• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sultan Zainal Abidin III, 1881-1919

Sultan Zainal A b i d i n menggantikan ayahandanya Sultan A h m a d

Syah II (1876-1881).1 4 Sultan Zainal dianggap seorang yang a l i m

dan dia telah membantu Terengganu mencapai kestabilan p o l i t i k dan kemakmuran. Perdagangan dalam negeri telah meningkat d a n demikian juga perdagangan luar terutama dengan Singapura. J u m l a h penduduk Terengganu pada masa pemerintahan baginda meningkat seratus ribu orang.

Kedudukan kerabat diraja telah dimantapkan dengan m e l a n t i k mereka ke jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran daerah-daerah dan diberi kuasa memungut cukai. Baginda juga m e m b e r i kedudukan yang tinggi kepada ulama-ulama sehingga mereka j u g a telah menjadi salah satu golongan yang berpengaruh.

Sultan Zainal A b i d i n telah mengadakan beberapa p e r a t u r a n penting:

S E J A R A H M A L A Y S I A (1800-1963)

(a) Membuat beberapa peraturan cukai. Antaranya cukai banci. Pembesar daerah pula mengenakan cukai 50 sen bagi setiap penduduk. Cukai untuk tongkang-tongkang pedagang dikenali sebagai Labuh Batu. Lain-lain cukai termasuklah cukai i k a n , cukai candu dan cukai import.

(b) Kerah. Sistem kerah ialah perkhidmatan oleh rakyat kepada pemerintah tanpa upah. Sistem i n i masih diteruskan o l e h baginda.

(c) Penggunaan mata wang kepeng (pitis), kepeng baharu, kenari, kupang dan amas.

(d) Mengadakan pasukan polis di bawah pimpinan Tengku M o h d Yusuf. Pasukan i n i dikenali sebagai Budak Raja. Oleh kerana mereka tidak dibayar gaji mereka memeras ugut rakyat u n t u k mendapat wang dan sebagainya.

(e) Pada tahap 1892 mendirikan sebuah pejabat pos di K u a l a Terengganu.

Pemerintahan Sultan Zainal dianggap memuaskan sama ada dalam hal-ehwal dalam atau luar negeri. Baginda berjaya mengekang pengaruh Siam pada tahap m i n i m u m . Walaupun begitu Sultan Zainal terpaksa juga akur dengan Perjanjian Inggeris-Siam, 1909. N a m u n dalam soal penerimaan Penasihat Inggeris, Terengganu hanya menerimanya pada tahun 1919. Pegawai Inggeris yang di-lantik di Terengganu sebelum tahun 1919 hanya bertaraf agen British.

K E L A N T A N Sultan Muhammad I (1800-1837)

Sultan Muhammad menaiki takhta Kelantan setelah berjaya dalam peperangan dengan Terengganu (1801-1802). Setelah itu Kelantan bebas daripada penguasaan Terengganu. Namun struktur kuasa yang longgar menyebabkan baginda dicabar oleh pembesar-pembesar Kelantan sendiri.1 0 Sultan Muhammad I. mendapat cabaran p o l i t i k daripada saudara-saudaranya L o n g Zainal (Raja Banggul) yang

N E G E R I - N E G E R I M E L A Y U U T A R A D A N C A M P U R T A N G A N I N G G E R I S (1840-1909)

memegang jawatan Bendahara, Long Tan (Temenggung) dan Raja M u d a Long Ismail. Persaingan juga w u j u d antara ketiga-tiga tokoh ini. Raja Bendahara Long Jenal dikatakan membuat pakatan m e m -bunuh Raja Temenggung Long Tun. Sultan M u h a m m a d bertindak menghalau keluar Raja Bendahara seeara kekerasan. Tindakan i n i meredakan keadaan politik Kelantan. Kedudukan politik Kelantan juga menjadi lemah kerana sokongan yang diberikan kepada

pemberontak-pemberontak Patani pada tahun 1831. Apabila pem-berontakan ini ditumpaskan oleh Siam, Kelantan terpaksa tunduk kepada kemahuan Siam. Sultan Kelantan terpaksa menyerahkan Sultan Patani yang berlindung di negerinya dan membayar wang pampasan kepada kerajaan Siam dan askar-askarnya.

