NAA: Bagaimana pula Tuan menangani pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah mahupun di dalam kelas?
AK: Sebagai [seorang] guru, masa [semasa] di sekolah menengah, pelajar yang besar-besar [remaja], permasalahannya masalah remaja. Kemudian sebagai Guru Besar, di sekolah rendah permasalahannya budak-budak baru naik, budak-budak kecil yang baru naik. [Di sekolah rendah, masalah murid yang baru memasuki alam persekolahan]. Jadi dua permasalahan yang berbeza sebenarnya. Kalau di sekolah menengah sebagai guru biasa dulu, sebagai warden [penjaga], sebagai guru disiplin, permasalahan remaja kena selesaikan. [Di sekolah menengah, beliau sebagai seorang guru yang memegang peranan sebagai warden [penjaga] asrama, dan guru disiplin harus menyelesaikan segala masalah remaja]. Tapi bila [tetapi apabila] sebagai pentadbir di sekolah rendah, permasalahan kanak-kanak tak [tidak] sehebat permasalahan remaja. Jadi boleh diselesaikan walaupun biasanya kalau disekolah sebagai Guru Besar ni [ini], kita menyelesaikan masalah komuniti banyak. Masalah komuniti dengan guru-guru, guru dengan komuniti setempat, itu masalahannya bukan masalah displin murid, kurang [bukan masalah murid yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada masalah antara guru-guru dengan komuniti setempat]. Tapi [tetapi] harapan ibu bapa begitu tinggi kepada anak-anaknya hendakkan [mahukan] kejayaan, kerana itu usahalah ke arah itu. Ke arah bagaimana membolehkan anak-anak kita berjaya dengan bagai-bagai pendekatan, cara, kaedah dan semua-semua itu tak [tidak] boleh buat sengsorang [seorang], kena buat bersama-sama dengan guru-guru kita, barulah kita boleh berjaya. Kalau tidak kita syok sorang [seronok seorang], tak [tidak] dapat apa-apa. [Kalau kita membuat kerja secara individu, maka kita akan seronok seorang diri tanpa mendapat apa-apa balasan].
NAA: Bagaimana pula Tuan menangani ibu bapa yang sering menunding jari
AK: Senang saja, benda [perkara] tu [itu] kita suruh dia [ibu bapa] selesaikan masalah-masalah yang timbul, lepas tu [selepas itu] dia tak [tidak] berani nak [hendak] menunding jari. Misalnya [contohnya] budak tu [itu] apa mencuri umpamanya, suruh dia [ibu bapa] selesaikan, jadi tengok dia [ibu bapa] tak [tidak] boleh selesaikan, dia surrender [mengalah], [contohnya budak itu melakukan kesalahan mencuri, kita akan menyuruh ibu bapa menyelesaikan masalah itu dan selalunya ibu bapa tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut]. Lepas tu [selepas itu] dia [ibu bapa] tak [tidak] berani, selalunya kita tunjuk contoh taudalan yang terbaik. Bila [Apabila] kita tunjuk [menunjukkan] contoh taudalan yang terbaik, ibu bapak [bapa] pun boleh terima [menerima] pendekatan kita tu [itu]. [Apabila kita menunjukkan pendekatan melalui contoh tauladan yang baik, ibu bapa akan menerima cara pengajaran kita sepenuhnya]. Kita tak [tidak] hanya nak [hendak] memenangkan dia [Kita bersikap adil dalam menyelesaikan masalah] atau nak [hendak] memenangkan sebelah pihak tapi [tetapi] kita cari puncanya, selepas tu [itu] kita selesaikan masalah yang berbangkit, tak [tidak] timbullah masalah dia asyik menangkan cikgu, tidak, kita akan dapat win-win situation [keputusan yang sama adil], maknanya dua-dua menang, takde [tiada] kate [kata-kata] cikgu diabaikan, cikgu dimenangkan atau ibu bapa dipersalahkan.
NAA: Adakah aktiviti harian Tuan bertambah selepas menjadi seorang Guru
Besar?
