenal dunia sekeliling mereka.
RUJUKAN
Abdul Halim Abdul Jalil, 1990. Masalah Perkembangan dan Tingkah laku Kanak-Kanak Suatu Panduan Untuk Ibu Bapa. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
Aminah Ayob, 2008. Kurikulum PERMATA: Panduan Pendidikan Awal kanak-kanak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Aminah Ayob, 2011. Laporan Pemantauan dan Pengawalseliaan Program PERMATA Negara 2010. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Bandura, A. 1977. Social Learning Theory. Englewood Cliffs, N. J: Prentice Hall.
Gardner, H. 1990. Art Education and Human Development. Getty Publications: Los Angeles, CA.
Na‘imah Yusoff, Sabariah Sharif, Aza Sherin Mohd Yusof, Ismail Ladama, Mohd Yusof Abdullah, Mohd Sobri Ismail dan Anuar Din, 2010. Status Pemakanan dan Perkembangan Kognitif Murid Luar Bandar dalam Jurnal Pemikir Pendidikan. Jilid 2/Vol. 2. Ms 1 – 17.
Na‘imah Yusoff, Christina Peter Ligadu, Rosmawati Hamzah, Dyg Mayang Ag Abas, Nancy Loo Kason, Datu Raiman Datu Kauman, Norsiah Norsidi, Faridah Sh Endon, Dyg Mariam Hassan dan Rosabella Lombut, 2011. Pengawalseliaan pelaksanaan program PERMATA Negara Zon Sabah 2010. Kota Kinabalu.Universiti Malaysia Sabah. Vygotsky, L. 2005. Interactions Between Learning and Development. New
York. Worth Publishers.
Wolfgang, Charles H., 1999. School For Young Children Developmentally Appropriate Practices. Boston: Allyn and Bacon.
PENILAIAN PROSES PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS KBSM DI DAERAH TUARAN, SABAH: SATU
KAJIAN KES
Dr. Balakrishnan Govinthasamy, Chandran Vengadasamy & D. Vasuthevan Damotharan
ABSTRAK
Pelaksanaan penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam KBSM sudah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sejak 1990-an. Kajian kes ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aspek pelaksanaan elemen-elemen KBKK khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini berfokus terhadap tanggapan guru-guru tentang penerapan KBKK, cara guru-guru membuat perancangan untuk menerapkan KBKK, persediaan rancangan pengajaran guru untuk menerapkan KBKK di sekolah, dan cadangan guru-guru untuk menerapkan KBKK dengan lebih berkesan dalam mata pelajaran masing-masing. Berbantukan model penilaian congruence oleh Stake, 1969 sebagai asas, pengkaji berfokuskan aspek transactions dalam membincangkan hasil dapatan kajian ini. Dua orang guru KBSM yang mengajar mata pelajaran berkenaan menjadi peserta kajian. Meski pun terdapat banyak peluang untuk menerapkan elemen-elemen KBKK dalam mata pelajaran masing-masing, guru-guru di SMK Dahlia kurang mengambil peluang untuk menerapkan elemen KBKK yang telah ditetapkan oleh BPK. Kecuali komponen berfikir secara kritis yang diterapkan secara meluas; komponen berfikir secara kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan tidak dilaksanakan guru-guru peserta kajian ini. Hasil triangulasi data daripada guru-guru peserta kajian, Pengetua sekolah dan beberapa pelajar terpilih turut membuktikan bahawa penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah di SMK Dahlia tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh BPK. Pelbagai masalah telah diutarakan dan pengkaji turut mengetengahkan pelbagai cadangan kepada pihak yang berkenaan dalam melaksanakan projek KBKK untuk memikirkan strategi-strategi tertentu dengan segera agar projek ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi.
PENGENALAN
Pendidikan merupakan salah satu elemen utama bagi membangunkan sumber tenaga manusia ke arah mencapai matlamat pembangunan negara. Cabaran dalaman dan luaran negara akibat kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan baru dalam sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi. Perubahan ini secara langsung memberi kesan terhadap bidang pendidikan memandangkan bidang pendidikan bersifat dinamik dan futuristik (Wan Mohd
Zahid, 1993). Bagi memastikan cabaran tersebut dapat ditangani sebaik mungkin, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memantapkan sistem pendidikan negara dengan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan akses, ekuiti, kualiti dan keberkesanan pengurusan, memupuk perpaduan kaum di semua peringkat persekolahan. Bagi memenuhi hasrat tersebut, KPM memberi penekanan terhadap kurikulum dan kokurikulum, latihan guru, prasarana yang terkini, perkakasan pengajaran dan pembelajaran yang canggih dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap (KPM, 2005).
