SINOPSIS KURSUS
KURSUS WAJIB WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(Islamic Civilisation and Asia Civilisation)
2(2+0)
Kursus ini merupakan satu kursus yang membincangkan ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun), Islam dalam tamadun Melayu, pengaruh tamadun Islam di Asia dan Eropah, tokoh-tokoh tamadun Islam, isu-isu kontemporari, Islam Hadhari, dan proses pembangunan negara.
This course focuses on the introduction of civilisation, interaction among various civilisations (Malay, Chinese, Indian and Japanese), Islam in the Malay C ivilisation, the influence of the Islamic civilisation in Asia and Europe, prominent figures of the Islamic civilisation, contemporary issues, Islam Hadhari , and nation development process.
WAJ3102 English Language Proficiency I (Kefasihan Bahasa Inggeris I)
2(2+0)
This course aims to build on learners’ current English language skills. It focuses on the English Sound System, Parts of Speech/Word Classes, Tenses, Sentence Types, Types of Questions, Listening and Speaking Skills, Reading Skills, Paragraph Writing and Writing for Different Purposes.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris sedia ada pelajar. Tumpuan diberi kepada tajuk-tajuk sistem bunyi Bahasa Inggeris. tatabahasa, jenis-jenis ayat, jenis-jenis soalan, kemahiran mendengar dan bertutur, membaca,
dan menulis untuk pelbagai tujuan.
WAJ3103 English Language Proficiency II (Kefasihan Bahasa Inggeris II)
2(2+0)
This course is an extension of English Language Proficiency I (WAJ3102). It builds further on parts of speech and the language skills. It aims to enable learners to explore and apply appropriate structures of the English language for different text types. This will enable learners to become proficient language users. Kursus ini adalah lanjutan kepada kursus Kefasihan Bahasa Inggeris I (WAJ3102). Tumpuan diberi kepada tatabahasa, dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis pelbagai penulisan. Kursus ini juga memahirkan
pelajar dalam penggunaan struktur-struktur Bahasa Inggeris yang bersesuaian bagi pelbagai penulisan dan tujuan.
24 WAJ3104 Literasi Bahasa
(Language Literacy )
2(0+2)
Kursus ini menjelaskan dan mengaplikasi teori pemerolehan bahasa, hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan diberikan kepada pemulihan membaca dan menulis, strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran asas pemulihan membaca dan menulis, jenis-jenis aktiviti kemahiran asas membaca dan menulis, penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran pendidikan muzik, seni visual, pendidikan jasmani dan kesihatan, pemilihan, pembinaan, dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran elektronik dan bukan elektronik serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
This course describes about Language Acquisition theory, its relationship with teaching and learning . Focuses wil be on reading , and w riting r emedial on t eaching and l earning strategy, r eading and w riting r emedial basic skills; t ypes of r eading and w riting basic skills activities, r eading and w riting in music education, v isual arts, and physical education and health science selection, d evelopment and u sage of electronic and non electronic and t eaching and l earning activities.
WAJ3105 Numerical Literacy (Literasi Nombor )
2(2+0)
Students will be exposed to the approaches and strategies in the achievement of numerical literacy in the basic areas of mathematics. The topics discussed are problem solving, operation and computation, measurement, spatial sense, and also data analysis and Interpretation.
Pelajar akan didedahkan tentang pendekatan dan strategi dalam pencapaian literasi nombor di dalam bidang-bidang asas matematik . Topik-topik yang turut dibincangkan ialah berkenaan penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan, pengukuran, kesedaran ruang, dan juga analisis data dan interpretasi.
WAJ3106 Hubungan Etnik (Ethnics Relations)
2(2+0)
Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Penekanan kursus ini meliputi perkara berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia, konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu, pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, perlembagaan
dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, agama dan hubungan etnik, cabaran dan pemupukan hubungan etnik di Malaysia, dan hubungan etnik: peranan kerajaan dan masyarakat.
