• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2013"

Copied!
100
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

ii

(3)

 

 

 

 

 

LAPORAN

KETUA AUDIT NEGARA

TAHUN 2013

Aktiviti Jabatan/Agensi

Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan

NEGERI JOHOR

SIRI 3

JABATAN  AUDIT  NEGARA  

MALAYSIA

 

(4)
(5)
(6)
(7)

PERKARA MUKA SURAT KATA PENDAHULUAN

INTISARI LAPORAN

vii

xi

AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

PEJABAT TANAH DAN GALIAN Pengurusan Tanah Rizab Melayu

3

PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR Pengurusan Taman Negara Johor

18

PERBADANAN JOHOR

Johor Silica Industries Sdn. Bhd.

39

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR Marsah Sdn. Bhd.

52

PENUTUP 77

(8)
(9)
(10)
(11)

1. Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri. Seksyen 5(1)(d) Akta Audit 1957 serta Perintah Audit (Akaun Syarikat) 2013 pula memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang menerima geran/pinjaman/jaminan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan sesebuah syarikat di mana lebih daripada 50% modal saham berbayar dipegang oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan Negeri. Manakala perkara 107, Perlembagaan Persekutuan menghendaki Ketua Audit Negara mengemukakan laporan hasil pengauditan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan di Parlimen manakala Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor menitahkan untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Negeri Johor.

2. Pada tahun 2014 Jabatan Audit Negara akan meneruskan pelaksanaan inisiatif di bawah GTP2.0: NKRA Antirasuah dengan mengemukakan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri untuk dibentangkan di Parlimen/Dewan Undangan Negeri setiap kali sesi Parlimen/Dewan Undangan Negeri bersidang. Jabatan Audit Negara juga akan terus menyokong Dasar Transformasi Negara dan terus membantu Jabatan/Agensi Kerajaan melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan memberikan pandangan serta syor melalui pengauditan yang dijalankan. Saya berharap laporan mengenai pelaksanaan Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2013 Siri 3 ini akan digunakan sebagai asas untuk memperbaiki segala kelemahan, memantapkan usaha penambahbaikan, meningkatkan akauntabiliti dan integriti serta mendapat value for money bagi setiap perbelanjaan yang dibuat sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan.

3. Laporan saya ini adalah hasil daripada pengauditan yang dijalankan terhadap aktiviti-aktiviti tertentu yang dilaksanakan di satu Jabatan, satu Agensi dan 2 Syarikat Kerajaan Negeri. Pengauditan terhadap aktiviti Jabatan/Agensi Negeri adalah untuk menilai sama ada program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan, tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya. Manakala pengauditan terhadap pengurusan syarikat adalah untuk menilai sama ada prestasi kewangan sesebuah syarikat adalah baik, pengurusan aktiviti dan kewangan syarikat serta tadbir urus korporat telah dilaksanakan dengan teratur dan selaras dengan peraturan yang ditetapkan serta mencapai objektif penubuhannya.

(12)

4. Pemerhatian Audit daripada pengauditan tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri berkenaan. Hanya penemuan Audit yang penting sahaja yang dilaporkan dalam Laporan ini. Laporan berkenaan juga telah dikemukakan kepada Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau bagi mengelakkan kelemahan yang sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak 11 syor untuk diambil tindakan oleh Ketua Jabatan/Agensi berkenaan.

5. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri Johor yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.

(TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG) Ketua Audit Negara

Malaysia

Putrajaya

(13)
(14)
(15)

AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

1. PEJABAT TANAH DAN GALIAN

- Pengurusan Tanah Rizab Melayu

1.1. Tanah Rizab Melayu adalah tanah yang disimpan untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak Melayu bagi negeri tempat terletaknya tanah itu selagi ia diperuntukkan dalam perundangan seperti dinyatakan dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Takrifan Melayu mengikut Enakmen Rizab Melayu Johor (ERM) 1936 adalah seorang yang berasal dari bangsa Melayu atau mana-mana bangsa Malaysia yang lazim bercakap Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan menganut agama Islam.

1.2. Pejabat Tanah Dan Galian Johor (PTG) selaku Pentadbir Tanah Negeri adalah bertanggungjawab bagi mentadbir dan menguruskan Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor. Manakala Pejabat Tanah Daerah selaku Pentadbir Tanah Daerah bertanggungjawab terhadap Tanah Rizab Melayu di peringkat daerah. Mandat untuk mentadbir tanah di daerahnya adalah dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 12 Kanun Tanah Negara 1965. Mengikut rekod PTG, sehingga bulan Disember 2013, Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor adalah seluas 429,386.77 hektar.

1.3. Pengauditan yang dilaksanakan antara bulan Januari hingga April 2014 mendapati syarat yang ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya 4,573 kelulusan permohonan kurniaan tanah seluas 9,284.02 hektar kepada orang Melayu pada tahun 2011 hingga 2013 dijadikan sebagai Tanah Rizab Melayu adalah baik. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang memberi kesan terhadap pengurusan Tanah Rizab Melayu seperti berikut:

 Keluasan sebenar Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor tidak dapat ditentukan disebabkan Daftar Kawasan Tanah Rizab Melayu tidak kemas kini serta 767 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu yang telah selesai diwartakan tidak didaftarkan.

 Maklumat pewartaan pembatalan dan penggantian kawasan Tanah Rizab Melayu tidak dapat disahkan serta proses pewartaan bagi 518 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu lewat diselesaikan antara 2 hingga 17 tahun.

 Sebanyak 108 dokumen hak milik Tanah Rizab Melayu tidak diendors dan mengakibatkan 4 bidang tanah di Daerah Kluang dan Kulaijaya seluas 4.47 hektar telah dipindah milik kepada bukan Melayu.

 Pecahan plot bagi pembangunan kawasan Rizab Melayu milik bukan Melayu tidak didaftarkan atas nama pengarah Melayu.

(16)

 Kawasan Tanah Rizab Melayu milik Kerajaan Negeri telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran.

1.4. Bagi memastikan pengurusan Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan, adalah disyorkan PTG dan Pejabat Tanah Daerah mengambil langkah-langkah penambahbaikan seperti berikut:

1.4.1. Menyemak semula bilangan kawasan dan keluasan Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor serta mengemaskinikan Daftar Kawasan Tanah Rizab Melayu supaya keluasan sebenar dapat ditentukan serta mengadakan Task Force untuk mengemaskinikan semua rekod, endorsan dan pewartaan melibatkan kawasan Tanah Rizab Melayu bagi memastikan objektif Tanah Rizab Melayu tercapai sebagaimana mengikut Enakmen Rizab Melayu Johor 1936.

1.4.2. Menyediakan garis panduan pengurusan Tanah Rizab Melayu sebagai rujukan kepada pegawai baru di peringkat PTG dan Pejabat Tanah Daerah bagi menjamin status pegangan hak milik Melayu terus kekal dan terpelihara.

2. PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR

- Pengurusan Taman Negara Johor

2.1. Perbadanan Taman Negara Johor (Perbadanan) ditubuhkan pada tahun 1989 melalui Enakmen yang telah diwartakan pada bulan Februari 1990 dan berkuat kuasa pada bulan Januari 1992. Penubuhan Perbadanan adalah untuk memelihara dan melindungi hidupan liar, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan daripada segi kaji bumi, kaji purba sejarah dan etnologi dan lain-lain kepentingan daripada segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai. Perbadanan telah diberi tanggungjawab menguruskan 6 Taman Negara Johor iaitu Taman Negara Johor Endau Rompin (TNJER) Peta dan Selai, Taman Negara Johor (TNJ) Gunung Ledang, Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Taman Laut Sultan Iskandar dengan keseluruhan keluasan berjumlah 62,287.9 hektar.

2.2. Pengauditan yang telah dilaksanakan antara bulan Februari hingga Mei 2014 mendapati pengurusan Taman Negara Johor adalah memuaskan kerana Perbadanan telah menyediakan sasaran Pelan Perancangan Strategik bagi tahun 2012 hingga tahun 2016 yang meliputi perancangan bagi setiap aktiviti konservasi, pendidikan dan penyelidikan dan pelaksanaan telah dibuat sepertimana yang dirancang. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

(17)

 Mesyuarat pemantauan yang diadakan tidak membincangkan secara menyeluruh Pelan Perancangan Strategik.

 Terdapat ancaman terhadap kawasan Taman Negara Johor seperti pencerobohan orang awam dan hakisan ombak yang tidak ditangani secara berkesan.

 Kemasukan pelawat berdaftar melebihi jumlah yang ditetapkan terutamanya bagi pendaki harian dan pendaki bermalam di TNJ Gunung Ledang.

 Rekod inventori bagi bilangan pokok yang ditanam tidak disenggarakan.

 Hasil kajian serta penyelidikan berkaitan Taman Negara Johor belum diterima oleh Perbadanan.

 Kerja penyenggaraan kemudahan telah dipecah kecil dan kemudahan yang dibina tidak disenggarakan.