Bermula tahun 1982, KPM (2005) telah memulakan satu lembaran baru dalam pendidikan negara iaitu perkenalkan kurikulum peringkat rendah yang terbahagi kepada dua tahap. Tahap I bermula di Tahun 1 hingga Tahun 3 yang menekankan penguasaan kemahiran asas 3M serta memupuk nilai dan bakat. Tahap II pula bermula di Tahun 4 hingga Tahun 6, penekanan diberi kepada pengukuhan kemahiran asas 3M, memupuk sikap, nilai dan bakat, dan penguasaan ilmu serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).
Kemahiran berfikir bukanlah satu perkara baru kerana sudah lama digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi kebanyakan guru tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dan tidak memberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek pelajar. Mereka memberi lebih tumpuan kepada penghafalan dan ingatan kembali isi pelajaran (KPM, 1995). Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), salah satu objektif kurikulum bersepadu KBSR dan KBSM adalah, “… untuk mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.‖ (KPM, 2006:52). Tambahan pula, untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan, adalah penting sistem pendidikan kita mendidik dan menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan dan berketrampilan tetapi juga rakyat yang boleh berfikir secara kritis dan kreatif serta boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
KONSEP BERFIKIR
Berfikir adalah satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu memikirkan sesuatu. Konsep ini melibatkan pengendalian operasi mental tertentu atas pengetahuan dan pengalaman dalam minda kita. Operasi-operasi mental itu boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu operasi kognitif dan operasi meta-kognitif seperti dalam Rajah 1 (KPM, 1995).
Operasi kognitif ialah kemahiran-kemahiran berfikir yang biasa dilakukan oleh kita seperti membanding dan membezakan, menaakul, merumus, mereka cipta, mengeluarkan idea-idea, dan lain-lain. Graddy (2001) menyatakan bahawa operasi kognitif merupakan satu kemampuan untuk bertindak balas ke atas situasi atau masalah biasa yang dihadapi oleh individu berkenaan bagi mencapai hubung kait antara bidang serta rangkaian domain pemikiran dan domain idea. Sebagai contohnya kebolehan kognitif merupakan satu kemahiran penting bagi individu berkenaan untuk menghadapi situasi di
Pemikiran Kritis Pemikiran Kreatif Penyelesaian Masalah Membuat Keputusan
mana perlu mengaplikasi kedua-dua domain di atas bagi menyelesaikan prinsip-prinsip ilmu mengira atau asas-asas fizik.
Kirby dan Goodpaster (2006) menakrifkan metakognitif merupakan proses memikir jenis kemahiran berfikir yang digunakan. Operasi meta-kognitif memandu dan mengawal operasi meta-kognitif. Dengan ertikata lain, metakognitif merupakan proses seseorang merancang, memantau dan menilai satu-satu keadaan atau keputusan yang hendak dicapai. Contohnya, semasa kita membanding dan membeza, operasi itu ialah operasi kognitif. Jika kita sedar atau memikirkan jenis kemahiran berfikir (membanding dan membeza) yang digunakan, operasi itu ialah operasi meta-kognitif. Kedua-dua operasi ini adalah penting untuk pembelajaran yang berkesan.
Rajah 1: Model Kemahiran Berfikir (KPM, 1995)
Menurut KPM, setiap kategori kemahiran berfikir tersebut bukanlah terpisah tetapi saling berkait di antara satu sama lain. Manakala untuk mengajar kemahiran berfikir di dalam kelas, dicadangkan bahawa guru-guru menggunakan pendekatan bersepadu sama ada dalam kelas KBSR atau pun KBSM. Selaras dengan kedua-dua kurikulum ini, p&p kemahiran berfikir perlu dilihat sebagai suatu proses yang menarik, seronok serta mencabar daya imaginasi pelajar dan bukan sebagai beberapa peraturan atau langkah-langkah tertentu yang perlu dipatuhi dengan ketat (KPM, 1995). Sehubungan dengan itu, guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk menerokai tajuk yang dipelajari dengan lebih mendalam. Oleh itu, semasa merancang p&p, guru perlulah mengambil kira keperluan mengembangkan intelek pelajar di samping
keperluan yang lain. Isi kandungan pelajaran perlulah dirancang dan diolah supaya dapat membina dan mengembangkan daya intelek pelajar.