AK: Seperti apa juga tugas sebenarnya, bila [apabila] kita menjawat sesuatu jawatan atau kepala [menjadi ketua] sesuatu tempat tu [itu], tugasnya makin bertambah, seperti biasa juga kita sebagai manusia urus [mengurus] permasalahan-permasalahan itu dengan baik, kerana sebagai seorang pemimpin disebuah sekolah yang besar, contoh tauladan, tunjuk ajar, perundingan dan apa-apa pendekatan yang membina hendaklah digunakan. Selagi kita [mengamalkan sikap] kuku besi, atau tidak mengambil kira pandangan orang-orang bawahan kita,
kita akan menghadapi masalah, buat apa [mengapa] kita menghadapi masalah, kita pun tak nak [tidak mahu] masalah, guru-guru kita pun tak nak [tidak mahu] masalah, jadi selesaikan masalah itu dengan perundingan, kan [adalah] lebih baik.
NAA: Pada pandangan Tuan, apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang Guru Besar yang berkaliber?
AK: Kita mesti ada ilmu, apa pun mesti ada ilmu. Kalau kita tak [tidak] ada ilmu, ilmu letak [terletak] dalam buku, kita tak [tidak] pernah tengok, tak [tidak] pernah baca, memang tak [tidak] boleh selesai masalah. [Kita mesti mempunyai ilmu untuk menyelesaikan masalah dengan baik]. Ilmu kita mesti cari dalam buku, tanya kawan, rujuk mana-mana tempat yang sesuai, kemudian berbincang, selalu adakan perjumpaan, forum, dan sebagainya, brain storming [mengeluarkan idea], jadi kita boleh selesaikan. Kalau takde [tiada] ilmu apa pun [juga] tak [tidak] jadi, sebab ilmu menunjukkan kewibawaan kita. Bila [apabila] kita ada ilmu, semua benda itu dah [sudah] ada sebenarnya, dah [sudah] tertulis, jadi [oleh itu] kita tengok [dan], sesuaikan dengan keadaan setempat, selesai masalah. [Apabila kita berilmu, setiap perkara yang berlaku dapat diselesaikan mengikut keadaan semasa].
NAA: Adakah Tuan masih lagi bersifat garang ketika menjadi Guru Besar?
AK: Keadaan berubah, daripada seorang guru yang [mengajar] di sekolah menengah yang terpaksa [bersifat] tegas kepada murid yang bermasalah remaja, kepada guru-guru dan murid-murid yang di peringkat rendah, jadi dua keadaan yang berbeza, iaitu dari seorang guru yang sudah memang sudah ada ilmu, kekurangan sedikit saja, kita tambah yang mana kurang.
[saya menambah mana-mana ilmu yang terkurang]. Manakala murid di sekolah rendah, tak [tidak] banyak benda yang dia [mereka] keinginan atau keperluan yang mendesak, hanya keperluan asasnya dicukupi, kemudian keperluan-keperluan itu ditangani [diuruskan] dengan baik. Maka takdelah [tiada] permasalahan.
NAA: Apakah subjek [matapelajaran] yang Tuan mengajar semasa menjadi Guru Besar?
AK: Seperti di sekolah menengah juga, saya mengajar Bahasa Melayu kerana itu subjek [matapelajaran] yang memang saya suka. Saya mengajar Tahun Enam, saya tak [tidak] mengajar yang kelas-kelas rendah ni [ini], Tahun Enam, sebab itu kelas peperiksaan.
NAA: Apakah pendekatan yang Tuan gunakan dalam proses pengajaran Tuan?
AK: Oleh kerana nak [mahu] mencapai strategi berjaya, macam-macam [pelbagai] pendekatan kita buat [lakukan]. Kadang-kadang pendekatan yang ada [di] dalam buku pun dicampur-campurkan, sehingga sesuai dengan keadaan murid kita. [Kita menggunakan pelbagai pendekatan untuk diselesaikan mengikut keadaan murid kita]. Kalau kita ikut pendekatan yang tertulis dalam buku, murid kita tak [tidak] faham, tak [tidak] guna kita jadi [menjadi] guru, yang pentingnya murid seronok belajar, murid dapat, kemudian akhirnya murid semua faham, dan dia akan berkata dengan bapak [bapa] dia balik [semula], ‘cikgu itu mengajar, saya faham’, ‘cikgu itu mengajar, saya takde [tiada] apa-apa masalah, walaupun dia garang’, walaupun dia kata dia tegas, tapi [tetapi] kalau budak faham, takde ape [tiada apa] masalah kepada kita sebagai seorang guru, ataupun pada murid kita. Itu yang pastinya.
NAA: Adakah sukar menjadi seorang Guru Besar?
