• Tidak ada hasil yang ditemukan

Batu Bersurat Terenganu: Perspektif Geometri Segitiga.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Batu Bersurat Terenganu: Perspektif Geometri Segitiga."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Batu Bersurat Terenganu: Perspektif Geometri Segitiga

1

Khairuddin bin Omar

2

Mohd Sanusi bin Azmi

3

Mohammad Faidzul bin Nasrudin

4

Abdul Razak bin Salleh

5

Azizi bin Abdullah

1,3,5Pusat Teknologi Kecerdasan Buatan

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

2

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Malaysia

4Pusat Sains Matematik

Fakulti Sains Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

Abstrak: Batu bersurat yang dijumpai di Nusantara terutamanya Batu Bersurat Terengganu memberikan maklumat yang sangat berguna kepada sejarah Tanah Melayu. Melalui batu tersurat tersebut, banyak maklumat yang tersimpan rapi baik secara tersurat mahupun tersirat. Umum diketahui, tulisan yang digunakan oleh pemahat Batu Bersurat Terengganu ialah tulisan Jawi. Walau bagaimanapun, pemahat dan juga asal usul pemahat tidak dapat dipastikan memandangkan tiada maklumat yang tertera mengenainya. Untuk mengetahui maklumat mengenai pemahat dan juga asal usulnya, kajian paleografi digital sangat berguna untuk mengenal pasti jenis tulisan kaligrafi yang digunakan. Satu kaedah untuk menentukan jenis tulisan kaligrafi yang digunakan telah dicadangkan menggunakan kaedah geometri segitiga. Kaedah ini menentukan tiga koordinat penting pada setiap huruf tulisan jawi yang diekstrak dari Batu Bersurat Terengganu. Setiap huruf dipadankan dengan model yang terdapat di dalam Qalam al Sittah dan seterusnya jenis-jenis kaligrafi dapat ditentukan.

(2)

1. Pengenalan

Batu bersurat Terengganu telah dipahat pada 22 Februari 1303 menurut kajian yang dilakukan oleh Syed Muhammad Naquib al Attas (Mohd Yatim dan Nasir 2007). Bukti wujudnya tulisan jawi pada Batu Bersurat Terengganu menunjukkan Islam telah bertapak di Terengganu pada tarikh tersebut. Tulisan yang dipahat pada batu bersurat tersebut telah menggunakan tulisan Jawi yang berbahasa Melayu dan Sanskrit (Mohd Yatim dan Nasir 2007).

Tulisan yang terpahat itu menggambarkan masyarakat ketika itu telah menganut agama Islam dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian mereka. Walau bagaimanapun, asal kedatangan Islam, pemahat batu bersurat, tempat asal tulisan dicipta dan ketika pemerintahan siapa masih menjadi misteri (Mohd Yatim dan Nasir 2007).

Permasalahan-permasalahan yang dinyatakan di atas adalah disebabkan tidak tercatit maklumat lengkap seperti nama pemahat dan juga maklumat yang berkaitan dengan pemahat. Kajian untuk mengetahui asal usul tulisan dan juga pentarikhan manuskrip mahupun batu bersurat dapat dilakukan dengan melakukan kajian paleografi.

Paleografi ditakrifkan sebagai kajian manuskrip tulisan tangan kuno (Yosef et al. 2005). Bischoff (1990) menakrifkan paleografi sebagai seni melihat dan memahami. Brown (1994) pula memperincikan kajian tentang sejarah skrip termasuk huruf singkatan dan tanda bacanya serta penafsirannya. Manakala Derolez (2008) mengatakan paleografi adalah kajian menentutkan tarikh dan tempat asal bagi manuskrip yang tidak diketahui tarikh dan tempat asal. Manakala Sijpesteijn (2008) dipetik dari (Witkam 2009) menyatakan paleografi adalah sains untuk mengenal pasti tarikh dokumen-dokumen lama, begitu juga dengan paleografi arab adalah kajian kepada pembangunan skrip-skrip arab melalui masa dan tempat. Menurut Just (2009), kajian paleografi dunia barat boleh diaplikasikan kepada kajian paleografi arab.