MASALAH KEMAHIRAN BERFIKIR DI SEKOLAH
Kajian-kajian Phillips (1992) dan Fryer (1996) telah mengutarakan bahawa masalah kekurangan masa adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru kita dalam melaksanakan penerapan KBKK di dalam p&p sesuatu mata pelajaran. Terlalu banyak tekanan ke atas hal menghabiskan sukatan menjadi punca guru-guru kita memberikan tumpuan untuk menghabiskan sukatan semata-mata daripada melaksanakan perkara-perkara penerapan seperti KBKK ini. Faktor kecemerlangan pelajar dalam akademik yang menjadi pokok perjuangan sistem pendidikan negara dijadikan sebagai punca fenomena ini berlaku.
Kajian Idris Aman (2002) pula membuktikan bahawa sikap guru yang suka mengawal dan menguasai suasana pembelajaran bilik darjah menyebabkan pelajar tidak dapat berfikir secara kreatif. Pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan soalan-soalan tertutup juga membantutkan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar-pelajar. Soalan-soalan tertutup hanya menggalakkan pelajar memberikan jawapan ringkas, tepat serta menghalang peningkatan daya kreativiti pelajar (Johnson, 2005). Maka pengkaji berasa bahawa satu kajian berbentuk penilaian program perlu dilakukan agar masalah penerapan elemen KBKK dapat diperhaluskan lagi.
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Pengkaji telah mengubahsuai model penilaian Stake 1969 dan memberikan fokus khusus pada aspek transaksi sahaja. Ini kerana program penerapan KBKK sudah pun menjangkaui lima belas tahun dalam pelaksanaan di sekolah-sekolah, maka pengkaji berasa sesuai untuk menumpukan perhatian cara bagaimana program ini dilaksanakan oleh guru-guru KBSM khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Sebenarnya Model Countenance oleh Stake (1967) telah digubal untuk menilai program-program kurikulum pada penghujung tahun-tahun 1960-an. Meskipun agak lama, model ini masih berkaitan dalam kajian-kajian penilaian program pendidikan sehingga kini kerana ramai sarjana pendidikan telah menggunakannya dalam menilai sesuatu program pendidikan. Model ini bertujuan untuk mendapatkan faktor-faktor kesukaran yang mempengaruhi perjalanan sesuatu inovasi pendidikan. Pada masa yang sama, model ini amat sesuai untuk menilai perubahan-perubahan yang diinginkan serta dapat diperhatikan penghasilan produk kurikulum berkenaan dalam pelbagai peringkat pengoperasiannya (Deepwell, 2002).
RASIONAL MEMILIH KAJIAN KES
It is widely believed that case studies are useful in the study of human affairs because they are down-to-earth and attention-holding but that they are not a suitable basis for generalization (Stake, 1978: 68). Pandangan ini amat sesuai dengan kajian ini kerana antara tujuan utama kajian ini ialah untuk mencari
maklumat yang mendalam serta menjejaki keadaan sebenar atau pun exploring complex holistic patterns ke atas amalan pelaksanaan program KBKK dalam kurikulum sekolah menengah di sekolah-sekolah. Kajian kes merupakan antara cara kajian yang dijalankan secara meluas oleh para pengkaji novis kualitatif (Greene, 2003). Menurut George dan Bennett (2005) sesuatu kajian kes boleh dijalankan sama ada di dalam bidang sains sosial mahu pun ke atas isu-isu yang ada perkaitan sosial. Kedua-dua pandangan ini membuktikan bahawa kajian kes adalah cara terbaik dalam memberikan pemahaman menyeluruh berkaitan isu-isu kompleks yang terbaru atau pun menambahkan satu pemahaman yang lebih terkini ke atas isu-isu yang telah dikaji sebelumnya. Kajian kes tidak menyusahkan dengan memaksa pengkaji mencari sampel-sampel dan juga menguji pelbagai pembolehubah secara rigid malah ianya hanya memerlukan seseorang pengkaji melibatkan diri secara mendalam dalam isu tunggal atau peristiwa yang dikajinya.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Ramai ahli akademik seperti Nikerson, Perkins dan Smith (1985) berpendapat bahawa kemahiran berfikir boleh diajar kerana ianya merupakan satu kemahiran semata-mata, sama seperti kemahiran-kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam dunia pendidikan. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Browne pada tahun 1978 yang dipetik dalam Kurfiss (1988) yang menyatakan bahawa kemahiran berfikir secara kritis tidak boleh dipelajari secara tersendiri oleh sesiapa. Sebaliknya kemahiran berfikir perlu diajar kerana ia boleh ditafsirkan dan dipelajari. Ruggiero (1988) turut bersetuju bahawa memikir merupakan suatu aktiviti mental yang ada tujuan tertentu yang berada dalam kawalan seseorang. Beliau menambah lagi bahawa kemungkinan seseorang guru mampu menggalakkan para pelajarnya berfikir tetapi ini amat berbeza dengan mengajar mereka cara untuk berfikir.