This course focuses on basic concepts of culture and an ethnic relation with special attention to the latter’s development in Malaysia. This course emphasizes on ethnics relations in Malaysia, basic concepts in ethnics relations, Malay pluralistic society, economy development in ethnics relations in Malaysia, politics
25
development in ethnics relations in Malaysia, constitution in ethnics relations in Malaysia, religion and ethnics relations, challenge and enhancement ethnics relations in Malaysia, and the role of government and society.
WAJ3107 Seni dalam Pendidikan ( Arts in Education)
3(2+1)
Kursus ini mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk mengaplikasikan aktiviti kreatif yang mengintegrasikan muzik, pergerakan dan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran sekolah rendah. Kursus ini memberi tumpuan kepada aktiviti kreatif yang mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri, dan kecerdasan pelbagai. Kandungan kursus memberi perhatian kepada Pengenalan kepada Seni dalam Pendidikan; Pendedahan kepada asas Muzik, Pergerakan dan Seni Visual Sekolah Rendah; Aplikasi aktiviti kreatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran pelbagai mata pelajaran.
This course exposes students to the knowledge and basic skills in creative activities by integrating music, movement and visual art which will enhance the teaching - learning process of various subjects at the primary level. It emphasizes the importance of creative activities that help stimulate imagination, expression, inquiry and multiple intelligences. It also focuses on the introduction of Arts in Education, exposure to basic skills in music, movement and visual art as well as application of creative activities in the teaching and learning of various subjects.
WAJ3108 Kokurikulum – Pengurusan Kokurikulum (Cocurriculum Management)
1(1+0)
Kursus ini meliputi pengenalan dan pengurusan kokurikulum sekolah rendah,penubuhan unit-unit kokurikulum, sistem fail dan surat menyurat, pengelolaan aktiviti, pengurusan mesyuarat dan kewangan, dan majlis rasmi. This course focuses on cocurriculum in primary school, setup of cocurriculum unit, filing system, organizing of activities and competition; management of meeting and budget; and official function.
WAJ3109 Kokurikulum – Permainan (Games)
1(0+1)
Kursus ini meliputi: sejarah permainan peringkat antarabangsa dan Malaysia, pengenalan alatan, gelanggang dan undang-undang permainan , mengetahui,
latihan dan taktik permainan, pengukuhan kemahiran dalam permainan, pengurusan padang/gelanggang dan pasuka n serta pengelolaan pertandingan. This course focuses on general knowledge: history of games in Malaysia and International level, introduction on equipment, court and rules and regulation of games, knowing, training and tactical of games; games enrichment, management of court / field and team and organizing competition.
26 WAJ3110 Kokurikulum – Unit Beruniform I
(Uniform Units I)
1(0+1)
Kursus ini meliputi sejarah unit beruniform; struktur dan organisasi; perlembagaan unit beruniform; pengurusan dan pentadbiran; disiplin dan kerohanian; asas pertolongan cemas; asas kawad kaki; istiadat dan orientasi kurikulum Unit Beruniform sekolah rendah.
This course focuses on the history of uniform unit; structure and organization; constitution of uniform units; management and administration; discipline and spiritual; principles of first aid; marching; ceremonies and orientation to the uniform units curriculum of the primary schools.
WAJ3111 Kokurikulum – Unit Beruniform II (Uniform Units II)
1(0+1)
Kursus ini meliputi pengetahuan dan kemahiran asas perkhemahan; perancangan dan pelaksanaan amali perkhemahan.
This course focuses on the basic knowledge and activities of camping; planning and camping.
WAJ3112 Kokurikulum – Olahraga ( Atheletics)
1(0+1)
Kursus ini meliputi pengetahuan umum, sejarah dan undang-undang; kemahiran asas acara-acara balapan dan padang; pengurusan ukuran balapan dan padang; pengelolaan kejohanan; pengurusan pasukan.
This course focuses on the general knowledge, history, rules and regulation; track events; field event; management in measurement of track and field events; organizing competition; team management.
