POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
WINCH LIFTING TROLLEY
NAMA NO. PENDAFTARAN
MUHAMMAD NUR AFIQ BIN ADZAM 02DAD18F1071 MUHAMMAD AZIM NAIM BIN SHUKRI 02DAD18F1051 AHMAD ZAID BIN A.SHUKOR 02DAD18F1024 TUAN FAKHRUL AMIN BIN TUAN RAZILAH 02DAD18F1014
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
JUN 2020
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
WINCH LIFTING TROLLEY
NAMA NO. PENDAFTARAN
MUHAMMAD NUR AFIQ BIN ADZAM 02DAD18F1071 MUHAMMAD AZIM NAIM BIN SHUKRI 02DAD18F1051 AHMAD ZAID BIN A.SHUKOR 02DAD18F1024 TUAN FAKHRUL AMIN BIN TUAN RAZILAH 02DAD18F1014
Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
JUN 2020
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK
TAJUK : WINCH LIFTING TROLLEY SESI : JUN 2020
1. Kami, 1. MUHAMMAD NUR AFIQ BIN ADZAM (02DAD18F1071) 2. MUHAMMAD AZIM NAIM BIN SHUKRI (02DAD18F1051) 3. AHMAD ZAID BIN A.SHUKOR (02DAD18F1024)
4. TUAN FAKHRUL AMIN BIN TUAN RAZILAH (02DAD18F1014)
adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, yang beralamat di Semambu, 25350 Kuantan, Pahang. (Selepas ini dirujuk sebagai “Politeknik tersebut’)
2. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di dalamnya adalah hasil karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.
3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada
‘Politeknik tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal kepada kami.
Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut;
a) MUHAMMAD NUR AFIQ BIN ADZAM ……….
(No. Kad Pengenalan:-000918-07-0599) MUHD NUR AFIQ
b) MUHAMMAD AZIM NAIM BIN SHUKRI ……….
(No. Kad Pengenalan:-000122-03-0727) MUHD AZIM NAIM
c) AHMAD ZAID BIN A.SHUKOR ……….
(No. Kad Pengenalan:-000306-01-1109) AHMAD ZAID d) TUAN FAKHRUL AMIN BIN TUAN RAZILAH ……….
(No.Kad Pengenalan:-000203-11-0657) TUAN FAKHRUL
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T., dapat kami berempat menyiapkan projek yang telah kami rancangkan dan laksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai masalah yang timbul, kami terpaksa lalui dengan hati yang terbuka.
Dengan ini, kami merakamkan setinggi penghargaan kepada penyelia projek kami iaitu, Encik Zulhishamuddin di atas bimbingan dan perbincangan yang diberi sepanjang tempoh projek ini dilaksanakan.
Di samping itu, kami ingin berterima kasih kepada pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan projek ini sepanjang tempoh yang diberikan.
Penghargaan kepada pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah juga tidak ketinggalan kerana memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan idea-idea yang ada bagi menghasilkan sesuatu inovasi yang berguna pada masa akan datang.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi idea- idea kepada kami secara langsung ataupun tidak langsung ketika kami menyiapkan dan mencari idea projek sehinggalah dalam penulisan laporan projek ini.
Sekian, terima kasih.
ABSTRAK
“Winch Lifting Trolley” merupakan salah satu alat bagi mengangkat beban atau mengalihkan barang dengan hanya menggunakan sedikit sahaja tenaga kerja manusia.
Pada kebiasaanya kita dapat melihat troli yang hanya mampu mengalihkan sesuatu barang dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan tenaga kerja manusia jika ingin meletakkannya di paras ketinggian yang berbeza. Oleh sebab itu, ia akan mengakibatkan tenaga kerja manusia secara berlebihan perlu digunakan bagi mengalihkan atau mengangkat sesuatu barang. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kami mereka cipta satu alat yang mampu mengalihkan dan mengangkat barang dengan cara yang mudah hanya dengan menekan suis yang terdapat di pemegang troli bagi meninggikan paras tapak troli. Dengan adanya Winch Lifting Trolley ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat dalam pekerjaan harian. Selain itu, projek ini juga bertujuan membantu golongan yang berusia yang tidak mampu mengangkat beban yang berat ekoran faktor usia dan sebagainya. Kami juga meletakkan ciri-ciri keselamatan pada alat ini seperti suis kekunci yang membolehkan pengguna memperbetulkan kedudukan barang tanpa lifting bergerak turun atau naik ke atas. Kami menggunakan bahan-bahan yang sangat efektif serta tahan lama seperti keluli tahan karat dan cat aluminium. Malah bahan-bahan yang membina alat ini telah dipilih dengan teliti agar mampu menampung beban yang tinggi ke atasnya. Walaubagaimanapun, winch lifting trolley ini masih banyak yang perlu dipertimbangkan dan diperbaiki bagi menambahbaik dari segi aspek operasi dan sistem untuk berfungsi dengan baik.