AK: Nak buat [mahu membuat] perbandingan dengan Guru Besar yang lain, jawapannya begitu, sukar jadi [menjadi] Guru Besar ni [ini], sebab [kerana] nak jaga [hendak menjaga] murid lain, nak [hendak] jaga [menjaga] guru lain, nak [hendak] jaga [menjaga] ibu bapak [bapa] lain, nak [hendak] jaga [menjaga] PPD [Pejabat Pendidikan Daerah] lain, nak [hendak] jaga [menjaga] Jabatan lain, [Menjadi Guru besar adalah tugas yang sukar kerana mesti menjaga semua pihak dari para pelajar, ibu bapa, PPD [Pejabat Pendidikan Daerah], sehingga ke Jabatan], semua nak [hendak] kena jaga, tapi [tetapi] kalau kita pandai mengurus, jadilah kita sebagai Guru Besar yang orang semua orang suka. Jabatan suka kita, Jabatan Pendidikan Daerah suka kita, guru suka kita, masyarakat suka kita, murid suka kita, malahan takde [tiada] sebarang aduan atau
complaint [aduan] daripada mana-mana pihak. Itu pengalaman saya.
[Jika Guru Besar pandai mengurus dan bertanggungjawab, semua pihak menyukai dan akan selesa dengan pentadbiran kita].
NAA: Bagaimanakah Tuan mengatasi cabaran-cabaran yang datang?
AK: Cabaran yang datang, kita tengok dulu [dahulu] cabaran tu ape [itu apa], lepas tu [selepas itu] kita brain storming, [mengeluarkan idea], lepas [selepas] brain storming [mengeluarkan idea], kita kebetulan ada sedikit ilmu, kita selesai. [Dengan menggunakan ilmu, kita dapat selesaikan cabaran yang datang]. Ilmu sebenarnya, bergantung pada [kepada] ilmu. Pusing mana-mana pun, kalau kita takde [tiada] ilmu, kita tak [tidak] boleh selesai semua permasalahan, kalau kita ada ilmu, kita rajin menyemak [bertanya] di mana-mana atau rujuk di mana-mana, takde [tiada] ape
[apa] pun masalah yang tidak boleh di selesaikan. [Walau dimanapun kita berada, ilmu amat penting untuk menyelesaikan masalah].
NAA: Adakah Tuan merasakan menjadi seorang Guru Besar mempunyai banyak
tekanan?
AK: Tekanan bagi saya, takde [tiada], kerana telah dijelaskan [sebentar] tadi, kerana saya suka merujuk di mana-mana, cari [mencari] apa [punca] permasalahan, tidak suka menunding jari kepada mana-mana, jadi tak [tidak] timbul masalah, kerana selagi kita cari [mencari] salah [kesalahan] orang, selagi itu kita akan dapat [mendapat] tekanan. Cari [mencari] salah diri sendiri, selesai masalah, tak [tidak] akan timbul tekanan daripada mana-mana pihak. [Saya tidak mengalamai banyak tekanan kerana sebarang masalah akan dirujuk kepada pihak yang pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan].
NAA: Adakah Kementerian memberi banyak peruntukkan kepada pihak sekolah
untuk membuat sebarang aktiviti dan program?
AK: Seperti biasa, ___ yang diuntukkan [diperuntukkan] kecil saje [sahaja]. Tapi [tetapi] kalau kita pandai dan berusaha dengan komuniti setempat, segala permasalahan tu [itu] tidak akan timbul, kerana bantuan ataupun kewangan dari kerajaan tidak mencukupi untuk membangunkan sesebuah sekolah. Ia mesti dibantu oleh NGO [Non-Government
Organization / Badan Bukan Kerajaan] setempat ataupun masyarakat,
ataupun PIBG [Persatuan Ibu Bapa dan Guru]. Kalau nak [hendak] harapkan daripada jabatan atau kementerian, sekolah itu tak [tidak] boleh bangun [dibangunkan].
NAA: Apakah antara program-program yang pernah dikendalikan oleh pihak sekolah?
