• Tidak ada hasil yang ditemukan

APLIKASI IJTIHAD KOLEKTIF DALAM FATWA PERUBATAN: KAJIAN KES TERHADAP RESOLUSI AKADEMI FIQH ISLAM ANTARABANGSA (IIFA) DARI TAHUN 1985 HINGGA 1990

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "APLIKASI IJTIHAD KOLEKTIF DALAM FATWA PERUBATAN: KAJIAN KES TERHADAP RESOLUSI AKADEMI FIQH ISLAM ANTARABANGSA (IIFA) DARI TAHUN 1985 HINGGA 1990"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

207

APLIKASI IJTIHAD KOLEKTIF DALAM FATWA PERUBATAN: KAJIAN KES TERHADAP RESOLUSI AKADEMI FIQH ISLAM ANTARABANGSA (IIFA) DARI

TAHUN 1985 HINGGA 1990

Mohammad Naqib bin Hamdan i , Mohd Anuar Ramliii , Hussein ‘Azeemi bin Abdullah

Thaidiiii, Nasrul Hisyam Nor Muhamadiv, Ahmad Che Yaacubv, Aminuddin Ruskamvi, Hussin

Salamonvii & Sulaiman Kadikonviii

i (Corresponding author). Pensyarah Kanan, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia. mohammadnaqib@utm.my

ii Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. mohdanuar@um.edu.my iii Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

hussein@usim.edu.my

iv Professor Madya, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti

Teknologi Malaysia. nasrul@utm.my

v Professor Madya, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti

Teknologi Malaysia. ahmadcy@utm.my

vi Professor Madya, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti

Teknologi Malaysia. al-dawamy@utm.my

vii Professor Madya, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti

Teknologi Malaysia. drhussin@utm.my

viii Professor Madya, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti

Teknologi Malaysia. sulaimankadikon@utm.my

Abstrak

Ijtihad kolektif merupakan suatu usaha bersepadu yang menggabungkan kepakaran pelbagai bidang dalam merungkai permasalah fiqh yang timbul. Antara permasalah fiqh yang memerlukan aplikasi ijtihad kolektif adalah isu perubatan kontemporari. Hal ini kerana, isu perubatan merupakan suatu isu kompleks yang memerlukan para sarjana hukum Islam memahami dahulu gambaran isu perubatan tersebut sebelum memutuskan sebarang hukum. Justeru, artikel ini akan membincangkan konsep ijtihad kolektif dan aplikasinya dalam isu perubatan kontemporari dengan menjadikan resolusi Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (Internasional Islamic Fiqh Academy – IIFA) sebagai kajian kes. Kajian ini menggunakan metodologi kualititatif dengan menggabungkan analisis dokumen dan kajian kes. Hasil kajian menunjukkan IIFA telah memutuskan 29 resolusi perubatan daripada sejumlah 216 resolusi sepanjang 22 siri persidangan bermula tahun 1984 hingga 2015. Kajian kes ke atas 9 resolusi yang diputuskan pada tahun 1985 hingga 1990 menunjukkan semua resolusi diputuskan selepas melalui sesi perbincangan antara pakar rujuk hukum Islam dengan bantuan doktor pakar dalam bidang perubatan dan menepati konsep ijtihad kolektif.

(2)

208 PENDAHULUAN

Allah SWT menurunkan syariat Islam melalui Nabi Muhammad SAW sebagai penutup segala nabi dan pelengkap semua syariat samawi yang membawa manhaj Allah SWT untuk para hambanya di dunia ini. Justeru, syariat ini mestilah mempunyai ciri yang paling utama iaitu sesuai untuk semua jenis manusia tanpa mengira masa dan tempat, serta mampu menjaga maslahah manusia di dunia dan akhirat. Selain itu, syariat ini juga mestilah mempunyai dua jenis hukum iaitu hukum yang tetap dan kekal (al-thawabit) dan fleksibel (al-mutaghayyirāt) bagi memastikan ia boleh berevolusi selari dengan perkembangan dan perubahan manusia, tempat dan masa. Antara contoh hukum Islam yang bersifat kekal (al-thawābit) seperti perkara asas dalam aqidah dan ibadah merangkumi rukun iman dan rukun islam, dan hukum yang bersifat fleksibel

(al-mutaghayyirāt) seperti pecahan akidah dan fiqh merangkumi tatacara praktikal solat.

Perkara thawābit tidak akan berubah sampai bila-bila manakala perkara mutaghayyirāt boleh berubah mengikut perubahan masa, tempat, keadaan dan manusia (Al-Qarafi, 1995),.

Maka, boleh disimpulkan bahawa hukum dalam syariat Islam terbahagi kepada dua jenis iaitu hukum yang bersifat (qat‘i) yang tidak menerima aplikasi ijtihad dan perbezaan pandangan seperti pengharaman zina, mencuri, membunuh, pecahan harta warisan, bilangan solat dan sebagainya. Para ulama menyebutkan satu kaedah mengenai hukum qat‘i iaitu (

صنلا عم داهتجا �

), bermaksud: Tiada ijtihad jika terdapat nas, dan maksud ‘nas’ dalam nukilan tersebut adalah hukum yang bersifat qat‘i. Hukum kedua adalah hukum yang bersifat zanni yang menerima aplikasi ijtihad dan perbezaan pandangan, sama sifat zanni itu pada dalil itu sendiri (

توبثلا ةينظ

) atau kefahaman kepada dalil tersebut (

ةل�دلا ةينظ

) (Sha‘ban Isma‘il, t.t.). Hukum dalam jenis ini boleh berubah disebabkan perubahan manusia, masa, tempat dan ‘uruf masyarakat. Sebagai contoh, nilai mut’ah isteri yang ditalak tidak disebutkan secara spesifik di dalam ayat al-Qur’an atau hadis Nabi SAW, sebaliknya disebutkan secara umum sahaja iaitu firman Allah SWT: “Tidaklah menjadi kesalahan jika kamu menceraikan isteri kamu sebelum kamu menyentuhnya (menyetubuhinya) dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mut‘ah (pemberian saguhati) kepada isteri yang diceraikan itu” [al-Baqarah 2:236] dan “Dan isteri yang diceraikan berhak mendapat mut‘ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut” [al-Baqarah 2:241]. Kesannya, terdapat banyak pandangan berkenaan isu ini. Malah, terdapat juga perbezaan pandangan mengenai hukum memberi mut’ah ini sama ada pada tahap wajib atau sunat sahaja.

