SENARAI SOALAN
A) LATAR BELAKANG TOKOH
1. Asalammualaikum Tuan? Apa kabar [khabar] Tuan hari ini? 2. Boleh Tuan ceritakan latar belakang Tuan serba sedikit? 3. Adakah Tuan mempunyai nama timangan?
4. Adakah Tuan berasal dari keluarga pendidik? 5. Bolehkah saya tahu tentang keluarga Tuan?
6. Bolehkah Tuan ceritakan serba sedikit pengalaman atau kenangan Tuan semasa kecil yang tidak dapat dilupakan sampai sekarang?
7. Oh begitu. Apakah prinsip hidup Tuan yang Tuan guna dari dahulu sehingga sekarang? 8. Bagaimana pula dengan hobi Tuan pada masa lapang?
9. Boleh saya tahu bilakah Tuan mendirikan rumahtangga?
10. Boleh Tuan ceritakan dengan lebih lanjut mengenai anak-anak Tuan? 11. Bagaimana Tuan mendidik anak-anak di rumah?
12. Adakah sama dengan cara Tuan mendidik pelajar di sekolah?
13. Boleh ceritakan sedikit tentang tempat-tempat yang menarik yang pernah Tuan lawati? 14. Adakah Tuan mempunyai cita-cita lain sebelum menjadi guru?
B) SEJARAH PENDIDIKAN / KERJAYA AWAL
15. Seterusnya kita beralih kepada sejarah pendidikan Tuan. Dimanakah dan bilakah Tuan mendapat pendidikan awal?
16. Apakah subjek [matapelajaran] yang Tuan minati ketika belajar dahulu?
17. Adakah Tuan mendapat mana-mana tajaan atau Tuan menampung sendiri perbelanjaan?
18. Berapakah umur Tuan ketika mula-mula memegang jawatan sebagai guru?
19. Pada masa itu adakah Tuan menjadi seorang guru tetap atau menjadi guru sandaran? 20. Apakah pandangan keluarga Tuan mengenai kerjaya cikgu?
22. Rumah yang Tuan menetap ketika itu?
23. Seingat Tuan, bagaimanakah suasana sekolah ketika mula-mula Tuan mengajar? 24. Bagaimana penampilan Tuan pada masa itu?
25. Pada masa itu Tuan mengajar subjek [matapelajaran] apa? 26. Adakah Tuan memegang sebarang jawatan semasa di sekolah? 27. Apakah nama sekolah pertama yang Tuan mengajar?
28. Apakah keistimewaan sekolah tersebut?
29. Berapa lamakah Tuan bekerja sebagai guru biasa sebelum dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar?
30. Semasa menjadi seorang guru, adakah Tuan aktif menyertai kesatuan ataupun aktiviti luar?
C) PENGALAMAN SEBAGAI GURU BESAR
31. Apakah kelebihan Tuan sehingga dilantik menjadi Guru Besar? 32. Apakah perasaan Tuan pada masa itu?
33. Bolehkah Tuan terangkan kepada kami, apakah tugas-tugas dan tanggungjawab seorang Guru Besar?
34. Apakah perbezaan menggalas tugas sebagai seorang guru biasa dengan sebagai Guru Besar?
35. Bagaimana pula Tuan menangani pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah mahupun di dalam kelas?
36. Bagaimana pula Tuan menangani ibu bapa yang sering menunding jari kepada pihak sekolah jika anak mereka melakukan kesalahan?
37. Adakah aktiviti harian Tuan bertambah selepas menjadi seorang Guru Besar?
38. Pada pandangan Tuan, apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang Guru Besar yang berkaliber?
39. Adakah Tuan masih lagi bersifat garang ketika menjadi Guru Besar?
40. Apakah subjek [matapelajaran] yang Tuan mengajar semasa menjadi Guru Besar? 41. Apakah pendekatan yang Tuan gunakan dalam proses pengajaran Tuan?
