-Bahasa di sisi Ibn Khaldun ; tinjauan
ringkas-Dr. Muhammad Mahjub, seorang pemikir Tunisia pernah menyatakan dalam sebuah wawancara1,
baha-wa Muqaddimah Ibn Khaldun (w808H - 1406M) merupakan pembacaan hermeneutik kepada Kitab al-Ibar. Penterjemahan judulnya kepada Prolegomena adalah tepat, kerana isinya yang menampilkan ke-peribadian Ibn Khaldun yang bukan sekadar seorang pakar sejarah yang agung, bahkan ahli falsafah yang mampu menyimpulkan perkaitan antara satu pengkhususan dengan pengkhususan yang lain, de-mikian membina dan mengadun teori-teori yang mendahului zamannya, berdasarkan himpunan pemer-hatian dan pengalaman beliau. Ia disifatkan oleh azZirkili dalam Alam-nya sebagai rujukan utama da-lam Sosiologi. Kajian-kajian moden berkenaan Ibn Khaldun telah banyak membantu kita memahami genius beliau menurut perspektif keilmuan yang pelbagai, di antaranya ialah bidang Bahasa. Sementara terlalu banyak kajian mutakhir telah dilakukan berkenaan Teori dan Falsafah Bahasa Ibn Khaldun, da-lam bentuk tesis dan kertas kerja, manakala kertas kecil ini hanyalah bertujuan selaku tinjauan ringkas kepada idea Bahasa di sisi Ibn Khaldun, bagaimana ia berasal dan bagaimana ia berkembang dan diu-bah, falsafah makna, serta perkaitannya dengan ilmu-ilmu lain sepertimana yang diisyaratkan beliau sendiri dalam Muqaddimah, sumber primer kajian ini. Allah alMuwaffiq.
***
Ibn Khaldun menyebutkan tentang bahasa ketika membincangkan ilmu Nahu, kata beliau,
Ketahuilah! Sesungguhnya Bahasa, yang biasa dikenali, ialah ibarat/pernyataan sang penutur akan perkara yang dimaksudkannya. Pernyataan itu merupakan perbuatan lisan yang muncul daripada al-Qasd/niat untuk menyampaikan maksud berkata. Tidak boleh tidak, ia menjadi sebuah malakah/kema-hiran yang tetap pada anggota badan yang melakukannya, iaitulah lisan. Ia (perbuatan) tersebut (ada) pada setiap umat, berdasarkan persepakatan mereka.
2
Beliau menyambung huraiannya, setelah menceritakan bahagian-bahagian ilmu bahasa (Nahu, Ba-yan/Retorik, Bahasa, dan, Sastera), di bawah topik khas, Bahasa itu kemahiran berteknik/malakah sina iyyah.
Ketahuilah! Sesungguhnya Bahasa-bahasa itu, seluruhnya merupakan kemahiran yang mirip kepada kraf, ia adalah kemahiran yang ada pada lisan untuk mengungkapkan makna-makna. Kemantapan dan kelemahannya (pengungkapan) tergantung kepada penyempurnaan kemahiran ini atau tidak. Bukanlah (kemahiran itu) dengan melihat kepada mufradat (satu-satu perkataan) tapi kepada tarakib (gabungan daripada perkataan-perkataan).
3
Kita dapat simpulkan beberapa perkara daripada kenyataan Ibn Khaldun ini. Pertama, bahasa adalah kemahiran lisani. Kedua, bahasa adalah yang bermakna. Ketiga, berbahasa adalah pilihan/by choice, kerana dimulai daripada alQasd. Keempat, kemahiran lisani tersebut dinilai berdasarkan sesempurna mana menyampaikan makna, berdasarkan gabungan perkataan. Kelima, bahasa itu ada berdasarkan per-sepakatan antara unit sosial untuk menyampaikan dan menerima makna (bahasa sebagai komunikasi). Asas kepada kemahiran lisani ini, ialah pendengaran, kata beliau, Pendengaran adalah bapa (asas)
ke-1Boleh diikuti di sini; https://www.youtube.com/watch?v=XmLoprpAxpo (retrieved ; 20.7.2016) 2Diwan alMubtada
wal Khabar fi Tarikh alArab wal Barbar wa man aasarahum min Dzawis Syanil Akbar, tahqiq : Khalil
Syahadah, cet ; Kedua 1988M, Dar alFikr. 1/753. (versi Maktabah Syamilah - judul : Tarikh Ibn Khaldun)
pada kemahiran lisani.
4Dengan adanya pendengaran, maka kemahiran berbahasa pada seseorang bisa
dijana sehingga sempurna menyampaikan maksud, berdasarkan apa yang disepakati oleh mujtamak. Beliau menjelaskan bagaimana huruf dan harakat dalam bahasa Arab boleh menyampaikan maksud,
Ia adalah kemahiran pada lisan mereka, yang terkemudian mengambilnya daripada yang terdahulu
se-pertimana kanak-kanak kita pada zaman kini mengambil bahasa daripada kita.