Isu yang berlaku dalam kehidupan manusia sentiasa bertambah dan berbeza dengan isu sebelumnya, dan dalam masa yang sama memerlukan sentuhan dan pandangan hukum Islam mengenainya. Justeru, Islam membenarkan para ulama

(3)

209

berijtihad bagi mendapatkan hukum berkaitan sesuatu isu yang baru timbul, khususnya jika isu tersebut tidak dibincangkan secara spesifik oleh mana-mana dalil atau kedapatan dalil tetapi bersifat zanni. Kebenaran berijtihad boleh dilihat menerusi dua hadis yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal dan Sa‘id bin al-Musayyib.

Hadis Mu’az bin Jabal yang diutuskan oleh Nabi SAW ke Yaman, Nabi SAW bertanya: “Apakah yang akan kamu lakukan jika sesuatu permasalah diajukan kepada kamu?”.

Jawab Mu’az: “Saya akan berhukum dengan al-Qur’an”. Nabi SAW bertanya lagi: “Jika tiada di dalam al-Qur’an?”. Jawab Mu’az: “Saya akan berhukum dengan al-Qur’an”. Nabi SAW bertanya lagi: “Jika tiada di dalam hadis”.

Jawab Mu’az: “Saya akan berijtihad dan tidak akan melampau”. Lalu Nabi SAW memukul dadanya dan berkata:

فو يذلا لله دمحلا

الله

لوسر يضري امل الله لوسر لوسر ق

Terjemahan: “Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan petunjuk kepada wakil pesuruh Allah SWT berdasarkan perkara yang diredai oleh Rasulullah” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Hadis kedua diriwayatkan oleh Sa‘id bin al-Musayyib, dari ‘Ali RA. ‘Ali bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sesuatu perkara berlaku tetapi ia tidak dinyatakan (hukumnya) di dalam al-Qur’an dan tidak disebutkan di dalam sunnah (apakah yang kami perlu lakukan)?”. Jawab Nabi SAW:

نيملاعلا هل اوعمجا

نيدباعلا :لاق وأ

اوضقت �و ،مكنيب ىروش هولعجاف ،نينمؤملا نم

دحاو يأرب هيف

Terjemahan: “Kumpulkan orang yang berilmu – mungkin beliau berkata orang yang beribadah – dalam kalangan orang beriman. Lakukan perbincangan syura antara kamu dan jangan putuskan dengan pandangan seorang sahaja” (Hadis diriwayatkan oleh Ibn ‘Abd al-Barr).

Berdasarkan dua hadis ini, para ulama membuat kesimpulan bahawa ijtihad terbahagi kepada dua, iaitu ijtihad yang bersifat individu dan ijtihad secara kolektif. Perbincangan mengenai ijtihad individu sudah banyak dibincangkan, justeru artikel ini akan memfokuskan perbincangan kepada ijtihad kolektif.

KONSEP IJTIHĀD JAMĀCĪ

Ijtihad kolektif atau turut dikenali sebagai ijtihād jamācī dalam Bahasa Arab merupakan

satu istilah baharu yang diperkenalkan oleh para ulama kontemporari. Ia merupakan gabungan dua perkataan iaitu ijtihād (

داَهِتْجِا

) dan jamācī (

يِعاَمَج

). Ijtihad (

داَهِت ْجِا

) berasal dari

kata kerja (

َدَه َج

َدَهَتْجا

) dan kata nama (

دْهج

). Penambahan huruf alif dan tā’ sehingga berada pada wazan

لعتفا

membawa tambahan maksud beban yang berterusan. Menurut

(4)

210

al-Fayyumi, perkataan (

دهج

) boleh dibaca dengan tiga cara dan membawa tiga maksud yang berbeza. Jika huruf jīm dibaca dammah, perkataan (

دْه ُج

) membawa maksud tenaga. Jika huruf jīm dibaca fathah, perkataan (

دْه َج

) membawa maksud susah dan sukar. Jika huruf jīm dibaca kasrah, perkataan (

دْه ِج

) membawa maksud pengakhiran dan penutup. Justeru, secara literal ijtihad bermaksud menggunakan upaya dan tenaga bagi mendapatkan sesuatu supaya mencapai tujuan yang dihajati (Al-Fayyumi, 1987).

Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan definisi istilah ijtihad. Berikut pengkaji senaraikan empat definisi ijtihad oleh para ulama usul fiqh bagi setiap mazhab. Ibn al-Hammam al-Hanafi mendefinisikan ijtihad sebagai “suatu usaha dari seorang faqih untuk mencapai suatu hukum syarak melalui dalil ‘aqli atau naqli, sama ada dalil tersebut qat‘i atau zanni (Al-Hammam, 1933; Amir Badshah, n.d.). Menurut Qarafi al-Maliki, ijtihad adalah “suatu usaha penaakulan yang serius supaya mendapat hukum syarak” (Al-Qarafi, 1973). Al-Amidi al-Shafi‘i pula mendefinisikan ijtihad sebagai “suatu proses mendapatkan hukum syarak yang bersifat zanni sehingga mencapai tahap maksimum” (Al-Amidi, 2011). Al-Tufi al-Hanbali pula memberikan definisi yang lebih ringkas iaitu “menggunakan upaya untuk mendapatkan hukum syarak” (Al-Tufi, 1987). Berdasarkan keempat-empat definisi tersebut, setiap ulama memberikan fokus yang berbeza dalam mendefinisikan perkataan ijtihad tetapi mereka sepakat bahawa ijtihad adalah suatu usaha yang serius dalam mendapatkan sesuatu. Sebagai contoh, Ibn al-Hammam memfokuskan itjihad pada sandaran dalil yang digunakan, al-Qarafi melihat kepada tahap proses penaakulan dan berfikir yang dilakukan. Al-Amidi pula melihat kepada jenis hukum syarak yang dihasilkan. Justeru, pengkaji mendefinisikan ijtihad sebagai suatu proses dan usaha maksimum mendapatkan hukum syarak yang bersifat

zanni melalui penaakulan pada dalil ‘aqli dan naqli, atau dalil qat‘i dan zanni.

Jamācī pula berasal dari kata nama (

ةَعاَمَج عْمَج

) dan kata kerja (

َعَمَج

). (

عْمَج

)

bermaksud menggabungkan dengan cara mendekatkan sesuatu dengan sesuatu yang lain (Al-Jawhari, 1990; Ibn Manzur, 1994). Perkataan

ةَعاَمَج

boleh digunakan untuk menggambarkan suatu kumpulan yang kecil atau besar (Al-Fayyumi, 1987).

