• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sharmin Memandangkan kurator masih lagi melakukan segala-galanya,

maka pengetahuan praktikal tentang kewangan, pengurusan acara, pemasaran, pemuliharaan karya seni, dokumentasi dll.; juga menulis/mengkritik tentang seni itu penting.

Erry Bagi generasi muda, saya menubuhkan Sekolah Kuratorial yang

tidak formal, bermula dengan kumpulan sukarelawan untuk pelajar saya mempelajari kerja-kerja kurasi, proses pameran. ASWARA mempunyai fakulti Pengurusan Seni, dan ada subjek Praktis Kuratorial, maka kebanyakan sukarelawan datang dari latar belakang yang berbeza, dari fakulti-fakulti lain seperti muzik, filem, teater. Saya juga telah mengumpul wawancara dengan kurator institusi mahupun bebas yang saya jadikan sebahagian daripada tesis sarjana saya dan kemudian dijadikan buku.

Hui Koon Muzium/galeri pada umumnya menghadapi cabaran dari segi

menarik pengunjung. Bayu Utomo pernah berjenaka bahawa Balai Seni adalah seumpama Balai Rakyat – maksudnya kualiti program institusi tersebut; tetapi saya fikir itu idea yang hebat, mengapa balai seni perlu menjadi eksklusif dan jauh daripada rakyat? Bagi sebuah bandar metropolitan, adakah kita mempunyai ruang awam yang mencukupi? Adakah kita berani untuk menentukan semula

fungsi/peranan muzium/galeri atau Balai itu sendiri? Adakah reka bentuk senibina muzium/galeri kita mencerminkan fungsi awamnya? Cara kita: kenduri, kahwin, doa, lepak, pertunjukan tradisional/ritual, makan, perhimpunan, pusat pembelajaran, ilmu tempatan, kemahiran hidup tempatan .... tidakkah ini semua boleh merupakan seni juga? Tidak banyak pendapat kuratorial dalam institusi. Kami hanya mendapat maklum balas daripada bos kami atau orang yang membiayai rancangan itu. Kita perlu menjadi lebih kritikal, mengkaji semula praktis kuratorial dan mencari cara untuk memberi pemahaman yang lebih baik mengenai praktis dan dialog kuratorial kepada orang ramai. Satu lagi perkara adalah kita boleh hasilkan adalah lebih banyak perbendaharaan kata tempatan.

Kita perlu terus memeriksa seni dan estetik, melihat semula dan menyemak, termasuklah program seperti Seminar Akar-akar Pribumi,

Vision and Idea, Simposium Estetik ASEAN. Membina teori seni yang

kritikal, mendefinisikan semula fungsi/peranan muzium/galeri awam, seniman, dan seni berdasarkan tafsiran dan keperluan budaya multi-etnik tempatan, warisan dan pembangunan sejarah seni.

Jo-Lene Saya fikir sejarah itu menarik kerana kita ingin tahu apa yang

telah dikecualikan dan dimasukkan, dan mengapa dan pastinya, menentukan apa yang ada pada hari ini, apa yang kita lihat hari ini. Saya ingin melihat lebih banyak penulisan mengenai pameran sejarah kita sendiri, secara monograf, di luar ulasan pameran semata-mata.

Masa yang diberi untuk menyediakan dan memasang pameran adalah terlalu singkat membuat anda melompat dari satu topik ke topik lain; anda mungkin tidak dapat memberi tumpuan atau benar-benar memberikan masa bertahun-tahun untuk mencari bidang kajian yang khusus. Anda mungkin diminta untuk menguruskan pameran dengan tema atau geografi tertentu, atau mempromosikan persembahan dengan cara tertentu mengikut kehendak penaja. Ada juga penaja dan penganjur yang memberikan hujah penyelidikan yang mereka mahu sampaikan kepada anda. Adalah lebih baik jika pameran dapat menampilkan sendiri mesej yang ingin disampaikan bersama-sama dengan kekangan dan kerumitan struktur kuasa yang mahu dicabar oleh pameran atau hasil seni.

Suzy Satu strategi untuk kami mengatasi idea struktur kuasa yang akhirnya

menentukan langkah wacana kami adalah dengan memecahkannya menjadi bahagian-bahagian kecil, berbanding pandangan yang dominan. Satu perkara mengenai DA + C adalah ketiadaan penaja besar dan penaja tidak boleh membuat keputusan kreatif. Keputusan kreatif bergantung sepenuhnya dengan pasukan kurator. Dan apa yang telah kami lakukan tahun lalu apabila kami memikirkan semula tentang DA + C adalah mengumpulkan orang-orang yang kami rasakan mempunyai pandangan yang menarik dan dari situ, mula mencipta wacana.

