NAA: Apakah pendapat Tuan tentang kualiti guru-guru yang terdapat di Malaysia sekarang?
AK: Kualiti guru yang sekarang ni [ini] nampaknya guru-guru lebih baik daripada dulu [dahulu] kerana hari ni [ini] guru macam-macam kemahiran ada, [pelbagai kemahiran mereka ada] berbanding dengan pada masa dulu [dahulu]. Guru pada masa dulu [dahulu] hanya terbatas pada bidang-bidang tertentu yang dia dapat ilmu daripada Maktab ataupun universiti. Hari ni [ini] nampak gaya dia, semua bidang ilmu atau pengkhususan universiti ramai yang jadi guru, umpamanya ada yang arkitek jadi guru, ada yang peguam jadi guru [umpamanya seperti arkitek dan peguam yang turut menjadi guru], jadi, nampaknya hari ni punya guru memang banyak ilmu. Soalan dia macamana seorang guru hari ini menterjemahkan apa ilmu yang dia ada kepada murid-muridnya. Kita takut terlalu pandai sangat guru, hingga dia tak boleh terjemahkan, contohnya ada yang baru balik daripada Azhar [Universiti al-Azhar], Hafiz
Al-Quran, kemudian mengajar di sekolah rendah, untuk kelas KAFA [Kelas Asas Fardu Ain], ada masalah, sebab sekolah dengan pengajian dia, tahfiz tadi tak [tidak] selari. Perbandingan itu yang nampak, tapi perbandingan yang sihat berbanding dengan dulu [dahulu], [pada masa] dulu [dahulu] agaknya bidang ilmu tidak seperti hari ini, dulu hanya terletak kepada Maktab saja, Univerisiti kurang sangat kerana pada masa itu, itu yang ada, dan hari ni nampak gaya kelulusan mereka yang jadi guru bermacam-macam [pelbagai] bidang ilmu yang mereka ada. [Pada masa itu hanya terdapat Maktab, kerana Universiti sangat kurang dengan pelbagai kelulusan yang mereka ada].
RNJ: Apakah pandangan Tuan sekiranya ada sesetengah pihak mengatakan
bahawa kerjaya sebagai guru merupakan pilihan terakhir bagi seseorang dalam memilih peluang pekerjaan?
AK: Sebenarnya cerita kerjaya terakhir atau cita-cita pertama atau apapun pangilan itu, panggilan kepada orang yang bekerja sebagai --- hari ini orang yang masuk jadi [menjadi] guru [Sebenarnya kerjaya guru menjadi pilihan terakhir adalah diceritakan oleh mereka yang memasuki bidang tersebut pada saat akhir]. Sebenarnya kalau tengok [kepada] cara penapisan untuk pengambilan menjadi guru melalui proses KPLI [Kursus Perguruan Lepasan Ijazah] ataupun proses di ---, proses itu memang ketat. Jadi [oleh itu], takde [tiada] soal timbul pilihan terakhir, ataupun apa, [Tiada timbul masalah pilihan terakhir], biasa sebenarnya kita nampak hari ini mereka ini minat [berminat] jadi [menjadi] guru, tapi [tetapi] tak [tidak] berpeluang, komdian [kemudian] ada peluang pulak [pula], mereka kata yang ini adalah pilihan terakhir. Jadi [oleh itu], istilah-istilah ni [ini] nampak gaya diguna pakai untuk semua orang untuk melabel [memberikan gelaran] guru hari ini. Jadi kalau ikut pendapat saya, sama ada ia pilihan terakhir ataupun apa terpulang pada [kepada] individu sebenarnya. Tapi [tetapi] kalau dia selama ni [ini] dah [sudah] jadi [menjadi] jurutera umpamanya, dia berhenti jadi [menjadi] jurutera, masuk
guru [memasuki kerjaya perguruan], adakah itu pilihan terakhir? Kita tanya [bertanya] juga, atau selama ni [ini] dia dah [sudah] dapat [mendapat] kerja engineer [jurutera], engineer [jurutera] di sebuah syarikat, tiba-tiba dia kata “tak [tidak] sesuai dengan saya, saya sesuai dengan cikgu”, adakah itu pilihan terakhir?” Mereka ini --- dikata guru hari ini kurang kualiti, kerana mereka ini belum mahir ataupun belum masak – kaedah ataupun cara mengajar sebenarnya, jadi [oleh itu] timbul istilah ___ di panggil kita mengkelompokkan orang-orang ini kepada pilihan terakhir atau takde [tiada] pilihan, macam itu. Itu yang saya nampak. Itu pendapat saya. [Pada pendapat saya, kerjaya guru sebagai pilihan terakhir diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai keserasian dalam pekerjaan mereka sekarang seperti jurutera dan mereka masih belum mahir dengan dunia perguruan].
