• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 111 Propasal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAB 111 Propasal"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 111

3.1 PENGENALAN

Dalam bab ini pengkaji akan mengutarakan mengenai reka bentuk kajian, kerangka persampelan, instrument kajian, kajian rintis, prosedur mentadbir ujian, prosedur data dan prosedur analisis data. Reka bentuk tertentu diperlukan kajian perlu ada bagi mendapatkan data dalam menyelesaikan pemasalahan kajian dan mencapai objektif kajian. Kajian yang dicadangkan ini adalah untuk mencari kesan daripada penerapan PDP menggunakan multimedia dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam Peperiksaan Petengahan Tahun 2016 dan Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 2016.

(2)

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Sulaiman (2003) reka bentuk kajian membawa maksud sesuatu perancangan yang dapat menentukan cara bagaimanan sesuatu penyelidikan itu dijalankan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan kajian terhadap jawapan yang bakal diperolehi mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Kajian yang akan dijalankan ini adalah mengunakan kaedah penerokaan (Exploratory) dimana Reka Bentuk Penerokaan digunakan secara terus dan tetap. Maklumat yang terhad dan sedikit menjadi tunjang kepada kajian yang akan saya buat. Bentuk tinjauan ini ingin melihat kepada topik-topik baru dan hasil datanya nanti akan melahirkan persoalan-persoalan baru untuk mengujudkan hipotesis bagi tujuan penyelidikan lanjut. Namun begitu datanya nanti tidaklah tetap (definitif) mahupun muktamad (conclusive). Lazimnya bentuk umum dan mudah untuk difahami. (Sabitha Marican, Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. 2006).

(3)

Pembolehubah tidak bersandar bagi kajian ini ialah guru-guru subjek PJPK dan murid-murid tingkatan 3 Cekal. Manakala pembolehubah bersandar ialah kaedah PDP yang menggunakan Multimedia.

3.3 KERANGKA PERSAMPELAN

Teori persampelan merupakan salah satu daripada cabang matematik yang memberikan satu cara untuk penyelidik mendapatkan sampel yang mempunyai ciri-ciri kewakilan (representativeness), agar kajian hasil boleh dianalisis secara statistik. Kajian yang ingin dijalankan ini menggunakan Persampelan Kebarangkalian (Probability Sampling). Kerangka persampelan ini memerlukan sekumpulan responden diambil berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi mewakili murid-murid lain di sekolah.

Bagi kajian yang akan dibuat ini nanti sampel yang dipilih ialah murid Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, tingkatan 3 Cekal dan berumur 15 tahun. Seramai 30 orang lelaki dan perempuan. Mereka selama ini diajar menggunakan teknik atau kaedah guru menunjukan lakuan fizikal. Kajian yang ingin dibuat ini pula menggunakan multimedia sebagai medium penyampai maklumat kepada murid-murid.

(4)

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan bagi mengukur , mengumpul bukti ‘empiric’ dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji (Majid, 2002). Instrumen yang digunakan dalam kajian yang akan dijalankan ini perlu menepati bagi mengujudkan kuasa perbandingan antara 2 peperiksaan. Antara instrumen yang akan digunakan ialah seperti berikut:

i. Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun, bulan Mei 2016. Sebanyak 40 soalan objektif atau aneka pilihan diberikan kepada murid-murid. Peperiksaan akan dijalankan selama 60 minit.

ii. Kertas Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 bulan Oktober 2016. Sebanyak 40 soalan objektif atau aneka pilihan diberikan kepada murid-murid. Peperiksaan dijalankan selama 60 minit.

(kedua-dua Peperiksaan ini mempunyai nilai keesahan dan kebolehpercayaan 99%. Ini kerana kertas Peperiksaan ini dibuat oleh Lembaga Peperiksan Malaysia.)

(5)

Menurut Sabitha Marican, (2006) Ujian rintis atau kajian rintis melibatkan sebilangan responden yang kecil untuk menguji kesesuaian soalan dan kefahaman mereka. Ujian rintis pula berbentuk soal selidik atau alat ukuran dilaksanakan untuk beberapa tujuan.

Tujuan utama ujian rintis dibuat adalah untuk mengetahui reaksi responden, tentang soalan yang ditanya adakah terlalu sensitif atau menggugat responden. Dan apa pula respon responden. Hasil dari kajian rintis ini maka penyelidik berpeluang untuk membaiki soalan sebelum diedarkan kepada sampel kajian.

Ujian rintis ada dua kategori iaitu Maksud Item dalam alat Kajian dan Jangka Masa. Contohnya soalan yang dibuat di luar Negara tak tentu boleh digunakan di dalam Negara. Ujian rintis memberi ruang kepada pengkaji bagi menyusun soalan, mengagak, jangka masa yang sesuai untuk kajian dijalankan.