5 Beliau menjelaskan
lagi bagaimana kemahiran ini bisa berkembang,Kemahiran tidak terhasil melainkan dengan
pengulan-gan perbuatan, kerana apabila sesuatu perbuatan dilakukan pada pertama kalinya, ia akan kembali ke-pada dzat/diri pelaku sebagai sebuah sifat. Kemudian apabila ia berulang, maka ia akan berubah menja-di hal/state. Apa yang menja-dimaksudkan dengan hal ialah sifat yang belum kukuh. Kemumenja-dian, bertambahlah pengulangan sehingga ia menjadi malakah/kemahiran, yakni sifat yang kukuh.
Terdapat kemiripan hebat antara apa yang dikemukakan Noam Chomsky sebagai Language Acquisition Device (LAD), dengan apa yang dinyatakan Ibn Khaldun,Seorang penutur daripada bangsa Arab,
ker-ana kemahiran berbahasa Arab itu ada pada mereka (bangsa Arab) ; dia mendengar percakapan ahli se-zamannya, laras bahasa mereka dalam dialog-dialog mereka, dan cara mereka mengungkapkan maksud ; sepertimana seorang kanak-kanak mendengar penggunaan satu-satu perkataan berdasarkan maksud-nya yang tepat, dia akan mengulangimaksud-nya/talqin, kemudian dia mendengar gabungan perkataan-perka-taan tersebut, dan mengulanginya juga. Mereka sentiasa mendengarkan perkara-perkara baru daripada setiap penutur dan cara penggunaannya juga berulang-ulang, sehinggalah ia menjadi satu kemahiran dan sifat yang kukuh (pada dirinya), lalu dia menjadi seperti mereka (mahir berbahasa). Demikian, ber-pindahnya bahasa kepada generasi demi generasi dan dipelajari oleh orang ajam (non-arab) dan juga kanak-kanak.
6Ibn Khaldun tidak menteorikan bagaimana akal terlibat dalam proses pemerolehan
ba-hasa, semaju Chomsky,The language acquisition device is only one component of the total system of
intellectual structures that can be applied to problem solving and concept formation ; in other words,the faculte de language is only one of the faculties of the mind.
7namun dengan menyatakan sisi teknis
pe-merolehan bahasa dan mewakilkan alQasd sebagai tujuan utama untuk berbahasa, merujuk kepada ba-hasa Arab, beliau telah menggagaskan teori pemerolehan baba-hasa yang bersifat teknikal, boleh dipelajari
dan sepakat/ istilahiy.
Teori pemerolehan bahasa Ibn Khaldun ini dikaitkan beliau sebagai punca rosaknya kemahiran berba-hasa, kata beliau,Kemahiran ini rosak di sisi qabilah Mudhar ialah kerana mereka bercampurgaul
den-gan non-arab. Sebab kepada kerosakannya ialah anak-anak muda pada satu-satu generasi mendengar-kan carapernyataan tentang maksudyang berbeza dengan cara bangsa Arab, lalu cara (yang lain itu)
dipraktikkannya, dek banyaknya pergaulan bangsa Arab dengan lainnya. Dia mendengarkan cara bang-sa Arab juga (pada mabang-sa yang bang-sama). Ia (kemahiran tersebut) bercampuraduk, dia mengambilnya dari-pada situ dan sini sehinggalah dia mencipta satu kemahiran (berbahasa yang baru) yang kurang sempur-na berbanding yang awalnya. Inilah yang dimaksudkan sebagai rosaknya lisan Arab (kemahiran berba-hasa Arab). Nativisme yang dianut beliau menguatkan lagi premis kita pada memiripkan teori beliau
dengan Chomsky. Kemampuan manusia untuk mengadun bahasa-bahasa, sehingga berubah menjadi
bahasa rojak(kemahiran berbahasa yang baru), juga diiktiraf Ibn Khaldun. Sementara Chomsky
men-syaratkan Nahu TG untuk memilikidescriptive adequacy & explanatory adequacy, selaku bukti
kepa-da wujudnya keupayaan generatif yang tegas/strong generative capacity.8Bahasa rojak/Pidgin,
merupa-kan fenomena kreatif manusiawi yang didalangi aspek mental generatif. Ataukah ia merupamerupa-kan cara
Al-4Ibid, 1/754. 5loc cit. 6Ibid, 1/765.
7Lihat : Teori dan Kaedah Nahu : Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran, Asmah Haji Omar, cet : Pertama 2011M, Dewan
Bahasa & Pustaka, ms 167.
lah mendidik manusia berbahasa, menerusi gabungan ilham dan mental generatif manusia?
