• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Masyarakat Dalam Menyelamatkan A

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Peranan Masyarakat Dalam Menyelamatkan A"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Peranan Masyarakat Dalam

Menyelamatkan Alam Sekitar

Written by Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Artikel

Pada hari ini pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana dan ia merupakan satu perkara yang besar bukan sahaja di negara kita, malah turut juga dihadapi oleh negara-negara membangun yang lain. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

Pencemaran yang berlaku secara berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh pelbagai  unsur. Mengikut hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 91% kejadian  pencemaran terutamanya pencemaran sungai yang berlaku di negara kita adalah disebabkan oleh najis, sama ada najis haiwan mahupun najis manusia.

Antara unsur lain berlakunya pencemaran termasuklah disebabkan oleh bahan kumbahan  dan baja yang digunakan untuk tujuan pertanian terutamanya yang mengandungi galian  seperti nitrat dan fosfat. Pencemaran juga berlaku adalah disebabkan oleh penghasilan  kelodak dan bahan­bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan daripada  kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran dan juga disebabkan oleh hakisan tebing  sungai apabila berlakunya hujan lebat.

Di samping itu, bahan buangan daripada kilang­kilang, pembasmian hutan dan pembangunan industri juga menjadi punca berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar kita. Mungkin ada  antara kita yang sedia maklum bahawa kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat  tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas dalam jangka masa yang singkat sahaja.  Pencemaran seperti ini boleh juga disifatkan sebagai pencemaran jangka pendek. Manakala,  bagi pencemaran jangka panjang pula, ia memerlukan perhatian yang khusus walaupun  ianya masih lagi pada tahap yang rendah di negara kita, kerana ia boleh memberi kesan yang besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan.

Pencemaran tanah dan air bawah tanah misalnya tidak boleh tersebar dalam jangka masa  yang cepat. Namun demikian ia boleh memberi kesan yang besar kepada hidupan 

terutamanya jenis haiwan yang menghuni sesuatu ekosistem. Sebagai contoh, aliran  kehidupan biasa dalam kitar pembiakan haiwan seperti spesies katak sudah tergangu,  puncanya adalah merujuk kepada pencemaran dan keracunan yang berlaku disebabkan oleh pencemaran jangka panjang, dan sebahagian saintis khuatir sekiranya keadaan tersebut  berterusan, ia akhirnya akan turut memberi kesan kepada manusia.

Sebagai individu, apakah yang patut kita lakukan untuk mengatasi malasah pencemaran  alam sekitar kita pada hari ini?

(2)

persekitaran yang kotor. Sebagai contoh, kita mempunyai kuasa untuk mendesak para  pemaju dan penjaja supaya mereka lebih ‘mesra alam' dalam menjalankan kerja mereka.

Kita sebagai individu juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli rumah dalam kawasan  ladang yang mana pemaju telah menebang semua pokok untuk tujuan pembukaan kawasan  perumahan. Kita sepatutnya bertanya pada diri kita sendiri, mengapa perlu kita tinggal di  kawasan persekitaran yang tidak selamat dan selesa? Hanya kita sendiri sahaja yang berhak  untuk katakan ‘tidak' ataupun ‘ya' dalam memastikan kita hidup dalam suasana persekitaran  yang bersih dan selesa.

Kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar  kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan­ kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai. Sebagai  contoh, pada penghujung tahun lepas, pelabur telah menolak rancangan untuk membina  hotel di Pantai Pasir Gemuruh berhampiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang kerana kawasan  tersebut telah diancam pencemaran. Kawasan tersebut yang dahulunya bersih dan cantik,  kini telah dipenuhi dengan sampah sarap.

Selain itu, 50% sungai di negara kita juga telah tercemar , dan 5% daripadanya berada pada  tahap yang sangat tenat. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan air terjun di Pulau Pinang,  Sungai Klang pula tercemar teruk dan kawasan perlombongan di Batu Pahat, Johor juga  dipenuhi dengan sampah sarap.

Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, orang awam perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih  dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap  anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan,  misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan,  kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada  masalah­masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya.

Misalnya kejadian banjir besar yang berlaku di Johor pada tahun lepas telah menyebabkan  kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang besar, iaitu sebanyak RM1 bilion hanya untuk  memperbaiki kemudahan­kemudahan asas yang rosak akibat banjir tersebut. Ia jelas  merugikan apabila kita terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar hanya untuk  membaik pulih kerosakan akibat daripada banjir tersebut. Adalah lebih baik sekiranya kita  dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat seperti untuk  tujuan pembinaan sekolah dan juga hospital.

(3)

MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI

JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).

Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.

Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.

(4)

Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai.

Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.

ARKIB : 12/10/2014

Vitamin C, kolagen untuk kulit

SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.

Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.

(5)

kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Keperluan

Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.

Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.

"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.

Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber iklan daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.