Seterusnya, para ulama kontemporari turut berbeza pandangan dalam memberikan definisi ijtihad kolektif. Seminar ijtihād jamācī yang diadakan pada 21-23

Disember 1996, bertempat di Universiti Emeriah Arab Bersatu memutuskan bahawa: “Ijtihad kolektif adalah kesepakatan majoriti mujtahid melalui akademi, badan atau pertubuhan fiqh yang disusun oleh pemerintah di sesebuah negara Islam bagi membincangkan suatu hukum syarak yang tiada dalil qat‘i pada pensabitan dan kefahaman, selepas melalui proses perbincangan dan kajian yang mendalam” (“Bayan wa

Qararat wa Tausiyyat al-Nadwah,” 1996).

Namun begitu, definisi ini telah dikritik kerana syarat yang diletakkan dalam definisi tersebut iaitu “melalui akademi, badan atau pertubuhan fiqh yang disusun oleh

(5)

211

pemerintah di sesebuah negara Islam” kurang tepat kerana sesuatu keputusan ijtihad oleh sekumpulan mujtahid tetap dikira sebagai ijtihad kolektif walaupun tanpa akademi fiqh yang berada di bawah pengawasan pemerintah muslim. Malah, syarat “di sesebuah negara Islam” turut tidak tepat kerana ijtihad kolektif tetap boleh berlaku di negara bukan Islam (Humaid, 2016). Namun begitu, kritikan ini bukan bermaksud menafikan kepentingan ijtihad kolektif yang diputuskan melalui akademi fiqh atau badan fatwa rasmi sesebuah negara.

Menurut al-Sharafi, ijtihad kolektif adalah suatu usaha dari sekumpulan ulama bagi mendapatkan hukum syarak melalui jalan istinbat, seterusnya mereka bersepakat pada sesuatu hukum atau hanya sebahagian sahaja yang bersepakat selepas proses perbincangan (Al-Sharafi, 1998). Menurut al-Raisuni pula, terdapat dua elemen penting dalam ijtihad kolektif iaitu berkumpulan (

ةعامجلا

) dan berbincang (

رواحتلا

). Justeru, mana-mana hasil keputusan yang dibuat secara sendirian atau tidak melalui perbincangan walaupun menghasilkan satu keputusan yang sama tidak dikira sebagai ijtihad kolektif (Ahmad al-Raisuni, n.d.). Justeru, pengkaji bersetuju dengan definisi dan elemen ijtihad kolektif yang dikemukakan oleh al-Sharafi dan al-Raisuni. Penulis ringkaskan ijtihad kolektif dalam empat kriteria utama iaitu: (i) Keahlian mestilah ramai, (ii) tujuan mestilah untuk mendapatkan hukum syarak, dan (iii) proses mestilah melalui perbincangan dan

istinbat, (iv) keputusan dibuat selepas mendapat kesepakatan majoriti ahli.

Ijtihad Kolektif pada Zaman Nabi SAW dan Para Sahabat

Terdapat dua jenis ijtihad iaitu ijtihad individu (

يدرفلا داهتج�ا

) dan ijtihad kolektif (

يعامجلا

داهتج�ا

). Kebanyakan para imam mazhab seperti Imam Malik, al-Shafi‘i, Ahmad, al-Auzaie dan lain-lain cenderung menggunakan ijtihad pertama iaitu ijtihad individu. Malah, ia turut dipraktikkan oleh para sahabat juga. Selain ijtihad individu, para sahabat turut melakukan ijtihad secara kolektif. Hal ini boleh dilihat menerusi perbuatan dua orang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Bakr al-Siddiq dan ‘Umar al-Khattab ketika mereka memegang jawatan sebagai khalifah. Mereka akan melihat kepada al-Qur’an jika timbul sesuatu isu, namun jika tiada jawapan diperolehi menerusi al-al-Qur’an, mereka akan meneliti hadis Nabi SAW. Jika masih gagal menjumpai jawapan dari al-Qur’an dan hadis Nabi SAW, mereka akan mengumpul sebahagian sahabat yang pakar dalam hukum hakam bagi memutuskan jawapan terbaik menerusi jalan ijtihad (Al-Darimi, 1987). Perbuatan mereka mengumpulkan sebahagian sahabat sahaja yang berada di sekitar Madinah dinamakan sebagai ijtihad kolektif kerana mensyaratkan wajib mengumpulkan semua sahabat yang layak dari seluruh tanah Arab adalah sangat sukar (A. al-W. Khallaf, 1956).

Perkara yang sama turut dipraktikkan oleh ‘Uthman bin ‘Affan dalam urusan kehakiman dan perundangan. Beliau akan memanggil empat orang sahabat jika sesuatu

(6)

212

kes dibawa kepadanya dan berbincang dengan mereka dan menerima fatwa yang diputuskan oleh mereka. Empat orang sahabat tersebut adalah ‘Ali bin Abu Talib, Talhah bin ‘Ubaidillah, al-Zubair bin al-‘Awwam dan ‘Abd al-Rahman bin al-‘Auf. Selepas keputusan dibacakan, beliau akan berkata kepada pihak yang terlibat: “Merekalah yang memberikan keputusan, bukan saya” (M. A. al-W. Khallaf, 1992).

Antara keputusan hukum yang dihasilkan dari ijtihad kolektif adalah pembukuan al-Qur’an dan satu mushaf, memerangi golongan yang enggan membayar zakat, pewarisan nenek, tidak membahagikan tanah kepada tentera Islam yang membuka negara lain dan sebagainya (Al-Ghazali, 2017). Menurut al-Raisuni, para sahabat sering mengaplikasikan ijtihad kolektif dalam tiga bidang utama iaitu (i) pengurusan pentadbiran, politik dan isu umum umat Islam, (ii) istinbat hukum syarak pada isu yang tiada nas syarak secara spesifik, dan (iii) hukum hakam mahkamah dan perundangan (Ahmad al-Raisuni, n.d.).

Hakikatnya, konsep ijtihad kolektif telah dipraktikkan pada zaman Nabi SAW melalui proses mesyuarat atau syura. Sebagai contoh, Ibn ‘Abd al-Barr meriwayatkan hadis yang dinilai sebagai da‘if jiddan oleh al-Zuhairi, dari ‘Ali bin Abu Talib RA, beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, kami berdepan dengan suatu permasalahan yang tiada di dalam al-Qur’an dan sunnah”. Jawab Nabi SAW: “Kumpulkan orang alim – atau ahli ibadah – dari kalangan orang beriman, pastikan mereka berbincang dan jangan memutuskan hukum dengan pandangan individu” (Jami’ al-Bayan, v.1, h.852-853).