Mark Secara individu, kami mempunyai projek yang sedang dijalankan,

yang sedang dibangunkan dan diurus. Bagaimanakah seseorang meneroka projek itu sebagai sumber? Satu kumpulan mungkin boleh membaca atau menganjurkan kumpulan kajian tentang projek, atau berbincang sambil minum teh tarik; yang lain mungkin menumpang projek antara satu sama lain – bagaimanakah saya mengajak orang lain untuk bersama-sama mengkurasi projek yang saya sedang bangunkan, sama ada sebagai sebahagian daripada program rasmi atau tidak? Sebagai contoh, Five Arts menganjurkan satu persidangan besar, memfokus kepada Krishen Jit sebagai pengarah teater, penulis dan sebagainya. Sebagai seorang tokoh, dia agak monolitik, sungguh besar dan perlu diceritakan. Untuk generasi yang lebih tua, apabila mereka berfikir tentang Five Art, mereka akan mengaitkannya dengan Krishen. Maka, menjelang persidangan itu, kami mula terfikir untuk menumpang di ruang studio latihan yang sempit di Five Arts dan salah satu strategi yang kami cuba sebagai satu pasukan adalah melakukan tiga acara yang berkaitan dengan karya khusus artis dan anggota Five Arts (ahli semasa dan lampau) daripada kalangan wanita, iaitu Janet Pillai, Leow Puay Tin dan Marion D'Cruz - yang telah berkolaborasi, dipengaruhi dan juga mempengaruhi karya dan idea Krishen. Merekalah sebenarnya yang melakukan kerja yang lebih menarik daripada Krishen, tetapi memandangkan Krishen adalah seorang penulis dan pengkritik, maka suaranya lebih didengari. Kami menjemput beberapa individu untuk bercakap, mencuri sedikit tumpuan sebelum persidangan bermula. Saya tidak pasti sama ada semuanya berjaya, tetapi setiap acara dihadiri oleh anggaran 20 – 30 orang tetapi kami dapati acara tersebut berguna buat kami. Oleh itu, jemputlah mereka yang ingin menumpang projek anda.

Zikri Pada pendapat saya, keupayaan untuk mentakrifkan semula estetika adalah penting terutamanya jika kita ingin melihat proses budaya dan penerbitan karya. Apa yang saya maksudkan dengan estetika adalah cara kita menerima, digerakkan dan sedar akan cara kita menggunakan teknik dan kaedah tertentu terutamanya jika kita bekerja dan berinteraksi dengan orang awam. Selain itu, saya juga berminat dengan cara penghasilan kaedah kurator, malah seni, untuk membayangkan semula rangka kerja budaya dan politik yang kita miliki, seperti idea pengumpulan, platform terbuka, dll., khususnya melalui proses penyertaan yang diterajui seni melalui pelbagai medium pedagogi.

Rakaman penuh meja bulat ini boleh didapati di MARS. www.malaysianartarchive.com

Projek NMA ingin merakamkan penghargaan kepada Simon Soon

Peserta dan responden perbincangan MARS (Malaysian Art Archive and Research Support)

mengenai peserta/responden perbincangan

Amir Amin/Tuk Kura merupakan anggota kolektif seniman ARTO Movement dan Bukan Seni-man.

Azzad Diah merupakan pembantu kurator di Galeri ILHAM. Baktiar Naim adalah seorang kurator di Balai Seni Lukis Negara.

Erry Arham adalah mantan pensyarah ASWARA dan kurator di Galeri ASWARA dari tahun 2010 hingga 2017.

Hoo Fan Chon merupakan artis sepenuh masa yang kadangkala ia membuat kerja-kerja pengkuratoran dan merupakan anggota Run Amok, kolektif seni di George Town. Goh Sze Ying mula berkhidmat di Galeri Nasional Singapura sebagai pembantu kurator pada tahun 2012, sebelum itu beliau merupakan penyelidik bebas.

Izat Arif adalah seorang seniman.

Mark Teh merupakan pengarah seni persembahan, dan ahli Five Arts Centre. Nadia Zawani memegang jawatan kurator di Galeri Chandan.

Ong Jo-Lene merupakan seorang kurator bebas.

Sarah Abu Bakar merupakan penulis dan kurator; beliau pernah bekerja di The Edge Galerie sebagai penolong pengurus dari 2016 hingga 2019.

Sharmin Parameswaran merupakan seorang kurator bebas dengan minat di dalam projek-projek seni kolaboratif, sebelumnya pernah bekerja di Interpr8 sehingga 2017. Suzy Sulaiman merupakan pengarah DAM Interactive, penerbit Digital Art+Culture Festival sejak 2011.

Tan Hui Koon pernah bekerja sebagai penyelidik dan kurator bebas, dan merupakan kurator di Balai Seni Negara.

Vincent Leong adalah seorang yang menguruskan karya sendiri dan pameran orang lain.

penulisan