RNJ: Apakah nasihat Tuan kepada bakal guru ataupun guru yang mempunyai
pendapat bahawa mereka hanya inginkan pekerjaan, tetapi bukan untuk mendidik anak bangsa?
AK: Kalau mereka hanya nak [mahu] kerja, tapi [tetapi] bukan minat [berminat] jadi [menjadi] cikgu, baik [seharusnya] jangan jadi [menjadi] cikgu, kerana jadi [menjadi] cikgu kepada orang yang seperti itu, dia nanti sengsara-bara [susah], [Mereka yang tidak berminat menjadi guru tidak seharusnya memilih kerjaya perguruan kerana akan menyusahkan hidup mereka nanti kerana kerjaya guru memerlukan minat yang mendalam]. Sebab guru, jadi [menjadi] cikgu ni [ini], dia mesti minat, dia tak [tidak] boleh paksa-paksa [paksaan], atau kerana takde [tiada] kerja, jadi kerja, tak [tidak] boleh. Sama seperti kita ambil contoh orang yang tak [tidak] suka - masak-memasak, kita suruh dia masak, tak [tidak] masak, jawapan dia [apabila kita menyuruh seseorang yang tidak suka memasak, dia akan menjawab tidak mahu memasak]. Benda itu tak [tidak] jadi masak kerana dia tak [tidak] suka masak, tapi [tetapi] bagi mereka yang memang suka masak, dia boleh jadi [menjadi] jutawan, begitu juga dengan jadi
[menjadi] cikgu ni [ini], bukan boleh dipaksa-paksa. Sebenarnya bagi orang yang berpengalaman, tengok saja muka seseorang itu dia sudah tau [mengetahui] daripada matanya, kita dah [sudah] boleh tau [mengetahui] dia boleh jadi [menjadi] guru ke [atau] tidak. Begitu juga sebenarnya seorang guru yang memang dia minat, dia tengok je [sahaja] murid tu [itu], muka dia, mata dia, kita tengok je kita dah [sudah] tahu dia ni [ini] murid yang memang bijak, pandai, ada otak ataupun takde [tiada]. Jadi tak [tidak] timbul tadi terpaksa, tak [tidak] berminat, salahlah kalau dia pilih guru ni [pilih kerjaya guru ini] bukan boleh kerja yang cuba-cuba [cubaan], tak [tidak] boleh [Seorang guru yang berpengalaman akan mengenalpasti muridnya yang akan berjaya dan pekerjaan guru ini adalah kerjaya yang memerlukan minat yang tinggi, bukan untuk dijadikan cubaan dalam hidup]. Guru mesti kerja [bekerja] [dengan] sepenuh hati, baru [supaya] boleh berjaya.
RNJ: Pada pendapat Tuan, apakah cabaran yang dihadapi oleh para guru
sekarang?
AK: Cabaran dia banyak, guru hari ini - menghadap langit terbuka, itu cabaran pertama dia mesti ada ilmu. Yang kedua, guru hari ini bukan boleh – guru yang macam dulu, umpamanya tak [tidak] terbuka, tak mau tambah [tidak mahu menambah] ilmu, tak mau dengar [tidak mahu mendengar] kata, tak [tidak] mengikuti --- percambahan-percambahan ilmu. [Guru menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia yang berhubungan terbuka, dan jikalau mereka tidak mendengar nasihat dari yang pakar, maka mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam bidang perguruan]. Jadi kalau masih ada seperti itu, maka – susahlah kita sebagai seorang pendidik.