Malah, Nabi SAW turut melibatkan para sahabat dalam beberapa siri perbincangan seperti pelaksanaan azan. Diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar RA: Ketika kaum muslimin tiba di Madinah, mereka berkumpul dan bersedia untuk menunaikan solat, tiada siapa yang memanggil untuk bersolat. Pada suatu hari, mereka berbincang. Sebahagian pihak berkata: Gunakanlah loceng seperti yang dilakukan kaum Nasrani. Sebahagian lain pula berkata: Gunakanlah terompet seperti terompet kaum Yahudi. Lalu Umar berkata: Tidak bolehkah kita melantik seseorang untuk memanggil untuk bersolat. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan: Wahai Bilal, bangunlah. Lalu Bilal melaungkan azan (Al-Bukhari, v.1, h.124; Al-Hajjaj, v.1, h.285). Al-Qadi Abu Bakr bin al-‘Arabi berkata: “Hadis ini merupakan dalil penting dalam bidang usul al-fiqh iaitu pemutusan hukum dalam urusan agama melalui qiyas dan ijtihad. Tidakkah kamu melihat perbincangan Nabi SAW dengan para sahabat dalam isu azan. Baginda tidak menunggu wahyu atau meminta penjelasan dari Allah SWT, sebaliknya meminta pendapat dari para sahabat supaya mereka boleh beristinbat dari sumber syarak…” (Al-‘Arabi, 1992). Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani pula, hadis ini menjadi bukti keharusan berbincang dalam isu-isu tertentu (Al-Asqalani, 1992). Perbincangan Nabi SAW dengan para sahabat dalam isu hukum hakam tidak banyak disebabkan ia masih dalam tempoh

(7)

213

penurunan wahyu. Namun, keperluan berbincang dan berijtihad secara kolektif sangat dituntut selepas kewafatan Nabi SAW dan ketiadaan penurunan ayat al-Qur’an yang baharu (Ahmad al-Raisuni, n.d.).

Kepentingan Ijtihad Kolektif

Ijtihad kolektif sangat penting dalam pemutusan sesuatu fatwa. Keputusan fatwa atau resolusi melalui proses ijtihad kolektif akan lebih menghampiri kebenaran berbanding keputusan individu walaupun seseorang pakar tersebut mempunyai tahap akademik yang tinggi. Hal ini kerana, pertemuan dan perbincangan antara pakar dan sarjana akan menghasilkan perbincangan yang matang dan kefahaman yang lebih baik. Malah, ia akan turut mendapat keberkatan dari Allah SWT kerana ijtihad kolektif adalah salah satu dari bentuk syura yang dianjurkan di dalam al-Qur’an. Perselisihan pandangan juga boleh dikurangkan dengan penjelasan secara terus tanpa melalui medium atau perantara lain yang memungkinkan salah faham (al-Qaradawi, 1996). Malah, isu-isu baharu yang timbul pada hari ini bukan semata-mata menuntut kefahaman dalam bidang fiqh dan usul fiqh, tetapi juga menuntut para ulama memahami sesuatu isu dari perspektif sains jika ia merupakan isu perubatan dan perspektif kewangan semasa jika ia melibatkan urusan perbankan. Kejelasan ini penting dalam membina tasawwur sahih dalam kalangan ulama demi memastikan fatwa yang diputuskan lebih tepat. Semua ini boleh diperolehi melalui ijtihad kolektif (Muhammad Ghaly, 2019).

Ijtihad kolektif juga sangat penting pada hari ini disebabkan kesukaran untuk menemui pakar rujuk dan sarjana Islam yang mengusai setiap bidang ilu seperti para ulama dahulu. Sebagai contoh, ulama dahulu mengusai bidang syariah, tafsir, hadis dan bahasa arab, dan pada masa yang sama turut mengusai bidang sains seperti kejuruteraan dan perubatan. Justeru, mereka tidak mempunyai masalah dalam memutuskan fatwa dalam isu-isu tersebut. Namun, sistem pengajian Islam pada hari ini kurang berjaya menghasilkan ulama yang mahir dalam semua bidang, tetapi berjaya melahirkan ulama dan pakar rujuk yang mahir dalam sesetengah bidang tertentu dengan sangat mendalam. Justeru, gabungan semua pakar rujuk dalam satu majlis akan mampu menghasilkan keputusan fatwa yang lebih baik dan mantap.

Menurut Muhammad Farhat, jika semua masyarakat muslim menerima hukum yang diputuskan oleh majoriti ulama melalui akademi fiqh, badan fatwa atau seminar hukum sebagai suatu dalil syarak yang merupakan alternatif kepada ijma’ yang sukar dicapai, nescaya masyarakat muslim akan terhindar dari kesilapan dan pertelingkahan kesan dari kebanjiran fatwa individu (Farhat, 1996).

(8)

214

Isu perubatan merupakan suatu isu yang perlu diberikan pandangan hukum oleh para fuqaha kontemporari. Ini kerana, ia merupakan isu baharu yang tidak pernah dibincangkan oleh para ulama salaf secara spesifik. Namun, asas perbincangan masih boleh dirujuk kepada mereka melalui kaedah takyif fiqhi selepas mendengar penjelasan oleh pakar dalam bidang perubatan. Takyif fiqhi adalah proses mencari persamaan antara isu yang berlaku pada masa kini dengan isu klasik yang telah dibincangkan oleh para ulama. Para ulama usul fiqh menyebutkan: “Sesuatu hukum yang diputuskan adalah hasil dari gambaran ke atas sesuatu isu” (Husain, 2018).

Menurut mufti Palestin, Syeikh Muhammad Ahmad Husain, isu perubatan merupakan antara isu yang perlu dibincangkan secara kolektif kerana dua sebab utama iaitu; pertama isu seperti ini selalunya melibatkan kepentingan umum yang menyentuh hubungan individu dengan individu lain, masyarakat dan negara lain. Ia bukan semata-mata isu persendirian. Justeru, kesilapan dalam memberikan jawapan atau respon dalam isu perubatan kontemporari akan memberi kesan masyarakat secara keselurah. Ijtihad kolektif merupakan alternatif terbaik dalam menangani masalah ini.