Kajian Yogarajah (1991) berkaitan penilaian keberkesanan ke atas program CoRT-1, sama ada menunjukkan kehadiran kemahiran berfikir dan pemindahan ilmu berkaitan kemahiran berfikir di kalangan pelajar tingkatan empat telah menunjukkan hasil yang dikehendaki. Kumpulan rawatan yang didedahkan dengan alat berfikir seperti CoRT-1 dalam aktiviti penulisan esei Bahasa Inggeris mendapati adanya peningkatan besar berbanding dengan kumpulan kawalan. Dengan itu beliau mencadangkan agar kemahiran berfikir dapat diintegrasikan di dalam bahan-bahan mata pelajaran yang diajar di sekolah supaya pemindahan kemahiran berfikir secara berkesan dapat berlaku.
Kajian keberkesanan kompetensi guru-guru bahasa terhadap kemahiran berfikir telah dijalankan oleh Nickeron, Perkins dan Smith (1985) serta Rajendran (2001). Guru-guru yang terlibat dalam kajian ini telah dinilai kebolehan mereka dalam persepsi serta kebolehan dalam kaedah menyampaikan kemahiran berfikir di dalam bilik darjah masing-masing. Hasil kajian ini telah menunjukkan kesan negatif terhadap guru-guru itu sendiri. Tidak semua guru benar-benar berminat dalam menyelitkan elemen-elemen kemahiran berfikir di dalam pengajaran mereka. Kekurangan minat dalam kalangan guru ini telah dikaitkan dengan ketidak-yakinan mereka dalam penguasaan ilmu berkaitan kemahiran berfikir. Para pengkaji ini telah
menyatakan bahawa, ketiadaan minat serta kurang yakin terhadap kemahiran berfikir telah mengakibatkan program ini tidak berjaya. Mereka mencadangkan agar guru-guru perlu mengatasi tanggapan bahawa penerapan program ini sebagai satu beban tambahan atau pun program ini kurang penting kerana tidak dinilai dalam mana-mana peperiksaan pada masa itu.
Phillips (1992) dalam kajiannya berkaitan cara-cara memperkembangkan daya pemikiran dalam kalangan pelajar telah mendapati sikap guru yang kurang memberi respons kepada program penerapan kemahiran berfikir atas alasan ianya membebankan lagi tugas harian mereka, boleh menjejaskan usaha penggubal kurikulum negara. Beliau juga tidak setuju dengan sikap sambil lewa guru-guru yang tidak memberikan perhatian yang sewajarnya ke atas program kemahiran berfikir ini. Sikap negatif ini turut dibuktikan oleh Rajendran (2001) dalam kajiannya ke atas guru-guru bahasa.
Idris Aman dan Rosniah Mustaffa (2006) dan Rajendran (2001) telah mengkaji amalan penerapan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah di negeri Selangor. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 1992), ungkapan setiap pelajar mempunyai kemahiran dan kebolehan yang harus diasah oleh guru-guru mereka, seolah-olah telah diengkar oleh guru-guru yang terlibat dalam kajian-kajian ini. Dapatan kajian-kajian ini mendapati guru-guru telah mendominasi aktiviti pembelajaran dan mengawal ketat perkembangan isi kandungan dan juga mengawal para pelajar itu sendiri (Rajendran, 2000). Ini bererti, pelajar tidak berpeluang untuk mengembangkan bakat mereka berdasarkan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Secara tidak langsung, sesi p&p dalam kelas Bahasa Melayu di lokasi kajian tidak memberikan ruang untuk pelajar menguasai kemahiran berfikir.
Kajian yang hampir sama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah dijalankan oleh Rafiei bin Haji Mustapha (2001) dari Jemaah Nazir, KPM. Pengkaji ingin melihat sejauh manakah unsur KBKK dilaksanakan dalam proses p&p bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah. Dapatan kajian ini juga mengejutkan kerana lebih daripada separuh sampel kajian didapati tidak menguasai atau masih tidak jelas tentang unsur KBKK untuk diamalkan dalam p&p mereka. Meskipun sebahagian besar daripada mereka telah menerima kursus pendedahan berkaitan KBKK secara formal, tahap pengetahuan berkaitan kemahiran berfikir dalam proses p&p dalam kalangan guru masih rendah. Ini jelas apabila mereka tidak mampu menulis elemen-elemen KBKK di dalam rancangan mengajar secara sedar dan terancang.