AK: Sebenarnya, banyak program yang kita buat untuk murid ni [ini], seperti di kelas, kelas tambahan, kelas peperiksaan, kelas awal pagi [contohnya, kita mengadakan kelas tambahan, kelas peperiksaan dan kelas awal pagi untuk murid], dan yang main pointnya [perkara utama] dalam banyak-banyak program tu [itu], cikgu mesti mengajar, kelas tidak boleh kosong, ataupun cikgu masuk dalam kelas, budak tak [tidak] dapat apa-apa. [Cikgu mesti mengajar, tanpa kelas kosong dan para murid mendapat pembelajaran semasa program tersebut dijalankan]. Jadi kalau program kelas tambahan dan kelas-kelas yang A [cemerlang] menyokong sebenarnya, tapi [tetapi] kalau cikgu betul-betul mengajar sungguh-sungguh, betul-betul dalam kelas, pada waktu dia mengajar, yang itu sebenarnya banyak menyumbang ke atas kejayaan.
NAA: Apakah pencapaian yang paling membanggakan di sekolah tersebut sepanjang Tuan menjadi Guru Besar?
AK: Sebenarnya setiap tahun keluar keputusan peperiksaan UPSR [Ujian Penilaian Sekolah Rendah], [setiap tahun keputusan UPSR di umumkan] biasanya sepuluh orang dapat lima A, satu, tahun pertama naik lima belas, naik dua puluh tahun-tahun berikutnya, sehingga tiga puluh lima orang dapat Lima A. [Pencapaian pelajar yang mendapat lima A semakin meningkat dari tahun ke tahun]. Jadi itu [Ini merupakan] kebanggaan semua sekolah, bukan Guru Besar je [sahaja] yang bangga, malahan cikgu pun bangga, masyarakat pun berbangga kerana peningkatan, pencapaian dari segi akademik. Kemudian dari segi sukan atau kurikulumnya menonjol, johan bola sepak, johan ragbi umpamanya, johan olah raga, itu semua yang menjadi kebanggaan bukan saja sebagai Guru
Besar, tapi [tetapi] sebagai guru dan ibu bapak [bapa] yang berada di situ, bangga dengan kejayaan-kejayaan seperti itu, kerana itu je [sahaja] kejayaan-kejayaan sesebuah sekolah, lain dari itu ape [apa] bendanya yang nak [hendak] di banggakan, kerana itu core-business [bisnes utama] sebuah sekolah. [Kejayaan dari segi kokurikulum seperti menjadi johan dalam perlawanan bola sepak, ragbi, olahraga menjadi kebanggaan setiap warga sekolah kerana ia merupakan perkara utama dalam setiap sekolah].
NAA: Pada pendapat Tuan, apakah perkara penting untuk sebuah sekolah itu untuk berjaya cemerlang?
AK: Semua orang patut terlibat dari awal, jangan da dekat [sudah hampir] nak [hendak] periksa [peperiksaan] atau dekat [hampir] nak [hendak] bertanding baru nak [hendak] amik [ambil bahagian], baru kelam-kabut, benda-benda macamni [seperti ini], kena dari awal, contohnya kalau peperiksaan Tahun Enam, ia bermula [dari] Tahun Satu. Kalau sukan, hujung tahun sukan, ia mesti bermula bulan satu, tak [tidak] boleh, kalau sukan bulan hujung tahun, bulan sepuluh kita kelam-kabut, yang lain tidak, begitu juga dengan peperiksaan, bukan Tahun Enam je [sahaja]. Mesti tengok budak tu kejayaan, kita kena kenal pasti dulu ape [apa] permasalahannya dari Tahun Satu, baru dia berjaya sampai Tahun Enam [Kita mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dari Tahun Satu, dan membaiki kesalahan tersebut sehingga mereka berjaya pada Tahun Enam]. Enam tahun, takkanla [tidak akan] tak [tidak] berjaya, kita dah [sudah] tahu, permasalahannya, kat [di] mana dia lemah, kat [di] mana kekuatannya, [selama enam tahun belajar, kita telah mengetahui permasalahan murid, dan memastikan mereka berjaya], kat [di] situ, yang selalu di ingatkan pada guru, di ingatkan pada ibu bapa, dan di beritahu kepada murid-murid keadaan itu.
NAA: Terdapatkah bantuan yang disediakan untuk membantu para pelajar yang miskin?
AK: Seperti mana-mana sekolah, [pelajar] yang miskin ni [ini] dibantu oleh PIBG [Persatuan Ibu Bapa dan Guru], oleh dermawan-dermawan yang --- selalunya anak yang miskin, yatim piatu, atau anak-anak yang memang permasalahan dibantu, selalunya oleh PIBG [Persatuan Ibu Bapa dan Guru] ataupun orang-orang perorangan dalam komuniti setempat. [Para pelajar yang miskin selalunya diberi bantuan oleh PIBG [Persatuan Ibu Bapa dan Guru], para dermawan dan orang perorangan].