RNJ: Pada pendapat Tuan, apakah isu-isu yang timbul yang dihadapi para guru sekarang berbanding dahulu?
AK: Isu hari ini ialah isu – kata yang banyak [yang banyak diperkatakan], kata guru nak selesa lebih [mahukan keselesaan], jadi kerana itu nak [hendak] mengajar di bandar, tak nak [tidak mahu] mengajar di luar bandar. Cikgu nak gaji lebih [cikgu yang mahukan kenaikan gaji], tapi [tetapi] dia [mereka] terlupa --- perkhidmatan-perkhidmatan lain pun macam tu [seperti itu] juga sebenarnya. Nak keje [mahu bekerja] nak [mahu] semua kemudahan asas cukup [mencukupi] [Isu tentang guru yang hangat diperkatakan ialah tentang masalah guru yang mahukan keselesaan dari segi pengajaran, kenaikan gaji dan mahu kemudahan asas yang baik tetapi mereka harus menyedari bahawa semua jenis pekerjaan mahukan yang terbaik untuk mereka juga], jadi --- kebetulan guru ni [ini] tempat keje [kerja] dia jauh, di pendalaman, jauh daripada segala kemudahan asas, jauh daripada segala kemudahan-kemudahan semasa, jadi sebenarnya oleh kerana golongan dia ni [mereka] ramai, kalau di Malaysia ni dekat tiga ratus ribu orang ke empat ratus ribu orang, dan tempat keje [kerja] dia tu [mereka] dari sesenangnya sehingga ke tempat yang paling susah, iaitu jauh ke pendalaman dan ramai tadi, dua fakta, tempat kerja, bilangan ramai – timbullah isu. Sebenarnya, dulu [dahulu] kenapa tak [tidak] timbul isu tu [itu]? Dulu bukan takde [tiada] isu itu, ade [ada], tapi [tetapi] kenapa tak [tidak] timbul? Kerana mereka pada masa itu, guru yang paling hebat. Hari ini tidak, ramai orang dah [sudah] bekerja di bidang-bidang lain, mereka pun nampak [mengetahui] kat [di] situ ada kehebatannya, jadi saya nampak – benda [perkara] ini sebenarnya bagi yang minat [berminat] takde [tiada] apa masalah. Yang tak minat [tidak berminat] aje [sahaja], ada masalah, atau yang dalam bahasa yang lain pulak [pula]. kata orang nak [mahu] bercerita, biar dia bercerita. Itu sahaja. [Pada masa dahulu, pekerjaan guru adalah yang paling hebat berbanding sekarang, dan hanya dengan minat mendalam terhadap bidang perguruan akan menghapuskan pelbagai kutukan terhadap bidang perguruan ini].
RNJ: Apakah harapan Tuan kepada guru-guru dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berjaya?
AK: Harapan saya pada [kepada] orang [mereka] yang nak jadi [hendak menjadi] cikgu, pertama, kita mesti ada ilmu. Yang kedua, ilmu saja tak cukup [tidak mencukupi] kalau tidak ada semangat. Yang ketiganya, - sebagai nak lahirkan [hendak melahirkan] anak murid yang berjaya, kita ni [ini] dulu [dahulu] mesti berjaya. Kita mesti [hendaklah], - diri kita sendiri mesti berpandangan terbuka, fikiran jangan sempit, itu yang penting. Komdian [kemudian], yang ke empat kita nampak seorang guru dia mesti serba boleh dan serba tahu [mengetahui]. Cukuplah itu.
RNJ: Apakah pendekatan yang bagus untuk proses pembelajaran pelajar-pelajar sekarang?