Kedua, isu kontemporari khususnya isu perubatan melibatkan banyak kesamaran dan ketidak jelasan, di samping mempunyai perkaitan dengan pelbagai isu lain yang menjadikan proses memahami situasi dan keadaan sebenar hanya boleh dicapai melalui ijtihad kolektif yang menggabungkan pelbagai kepakaran (Husain, 2018). Justeru, menyedari kepentingan ijtihad kolektif, para ulama telah menubuhkan pelbagai badan fatwa sama ada di peringkat kebangsaan (negara) atau antarabangsa bagi membincang pelbagai isu yang melanda umat Islam.

AKADEMI FIQH ISLAM ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ISLAMIC FIQH

ACADEMY - IIFA)

IIFA adalah sebuah pusat kajian hukum fiqh yang berada di bawah seliaan Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC - Organization of Islamic Cooperation). Pejabat urusannya terletak di Jeddah, Arab Saudi. Penubuhan IIFA bermula pada tahun 1981 sebagai suatu respon ke atas resolusi yang diputuskan dalam Muktamar Negara Islam Ketiga yang diadakan di Mekah al-Mukarramah antara 19 hingga 22 Rabi’ul Awwal 1401H bersamaan 25 hingga 28 Januari 1981. Resolusi tersebut menyebutkan:

“Penubuhan sebuah akademi fiqh yang terdiri dari para fuqaha, ulama dan pemikir Islam dari pelbagai latar belakang akademik seperti fiqh, ilmu semasa, sains dan ekonomi, dari sekalian negara Islam bagi membincangkan isu kontemporari dan memutuskan ijtihad yang tulen dan berkesan. Objektif akademi ini adalah mencadangkan penyelesaian berpandukan sumber dari khazanah dan tasawwur Islam” (IIFA, n.d.-d).

(9)

215

Pengerusi OIC telah mengarahkan kerjasama dengan Muslim World League (Rabitah

al-‘Alam al-Islami) bagi penggubalan peraturan dan undang-undang IIFA. Tugas ini

diserahkan kepada Muktamar Menteri Luar Negara Islam yang diadakan pada 3-7 Zulkaidah 1402H bersamaan 22-26 Ogos 1982M. Seterusnya, IIFA ini dilancarkan secara rasmi dalam Mu’tamar al-Ta’sisi li Majma‘ al-Fiqh al-Islami (

هقفلا عمجمـل يسيسأتلا رمـتؤمـلا

��س�ا

) pada 26-28 Sya‘ban 1403H bersamaan 7-9 Jun 1983, bertempat di Mekah al-Mukarramah. Pelancaran ini disempurnakan oleh Raja Arab Saudi, Raja Fahad bin ‘Abd al-‘Aziz.

Pengerusi pertama IIFA al-Ustadh al-Habib al-Shatti kemudian menyeru para pemimpin negara Islam melantik wakil bagi negara mereka untuk menghadiri persidangan pertama yang akan dianjurkan pada 26 Safar 1405H bersamaan 19 November 1984M. Antara objektif penting penubuhan IIFA ini adalah menyelesaikan isu yang melanda umat Islam menerusi aplikasi ijtihad kolektif, menghapuskan taksub mazhab dan ghuluw dalam beragama, menjadikan IIFA sebagai sumber utama hukum dalam kalangan masyarakat Islam dan mewujudkan toleransi antara fuqaha setiap aliran mazhab.

Keanggotaan IIFA pula terdiri dari tiga jenis, pertama wakil negara Islam yang dipilih oleh pemimpin mereka, kedua pelantikan khas dari pengurusan tertinggi IIFA seramai 17 orang, ketiga negara Islam. Ini kerana, bukan semua negara Islam yang menjadi ahli dalam IIFA telah menghantar wakil mereka sebagai ahli. Bilangan negara Islam yang menjadi ahli IIFA seramai 57 negara manakala bilangan wakil negara Islam pula seramai 45 orang. Maka, jumlah negara Islam yang masih belum menghantar wakil mereka adalah 12 negara (IIFA, n.d.-a, n.d.-c).

Pengurusan IIFA terdiri dari tiga sektor utama iaitu Majlis Majma’, Maktab al-Majma’ (Pejabat Pentadbiran) dan tiga jabatan bahagian pelaksana iaitu (i) Jabatan Penyelidikan dan Kajian (Syu‘bah al-Dirasat wa al-Buhuth), (ii) Jabatan Perancangan (Syu’bah al-Takhtit) dan (iii) Jabatan Fatwa (Syu’bah al-Fatwa) (Migha, 1996).

Jabatan Perancangan telah menetapkan beberapa isu utama yang akan menjadi fokus perbincangan IIFA iaitu; (i) Islam dan cabaran semasa, (ii) isu semasa kaum muslimin, (iii) sumber perundangan Islam, (iv) ekonomi, (v) perniagaan dan kewangan, (vi) syarikat, (vii) perubatan, (viii) zakat, (ix) zakat, (x) hukuman, (xi) politik Islam dan (xii) kemasyarakatan (Migha, 1996). Sepanjang penubuhan IIFA, pelbagai projek ilmiah telah berjaya dilaksanakan seperti (Migha, 1996):

(i) Penganjuran persidangan peringkat antarabangsa setiap tahun.

(ii) Penerbitan jurnal ilmiah iaitu Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami yang menghimpunkan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam persidangan.

(10)

216

(iii) Tahqiq manuskrip seperti buku ‘Aqd Jawhar Thaminah fi Madhhab ‘Alim

al-Madinah yang ditulis oleh Ibn Shash (w.616H). Buku ini telah diterbitkan dan

diedarkan secara percuma.

(iv) Penerbitan kajian ilmiah seperti buku Istikhdam Hasub fi ‘Ulum

al-Shar’iyyah (Penggunaan Komputer dalam Pengajian Syariah).

(v) Penerbitan prosiding seminar Hak Manusia.

(vi) Projek al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, al-Qawa’id al-Kulliyyah, al-Dawabit al-Fiqhiyyah dan al-Maqasid al-Shar’iyyah yang mengumpulkan qawa’id fiqh dari beberapa buku utama seperti al-Umm oleh al-Shafi‘i, al-Bayan wa al-Tahsil, al-Muqaddimat

al-Mumahhidat dan al-Fatawa oleh Ibn Rushd al-Jad, al-Mabsut oleh al-Sarakhsi, al-Mughni oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi.