Perebutan Takhta, 1837-1842

Selepas Sultan M u h a m m a d I mangkat pada tahun 1837 berlaku lagi rebutan takhta kerana baginda tidak meninggalkan putera sebagai waris takhta. Rebutan takhta berlaku antara saudara-saudara dan anak saudara baginda. Pada mulanya Raja Banggul (Bendahara) dipilih sebagai sultan dan disokong oleh Tengku Kota, Raja M u d a , Long Ahmad dan lain-lain lagi. Pencabar takhta terkuat ialah Tuan Senik M u l u t Merah yang disokong oleh saudara-saudaranya Tuan Kota, Tuan Bongsu dan ramai lagi. Tuan Senik adalah anak saudara Almarhum sultan tetapi amat rapat dengan A l m a r h u m .1 1

Pertempuran pertama meletus pada tahun 1838 di K a m p u n g Laut. Tuan Senik kemudiannya mendapat sokongan Siam. Hasilnya Raja Banggul dikalahkan dan melarikan diri ke Saiburi. Dengan perkenan Rama III, Tuan Senik ditabalkan sebagai sultan dengan gelaran Phaya Pipit P h a k d i dan d i k e n a l i juga sebagai Sultan Muhammad II. Walaupun begitu, rebutan takhta terus berlaku.

Pencabar-pencabar Sultan Senik mengambil kesempatan ke-bangkitan pemberontakan Kedah tahun 1838. Askar-askar Siam sibuk di Kedah dan ini memberi ruang kepada penentang-penentang Sultan Kelantan bertindak. Raja Banggul dan Long A h m a d mula menyerang dan berjaya menawan Tumpat, Lambor, Pasir Mas, dan

S E J A R A H M A L A Y S I A (1800-1963)

Bukit Marak. Bagaimanapun kedudukan politik Sultan Senik d i -selamatkan oleh kejayaan Siam mematahkan pemberontakan Kedah. Ini membolehkan Siam campur tangan di Kelantan. Kerajaan Bangkok menghantar dua orang wakilnya untuk menyelesaikan per-telingkahan tetapi mereka gagal dan pertempuran terus berlaku.

Menjelang bulan Ogos 1839, Tuan Senik berjaya mengalahkan penentang-penentangnya di Bachok dan ini memaksa Raja Banggul dan Long Ahmad mencari perlindungan di Terengganu. Walaupun Tuan Senik berjaya tetapi cabaran terus juga wujud. Kali ini baginda ditentang oleh Tuan Besar yang bekerjasama dengan Raja Banggul. Keadaan bertambah genting apabila Tuan Kota yang menjadi pe-nyokong Tuan Senik juga mahu merebut takhta. Sekali lagi Tuan Senik diselamatkan oleh campur tangan Siam yang telah p u n menyelesaikan masalah Kedah dan dapat menumpukan perhatian untuk mengukuhkan pengaruh di negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1842 Siam memecat Tuan Besar yang kemudiannya dilantik sebagai Raja Patani. Raja Banggul dan L o n g A h m a d telah dihantar ke Nongcik. Manakala Tuan Kota dihantar ke Ligor dan kemudiannya dilantik menjadi Raja Jering.

Selepas m e n u m p a s k a n m u s u h - m u s u h p o l i t i k n y a , S u l t a n Muhammad II berusaha mengukuhkan pemerintahan pusat di Kota B h a r u .1 2 Pembesar-pembesar jajahan tidak lagi d i b e r i kuasa mentadbir seeara bebas. Malah pembesar jajahan dikehendaki menetap di Kota Bharu. Sultan Muhammad II telah berjaya me-wujudkan sebuah pemerintahan yang stabil.

Sultan-sultan Kelantan (1886-1909)

Sultan Senik M u l u t Merah mangkat pada tahun 1.886 dan diganti oleh anaknya Long Sulung dengan gelaran Sultan Ahmad.

Peme-rintahan baginda dianggap aman tanpa cabaran rebutan takhta.1 3

Selepas kemangkatan Sultan A h m a d pada tahun 1889 sekali lagi Kelantan dilanda krisis rebutan takhta. Sultan Ahmad meninggalkan ramai anak yang bukan sahaja berebut harta pusaka tetapi juga takhta. A k h i r n y a Long Kundur dilantik dengan gelaran Sultan M u h a m m a d III (1888-1890). Selepas kemangkatannya sekali lagi

N E G E R I - N E G E R I M E L A Y U U T A R A D A N C A M P U R T A N G A N I N G G E R I S (1840-1909)

Siam terpaksa campur tangan dengan melantik saudaranya Sultan Mansur (1890-1898). Pada tahun 1898 baginda mangkat mengejut dan Raja Senik dilantik memerintah Kelantan dengan memakai gelaran Sultan M u h a m m a d IV (1899-1920).1 4