AK: Pendekatan dari semasa ke semasa berubah-ubah. Dulu chalk and talk [menulis di papan hitam dan bercakap], kemudian papan batu, papan hitam, kemudian pakai komputer, apa pun pendekatan, apa pun kaedah, di negara maju pun [tetap] sama sebenarnya, apa pun pendekatan, pendapat atau apa pun yang nak [hendak] disampaikan, kita nak [hendak] lahirkan [melahirkan] manusia, bila [apabila] kita nak lahirkan [mahu melahirkan] manusia, bukan hari ini kita cakap, esok lusa boleh dapat hasilnya, makan masa, kadang-kadang dekat dua abad, dua puluh tahun, tiga puluh tahun, baru nampak hasilnya Kerana kita mendidik manusia, banyak pandainya, banyak karenahnya, jadi, taklah [tidak] mudah macam kita mencipta sebuah kereta, kita boleh cipta mudah dan itulah hasilnya, tapi manusia ni [ini] kita buat macam ni tak [tidak] sesuai untuk zaman ni [ini], buat begitu tak [tidak] sesuai pulak [pula] pada masa tu [itu]. Buat begini orang kata kita ketinggalan zaman, buat ke depan
sangat orang kata kita mendahului zaman, jadi tak [tidak] ada satu kaedah sebenarnya – yang sesuai untuk cikgu gunakan untuk keadaan semasa, dirumuskan perkara yang dibuat itu sesuai hanya pada masa itu. Pada masa yang berikutnya, tak [tidak] sesuai. [Untuk membentuk manusia yang berjaya cemerlang, memerlukan masa yang agak panjang, kerana manusia mempunyai pelbagai sikap dan pendekatan yang digunakan haruslah sesuai dengan keadaa setempat agar tidak ketinggalan zaman atau terlalu ke hadapan]. Itu pendapat saya.
RNJ: Pada pendapat Tuan, apakah halangan utama yang dihadapi oleh pihak
sekolah dalam proses penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
AK: Pada pendapat saya, yang bermasalah ini guru je [sahaja]. Guru ada, --- sikit [sedikit] saja yang bermasalah sebenarnya. Boleh kata, bilang dengan jari pun tak [tidak] habis. Maknanya sikit [sedikit] saja [sahaja] guru yang bermasalah, lain tu [itu] takde [tiada] masalah, mereka tu [itu] memang mengajar bertungkus lumus dari pagi sampai malam, balik siang, balik-balik malam [dari siang sampai malam bekerja], itulah kerja guru. – membentuk generasi negara kita. Maknanya yang kita nampak satu dua [seorang dua guru] yang – ada masalah. Bukan satu dua [seorang dua] ada masalah, - nak babitkan [mahu membabitkan] tiga ratus, empat ratus ribu guru di Malaysia. Ada yang dedikasi tak [tidak] di tunjukkan. Yang tak [tidak] dedikasi kita bangkitkan, jadi masalah, itu sebenarnya. [Masalah timbul kerana ada sesetengah guru yang bermasalah dan menyebabkan masyarakat berfikir bahawa semua guru yang bermasalah sedangkan ada antara mereka yang bekerja dengan sepenuh hati untuk melahirkan generasi yang cemerlang di Negara kita].