Nurliza Othman (2002) telah mengkaji sejauh manakah persepsi guru-guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah terhadap penerapan kemahiran berfikir di dalam p&p mereka. Antara dapatan kajian ini ialah hampir kesemua guru yang ditemubual didapati tiada seorang pun guru yang mengetahui definisi sebenar kemahiran berfikir. Menurut Nurliza Othman lagi, beliau terpaksa mengulang banyak kali soalan ini untuk mendapatkan pandangan yang samar-samar tentang maksud kemahiran berfikir. Guru-guru sekolah ini menjawab bahawa hanya teknik menyoal sahaja menjadi pilihan mereka dalam menerapkan kemahiran berfikir di dalam bilik darjah.
METODOLOGI KAJIAN
Mengambil kira soalan-soalan kajian, pengkaji mengambil keputusan untuk memilih kaedah kualitatif sebagai kaedah kajian bagi mendapatkan rumusan bertepatan supaya hasil bersesuaian dan boleh dipercayai. Ini turut dipersetujui oleh Silverman (2001) bahawa kajian kualitatif yang dijalankan di lapangan yang sebenar dapat memberikan kefahaman sebenar berkaitan keadaan yang sebenar. Kajian ini berbentuk deskriptif (Gillham, 2001) yang melaporkan dapatan kajian dengan data-data yang diperolehi melalui pelbagai teknik pengumpulan data. Pengkaji melibatkan diri secara langsung dalam pemerhatian tanpa turut serta (Punch, 2005), temu bual berstruktur (Patton, 1990) ke atas guru, pelajar-pelajar terpilih dan juga pengetua sekolah selaku ketua jabatan juga dijalankan. Selain itu pengkaji turut menganalisis dokumen berkaitan (Moallem, 1994) untuk digunakan dalam proses triangulasi data. Teknik menemu bual responden selepas sesi pemerhatian dalam kajian ini telah memberikan fakta sebenar yang lebih kukuh sebagai dapatan yang releven. Selain temu bual yang dirakam untuk memudahkan proses verbatim, kesemua sesi pemerhatian ke atas pengajaran guru juga telah dirakam secara audio-video bagi memudahkan transkrip verbatim dibuat oleh pengkaji.
Kesemua data yang telah dikutip secara berperingkat dan transkrip verbatim sesi pemerhatian yang dirakam, hasil temu bual guru, pelajar-pelajar serta Pengetua sekolah diguna untuk tujuan perbandingan dengan dokumen-dokumen terkumpul. Proses selective coding yang dipelopori oleh Pascale (2008) telah diaplikasi ke atas data-data terkumpul untuk meneruskan proses penganalisisan seterusnya.
DAPATAN KAJIAN
Untuk menjawab soalan-soalan kajian, pengkaji telah mengambil kira beberapa aspek penting dalam menyusun perbincangan seterusnya berdasarkan beberapa tajuk kecil.
Pengaplikasian Eleman KBKK dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Elemen KBKK Sesi Pemerhatian Pemikiran Kritis (PS) Pemikiran Kreatif (PF) Penyelesaian Masalah (PH) Membuat Keputusan (PN) Sesi 1 -membuat pengelasan -menyusun atur -membanding dan membeza -menentukan sebab akibat - -mengenal pasti masalah -
Jadual 1. Kekerapan Penerapan Elemen-elemen KBKK dalam mata pelajaran bahasa Melayu
Jadual 1 menunjukkan bahawa pengajaran beliau dalam sesi pertama mengutamakan elemen KBKK yang utama iaitu pemikiran secara kritis. Cuma sekali beliau bertanyakan soalan berkaitan eleman ketiga dalam KBKK iaitu penyelesaian masalah. Manakala sesi pengajaran kedua langsung tidak menunjukkan sebarang bukti penggunaan elemen KBKK dalam sesi input bersama pelajar-pelajarnya kecuali sekali beliau menyentuh elemen pertama dalam KBKK iaitu meminta pelajar-pelajarnya menyusun atur isi-isi penting berkaitan tajuk karangan yang diajarnya iaitu faktor-faktor berlakunya pencemaran alam sekitar. Sesi pengajaran ketiga membuktikan beliau banyak menggunakan ketiga-tiga elemen KBKK sepanjang sesi pengajarannya tetapi tidak meminta pelajar-pelajarnya membuat sebarang kesimpulan ke atas isi pelajaran yang dipelajari pada hari itu.