Walaupun takrif yang diberikan di atas berkaitan dengan manuskrip di dalam bentuk kertas, namun kajian paleografi ini melihat kepada analisis perihalan bentuk huruf seperti huruf singkatan, tanda baca dan jenis tulisan kaligrafi yang digunakan untuk menentukan tarikh dan juga tempat asal manuskrip (Moalla et al. 2006), (Yosef et al. 2004), dan (Ciula 2005).

Pada masa kini, terdapat beberapa penyelidik yang telah menjalankan kajian mengenai paleografi berbentuk digital. Kajian tersebut tertumpu kepada domain

Roman, Hebrew dan Hindi. Sistem Paleografi digital yang pertama telah dibangunkan

pada 1999 oleh penyelidik dari Universiti Pisa yang dinamakan “System for

Paleography Instpector”. Malangnya, sistem ini tidak dapat disiapkan dan juga tidak

dapat digunakan oleh Jabatan Sejarah universiti tersebut. Sistem ini menggunakan kaedah sentroid dan juga tangen. Ciri yang digunakan oleh penyelidik ini tidak mencukupi dan tidak dapat diuji memandangkan sistem tersebut tidak menyokong sistem operasi windows xp, (Ciula 2005).

Pada Tahun 2004, kajian awalan paleografi untuk manuskrip Ibrani dilakukan oleh Yosef et al. (2004). Kajian yang dilakukan ini hanya mengambil kira lima huruf Ibrani. Beliau juga tidak menjustifikasikan pemilihan lima huruf tersebut. Teknik yang digunakan ialah berkisar kepada ruang-ruang yang terdapat pada huruf-huruf terbabit.

(3)

mengenalpasti jenis tulisan Roman. Namun, kaedah ini hanyalah mengumumkan jenis tulisan yang dominan pada manuskrip Roman.

Penyelidik India seperti Padma dan Vijaya (2009) dan juga Joshi, et al. (2007) telah melakukan kajian ke atas jenis tulisan Hindi yang digunakan. Walaupun, mereka tidak melabelkan kajian tersebut sebagai kajian paleografi digital, namun kaedah menentukan jenis tulisan adalah sebahagian dari unsur paleografi.

Padma dan Vijaya (2009) membahagikan imej pada manuskrip kepada bahagian utama selepas melakukan proses pra pemprosessan untuk mendapatkan lapan ciri yang digunakan untuk tujuan pengkategorian dan juga mengenalpasti jenis tulisan. Manakala Joshi, et al. (2007) pula mendapatkan profil tenaga dari imej dan

kekuatan relatif pada sudut bersambungan untuk dijadikan sebagai ciri untuk tujuan

pengelasan dan juga pengenalan.

Keterbatasan kaedah yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik yang disebutkan di atas, menghendaki satu kaedah lain yang boleh mengenalpasti jenis kaligrafi yang digunakan serta asal usul jenis tulisan itu. Satu kaedah yang disebut Model geometri segitiga diperkenalkan.

2. Kaligrafi: Kaitannya Dengan Bentuk Geometri Segitiga

Dalam dunia ketamadunan Islam, bentuk tulisan tangan juga mempunyai kategori yang tersendiri. Terdapat jenis-jenis kaligrafi yang popular seperti Kufi, Riq’ah, Nas’akh, Diwani, Diwani Jali dan Raihani (Sakkal 2003), (Mohd Sanusi 2003) dan (Mohd Sanusi et al. 2005). Setiap jenis kaligrafi ini diperkenalkan pada masa dan tempat yang berbeza. Kaligrafi kufi dicipta di Kuffah dan mula dijadikan piawai penulisan Al-Quran pada abad ke 8 selama hampir 300 tahun, manakala kaligrafi nasakh pula dibangunkan pada abad ke 10 dan telah diperkemaskan di Turki pada abad ke-16. Kemudiannya, tulisan ini telah dijadikan sebagai tulisan piawai untuk menulis Al-Quran. Kaligrafi jenis Nastaliq ataupun farsi ditemui pada abad ke 14 dan 15 di Iran. Uniknya bagi setiap kaligrafi, ia lahir pada zaman yang berbeza dan juga pada tempat yang berbeza.

