• Tidak ada hasil yang ditemukan

SURAT BERITA EDISI JULAI Para pendoa syafaat,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SURAT BERITA EDISI JULAI Para pendoa syafaat,"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

EDISI JULAI 2015

SURAT BERITA

Para pendoa syafaat,

Sebagai umat Kristian, kita tidak lagi mempercayai bahawa sesuatu adalah ‘kebetulan’ atau ‘nasib’, sebaliknya kita yakin akan berkat Allah. Apa yang terjadi dalam 18 bulan yang lalu tidak boleh dijangka, bukan sahaja dari segi jumlah peristiwa yang terjadi, malah juga dari segi rentetan peristiwa-peristiwa yang terjadi satu demi satu. Ia tertera seperti berikutnya:

● 2014: TIGA kemalangan udara dalam tempoh 12 bulan. ● Disember 2014: Banjir kilat di Kelantan dan negeri negeri lain.

● Khususnya dalam Tahun 2015 : Penurunan harga minyak, kemerosotan ekonomi, dan kemerosotan ringgit kepada nilai paling rendah sejak 1997/8

● Kecenderungan akan pengamalan agama yang konservatif yang mengikut

penterjemahan Islam yang lebih dogmatik dalam parti politik PAS semasa muktamar mereka pada 3-5 Jun. Ini dengan jelasnya akan menyebabkan parti tersebut lebih assertif dalam usaha mereka ke arah amalan bersifat tindakbalas seperti Hudud dan, semungkinnya, membawa penyekatan terhadap kebebasan agama untuk semua. ● Peningkatan persengketaan dalaman parti politik UMNO, di mana ada kemungkinan

besar pimpinan atasan berpecah belah. Perpecahan dan pertempuran dalam UNMO ini menunjuk kepada peningkatan tidak keruan dan kelumpuhan dalam kalangan pemimpin negara kita, satu situasi yang amat bahaya untuk negara kita.

● Gempa bumi pada Jun 5, 2015 dan gegaran susulan berterusan di kawasan Ranau.

Oleh itu, pada bulan ini, kita membuat satu panggilan doa istimewa berserta peningkatan usaha 24/7 secara keseluruhan.

(2)

2 A. PERISTIWA PENTING UNTUK DIDOAKAN

No Peristiwa Tarikh Isu Utama

1. Kes ‘Allah’ Jill Ireland 2 Julai 2015 Pembicaraan kes di Mahkamah Tinggi di depan hakim baru mengenai hak beliau menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai penganut Kristian.

2. Ramadan 30 Hari

18 Jun - 17 Julai 2015

Berdoa untuk peningkatan dari segi doa untuk dunia Muslim dan kasih sayang terhadap mereka.

3. Perhimpun an Doa Kinabalu 10-11 Julai, 2015

Perhimpunan doa yang dianjurkan oleh Majlis Gereja-Gereja Sabah (Sabah Council of Churches) untuk

menyatakan solidariti dengan mereka yang terlibat dalam gempa bumi di Ranau.

4. 247 Doa Kampus

24-26 Julai, 2015

Perhimpunan doa gabungan untuk Kampus di Lembah Klang, Kuching, Kota Kinabalu dan di seluruh negara untuk berdoa untuk pemulihan di kampus dalam kalangan remaja dan orang muda.

B. PERKARA DOA

1. GEMPA BUMI DI SABAH

a. PEMULIHAN iman dan keyakinan orang peribumi kepada iman Kristian

i. Berikutan Gempa bumi pada Jun 5, 2015, kita melihat sekumpulan orang peribumi yang sudah menjadi pengikut Yesus, kembali kepada kepercayaan nenek moyang mereka. Imam mereka tergoyang oleh gemparan-gemparan. Cerita- cerita mengenai kepercayaan lama dan mistik yang didengarkan semasa masih kecil lagi kembali balik. Kita berdoa untuk pengukuhan dan pemulihan Iman Kristian dalam kalangan orang peribumi, supaya iman dan kepercayaan mereka kembali semula dan fokus pada Allah, supaya mereka dapat lihat bahawa bantuan datang dari Allah.

Mazmur 121:1-2 Aku memandang ke arah pergunungan;dari manakah datangnya pertolonganku? Pertolonganku datang daripada TUHAN,yang menjadikan langit dan bumi.

Pergunungan adalah antara ciptaan Allah, dan Allah berkuasa dalam Gempa bumi ini. Allah kita adalah Pencipta. Allah mendiami SEGALA ciptaan- Nya. Tuhan masih berkuasa dan mempunyai hak di atas segala- Nya!

(3)

3

b. PEMULIHAN daripada ketakutan dan trauma

i. Terdapat percubaan daripada pihak golongan pribumi untuk mententeramkan gunung itu melalui upacara-upacara pengorbanan, di mana pihak media sosial telah merakamkan perbuatan ini serta menyebarkan gambar-gambar upacara-upacara tersebut. Hal ini menambahkan perasaan ketakutan kepada orang-orang yang mendiami kawasan tersebut, yang masih belum pulih daripada kejutan dan trauma akibat gempa bumi yang melanda baru-baru ini.

ii. Selain itu, Rakyat yang menetap di Kundasang dan di sekitar Ranau - kawasan pusat gempa bumi - sedang dipindahkan dan terpaksa menghadapi kehilangan harta benda, iaitu kehilangan rumah kediaman/ harta benda, orang-orang kesayangan serta sumber pendapatan. Mereka turut menghadapi isu-isu harian seperti kekurangan bekalan air bersih, tempat berlindung serta kekurangan keperluan asas harian.

iii. Kejadian ini melemahkan dan memenatkan semua yang terlibat secara fizikal, emosional, mental, dari segi kewangan dan juga secara rohani. DI samping semua ini, tercetus perasaan takut berlakunya satu lagi malapetaka gempa bumi yang berkemungkinan menyebabkan lebih banyak lagi kemusnahan kepada situasi kelam yang sedia kala.

iv. Dalam masa kita berdoa bagi perkara ini, marilah kita mengisytiharkan Mazmur 46:1 di atas mereka semua yang terlibat. Kita berdoa agar mereka akan terus berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka dalam Tuhan kerana Dia adalah tempat perlindungan dan kekuatan, sebagai penolong dalam kesesakan yang sangat terbukti.

c. Penelitian yang BETUL

i. Pihak media lebih menghebohkan perlakuan para pembogel berbanding dengan kesan daripada gempa bumi tersebut. Keperitan dan keperluan pertolongan mereka yang terlibat dalam gempa bumi tersebut tidak diberikan perhatian yang mencukupi dan sewajarnya. Berita utama mengenai tindakan keperwiraan dan berani para Malim Gunung (Pemandu Gunung) tempatan kita telah diganti dalam kadar segera oleh berita hukuman dan denda para pembogel.

ii. Sewajarnya, penyampaian berita secara bertanggungjawab sepatutnya meneliti lebih kepada perlakuan keperwiraan dan berani, bijaksana dan tangkas golongan :-

1. Para Malim Gunung di atas gunung tersebut;

2. Para Malim Gunung yang tidak bertugas yang telah menyahut panggilan mendaki gunung tersebut untuk menolong rakan-rakan mereka yang lain;

(4)

4

3. Para pekerja Taman Kinabalu yang telah menyumbangkan segala pertolongan mereka.

iii. Kita berdoa untuk hikmat kebijaksanaan dalam menyampaikan berita secara tepat daripada pelbagai agensi berita, supaya pihak kerajaan dapat mengenal pasti, mengesahkan dan memberikan ganjaran kepada para individu dan kumpulan yang layak.

iv. Agar Kerajaan dan Organisasi-Organisasi Bukan Kerajaan untuk menguruskan akibat daripada bencana yang telah menimpa tanpa kelewatan birokrasi serta dana-dana kewangan akan disalurkan kepada kumpulan orang yang bertanggungjawab dan tempat-tempat yang betul. v. Di samping itu, sistem-sistem pengawasan harus dipasangkan oleh pihak

kerajaan serta pihak berkuasa yang berpatutan dan bertanggungjawab pada kadar yang segera.

d. Kerja-kerja PEMBINAAN dilakukan

i. Selain daripada infrastruktur memanjat gunung, trek-trek, laluan-laluan serta kemudahan-kemudahan awam yang telah musnah, gempa tersebut turut menyebabkan banyak kemusnahan terhadap rumah-rumah kediaman akibat daripada tanah runtuh berlumpur, di samping kerosakan terhadap asas-asas bangunan, jambatan- jambatan serta jalan-jalan raya.

ii. Kita berdoa agar bahan-bahan serta dana kewangan untuk disalurkan dengan pantas kepada agensi-agensi yang berpatutan tanpa kelewatan, di samping pelan induk pembinaan semula akan diukir dan dilaksanakan dengan segera.

e. GEREJA-GEREJA di Sabah dan Malaysia untuk mendengar pemberitahuan Tuhan

i. Sudah tiba masanya Gereja dalam negeri-negeri dan negara kita untuk bangkit. Tuhan sedang membangkitkan kita semua kerana PENUAIAN ada di sini. Malaysia sedang berada pada titik penting pada musim ini. Mari kita bersatu-padu untuk :-

1. Memberi kepada golongan miskin

2. Melayani golongan miskin - melayani terutamanya yang melibatkan trauma serta ketakutan di samping keperluan rohani mereka.

3. Pasukan-pasukan yang telah dihantar oleh gereja-gereja yang terlibat kerana keperluan ini adalah amat besar sekali.

(5)

5

4. Berdoa bersama-sama agar kerajaan Allah akan datang dan kehendakNya terjadi bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh Malaysia. Berdoa agar ramai orang akan menyertai PERHIMPUNAN DOA KINABALU dari Julai 10-11, 2015, yang dianjurkan oleh Majlis Gereja-Gereja Sabah.

2. DOA UNTUK SARAWAK

a. Kita percaya bahawa Gereja Sarawak diletakkan dalam posisi yang strategik dalam apa yang Tuhan sedang lakukan dalam negara ini. Posisi ini adalah untuk semua umat Kristian di Sarawak.

Amos 3:3 ‘Bolehkah dua orang berangkat bersama-sama tanpa berjanji untuk berjumpa lebih dahulu?’

b. Hanyalah Allah yang dapat membawa kesatuan yang Allah perlukan bagi Sarawak. Bukan hanya bercakap tentang kesatuan, tetapi mengalami kesatuan ini dengan ketara. Oleh itu, kita berdoa untuk kesatuan seperti berikutnya:

i. Supaya Allah menyentuh hati pemimpin Gereja di Sarawak, supaya mereka dapat bersatu, dan menyingkirkan segala halangan.

ii. Mengejar wajah Tuhan akan rancangan-Nya untuk menyatukan gereja Sarawk dapat dibentuk dan dikekalkan. Supaya Allah membuka langit syurga.

3. PEMBINAAN SEMULA KELANTAN BERIKUTAN BANJIR KILAT

a. Mengikut jawapan Parlimen dalam bulan Jun, pihak kerajaan hanya membina 33 rumah sampai sekarang daripada 1824 rumah yang memerlukan pembinaan semula selepas banjir kilat pada bulaan disember 2014.

b. Terus berdoa untuk inisiatif inisiatif seperti Gabungan Impian Kelantan yang dipimpin oleh badan NGO dan parti politik, yang bekerja memindahkan dan membina semula komuniti-komuniti di kawasan yang lebih tinggi.

c. Berdoa supaya penderma akan terus memderma kepada kerja pembinaan semula ini dengan murah hati. Berdoa supaya lebih banyak sumber dan

kewangan akan dikeluarkan oleh pihak kerajaan kepada agensi-agensi releven untuk diimplimentasikan segara, tanpa mengira fahaman politik.

4. BERDOA SUPAYA MH370 DAPAT DIJUMPAI

a. Pada bulan April 2015, negara Australia, Malaysia dan China bersetuju meluaskan kawasan carian dua kali ganda kepada 120000 km2 dan

memanjangkan usaha carian satu tahun lagi jika kapal terbang masih tidak dapat dijumpa. Walau bagaimanapun, sudah menjelang musim sejuk di hemispera

(6)

6

selatan, dan usaha carian oleh pihak Australia bagi 60000 km2 pertama sudah hampir tamat. Pihak Australia dilaporkan berkata bahawa usaha carian MH370 tidak akan diluaskan di luar kawasan sekarang tanpa petunjuk baru. JACC juga berkata dalam laporan berita bahawa tanpa data yang baru kawasan carian tidak akan diluaskan.

b. Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Malaysia, Liow Tiong Lai, menjamin bahawa kawasan carian untuk MH370 akan diluaskan sebanyak 60000 km2 di Lautan Hindi Selatan, menafikan laporan bahawa usaha carian sudah dihentikan, selain mengatakan bahawa pihak berkuasa berkomitmen untuk mencari kapal terbang tersebut. Walaupun begitu, dia juga berkata bahawa jika tiada petunjuk baru pada masa usaha di kawasan carian tambahan tamat, usaha carian mungkin tidak akan diteruskan.

c. Mari kita terus berdoa agar kapal terbang MH370 dapat dijumpai, supaya keluarga-keluarga yang terlibat menerima penutupan berkaitan peristiwa yang malang ini. Berdoa agar pihak kerajaan Malaysia akan meneruskan komitmen mereka untuk mencari kapal terbang tersebut, seperti yang dijanjikan.

C. FOKUS DOA BULANAN

1. PENDIDIKAN

a. St. Mary's Labuk, Sandakan Isu Tanda Salib

i. Para pendidik dan ibubapa beragama Islam telah menyuruh sekolah tersebut untuk menurunkan tanda Salib daripada bangunan sekolah yang baru. Kita memuji Tuhan kerana campur tangan segera oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Mary Yap, serta Jabatan Pendidikan Sabah, yang telah menyelesaikan isu tanda salib berpandukan Panduan Kementerian 1/2013 yang menyatakan bahawa nilai moral dan perwatakan sekolah-sekolah mubaligh akan dikekalkan.

b. Pengurusan Keperluan Pelajar- Pelajar Bukan Islam Pada Musim Ramadan

i. Berdoa agar para pengajar Islam tidak akan melaksanakan peraturan-peraturan yang ketat terhadap pelajar-pelajar bukan Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan ini, tetapi agar mereka akan

menghormati hak-hak pelajar-pelajar untuk mengamalkan agama mereka masing-masing dengan terbuka. Berdoa juga agar terdapatnya toleransi serta kesefahaman selain daripada saling hormat-menghormati di antara satu sama lain di sepanjang musim ini.

(7)

7

c. Lebih Banyak Umat Kristian Dalam Kerjaya Pendidikan.

i. Berdoa agar lebih banyak umat Kristian menyahut cabaran menjadi pengajar-pengajar berikutan penurunan statistik jumlah para pengajar Kristian yang bekerja dalam sektor pendidikan. Berdoa agar lebih ramai golongan pemuda pemudi yang akan mendengar dan menyahut

panggilan untuk bekerja dalam sektor yang amat penting ini.

ii. Agar lebih ramai pelajar-pelajar yang cemerlang, terutamanya yang beragama Kristian, akan mempertimbangkan kemungkinan menyertai para pengajar untuk mempengaruhi golongan minda yang masih muda .

d. Sebuah Polisi Pendidikan Yang Mantap Dan Mempunyai Visi

i. Berikutan penurunan dalam kualiti dan standard dalam pendidikan, berdoa agar Tuhan akan memberikan mereka yang terlibat dalam membuat keputusan polisi dalam Kementerian Pendidikan akan diberikan hikmat kebijaksanaan serta intergriti dalam melaksanakan program yang mantap, mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti, mampu mengendali isu-isu sensitif dan merupakan pengurus yang berkebolehan.

e. Pelajar-Pelajar Kristian Dibenarkan Untuk Memakai Tanda-Tanda Salib Mereka Di Sekolah

i. Berdoa agar hak-hak semua pelajar Kristian, terutama sekali mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak tetapi menetap di Semenanjung Malaysia, dihormati dan ditegakkan. Dalam hal ini, kita berdoa agar semua pelajar akan dibenarkan memakai salib mereka tanpa tekanan daripada para pengajar serta badan pengurusan sekolah.

f. Komuniti Terpinggir Dalam Kalangan Kita

i. Berdoa agar kerajaan tidak akan melupakan golongan komuniti terpinggir dalam kalangan kita. Mereka termasuklah :-

1. Komuniti Orang Asli, di mana majoriti daripada mereka tidak pun mempunyai sekurang-kurangnya tahap pendidikan Tingkatan 5 2. Golongan bukan warga negara, termasuklah

pendatang-pendatang asing serta golongan pelarian, yang tidak mempunyai haluan kepada pendidikan yang mampu dibiayai.

3. Golongan pelajar lelaki yang berkemungkinan tinggi melucutkan diri daripada sekolah, di mana kadar nisbah jantina pelajar dalam intstitusi pendidkan tinggi adalah sangat tidak memihak kaum pelajar lelaki.

(8)

8

5. Rakyat Malaysia Timur terutamanya mereka-mereka di dalam kawasan pendalaman.

g. Golongan Ibu Bapa Kristian Untuk Menyahut Cabaran Kepimpinan Dalam PIBG

i. Agar lebih ramai lagi golongan ibu bapa Kristian yang akan mengambil bahagian secara lebih aktif dalam PIBG untuk mempengaruhi sekolah anak-anak mereka, serta mengambil pucuk kepimpinan dalam memastikan pelajar-pelajar di sekolah dipupuk dengan nilai-nilai yang betul.

Sekretariat Kesatuan Doa PRAYER UNITED

Chrisanne Chin Andy Chi

Referensi

Dokumen terkait

4.1.2.3 Pelaksanaan Pengarahan (Actuating) di Wahana Rekreasi Air Pancasan Dream Land Park Banyumas. Proses pengarahan dalam manajemen yang ada di Pancasan Dream Land

Dengan demikian hal yang harus dilakukan adalah merancang suatu master plan pemetaan sebaran menara telekomunikasi seluler berbasis Sistem Informasi Geografis

Hasil penelitian pada frekuensi perilaku kissing vagina ini menunjukkan, bahwa hewan percobaan yang diberi perlakuan kontrol baik tanpa pemberian hormon

Interaksi secara tidak langsung ini menyebabkan ikatan antara atom H dari H2O yang terikat pada ion logam dengan situs aktif dari HDS (atom N dari gugus - NH2)

di Indonesia maka terdapat dua sistem perbankan yang beroperasi baik secara teori maupun prakteknya berbeda meskipun terdapat perbedaan yang sangat mendasar antara

Memukul bola dengan menggunakan dua tangan ketika bola berada di ba!ah kepala dengan tujuan mengoperkan ke teman atau menempatkan bola ke lapangan la!an....

Pelayanan gizi rawat Jalan merupakan pelayanan gizi yang dimulai dari proses pengkajian gizi, diagnosis gizi, intervensi gizi meliputi penyuluhan/ edukasi dan

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sebagai pelatihan untuk menerapkan teori