(vii) Projek Ensiklopedia Fiqh Ekonomi Resolusi Perubatan IIFA

IIFA telah menganjurkan beberapa siri persidangan bagi membincangkan isu-isu semasa. Sehingga tahun 2017, sebanyak 22 siri persidangan telah dianjurkan di pelbagai tempat. Jadual 1 menunjukkan senarai persidangan dan isu yang telah dibincangkan:

Jadual 1: Senarai Fatwa Perubatan IIFA (IIFA, n.d.-b)

Siri Tempat Tarikh Isu yang Dibincangkan/ Resolusi

2 Jeddah, Arab Saudi

10-16 Rabi‘ul Akhir 1407H/ 22-28 Disember 1985M

1. Bayi Tabung Uji (Keputusan Ditangguhkan) 2. Bank Susu

3. Mesin Sokongan Hayat

3 Amman,

Jordan 8-13 Safar 1407H/ 11-16 Oktober 1986M

1. Bayi Tabung Uji 2. Mesin Sokongan Hayat 4 Jeddah, Arab

Saudi

18-23 Jamadil Akhir 1408H/ 6-11 Februari

1988M 1. Transplan Anggota Badan atau Organ

5 Kuwait 1-6 Jamadil Awal 1409H/ 10-15 Disember 1988M 1. Perancangan Keluarga

6 Jeddah, Arab

Saudi 17-23 Sya‘ban 1410H/ 14-20 Mac 1990M

1. Transplan Sel Saraf dan Sel Otak

2. Penggunaan Sel Embrio sebagai Bahan Kajian 3. Transplan Organ dari Janin

4. Transplan Organ Reproduktif

5. Transplan Anggota yang Dipotong Disebabkan Qisas atau Hudud

7 Jeddah, Arab

Saudi 7-12 Zulkaedah 1412H/ 9-14 Mei 1992M 1. Rawatan Perubatan

8

Bandar Sri Begawan,

Brunei

1-7 Muharam 1414H/ 21-27 Jun 1993

1. Kerahsiaan dalam Profesion Perubatan 2. Etika Perubatan

3. Perawatan Berlainan Jantina 4. AIDS (Keputusan Ditangguhkan) 9 Abu Dhabi,

(11)

217

10 Jeddah, Arab

Saudi 23-28 Safar 1418H/ 28 Jun – 3 Julai 1997

1. Perkara yang Membatalkan Puasa ketika Rawatan

2. Pengklonan Manusia

11 Panama,

Bahrain 25-30 Rejab 1419H/ 14-19 November 1998

1. Kejuruteraan Genetik dan DNA (Keputusan Ditangguhkan)

15 Muscat, Oman 14-19 Muharam 1425H/ 6-11 Mac 2004M 1. Ganti Rugi Perubatan

17 Amman,

Jordan

28 Jamadil Awal - 2 Jamadil Akhir 1427H/ 24-28 Jun 2006M

1. Etika Kajian Perubatan

2. Puasa Pesakit Kencing Manis (Keputusan Ditangguhkan)

18 Putrajaya,

Malaysia 24-29 Jamadil Akhir 1428H/ 9-14 Julai 2007M

1. Keizinan Pesakit ketika Rawatan Kecemasan 2. Pembedahan Plastik

3. Perkara yang Membatalkan Puasa ketika Rawatan (Keputusan Ditangguhkan) 19 Sharjah, UAE 1-5 Jamadil Awal 1430H/ 26-30 April 2009M 1. Puasa Pesakit Kencing Manis

2. Keizinan Pesakit ketika Rawatan Kecemasan 20 Oran, Algeria 26 Syawal - 2 Zulkaedah 1433H/ 13-18

September 2012M

1. Kejuruteraan Genetik dan DNA (Keputusan Ditangguhkan)

21 Riyadh, Arab

Saudi 15-19 Muharam 1435H/ 18-22 November 2013M

1. Istihalah dan Istihlak dalam Makanan dan Ubatan

2. Kejuruteraan Genetik dan DNA

22 Kuwait 2-5 Jamadil Akhir 1436H/ 22-25 Mac 2015M 1. Istihalah dan Istihlak dalam Makanan dan Ubatan

Berdasarkan Jadual 1, IIFA telah memutuskan 216 resolusi sepanjang 22 siri persidangan bermula dari persidangan pertama pada tahun 1984 hingga 2015. Resolusi yang diputuskan merangkumi pelbagai bidang seperti muamalat, perbankan, ekonomi, perubatan, kemanusiaan, fatwa, qawa‘id fiqh, maqasid al-shari‘ah, politik, ketenteraan, perbandingan mazhab, pemakanan, undang-undang dan lain-lain. Jumlah resolusi berkaitan perubatan yang diputuskan adalah 29 resolusi.

Kajian Kes Resolusi IIFA dari 1985 hingga 1990

Kajian kes dilakukan ke atas 9 resolusi yang diputuskan dalam enam persidangan IIFA antara tahun 1985 hingga 1990. Analisis dilakukan terhadap teks perbincangan dan dialog. Teks perbincangan telah ditranskrip dan setiap pihak yang memberikan pandangan direkodkan. Berikut adalah maklumat berkaitan:

(12)

218

Jadual 2: Resolusi Fatwa Perubatan IIFA dan Pihak yang Terlibat dalam Perbincangan

Siri Isu yang Dibincangkan/ Resolusi

Bilangan pakar rujuk yang memberikan

pandangan

Pecahan Berdasarkan Jawatan

2

4. Bayi Tabung Uji (Keputusan Ditangguhkan)

(IIFA, 1986b) 17

Ketua Hakim (2), Doktor Pakar (2), Mufti Negara (3), Professor (3), Pensyarah (2), Penyelidik Syariah (4), Wakil Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam (1)

5. Bank Susu (IIFA, 1986c) 11

Doktor Pakar (1), Professor (2), Hakim (1), Penyelidik Syariah (4), Pensyarah (1), Mufti Negara (2)

6. Mesin Sokongan Hayat (Keputusan

Ditangguhan) (IIFA, 1986a) 9

Doktor Pakar (1), Mufti Negara (2), Penyelidik Syariah (3), Hakim (1), Wakil Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam (1), Professor (1)

3

3. Bayi Tabung Uji (IIFA, 1987b) 14

Doktor Pakar (2), Penyelidik Syariah (2), Professor (5), Mufti Negara (3), Wakil Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam (1), NGO (1)