Di Tanah Melayu, kajian yang dilakukan oleh Mohd Sanusi (2003) ke atas manuskrip Merong Mahawangsa telah membawa kepada penemuan bahawa erotan dan pencongan tulisan jawi mempunyai kaitan kepada jenis tulisan yang digunakan. Malah menurutnya, di dalam manuskrip tulisan jawi tersebut terdapat beberapa jenis tulisan iaitu nasakh, thuluth dan riq’ah. Hasil dapatan beliau mampu memberikan input berguna kepada kajian paleografi tulisan jawi.

Di dalam kitab Undang-undang Melayu, menurut Abd. Rahman (1994), kitab ini ditulis oleh 3 orang penulis yang berlainan bersandarkan jenis kaligrafi yang berbeza pada halaman 1-10, 11-16 dan 17-32. Menurutnya, pada bahagian pertama iaitu halaman 1-10, tulisan kaligrafi yang digunakan berbeza dengan kaligrafi nasakh atau thuluth yang piawai. Tampaknya, bentuk kaligrafinya lebih bulat dan pendek seolah-olah ianya tulisan jawa atau pun sanskrit. Pada bahagian kedua, ianya mempunyai elemen kaligrafi thuluth dan pada bahagian ketiga, bentuknya berubah kepada lebih berbentuk empat segi.

(4)

Kajian di dalam bidang pemprosesan imej dan pengelihatan komputer sudah sebati dengan penentuan bentuk atau jenis kaligrafi seperti yang telah dikaji oleh Bilal et al. (2011), dan ialah mencirikan bentuk huruf yang terdapat pada skrip sama ada arab, farsi atau jawi. Satu daripada ciri yang digunakan ialah bentuk geometri segitiga seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 1. Satu kajian yang menggunakan ciri bentuk ini dilaksanakan oleh Han Junjun (2008) yang menggunakan kaedah keserupaan segitiga untuk menjejak pinggir imej berwarna.

Terdapat empat jenis geometri segitiga iaitu sama sisi, sama kaki, bersudut tepat, dan sisi tak sama kaki dan kesemua jenis ini mempunyai variasi bentuk yang berbeza-beza dari segi saiz sisi dan sudutnya. Dalam hal ini setiap huruf jawi boleh diwakilkan dengan 3 titik koordinat penting yang dimulai dari titik awal huruf hingga ke pangkal huruf.

Rajah 1: Contoh geometrik segitiga pada huruf Jawi. (a) – (h) berbentuk sisi tak sama kaki dan kesemua jenis ini mempunyai variasi bentuk yang berbeza-beza dari

segi saiz sisi dan sudutnya.

Jadual 1 menunjukkan satu contoh bagaimanakah suatu huruf jawi (huruf ra) boleh dimodelkan menjadi blok segitiga. Titik tengah memainkan peranan penting kerana titik tengah diperoleh dengan mendapatkan nilai

sentroid piksel hitam yang mewakili huruf terbabit. Selain dari itu struktur huruf

(5)

Jadual 1: Contoh Model Segitiga pada Huruf Jawi

Maklumat Koordinat dan Model Huruf Model Huruf yang dihasilkan oleh atur cara

Titik 1 x : 21 y : 17 Titik 2 x : 13 y : 23 Titik 3 x : 3 y : 27

huruf ra

Model segitiga yang diwakilkan oleh huruf ra di dalam batu bersurat.

Bentuk model menerangkan bahawa

Pernomboran pada bahagian atas dan kanan menunjukkan koordinat piksel.