Sesi keempat dan kelima, rakaman video serta borang catatan kekerapan penggunaan elemen-elemen KBKK sepanjang pengajarannya tidak banyak menunjukkan aktiviti berkaitan elemen-elemen KBKK. Ini kerana, guru meminta para pelajarnya membentangkan hasil kerja mereka iaitu karangan yang disediakan sepanjang minggu berkenaan. Kedua-dua sesi rakaman ini menunjukkan pelajar keluar secara kumpulan demi kumpulan untuk membentangkan hasil karangan mereka. Guru pula duduk di belakang kelas untuk mendengar dan sekali sekala memberikan komen atau arahan-arahan tertentu untuk memastikan rakan pelajar yang lain memberikan tumpuan terhadap isi kandungan pembentangan. Melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh guru, pengkaji dapati bahawa dalam dua sesi rakaman ini tidak berlaku pemindahan ilmu daripada guru kepada pelajar tetapi lebih kepada sesi soal jawab antara guru dengan pelajarnya. Jadual 1 menjelaskan Sesi 2 -menyusun atur - - - Sesi 3 -membuat pengelasan -menentukan sebab akibat -mengenalpasti andaian -membezakan fakta dengan pendapat -membuat kesimpulan -mencari data yang releven -mengenal pasti pelbagai penyelesaian -membuat keputusan - Sesi 4 -menyusun atur -membanding dan membeza -membuat ramalan Sesi 5 Menyususn atur -menentukan keutamaan -membuat ramalan
bahawa soalan-soalan yang ditanya menguji pemahaman pelajar di peringkat elemen pertama dan kedua KBKK sahaja. Di sini guru banyak mengutamakan pemahaman pelajar ke atas tajuk karangan yang dibentangkan oleh mereka. Penerapan eleman KBKK yang lain tidak berlaku.
Berdasarkan temu bual bersama guru bahasa Melayu ini, beliau tidak dapat memberikan definisi kemahiran berfikir secara tepat dan khusus mahu pun secara umum. Cuma soalan tentang sub-komponen KBKK dapat dijawab sebahagian daripadanya. Guru ini dapat menyebutkan secara tidak teratur tentang kritis dan kreatif sebagai komponen kecil dalam kemahiran berfikir yang dilaksanakan dalam kurikulum sekolah menengah.
Pengaplikasian eleman KBKK dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
Elemen KBKK Sesi Pemerhatian Pemikiran Kritis (PS) Pemikiran Kreatif (PF) Penyelesaian Masalah (PH) Membuat Keputusan (PN) Sesi 1 -membuat pengelasan -menyusun atur -menentukan keutamaan - - - Sesi 2 -membuat pengelasan -menentukan sebab/akibat - - - Sesi 3 -menentukan keutamaan -menentukan sebab/akibat -mengenal pasti kecondongan - - - Sesi 4 -membuat pengelasan -menyusun atur -menentukan sebab/akibat -CoRT-1 (peta minda) - - Sesi 5 -membuat pengelasan -menyusun atur -membanding dan membeza -menentukan keutamaan -menentukan sebab/akibat - - -
Jadual 2: Kekerapan Penerapan Elemen-elemen KBKK dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa elemen pemikiran kritis adalah elemen tunggal yang beliau laksanakan dalam p&p sepanjang lima sesi pengajaran yang dapat dirakam. Kecuali sekali mengedarkan satu peta minda untuk pelajar-pelajarnya mengisi faktor-faktor penting berkaitan tajuk karangan yang diajarnya, elemen penyelesaian masalah dan membuat keputusan tidak pernah menjadi pilihan pelaksanaan ketika mengajar.
Selaku guru yang berpengalaman di sektor swasta sebelum menjawat jawatan sekarang, beliau adalah di antara tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang bahasa Inggeris, meskipun guru ini bukannya membuat pengkhususan dalam bahasa Inggeris di peringkat ijazah. Ketika memberi komen beliau semasa sesi temu bual, beliau mengakui bahawa semangat untuk mengajar di sekolah ini seringkali teruji akibat kelesuan pelajar-pelajarnya dalam bidang akademik. Tambahan pula, setahu beliau sekolah ini tidak pernah menyimpan sebarang dokumen berkaitan kemahiran berfikir sepanjang kerjayanya. Soalan berkaitan definisi dan komponen kecil kemahiran berfikir pula, beliau memohon maaf kerana tidak tahu tentang hal itu.