4. Mesin Sokongan Hayat (IIFA, 1987a) 9

Doktor Pakar (3), Professor (1), Wakil Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam (1), Mufti Negara (1), Hakim (1), Penyelidik Syariah (2)

4 2. Transplan Anggota Badan atau Organ (IIFA,

1988) 32

Doktor Pakar (2), Penyelidik Syariah (12), Professor (8), Wakil Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam (1), Mufti Negara (5), Duta Negara (1), Menteri Agama (1), NGO (1), Pensyarah (1)

5 2. Perancangan Keluarga 42

Penyelidik Syariah (10), Doktor Pakar (1), Professor (16), Mufti Negara (6), Hakim (3), Penasihat Mahkamah (1), Peguam (1), Pensyarah (2), NGO (1), Wakil Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam (1)

6

6. Transplan Sel Saraf dan Sel Otak

7. Penggunaan Sel Embrio sebagai Bahan Kajian 8. Transplan Organ dari Janin

9. Transplan Organ Reproduktif

33

Doktor Pakar (8), Penyelidik Syariah (10), Mufti Negara (2), Professor (8), Wakil Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam (1), Pensyarah (2), Menteri Agama (1), Hakim (1)

10. Transplan Anggota yang Dipotong

Disebabkan Qisas atau Hudud 22

Penyelidik Syariah (6), Professor (9), Mufti Negara (3), Hakim (1), Pensyarah (2), Penasihat Mahkamah (1)

Berdasarkan Jadual 2 dan penelitian pada setiap pakar rujuk yang memberikan pandangan, mereka terdiri dari pelbagai latar belakang (i) kepakaran seperti bidang

(13)

219

syariah, usul fiqh, tafsir, hadis, perundangan dan pakar perubatan, (ii) jawatan seperti mufti, penyelidik syariah, hakim, peguam, menteri agama, wakil menteri, duta negara, pensyarah dan professor, dan (iii) negara seperti dari timur tengah, afrika, eropah dan asia. Justeru, pengkaji menyimpulkan bahawa IIFA telah mengaplikasikan konsep ijtihad kolektif disebabkan memenuhi empat kriteria yang telah disebutkan sebelum ini iaitu; (i) Keahlian yang ramai, (ii) tujuan mestilah untuk mendapatkan hukum syarak, dan (iii) proses mestilah melalui perbincangan dan istinbat, (iv) keputusan dibuat selepas mendapat kesepakatan majoriti ahli.

KESIMPULAN

Ijtihad kolektif dalam bidang perubatan adalah suatu perkara yang sangat perlu diaplikasikan khususnya melibatkan isu perubatan yang kompleks. Pakar rujuk syariah dan ulama perlu berkolaborasi dengan doktor perubatan demi memastikan ijtihad yang diputuskan berpaksi di atas kefahaman yang jelas mengenai sesuatu isu perubatan yang timbul. Selain itu, pengkaji turut mencadangkan supaya penglibatan pakar rujuk syariah dari kalangan wanita supaya hasil ijtihad yang diputuskan lebih relevan, khususnya jika sesuatu isu melibatkan hal ehwal wanita, seperti isu khitan wanita, bank susu, pembedahan plastik yang biasanya dilakukan oleh wanita, pembedahan rekonstruksi vagina, payudara dan selaput dara, pendermaan rahim dan banyak lagi. Penglibatan pakar rujuk syariah dan ulama dari kalangan wanita merupakan suatu bentuk pemerkasaan wanita, selain pandangan dan buah fikiran mereka dari sudut lain yang tidak dijangkau oleh ulama lelaki.

PENGHARGAAN

Kajian ini dibiayai oleh UTM Fundemental Research, Q.J130000.2553.21H32.

RUJUKAN

Ahmad al-Raisuni. (t.t.). al-Ijtihad al-Jama‘i.

Al-‘Arabi, A. B. bin. (1992). al-Qabas fi Sharh Muwatta’ Malik bin Anas. (M. ‘Abdullah W. Karim, Ed.). Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.

Al-Amidi, A. bin A. ‘Ali. (2011). Ihkam fi Usul Ahkam. (I. Al-Ajuz, Ed.). Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Asqalani, A. bin A. bin H. (1992). Fath Bari bi Sharh Sahih Bukhari. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Barr, Y. bin A. (1978). Jami’ Bayan al-‘Ilm wa Fadlihi. (A. al-A. Al-Zuhairi, Ed.). Beirut: Dar Ibn al-Jauzi.

Al-Bukhari, M. bin I. (2002). al-Jami’ al-Musnad (Sahih al-Bukhari). (M. Zuhair, Ed.). Beirut: Dar Tawq al-Najah.

(14)

220

Al-Darimi, A. A. al-R. al-F. (1987). Sunan al-Darimi. (Fawwaz Zamarli & Khalid al-Sab‘, Eds.). Kaherah dan Beirut: Dar al-Rayyan li al-Turath dan Dar al-Kutub al-‘Arabi. Al-Fayyumi, A. bin M. (1987). al-Misbah al-Munir: Mu‘jam ‘Arabi-‘Arabi. Beirut: Maktabah

Lubnan.

Al-Ghazali, M. (2017). Da’watuna ila Ijtihad Jama‘i. Dicapai pada July 23, 2019, from https://islamsyria.com/site/show_articles/10643

Al-Hajjaj, M. bin. (t.t.). al-Musnad al-Sahih (Sahih Muslim). (M. F. ‘Abd Al-Baqi, Ed.). Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Al-Hammam, I. (1933). al-Tahrir fi Usul al-Fiqh. Kaherah: Maktabah Mustafa al-Halabi. Al-Jawhari, I. bin H. (1990). al-Sihah: Taj al-Lughah wa Sihah al-‘Arabiyyah. (A. ‘Attar, Ed.).

Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin.

Al-Qaradawi, Yusuf. (1996). Al-Ijtihad fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah. Kuwait: Dar al-Qalam, 1996.

Al-Qarafi. (1973). Sharh Tanqih Fusul. (T. ‘Abd Al-Ra’uf, Ed.). Kaherah: Maktabah al-Azhariyyah li al-Turath.

Al-Qarafi, A. bin I. (1995). al-Ihkam fi Tamyiz al-Fatawa ‘an al-Ahkam wa Tasarrufat al-Qadi

wa al-Imam. (A. al-F. A. Ghuddah, Ed.). Beirut: Dar al-Basha’ir.

Al-Sharafi, A. al-M. al-S. (1998). al-Ijtihad al-Jama‘i fi al-Tashri‘ al-Islami. Kitab Al-Ummah, 62, 46.