3. Model Persepsi Untuk Mengenal Pasti Kaligrafi Di Batu Bersurat Terengganu

Metodologi yang digunakan di dalam menentukan jenis kaligrafi yang terdapat di dalam Batu Bersurat Terengganu ialah

i. Pengumpulan Data, ii. Pra-pemprosesan,

iii. Pengekstrakan Ciri dan teknik cadangan, dan iv. Uji kaji.

Pada bahagian teknik cadangan akan diperincikan kerana teknik ini adalah teknik baru untuk Paleografi Digital Jawi yang sedang dikaji di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

a. Pengumpulan Data

Batu Bersurat Terengganu bertulisan jawi yang ditulis pada 22 Februari 1303 diperoleh dari laman sesawang:

(6)

Imej ini diperbandingkan dengan imej di dalam Mohd Yatim & Nasir (2007) untuk memastikan kesahihan tulisan dan bentuknya. Tujuan digunakan imej di dalam laman sesawang kerana imej tersebut mempunyai saiz yang lebih besar yang sesuai digunakan untuk pemprosesan imej.

b. Prapemprosesan

Imej batu bersurat pada muka satu akan dilakukan pensegmenan secara manual dan dipilih setiap huruf secara rawak sebanyak 40 huruf. Huruf-huruf ini mewakili jenis kewujudannya di dalam tulisan jawi iaitu secara tunggal, di awal, tengah dan akhir perkataan. Pensegmenan secara manual dilakukan adalah berasaskan kepada teknik yang digunakan oleh penyelidik paleografi Ibrani (Itay Bar Yosef et al. 2004).

Imej yang telah dilakukan penemberengan akan dilakukan pengambangan dengan nilai ambang 127. Terdapat juga imej yang digunakan nilai ambang 180. Proses pengambangan ini akan menjadikan imej dari bentuk RGB kepada bentuk perduaan. Rajah di bawah menunjukkan imej manuskrip asal, pengambangan nilai 127 dan juga 180. Imej yang tidak menghasilkan kualti yang baik pada nilai ambang 127 akan dijadikan kepada nilai ambang 180. Manakala imej yang mempunyai kualiti piksel hitam yang baik dikekalkan kepada nilai ambang 127. Jadual 2 di bawah menunjukkan keputusan nilai ambang 127 dan 180.

Jadual 2: Penukaran Format Imej Menggunakan Nilai Ambang 127 dan 180

Imej Asal Nilai ambang 127 Imej diwakilkan Nilai ambang 180 Imej diwakilkan

(7)

Imej yang telah dilakukan pengambangan akan dibersihkan dari piksel-piksel yang tidak berkaitan. Adalah menjadi satu kebiasaan kepada imej dari artifak lama seperti dari batu bersurat dan juga manuskrip mempunyai kualiti imej rendah, beza jelas, keamatan yang kabur dan juga comot akibat penuaan mahupun hakisan angin (Yosef et al. 2004), (Yahya et al. 2009). Setelah penyingkiran piksel-piksel yang tidak berkaitan dilakukan, imej adalah tersedia untuk diekstrak cirinya menggunakan geometri segitiga.

c. Pengekstrakan Ciri Kaligrafi

Pengektrakan ciri di dalam kajian ini menggunakan kaedah blok segitiga. Proses yang dilalui pada proses ini terbahagi kepada tiga:

i) pemilihan tiga koordinat penting, ii) mengenalpasti jenis blok segitiga, dan

iii) mendapatkan ciri berasaskan kepada rumus segitiga tak sama kaki (scalene).

Terdapat 21 ciri berguna diperoleh dari segitiga tak sama kaki yang dapat digunakan dalam mengenalpasti jenis tulisan kaligrafi yang digunakan oleh pemahat Batu Bersurat Terengganu.

i. Pemilihan tiga koordinat penting

Pemilihan koordinat untuk blok segitiga memerlukan imej yang bersih dari hingar yang mungkin membuatkan pemilihan tersebut tidak tepat. Hasilnya pula tidak memberikan ciri sebenar blok segitiga bagi huruf yang diuji.