AK: Sistem pendidikan sekarang nie [ini] nampak liberal [bebas], selepas Akta tahun sembilan belas sembilan puluh enam (1996) dibentangkan, semua orang mendapat hak, falsafah pendidikan negara - yang dibentang, yang diwujudkan tahun sembilan belas sembilan sepuluh enam (1996) setiap rakyat Malaysia dapat [mendapat] hak masing-masing. Mereka dapat hak pendidikan secara bebas, semua ada hingga [sehingga] hari ini kita ingin menuju ke sebuah negara maju, [semua pihak mendapat hak masing-masing melalui sistem pendidikan yang digunakan pada masa sekarang]. Untuk menjadi sebuah negara maju, dan rakyatnya mesti cerdik, mesti pandai, tak de [tiada] yang buta huruf, baru jadi [menjadi]. Kalau ada rakyat yang buta huruf, maka kita tak [tidak] boleh capai [mencapai] Wawasan tahun dua puluh dua puluh (2020), kerana untuk memperolehi taraf negara maju, setiap rakyatnya yang pertama tak [tidak] boleh buta huruf. Yang kedua, semuanya berpendidikan. Jadi takdelah [tiadalah] timbul masalah rakyat yang kena tipu kerana tak reti [tidak mengetahui] membaca, menulis, kena tipu [di tipu] dengan IT [information technology / teknologi maklumat], kerana kita tak ikut [tidak mengikuti] perkembangan, kena tipu [di tipu] dengan keadaan sekeliling dunia kerana dunia kita
global [antarabangsa], takde [tiada] sempadan, jadi benda ni [perkara ini]
kalau di nilai balik [semula], itu yang kita – mimpikan. [Dalam menuju Wawasan tahun dua puluh dua puluh (2020), semua masyarakat mestilah berpendidikan, kerana itu adalah syarat utama untuk menjadi negara maju dan dengan pendidikan juga akan menghalang masyarakat dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab].
RNJ: Pada pendapat Tuan, adakah hukuman memukul pelajar masih relevan
[sesuai] untuk di praktikkan pada zaman sekarang?
AK: Yang ini dah tak pakai lagi dah [tindakan ini sudah tidak digunakan lagi]. Ini sesuai pada tahun lapan puluhan (8oan), sembilan puluhan (90an),
kerana hukuman hari ni [ini] bukan saja [sahaja] berbentuk rotan, tapi [tetapi] hukuman dalam bentuk – celaan boleh, hukuman – bukan berbentuk fizikal lagi. Dah ada dah sekarang [sudah ada sekarang]. Jadi [oleh itu] hukum rotan ni [ini] tak [tidak] sesuai untuk zaman ini kerana mereka pun dah [sudah] maju ke depan, jadi [oleh itu] kalau nak rotan [hendak merotan] juga terserah, tapi [tetapi] ikut pendapat saya, kita dah [sudah] ada kaunselor setiap sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah, apa gunanya dia? Cuba tanya apa guna dia? [cuba kita bertanya apa peranan kaunselor], apa maknanya [jawatan] kaunselor yang diwujudkan?, kalau kita tidak boleh menggunakan dia untuk kebaikan pelajar-pelajar ataupun guru-guru tadi. Jadi kalau hukuman rotan – dipilih kerana itu ialah salah satu penyelesaian masalah remaja, kalau itu dipilih, kerana masalah itu, dan kalau itu jalan penyelesaiannya, rotan rotanlah [boleh merotan]. Tapi [tetapi] bukan semua nak [mahu] di rotan, yang memang layak di rotan, di rotan. Tapi kalau kata hokum [hukuman] rotan ni [ini] ketinggalan zaman pun tak [tidak] boleh juga kerana manusia ni tak [ini tidak] semua serupa. Kalau semuanya serupa, dah hukuman dah sama [Kalau semua manusia serupa, hukuman adalah sama]. Kerana berbeza-beza itu, maka merotan ni [ini] kalau tak [tidak] pendapat saya, ada tempatnya sesuai, ada tempatnya tak [tidak] perlu langsung. Jadi nak kata [dikatakan] ikut pendapat saya yang awal tadi kata dah [sudah] ketinggalan zaman, tak [tidak] boleh juga, ada pelajar boleh di rotan, ada pelajar tak [tidak] perlu dirotan. Macam tu [seperti itu] ayat dia. Maknanya terpilih-pilih, bukan semuanya rotan, semua salah [kesalahan], rotan, tak [tidak] boleh ada salah [kesalahan] yang perlu rotan tak boleh nasihat [tidak boleh dinasihati], tak boleh cakap saja [tidak boleh bercakap sahaja], yang ini kena rotan, di rotan, yang ini cakap aje [saja] boleh, yang ini nasihat saja boleh, yang ini gertak saja boleh, yang ini beri contoh-contoh tauladan, boleh, macam tu [itu], dan yang ini hard
core [sangat susah] memang kena rotan, hendaklah di rotan. [Hukuman
merotan terhadap murid hendaklah dikenakan kepada mereka yang benar-benar mempunyai masalah sahaja, kerana terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk memberi pengajaran kepada murid yang bermasalah].
