• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAMAT KASET 1 BAHAGIAN B: KASET 2 BAHAGIAN B

Dalam dokumen Transkrip Temu Bual Guru Besar (Halaman 55-59)

NAA: Boleh Tuan ceritakan serba sedikit tentang skop jawatan Tuan sekarang?

AK: Jawatan sekarang ni [ini] ialah jawatan – [sebagai] Penolong Pengarah Unit Jaminan Kualiti. Saya berfokus --- jawatan saya ni [ini] berfokus kepada couching and mentoring [mengajar dan memantau] kepada Pengetua dan Guru Besar seluruh sekolah Negeri Melaka. Jadi [Oleh itu] Guru Besar ada [seramai] dua ratus tiga puluh satu orang, manakala Pengetua ada [seramai] tujuh puluh lapan orang. Jadi saya – tugas saya ialah memberi couching and mentoring [mengajar dan memantau] kepada semua pengetua dan Guru Besar seluruh Negeri Melaka. Jadi tugas ini memang mencabar --- post [perlantikan] ke jawatan ni [ini] diwujudkan pada satu Julai dua ribu tujuh (1 Julai 2007) dan post [jawatan] ini mesti terdiri daripada orang yang pernah menjawat jawatan Guru Besar atau Pengetua, baru dia layak sandang [mereka layak memegang jawatan tersebut]. Kalau tidak, dia tak [tidak] boleh sandang [memegang] jawatan Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti. Jadi secara mudahnya saya bantu - ataupun menolong semua – Pengetua dan Guru Besar yang – terlepas pandang [mengabaikan] beberapa tugas hakikinya yang mesti dia buat, contoh tugas hakiki – waktu datang [ke] pejabat, buat [membuat] ringkasan mengajar, memantau guru-guru, kemudian menyelesaikan semua masalah-masalah yang berbangkit di dalam sekolahnya. Jadi tugas saya, memberi nasihat dan memberi tunjuk ajar. Setakat hari ini Alhamdullilah, dah [sudah] dua tahun lebih, nak [hendak] masuk tiga [tahun], ni [ini] nampak mencabar kerana bukan mudah – mengajar orang ataupun menunjuk ajar orang, kerana masing-masing ada ego masing-masing-masing-masing, ada batu dalam kepala masing-masing-masing-masing [masing-masing mempunyai ego dan mempunyai sikap keras kepala], jadi buat setakat [sehingga] hari ini, saya enjoy [gembira] [dengan] kerja saya ni [ini] kerana ada perubahan pada [kepada] Pengetua dan Guru Besar. Itu telah [setelah] diberi couching and mentoring [mengajar dan

memantau], mereka berubah daripada jahiliahnya [negatif] kepada yang modennya, yang --- menerima yang terbaru – kemudian – menerima pandangan-pandangan yang membina, buat setakat ni [sehingga hari ini], Guru Besar dan Pengetua respect [hormat] dengan sektor kami, walaupun bilangan sektor kami ni [ini] tak [tidak] ramai, semua negeri ade [ada di semua negeri], tapi tak [tetapi tidak] ramai, kerana dia [jawatan ini] memang hendakkan [memerlukan] orang yang berpengalaman untuk memberi couching and mentoring [mengajar dan memantau].

NAA: Apakah cabaran yang dimaksudkan oleh Tuan sebentar tadi?

AK: Cabarannya yang jelas ialah ada Pengetua dan Guru Besar masih di takuk lama [tidak berubah], membawa maksud zaman dah berubah, tapi [tetapi] dia masih menggunakan kaedah-kaedah lama, penyelesaian-penyelesaian cara lama, kemudian, nak [mahu] membawa balik [semula], nak hidupkan balik benda tu [mahu menghidupkan semula perkara itu], kerana kadang-kadang benda itu dah tak [sudah tidak] sesuai lagi dengan zaman, contoh yang dimaksudkan ialah [seperti] menjemur murid, merotan murid, - mencubit ataupun melempang pelajar, ataupun sesama guru bergaduh kerana perkara-perkara kecil. Jadi itu nampak cabaran [Itu adalah cabaran kepada saya]. Walaubagaimanapun, kerana kita mengurus manusia, hal-hal seperti ini memang tidak dapat kita elak kerana manusia punya [mempunyai] hati dan perasaan. Kadang-kadang hatinya kita guris, perasaannya tersentuh, maka dia mengamuk, sebenarnya benda kecil aje [sahaja]. Kalau – dia dah [sudah] tenang balik [semula], dia kata “bodoh aku bergaduh”, itulah kesudahannya. Tapi [tetapi] begitulah keadaan, kerana kita mengurus manusia. [Tidak mudah sebenarnya mengurus dan memantau Pengetua dan Guru Besar, kerana kita harus mengambil kira tentang soal hati dan perasaan manusia yang sensitif dan akhirnya mereka akan menyesal dan menyedari bahawa tindakan yang mereka lakukan seperti bergaduh, mendenda murid itu adalah kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan pada masa sekarang].

NAA: Bagaimanakah Tuan menghadapi cabaran tersebut?