Meskipun beliau dapat menyebut perkataan-perkataan seperti kritis dan kreatif, tetapi cara menjawabnya menunjukkan perasaan ketidakpastian tentang perkara ini. Malah beliau cuba menyamakan kemahiran berfikir dengan kemahiran asas 3M yang harus dimiliki oleh setiap pelajar. Walau bagaimanapun, untuk menjawab soalan umum tentang maksud kemahiran berfikir, guru ini mengaitkan kebolehan seseorang untuk menggunakan fikirannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menjawab soalan berkaitan fokus buku teks Bahasa Inggeris Tingkatan Empat terhadap kemahiran berfikir, beliau berpendapat bahawa cadangan elemen KBKK yang disediakan dalam buku teks memadai untuk diaplikasi ketika mengajar pelajar-pelajarnya. Pengaplikasian elemen-elemen yang dicadangkan oleh penulis buku teks bahasa Inggeris adalah bergantung kepada kebolehan pelajar yang akan diajarnya. Jadi, selalunya guru ini akan memikirkan kesesuaian elemen-elemen KBKK yang dicadangkan itu untuk diaplikasi dalam pengajarannya. Tanggapan Guru-guru Tentang Program Penerapan KBKK dalam Kurikulum Sekolah Menengah
Jadual 3: Jawapan guru berkaitan fungsi mata pelajaran masing-masing terhadap KBKK
Bahasa Melayu
G: Saya rasa bahasa Melayu... juga memainkan peranan menerapkan kemahiran berfikir ini dalam kalangan pelajar sebab kalau kita perhatikan banyak tajuk-tajuk atau topik-topik yang kita ajar dalam bahasa Melayu tu lebih menjurus kepada KB.
Bahasa Inggeris
G: Kalau ikut silabus... 80 percent ya, mementingkan KB lah...
Berdasarkan jawapan-jawapan dalam Jadual 3, jelas sekali kedua-dua guru ini mempunyai pandangannya tersendiri terhadap pendekatan yang boleh digunakan untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran masing-masing. Guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini berpuas hati dengan cadangan yang telah disediakan dalam buku teks masing-masing. Kedua-dua guru ini bersetuju bahawa buku teks mata pelajaran masing-masing memang mementingkan penekanan kemahiran berfikir di dalamnya dan hanya perlu melaksanakannya ketika mengajar. Pendapat mereka tidak disusuli dengan contoh-contoh tertentu, maka agak sukar untuk pengkaji memahami maksud mereka dalam hal ini. Walau bagaimana pun, jawapan mereka dapat disimpulkan bahawa guru-guru hanya perlu melaksanakan pengajarannya seperti mana ianya tersedia dirancang melalui sukatan pelajaran serta melaksanakan kemahiran-kemahiran berfikir seperti yang dicadangkan dalam buku-buku teks KBSM sahaja. Kemungkinan besar cara guru-guru ini akan menepati kehendak KPM (1995) yang mahukan guru-guru menerapkan kemahiran berfikir dengan menggunakan pendekatan bersepadu.
Cara-Cara Guru Membuat Perancangan untuk Menerapkan Elemen-Elemen KBKK
Usaha guru dalam merancang dan menerapkan elemen-elemen KBKK, guru berperanan sebagai perancang serta pemudahcara. Triangulasi data dapat dilakukan ke atas data-data yang terkumpul daripada pelbagai sumber. Jadual 4 menjelaskan peranan guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris selaku perancang dan juga pemudahcara.
Peranan Guru Mata Pelajaran PEMUDAHCARA PERANCANG PG TBg D TBp PG TBg D TBp Bahasa Melayu 17 2 - 1 - - - 3 Bahasa Inggeris 15 1 - 6 - - - 1
Jadual 4: Peranan Guru sebagai Agen Penerapan KBKK (Bilangan Aplikasi KBKK Sepanjang Kajian)
Petunjuk:
PG – Pengajaran Guru TBg – Temubual Guru D – Dokumen TBp - Temubula Pelajar
Meskipun angka-angka dalam lajur peranan guru sebagai pemudahcara berdasarkan Jadual 4 agak besar berbanding dengan angka-angka dalam lajur-lajur yang lain, sebenarnya jumlah yang ditunjukkan adalah daripada lima sesi rakaman pengajaran guru. Ini bererti secara purata tiga hingga empat elemen KBKK sahaja diterapkan dalam setiap sesi pengajaran. Terdapat bukti bahawa guru-guru ini berperanan sebagai pemudahcara meskipun dalam kadar yang sangat rendah, peranan guru selaku perancang
menimbulkan persoalan besar. Ini menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti catatan cadangan penerapan elemen-elemen KBKK dalam buku rekod mengajar guru dan juga tidak diperakui ketika ditemu bual mereka. Hanya temu bual bersama pelajar menunjukkan bahawa guru-guru ini pernah menyebut hal ini ketika sesi p&p pada suatu ketika.
Sementara itu, Jadual 5 pula menunjukkan taburan pelaksanaan elemen-elemen KBKK oleh kedua-dua guru berkenaan sepanjang lima sesi rakaman ke atas pengajaran mereka. Pada umumnya taburan berkenaan membuktikan bahawa peranan guru sebagai pemudahcara memang berlaku meskipun Jadual 5 membuktikan bahawa pelaksanaan proses penerapan ini banyak terkumpul pada elemen-elemen tertentu sahaja.
