• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sebab-sebab Tercetusnya Penentangan, 1891-1895

Pemberontakan Pahang 1891 bermula sebagai gerakan tempatan d a n k e m u d i a n merebak luas cli bawah k e p i m p i n a n Dato' Bahaman. P e m b e r o n t a k a n i n i b u k a n sahaja m e l i b a t k a n daerah-daerah cli Pahang tetapi melibatkan juga negeri-negeri lain terutama Tereng-ganu, Kelantan, Selangor dan Johor. Kebangkitan i n i berakar u m b i

SEJARAH M A L A Y S I A (1800-1963)

daripada pertentangan antara nilai tradisional Melayu dengan barat/ Inggeris.

Sejak awal lagi Sultan Ahmad cuba menolak tawaran Inggeris untuk menempatkan residen di Pahang. Pembesar-pembesar yang rapat dengan baginda juga menolak hasrat Inggeris memandangkan sebarang campur tangan bererti membawa kepada penjajahan Pahang. Bagaimanapun dalam usaha Sultan Ahmad hendak meng-elak daripada tercetusnya satu lagi perang saudara akibat persaingan dengan saudaranya Wan Mansur dan dengan nasihat Sultan A b u Bakar, baginda menerima campur tangan Inggeris. Lagipun baginda juga bimbang persaingan antara pembesar-pembesar baru m u n c u l bersama kenaikan baginda dengan pembesar-pembesar lama akan memburukkan lagi keadaan.

Kebencian pembesar-pembesar dan rakyat tempatan terhadap orang asing bermula sejak kemasukan pelaburan syarikat-syarikat dari Negeri-Negeri Selat. Pemilik-pemilik syarikat dikatakan meng-gunakan buruh-buruh yang terdiri daripada rakyat Pahang. Jurang antara mereka diperluaskan lagi kerana pemilik-pemilik syarikat tidak mengetahui bahasa Melayu. Penghinaan oleh orang Barat bukan sahaja kepada rakyat biasa tetapi juga kepada pembesar. H u g h Clifford pernah melaporkan yang Haughton daripada syarikat Penjom pernah mengancam Tok Kaya Lipis dengan pistol.

Penerimaan sistem Residen bermakna pertukaran b e n t u k

kekuasaan.1 1 Kawalan politik yang selama ini dipegang oleh sultan

dan pembesar akan beralih kepada residen. British pula mahu m e n -jelaskan pengertian undang-undang clengan membentuk Majlis

Negeri yang berkuasa meluluskan undang-undang clan peraturan. Bagi melaksanakan pentadbiran undang-undang clan kualkuasa undang-undang dibentuk mahkamah dan polis, Dengan ini residen akan muncul sebagai pelaksana baru kuatkuasa undang-undang. Ini menimbulkan rasa tidak puas had sultan dan pembesar-pembesar tradisional.

Pembentukan Majlis Negeri juga tidak memuaskan hati banyak pihak terutama pembesar-pembesar baru yang menjadi pendukung utama kenaikan Sultan Ahmad. Pihak Inggeris mengambil k i r a heirarki susunan kedudukan pembesar untuk dipilih menganggotai

REAKSI T E R H A D A P C A M P U R T A N G A N I N G G E R I S , 1831-1898

m a j l i s i n i . Sedangkan i n i tidak menggambarkan kekuasaan dan p e n g a r u h sebenar di Pahang ketika itu kerana kebanyakan pembesar l a m a bukan penyokong kuat sultan. Pihak Inggeris juga seme-m a n g n y a tidak seme-mahu kedudukan sultan begitu kuat jika ahli-ahli d i l a n t i k daripada penyokong-penyokong kuat baginda. A h l i - a h l i y a n g prosultan cuma dua orang terdiri daripada Tok Gajah dan Imam P e r a n g Indera Mahkota. Manakala ahli-ahli lain terdiri daripada E n g k u M u d a , E n g k u Andak, Orang Kaya Cenor, Orang Kaya Syah-b a n d a r dan Bendahara. Kekuasaan sultan dikurangkan lagi dengan p e l a n t i k a n anakanda Tengku M a h m u d sebagai waris dengan

ke-k u a s a a n penuh pada 22 Julai 1889.1 2 Dengan i n i kuasa sultan

d i b a y a n g i oleh anakanda baginda. Dengan kedudukan ini bukan m e n j a d i satu hal yang luar biasa jika sultan sendiri merestui ke-b a n g k i t a n di Pahang. Malah Dato' Bahaman dikatakan ke-bertindak d e n g a n perintah sultan. Demikian juga tindakan Tok Gajah me-nyertai gerakan penentangan atas perintah sultan. Dalam hal i n i f a k t o r sokongan sultan penting mencetuskan kebangkitan.