AK: Senang saja, kita berbual-bual dengan dia, senyum-senyum dengan dia, kita dengar segala permasalahan yang mereka timbulkan, kemudian selepas kita dengar, kita tak buat ape-ape [kita tidak membuat apa-apa], kita balik aje. Lepas [Selepas tiga] minggu atau sebulan kemudian, kita datang lagi, kita tengok apa dia nak [mahu] cakap, kita dengar dengan teliti, dengar --- pendengar yang baik, lepas [selepas] kita dengar,

tensionnya [tekanan] hilang, maka selesailah masalah yang berbangkit.

Selalunya lepas [selepas] dua, tiga kali, [saya] pergi jumpa [berjumpa] dengan Pengetua dan Guru Besar, segala permasalahan itu hilang, hilang kerana masa, hilang kerana kedewasaan, hilang kerana sebab-sebab zaman dah berubah, hilang kerana dah [sudah] nampak jalan yang baik, begitulah cara dia. [Untuk mengatasi masalah ini, saya akan berbincang dari hati ke hati dengan Pengetua atau Guru Besar yang terbabit sebelum mengambil tindakan selanjutnya kerana selalunya masalah itu akan selesai mengikut peredaran masa, kesedaran dalam diri dan juga sudah mengetahui cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka].

NAA: Bagaimanakah perasaan Tuan ketika di anugerahkan jawatan tersebut?

AK: Biasa, [Kebiasaannya] jawatan ini kerana jawatan baru, takde [tiada] tempat nak [mahu] di ---, kalau timbul masalah, takde [tiada] tempat nak [mahu] mengadu, kita buat, kita segala-galanya [segala-galanya terletak dalam tangan kita]. Bila [Apabila] [wujud] jawatan baru, takde benda nak di rujuk [tiada contoh untuk dijadikan rujukan], tapi bila [tetapi apabila] kita dilatih menjadi couching [mengajar], mentor [ketua] dan mentoring [memantau], kita --- dan kita pula cepat belajar, jadi pada mulanya memanglah kita kekok [tidak biasa], kerana takde sape [tiada siapa]

______ orang mula-mula [pertama] kan, kita pun tak tau [juga tidak tahu], benda ni post baru [ini jawatan baru], memang baru wujud [diwujudkan] pada tahun dua ribu (2007), satu Julai dua ribu tujuh (1 Julai 2007), start [bermula], benda baru. Bila [apabila] benda baru, banyak benda yang takde [tiada], banyak yang kurang, tapi dah masuk [tetapi sudah memasuki] dua tahun, kita dah tau apa benda jawatan ni [kita sudah mengetahui peranan jawatan ini], camana nak [bagaimana hendak] selesaikan, apa yang mission [matlamat], misi, visi kita, apa fungsi kita, dah tahu [sudah tahu], dulu teraba-raba [tidak tentu], sekarang, takde [tiada]. Itu sahaja nampak cabaran [Itu cabaran yang dapat dilihat].

NAA: Di manakah tempat kerja Tuan sekarang? Adakah dekat [hampir] atau jauh dari rumah Tuan?

AK: Tempat kerja tak [tidak] jauh dari rumah. Pejabat [saya] sekarang [hanya] lapan kilometer dari rumah.

NAA: Apakah harapan Tuan untuk jawatan sekarang?

AK: Harapan --- jawatan sekarang memang tak [tidak] ke mana, habis dah ni [sudah penghabisan]. Ini adalah jawatan di setiap negeri tak [tidak] ramai – lebih-lebih lagi di Melaka ialah negeri kumpulan B. Kumpulan B tak besar dia punya organisasi. [Organisasi dalam kumpulan B tidak besar]. Kita ada lebih kurang empat orang je [sahaja]. Jadi inilah post [jawatan] yang tertinggi dalam Sektor Jaminan Kualiti, kerana dia [sektor ini] tak boleh tambah [tidak boleh ditambah] orang, kita sekolah --- Jabatan Kumpulan B memang ini bilangan [kakitangan]. Jadi jawatan saya [sebagai] orang nombor [kedudukan seterusnya] dua di Jabatan dalam unit saya, maknanya tak [tidak] boleh pergi ke mana [jawatan yang

penghabisan dalam unit ini]. Tapi [tetapi] kerja seronok, [tetapi pekerjaan ini menyeronokkan]. Itu saja [sahaja].

NAA: Apakah perancangan Tuan selepas bersara?

AK: Takde ape-ape [tiada apa], hanya nak enjoy [mahu gembira], nak [mahu]

--- selepas bersara, saya nak [mahu] duduk rehat-rehat [berehat] kerana

dah [sudah] penat bekerja. Jadi perancangan nak [hendak] buat itu ini

[membuat apa-apa perkara] takde [tiada]. Saya nak [hendak] berjalan,

nak [mahu] tengok [melihat] kebesaran Tuhan seluruh dunia. Saya nak

[mahu] berjalan dari satu tempat ke satu tempat bersama isteri saya nanti

dan saya rasa saya --- memang cita-cita kami untuk --- lepas saje

[selepas sahaja] bersara, kami nak [mahu] melihat kebesaran Tuhan di

mana sahaja sehingga menutup mata.

Dalam dokumen Transkrip Temu Bual Guru Besar (Halaman 55-59)

Dokumen terkait