NAA: Terdapatkah masalah displin di sekolah Tuan?
AK: Mana-mana sekolah ada masalah displin. Bagi sekolah rendah, tidak sama, kesalahan displin macam sekolah menengah. [Kesalahan displin di sekorah rendah tidak sama seperti di sekolah menengah]. Displin di sekolah rendah lebih kepada perbuatan-perbuatan nakal kanak-kanak, atau perbuatan ingin tau [tahu] kanak-kanak, jadi kita memang ada masalah-masalah itu, tapi [tetapi] tidak hendak diperbesar-besarkan, kerana permasalahan itu memang permasalahan kanak-kanak, jadi selesaikan permasalahan kanak-kanak itu mengikut budi bicara kita sebagai bapa kepada anak-anak. Jadi takde [tiada] permasalahan.
NAA: Apakah hukuman yang Tuan berikan kepada mereka?
AK: Selalunya hukuman ni [ini] di akhir. [Kita memberi hukuman selepas mengenalpasti kesalahan mereka]. Murid-murid ni [ini] sebenarnya tak [tidak] perlu dihukum, kita boleh pujuk dia, rayu dia, gertak dia, dah
[sudah] cukup dan dia pun dah [sudah] boleh mengikut cakap kita, selalu dia ni [ini] macam kain putih, kita boleh corak dia macam-macam, jadi hukuman kepada murid sekolah rendah amat tak [tidak] sesuai kerana dia boleh di corak kerana permasalahannya adalah permasalahan kanak-kanak, selesaikan. [Pihak sekolah tidak perlu memberi hukuman berat kepada murid-murid sekolah rendah kerana mereka masih kecil dan boleh dibentuk melalui pendekatan yang sesuai]. Dia tak [Mereka tidak] akan buat [membuat] permasalahan-permasalahan remaja ataupun permasalahan-permasalahan orang dewasa.
NAA: Sebagai seorang guru, apakah pendapat Tuan mengenai sambutan Hari
Guru?
AK: Hari Guru ni [ini], saya dah [sudah] rayakan tiga puluh lima tahun. Jadi, biasa kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita gembira, kerana hari tu [itu] ada orang menghargai kita, ada langsung orang tak [tidak] hargai kita, ada orang tak [tidak] ingat kita, ada pulak [pula] bukan saja tak [tidak] ingat, mencemuh kita, jadi perasaan-perasaan pada Hari Guru selalunya begitu, kadang-kadang kita terima hadiah, kadang-kadang ucapan-ucapan daripada bekas-bekas murid kita yang ingat kita, [Sambutan Hari Guru memberi pelbagai perasaan kepada saya dari dihargai kepada dibenci oleh murid-murid] dan Hari Guru ni [ini] disambut setahun sekali, iaitu Enam belas Mei (16 hb 5), jadi kita kadang-kadang di peringkat sekolah kita buat, murid rayakan, guru rayakan, di peringkat Jabatan, kita buat, ikut, ikut Jabatan macamana dia nak [hendak], macam tu [itu]. [Hari Guru di rayakan oleh semua pihak dan disambut mengikut perancangan jabatan]. Jadi kita berterima kasih kerana Hari Guru adalah hari untuk guru-guru kita semua [semua guru].
NAA: Apakah hadiah yang paling istimewa yang pernah Tuan terima sepanjang menjadi seorang pendidik?