(6)

Ujian Rintis memerlukan sekurang-kurangnya sampel sebanyak 50 orang. Pemilihan itu pula tidak perlu mengikut prosedur kebarangkalian. Namun ada faktor yang perlu diberikan perhatian dalam melaksanakan ujian rintis.

i. Individu yang dipilih perlu ada ciri mewakili individu dalam populasi yang hendak dikaji. Bagi kajian ini pengkaji telah memilih seramai 50 orang murid dan 48 orang guru bagi

menjawab soalan berkaitan penggunaan multimedia di

sekolah.

ii. Sampel yang terlibat pula, dalam ujian rintis ini mempunyai kebarangkalian / peluang yang rendah untuk berjumpa dengan individu yang akan terlibat dalam kajian sebenar. Bagi kajian yang dicadangkan ini murid-murid tingkatan 3 Cekal

dipisahkan dari prosedur ujian rintis. Guru-guru pula di

tempatkan berasingan dengan diberikan masa 120 minit bagi

menjawab soalan ujian rintis, tidak termasuk guru-guru PJPK.

(7)

Selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016, soalan peperiksaan ini dijawab atau dijalankan selama 60 minit pada bulan Mei 2016. Keputusannya akan direkodkan dalam buku rekod peperiksaan. Selepas itu Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 dijalankan pada Oktober, pengkaji akan menunggu selama 12 bulan lagi iaitu pada bulan Mac 2017, keputusan Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Masa ini pengkaji meneruskan aktiviti PDP guru dengan berteraskan multimedia.. Mudah kata data diambil 2 kali setahun.

3.8 PROSEDUR ANALISIS DATA

Pelbagai cara boleh digunakan bagi menganalisis data. Sekadar menyebut program seperti SPSS. Namun begitu kajian yang akan dijalankan ini mesti menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Malaysia.

Kedua-dua keputusan peperiksaan ini akan dimasukkan dalam SAPS. Kemudian skor keputusan dibuat secara ranking. Murid skor paling tinggi akan berada di atas dan murid skor terendah berada di bawah. Selepas itu data ini pula akan diproses dalam Statistikal Package for the Social Sciens (SPSS.V20).

Proses seterusnya data dimasukan dalam statistic inferensi ialah korelasi

Pearson bagi menentukan wujudnya perbezaan yang signifikan terhadap

(8)

Jadual akan dibentuk untuk menerangkan gambaran dan menentukan

samada pernyataan hipotesis nul gagal untuk menolak atau menerima hipotesis

nul.

3.9 PENUTUP

Akhir kata usul penyelidikan ini merupakan satu interprestasi baru bagi

kajian dalam pendidikan di sekolah. Maka oleh sebab itu usul penyelidikan ini

patut diterima bagi dibuat kajian sepenuhnya. Hasilnya nanti akan

memungkinkan lagi kajian lain terada dan membaik pulih mata pelajaran PJPK

yang selama ini tidak dipedulikan oleh pentadbir sekolah. Moga usul

Referensi

Dokumen terkait

Rendahnya kepercayaan diri yang dimiliki seseorang akan menyebabkan rendah pula asertivitasnya karena individu yang kurang memiliki rasa percaya diri akan memiliki kecemasan

Semua pihak yang terlibat dalam proses ujian komprehensif, penulisan, dan ujian skripsi di Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam IAIN Surakarta, baik dosen, mahasiswa

• Teknik sampling secara acak, setiap individu dalam populasi memiliki peluang yang sama untuk dijadikan sampel. • Syarat: anggota populasi dianggap homogen • Cara pengambilan

• Teknik sampling secara acak, setiap individu dalam populasi memiliki peluang yang sama untuk dijadikan sampel.. • Syarat: anggota populasi dianggap homogen • Cara pengambilan

Tujuan KOPSAN didirikan ialah memberikan manfaat yang sebesar-besarnya bagi para anggota sesuai dengan sistem koperasi, memberikan peluang usaha bagi para individu yang

• Teknik sampling secara acak, setiap individu dalam populasi memiliki peluang yang sama untuk dijadikan sampel. • Syarat: anggota populasi

individu yang memiliki self-esteem yang tinggi, namun ada pula individu yang memiliki self-esteem yang rendah juga Hasil penelitian Rizal (2012) di Surabaya, juga

(2.8) Peluang individu yang mengalami perubahan dari state yang satu ke state lainnya digunakan perbandingan antara jumlah individu yang mengalami perubahan status