Artikel Penuh:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20141012/kn_02/Vitamin-C-kolagen-untuk-kulit#ixzz4SD71rgzi

© Utusan Melayu (M) Bhd

(6)

Hidup selesa tanpa GERD

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my

ADAKAH anda sering merasa pedih hulu hati atau tidak selesa di bahagian dada hingga menular ke kerongkong?

Atau pernahkah anda mengalami kembung perut atau sendawa yang kerap walaupun belum menikmati makanan.

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala ini, anda mungkin mengalami simptom penyakit refluks gastroesofageal (GERD).

GERD adalah keadaan yang terjadi apabila refluks atau jeluak kandungan gastrik menyebabkan simptom atau komplikasi yang mendatangkan masalah.

GERD boleh menyerang sesiapa saja termasuk orang muda di peringkat paling produktif dalam hidup mereka. Penyakit ini boleh mendatangkan kesan kepada mutu kehidupan seseorang serta prestasi kerja mereka.

Di Malaysia, dianggarkan 50 peratus daripada jumlah penduduk dewasa mengidap sekurang-kurangnya satu masalah gastrousus. Kesilapan atau kegagalan mendiagnosis GERD boleh menyebabkan rawatan yang salah dan tidak berkesan.

GERD merupakan gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid di dalam perut atau kadangkala, kandungan perut, mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan di antara mulut dan perut).

Keadaan ini secara lazimnya dikenal pasti melalui rasa pedih ulu hati yang kerap dan berterusan dan regurgitasi asid. Pendedahan esofagus secara berterusan kepada kandungan perut akan mengakibatkan luka pada lapisan dinding esofagus. Keadaan ini dikenali sebagai radang esofagus yang erosif.

Pada 2004, kadar kelaziman GERD di Malaysia ialah 38.8 peratus manakala kadar kelaziman radang esofagus yang erosif telah meningkat daripada dua peratus kepada 8.4 peratus dalam tempoh 10 tahun.

(7)

Bergantung kepada tahap keseriusan GERD, pakar-pakar kesihatan boleh memperkenalkan PPI sebagai sejenis rawatan jangka panjang apabila terapi asas seperti ubat-ubatan di kaunter (OTC) tidak memadai untuk merawat GERD. PPI bertindak dengan mengurangkan rembesan asid selain mematikan pam asid di dalam perut.

Menurut Ketua Jabatan Gastroenterologi dan Hepatologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr. Goh Khean Lee, Kajian GERD di Asia Pasifik (GAPS) menunjukkan 94 peratus daripada bilangan pesakit masih mengalami simptom GERD dan 62 peratus daripada jumlah tersebut mengalaminya pada waktu malam.

‘‘Ini berlaku walaupun mereka telah menerima PPI yang diangggap sebagai rawatan utama GERD. Terdapat juga 66 peratus daripada pesakit yang mengalami ketidak selesaan pada waktu malam disebabkan simptom pedih ulu hati dan ini mengakibatkan gangguan semasa tidur.

‘‘Justeru, 56 peratus daripada pesakit terpaksa menggunakan pelbagai jenis rawatan tambahan untuk mengawal keadaan mereka," kata Dr. Khean Lee yang juga merupakan penulis utama kajian ini yang telah diterima untuk penerbitan di dalam Jurnal Gastroenterogi dan Hepatologi.

Walaupun menjalani rawatan PPI, GAPS telah mendedahkan bahawa hampir separuh daripada pesakit yang dikaji (48 peratus) merasakan simptom GERD telah mengganggu kehidupan mereka.

Hanya 24 peratus daripada pesakit dapat mengawal kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami. Kajian itu juga menunjukkan bahawa hampir 60 peratus daripada pesakit mahukan kawalan simptom penyakit sehingga 24 jam untuk memberi kelegaan pada waktu malam dan 44 peratus pesakit memilih untuk mengambil PPI pada bila-bila masa

"Ramai pesakit GERD di Asia melaporkan tekanan dan produktiviti kerja yang merosot akibat simptom-simptom mereka, dan ini menunjukkan impak GERD terhadap kualiti kehidupan pesakit. Oleh itu, satu ejen yang memberikan tindakan rawatan untuk jangka masa yang lebih panjang dengan risiko minimum untuk simptom kembali, terutamanya sekali pada waktu malam, harus disediakan bagi menangani batasan rawatan yang sedia ada,‘‘ jelas beliau pada majlis pelancaran rawatan oral sekali sehari untuk mengawal penyakit radang esofagus yang erosif iaitu Dexilant (dexlansoprazole) oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. baru-baru ini.

(8)

Dexilant mengandungi dua jenis granul bersalut enterik.

Granul-granul ini mempunyai profil pelarutan berbeza yang bergantung kepada nilai pH, yang direka untuk melepaskan ubat di lokasi-lokasi yang berbeza di dalam saluran gastrousus.