Pemilihan 3 koordinat adalah berasaskan kepada taburan piksel hitam pada huruf yang dipilih. Tiga titik utama dipilih dan dilabelkan seperti pada Jadual 3 berikut:

Jadual 3: Lokasi Piksel Hitam Pilihan dan Perwakilan Sudut

Titik piksel

Lokasi Piksel pilihan

Label dalam Segitiga

Garis antara titik ke titik berikutnya

Sudut

Titik 1 Piksel hitam pertama yang dijumpai dari sebelah kanan huruf

A b dan c A

Titik 2 Piksel hitam pertama yang dijumpai pada sebelah kiri huruf

C a dan b C

Titik 3 Piksel sentroid huruf yang dipilih

B a dan c B

(8)

Jadual 4: Koordinat Tiga Titik Pilihan

Segitiga Imej Koordinat

Titik 1 x : 21 y : 17 Titik 2 x : 3 y : 27 Titik 3 x : 13 y : 23

ii. Membentuk model Blok Segitiga

Hasil kajian yang dilakukan ke atas tiga koordinat yang dipilih. Jika A ditetapkan sentiasa berada pada sebelah kanan, C di sebelah kiri dan B di antara A dan B, maka kemungkinan model geometri Segitiga yang dapat dihasilkan ialah enam blok. Rajah 2 di bawah menunjukkan geometri segitiga.

(a) (b)

(c) (d)

(e) (f)

Rajah 2: Model Geometri Segitiga

Geometri dihasilkan pada rajah di atas adalah berasaskan kepada koordinat y bagi titik A, B dan C seperti yang di tunjukkan pada Jadual 5 di bawah:

(9)

Jadual 5: Kedudukan Koordinat y di dalam Model Geometri Segitiga

Blok Kedudukan koordinat y

A B C D E F

iii. Pengekstrakan Ciri dari segitiga tak sama kaki

Setelah proses pembentukan blok segitiga telah dilaksanakan. Proses berikutnya adalah dengan mengekstrak ciri dari blok-blok segitiga berasaskan kepada koordinat-koordinat yang diperoleh dari huruf. Terdapat 21 ciri yang diekstrak dan termasuklah jenis geometri. Jadual 6 di bawah menunjukkan ciri yang diekstrak dari geometri-geometri segitiga yang dicadangkan pada Rajah 1 dan Rajah 2.

Jadual 6: Ciri dari Segitiga Tak Sama Kaki

Ciri Nama Ciri Keterangan

1 Geometri Geometri segitiga yang mewakili tiga koordina

2 a Sisi B(x,y) ke C(x,y)

3 b Sisi A(x,y) ke C(x,y)

4 c Sisi A(x,y) ke B(x,y)

5 Nisbah c/a Nisbah panjang sisi c dibandingkan dengan sisi a

6 A Sudut A

7 B Sudut B

8 C Sudut C

9 Sudut A ke B Sisi b diperoleh sudut dari garis lurus titik A. Untuk mendapatkan kecondongan titik B

10 Area Luas segitiga

11 Pembahagi sudut sama a (ta)

12 Pembahagi sudit sama b (tb)

13 Pembahagi dua

sama sudut c (tc)

14 Median sisi ma Garisan yang memotong sama rata sisi a dari titik

A

15 Median sisi mb Garisan yang memotong sama rata sisi b dari titik

B

16 Median sisi mc Garisan yang memotong sama rata sisi c dari titik

B

17 Ketinggian ha Altitud bagi garisan a

18 Ketinggian hb Altitud bagi garisan b

19 Ketinggian hc Altitud bagi garisan c

20 Jejari Bulatan Terhad

Jejari Bulatan Triangle

21 Jejari bulatan yang diinskripsi

(10)

4. Contoh Hasil

Pada fasa uji kaji, huruf-huruf yang dipilih dari Batu Bersurat Terengganu akan ditentukan jenis huruf jawi dan juga jenisnya iaitu huruf tunggal, depan, tengah mahupun belakang.

Huruf-huruf ini akan dilarikan menggunakan algoritma yang dibina sendiri berasaskan kepada kaedah yang dicadangkan. Seterusnya, keputusan dari dapatan huruf ini akan diperbandingkan dengan keputusan sedia ada iaitu enam jenis tulisan kaligrafi yang diperoleh dari perisian k-Jawi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) dan juga dari font Arab yang diperoleh dari Tuan Haji Hamdan Abdul Rahman. Keputusan dari ujikaji tersebut dijadikan sebagai piawai bagi jenis-jenis kaligrafi yang digunakan di dalam manuskrip mahu pun batu bersurat. Keputusan uji kaji akan dibahagikan kepada tiga jadual. Jadual 7 di bawah menunjukkan keputusan uji kaji yang dilaksanakan untuk mendapatkan geometri segitiga dan membandingkan dengan geometri yang mewakili kaligrafi Diwani, Farisi, Kufi, Nasakh, Riq’ah dan Thuluth.

Jadual 7: Keputusan Uji kaji

Bil. Imej Jawi

Huruf Posisi Geometri

Segitiga Jenis Kaligrafi

1

Rha Tunggal D Diwani, Farisi, Kufi,

Nasakh, Thuluth, Riq’ah

2

Alif Tunggal F Nasakh, Thuluth

3

Alif Tunggal F Nasakh, Thuluth

4

Lam Depan D

Diwani, Farisi, Kufi, Nasakh, Thuluth, Riq’ah

5

Wau Tunggal D Diwani, Nasakh, Riq’ah

6

Rha Tunggal D

Diwani, Farisi, Kufi, Nasakh, Thuluth, Riq’ah

7

wau Tunggal D Diwani, Nasakh, Riq’ah

8 sin Depan C Tidak tersenarai

9

Tidak pasti Tunggal D Tidak Tersenarai

10

(11)

Jadual 7: Keputusan Uji kaji (sambungan)

Bil. Imej Jawi

Huruf Posisi Geometri

Segitiga Jenis Kaligrafi

11

Tidak pasti Tunggal F Tidak Tersenarai

12

Ha Hujung F Tidak tersenarai

13

dal Tunggal D Diwani, Farisi, Nasakh,

Thuluth, Riq’ah

14

ain Depan D Diwani, Farisi, Nasakh,

Thuluth, Riq’ah 15

Tidak pasti Depan C Tidak Tersenarai

16

Tidak pasti Tunggal B Tidak Tersenarai

17

sin Depan C2 Tidak tersenarai

18

alif Hujung B

Diwani, Farisi, Nasakh, Thuluth, Riq’ah

19

sin Tengah B Tidak tersenarai

20 fa Depan B1 Farisi

21

Tidak pasti Hujung A1 Tidak Tersenarai

22

alif Tunggal C Kufi, Riq’ah

23

dal Tunggal D Diwani, Farisi, Kufi,

Nasakh, Thuluth, Riq’ah

24

Tidak pasti Depan D Tidak Tersenarai

25

Tidak pasti Tengah E Tidak Tersenarai

26

Alif Hujung B Tidak Tersenarai

27

rha Tunggal D Diwani, Farisi, Kufi,

Nasakh, Thuluth, Riq’ah

28

alif Tunggal D1

Diwani, Farisi, Kufi, Nasakh, Thuluth, Riq’ah

29

kaf Tunggal D Diwani, Nasakh, Thuluth

30

(12)

Jadual 7: Keputusan Uji kaji (sambungan)

Bil. Imej Jawi

Huruf Posisi Geometri

Segitiga Jenis Kaligrafi

31

alif Hujung A Tidak tersenarai

32 mim Depan E Tidak Tersenarai

33

kaf Tengah D Tidak tersenarai

34

kaf Tengah D Tidak Tersenarai

35

alif Tunggal D Diwani, Farisi, Kufi,

Nasakh, Thuluth, Riq’ah

36

Kaf Depan D Diwani, Nasakh

37

alif Hujung B Diwani, Farisi, Nasakh,

Thuluth, Riq’ah

38

sin Depan A1 Tidak tersenarai

39

fa Depan D Diwani, Nasakh, Riq’ah,

Thuluth

40

dhad Tunggal D Diwani, Thuluth, Nasakh,

Kufi,

Pada Jadual 8 bilangan Jenis kaligrafi terdapat pada huruf yang diuji. Manakala pada Jadual 9 pula menunjukkan bilangan penampakan geometri segitiga pada huruf yang diuji.

Jadual 8: Bilangan Penampakan Kaligrafi

Nama Kaligrafi Bilangan Kaligrafi

Diwani 18

Farisi 12

Kufi 8

Nasakh 20

Riq’ah 16

Thuluth 16

Tidak Tersenarai 18

Jadual 9: Bilangan penampakan dan Jenis Geometri segitiga

Geometri Segitiga

Bilangan Geometri Segitiga

A 4

B 6

C 4

D 20

E 2

F 4

(13)

melabelkan huruf tersebut sebagai tidak tersenarai memandangkan tidak dapat dibuat padanan pada huruf yang telah dipiawaikan.

Uji kaji dilaksanakan dengan imej dari Batu Bersurat Terengganu yang telah dilakukan penemberengan kepada huruf-huruf tunggal kerana Model Geometri Segitiga yang dicadangkan menggunakan pendekatan tempatan. Model ini akan menentukan setiap perwakilan jenis kaligrafi pada setiap huruf yang dilakukan uji kaji.

5. Perkembangan dan Perluasan

Kertas seminar ini, hanya mengkaji kepada model geometri segitiga yang telah dimodelkan dan dipadankan dengan geometri yang diperoleh dari huruf-huruf pada batu bersurat yang telah diuji. Walau bagaimanapun, 20 ciri segitiga tak sama kaki tidak digunakan untuk menentukan keseluruhan huruf yang diuji dengan piawaian yang digunakan memandangkan tujuan kertas ini untuk membincangkan model segitiga dan jenis kaligrafi yang diwakili oleh huruf-huruf Batu Bersurat Terengganu. Berdasarkan kepada perwakilan geometri segitiga, ketepatan kepada jenis kaligrafi yang diwakili hanya dapat ditentukan dengan melakukan analisis ciri segitiga tak sama kaki yang telah diekstrak. Kajian ini akan diperluaskan lagi menggunakan Model Persepsi yang boleh mengeksploit geometri segitiga dan di uji pada imej manukrip jawi lain.

6. Penghargaan

Di dalam menjayakan kajian ini, ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Hamdan Abdul Rahman, mengenai khidmat beliau menerangkan mengenai bahasa Melayu pada batu bersurat dan juga memberikan kami perisian k-Jawi serta font arab yang digunakan sebagai piawai kaligrafi di dalam kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Muzium Terengganu kerana telah menanggung keseluruhan pembiayaian seminar ini.

Rujukan

Abd. Rahman, Mohamad Jajuli. 1994. Teks undang-undang melayu pertengahan

abad kelapan belas. 1st ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anon. Batu Bersurat Terengganu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganu. (12 Mac 2011) Bilal Bataineh, Siti Norul Huda Sheikh Abdullah, & Khairuddin Omar, 2011.

Generating an Arabic Calligraphy Text Blocks for Global Texture Analysis.

Proceeding of the International Conference on Advanced Science, Engineering and Information Technology 2011, Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya, Malaysia, 14 - 15 January 2011, pp. 151-155. ISBN

978-983-42366-4-9.

(14)

Brown, Michelle P. 1994. Understanding illuminated manuscripts. A guide to

technical terms. Los Angeles: Getty Publications.

Ciula, Arianna. 2005. Digital palaeography : using the digital representation of medieval script to support palaeographic analysis. Digital Medievalist 1 (Spring 2005): 1-31. ISSN: 1715-0736.

Han Junjun; Zhao Jingxiu; Wang Mian, 2008. An Approach of Color Image Edge Detection Based on Triangle Similarity. ISECS International Colloquium on

Computing, Communication, Control, and Management, 3-4 Aug.2008. CCCM '08. pp. 129 – 132.