Kesimpulannya, berdasarkan ujian yang kami lakukan dengan meletakkan beg simen seberat 50kg dan troli ini mampu mengangkatnya, produk yang kami cipta ini dapat digunakan untuk semua golongan masyarakat.
ABSTRACT
Winch Lifting Trolley is one of the tools to lift loads or move goods using only a small amount of manpower. Usually we can see a trolley that can only move something from one place to another using human labor if we want to use it at different height levels. Therefore, it will require the excess manpower needed to move or take something.
To solve the problem, we created a tool that can move and use items in an easy way.
With this Winch Lifting Trolley, it can to some extent help the community in their daily work. In addition, this project also helps those who are unable to lift heavy loads due to age factor and so on. We also have security features on this device such as lock switch that the user fixes the item without lifting moving down or up. We use very effective and durable materials such as stainless steel and aluminium paint. Even the materials that are used for this tool are carefully selected to be able to withstand the high load on it.
However, this winch lift trolley still needs a lot of attention and improvement to improve in terms of operating and system to function well. In conclusion, based on the tests we make by lifting 50kg cement bag, this product we created can be used by the society.
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PERAKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK PENGHARGAAN
ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH
ii iii iv v vi, vii
viii ix
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 2
1.4 Persoalan Kajian 2
1.5 Skop Kajian 3
1.6 Kepentingan Kajian 3
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 4
2.2 Panduan Idea 4
2.3 Kajian Komponen Yang Digunakan Pada Projek 8
2.4 Peralatan Projek 10
3.3 Konsep Kerja Prime 3.4 Rekabentuk Projek 3.5 Proses Fabrikasi Projek
17 22 23
4 HASIL DAPATAN
4.1 Pengenalan 28
4.2 Analisis Kejuruteraan 28
4.3 Dapatan Kajian 29
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN & CADANGAN
5.1 Pengenalan 31
5.2 Perbincangan 31
5.3 Kesimpulan 31
5.4 Cadangan 32
RUJUKAN 33
LAMPIRAN 34
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 2.1 Jenis-jenis roda 5
Jadual 2.2 Jenis-jenis troli di pasaran 6,7
Jadual 3.1 Anggaran Kos Projek 23
Jadual 4.1 Data Ujian 30
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 2.1 Plat Kayu Tebal 8
Rajah 2.2 3 Roda 8
Rajah 2.3 Bot dan Nat 9
Rajah 2.4 Washer 9
Rajah 2.5 Besi Berongga 10
Rajah 2.6 Mesin Kimpalan MIG 10
Rajah 2.7 Mini Grinding Machine 11
Rajah 2.8 Mesin Pemotong Mudah Alih (grinder) 12
Rajah 2.9 Mesin gerudi tangan 12
Rajah 2.10 Mata gerudi besi 13
Rajah 2.11 Skru dan pengikat 13
Rajah 2.12 Welding Mask 14
Rajah 2.13 Electric Motor Winch 12V 14
Rajah 2.14 Bateri Sel Kering 15
Rajah 3.1 Carta Alir PRIME 17
Rajah 3.2 Lakaran rekabentuk Winch Lifting Trolley 22
Rajah 3.3 Proses pemotongan besi 24
Rajah 3.4 Proses welding 25
Rajah 3.5 Proses pemasangan alat winch pada troli 26
Rajah 3.6 Proses pemasangan bateri 26
Rajah 3.7 Proses ujikaji projek 27
Rajah 4.1 Formula kerja 29
BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis troli yang diciptakan dan diinovasikan.