2.3. Bagi menambah baik pengurusan Taman Negara Johor, Perbadanan adalah disyorkan mempertimbangkan perkara berikut:

2.3.1. Membuat pengukuran halus bagi memastikan sempadan sebenar Taman Negara Johor dapat dikenal pasti.

2.3.2. Mengawal kemasukan pelawat di TNJ Gunung Ledang bagi memastikan kesan sampingan kepada alam sekitar seperti hakisan terhadap jalan denai, gangguan terhadap populasi binatang liar kesan daripada interaksi dengan manusia dapat diminimumkan.

2.3.3. Menggunakan hasil laporan/kajian oleh para pengkaji/penyelidik dan pelajar di mana bersesuaian bagi menambah baik pengurusan taman negara.

2.3.4. Meningkatkan penyenggaraan kemudahan awam di Taman Negara Johor bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelawat.

3. PERBADANAN JOHOR

-

Johor Silica Industries Sdn. Bhd.

3.1. Johor Silica Industries Sdn. Bhd. (JSISB) telah ditubuhkan pada 30 November 1990 di bawah Seksyen 16(4) Akta Syarikat 1965. JSISB adalah sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh Perbadanan Johor dengan modal berbayar ialah RM0.20 juta. Kegiatan utama syarikat JSISB ialah perlombongan, memproses dan membekalkan pasir silika. JSISB secara umumnya terlibat dalam meneroka, melombong, memproses dan membekalkan pasir silika kepada industri berkaitan silika seperti pengeluar barangan kaca, pengeluar cat dan syarikat kontraktor.

(18)

3.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga November 2013 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan JSISB adalah memuaskan di mana JSISB memperoleh keuntungan sebelum cukai pada tahun 2013 berjumlah RM1.17 juta. Pengurusan aktiviti utama dan tadbir urus korporat JSISB bagi tahun 2011 hingga 2013 adalah baik. Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

 Stok pasir silika mentah semakin menyusut.

 Rancangan korporat tidak disediakan dan risiko syarikat tidak dikenal pasti.  Tiada prosedur pengurusan aset yang khusus.

3.3. Bagi memastikan objektif penubuhan Johor Silica Industries Sdn. Bhd. (JSISB) dapat dicapai sepenuhnya dan Perbadanan Johor sebagai pemegang ekuiti mendapat value for money, adalah disyorkan JSISB mengambil tindakan seperti berikut:

3.3.1. Mengambil langkah awal menyediakan perancangan strategik jangka panjang berkaitan jenis perniagaan yang dijalankan bagi menggantikan perniagaan sedia ada apabila kehabisan stok pasir silika.

3.3.2. Meningkatkan stok bekalan pasir silika mentah sedia ada bagi memastikan perniagaan sentiasa berjalan dan mendatangkan keuntungan.

4. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR - Marsah Sdn. Bhd.

4.1. Marsah Sdn. Bhd. (MSB) ditubuhkan pada 11 Januari 2005 di bawah Seksyen 16(4) Akta Syarikat 1965 dan merupakan anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Aktiviti utama MSB adalah mengurus dan mengelolakan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Sehingga 31 Disember 2012, modal saham dibenarkan berjumlah RM0.50 juta manakala modal berbayar berjumlah RM0.20 juta. MSB bertanggungjawab mengendalikan MARSAH sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah peruntukan Seksyen 22, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

4.2. Pengauditan yang dijalankan antara Disember 2013 hingga Mac 2014 mendapati prestasi kewangan MSB adalah memuaskan. MSB memperoleh keuntungan sebelum cukai berjumlah RM0.23 juta pada tahun 2011 dan RM0.56 juta pada tahun 2013. Bagaimanapun pada tahun 2012, MSB telah mengalami kerugian sebelum cukai berjumlah RM0.36 juta. Keuntungan terkumpul MSB pada akhir tahun 2013 adalah berjumlah RM1.32 juta. Pengurusan aktiviti utama dan tadbir urus korporat bagi tahun 2011 hingga 2013 adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan yang dijelaskan dalam perenggan berikut:

(19)

 Kemudahan dan infrastruktur di kampus MARSAH tidak disenggara dengan baik.  Kemudahan asrama pelajar Pandan City, Johor Bahru kurang selesa dan tidak

kondusif untuk kediaman pelajar.

 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah tidak diadakan mengikut ketetapan.  Strategi dan rancangan korporat tidak disediakan.

 Garis Panduan berkaitan pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan tidak disediakan.

 Pengurusan aset kurang memuaskan.

4.3. Bagi memastikan objektif penubuhan Marsah Sdn. Bhd. (MSB) dicapai dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebagai pemegang ekuiti mendapat pulangan value for money

beberapa aspek pengurusan syarikat perlu dipertingkatkan dengan memberi pertimbangan kepada syor-syor berikut:

4.3.1. Menyelesaikan isu penempatan asrama pelajar sementara di Pandan City, Johor Bahru dengan mencari alternatif lain bagi memastikan keselesaan pelajar. Selain itu, bangunan di kampus MARSAH, Johor Bahru hendaklah digunakan secara optimum untuk mengelakkan pembaziran.

4.3.2. Mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah mengikut ketetapan bagi memantau perjalanan operasi MARSAH.

4.3.3. Mewujudkan garis panduan berkaitan pengurusan kewangan, sumber manusia dan pengurusan aset bagi memastikan pengurusan syarikat adalah teratur dan berkesan.

(20)
(21)
(22)
(23)

PEJABAT TANAH DAN GALIAN

1. PENGURUSAN TANAH RIZAB MELAYU

1.1. LATAR BELAKANG

1.1.1. Tanah Rizab Melayu adalah tanah yang disimpan untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak Melayu bagi negeri tempat terletaknya tanah itu selagi ia diperuntukkan dalam perundangan seperti dinyatakan dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Takrifan Melayu mengikut Enakmen Rizab Melayu Johor (ERM) 1936 adalah seorang yang berasal dari bangsa Melayu atau mana-mana bangsa Malaysia yang lazim bercakap bahasa Melayu atau bahasa Malayan dan menganut agama Islam. Bagi Syarikat Melayu, takrifan Melayu mengikut Seksyen 2 ERM adalah apabila ketiga-tiga unsur wujud serentak pada satu masa iaitu syarikat hendaklah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu syarikat sendirian berhad, kesemua ahlinya hendaklah Melayu atau Syarikat Melayu yang ditafsirkan sebagai Melayu dan ada diperuntukkan secara hitam putih di dalam undang-undang tubuhnya bahawa penjualan saham-saham syarikat itu hanya pada Melayu atau Syarikat Melayu sahaja. Manakala Syarikat Kerjasama yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Kerjasama 1946 tidak diambil kira sebagai Syarikat Melayu.

1.1.2. Objektif Tanah Rizab Melayu diwujudkan adalah bagi menyekat tanah Kerajaan Negeri di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara kepada bukan Melayu dan menyekat Tanah Rizab Melayu daripada dibuat sebarang urus niaga persendirian di antara Melayu dan pihak lain. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri boleh melupuskan Tanah Rizab Melayu dan mengisytiharkan secara warta mana-mana tanah di dalam Negeri Johor sebagai Rizab Melayu tertakluk kepada Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan.

1.1.3. Pejabat Tanah Dan Galian Johor (PTG) selaku Pentadbir Tanah Negeri adalah bertanggungjawab bagi mentadbir dan menguruskan Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor. Manakala Pejabat Tanah Daerah selaku Pentadbir Tanah Daerah bertanggungjawab terhadap Tanah Rizab Melayu di peringkat daerah. Mandat untuk mentadbir tanah di daerahnya adalah dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 12 Kanun Tanah Negara 1965.

1.1.4. Mengikut rekod PTG, sehingga akhir Disember 2013, keluasan tanah di Negeri Johor adalah 1,898,111 hektar manakala keluasan Tanah Rizab Melayu adalah 429,386 hektar.

AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN

(24)

1.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan ini adalah untuk menilai sama ada pengurusan Tanah Rizab Melayu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta mematuhi perundangan yang ditetapkan.

1.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi pewartaan perizaban, pembatalan, penggantian dan endorsan di bawah syarat sekatan Tanah Rizab Melayu di PTG, Pejabat Tanah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang dan Kulaijaya bagi tahun 2011 hingga 2013 serta di mana perlu skop diperluaskan meliputi tahun sebelumnya. Kaedah pengauditan dilaksanakan dengan menyemak, mengkaji dan menganalisis maklumat berasaskan rekod, fail, data dan dokumen berkaitan Tanah Rizab Melayu. Selain itu, temu bual dengan pegawai terlibat dan lawatan audit ke lot tanah berkenaan turut dilakukan untuk mendapatkan pengesahan.

1.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dilaksanakan antara bulan Januari hingga April 2014 mendapati syarat yang ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya 4,573 kelulusan permohonan kurniaan tanah seluas 9,284.02 hektar kepada orang Melayu pada tahun 2011 hingga 2013 dijadikan sebagai Tanah Rizab Melayu adalah baik. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang memberi kesan terhadap pengurusan Tanah Rizab Melayu seperti yang dijelaskan dalam perenggan-perenggan berikut. Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:

 Keluasan sebenar Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor tidak dapat ditentukan disebabkan Daftar Kawasan Tanah Rizab Melayu tidak kemas kini serta 767 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu yang telah selesai diwartakan tidak didaftarkan.

 Maklumat pewartaan pembatalan dan penggantian kawasan Tanah Rizab Melayu tidak dapat disahkan serta proses pewartaan bagi 518 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu lewat diselesaikan antara 2 hingga 17 tahun.

 Sebanyak 108 dokumen hak milik Tanah Rizab Melayu tidak diendors dan mengakibatkan 4 bidang tanah di Daerah Kluang dan Kulaijaya seluas 4.47 hektar telah dipindah milik kepada bukan Melayu.

 Pecahan plot bagi pembangunan kawasan Rizab Melayu milik bukan Melayu tidak didaftarkan atas nama pengarah Melayu.

 Kawasan Tanah Rizab Melayu milik Kerajaan Negeri telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran.

(25)

1.4.1. Keluasan Sebenar Tanah Rizab Melayu Tidak Dapat Ditentukan

1.4.1.1. Perkara Kedua, Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957 menyatakan sekurang-kurangnya 50% keluasan Negeri Johor hendaklah disimpan sebagai Tanah Rizab Melayu. Keluasan tersebut tidak termasuk sungai, hutan simpan dan gunung-ganang. Semakan Audit terhadap laporan pendaftaran hak milik Tanah Rizab Melayu yang dijana daripada Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) mendapati keluasan Tanah Rizab Melayu sehingga bulan Disember 2013 adalah 429,386 hektar atau 22.6% berbanding keluasan Negeri Johor adalah seluas 1,898,111 hektar. Butiran lengkap keluasan berkenaanseperti di Jadual 1.1.

Jadual 1.1

Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Negeri Johor Sehingga Bulan Disember 2013

Bil. Daerah Keluasan Tanah (Hektar)

Keluasan Tanah Rizab Melayu

(Hektar) (%) 1 Johor Bahru 106,399 13,212.35 12.4 2 Batu Pahat 187,257 39,855.12 21.3 3 Muar 135,465 81,969.89 60.5 4 Kluang 285,170 19,719.68 6.9 5 Kulaijaya 75,377 25,572.21 33.9 6 Kota Tinggi 348,355 93,054.95 26.7 7 Mersing 283,847 25,266.56 8.9 8 Pontian 91,943 31,730.98 34.5 9 Ledang 99,162 23,174.84 23.4 10 Segamat 285,136 75,830.19 26.6 Jumlah 1,898,111 429,386.77 22.6

Sumber: Laporan Pendaftaran Hak Milik SPTB, PTG

1.4.1.2. Menurut pihak PTG, maklumat keluasan Tanah Rizab Melayu berkenaan adalah tidak tepat kerana laporan tersebut hanya mengambil kira hak milik yang telah didaftarkan dalam SPTB tetapi tidak mengambil kira perkara seperti berikut:

a. Hak milik di kawasan Tanah Rizab Melayu yang tidak diendors.

b. Keluasan kawasan Tanah Rizab Melayu milik Kerajaan Negeri.

c. Tanah milik FELDA melibatkan 36 Rancangan FELDA di Daerah Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi seluas 31,248.32 hektar yang belum dikeluarkan hak milik iaitu sebanyak 7,268 hak milik.

1.4.1.3. Semakan lanjut mendapati keluasan sebenar Tanah Rizab Melayu tidak dapat ditentukan disebabkan kelemahan pengendalian rekod Tanah Rizab Melayu seperti berikut:

(26)

a. Daftar Kawasan Tanah Rizab Melayu Tidak Kemas Kini

i. Mengikut Surat PTG bertarikh 10 Ogos 1970, semua Pejabat Tanah hendaklah menyelenggarakan Daftar Kawasan Rizab Melayu. Manakala Pekeliling PTG Bil. 2 Tahun 1983 menetapkan daftar tersebut hendaklah dikemaskinikan jika terdapat tambahan kawasan baru atau kawasan persendirian yang telah dijadikan Rizab Melayu. Penyata mengenai maklumat tambahan kawasan Rizab Melayu hendaklah dihantar kepada PTG setiap 6 bulan bagi membolehkan pihak PTG menyimpan rekod yang lengkap dan kemas kini.

ii. Semakan Audit mendapati tiada bukti menunjukkan Pejabat Tanah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang dan Kulaijaya ada mengemukakan penyata mengenai tambahan kawasan Rizab Melayu kepada pihak PTG pada setiap 6 bulan seperti diarahkan. Semakan Audit seterusnya terhadap Daftar Kawasan Rizab Melayu yang diselenggarakan oleh PTG dengan kelima-lima Pejabat Tanah yang diaudit mendapati maklumat bilangan kawasan dan keluasan Rizab Melayu adalah tidak kemas kini. Ini kerana terdapat perbezaan bilangan kawasan Rizab Melayu iaitu sebanyak 80 kawasan dengan keluasan 75,936.34 hektar seperti di Jadual 1.2.

Jadual 1.2

Perbezaan Maklumat Bilangan Kawasan Dan Keluasan Rizab Melayu Antara PTG Dengan Pejabat Tanah Daerah

Bil. Daerah

Daftar Kawasan Rizab Melayu

Perbezaan

PTG Pejabat Tanah Daerah

Bil. Kawasan Keluasan (Hektar) Bil. Kawasan Keluasan (Hektar) Bil. Kawasan Keluasan (Hektar) 1 Johor Bahru 23 1,043.03 40 21,479.03 17 20,436.00 2 Batu Pahat 19 19,834.33 34 34,050.17 15 14,215.84 3 Muar 30 14,661.61 41 34,892.79 11 20,231.18 4 Kluang 41 12,263.20 68 20,219.42 27 7,956.22 5 Kulaijaya 6 4,100.10 16 17,197.20 10 13,097.10 Jumlah 119 51,902.27 199 127,838.61 80 75,936.34

Sumber: Pejabat Tanah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang Dan Kulaijaya

iii. Berdasarkan maklum balas PTG bertarikh 13 Julai 2014, pihak PTG mengambil maklum mengenai Daftar Kawasan Rizab Melayu yang tidak dikemas kini dan akan memastikan setiap Pejabat Tanah Daerah

mengemaskinikan maklumat tambahan kawasan Rizab Melayu. Mengikut

Pejabat Tanah Batu Pahat dan Kulaijaya, penyata mengenai maklumat tambahan kawasan Rizab Melayu akan dikemukakan kepada PTG sebagaimana yang ditetapkan.

b. Kemasukan Rizab Melayu Tidak Didaftarkan

i. Semakan Audit selanjutnya mendapati Pejabat Tanah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang dan Kulaijaya hanya merekodkan kawasan Pengisytiharan Tanah Rizab Melayu di bawah Seksyen 3 ERM dalam Daftar Kawasan Rizab Melayu.

(27)

Bagaimanapun, maklumat berkaitan Kemasukan Rizab Melayu di bawah Seksyen 6 ERM yang telah selesai diwartakan tidak direkodkan. Pihak Audit mendapati bagi tahun 2010 hingga 2012, sebanyak 767 permohonan kelulusan kurniaan tanah seluas 1,734.44 hektar yang telah selesai diwartakan tetapi tidak didaftarkan dalam Daftar Kawasan Rizab Melayu adalah seperti di Jadual 1.3.

Jadual 1.3

Kemasukan Rizab Melayu Yang Telah Diwartakan Tidak Didaftarkan Dalam Daftar Kawasan Rizab Melayu

Bil. Daerah

Tahun 2010 Tahun 2011 Tahun 2012

Bilangan Keluasan (Hektar) Bilangan Keluasan (Hektar) Bilangan Keluasan (Hektar) 1 Johor Bahru 46 4.59 79 27.93 6 0.92 2 Batu Pahat 137 1,299.97 137 139.61 38 40.05 3 Muar 42 20.39 88 96.76 2 0.32 4 Kluang 58 12.13 120 77.61 - - 5 Kulaijaya 6 9.05 3 0.62 5 4.49 Jumlah 289 1,346.13 427 342.53 51 45.78

Sumber: Pejabat Tanah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang Dan Kulaijaya

ii. Semakan Audit mendapati perkara ini berlaku disebabkan tiada pegawai khusus dilantik bagi menguruskan Tanah Rizab Melayu di peringkat PTG dan Pejabat Tanah Daerah. Keadaan ini mengakibatkan PTG tidak dapat menentukan jumlah sebenar keluasan Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor dengan tepat. Menurut maklum balas Pejabat Tanah Kulaijaya dan Johor Bahru bertarikh 8 Julai 2014, tindakan penambahbaikan dan pengemaskinian rekod berkaitan

Tanah Rizab Melayu akan diambil. Pejabat Tanah Batu Pahat pula

memaklumkan sedang mengambil tindakan merekodkan Kemasukan Tanah Rizab Melayu yang telah diwartakan ke dalam Buku Daftar Rekod dan membuat penandaan ke atas pelan kawasan yang terlibat.

Pada pendapat Audit, pengurusan pengendalian rekod Tanah Rizab Melayu adalah kurang memuaskan kerana Daftar Kawasan Rizab Melayu tidak kemas kini serta Kemasukan Rizab Melayu yang selesai diwartakan masih belum didaftarkan.

1.4.2. Prestasi Pewartaan Tanah Rizab Melayu

1.4.2.1. Pewartaan Pembatalan Dan Penggantian Kawasan Tanah Rizab Melayu Tidak Dapat Disahkan

a. Seksyen 4, ERM memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membatalkan mana-mana kawasan Tanah Rizab Melayu sama ada secara keseluruhan atau sebahagian dan menggantikan dengan satu kawasan lain dengan membuat pengisytiharan mengenainya. Mengikut Perkara 89 Fasal (3), Perlembagaan Persekutuan, Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan hendaklah digantikan serta-merta dengan tanah lain yang sama jenis dan sama keluasan.

(28)

b. Mengikut rekod PTG, sebanyak 17 kawasan Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor seluas 1,991.19 hektar telah dibatalkan antara tahun 1964 hingga 2013. Daripada jumlah tersebut, didapati hanya 10 kawasan Tanah Rizab Melayu seluas 1,978.22 hektar yang dibatalkan telah diwartakan. Manakala maklumat pewartaan pembatalan bagi 7 kawasan lain seluas 12.97 hektar iaitu di Daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Mersing tidak dapat disahkan. Begitu juga, pewartaan penggantian di 5 kawasan seluas 1,373.07 hektar bagi menggantikan 3 kawasan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan di Daerah Johor Bahru dan Batu Pahat tidak dapat disahkan. Ini kerana salinan Warta Kerajaan bagi pembatalan dan penggantian kawasan berkenaan tidak dapat dikemukakan kepada pihak Audit untuk pengesahan. Maklumat lanjut mengenai pewartaan pembatalan dan penggantian kawasan Tanah Rizab Melayu adalah seperti di Jadual 1.4.

Jadual 1.4

Pewartaan Pembatalan Dan Penggantian Kawasan Tanah Rizab Melayu Di Negeri Johor Sehingga Tahun 2013

Bil.

Pewartaan Pembatalan Pewartaan Penggantian Luas

Belum Ganti (Hektar) Kawasan No. Warta Tahun Luas (Hektar) Kawasan No. Warta Tahun Luas (Hektar) Johor Bahru 1 Larkin 549 1991 0.30 - - - - 0.30 2 Larkin * 926 1995 4.44 - - - - 4.44 3 Larkin * 1226 1977 0.82 - - - - 0.82 4 Kampung Melayu Majidee * 837 1996 1.67 - - - - 1.67 5 Felda Cahaya Baru 1787 2002 809.40 Tenglu - Mersing * TM 2003 809.40 - Kahang - Kluang * TM TM 559.68 6 Kampung Pasir 324 1973 0.15 - - - - 0.15 7 Bandar Johor Bahru 11363 2011 0.12 - - - - 0.12 Batu Pahat 8 Bagan * TM 2011 0.91 Bagan * TM TM 1.26 -

9 Minyak Beku * TM 2013 1.61 Simpang

Kiri * TM 2013 1.76 - Simpang Kiri * TM 2013 0.97 Muar 10 Pendendam 368 2004 493.52 - - - - 493.52 11 Bukit Naning 991 1965 151.46 - - - - 151.46 Kluang 12 Layang-layang * TM 2010 2.71 - - - - 2.71 Kota Tinggi 13 Sedili Besar (Tambahan) 878 1965 117.36 - - - - 117.36 14 460 1967 4.45 - - - - 4.45 15 Kota Tinggi 2034 2010 0.81 - - - - 0.81 Pontian 16 Ulu Pontian 1524 1964 400.65 - - - - 400.65 Mersing 17 Mersing * TM 2013 0.81 - - - - 0.81 Jumlah 1,991.19 1,373.07 1,179.27 Sumber: PTG

Nota: TM – Tiada Maklumat

(29)

c. Pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan sama ada 14 kawasan Tanah Rizab Melayu seluas 1,179.27 hektar yang dibatalkan seperti di Jadual 1.4 telah digantikan atau sebaliknya kerana pihak PTG tidak menyelenggarakan senarai pewartaan pembatalan dan penggantian kawasan Tanah Rizab Melayu dengan lengkap. Temu bual Audit dengan pegawai PTG mendapati kawasan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan masih belum diganti disebabkan permohonan bagi membatalkan kawasan Tanah Rizab Melayu yang dikemukakan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak disertakan dengan cadangan kawasan penggantian. Keadaan ini mengakibatkan keluasan Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan.

d. Menurut maklum balas PTG bertarikh 13 Julai 2014, pihak PTG masih berusaha untuk mendapatkan salinan Warta Kerajaan bagi pembatalan dan penggantian

kawasan berkenaan. PTG akan mencari mana-mana kawasan yang sesuai

sebagai tapak ganti kawasan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan. Semasa Exit

Conference pada 1 Julai 2014 Pejabat Tanah Batu Pahat memaklumkan,

kawasan yang diluluskan pembatalan masih belum diwartakan kerana sedang

menunggu tindakan pewartaan oleh PTG. Pejabat Tanah Muar pula menjelaskan

kawasan Pendendam, Muar dibatalkan untuk dijadikan kawasan Rizab Hutan Simpan Ayer Hitam Utara Tambahan. Bagaimanapun, kawasan tersebut akan diwartakan semula sebagai kawasan Tanah Rizab Melayu sebagaimana mengikut Seksyen 5, ERM yang menyatakan rizab hutan termasuk di dalam kategori Tanah Rizab Melayu.

1.4.2.2. Pewartaan Kemasukan Tanah Rizab Melayu

Mengikut Surat PTG bertarikh 25 November 2010, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mensyaratkan semua permohonan tanah yang berjaya dan dikurniakan kepada orang Melayu hendaklah dijadikan sebagai Tanah Rizab Melayu. Seksyen 6, ERM menyatakan pemilik tanah dikehendaki membuat permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu dan Pentadbir Tanah Daerah dan PTG hendaklah menyediakan maklumat tanah yang hendak dijadikan kawasan Rizab Melayu dan diwartakan sebanyak 2 kali di dalam Warta 1 dan 2 dalam tempoh 2 bulan berturut-turut. Jika tiada bantahan dalam tempoh 2 bulan selepas pewartaan tersebut pengisytiharan kawasan Rizab Melayu akan dibuat pada Warta 3. Tujuan pewartaan tersebut adalah bagi memastikan tiada pengurangan dalam bilangan kawasan Tanah Rizab Melayu dan sekiranya kawasan tersebut dibatalkan, penggantian tanah perlulah dilakukan. Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:

a. Kelewatan Pewartaan Kemasukan Tanah Rizab Melayu

i. Seramai 4,573 orang Melayu yang dikurniakan tanah seluas 9,284.02 hektar bagi tahun 2011 hingga 2013 telah membuat permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu. Daripada jumlah tersebut, didapati hanya 412 permohonan atau 9.0% telah selesai diwartakan. Manakala proses pewartaan bagi 4,161 permohonan

(30)

atau 91.0% masih belum diselesaikan. Sebanyak 1,761 permohonan berada di peringkat warta 1 dan baki 2,400 permohonan di peringkat warta 3 seperti di

Jadual 1.5. Kelewatan ini berlaku disebabkan proses pewartaan Tanah Rizab Melayu mengambil masa yang lama dan sekiranya terdapat kesilapan, Pejabat Tanah Daerah hendaklah mengemukakan surat pembetulan warta kepada PTG sebelum warta kedua diisytiharkan.

Jadual 1.5

Proses Pewartaan Kemasukan Tanah Rizab Melayu Lewat Diselesaikan

Bil. Daerah Bil.

Permohonan Luas (Hektar) Peringkat Warta 1 2 3 Selesai Tahun 2011 1 Johor Bahru 81 28.02 - - - 81 2 Batu Pahat 247 1,664.22 127 - 17 103 3 Muar 146 130.45 1 - 57 88 4 Kluang 135 90.86 1 - 14 120 5 Kulaijaya 7 3.34 - - 4 3 Jumlah 616 1,916.89 129 - 92 395 Tahun 2012 1 Johor Bahru 164 90.79 - - 158 6 2 Batu Pahat 1,568 1,431.54 453 - 1,113 2 3 Muar 251 65.35 14 - 235 2 4 Kluang 56 42.92 9 - 47 - 5 Kulaijaya 6 5.31 1 - - 5 Jumlah 2,045 1,635.91 477 - 1,553 15 Tahun 2013 1 Johor Bahru 156 14.13 - - 156 - 2 Batu Pahat 1,130 5,244.97 673 - 455 2 3 Muar 136 81.45 114 - 22 - 4 Kluang 459 381.15 339 - 120 - 5 Kulaijaya 31 9.52 29 - 2 - Jumlah 1,912 5,731.22 1,155 - 755 2 Jumlah Keseluruhan 4,573 9,284.02 1,761 - 2,400 412

Sumber: PTG, Pejabat Tanah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang Dan Kulaijaya

ii. Di samping itu, terdapat sebanyak 518 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu seluas 522.10 hektar bagi tahun 1996 hingga 2011 masih belum diselesaikan proses pewartaan kerana berada di peringkat warta 1 dan warta 3. Sehingga akhir tahun 2013, tempoh kelewatan adalah antara 2 hingga 17 tahun seperti di Jadual 1.6.

Jadual 1.6

Kelewatan Proses Pewartaan Kemasukan Tanah Rizab Melayu

Bil. Daerah Bil.

Permohonan Luas (Hektar) Tahun Permohonan Peringkat Warta Tempoh Kelewatan (Tahun) 1 Johor Bahru 29 4.39 2008 3 5 2 Batu Pahat 47 152.24 1996 – 2009 3 4 – 17 3 Muar 53 54.67 2010 1 3 4 Kluang 330 263.92 2010 – 2011 1 2 – 3 5 Kulaijaya 59 46.88 2005 – 2009 1 4 – 8 Jumlah 518 522.10

(31)

iii. Menurut maklum balas Pejabat Tanah Batu Pahat dan Johor Bahru bertarikh 30 Jun 2014, proses pewartaan kemasukan Tanah Rizab Melayu bagi peringkat warta 1, 2 dan 3 kini sedang menunggu tindakan pihak PTG.

Mengikut Pejabat Tanah Kluang, kelewatan pewartaan kemasukan Tanah Rizab Melayu disebabkan pengumpulan fail mengikut mukim di mana keutamaan tindakan pewartaan dilaksanakan mengikut jumlah fail. Bagaimanapun, semakan bagi mengenal pasti hak milik yang didaftarkan telah dibuat dan kini sedang menunggu peringkat warta pertama.

Pada pendapat Audit, prestasi pewartaan pembatalan dan penggantian kawasan Tanah Rizab Melayu adalah kurang memuaskan kerana PTG tidak menyelenggarakan rekod berkaitan dengan lengkap serta terdapat kawasan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan tetapi masih belum diganti semula.

1.4.3. Dokumen Hak Milik Tanah Rizab Melayu Tidak Diendorskan

1.4.3.1. Seksyen 7, ERM memperuntukkan tanggungjawab Pentadbir Tanah Daerah supaya mendaftar tanah yang telah diluluskan di kawasan Pengisytiharan Rizab Melayu di bawah Seksyen 3 dan kawasan Kemasukan Rizab Melayu di bawah Seksyen 6 dengan memasukkan perkataan ‘Tanah Rizab Melayu’ (diendorskan). Dokumen hak milik yang didaftarkan atau dikeluarkan hendaklah diendors bagi menjadikannya hak milik Melayu. Semakan Audit terhadap dokumen hak milik Tanah Rizab Melayu di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 6 mendapati sebanyak 108 hak milik tidak diendors sehingga bulan Disember 2013 seperti di Jadual 1.7. Perkara ini berlaku disebabkan tanah-tanah yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu masih tidak dibuat endorsan ke atas geran asal dan telah berterusan sehingga peralihan kepada Sistem Pengurusan Tanah Berkomputer (SPTB).

Jadual 1.7

Dokumen Hak Milik Bagi Tanah Rizab Melayu Yang Tidak Diendors Sehingga Bulan Disember 2013

Bil. Daerah

Pengisytiharan Rizab Melayu (Seksyen 3, ERM)

Kemasukan Rizab Melayu (Seksyen 6, ERM) Hak Milik Telah

Diendors

Hak Milik Tidak Diendors

Hak Milik Telah Diendors Hak Milik Tidak Diendors 1 Johor Bahru 136 30 20 - 2 Batu Pahat 51 47 11 - 3 Muar 54 6 19 1 4 Kluang 101 *14 10 9 5 Kulaijaya 63 1 18 - Jumlah 405 98 78 10

Sumber: PTG, Pejabat Tanah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang Dan Kulaijaya Nota: * - Termasuk 11 Hak Milik PTG

1.4.3.2. Menurut maklum balas Pejabat Tanah Batu Pahat bertarikh 30 Jun 2014,

tindakan endorsan akan diambil setelah Bahagian Pelan, Pejabat Tanah Batu Pahat

(32)

Tanah Muar pula, hak milik di bawah Seksyen 3 ERM akan diendors selepas pengukuran sempadan bagi pengeluaran hak milik muktamad dilaksanakan. Bagi hak milik di bawah Seksyen 6 ERM, surat pembetulan warta kerana kesilapan mukim telah dikemukakan kepada PTG pada 11 Jun 2011 tetapi sehingga kini belum

ada maklum balas mengenainya. Pejabat Tanah Johor Bahrumemaklumkan sedang

dalam tindakan menyemak kedudukan hak milik berkaitan.

1.4.3.3. Dokumen hak milik yang tidak diendors ‘Tanah Rizab Melayu’ telah

mengakibatkan sebanyak 4 bidang tanah di Daerah Kluang dan Kulaijaya seluas 4.47 hektar yang berada di kawasan pengisytiharan Rizab Melayu telah dipindah milik kepada bukan Melayu dan syarikat bukan Melayu antara tahun 2001 hingga 2012. Nilai jualan Tanah Rizab Melayu berkenaan adalah antara RM0.25 juta hingga RM0.60 juta. Maklumat lanjut adalah seperti di Jadual 1.8. Contoh lot tanah telah dipindah milik kepada bukan Melayu adalah seperti Gambar 1.1 hingga Gambar 1.4.

Jadual 1.8

Pindah Milik Tanah Rizab Melayu Kepada Bukan Melayu Dan Syarikat Bukan Melayu

Bil.

Maklumat Pindah Milik Pengisytiharan

Rizab Melayu No. Hak Milik /

No. Lot Luas (Hektar) Tarikh Daftar Jualan (RM Juta) No. Warta Tarikh Warta

Daerah Kluang Mukim Renggam

1 GM 933 / Lot 1806 0.81 1.11.2012 0.60 1003 9.9.1954

2 GM 932 / Lot 304 1.02 27.9.2001 0.53

3 GM 931 / Lot 303 1.02 27.11.2001 0.53

Daerah Kulaijaya Mukim Kulai

1 HSM 155 / MLO 775 1.62 20.6.2012 0.25 779 21.5.1987

Jumlah 4.47 1.91

Sumber: Pejabat Tanah Kluang Dan Kulaijaya

Gambar 1.1 Gambar 1.2

Kedudukan Lot 1806 Hak Milik Tanah Rizab Melayu Tidak

Diendors

Hak Milik Tanah Rizab Melayu Tidak Diendors Dipindah Milik Kepada Syarikat

Bukan Melayu

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pejabat Tanah Kluang Tarikh: 21 April 2014

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Lot 1806, Mukim Renggam, Kluang Tarikh: 21 April 2014

(33)

Gambar 1.3 Gambar 1.4 Kedudukan Lot 303 –

Hak Milik Tanah Rizab Melayu Tidak Diendors

Hak Milik Tanah Rizab Melayu Tidak Diendors Dipindah Milik Kepada Bukan

Melayu

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pejabat Tanah Kluang Tarikh: 14 April 2014

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Lot 303, Mukim Renggam, Kluang Tarikh: 14 April 2014

1.4.3.4. Menurut maklum balas Pejabat Tanah Kluang bertarikh 6 Julai 2014,

tindakan endorsan akan diambil terhadap hak milik kawasan Tanah Rizab Melayu yang lain dengan memasukkan kaveat pendaftar. Manakala bagi sebahagian Tanah Rizab Melayu yang telah digadaikan kepada pihak perbankan sebelum tindakan diambil, perkara ini akan dirujuk dahulu kepada Penasihat Undang-undang PTG

untuk mendapatkan nasihat perundangan. Mengikut Pejabat Tanah Kulaijaya pula,

tindakan remedi akan dilakukan terhadap isu pindah milik tanah berkenaan dengan mendapatkan pandangan perundangan.

Pada pendapat Audit, pengendorsan hak milik Tanah Rizab Melayu adalah kurang memuaskan kerana terdapat dokumen hak milik di Pejabat Tanah Kluang dan Kulaijaya tidak diendors dan mengakibatkan berlakunya pindah milik tanah kepada bukan Melayu.

1.4.4. Pembangunan Tanah Rizab Melayu

1.4.4.1. Pecahan Plot Tidak Didaftarkan Atas Nama Pengarah Melayu

a. Pemilik tanah yang ingin membangunkan tanah yang dimilikinya bagi tujuan perumahan, perdagangan, pembangunan campuran, pelancongan dan sebagainya hendaklah melalui proses Serah Balik dan Kurnia Semula (SBKS) untuk dipecah sempadan atau diubah syarat sebagaimana mengikut Seksyen 204 Kanun Tanah Negara. Perkara 6.2, Pekeliling PTG Johor Bil. 15 Tahun 1988 menetapkan melalui keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri, pemilik bukan Melayu boleh memohon pecah sempadan dan ubah syarat bagi membangunkan kawasan Rizab Melayu miliknya dengan syarat mengikrarkan terlebih dahulu sebanyak 40% daripada pecahan tanah-tanah tersebut dinamakan atas nama salah seorang pengarah bangsa Melayu yang

(34)

dilantik oleh syarikat berkenaan. Oleh itu, tanah yang telah didaftarkan atas nama seorang Melayu akan hanya dijual kepada orang Melayu.

b. Semakan Audit terhadap fail pembangunan di kawasan Rizab Melayu di Daerah Batu Pahat dan Muar mendapati 2 buah syarikat tidak mendaftarkan 10 pecahan pemilikan atas nama Pengarah Melayu seluas 0.30 hektar disebabkan kedua-dua syarikat terbabit tidak mempunyai pengarah berbangsa Melayu. Manakala bagi 3 Pejabat Tanah Daerah lain yang diaudit tidak ditemui kes pembangunan seumpama ini. Maklumat pecahan pemilikan yang tidak didaftarkan atas nama pengarah Melayu adalah seperti di Jadual1.9.

Jadual 1.9

Pecahan Pemilikan Tidak Dibuat Atas Nama Pengarah Melayu

Bil. Daerah

Pembangunan Pecahan Pemilikan

Mengikut Keputusan MMK No. Hak Milik Asal Jenis Bil. Unit Bil. MMK/ Tarikh Keluasan Hektar (Melayu) Melayu (Unit) Bukan Melayu (Unit) 1 Batu Pahat HSM 12035 Rumah Berkembar 10 203/90 / 18.3.1990 0.18 4 6 Kedai Pejabat 5 0.03 2 3 2 Muar GM 655 Kedai 2 Tingkat 14 203/90 / 18.3.1990 0.06 2 3 Kedai 3 Tingkat 5 0.03 2 12 Jumlah 34 0.30 10 24

Sumber: Pejabat Tanah Batu Pahat Dan Muar

c. Maklum balas Pejabat Tanah Batu Pahat bertarikh 30 Jun 2014, menjelaskan berlaku kekeliruan di antara syarat mengikrarkan 40% pecahan pemilikan tanah dinamakan atas nama seorang pengarah bangsa Melayu dengan arahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan) yang mensyaratkan pembahagian 40% taburan lot bumiputera. Semakan dan tindakan telah diambil di mana hak milik bagi 4 unit rumah berkembar yang telah dipindah milik kepada Melayu telah diendors Pengisytiharan Rizab Melayu. Manakala hak milik bagi 2 lot kedai pejabat yang masih di atas nama pemaju telah diendors Kemasukan Kaveat Pendaftar Atas Tanah kerana tiada nama Pengarah Melayu dalam Daftar Senarai Nama Pengarah Syarikat (Borang 49).

d. Semakan Audit selanjutnya mendapati pihak PTG telah meluluskan permohonan pecah sempadan dan ubah syarat tanah bagi membangunkan 3 kawasan Rizab Melayu milik individu bukan Melayu di Daerah Muar pada tahun 2012 dan 2013. Bagaimanapun, didapati sebanyak 13 pecahan pemilikan berkenaan telah didaftarkan atas nama pemilik tanah seperti di Jadual1.10. Perkara ini adalah tidak mematuhi syarat ikrar di mana sebanyak 40% daripada pecahan tanah tersebut hendaklah dinamakan atas nama seorang pengarah bangsa Melayu sebagaimana dinyatakan dalam surat kelulusan.

(35)

Jadual 1.10

Pecahan Pemilikan Dibuat Atas Nama Pemilik Tanah

Bil. Daerah

Pembangunan Pecahan Pemilikan

Mengikut Keputusan MMK No. Hak Milik Asal Jenis Bil. Unit Bil. MMK/ Tarikh Melayu (Unit) Bukan Melayu (Unit) 1 Muar HSM 10721 Kedai 3 Tingkat 5 1083/2012 / 14.5.2012 2 3 Rumah Berbandung 2 Tingkat 8 2 6 2 HSM 10719 Rumah Berbandung 2 Tingkat 12 55/2013 / 2013 2 10 3 HSM 10718 Rumah Teres 2 Tingkat 18 740/2012 / 2012 7 11 Jumlah 43 13 30

Sumber: Pejabat Tanah Muar

Pada pendapat Audit, pembangunan Tanah Rizab Melayu adalah kurang memuaskan kerana terdapat pecahan plot tidak didaftarkan atas nama pengarah Melayu.

1.4.5. Tanah Rizab Melayu Diusahakan Dan Diduduki Tanpa Kebenaran

Seksyen 425(1)(b) Kanun Tanah Negara 1965 menyatakan adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kebenaran yang sah untuk membersihkan, membajak, menggali, membuka atau bercucuk tanam di atas tanah Kerajaan Negeri, tanah rizab atau tanah perlombongan. Lawatan Audit ke kawasan pengisytiharan Tanah Rizab Melayu mendapati pemantauan yang kurang berkesan di peringkat Pejabat Tanah Batu Pahat dan Kluang telah menyebabkan beberapa kawasan Tanah Rizab Melayu milik Kerajaan Negeri telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran seperti berikut:

1.4.5.1. Batu 4, Jalan Ayer Hitam Kluang, Mukim Sri Gading, Batu Pahat

a. Seluas 92.15 hektar atau 15.0% daripada 613 hektar kawasan pengisytiharan Tanah Rizab Melayu milik Kerajaan Negeri yang diwartakan melalui Warta Kerajaan No. 1045 pada tahun 1993 di Batu 4, Jalan Ayer Hitam Kluang, Mukim Sri Gading, Batu Pahat yang berdekatan dengan Empangan Sembrong telah diusahakan tanpa kebenaran oleh 70 orang Melayu dengan tanaman pokok kelapa sawit yang kini berusia 7 hingga 15 tahun. Temu bual pihak Audit dengan pegawai Pejabat Tanah Batu Pahat mendapati permohonan secara berkelompok bagi mendapatkan hak milik di kawasan yang diusahakan telah dikemukakan pada bulan November 2007. Namun begitu, permohonan tersebut masih diproses sehingga tarikh pengauditan. Keadaan Tanah Rizab Melayu milik Kerajaan Negeri yang diusahakan tanpa kebenaran berkenaan adalah seperti di Gambar 1.5 dan Gambar 1.6.

(36)

Gambar 1.5 Gambar 1.6 Tanah Rizab Melayu Diusahakan Tanpa Kebenaran

Dengan Tanaman Pokok Kelapa Sawit

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kawasan Tanah Rizab Melayu, Batu 4, Jalan Ayer Hitam Kluang, Batu Pahat Tarikh: 4 Mac 2014

b. Berdasarkan maklum balas Pejabat Tanah Batu Pahat bertarikh 30 Jun 2014,

sehingga kini permohonan tersebut belum dapat diproses kerana masalah penandaan batu sempadan bagi kawasan Empangan Sembrong yang masih belum selesai. Selepas batu sempadan dipasang, tindakan selanjutnya akan diambil dengan mengesyorkan supaya permohonan berkenaan diproses dan seterusnya diperakukan kepada Kerajaan Negeri.

1.4.5.2. Kampung Gajah, Mukim Kluang, Kluang

a. Seluas 1.62 hektar atau 54.1% daripada 2.996 hektar kawasan pengisytiharan Tanah Rizab Melayu milik Kerajaan Negeri yang diwartakan melalui Warta Kerajaan No. 711 pada tahun 1983, Mukim Kluang, Kluang di Kampung Gajah telah diduduki tanpa kebenaran oleh 23 orang bukan Melayu dengan mendirikan rumah kediaman. Menurut Pejabat Tanah Kluang, kawasan ini telah mula diduduki tanpa kebenaran lebih kurang awal tahun 1950 an iaitu sebelum pengisytiharan kawasan Tanah Rizab Melayu dibuat. Permohonan bagi mendapatkan hak milik terhadap tanah yang diduduki telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah Kluang pada 2013 dan sehingga kini permohonan tersebut masih dalam proses penyediaan laporan dan pelan. Keadaan rumah kediaman yang dibina di atas Tanah Rizab Melayu milik Kerajaan Negeri tanpa kebenaran adalah seperti di Gambar 1.7 dan Gambar 1.8.

(37)

Gambar 1.7 Gambar 1.8

Rumah Kediaman Didirikan Di Atas Kawasan Tanah Rizab Melayu Tanpa Kebenaran

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kawasan Tanah Rizab Melayu, Kampung Gajah, Kluang Tarikh: 13 April 2014

b. Menurut maklum balas Pejabat Tanah Kluang bertarikh 6 Julai 2014, langkah penyelesaian yang boleh diambil adalah memperakukan secara serentak tanah yang diduduki tanpa kebenaran dengan cadangan tapak ganti yang lain untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.

Pada pendapat Audit, pemantauan yang dilaksanakan di peringkat Pejabat Tanah Batu Pahat dan Kluang adalah kurang berkesan kerana terdapat Tanah Rizab Melayu milik Kerajaan Negeri telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran.

1.5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan pengurusan Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan, adalah disyorkan Pejabat Tanah Dan Galian Johor (PTG) dan Pejabat Tanah Daerah mengambil langkah-langkah penambahbaikan seperti berikut:

1.5.1. Menyemak semula bilangan kawasan dan keluasan Tanah Rizab Melayu di Negeri Johor serta mengemaskinikan Daftar Kawasan Rizab Melayu supaya keluasan sebenar dapat ditentukan serta mengadakan task force untuk mengemaskinikan semua rekod, endorsan dan pewartaan melibatkan kawasan Tanah Rizab Melayu bagi memastikan objektif Tanah Rizab Melayu tercapai sebagaimana mengikut Enakmen Rizab Melayu Johor 1936.

1.5.2. Menyediakan garis panduan pengurusan Tanah Rizab Melayu sebagai rujukan kepada pegawai baru di peringkat PTG dan Pejabat Tanah Daerah bagi menjamin status pegangan hak milik Melayu terus kekal dan terpelihara.

(38)

PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR

2. PENGURUSAN TAMAN NEGARA JOHOR

2.1. LATAR BELAKANG

2.1.1. Perbadanan Taman Negara Johor (Perbadanan) ditubuhkan pada tahun 1989 melalui Enakmen yang telah diwartakan pada bulan Februari 1990 dan berkuat kuasa pada bulan Januari 1992. Penubuhan Perbadanan adalah untuk memelihara dan melindungi hidupan liar, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan daripada segi kaji bumi, kaji purba sejarah dan etnologi. Ia juga meliputi lain-lain kepentingan daripada segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

2.1.2. Antara fungsi Perbadanan adalah untuk mewujudkan taman semula jadi yang berpotensi sebagai taman negara dan memaksimumkannya mengikut kesesuaian dengan konsep pelbagai guna, menyelaras dan mengawal aktiviti taman negara. Perbadanan juga berperanan memperkenalkan Negeri Johor sebagai negeri yang kaya dengan sumber alam semula jadi dan sebagai pusat tarikan pelancong serta menjaga dan mengekalkan alam semula jadi mengikut satu sistem pengurusan bertaraf antarabangsa. Perbadanan telah diberi tanggungjawab menguruskan 6 Taman Negara Johor iaitu Taman Negara Johor Endau Rompin (TNJER) Peta dan Selai, Taman Negara Johor (TNJ) Gunung Ledang, Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Taman Laut Sultan Iskandar dengan jumlah keseluruhan kawasan 62,286.9 hektar. Butiran lengkap mengenai 6 Taman Negara Johor adalah seperti di Jadual 2.1. manakala lokasi bagi taman negara tersebut adalah seperti di Peta 2.1.

Jadual 2.1

Enam Taman Negara Johor

Bil. Taman Negara

Johor Jenis

Keluasan

(Hektar) Tarikh Pewartaan 1 Endau Rompin (Peta) Hutan Hujan

Tropika Tanah Pamah

19, 562

2 September 1993

2 Endau Rompin (Selai) 29,343

3 Gunung Ledang Hutan Gunung 8,611.4 27 Oktober 2005

4 Tanjung Piai Hutan Bakau

Pesisiran Pantai 851

26 Februari 2004 (Ramsar: 31 Jan 2003)

5 Pulau Kukup Hutan Paya

Bakau 647.5

27 Mac 1997

(Ramsar: 31 Jan 2003)

6 Taman Laut Sultan

Iskandar Hutan Pantai

3,272 (3 batu nautika) Rujukan: MMK 14 Februari 2010 Jumlah 62,286.9 Sumber: Perbadanan

(39)

Peta 2.1

Lokasi Taman Negara Johor

Sumber: Portal Perbadanan

2.1.3. Perbadanan telah menyediakan prasarana seperti chalet, tapak khemah, tandas dan boardwalk bagi kemudahan pelawat untuk bersiar dan bermalam di Taman Negara Johor. Sejumlah RM8.60 juta peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Agensi Luar bagi tahun 2011 hingga 2013 telah dibelanjakan untuk pembangunan dan penyenggaraan kemudahan awam tersebut. Selain itu, Perbadanan telah membelanjakan sejumlah RM67,131 bagi tahun 2011 hingga 2013 untuk penyenggaraan bangunan dan kemudahan yang melibatkan kerosakan kecil.

2.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan ini adalah untuk menilai sama ada pengurusan Taman Negara Johor telah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta selaras dengan matlamat yang ditetapkan.

2.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini tertumpu kepada pengurusan Taman Negara Johor di pejabat Perbadanan Taman Negara Johor dan 6 taman negara bagi tahun 2011 hingga 2013. Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak, mengkaji dan menganalisis maklumat berasaskan rekod, fail, data dan dokumen. Lawatan Audit juga telah dilaksanakan di 6 Taman Negara Johor iaitu TNJER Peta dan Selai, TNJ Gunung Ledang, Tanjung Piai, Pulau Kukup serta Taman Laut Sultan Iskandar. Selain itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat juga dibuat bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut berkaitan sesuatu isu yang ditemui.

(40)

2.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang telah dilaksanakan antara bulan Februari hingga Mei 2014 mendapati pengurusan Taman Negara Johor adalah memuaskan kerana Perbadanan telah menyediakan sasaran Pelan Perancangan Strategik bagi tahun 2012 hingga tahun 2016 yang meliputi perancangan bagi setiap aktiviti konservasi, pendidikan dan penyelidikan dan pelaksanaan telah dibuat sepertimana yang dirancang. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam perenggan berikut. Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

 Mesyuarat pemantauan yang diadakan tidak membincangkan secara menyeluruh Pelan Perancangan Strategik.

 Terdapat ancaman terhadap kawasan Taman Negara Johor seperti pencerobohan orang awam dan hakisan ombak yang tidak ditangani secara berkesan.

 Kemasukan pelawat berdaftar melebihi jumlah yang ditetapkan terutamanya bagi pendaki harian dan pendaki bermalam di TNJ Gunung Ledang.

 Rekod inventori bagi bilangan pokok yang ditanam tidak disenggarakan.

 Hasil kajian serta penyelidikan berkaitan Taman Negara Johor belum diterima oleh Perbadanan.

 Kerja penyenggaraan kemudahan telah dipecah kecil dan kemudahan yang dibina tidak disenggarakan.

2.4.1. Pelan Perancangan Strategik

2.4.1.1. Perbadanan telah menyediakan Pelan Perancangan Strategik Tahun 2012

Hingga 2016 dan telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Perbadanan pada 18 Jun 2012. Dalam pelan tersebut, Perbadanan telah menetapkan objektif pengurusan

Taman Negara Johor sebagai peneraju dalam usaha konservasi biodiversiti dan alam semula jadi menjelang tahun 2016 melalui pendekatan seperti berikut:

a. Konservasi – mempertingkatkan usaha bagi memulihara dan memelihara kepelbagaian biodiversiti alam semula jadi.

b. Penyelidikan – meningkatkan usaha penyelidikan dan hasil kajian.

c. Pendidikan – meningkatkan usaha pendidikan alam untuk kesedaran awam. d. Ekopelancongan – memajukan ekopelancongan ke peringkat antarabangsa. e. Pengurusan Cemerlang – memantapkan sistem pengurusan yang cemerlang.

2.4.1.2. Perbadanan telah menetapkan mesyuarat pemantauan perlu dilaksanakan setiap 6 bulan dan penilaian pencapaian perlu dibuat setiap tahun bagi memastikan strategi dan tindakan dalam Pelan Perancangan Strategik dapat dipantau dan dibuat

(41)

semakan semula. Semakan Audit mendapati mesyuarat pemantauan telah dilaksanakan sebanyak 2 kali pada tahun 2013. Bagaimanapun, perbincangan tidak dibuat secara menyeluruh ke atas Pelan Perancangan Strategik di mana mesyuarat yang pertama hanya membincangkan mengenai kolum pengisian bagi Jadual Pemantauan Pelan Strategik dan mesyuarat kedua mengenai kesilapan yang telah dilakukan dalam pengisian Jadual tersebut. Perbadanan juga tidak menyediakan rancangan kerja tahunan bagi menyokong perancangan strategik untuk memudahkan mekanisme pemantauan bagi memastikan setiap kakitangan Perbadanan memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing di setiap akhir tahun. Maklum balas Perbadanan bertarikh 15 Julai

2014, menyatakan pembentangan hasil mesyuarat pemantauan yang telah

dilaksanakan bagi tahun 2013 telah dibuat kepada semua pegawai yang terlibat pada 7 Julai 2014 dan telah dibuat secara lebih terperinci.

2.4.2. Konservasi

Konservasi ialah satu cara pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dalam ekosistem serta biodiversiti alam semulajadi di Taman Negara Johor. Semakan Audit mengenai aktiviti konservasi yang telah dibuat oleh Perbadanan adalah seperti berikut:

2.4.2.1. Ancaman Bagi Mengekalkan Kawasan Taman Negara Johor

Kerja-kerja pemantauan, pembersihan, penandaan sempadan dan pemasangan papan tanda di setiap taman perlu dilakukan setahun sekali bagi memastikan kawasan Taman Negara Johor sentiasa terpelihara. Semakan Audit mendapati Perbadanan telah meningkatkan rondaan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan di setiap Taman Negara Johor. Tindakan penguatkuasaan juga telah dilaksanakan terhadap penceroboh yang memasuki Taman Negara Johor tanpa kebenaran dan aktiviti pembukaan tanah secara haram. Bagaimanapun masih terdapat beberapa ancaman seperti berikut:

a. Pencerobohan

Berdasarkan Enakmen Perbadanan, tiada seorang pun melainkan dibenarkan melakukan apa-apa tindakan seperti memotong, merosakkan, memusnahkan atau membakar apa-apa tumbuhan semasa berada dalam kawasan taman negara kecuali Pengarah Perbadanan atau pegawai yang diberi kuasa. Sekiranya didapati melakukan kesalahan tersebut dan sabit kesalahan, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:

(42)

i. Penanaman Pokok Getah Dalam Kawasan TNJ Gunung Ledang

Berdasarkan laporan kes yang telah dibuat oleh pegawai Perbadanan bertarikh 5 Julai 2011, kawasan hutan TNJ Gunung Ledang telah dicerobohi di mana pokok hutan telah ditebang dan ditanam dengan pokok getah. Tanda sempadan juga telah tidak kelihatan dan telah dialihkan ke kawasan lain bagi mengelirukan sempadan sebenar Taman Negara Johor. Kisah pencerobohan tersebut juga telah ditayangkan dalam rancangan ‘Simfoni Alam’ pada 4 Mac 2014 yang bersiaran melalui saluran RTM TV2. Lawatan Audit mendapati pokok getah tersebut telah mengeluarkan hasil seperti di Gambar 2.1 manakala tanda sempadan yang telah dialihkan adalah seperti di Gambar 2.2. Bagaimanapun, sehingga tarikh akhir pengauditan dilaksanakan tiada bukti tindakan telah diambil terhadap pencerobohan tersebut. Tindakan undang-undang tidak dapat diambil kerana Perbadanan tidak melakukan proses ukur halus bagi menentukan sempadan sebenar TNJ Gunung Ledang dengan kawasan yang dicerobohi.

Berdasarkan maklum balas Perbadanan bertarikh 27 Mei 2014, pengukuran halus sempadan tidak dapat dilaksanakan kerana melibatkan kos yang tinggi dan Perbadanan tidak mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi bagi tujuan tersebut.

Gambar 2.1

Pokok Getah Yang Telah Mengeluarkan Hasil

Gambar 2.2

Tanda Sempadan Yang Dipercayai Telah Dialihkan Dari Tempat Asal

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kompartmen 25, Ulu Jementah, TNJ Gunung Ledang

Tarikh: 5 Mac 2014

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kompartmen 25, Ulu Jementah, TNJ Gunung Ledang

Tarikh: 5 Mac 2014

ii. Pencerobohan Oleh Penduduk Dalam Kawasan Taman Negara Johor

Kawasan yang terlibat dengan pencerobohan ini melibatkan kawasan Pantai Burung seluas sekitar 4 ekar termasuk dalam kawasan TNJER (Peta) yang telah diwarta tahun 1993. Menurut Perbadanan, penduduk Orang Asli telah membuat kerja pembersihan dengan menebang dan membakar semua sisa pokok yang telah ditumbangkan untuk ditanam dengan getah semenjak tahun 2010 dan berpendapat kawasan tersebut adalah tanah adat mereka. Akibat pencerobohan

(43)

tersebut, Taman Negara Johor telah mengalami beberapa kesan seperti kemusnahan laluan Pantai Burung, gangguan kepada kitaran ekologi dan biodiversiti serta pencemaran kawasan sekitar daripada sudut pandangan pelawat. Perbadanan telah mengambil tindakan dengan melantik juruukur bagi membuat pengukuran sempadan kawasan yang diceroboh pada tahun 2010 dan melaporkan perkara tersebut kepada Pentadbir Tanah Daerah Mersing pada tahun 2012 untuk mengambil tindakan terhadap pencerobohan yang berlaku. Bagaimanapun, penduduk Orang Asli masih berkeras mengatakan tanah tersebut adalah milik mereka dan telah membawa perkara tersebut ke mahkamah. Lawatan Audit di kawasan tersebut mendapati kawasan hutan tersebut masih belum ditanam dengan pokok getah dan telah ditumbuhi semak serta terbiar seperti di Gambar 2.3. Berdasarkan maklum balas Perbadanan bertarikh 27 Mei 2014, perkara tersebut masih dalam tindakan mahkamah.

Gambar 2.3

Kawasan Dalam TNJER (Peta) Yang

Telah Di Ceroboh

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: TNJER (Peta)

Tarikh: 12 Mac 2014

b. Hakisan Ombak Di TNJ Tanjung Piai, Pontian

Berdasarkan rekod Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), hakisan di Tanjung Piai adalah dalam kategori 1 iaitu impak hakisan kepada sosial dan ekonomi telah sampai ke tahap yang tidak dapat diterima. Dari tahun 1974 hingga 2011 jarak hakisan yang berlaku adalah selebar 303.9 meter. JPS telah diberi tanggungjawab untuk mereka bentuk, membina dan menyiapkan projek pengawalan pantai di TNJ Tanjung Piai, Pontian. Kerja tersebut telah disiapkan pada tahun 2010 dengan kos berjumlah RM7.58 juta. Salah satu langkah yang diambil bagi menghalang hakisan adalah dengan melaksanakan kaedah rock revetment dan softrock iaitu menggunakan beg geotekstil yang diisi dengan pasir. Lawatan Audit mendapati pasir yang diisi dalam beg geotekstil telah terkeluar dan meliputi permukaan kawasan hutan bakau seperti di Gambar 2.4. Keadaan ini telah mengancam habitat semula jadi pokok bakau kerana kawasan yang diliputi dengan pasir tersebut didapati pembesaran pokok terbantut dan daunnya berwarna kuning seperti di Gambar 2.5. Pukulan ombak yang berterusan serta sumber Kementerian Pengangkutan Malaysia yang menyatakan, laluan Selat Melaka adalah antara laluan kapal yang paling sibuk di dunia di mana terdapat lebih daripada 70,000 kapal dagang melalui laluan tersebut setiap tahun adalah antara salah satu punca beg yang mengandungi pasir terkoyak dan melimpah ke kawasan paya bakau. Gambar 2.6 menunjukkan beg geotekstil yang telah kosong

(44)

tersangkut di akar pokok bakau. Maklum balas JPS Negeri Johor bertarikh 30 Jun 2014, menyatakan softrock mempunyai jangka hayat yang agak terhad. Berdasarkan kajian Integrated Shoreline Management Plans (ISMP) yang

dilaksanakan oleh JPS Negeri Johor pada tahun 2012, 6 offshore breakwater

500 meter dari pesisiran pantai dengan kos pembinaan berjumlah RM106 juta telah dicadangkan bagi menangani masalah hakisan di Tanjung Piai. Bagaimanapun, JPS Negeri Johor hanya memperoleh peruntukan berjumlah RM30 juta untuk menangani masalah hakisan tersebut dan kontraktor dijangka

akan dilantik pada bulan Jun 2014 bagi membina offshore breakwater serta

mengukuhkan benteng softrock sedia ada dengan menambak batu granit di

atasnya.

Gambar 2.4

Pasir Dari Beg Geotekstil Yang Meliputi Permukaan Kawasan Pokok Bakau

Gambar 2.5

Pembesaran Pokok Bakau Terbantut Dan Daunnya Berwarna Kuning

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: TNJ Tanjung Piai, Pontian Tarikh: 26 Mac 2014

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: TNJ Tanjung Piai, Pontian Tarikh: 26 Mac 2014

Gambar 2.6

Beg Geotekstil Yang Kosong Tersangkut

Di Akar Pokok Bakau

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: TNJ Tanjung Piai, Pontian Tarikh: 26 Mac 2014

c. Kemasukan Pelawat Berdaftar Melebihi Jumlah Yang Ditetapkan Bagi Pendaki Harian Dan Pendaki Bermalam Di Campsite 4 Kolam Gajah (CP4) Di TNJ Gunung Ledang

i. Perbadanan telah menetapkan had bagi bilangan carrying capacity atau daya tampung pelawat bagi TNJ Gunung Ledang adalah seramai 100 orang bagi

Gambar

Gambar 1.1  Gambar 1.2
Gambar 1.3  Gambar 1.4  Kedudukan Lot 303 –
Gambar 1.5  Gambar 1.6  Tanah Rizab Melayu Diusahakan Tanpa Kebenaran
Gambar 1.7  Gambar 1.8
+6

Referensi

Dokumen terkait

Melalui penelitian ini diharapkan penelitian ini dapat bermanfaat bagi ilmu manajemen sumber daya manusia khususnya mengenai pengaruh sistem pengukuran prestasi

Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877 yang dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf permulaan kepada pembentukan undang-undang negara.. Majlis Negeri

adalah saluran dan bangunan yang merupakan satu kesatuan dan diperlukan untuk pengaturan air irigasi yang mencakup penyediaan, pengambilan, pembagian yang dilengkapi dengan

Hasil penelitian tersebut yaitu (1) adanya bentuk organisasi komite sekolah yang bersifat lebih otonom dan bersifat konsultatif koordinatif dengan dewan pendidikan

Bimbingan 4 3 2 1 Pengetahuan Peserta didik menunjukkan pemahaman materi yang sangat baik dalam tahapan pengamatan Peserta didik menunjukkan pemahaman materi yang baik

Indeks keanekaragaman fitoplankton yang diperoleh dalam penelitian ini berada pada batas kisaran yang dikemukakan di atas, maka dapat dikatakan perairan Waduk PLTA Koto Panjang

Namun perolehan besarnya bagi hasil disesuaikan dengan jangka waktu transaksi (saldo rata-rata tabungan). Dengan penerapan distribusi hasil seperti di atas, maka dalam hal

Tujuan yang membantu organisasi untuk mencapai tujuan yang lebih besar dalam misi mereka dan biasanya ditetapkan melalui serangkaian tujuan jangka panjang dan jangka