Jadual 5: Taburan Elemen-elemen KBKK yang Dilaksanakan Disepanjang Kajian
Komponen Utama KBKK
Elemen-elemen Kecil KBKK Guru BM
Guru BI Pemikiran Kritis -membuat pengelasan
-menyusun atur
-membanding atau membeza -menentukan keutamaan -menetukan sebab/akibat -mengenal pasti andaian -mengenal pasti kecondongan -membezakan fakta dengan pendapat -menentukan kesahihan sumber maklumat 4 5 2 - 6 - 2 - - 4 4 1 6 8 - 2 - - Pemikiran Kreatif -membuat ramalan -membuat hipotesis -membuat analogi -membuat kesimpulan -membuat sintesis -Pengurusan grafik - - - 1 - - - - - - - 1 Penyelesaian Malasah
-mengenal pasti masalah -mencari data yang relevan
-mengenal pasti pelbagai penyelesaian -membuat keputusan 5 6 5 3 - - - - Membuat Keputusan -menentukan matlamat -mengenal pasti alternatif -menganalisis alternatif
-mengenal pasti akibat sesuatu alternatif
-memilih alternatif terbaik
- - - - - - - - - -
Pengkaji juga mendapati pelaksanaan proses penerapan yang tidak menyeluruh ini menunjukkan bahawa program penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah khususnya di sekolah ini perlukan perhatian yang serius. Guru-guru yang terlibat menunjukkan kecondongan yang berpihak terhadap komponen pemikiran kritis berbanding dengan komponen-komponen lain dalam sesi pengajaran mereka. Jadual 5 membuktikan bahawa hanya guru mata pelajaran bahasa Melayu pernah menjalankan aktiviti ke arah menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah. Guru bahasa Inggeris hampir tidak menyentuh aspek pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Nampaknya kedua-dua guru ini langsung tidak menerapkan sebarang elemen pemikiran kreatif dan elemen membuat keputusan sepanjang kelima-lima sesi p&p yang dirakam oleh pengkaji.
Pada keseluruhannya, kedua-dua guru memberi fokus kepada kemahiran berfikir yang pertama iaitu pemikiran kritis. Meski pun begitu, masih terdapat tiga elemen kecil dalam pemikran kritis ini tidak disentuh oleh mana-mana guru. Ketiga-tiga elemen kecil ini merupakan tahap paling tinggi dalam komponen pertama KBKK yang diterapkan dalam kurikulum sekolah menengah. Akan tetapi guru-guru ini tidak sampai ke tahap ini untuk menguji atau pun melatih pelajar-pelajar mereka.
Bagaimanakah Penerapan KBKK Dapat Dilaksanakan dengan Lebih Berkesan?
Guru bahasa Melayu menyahut baik program penerapan KBKK dalam mata pelajarannya tetapi masalah yang paling mencabar dalam membuatkan pelajar-pelajarnya berfikir adalah pelajar itu sendiri. Menurut beliau lagi, pelajar-pelajarnya sangat lemah dan sikap mereka yang tidak gemar membaca menjadi punca utama yang menghalangnya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda ketika mengajar mereka. Katanya lagi, kejayaan program penerapan KBKK ini banyak bergantung kepada sikap guru-guru itu sendiri kerana guru-gurulah yang sering menganggap program ini sebagai satu beban tambahan ketika mengajar lalu diabaikan atas alasan pelajar yang tidak mahu berfikir. Sebagai jalan penyelesaian bagi keadaan ini, beliau sendiri mencadangkan bahawa perubahan sikap dalam kalangan guru-guru dan kejayaan dalam mengatasi stigma ini dengan cara memberikan sedikit motivasi, pelajar-pelajar mampu berfikir; akan tetapi kesemuanya terpulang kepada diri guru itu sendiri untuk memulakan langkah pertama ke arah perubahan ini.
Keadaan ini menyebabkan beliau sering membawa pelajar-pelajarnya ke pusat sumber untuk memberikan peluang kepada mereka untuk melihat serta membaca bahan-bahan yang terpilih dan bersesuaian dengan mata pelajarannya. Dengan ini diharap pelajar-pelajar ini akan menjadikan tabiat membaca sebagai satu amalan harian kerana beliau percaya bahawa membaca akan mendedahkan mereka kepada pengetahuan yang baru. Selepas kembali ke kelas, guru bahasa Melayu ini akan menjalankan sesi soal jawab berkaitan tajuk-tajuk yang mereka telah baca di pusat sumber sebelum ini.