• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gastrik dan ulser | Karya Tulis Ilmiah Gastrik dan ulser

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Gastrik dan ulser | Karya Tulis Ilmiah Gastrik dan ulser"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

This page was exported from - Karya Tulis Ilmiah Export date: Sun Sep 3 4:24:25 2017 / +0000 GMT

Gastrik dan ulser

Antasid adalah kumpulan produk farmaseutikal yang digunakan untuk merawat masalah tidak hadam, perut yang tidak selesa selepas memakan makanan yang banyak, sakit atau pedih hulu hati dan penyakit ulser peptik. Apakah sistem Gastrousus? Sistem gastrousus dikenali juga sebagai sistem penghadaman. Ia terbahagi kepada bahagian atas dan bawah. Sistem penghadaman bahagian bawah terdiri daripada esofogus, perut, deudenum, jejunum dan ileum.Dalam keadaan normal, esofogus menyalurkan makanan dari mulut ke dalam perut melalui proses peristalsis (pengecutan dan pengenduran otot). Di hujung bahagian bawah esofogus terdapat sfinkter yang membenarkan dan mengawal makanan masuk ke dalam perut serta menghalang kandungan dalam perut untuk masuk semula ke dalam esofagus. Proses di mana makanan dalam perut masuk semula ke dalam esofogus dikenali sebagai refluks.Perut terdiri daripada dua bahagian: proksimal dan distal yang berfungsi untuk mengosongkan bahan yang berbentuk cecair dan pepejal. Di perut terdapat sfinkter yang mengawal pengosongan perut. Perut yang mengeluarkan beberapa jenis rembesan seperti enzim pepsin dan asid hidroklorik yang menjadikan jus dan cecair gastrik yang diperlukan untuk mencerna makanan. Rembesan cecair gastrik berlaku dalam beberapa keadaan atau fasa. Dalam fasa sefalik, rembesan perut dapat dihasilkan biarpun ketika seseorang sedang berpuasa. Dalam fasa gastrik, kehadiran makanan dalam perut akan merangsang rembesan perut. Satu lagi fasa ialah intestinal. Dalam fasa ini, rembesan boleh direncat atau dirangsang oleh beberapa jenis bahan kimia. Faktor merangsang dan merencat rembesan perut Terdapat beberapa bahan kimia dalam perut yang boleh merangsang penghasilan cecair atau rembesan perut. Antaranya ialah asetilkolin, hormon gastrin, histamin dan enzim protein kinase. Bahan-bahan kimia ini dihasilkan daripada rangsangan bahan seperti asid amino, peptid, alkohol dan kalsium.Sebaliknya, tedapat beberapa bahan yang boleh merencat rembesan perut. Antaranya ialah bahan berlemak, larutan yang tinggi kepekatannya dan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Rembesan perut boleh menghakis dan mencederakan lapisan dalam perut. Namun, lapisan gel mukus yang dihasilkan dalam perut mampu melindungi perut daripada sebarang kecederaan dan dengan cepat. Proses ini biasanya memakan masa sehingga 30 minit. Proses pertahanan dan pembaikan lapisan perut dan usus merupakan faktor utama yang menentukan kejadian ulser peptik.Bahagian duodenum menerima dan menyimpan makanan yang telah dihadamkan. Makanan itu kemudiannya disalurkan ke bahagian distal perut. Di sini rembesan gastrik bercampur dengan makanan sebelum disalurkan ke bahagian duodenum (bahagian atas usus kecil). Kadar pengosongan perut dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti hormon, larutan yang pekat, larutan berasid, bahan berlemak dan perut yang distensi (kembung).Perut sentiasa terdedah kepada persekitaran luar kerana pelbagai bahan dapat masuk ke dalamnya. Inflamasi atau radang yang akut (segera) atau kronik (berpanjangan) dapat berlaku kepada sistem gastrousus jika mekanisme pertahanan gagal mengawal keadaan. Jenis gangguan sistem gastrousus Terdapat dua masalah utama yang berlaku kepada sistem gastrousus:a) Masalah akut pada bahagian atas sistem gastrousus Refluks gastroesofagus Aliran kandungan daripada perut atau deudenum ke bahagian esofagus. Kesannya bergantung kepada campuran asid, pepsin, garam hempedu dan enzim. Gastritis Inflamasi pada bahagian lapisan perut. Antara perkara yang menyebakan keradangan ialah ubat, termakan bahan yang menghakis atau tekanan emosi. Esofagitis Inflamasi pada bahagian esofagus akibat aliran berlawanan kandungan di dalam duodenum. Kandungan ini mungkin mengandungi hempedu enzim atau alkali. Dispepsia (bukan ulser) Ketidakselesaan bahagian atas abdomen yang sekejap-sekejap selepas makan. Masalah ini dikaitkan dengan gangguan fungsi atau keupayaan penghadaman. Ulser akibat ubat dan bahan kimia Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut dan usus. Bahan-bahan seperti ubat, alkohol, kafein dan asap rokok boleh menyebabkan keadaan ini. Ulser akibat tekanan Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut (bahagian utama), duodenum dan esofagus akibat tekanan emosi.b) Masalah kronik pada bahagian atas sistem gastrousus Gastritis kronik Berlaku kecederaan berpanjangan yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi perut untuk menghasilkan rembesan bagi proses penghadaman. Terdapat kaitan yang rapat antara masalah ini dengan tabiat merokok. Penyakit ulser peptik Secara umum, ulser dalam perut dan duodenum dikenali sebagai ulser peptik. Ini merupakan masalah kronik tetapi kadangkala pesakit boleh mendapat serangan akut (secara tiba-tiba). Kajian menunjukkan bahawa ulser peptik disebabkan oleh kuman Helicobacter Pylori. Kuman ini kerap hadir bila berlaku keradangan pada bahagian lapisan perut.Selain itu, ia ada kaitan dengan kesan menghakis asid dan pepsin. Bahagian yang paling kerap menghadapi masalah ini ialah duodenum dalam perut. Masalah ulser peptik membawa implikasi kesihatan dan ekonomi yang serius. Kos rawatan agak mahal kerana ia melibatkan kemasukan ke haspital, kos profesional kesihatan dan kos ubat-ubatan serta kos daripada sudut kehilangan produktiviti akibat tidak dapat bekerja dalam tempoh yang lama. Ulser gastrik Merujuk kepada ulser perut. Pesakit mungkin mempunyai kandungan asid yang rendah atau normal. Ulser gastrik peringkat primer dikategorikan oleh rembesan asid yang sedikit, manakala ulser gastrik sekunder akibat ulser duodenal