WAJ3113 Kokurikulum – Persatuan (Societies)
1(0+1)
Kursus ini meliputi pengenalan dan konsep persatuan; pengurusan; sejarah; perkembangan dan kepentingan persatuan; pengkelasan persatuan; kemahiran asas; persediaan, pelaksanaan dan penilaian projek.
This course focuses on the introduction and concept of society; management; history; development and importance; classification of society; basic skills; preparation, implementation and evaluation of project.
27 WAJ3114 Bina Insan Guru
(Character Building for Teachers)
3(0+3)
Kursus ini bertujuan untuk melahirkan guru permulaan yang memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidikan yang berpengetahuan, berdaya maju, berdaya tahan, dan berdaya saing. Penekanan kursus diberikan terhadap pembentukan diri guru secara holistik dan kontekstuial.
This course aims to produce teachers who are knowledgeable, proressive and resilient. The course focuses on the development of the teachers holistically and contextually.
BIG Fasa I (45 jam)
Kursus ini merupakan suatu program perkhemahan selama empat hari tiga malam. Tumpuan akan diberi terhadap aktiviti mendirikan dan menguruskan perkhemahan, Malaysia cergas dan patriotik, latihan dalam kumpulan, kembara dan orienteering , aktiviti di air, tazkirah / aktiviti moral, persembahan kumpulan dan refleksi.
This course is a four days camping programme. It focuses on putting up a camp, managing camps, training in groups, exploration and orienteering, water activities, moral activities, groupwork and reflection.
BIG Fasa II (10 jam)
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang. Penekanan utama kursus ini berkaitan dengan pembangunan insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berkauntabiliti dan amanah dan kreativiti dan inovatif.
This course aims to expose students to the balance of teacher self development domain as teachers. The course emphasises on the balanced teacher self development, teacher relationship with community and honesty, creativity and innovative
BIG Fasa III (10 jam)
Kursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah etiket sosial dan protokol. pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar
secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian.
This course aims to nurture the awareness of the importance of public service. Students are exposed to the skill of planning, organising and attending workshops. The aspect which is given emphasises are social ettiquette, protocol, public speaking, speaking skills, effective listening, table ettiquette, managing
official ceremonies and dressing code.
28 BIG Fasa IV (35 jam)
Kursus yang berbentuk perkhemahan selama tiga hari dua malam ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat perancangan dan pengendalian aktiviti. Tumpuan akan diberi terhadap penyediaan mendirikan khemah, interaksi dengan komuniti setempat, aktiviti kerohanian/moral, Malaysia cergas dan menaikkan bendera, latihan dalam kumpulan, kembara sosial, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, kreatif dan inovatif.
This course is a three days camping aims at giving students the application of high order thinking skills in planning and managing activities. The focus of the course is on putting up camps interaction with the community, moral acitivities, raising the flag, and group training social
BIG Fasa V (10 jam)
Kursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan benchmarking. Pelajar didedahkan dengan guru dan perundangan, mandat, Akta 550 (1996 ), Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) / Zon / Bahagian dan PKG, lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur dan infostruktur kurikulum di sekolah.
This course aims to nurture the awareness of training development skills and benchmarking, students are exposed to teachers and law mandate, Act 550 (1996), profesional circulars, service circulars, state education department functions and sectors and functions of the role of education district officers, benchmark leadership characteristics, school organisation, school climate, infrastructure and school curriculum infostructure.
BIG Fasa VI (10 jam)
Kursus ini bertujuan meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan. Tumpuan kursus adalah berkaitan dengan perbengkelan, tema bengkel, mentadbir ujian post inventori Self Direct Search (SDS), inventori konflik, interpretasi dapatan ujian, refleksi, lawatan benchmarking , interaksi profesional dengan guru cemerlang, inovasi guru cemerlang, ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang dan laporan dan penilaian reflektif.
This course aims to upgrade continuos self professionalism. The focus of the course is related to workshops, workshops theme, administering post inventory test of self direct search, conflict inventory, interpretation of test, finding, reflection,
benchmarking visits, professional, interaction with excellent teachers, innovation, professionasme commitment reports and reflective evaluation.
29