AK: Hadiah yang paling istimewa ialah kejayaan anak-anak murid. Bila [apabila] dia berjaya, dia kata pada mulanya dia marah kita, tapi [tetapi] bila [apabila] dia berjaya atau dia jadi orang. Dia jumpa kita, dia tegur kita, ‘cikgu, saya dah jadi ni ni ni ni [merujuk kepada pekerjaan mereka sekarang], dulu [dahulu], ‘saya marah, benci cikgu, kerana cikgu garang, cikgu itu ini [bersikap tegas], cikgu denda saya dan tapi bila [tetapi apabila] saya dah jadi [sudah menjadi] orang [manusia] macam ni [seperti ini], saya rasa cikgu sebenarnya mengajar dengan ikhlas’. Itu pengakuan yang cukup, hadiah yang cukup menggembirakan saya kerana mereka sedar bahawa apa yang kita buat selama ini bukan nak [hendak] mendera mereka, tetapi mendidik mereka. [Pengakuan sebenar murid adalah hadiah istimewa kepada saya, kerana mereka akhirnya menyedari hukuman diberi untuk membentuk mereka sehingga berjaya]. Jadi bila [apabila] mereka dah jadi [sudah menjadi] orang, ada juga yang tak jadi [tidak menjadi] orang, ada yang hisap dadah, ada yang masuk jail [penjara], ada yang sepanjang yang kita tahu ada yang jadi [menjadi] perompak dah [sudah] mati kena langgar kereta, kena bunuh, tak [tidak] berjaya juga dan ramai juga daripada yang tak [tidak] berjaya tu [itu] yang berjaya yang mereka ni [ini] yang menjadi kebanggaan kita, bukan cenderamatanya tetapi kejayaan mereka. Itulah kegembiraan kita, saya sebagai seorang guru. [Adakalanya murid yang di didik menjadi manusia, adakala tidak menjadi apa yang di harapkan oleh seorang guru. Jika murid itu menjadi seorang yang berjaya, itu adalah kebanggaan seseorang guru].
NAA: Selain sambutan Hari Guru, apakah inisiatif lain yang boleh di ambil utnuk memberi penghargaan kepada para guru?
AK: Sebenarnya, Hari Guru ni [ini] satu hari je [sahaja], Enam belas Mei [16 hb 5], tapi [tetapi] penghargaan kepada guru yang saya dapat ataupun yang saya fikir patut diberi kepada seorang guru, ialah pertama, saya nampak panggilan seorang guru tu [itu] je [sahaja] dah [sudah] cukup. [Pengakuan murid kepada kita adalah penghargaan pertama kepada guru sudah mencukupi]. Yang keduanya, anak murid - anak murid dia yang pernah dia didik tu [itu], pergi di mana-mana, pergi di seluruh Malaysia ni [ini], ada anak murid ni [ini]. “Cikgu”, “cikgu”, Itu cukup [itu sudah mencukupi] bagi kita. Kita bukan nak [mahukan] duit, kita bukan nak [hendak] apa, cukup bagi seorang guru. “eh! itu cikgu saya,”. Pengakuan itu saja sudah cukup untuk seorang guru sebenarnya. Tidak perlu duit, tidak perlu sijil, tidak perlu penghormatan apa-apa.
NAA: Apakah anugerah yang pernah Tuan terima sepanjang perkhidmatan
sebagai seorang guru?
AK: Pertama, saya pernah menerima [Anugerah] sebagai Anugerah Cemerlang, Anugerah Pengarah Cemerlang, tahun berapa da [sudah] terlupa, Anugerah Cemerlang saya dapat [saya menerima Anugerah Cemerlang], kemudian saya juga dapat [mendapat] hadiah pergi melancong ke Indonesia, dapat daripada pengorbanan kitorang [kami], pergi ke tu, kemudian pergi berkursus ke Myanmar. Anugerah-anugerah [dan] sijil ini banyak, selain daripada anugerah kenaikan gaji, biasa tu [itu]. Itu saja anugerah yang yang dalam perkhidmatan ni [ini], kerana kita bekerja di mana-mana jabatan pun, begitu sijil, anugerah cemerlang, sumbangan pada sekolah, biasa dikenang, saya ingat dah [sudah] penuh dalam simpanan sijil tu, dengan hadiah-hadiah. [Pelbagai pengiktirafan telah diberikan kepada beliau semasa berkhidmat sebagai Guru Besar di antaranya Anugerah Pengarah Cemerlang, hadiah melancong ke Indonesia, berkursus ke Myanmar dan lain-lain lagi].
NAA: Sebagai seorang Guru Besar, bagaimana Tuan membahagikan masa antara tugas sebagai seorang pendidik dan juga sebagai suami dan bapa?
AK: Biasa [kebiasaannya], Guru Besar di sekolah, di rumah sebagai ibu bapa buat kerja untuk keluarga dan anak-anak. Beza, sekolah, sekolah. Rumah, rumah, jadi [menjadi] dua tempat berbeza [Sekolah dan rumah adalah dua tempat berbeza], dua client [pelanggan] yang berbeza, jadi selesaikan masalah itu dan keperluannya dan buat sehingga terdaya, setakat ni [ini], alhamdullilah, dua-dua kita buat, [kedua-duanya kita [saya] lakukan].