dikategorikan oleh rembesan asid yang tinggi. Pesakit sering merungut kesakitan dan pendarahan berlaku pada bahagian gastrousus. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.Kesakitan dirasakan dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan dan kekal selama 60 hingga 90 minit. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan mengembangkan bahagian perut serta merangsang

(2)

This page was exported from - Karya Tulis Ilmiah Export date: Sun Sep 3 4:24:25 2017 / +0000 GMT

rembesan asid. Pesakit akan kerap berasa sakit apabila makan dan ini akan membuatkan pesakit tidak mahu makan dan

mengakibatkan kehilangan berat badan. Ulser duodenal Ia disebabkan oleh rembesan asid dan pepsin yang terlalu banyak. Pesakit berasa sakit dua hingga tiga jam selepas makan dan boleh berterusan sehingga waktu makan yang selanjutnya. Ia berlaku apabila perut kosong. Sebaliknya pesakit ulser duodenal mempunyai selera makan yang baik dan peningkatan berat badan berlaku akibat pengambilan makanan yang kerap untuk mengurangkan atau mencegah rasa sakit.Antara faktor yang menyebabkan ulser ialah gaya hidup, merokok, kafein, alkohol, tekanan, asid dan pepsin, dan kuman bakteria Helicobactor pylori. Rawatan Pesakit boleh memilih sama ada untuk merawat sendiri atau merujuk kepada doktor. Kesemua in bergantung kepada tahap serta jenis masalah yang dialami oleh individu. Jika rungutan berkaitan dengan maslah bahagian atas sistem gastrousus seperti gastritis akut tanpa pendarahan dan redluks, pesakit boleh mengamalkan swa-pengubatan dengan berjumpa ahli farmasi dan mendapatkan nasihat serta ubat yang sesuai. Ubat dalam kumpulan antasid hanya boleh disarankan jika pesakit mengalami serangan akut atau maslah tersebut disebabkan oleh jenis dan jumlah makanan yang dimakan, pengambilan minuman beralkohol atau tekanan emosi.Individu yang mengalami masalah yang akut tetapi terdapat tanda-tanda yang menunjukkan berlaku kecederaan yang teruk pada bahagian lapisan perut, pesakit tersebut harus dirujukkan kepada doktor. Pemerhatian doktor sangat penting jika individu mengalami gangguan yang kronik atau menghidap penyakit ulser. Ini penting kerana pesakit mungkin mengalami masalah lain seperti kanser pada bahagian perut atau duodenum. Gastritis akut yang berlaku berulang-ulang boleh mengakibatkan ulser gastrik.Beberapa kelas ubat-ubatan boleh digunakan bergantung kepada jenis dan tahap masalah tersebut. Secara ringkas, ia terdiri daripada kumpulan antasid, kumpulan antibiotik, kumpulan antagonis (atau penghalang) reseptor H2, penghalang pam asid dan ubat-ubatan pelindung lapisan

mukosa.Dengan adanya pengetahuan tentang proses berlaku gastitis dan ulser, faktor penyebab dan rawatan yang tepat, masalah yang dihadapi oleh individu boleh dirawat.

Referensi

Dokumen terkait

Screen Description: Pemain dapat memilih profile yang ingin digunakan dengan menggunakan “Player 1” untuk pemain pertama dan “Player 2” untuk memilih profile pemain

Ilmu Sosial Profetik kemudian merumuskan tiga nilai penting sebagai pijakan yang sekaligus menjadi unsur-unsur yang akan membentuk karakter paradigmatiknya, yaitu humanisasi,

Ketentuan Pajak Progresif Kendaraan Bermotor disisi lain menjadi beban baru bagi pemilik kendaraan yang terlanjur lebih dari satu, kita lihat Peraturan Daerah Provinsi Jawa

Hal ini sesuai dengan pernyataan dari responden 1 yang telah peneliti wawancarai. Berdasarkan hasil observasi, aspek keamanan isi untuk menjaga keamanan berkas rekam medis,

Sebagai upaya untuk meningkatkan eco efisiensi produksi dan meminimasi limbah yang dihasilkan pada proses produksi tahu perlu adanya penerapan produksi berkelanjutan

Posisi jaring pada sudut antara 45-90° dan 0-45° memiliki peluang menangkap organisme non demersal lebih besar dari 90°, karena organisme non demersal juga dapat

Harapan Yayas- an Tangan Pengharapan adalah setidaknya masyarakat yang di bantu oleh kami tidak lagi membeli sayuran lagi, bahkan melalui ini mereka bisa meningkatkan perekonomi-

Dengan masuknya cairan ke dalam rongga interstisial/ alveoli akan berakibat timbulnya gangguan difusi dan ventilasi oleh karena terjadi perubahan sifat membran alveoli