RNJ: Adakah Tuan bersetuju bahawa pelajar Melayu jauh ketinggalan berbanding dengan pelajar bangsa lain?
AK: Kalau tengok [dlihat dari] kategori bandar, [dengan] luar bandar itu saje [sahaja] dah [sudah] memisahkan mereka. Yang bandar, pelajar melayu bandar maju, [manakala] pelajar melayu luar bandar tak [tidak] maju, terutamanya [dalam] penguasaan Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan contohnya. Jadi kalau kita nak buat perbandingan pelajar – bumiputera dengan bukan bumiputera mana yang lebih maju kalau kita tengok [lihat] dia duduk [tinggal] dalam bandar dia maju, luar bandar, dia tak [tidak] maju, itu perbandingan bandar [dengan] luar bandar. [Perbandingan yang dibuat menunjukkan bahawa mereka yang menetap di bandar adalah lebih maju daripada mereka yang menetap di luar bandar terutamanya dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Matematik dan Matematik Tambahan]. Kemudian, perbandingan daripada sosio-ekonomi penting sebenarnya, sebab [kerana] pelajar bukan bumiputera dia bukan cukup belajar di sekolah sahaja, tidak, dia akan pergi ke tuisyen. Tuisyen pada dia [kepada mereka] setiap waktu tuisyen [setiap waktu pergi tuisyen], belajar di tuisyen, yang kita duit takde [tiada duit] jadi perbezaan ekonomi menimbulkan masalah perbezaan itu, Nampak pencapaian dia. Yang ini dia tuisyen daripada lahir je [sahaja] tuisyen, yang orang melayunya, nak beli [hendak membeli] beras pun [juga] tak [tidak] boleh, nak tuisyen ape [bagaimana hendak pergi tuisyen]. [Dari segi perbandingan sosio-ekonomi pula melihatkan bahawa pelajar bukan bumiputera mempunyai peluang untuk pergi ke kelas tuisyen selain daripada belajar di sekolah, manakala pelajar Melayu khususnya di luar bandar, tidak mampu untuk ke kelas tuisyen kerana masalah kewangan keluarga mereka, dan ini telah menimbulkan perbezaan antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar]. Jadi itu masalah, bandar [dengan] luar bandar, satu, ekonomi, dua, kemudian budaya kita, budaya bukan bumiputera, khasnya [kaum] cina, ilmu pada dia [kepada mereka],
perkara mustahak [penting], sedangkan budaya orang melayu perkara-perkara remeh ni mustahak, jadi [mereka] tidak mementingkan ilmu. Jadi itu sudah nampak beza dia. Jadi kita irihati dengan dia [mereka], tidak, dia [mereka] memang ilmu tu [itu] sebagai satu pegangan pada [kepada] dia [mereka], kita remeh-temeh [tidak penting], orang Melayu khasnya remeh temeh [tidak penting], contohnya [seperti] buat rumah [membina rumah], kereta, dia pun [Kaum Cina juga] sebenarnya beli [membeli] juga kereta, buat [membuat] rumah juga, tapi [tetapi] pendekatan tu [itu] agak berbeza. [Budaya orang Melayu yang tidak menitikberatkan soal pelajaran menjadi perbezaan antara orang Melayu dengan kaum Cina kerana orang Cina amat mementingkan pendidikan di samping menyediakan keperluan asas seperti kemudahan rumah, kereta untuk keselesaan hidup mereka]. Setakat ni [ini] saya nampakkan tiga perbandingan kat situ.
RNJ: Apakah kualiti yang perlu ada bagi setiap pelajar untuk bersaing di antara satu sama lain?