42. Adakah sukar menjadi seorang Guru Besar?
43. Bagaimanakah Tuan mengatasi cabaran-cabaran yang datang?
45. Adakah Kementerian memberi banyak peruntukkan kepada pihak sekolah untuk membuat sebarang aktiviti dan program?
46. Apakah antara program-program yang pernah dikendalikan oleh pihak sekolah?
47. Apakah pencapaian yang paling membanggakan di sekolah tersebut sepanjang Tuan menjadi Guru Besar?
48. Pada pendapat Tuan, apakah perkara penting untuk sebuah sekolah itu untuk berjaya cemerlang?
49. Terdapatkah bantuan yang disediakan untuk membantu para pelajar yang miskin? 50. Terdapatkah masalah displin di sekolah Tuan?
51. Apakah hukuman yang Tuan berikan kepada mereka?
52. Sebagai seorang guru, apakah pendapat Tuan mengenai sambutan Hari Guru?
53. Apakah hadiah yang paling istimewa yang pernah Tuan terima sepanjang menjadi seorang pendidik?
54. Selain sambutan Hari Guru, apakah inisiatif lain yang boleh di ambil utnuk memberi penghargaan kepada para guru?
55. Apakah anugerah yang pernah Tuan terima sepanjang perkhidmatan sebagai seorang guru?
56. Sebagai seorang Guru Besar, bagaimana Tuan membahagikan masa antara tugas sebagai seorang pendidik dan juga sebagai suami dan bapa?
57. Apakah pendapat Tuan tentang kualiti guru-guru yang terdapat di Malaysia sekarang?
58. Apakah pandangan Tuan sekiranya ada sesetengah pihak mengatakan bahawa kerjaya sebagai guru merupakan pilihan terakhir bagi seseorang dalam memilih peluang pekerjaan?
59. Apakah nasihat Tuan kepada bakal guru ataupun guru yang mempunyai pendapat bahawa mereka hanya inginkan pekerjaan, tetapi bukan untuk mendidik anak bangsa? 60. Pada pendapat Tuan, apakah cabaran yang dihadapi oleh para guru sekarang?
61. Pada pendapat Tuan, apakah isu-isu yang timbul yang dihadapi para guru sekarang berbanding dahulu?
62. Apakah harapan Tuan kepada guru-guru dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berjaya?
63. Apakah pendekatan yang bagus untuk proses pembelajaran pelajar-pelajar sekarang? 64. Pada pendapat Tuan, apakah halangan utama yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam
65. Apakah pendapat Tuan dalam sistem pendidikan sekarang?
66. Pada pendapat Tuan, adakah hukuman memukul pelajar masih relevan [sesuai] untuk di praktikkan pada zaman sekarang?
67. Adakah Tuan bersetuju bahawa pelajar Melayu jauh ketinggalan berbanding dengan pelajar bangsa lain?
68. Apakah kualiti yang perlu ada bagi setiap pelajar untuk bersaing di antara satu sama lain?
69. Tuan ada cerita [menceritakan] bahawa Tuan pernah menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang, boleh Tuan berikan tips-tips [panduan] untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang pada zaman sekarang?
70. Apakah pendapat Tuan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
71. Apakah harapan Tuan untuk masa depan pendidikan di Negara kita, adakah perlu dilakukan perubahan?
72. Apakah nasihat yang ingin Tuan berikan atau sampaikan kepada anak-anak bangsa kita sekarang?
73. Pada tahun berapakah Tuan bersara sebagai seorang Guru Besar?
D) PEKERJAAN SEKARANG
74. Boleh Tuan ceritakan serba sedikit tentang skop jawatan Tuan sekarang? 75. Apakah cabaran yang dimaksudkan oleh Tuan sebentar tadi?
76. Bagaimanakah Tuan menghadapi cabaran tersebut?
77. Bagaimanakah perasaan Tuan ketika di anugerahkan jawatan tersebut?
78. Di manakah tempat kerja Tuan sekarang? Adakah dekat [hampir] atau jauh dari rumah Tuan?
79. Apakah harapan Tuan untuk jawatan sekarang? 80. Apakah perancangan Tuan selepas bersara?