Contohnya, yang digunakan di pasaraya bagi mengangkat stok-stok baru yang sampai dari lori ke pasaraya. Penggunaan troli amatlah memberi kesan yang bagus bagi memudahkan sesuatu tugas dilaksanakan. Selain itu, troli juga dapat membantu golongan yang berusia memindahkan barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Dengan kajian yang lebih mendalam dan terperinci, penciptaan troli boleh menjadi aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat sejagat.
Oleh sebab itu, dari aspek rekabentuk troli yang tersedia ada di pasaran tidak menepati aspek keselamatan secara keseluruhan. Ini kerana rekabentuk yang hanya ditumpukan pada kegunaan yang tertentu sahaja tanpa mengambil kira aspek lain.
Contohnya, orang yang berumur hanya mampu mengalihkan sesuatu barang yang bebannya tinggi dengan menggunakan troli, namun tidak mampu mengangkatnya ke but kereta kerana paras ketinggian yang berbeza.
Oleh demikian, projek ini ingin memberi penekanan terhadap troli yang ingin diciptakan. Ini kerana troli terdapat banyak kelemahan. Troli yang direka cipta ini diharapkan agar supaya lebih bermutu dan berguna. Diharap projek ini dapat mengatasi masalah dan membantu masyarakat dalam urusan seharian.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Dalam melaksanakan projek ini, beberapa masalah yang berkaitan telah dikenal pasti sebelum projek ini dilakukan. “Winch Lifting Trolley” ini bertujuan untuk memastikan segala kekurangan troli sedia ada dapat ditambahbaik. Antara kekurangan yang kami dapati ialah:
i. Tidak mampu mengangkat barang ke paras yang lebih tinggi ii. Sukar untuk menaiki tangga
iii. Ruangan untuk meletakkan barang sangat sempit.
iv. Menggunakan besi yang cepat berkarat
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Merekabentuk dan membina sebuah Winch Lifting Trolley menggunakan sistem mekanikal dibantu Perisian Inventor Autodesk Professional 2016.
ii. Menganalisis sistem kecekapan Winch Lifting Trolley yang dibina.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Terdapat banyak persoalan yang dikemukakan oleh pengguna terutama sekali berkaitan tahap keyakinan mereka dalam penggunaan troli yang direka. Pelbagai soalan sering dikemukakan pada kami antaranya:
i. Bagaimanakah Winch Lifting Trolley berfungsi bagi memenuhi skop projek?
ii. Di manakah tempat Winch Lifting Trolley sesuai digunakan?
iii. Apakah perbezaan troli biasa dengan Winch Lifting Trolley?
1.5 SKOP KAJIAN
Setiap projek dan konsep yang hendak dihasilkan memerlukan penghasilan yang berinovasi, efektif dan bermutu tinggi dari segi rekabentuk dan fungsinya. Bagi mencapai objektif ini, kami telah menetapkan beberapa skop projek seperti di bawah;
i. Dimensi troli107 x 76 x 120cm.
ii. Tinggi maksimum troli adalah 120 cm.
iii. Rendah maksimum troli adalah 70 cm.
iv. Menggunakan sistem winch lifting.
v. Digunakan untuk mengalih dan mengangkat beban maksimum 130kg.
vi. Lebih tertumpu untuk mengangkat dan mengalih beban ke atas lori yang berketinggian 120cm kebawah.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengurangkan kes sakit tulang belakang dan penggunaan tenaga manusia yang ramai untuk mengangkat objek berat ke tempat yang lebih tinggi.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, pengguna dapat lebih mengetahui tentang kajian-kajian yang membolehkan troli ini digunakan sebagai kemudahan. Hasil dari kajian literatur mengatakan bahawa setiap kemudahan yang dilakukan membawa kebaikan kepada penggunanya sendiri.
2.2 PANDUAN IDEA
Untuk menjadikan projek kami lebih berjaya, kami perlu berpandukan pada produk-produk yang sedia ada. Ia akan dijadikan panduan dalam menjalankan projek ini. Dengan ini, kami dapat mengolahkan produk-produk yang sedia supaya dapat diaplikasikan pada Lifting Trolley. Reka bentuk dan fungsi sesuatu produk itu akan diubah mengikut kesesuaian projek
2.2.1 KAJIAN SPESIFIKASI TROLI DI PASARAN
Pelbagai jenis troli telah dipasarkan di pasaran tempatan mahupun di pasaran antarabangsa. Setiap troli mempunyai kebolehan, keunikan dan ciri-ciri reka bentuk yang tersendiri yang telah diubahsuai seperti kehendak penciptanya. Pencipta menciptanya atas dasar permasalahan yang timbul hasil daripada pemerhatian terhadap pengguna. Menurut Irawan (2018), terdapat pelbagai jenis roda seperti:
Jadual 2.1 : Jenis-jenis roda
BIL. JENIS RODA KAPASITI BEBAN (kg)
1. Super Duty Caster
540-2300
2. Elastic Rubber Caster
100-200
3. Nylon Caster
50
4. PVC Caster
40-80
Untuk rajah diatas ini, setiap roda yang pada troli mempunyai ketahanan sendiri.