AK: Kualiti – pada pelajar untuk bersaing sesama sendiri dan sesama kaum lain, dia mesti ada, dalam diri dia sendiri, dia sedar bahawa tanpa ilmu, siapalah dia, selagi dia tak [tidak] sedar – dia, siapa dia, takde [tiada] petua, takde [tiada] satu formula untuk --- masing-masing mesti sedar, sedar, “kalau aku nie takde [tiada] ilmu, hapah [tiada apa] pun aku ---, orang pun [juga] tak [tidak] pandang, aku pun tak [juga tidak] ke mana, aku jadi [menjadi] sampah masyarakat”, jadi itu sebenarnya kesedaran dalam diri [Untuk berjaya cemerlang, para pelajar mesti mempunyai niat untuk membaiki diri agar diterima masyarakat dan dihargai dalam diri masing-masing], kalau nak nanti [mahu menunggu] motivasi-motivasi ini bila nak motivasi?, masing-masing mesti sedar diri dia, kerana orang [manusia] tidak boleh mengubah nasib sesuatu orang [manusia], seseorang, satu kaum itu selagi diri dia sendiri tak ubah [tidak berubah]. Dia mesti diri dia sendiri ubah, baru dia boleh berubah, kalau tidak
buatlah berpuluh-puluh motivasi, takde [tiada] apa pun boleh dapat [kita perolehi] melainkan penat, buang duit, buang masa, buang tenaga [membuang duit, tenaga dan masa]. [Kita tidak perlu menunggu motivasi untuk mengubah diri kita kerana perubahan itu mestilah dating dari dalam hati dan niat seseorang itu untuk berubah, kerana kita akan membazir tenaga, wang ringgit dan masa jika kita tidak mahu mengubah diri kita sendiri]. Itu sahaja.
RNJ: Tuan ada cerita [menceritakan] bahawa Tuan pernah menjadi salah
seorang pelajar yang cemerlang, boleh Tuan berikan tips-tips [panduan] untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang pada zaman sekarang?
AK: Untuk jadi [menjadi] seorang pelajar yang cemerlang, mudah saja [sahaja]. Masa [semasa] cikgu [sedang] mengajar dalam kelas, tanya [bertanya] kalau tak faham [tidak memahami]. Itu main point [perkara utama] dia, sebab [kerana] masa [semasa] cikgu mengajar, itu [adalah] masa paling sesuai, paling bagus, kemudian tak [tidak] faham, tanya cikgu [untuk bertanya dengan cikgu]. Kemudian, rujuk [merujuk] dengan kawan-kawan, bincang dengan kawan-kawan, lepas [selepas] itu, Tuhan bagi [memberi] masing-masing ada otak [akal], jadi gunakan baik-baik [guna akal yang diberi dengan sebaiknya]. Jangan buat otak [akal] yang tak [tidak] bagus, maknanya dalam hal tu [perkara ini], jangan buat kerja-kerja yang tidak bersangkut paut dengan – pelajaran kita. Kalau kita tumpu [memberi perhatian] pada [kepada] pelajaran kita, gerenti [jelas] sebagaimana contoh tadi, saya [dengan] empat [4] orang kawan, saya seorang yang lulus, LCE [Lower Certificate Education / Penilaian Menengah Rendah], pada masa tu [itu]. Yang tiga [orang] lagi gagal, kenapa? Masing-masing tak buat tumpuan [tidak memberi perhatian] sepenuhnya. Masa tu [semasa itu] tuisyen takde [tiada kelas tuisyen], jadi tumpuan [perhatian], tengok betul-betul, tak faham tanya [tidak memahami bertanya], selesai masalah. Itu tips dia. Yang lain-lain ni [ini],
tak pakai sekarang [tidak di gunakan lagi pada masa sekarang], tapi [tetapi] kalau kata saya belajar, saya belajar [semasa waktu belajar, saya akan belajar], saya tak faham [tidak memahami pengajaran], saya [akan] tanya [bertanya], saya belajar setiap hari dan kita buat latihan, semua kita buat, takde nampak [tiada sebab] kenapa kita tidak berjaya. Kalau masa hari peperiksaan, masa itu kali pertama kita menjawab soalan itu, memang tak [tidak] boleh, tapi [tetapi] kalau dalam dewan peperiksaan itu, kita dah jawab [sudah menjawab] soalan tu empat, lima kali, boleh jawapan dia, maknanya kita banyak latihan-latihan dan latih tubi. Itu tips saya yang membuatkan saya boleh berjaya. [Untuk berjaya dengan cemerlang, kita perlu membuat banyak latihan agar semasa di dalam dewan peperiksaan, kita sudah biasa dengan jenis soalan tersebut].