Joshi, Gopal Datt, Saurabh Garg, & Jayanthi Sivaswamy. 2007. A generalised framework for script identification. Int. J. Doc. Anal. Recognit. 10(2): 55-68. Witkam, J. J. 2009. The didactics of Palaeography. TIMA’s Workshop on

Codicology, Cambridge, September 8, 2009.

http://www.islamicmanuscripts.info/files/Didactics%20of%20Palaeography.pdf (12 Mac 2011)

Moalla, I., .M. Alimi, F. Lebourgeois, & H. Emptoz. 2006. Image Analysis for Palaeography Inspection. Second International Conference on Document

Image Analysis for Libraries (DIALʼ06) : pp. 303-311.

doi:10.1109/DIAL.2006.20.

http://ieeexplore.ieee.org/lpdocs/epic03/wrapper.htm?arnumber=1612972. Mohd Sanusi Azmi. 2003. Pereka Yasaan Erotan dan Pencongan Tulisan Jawi

Tangan(PEPT) manuskrip Merong Mahawangsa. Tesis Sarjana, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Sanusi Azmi, Khairuddin Omar, & Azizi Abdullah. 2005. Perekayasaan Histogram Orientasi Kecerunan Mengesan Erotan dan Pencongan manuskript Merong Mahawangsa. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 2: 63-79. Mohd Yatim, Othman, & Abdul Halim Nasir. 2007. Epigrafi Islam Terawal di

Nusantara. 2nd ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Padma, M C, & P A Vijaya. 2009. Identification Of T Elugu, Devanagari & English Scripts Using Discriminating. Journal of Computer Science, 1(2): 64-78.

on Arabic and Chinese handwriting recognition, pp. 22-35.

Yahya, Sitti Rachmawati, SNHS Abdullah, K. Omar, M. S. Zakaria, & C. Y. Liong. 2009. Review on image enhancement methods of old manuscript with the damaged background. 2009 International Conference on Electrical

Engineering and Informatics (August): pp. 62-67.

doi:10.1109/ICEEI.2009.5254816.

http://ieeexplore.ieee.org/lpdocs/epic03/wrapper.htm?arnumber=5254816. Yosef, I. B., Kedem, K., Dinstein, I. H., Beit-Arie, M. & Engel, E. 2004.

Classification of hebrew calligraphic handwriting styles: Preliminary results.

Referensi

Dokumen terkait

Puji dan syukur atas kehadirat Allah SWT atas karunia-Nya dan hanya dengan izin-Nya penulis dapat menyelesaikan Mata Kuliah Perancangan Arsitektur Akhir serta

Jadi DBMS merupakan software (dan hardware) yang khusus didesain untuk melindungi dan memanage Database atau dapat diartikan sebagai suatu sistem inFormasi yang

Tabel 1 memberikan informasi bahwa tidak terdapat perbedaan yang nyata antara bibit kelapa sawit yang mendapatkan aplikasi B dan Si melalui daun dengan bibit yang tidak mendapat-

Penelitian ini menunjukkan bahwa pasien yang akan menjalani persalinan dengan sectio caesarea sebagai responden dilihat dari umur sebagian besar responden mempunyai umur

mencocokkan kartunya sebelum batas waktu diberi poin. 6) Setelah satu babak kartu dikocok lagi agar tiap siswa mendapat kartu yang berbeda dari sebelumnya. Berdasarkan

Korelasi yang diperoleh antara peningkatan hasil belajar siswa dengan aktivitas belajar siswa rendah yang positif sempurna, dengan demikian peneliti menyarankan

Menguasai materi, struktur, konsep pola pikir Merencanakan dan Melakukan penataan kamar tamu Menentukan prioritas kamar yang akan dibersihkan keilmuan yang mendukung mata pelajaran

Dimana revolusi mental hanya bisa dilakukan dengan cara menguatkan kembali nilai-nilai Pancasila yang diinternalisasikan dalam pendidikan, dihayati individu, dan tecermin dalam