Ianya digunakan atas kesesuaian sesuatu beban yang diletakkan atas troli.
Jadual 2.2 : Jenis-jenis troli di pasaran
Jenis Troli Konsep Reka Bentuk Ciri-Ciri Kelebihan/
Kekurangan
Hydraulic Lifter Hidraulik Dari sudut reka bentuk, ia berfungsi sebagai bar dengan hujung yang disematkan.
Ia dikenakan pemampatan langsung daya yang membawa kepada beban lenturan dan tekuk pada rod.
Juga, terdapat tekanan dalaman cecair, yang menyebabkan lilitan dan membujur tekanan di sekeliling ketebalan dinding.
iii) Kapasiti beban ialah 226
iv) Luas troli adalah
710mmx440m m
v) Sesuai digunakan di bengkel, makmal dan kediaman
i) Boleh angkat beban seberat 226 kg
ii) Senang disimpan iii) Tinggi maksimum 740mm
Porta Lift Winch Dari segi reka bentuk, Port Lift ini mempunyai noiseless reverse braking winch yang dapat berat diubah ke pusat graviti yang mengurangkan
i) Tapak troli boleh
dinaikkan setinggi 100cm ii) Kapasiti beban adalah sebanyak
i) Boleh ditanggalkan untuk
penyimpanan yang mudah dan padat di bahagian belakang perkakas,
memudahkan pengendalian tangga.
400mmx635m m
iv) Sesuai digunakan di bengkel, makmal kediaman .
i)Maksimum beban yang boleh diangkat hanya 100kg sahaja ii)
Mengambil masa untuk menaikkan beban
Stacker Lift Hydraulic
Hidraulik Ketinggian Lift Hydraulic ini mampu Stacker membolehkanny a mengambil atau meletakkan apa sahaja.
Pergerakkannya hanya satu arah sahaja.
Mempunyai pusat graviti yang kuat. Ianya dapat
menstabilkan Stacker Lift Hydraulic ketika membawa beban.
ii) Kapasiti beban ialah 1000kg iv) Luasnya ialah
435mmx600m m
v) Sesuai digunakan di kilang industri untuk
mengangkat barang
i) Boleh mengangkat beban 1000kg dengan ketinggian 1800mm ii) Mahal iii) Bergerak perlahan iv) pergerakan paksi vertikal
Berdasarkan troli di rajah diatas, setiap troli ini mempunyai kelebihan dan kekurangan dari segi reka bentuk dan ciri-cirinya.
2.3 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN PADA PROJEK
Rajah 2.1 menunjukkan jenis plat kayu untuk tapak. Kayu ini digunakan sebagai tapak meletakkan beban pada kajian kami. Ia begitu kukuh dengan berat yang sesuaian pada beban tersebut.
Rajah 2.1 : Plat Kayu Tebal
3 roda digunakan pada bahagian belakang troli untuk menampung beban berat.
Pemilihan roda ini lebih sesuai kerana dari kelebihannya ia boleh menaiki tangga dengan senang. Ianya juga mampu berpusing 360 darjah yang dapat memudahkan pergerakan troli.
Rajah 2.2 : 3 Roda
Bot dan nat digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih. Mempunyai
Rajah 2.3 : Bot dan Nat
Washer pula merupakan plat yang nipis dan mempunyai ruang pada bahagian tengahnya. Kebiasaanya digunakan untuk menyumbang sedikit berat pada pemasangan bolt dan nat. Kegunaan yang lain bagi adalah sebagai peruang, kadar lapisan dan alat pengikut. Ia juga mempunyai pelbagai saiz dan kelebaran bergantung kepada saiz bolt dan nat yang digunakan.Selalunya washer mempunyai diameter luar yang dua kali ganda besar berbanding diameter dalamnya. Ia diperbuat daripada plastik atau besi.