Kajian klinikal telah menunjukkan Dexilant 30 miligram (mg) berkesan ke atas 75 peratus pesakit radang esofagus yang erosif yang kekal sembuh selepas lebih enam bulan manakala Dexilant 60mg telah terbukti berkesan dalam menyembuhkan semua gred penyakit radang esofagus yang erosif sehingga lapan minggu. Di samping itu, pesakit yang menggunakan Dexilant 30mg kekal bebas daripada pedih ulu hati untuk 96 peratus daripada tempoh masa 24 jam.

Dexilant 30mg juga menunjukkan keberkesanan yang ketara berbanding dengan plasebo dalam mengawal pedih ulu hati untuk lebih daripada 24 jam bagi pesakit yang menghidap penyakit refluks gastroesofagus tidak erosif (non-erosive gastroesophageal reflux disease; NERD) kerana lebih ramai pesakit ini mengalami kelegaan sepenuhnya daripada pedih ulu hati selama 24 jam untuk tempoh empat minggu.

Artikel Penuh:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20141005/kn_04/Hidup-selesa-tanpa-GERD#ixzz4SD7mLJt3

© Utusan Melayu (M) Bhd

CARA ORGANIK JAGA JANTUNG

NurafikaMarch 4, 2016Artikel, Komuniti

Berdasarkan statistik Kementerian kesihatan, di Malaysia terdapat seramai 141 orang penghidap penyakit koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.

Jumlah tersebut menjadikan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

(9)

Ujian klinikal dengan supplemen barley grass dilihat berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dan oksigen radikal bebas dalam darah bagi pesakit diabetes jenis 2. Dalam kajian tersebut, seramai 39 pesakit diabetes jenis 2 dipilih secara rawak. Setiap hari selama empat minggu mereka diberi suplemen barley grass, kombinasi vitamin C dan E atau kombinasi barley grass, vitamin C dan E.

Vitamin C dan E diberikan kerana berdasarkan kajian terdahulu, jika kedua-dua jenis vitamin tersebut diambil bersama mampu meningkat fungsi kardiovakular. Mereka mendapati memberikan supplemen barley grass mengurangkan paras jumlah kolesterol, kolesterol jahat dan oksigen radikal bebas. Barley grass dikesan bertindak sebagai pemakan radikal bebas.

Data juga menunjukkan barley grass apabila diambil bersama vitamin C dan E, lebih efektif dalam merendahkan paras radikal bebas berbanding mengambil barley grass atau vitamin sahaja. Para penyelidik tersebut membuat kesimpulan, mengambil supplemen barley grass dengan kombinasi vitamin anti oksidatif dipercayai memberikan kesan dan merangsaang fungsi kardiovaskular agar lebih sihat.

Kajian klinikal yang dilakukan secara berterusan turut menyokong dan meneruskan penemuan pengambilan supplemen barley grass mungkin menurunkan paras kolesterol darah dan radikal bebas.

“Bagi individu yang prihatian mengenai kesihatan kardiovaskular, kajian ini menunjukkan mereka dinasihatkan untuk memberikan penekanan kepada diet dengan sumber hijau, terutamanya barley grass organik,” kata Profesor Dr. Richard M. Gold, dari Perubatan Oriental Kolej Pacific.

Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.

Awal pagi

(10)

Melanjutkan kesegeran dan mood

Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.

Membakar lebihan lemak dalam badan

Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima.

Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.

Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari

Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji.

Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.

Aktiviti pembakaran kalori berterusan

ika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan.

Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.

(11)

kehidupan yang produktif.

Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.

Petang, malam

Realitinya tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:

Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan.

Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.

Lebih manfaat buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.

Referensi

Dokumen terkait

Persoalan besar dan sangat penting yang dihadapi oleh seseorang yang memutuskan untuk sungguh-sungguh mengikut Tuhan Yesus adalah: apakah dia masih boleh terlibat dalam upacara

teremar. Penularan melalui kulit terjadi pada aing tambang/ ankilostomiasis dan strongiloidiasis di mana telur terlebih dahulu menetas di tanah baru kemudian lar*a yang

Karena itu, untuk mengubah citra negatif birokrasi perijinan usaha dan investasi, Propinsi Jawa Timur menggagas dan melakukan penyederhanaan pelayanan perijinan

Jumlah aktivitas perdagangan melalui kegiatan pasar lelang karet ( Rp.Juta) - Dinas Perindag Provinsi Jambi Laporan hasil pendataan Laporan hasil lelang karet dan

Zirconia merupakan bahan keramik yang mempunyai sifat mekanis baik dan banyak digunakan sebagai media untuk meningkatkan ketangguhan retak bahan keramik lain diantaranya

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan pada tanggal 19 April 2019 terhadap 19 responden di Desa Lengko Namut, Puskesmas Mombok, Kecamatan Elar,

Pengguna hak pilih dalam Daftar Pemilih Khusus Tambahan (DPKTb)/pengguna KTP dan KK/Nama sejenis lainnyta.. Jumlah seluruh pengguna Hak

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI