• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 5 ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bab 5 ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)
(4)
(5)

103

|

C T U 5 5 1

Di akhir bab ini, pelajar dapat

1. Mengetahui senario dunia hari ini yang melihatkan bagaimana kuasa Barat menguasai dunia.

2. Mendalami peranan dan kuasa Barat dalam hubungannya dengan negara-negara Islam.

3. Memahami kedudukan negara-negara Asia dan Islam pada hari ini khususnya selepas kejatuhan kerajaan Islam.

(6)

104

|

C T U 5 5 1

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan.

Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang meresahkan hampir semua bidang kehidupan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca dari kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia.

Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks.

Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita

menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit

yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.

(7)

105

|

C T U 5 5 1

5 .1

DEFINISI HEGEMONI

Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep

hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.

Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna

pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya .

Hegemoni boleh didefinisikan sebagai "hegemony is the dominance of one group

over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance,

the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly,

cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony

controls the ways that ideas become 'naturalized' in a process that informs notions of

common sense."

Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang

didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense).

Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa.

(8)

106

|

C T U 5 5 1

Gerakan Hegemoni Barat

Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baru berasaskan kepada kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan mewujudkan kebebasan. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi dunia khususnya negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang:

a. Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian

senjata nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah.

b. Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat

c. Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran

ke Barat.

Hegemoni Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat kerana mereka menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini termasuk bahasa komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris iaitu bahasa utama peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Segala urusan pengantarabangsaan dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Barat juga mampu mendominasi dunia dengan polisi-polisi mereka kerana mereka jugalah yang menguasai ekonomi dunia. Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah penguasaan mereka. Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal mata wang di mana US Dollar dijadikan pengukur nilai mata wang dunia.

(9)

107

|

C T U 5 5 1

bawah pimpinan Osama ben Laden sebagai kumpulan yang bertanggungjawab merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan kumpulan pengganas ini.

Perluasan Hegemoni Melalui Dasar Luar Amerika Di Asia

Amerika Syarikat tidak pernah bebas daripada kecurigaan yang menjadi titik hitam dalam diri mereka khususnya terhadap negara-negara di Asia. Ini kerana dalam sejarah dunia, tidak ada mana-mana negara di benua lain yang sehebat negara-negara di Asia yang menentang dasar penjajahan dan kolonialisme Barat.

Dan dalam masa yang sama Amerika Syarikat begitu gigih menentang imperialisme dan percubaan kuasa-kuasa lain dalam meletakkan pengaruh politik mereka di kawasan Asia. Amerika Syarikat mampu memperoleh jajahan secara paksa sebagaimana yang pernah dibuktikan dengan merampas Filipina daripada Sepanyol.

Selepas berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam mentadbir dasar luar Amerika Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan antarabangsa mendapati peraturan yang menentukan rentak tari hubungan Amerika Syarikat dengan negara-negara lain telah mengalami perubahan pesat. Hubungan antarabangsanya bukan lagi sekadar mencakupi perhubungan serantau malah merentasi sempadan. Jangkauannya menjadi global atas dasar globalisasi dunia tanpa sempadan yang diamalkannya.

Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen globalisasi yang menghakis kecekapan dan kadaulatan sesebuah negara. Amerika juga pernah menyatakan kebimbangannya dengan kebangkitan China dari aspek ekonomi dan ketenteraan. China dengan pasaran domestiknya sentiasa menimbulkan kecemburuan Amerika Syarikat untuk menembus pasarannya.

(10)

108

|

C T U 5 5 1

negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah seperti Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran

Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar atau sebagai ketua polis dunia dan

antarabangsa akan terus melanjutkan tradisi dasar luarnya yang

menguntungkannya, sama ada dari segi ekonomi, politik, keselamatan dan apa sahaja yang boleh menjamin kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat seperti hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan hanyalah sebagai retorika kosong yang merendahkan lagi nilai kemanusiaan (K.S Nathan, 1987 : 45).

5 .2

DEFINISI G LO BA LISA SI

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.

(11)

109

|

C T U 5 5 1

Menurut Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Globalisasi pula didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Cendekiawan Barat secara umumnya memberi takrifan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia secara milik bersama.

Umumnya, globalisasi ialah suatu proses membuka keadaan, yang pada umumnya dapat difahami sebagai proses di mana sempadan negara-negara semakin runtuh dan seluruh alam buana ini semakin berubah menjadi satu unit. Di dalam unit global ini, hubungan adalah cepat dan rapat. Keadaan ini dikaitkan dengan perkembangan teknologi elektronik yang berkembang dengan pesatnya. Globalisasi adalah satu tatacara orde baru dunia yang dikatakan akan menggantikan sistem dunia dewasa ini. Melalui globalisasi, dunia dilihat tiada batasan sempadan (borderless world),

ketelusan (transparent), internationalism dan lain-lain lagi yang menjurus kepada

persaingan yang drastik dalam apa jua keadaan. Dunia dilihat sebagai satu fenomena di mana semua penduduknya mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing dalam semua bidang kehidupan

Secara komprehensif, globalisasi juga didefinisikan sebagai suatu himpunan pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal dan bukan fizikal, sama ada dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat berkait dan bergantungan sifatnya

Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban

(12)

110

|

C T U 5 5 1

Banyak pihak di dunia ini sedang menilai buruk baiknya globalisasi terutamanya globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar dalam Osman Bakar (2004), menyatakan bahawa terdapat lapan aspek positif globalisasi:

1. Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.

2. Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.

3. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat.

4. Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.

5. Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi.

6. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa ketidakkemanusiaan

mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.

7. Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.

8. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Jika diperhatikan, maka sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial. Dari segi keburukan globalisasi pula, tiga belas perkara yang disenaraikan oleh Chandra dalam Osman Bakar (2004) ialah

(13)

111

|

C T U 5 5 1

2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.

3. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara selatan.

4. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.

5. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar di negara-negara utara sendiri.

6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.

7. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.

8. Penyebaran budaya pop Amerika yang" menyegarkan pancaindera dan mematikan roh" .

9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.

10. Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

11. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.

12. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.

(14)

112

|

C T U 5 5 1

Isu-Isu Globalisasi

Media

Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam. Ilmu dan maklumat dengan mudah boleh diakses oleh sesiapa sahaja di dunia ini dengan kecanggihan teknologi internet dan komputer.

Barat sebagai pengasas alat komunikasi dunia dengan sendirinya mampu menjadi kuasa pertama yang mampu menghasilkan banyak syarikat-syarikat gergasi media cetak dan media elektronik. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu peristiwa itu diolah dan ditafsirkan oleh mereka bagi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu.

(15)

113

|

C T U 5 5 1 Ekonomi

Globalisasi ekonomi ialah antara dimensi globalisasi yang mampu memberi kesan secara tidak langsung kepada globalisasi dimensi lain. Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, pasaran saham diglobalkan dengan pelabur-pelabur asing boleh membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran. Dengan kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) .

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat dilihat melalui perluasan perusahaan melampui sempadan negara.

(16)

114

|

C T U 5 5 1 Politik

Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Untuk itu, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea-idea dan fahaman politik yang salah seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan hak-hak asasi manusia.

Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik globalisasi ialah fenomena

'deterritorialization' (penyalahwilayahan) iaitu satu proses dan tindakan politik yang

melintasi perbatasan wilayah negara. Dalam melaksanakan kuasa, terdapat penggunaan pemaksaan dan pemantauan secara sistematik melalui badan-badan berkuasa seperti tentera, polis dan sebagainya. Terdapat idea mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh seluruh umat manusia. Penyebaran idea ini diterajui oleh Amerika Syarikat

Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Namun hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah

negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan

dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom dan Perancis telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.

(17)

115

|

C T U 5 5 1 Budaya

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan bukan material dalam kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi perbatasan negara. Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat .

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan globalisasi budaya di bawah :

1. Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.

(18)

116

|

C T U 5 5 1

3. Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.

4. Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu, masyarakat dunia hari ini lebih terdedah kepada budaya hidup yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

5. Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992)

6. Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting antarabangsa dan digunakan secara global. Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh dunia, satu

proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai

maksud itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir penyeragaman budaya dan gaya hidup.

5 .3

KESA N PERKEM BA NG A N KO NTEM PO RA RI KEPA DA

M A SYA RA KA T DA N NEG A RA

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.

(19)

117

|

C T U 5 5 1

yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku pada abad-abad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan daIaman (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik

(20)

118

|

C T U 5 5 1

Pad a hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai globalisasi, kita amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak akan terlepas dari disentuh oleh konsep globalisasi. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.

(21)

119

|

C T U 5 5 1

(22)

Referensi

Dokumen terkait

Menggunakan visual fotografi yang simple dan modern dengan editing yang natural, menggunakan font Script pada bagian judul dan sans serif pada bagian isi, menggunakan

Output dari pendugaan Model Regresi dengan Kedua Peubah. Model 1: OLS, using observations 1-25 Dependent

Bahwa benar, sekira pukul 17.00 WIT Saksi-3 datang sambil membawa teh manis dua gelas, setelah itu Terdakwa dan Prada Selsius Kumuda langsung meminum teh

Untuk mengetahui hubungan antara pelaksanaan proses pemberian obat pelengkap oral kepada pasien di ruang rawat IRNA B dengan pelak- sanaan pelayanan o bat pelengkap oral yang

SNI ISO/ IEC 27001 yang diterbitkan pada tahun 2009 dan merupakan versi Indonesia dari ISO/ IEC 27001:2005, berisi spesifikasi atau persyaratan yang harus dipenuhi dalam

Berangkat dari pembahasan latar belakang tersebut, maka penulis tertarik untuk melakukan penelitian mengenai evaluasi pengelolaan koperasi berdasarkan Undang-Undang Nomor

Demikian Surat Keterangan ini kami buat sebagai pengganti KTP-el, dipergunakan untuk kepentingan Pemilu, Pemilukada, Pilkades,. Perbankan, lmigrasi, Kepolisian, Asuransi, BPJS,

Secara umum, uang dapat diartikan sebagai sesuatu yang dapat diterima secara umum sebagai alat pembayaran dalam suatu wilayah tertentu atau sebagai alat