Selain itu, ia juga diperbuat daripada getah dan bahan kaca yang digunakan untuk menahan pengaliran air pada pemasangan paip.
Rajah 2.4 : Washer
Besi berongga adalah besi yang ringan. Besi ini mempunyai dua bentuk iaitu bulat dan petak. Biasanya besi ini dibuat daripada besi berongga dangalvanis yang sering digunakan dalam konstruksi bangunan, terutamanya pagar, atap kanopi atau pintu
Rajah 2.5 : Besi Berongga
2.4 PERALATAN PROJEK
Peralatan-peralatan yang digunakan untuk menjayakan sebuah troli adalah seperti berikut:
Rajah 2.6 : Mesin Kimpalan MIG
Berdasarkan penulisan Zaidi (2011), mesin kimpalan MIG digunakan untuk menyambung besi-besi bagi dijadikan rangka. Kumain yang terhasil menyambung besi- besi untuk dijadikan produk. Mesin MIG ini dapat dioperasikan secara manual dengan menarik picu untuk mengeluarkan leburan logam bagi proses menyambung besi
kimpalan-kimpalan yang dibuat di bengkel-bengkel juga adalah kimpalan MIG. Prinsip asas kimpalan MIG dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod bersentuhan dengan logam asas. Arka menghasikan haba yang akan meleburkan logam asas dan hujung elektrod. Leburan elektrod dan logam asas bercampur membentuk kolam leburan dan sebati apabila sejuk untuk menghasilkan kumai kimpalan. Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan (dalam bentuk gelungan) melalui unit suapan dawai. Bekalan gas lengai melindungi arka dan kolam leburan daripada udara atmosfera. Kimpalan MIG kebiasaannya digunakan untuk menyambungkan komponen-komponen yang berasingan untuk dijadikan produk
MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan. Antara kelebihan MIG:
i. Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).
ii. Proses lebih cepat.
iii. Hasil kimpalan bermutu tinggi.
iv. Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa melakukan pengimpalan.
v. Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.
vi. Boleh mengimpal semua jenis logam utama.
Rajah 2.7 : Mini Grinding Machine
Menurut Achmadi (2019), mini grinding machine adalah mesin canai mudah alih yang mengacu pada pembuatan bentuk datar dan permukaan yang rata pada sebuah benda kerja yang berada di bawah batu grinder yang berputar. Pada umumnya mesin grinder digunakan untuk penggerindaan permukaan yang meja mesinnya bergerak
Rajah 2.8 : Mesin Pemotong Mudah Alih (grinder)
Mesin pemotong mudah alih merupakan mesin yang bertujuan untuk mengasah benda kerja seperti pisau dan pahat, atau dapat juga bertujuan untuk membentuk benda kerja seperti merapikan hasil pemotongan, merapikan hasil las, membentuk lengkungan pada benda kerja yang bersudut, menyiapkan permukaan benda kerja untuk dilas, dan lain-lain. Mesin grinder mampu untuk dapat menghasilkan kecepatan sekitar 11000 – 15000 rpm. Dengan kecepatan tersebut mata grinder yang merupakan komposisi aluminium oksida dengan kekasaran serta kekerasan yang sesuai, dapat menggerus permukaan logam sehingga menghasilkan bentuk yang diinginkan. Dengan kecepatan tersebut juga, mesin grinder juga dapat digunakan untuk memotong benda logam dengan menggunakan mata grinder yang dikhususkan untuk memotong
Mesin gerudi yang digunakan ialah jenis gerudi tangan. Mesin ini digunakan untuk menebuk lubang pada permukaan besi. Mesin ini mudah digunakan kerana ia boleh digunakan pada kedudukan yang berlainan
Rajah 2.10 : Mata gerudi besi
Mata gerudi yang digunakan ialah jenis stainless steel. Ia sesuai digunakan untuk menebuk lubang pada pelbagai jenis besi samada lembut mahupun besi keras.
Rajah 2.11 : Skru dan pengikat
Rajah 2.12 : Welding Mask
Rajah 2.12 menunjukkan alat keselamatan yang digunakan semasa kerja pengimpalan dilakukan bagi membantu pengimpal untuk melihat dan juga untuk melindungi bahagian muka pengimpal daripada tercedera.