Percubaan Inggeris menguatkuasakan konsep Barat tentang k u a s a dan nilai seperti peraturan tentang penghapusan hamba d a n sistem kerah telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalang-an pembesar-pembesar. Ini kerkalang-ana dalam masyarakat M e l a y u tradisional, hamba dan kerah adalah k u n c i kekayaan golongan pemerintah. Selain itu hamba dan kerah juga melambangkan ke-d u ke-d u k a n seorang pembesar.

Pembentukan jawatan majistret dan collector di daerah-daerah t i d a k menyenangkan pembesar tradisional kerana jawatan itu diisi o l e h pegawai-pegawai Eropah. Orang Kaya Maharaja Setia Haji W a n D a u d telah mengamuk kerana membantah langkah ini tetapi beliau s e n d i r i mati dibunuh. Tetapi peristiwa ini merupakan pernyataan t i d a k puas hati seorang pembesar yang menjadi satu petanda akan meletusnya pemberontakan yang lebih besar.

Ketidakpuasan hati para pembesar tentang masalah jumlah elaun j u g a menjadi pencetus rasa tidak puas hati. Pembesar merasakan y a n g jumlah yang ditawarkan tidak seimbang dengan kerugian yang d i a l a m i . Sementelahan pula pembantu-pembantu mereka telah d i g u g u r k a n terus daripada senarai penerima elaun sedangkan selama

SEJARAH M A L A Y S I A (1800-1963)

i n i pengaruh dan kekuatan pembesar bergantung kepada mereka. Jika hal i n i berlaku tentunya mereka akan kehilangan pengikut dan

pengaruh. Apabila bantahan dibuat residen mengambil langkah yang memburukkan lagi keadaan di mana nama Dato' Bahaman dan Abdullah Bera dikeluarkan daripada senarai penerima. Inggeris juga menetapkan jumlah elaun berdasarkan hierarki pembesar 4, 8, 16 dan seterusnya. Tetapi selepas Wan Ahmad berkuasa, hierarki i n i tidak menggambarkan kekuasaan sebenar kerana orang kepereaya-an sultkepereaya-an terdiri daripada pembesar-pembesar peringkat bawah. Pe-nentangan juga dapat dilihat dari sudut peribadi. Dato' Bahaman misalnya terus mengutip cukai daripada pedagang-pedagang Melayu dan Cina yang melalui kawasannya. Dato' Bahaman juga menentang pembinaan stesen polis di Lubuk Terua. Bagi Dato' Bahaman j u m l a h elaun yang diberikan kepadanya tidak mencukupi clan beliau m a h u diberikan enam ribu ringgit setahun.

Perasaan antiorang asing juga dapat dianggap penting dalam mencetuskan penentangan. Ini berlaku sesudah syarikat-syarikat asing bertapak di Pahang. Malah hal ini menjadi lebih berat dan menjadi pertentangan nilai antara Barat dengan nilai tradisional Melayu. Ini terutama apabila residen cuba mengadakan perubahan-perubahan berasaskan nilai dan sistem Barat.

Faktor keagamaan pula menjadi pendorong penting pada peringkat kedua kebangkitan anti-British di Pahang. Hal ini terjadi apabila para penentang dipengaruhi oleh Engku Sayid Paloh yang

merupakan seorang ulama yang disegani di Terengganu.1 3

Disebab-kan pengaruh. ulama i n i juga Sultan Zainal A b i d i n m e m b a n t u pejuang-pejuang Pahang. Pengaruh Islam dirasakan pada peringkat i n i apabila para pejuang bertempur, mereka sering melaungkan slogan Islam.

Pemberontakan Pahang 1891-1895 dapat dianggap sebagai gerakan menentang campur tangan asing dalam bidang ekonomi dan politik yang akan merosakkan masyarakat tradisional M e l a y u . Dengan pengenalan ekonomi wang, buruh upahan dan pentadbiran berpusat telah mengancam ekonomi clan struktur politik tradisional. Dengan munculnya ke pimpinan agresif seperti Dato' Bahaman, Mat K i l a u dan Tok Gajah telah berjaya menggerakkan penentangan di

R E A K S I T E R H A D A P C A M P U R T A N G A N I N G G E R I S , 1831-1898

P a h a n g . Bagaimanapun gerakan i n i gagal kerana kelemahan orga-nisasi k e p i m p i n a n d a n Strategi. Selain itu p i h a k B r i t i s h j u g a telah berjaya mengeksploitasi dan mengadu domba krisis di kalangan p e m i m p i n - p e m i m p i n P a h a n g .1 4

PENENTANGAN, 1891-1895