RNJ: Apakah pendapat Tuan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris?
AK: Ini sebenarnya [sebenarnya ini] berlandaskan dasar. Dasar kita dah buat dulu [kita sudah membuat dasar dahulu], iaitu dasar daripada Dasar Penyata Razak, semua di peringkat rendah sampai [sehingga peringkat] Universiti, sampai satu masa, tahun --- Dasar Penyata Razak sembilan belas sembilan puluh lima (1995), dalam tahun sembilan belas tujuh puluhan (1970-an), semua dasar ni [ini] hendaklah di ajar dalam Bahasa Melayu, sebab hendakkan [kerana mahu menggunakan] Bahasa Melayu, di samping itu, Bahasa Inggeris kita tidak abaikan, bagi pendapat saya, soal dasar kita tak [tidak] boleh kompromi, soal lain daripada dasar yang kita setuju [dipersetujui] bersama boleh kita kompromi. Jadi kalau tanya saya, saya rasa tak [tidak] betul. Buat ape [Mengapa] kita buat [membuat] dasar? Kalau kita buat [membuat] dasar sepuluh tahun dulu [dahulu], kemudian kita senang-senang [sengaja] mengubah dasar tu [itu] tahun-tahun berikut [seterusnya], adakah dasar itu tak [tidak] sesuai lagi pada tahun ni [ini]? Kalau kita rasa --- tak [tidak] sesuai, buat apa [mengapa] kita buat [membuat] dasar ni [ini]? Dasar yang kita sendiri buat, kita
sendiri langgar, mati kita. [Jika dasar yang telah dibuat, kita tidak patuhi, akan menyebabkan timbulnya masalah]. Itu sebab ada orang kata – sesuatu bangsa tu [itu], atau bahasa tu [itu] akan pupus atau lenyap sekiranya bangsa itu sendiri taknak [tidak mahu] bangsa dia, taknak [tidak mahu] bahasa dia. Ini dah [sudah] terjadi kepada orang-orang Melayu. Orang Melayu tak nak [tidak mahu] bangsa dia, tak nak [tidak mahu] bahasa dia, pupuslah. Begitu macam [seperti] – dulu bahasa italic [berangkai], contohnya, bangsa tu [itu] tak nak [tidak mahu] bangsa dia, dia [mereka] pun [juga] kahwin campur, jadi hilang bangsa tu [itu], [oleh itu bangsa tersebut hilang]. Kemudian bahasa itu mereka tak nak [tidak mahu], jadi roman italic [berangkai] tu [itu] --- yang tulisan berangkai-rangkai tu [itu] tak nak [tidak mahu], hapus. [mereka tidak mahu menjaga dan menggunakan bahasa roman italic [berangkai], oleh itu, bahasa tersebut menjadi pupus]. Begitu juga dengan soalan tadi, soalan Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu --- yang saya boleh jelaskan.
RNJ: Apakah harapan Tuan untuk masa depan pendidikan di Negara kita, adakah perlu dilakukan perubahan?
AK: Pendidikan negara kita, kalau kalau ikut – visi, ikut rancangan yang sedia ada, NKRA [National Key Result Archievement / Pencapaian Keputusan Peringkat Nasional] yang sedia ada, ikut – falsafah pendidikan – maknanya - pendidikan di negara kita ni [ini] dah cukup [sudah