Rajah 2.13 : Electric Motor Winch 12V
Motor ini mengandungi bekalan sebanyak 12 volt. Keupayaan menggulung adalah sebanyak 6000lbs bersamaan lingkungan 2000 kg. Panjang kabelnya sebanyak 9.14 meter. Kelajuan garisan dengan muatan penuh adalah 6 kaki per minit.
Rajah 2.14 : Bateri Sel Kering
Bateri ini dijadikan sebagai bekalan kuasa untuk menjalankan motor winch tersebut. Bateri ini adalah salah satu komponen yang penting pada sesebuah kenderaan.
Bateri ini adalah dalam kategori rechargeable battery. Walaupun ianya adalah sejenis pakai dan buang, namun ianya boleh dicas berkali-kali selagi mana dalam lingkungan jangka hayatnya yang tersendiri.
BAB 3 METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Cetusan idea dari kalangan ahli kumpulan memainkan peranan penting dalam menjayakan pelaksanaan sesuatu projek. Pemilihan tajuk daripada idea-idea yang tercetus tersebut merupakan langkah terawal yang perlu dilaksanakan sebelum memelukan kerja seterusnya dalam projek. Tajuk dan jenis projek juga perlu berdasarkan taraf dan piawaian Diploma kerana ianya merupakan salah satu subjek yang terpenting di akhir semester sepanjang pengajian dalam Kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini.
Di samping itu, pemilihan jenis projek yang bersesuaian mengikut kursus yang diambil iaitu mekanikal sedikit sebanyak membantu daya pemikiran yang kreatif dan inovatif seseorang berkenaan ilmu yang dipelajari. Seterusnya, rangka kerja atau carta alir perlu dibuat sebagai garis panduan sepanjang perlaksanaan projek agar lebih teratur dan kemas. Ini membantu melancarkan pelaksanaan projek tanpa sebarang masalah dan ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk menjayakan projek tersebut.
3.2 CARTA ALIR REKABENTUK PROJEK
Bagi memilih rekabentuk, carta alir PRIME digunakan untuk memilih dan menentukan rekabentuk yang terbaik. Rekabentuk kami dipilih berdasarkan keputusan yang dapat melalui carta alir ini.
Rajah 3.1 : Carta Alir PRIME
3.3 KONSEP KERJA PRIME
Konsep kerja PRIME merangkumi lima fasa iaitu penyataan masalah, untuk mengenal pasti masalah sesuatu kajian. Seterusnya, penyelidikan untuk membuat penyelidikan produk terdahulu. Inovasi adalah naik taraf daripada produk terdahulu.
3.3.1 Problem Statement (P)
Merujuk kepada permasalahan di atas, orang-orang yang sudah berusia sering kali menghadapi kesukaran untuk mengalihkan atau mengangkat barangan yang berat untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta sebagai contohnya tong gas, satu kotak tin susu dan sebagainya. Menurut Halina (2018), pekerja yang mengangkat bebanan berat boleh mendatangkan kecederaan terhadap diri mereka. Ini disebabkan oleh barangan yang berat dapat menjejaskan kesihatan mereka oleh kerana beban yang tidak dapat ditampung oleh badan mereka. Dengan adanya troli ini, keadaan ini akan mungkin sedikit berubah dan dapat memudahkan pengguna mengalihkan barang. Seterusnya, dengan adanya troli ini juga, pekerja sektor pembinaan dapat menjimatkan masa tanpa perlu berulang-alik untuk mengangkat barangan yang sama.
3.3.2 Research (R)
Berdasarkan daripada penyelidikan yang dijalankan, didapati troli yang berkuasakan motor 12V ini memerlukan modal yang lebih rendah untuk dibeli bagi pengguna. Troli ini dicipta untuk mengurangkan penggunaan tenaga kerja manusia dan juga menjimatkan masa harian pengguna. Rekabentuknya yang dimodifikasi agar lebih kukuh dapat menjamin keselamatan pengguna semasa menggunakannya. Hasil kajian juga mendapati bahawa bahan yang digunakan untuk membina projek ini juga senang dicari dan boleh didapati di mana-mana kedai peralatan.
3.3.3 Innovation (I)
Mengikut projek yang dibina oleh kami, kami menggunakan sebuah troli yang sedia ada dan menambahkan lagi fungsi troli tersebut. Troli ini ditambah dengan sistem takal yang akan memegang kabel pada tempatnya. Kami juga menambah satu tapak troli yang boleh dinaik atau diturunkan dan bukannya tapak yang kekal pada troli. Winch yang dipasang pada rangka troli dikuasakan dengan bateri 12V akan menarik kabel yang melalui takal dan disambungkan pada tapak troli. Apabila dihidupkan menggunakan
i) Percambahan Idea
Percambahan idea adalah satu teknik perbincangan bagi meningkatkan kreativiti sesuatu produk. Kaedah ini dijalankan secara kumpulan di mana idea-idea baru akan dibincangkan dan idea tersebut dijana ke atas produk tertentu.
a) Analisis Konsep Rekabentuk
Dalam analisis konsep ini, projek ini mengetengahkan konsep dimana untuk memudahkan kerja pengguna. Dari segi reka bentuk, troli ini dapat membantu pengguna untuk memindahkan objek yang berat dengan lebih mudah dan efektif. Dengan itu, timbulah idea-idea untuk mereka bentuk sebuah troli yang mampu mengangkat beban yang berat dan boleh menaikkan atau menurunkan objek pada tempat-tempat tertentu.
Rekabentuk inilah bukanlah terhasil secara spontan tetapi ia adalah proses yang memakan masa berbulan-bulan sebelum ianya berjaya dihasilkan. Ini termasuklah proses pemikiran, percubaan dan ujian sehingga terhasilnya produk yang diingini.
Konsep Winch Lifting Trolley ini menggunakan konsep takal yang menggunakan tenaga kerja elektrik. Ianya terdiri daripada roda yang mempunyai alur, mengelilingi bulatan antara roda tersebut. Daya yang dihasilkan oleh motor akan menarik kabel yang melalui takal dan disambungkan pada tapak troli tersebut. Apabila dikenakan daya, tapak troli tersebut akan menaik atau menurun bagi memudahkan pengguna untuk mengalihkan objek yang berat pada tempat yang tinggi.
Konsep troli ini juga menggunakan roda yang dipanggil Tri-Star wheel. Reka bentuk ini akan memudahkan pengguna apabila melalui permukaan yang tidak rata. Reka bentuk ini terdiri daripada tiga roda,
b) Kelebihan
Winch Lifting Trolley ini dapat memudahkan mengangkat barang yang berat seperti tong gas, kotak-kotak tin susu ke paras yang tinggi bagi mereka yang sudah lanjut usia dan kurang kemampuan untuk mengangkat sesuatu yang berat.
c) Kekurangan
Kekurangan Winch Lifting Trolley ini ialah ianya dikhaskan untuk kenderaan 4x4 dan juga lori oleh kerana troli ini tidak dapat dimuatkan ke dalam kereta. Troli ini juga tidak dapat dilipat kerana terhalang dengan motor dan bateri yang dipasangkan.
ii) Pemilihan Idea
Pemilihan idea merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dicari perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana merupakan satu projek akhir sepanjang pengajian ini.
iii) Pemilihan Bahan
Menurut Riley (2016), terdapat dua kos yang terlibat dalam menentukan jumlah kos iaitu kos tetap dan kos berubah. Kos tetap bermakna malar, bebas daripada output atau aktiviti peringkat. Sementara itu, kos berubah bermakna berkadar dengan output atau aktiviti peringkat seperti kos bahan langsung dan kos buruh langsung.
3.3.4 Modification (M)
lebih kukuh mengangkat beban yang berat. Selain itu, kami juga mengubahsuai posisi meletakkan bateri 12V agar troli ini senang dicondong apabila sedang mengalihkan barang.
3.3.5 Evaluation (E)
i) Pengujian (Prosedur Ujikaji)
Kami akan membuat pengujian (Prosedur Uji kaji) apabila siap merekabentuk, alat perlu diuji bagi mendapatkan keberkesanan penjimatan ruang tersebut. Ujian terhadap produk yang dicipta ialah dengan meletakkan beban pada tapak troli kemudian mengenakan daya pada motor untuk mengambil kira sebanyak manakah beban yang dapat ditampung oleh rekabentuk troli tersebut. Perbandingan ini diukur mengikut berat beban yang dapat ditampung oleh struktur troli dan juga motor. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk memastikan projek ini berjaya.
ii) Pengrekodan data dan ujian keberkesanan
Ujian yang dilakukan oleh ahli kumpulan kami bagi menguji tahap ketahanan dan kesesuaian Winch Lifting Trolley ialah menggunakan kaedah ‘repeated loading’ dengan meletakkan bebanan seperti tong gas yang seberat 30kg dan juga beg simen seberat 50kg ke atas tapak troli untuk diangkat menggunakan winch. Ujian ini adalah untuk melihat tahap ketahanan struktur rangka troli tersebut.