Beliau menyatakan asal-usul kepada bahasa Arab, ialah anNaql/pindahan tradisi lisan, bila mengata-kan,Ketahuilah! Sesungguhnya anNaql yang mensabitkan bahasa (Arab) ialah anNaql daripada
bang-sa Arab bahawa mereka pernah menggunakan kata-kata sekian untuk makna-makna sekian. Janganlah engkau katakan, bahawa merekalah yang mengasaskannya/menciptanya, kerana (dakwaan tersebut) adalah tidak berasas lagi jauh, dan ia tidak pernah diketahui daripada sesiapapun daripada kalangan mereka.
9 Ia sebenarnya dibayangi oleh perpihakan beliau kepada Asyairah, mazhab akidah yang
dia-nuti beliau10, berkenaan asal-usul bahasa manusia. Asyairah berpendapat bahawa asal-usul bahasa ialah
atTauqif (setiap lafaz dan makna telah ditetapkan oleh Allah semenjak azali - bandingkan dengan teori Adamic Language), selaku hujah menguatkan pendapat bahawa alQuran merupakan Kalamullah. Se-mentara lawan mereka, Muktazilah (dikepalai Bahasyamiyyah di Basrah), berpendapat bahawa asal-usul bahasa ialah al-Istilah (persepakatan manusia bahawa lafaz sekian untuk makna sekian), selaku hu-jah menguatkan pendapat bahawa alQuran adalah makhluk.11 Demikian, kita dapat membaca teori
Ba-hasa Ibn Khaldun dengan lebih jelas, bahawa beliau cuba mengadunkan dapatan beliau berkenaan teori pemerolehan bahasa, dengan akidah yang diimani beliau bahawa bahasa bersifat atTauqif. Chomsky membina Nahu Transformasi-Generatifnya berdasarkan binaan Cogito Carthesian yang mentalistik, ba-hawa ia kemahiran berbahasa yang bersifat innate/sejadi, dan nahu merupakan aspek kreatif manusia yang membezakannya daripada binatang.12Sementara Ibn Khaldun membina teori bahasanya
berdasar-kan pegangan akidah bahawa ia atTauqif, bahawa Allah mengajarberdasar-kan bahasa kepada manusia (surah al-Baqarah ayat 31, surah arRahman, ayat 4, bandingkan dengan ; Bible, Genesis 2 : 19-20, vr. NKJV) Andaian kepada wujudnya perkaitan (akidah-bahasa) ini, dikuatkan lagi dengan permasalahan susulan yang ditimbulkan Ibn Khaldun, di bawah fasal yang sama,Begitu juga, bahasa-bahasa tidak boleh
dis-abitkan dengan analogi/alQiyas.
13 Ia permasalahan ilmu Kalam yang dimasukkan dalam buku-buku
Usul Fiqh, sementara ia tidak memberi kesan minor mahupun major kepada pendalilan Fiqh, ulama membahaskannya untuk menolak kemungkinan Qalb al-Lughah (menukar makna sekian untuk lafaz se-kian berdasarkan alQiyas) yang membawa kepada masalah relativiti makna - nas syarak. Dengan ini,
Ibn Khaldun menafikan peranan akal untuk mencipta bahasa, tetapi mensabitkan peranan alQasd, dan kemampuan bahasa untuk dipelajari, maka sejajar dengan akidah Asyairah yang dianuti beliau.
Perbandingan ini juga dikesan sama oleh pemikir Sudan, Abd alMunim Ajab alFaya, apabila
memban-dingkan persamaan teori Bapa Strukturalisme, Ferdinand de Saussure, bahawa hubungan lafaz-makna bersifat arbitari, ia adalah hasil persepakatanberdasarkan pemerhatian de Saussure yang empiris,
den-gan peden-ganden-gan Muktazilah.14 Persoalan baik juga ditimbulkan de Saussere, bahawa kiranya hubungan
makna-lafaz bersifat azali lagi sejadi, mengapa berlaku perbezaan antara bahasa-bahasa? Kiranya hi-potesis tentang kesemulajadian bahasa itu benar, sudah tentu bahasa seluruh umat manusia itu menjadi satu.15
Chomsky membezakan pengetahuan peraturan bahasa yang diberi nama kompetens (competence) den-gan, penggunaan bahasa yang sebenarnya, iaitu performans (performance). Teori TG sebenarnya
mem-9Muqaddimah, 1, 759.
10Beliau telah mengarang sebuah kitab khas dalam ilmu Kalam, berjudul Lubab alMuhassal fi Usuluddin, menurut aliran
Asyairah.
11Untuk perbahasan lebih teperinci, lihat artikel ;
Classical Islamic Discourse on the Origins of Language: Cultural
Mem-ory and the Defense of Orthodoxy, Mustafa Shah, Numen (2011), jilid 58/314-343, Brill.
12ruj, Teori dan Kaedah Nahu, bab 7. 13Muqaddimah, 1, 759.
14Fi Naqd atTafkik (Tentang Dekonstruksi), Abd alMun
im Ajab alFaya, cet ; Pertama 2015M, Dar alAman, Rabat,
Moroc-co, ms 25-26.
beri tumpuan kepada kompetens, sedangkan teori-teori empiris memberi tumpuan kepada perfor-mans.
16Fokus kepada performans kepada pembentukan nahu universal, tidak membantu pengguna
ba-hasa untuk membezakan antara ayat yang gramatis dan tidak, kerana aspek-aspek psikologi dan bukan-nahu yang lain terlibat dalam performans. Kompetens merujuk kepada aspek mental individu semata-mata dalam menjana bahasa. Kompetens tidak boleh disamakan dengan langue de Saussure, kerana lan-gue bergantung kepada persepakatan (aspek sosial & budaya).17 Ibn Khaldun melihat bahasa sebagai
alat komunikasi, bahawa ia memiliki dua tahap penyampaian maksud ; Asl al-Ifadah (Pemaksudan asal) ; yang didalangi nahu.
Tamam al-Ifadah (Pemaksudan sempurna) ; yang didalangi retorik.
Asl al-Ifadah menurut beliau,Dengannya (ilmu Nahu), asal tujuan daripada pemaknaan/dilalah
menja-di jelas. Pelaku dapat menja-dibezakan daripada maful/yang menerima perlakuan, Mubtada/Judul daripada
Khabar/Komen. Tanpanya, pemaksudan asal tidak dapat diketahui.
18 Ia minimal, dan mencerminkan
tahap malakah/kemahiran yang asas. Sementara, kemahiran retorik membantu seseorang meneroka ufuk berbahasa yang lebih luas, hingga mampu mengungkapkan pemaknaan yang tepat dengan men-gambil kira situasi semasa antara dua pihak yang berkomunikasi secara sinkronik. Beliau berkata,
Yang tinggal untuk dimaknakan (sesudah tugas Nahu selesai) ialah, perihal dua pihak yang saling
ber-balas cakap, atau dua pelaku, dan apa yang dikehendaki oleh keadaan sesuatu perbuatan itu. Ia juga perlu kepada pemaknaan, kerana ia adalah pemaksudan sempurna. Sekiranya pemaksudan ini dicapai oleh sang penutur, maka dia telah mencapai pemaksudan yang tertinggi. Sekiranya (komunikasi) tidak mempunyai satu apapun daripadanya (retorik) maka ia bukanlah daripada percakapan Arab. Percaka-pan mereka itu meluas (maksud dan penggunaanya). Bagi setiap keadaan, ada (gaya) berbahasa yang khas buatnya, sesudah sempurna pembahasaan dan penjelasan maksudnya (Asl al-Ifadah).
19
Kemahir-an berteknik yKemahir-ang dinyatakKemahir-an beliau, merujuk kepada al-Ifadah ini, yKemahir-ang dua-duKemahir-anya bersifat warisKemahir-an dan disepakati (yakni siapa yang menyalahinya maka tidak dikira berbahasa dengan bahasa Arab - lihat perkaitannya dengan pidgin di sisi beliau). Nahu mengikat cara alQasd mengungkapkan, retorik mem-beritahu kita berkenaan penekanan/al-Ihtimam yang diberikan penutur dalam kata-katanya, yang dida-lilkan dzauq/rasa yang sahih, yang boleh dididik dan dipelajari, seperti dibuktikan dalam kisah Ali
bin alJahm dengan alMutawakkil. Maka kedua-duanya (Nahu & Retorik) merupakan hasil malakah sinaiyyah.
Performans susah ditentukan, benar. Kerana kita tidak memiliki pengetahuan kira-kira benarkah al-Ifa-dah yang dimaksudkan penutur, hanya bersifat sempurna atau asal/minimal? Kedua, bagaimana untuk mengetahui kira-kira penggunaan tersebut disengajakan atau tidak? Penamaan retorik sebagai dilalah zaidah/pemaknaan ekstra oleh Ibn Khaldun20, membahagikan tahap-tahap ucapan/kalam berdasarkan
nahu21, mengehadkan tugas malakah sina
iyyah kepada cara mempelajari tradisi berbahasa. þ
(Allah Maha Mengetahui).
Mohammad Syafiq bin Ismail
Kuliah Syariah, Univ. Islam Madinah, Arab Saudi. 15/10/1437 - 20/7/2016
16Teori dan Kaedah Nahu, ms 168.
17Lihat, Teori dan Kaedah Nahu, ms 169. Fi Naqd atTafkik, ms 25. 18Muqaddimah, 1/753.