Al-Tufi, S. bin A. al-Q. (1987). Sharh Mukhtasar al-Rawdah. (A. Al-Turki, Ed.). Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Amir Badshah, M. A. (n.d.). Taysir al-Tahrir. Mekkah: Dar al-Baz.

Bayan wa Qararat wa Tausiyyat al-Nadwah. (1996). Dalam Ijtihad Jama‘i fi al-‘Alam al-Islami

(p. 2:1079). Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Emeriah Arab Bersatu. Farhat, M. M. (1996). al-Ijtihad al-Jama‘i: Ta’rifuhu, Syurutuhu, Maudu’atuhu, Wasa’iluhu wa

Adawatuhu. Dalam Seminar Ijtihad Jama‘i fi al-‘Alam al-Islami (pp. 1:127-169). UAE:

Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Emeriah Arab Bersatu.

Humaid, S. bin. (2016). al-Ijtihad al-Jama‘i wa Ahammiyatuhu fi Nawazil al-‘Asr. Dicapai July 3, 2019, from http://almoslim.net/node/266821

Husain, M. A. (2018). Dawabit Ifta’ fi Mustajiddat Tibbiyyah. Dalam Seminar

al-Tajdid fi al-Fatwa bayn al-Nazariyyah wa al-Tatbiq (pp. 290–304). Kaherah.

Ibn Manzur, M. bin M. (1994). Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar al-Sadir.

IIFA. (1986a). Ajhizah al-In’asyh. Majallah Majma’ Al-Fiqh Al-Islami 1, 2(1), 427–515. Dicapai from https://archive.org/stream/xboxgamer-4627/maj02_01#page/n427/mode/2up IIFA. (1986b). Atfal al-Anabib. Majallah Majma’ Al-Fiqh Al-Islami, 2(1), 233–382. Dicapai

from https://archive.org/stream/xboxgamer-4627/maj02_01#page/n233/mode/2up IIFA. (1986c). Bunuk al-Halib. Majallah Majma’ Al-Fiqh Al-Islami, 2(1), 383–426. RetrieDived

(15)

221

IIFA. (1987a). Ajhizah al-In’asy. Majallah Majma’ Al-Fiqh Al-Islami, 3(2), 523–810. Dicapai dari https://archive.org/stream/xboxgamer-4627/maj03_02#page/n3/mode/2up IIFA. (1987b). al-Talqih al-Istina’i wa Atfal al-Anabib. Majallah Majma’ Al-Fiqh Al-Islami, 3(1),

423–516. Dicapai dari https://archive.org/stream/xboxgamer-4627/maj03_01#page/n423/mode/2up

IIFA. (1988). Intifa’ al-Insan bi A’da’ Jism Insan Akhar Hayyan Kana au Mayyitan. Majallah Majma’ Al-Fiqh Al-Islami, 4(1), 89–516. Dicapai dari https://archive.org/stream/xboxgamer-4627/maj04_01#page/n83/mode/2up

IIFA, M. al-F. al-I. al-D. (n.d.-a). al-A‘da’ al-Muntadibun (

نوبدتنمـلا ءاضع�ا

). Dicapai pada July 29, 2019, from http://www.iifa-aifi.org/

نوبدتنملا

-

ءاضع�ا

IIFA, M. al-F. al-I. al-D. (n.d.-b). al-Dawrat (

تارودلا

). Dicapai pada July 27, 2019, from http://www.iifa-aifi.org/cs

IIFA, M. al-F. al-I. al-D. (n.d.-c). al-Duwal al-A‘da’ (

ءاضع�ا لودلا

). Dicapai pada July 28, 2019, from http://www.iifa-aifi.org/states

IIFA, M. al-F. al-I. al-D. (n.d.-d). “Sejarah Ringkas Penubuhan Majma‘” (

:عمجمـلا نع ةذبن

عمجمـلا سيسأت

). Dicapai pada July 28, 2019, from http://www.iifa-aifi.org/iifa

Khallaf, A. W. (1956). ’Ilm Usul Fiqh (7th ed.). Kaherah: Al-Islamiyyah, Maktabah al-Da’wah.

Khallaf, M. A. W. (1992). Tarikh Qudah fi Andalus. Kaherah: Mu’assasah al-‘Arabiyyah al-Hadithiyyah.

Migha, A. I. (1996). Majma’ al-Fiqh al-Islami bi Jeddah: Namudhaj li al-Ijtihad al-Jama’i. In

Seminar Ijtihad Jama‘i fi al-‘Alam al-Islami (pp. 1:251-296). UAE: Fakulti Syariah dan

Undang-undang, Universiti Emeriah Arab Bersatu.

Muhammad Ghaly. (2019). Sharia Scholars and Modern Biomedical Advancements: What Role

for Religious Ethics in the Genomic Era? In Islamic Ethics and the Genome Question,

15-46 (Leiden, The Netherlands: Brill).

Referensi

Dokumen terkait

Prosedur penilaian yaitu mencakup tahap perencanaan, kegiatan pemberian tugas atau soal, observasi kinerja, pengembalian hasil observasi dan pemberian nilai akhir;

Pada hasil analisis visual antar kondisi, perubahan kecenderungan arah pada fase baseline (A) ke fase intervensi (B) menunjukkan arah meningkat yang berarti ada

Tingkat penil ai an dan apresi asi dosen terhadap kriteria positif tentang pemanfaatan Teknologi informasi dan komunikasi berbasis digital berupa e-book dan e-journal

Dari hasil kegiatan yang telah dilakukan dapat ditarik kesimpulan bahwa: (1) Kegiatan PKM ini dapat meningkatkan motivasi usaha, kesadaran, pengetahuan dan

Sedangkan SSH Forwarding lebih pada penyaluran informasi yang hanya server local dan client yang meminta respon saja yang dapat berkomunikasi, sehingga client

Dalam penelitian ini, peneliti berupaya meningkatkan hasil belajar peserta didik pada Tema IX Makananku Sehat dan Bergizi Sub Tema 3 Kebiasaan Makanku SD Negeri

Ampas tebu merupakan residu yang dihasilkan dari proses penggilingan tebu yang telah di peras atau di ekstrak untuk diambil niranya guna dimanfaatkan sebagai bahan

Karena lama pengeringan bahan dapat mempengaruhi komponen minyak nilam yang memiliki titik didih rendah sebagian telah menguap pada saat pengeringan, sehingga yang