3.4 REKABENTUK PROJEK
3.4.1 LAKARAN REKABENTUK WINCH LIFTING TROLLEY
Hasil idea lakaran ini diambil daripada sebuah troli dan juga forklift. Lakaran ini kemudian digabungkan dua konsep berikut dan mempunyai 3 roda setiap sisi untuk memudahkan kerja apabila melalui permukaan yang tidak rata. Projek ini berfungsi sebagai ‘mini forklift’ yang mampu mengangkat beban seberat 100kg. Ia menggunakan sistem takal yang dipasang pada tapak troli yang boleh dilaras. Kemudian motor winch akan menarik kabel yang melalui takal di atas lalu menaikkan tapak troli. Proses ini dapat dilakukan dengan menekan suis yang terpasang pada pemegang troli.
3.5 PROSES FABRIKASI PROJEK
Menentukan pengubahsuaian dan penambahan projek dengan menggunakan bahan-bahan yang sesuai digunakan serta berlandaskan faktor kewangan ahli kumpulan.
Bahan yang akan digunakan untuk projek ini ialah motor winch yang dikuasakan oleh bateri 12V, Flat Corner 3x3, L Bracket untuk mencantumkan rangka troli, M10 dan M8.0 Bolt, 6 biji roda yang dipasangkan secara 3-3 bagi setiap sisi troli, kabel winch untuk menggerakkan tapak troli ke atas dan ke bawah, plat kayu sebagai tapak permukaan troli untuk meletakkan barang. Pemasangan yang dibuat ialah mencantumkan batang-batang besi yang berukuran 120cm pada rangka troli kemudian menyambung tapak yang boleh dilaraskan menggunakan roda besi. Memasang bateri 12V pada bahagian belakang troli supaya troli dapat dicondongkan, suis untuk motor winch pula dipasangkan pada tempat pemegang troli supaya lebih senang dicapai.
Jadual 3.1 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan harga lengkap berserta unit.
i) Anggaran Kos Projek
Jadual 3.1 : Anggaran Kos Projek
Bil. Bahan Kuantiti Kos Seunit Jumlah Kos
1. Flat corner 3x3 4 unit RM 9.90 RM 39.60
2. L Bracket 1 unit RM 9.50 RM 9.50
3. Flat Washer 20 unit RM 0.25 RM 5.00
4. M10 Bolt 1 unit RM 1.50 RM 1.50
5. M8.0 Bolt 2 unit RM 2.00 RM 4.00
6. Roda 6 unit RM 12.00 RM 72.00
7. Motor Winch 1 unit RM 230.00 RM 230.00
ii) Prosedur Projek
a) Pemotongan besi
Besi yang diperoleh dipotong mengikut ukuran tertentu untuk dijadikan rangka projek. Besi ini juga dipotong kepada beberapa bahagian yang dikehendaki untuk digunakan. Besi yang dipotong berukuran 76cm menegak dan 43cm untuk bahagian tapak troli.
b) Welding
Besi-besi yang telah dipotong dicantum mengikut saiz untuk membuat rangka projek dengan menggunakan mesin M.I.G.
Rajah 3.4 : Proses welding
c) Pemasangan alat winch pada troli
Memasang alat winch pada troli dan menyambung kabel winch melalui takal
Rajah 3.5 : Proses pemasangan alat winch pada troli
d) Pemasangan bateri
Memasang bateri 12V untuk menguasakan motor winch bagi membolehkan kabel winch menggerakkan dan menaikkan tapak troli sama ada ke atas atau ke bawah.
e) Proses ujikaji projek
Proses ujikaji ini adalah untuk melihat tahap keberkesan projek tersebut. Untuk ujian ini, diletakkan beberapa beban ke atas tapak troli dan mengukur tahap ketinggian tapak troli sama ada mencapai tahap ketinggian yang dijangkakan.
Rajah 3.7 : Proses ujikaji projek