• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN DI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN DI"

Copied!
86
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN

DI MALAYSIA 1957-1970

THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF JAPANESE

INVESTMENT IN MALAYSIA 1957-1970

ABSTRAK

Kajian ini melihat faktor-faktor tolakan dan tarikan yang menyumbang kepada kemasukan pelaburan Jepun di Malaysia antara tahun 1957 hingga 1970. Tempoh ini dipilih kerana kajian ini bertujuan melihat sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Malaysia semasa era pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, peranan Jepun dalam bidang ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu berakhir. Dalam tempoh lebih satu dekad selepas tahun 1945, tidak terdapat sebarang pelaburan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Untuk jangka masa yang lama selepas Perang Dunia Kedua, Jepun mengekalkan profil yang rendah dalam hal ehwal antarabangsa, lebih

suka berada di bawah naungan Amerika Syarikat selepas ia menerima Deklarasi Postdam

pada bulan Ogos 1945. Kebimbangan utamanya adalah dalam bidang aktiviti ekonomi untuk

memastikan bahawa terdapat bahan mentah dan bekalan yang mencukupi untuk menjana

(2)

Borneo Utara dan Sarawak dari tidak aktif kepada aktif. Pada masa ini juga Jepun memulakan polisi pelaburannya. Kajian ini akan menganalisis faktor-faktor tolakan dan tarikan yang menyumbang kepada kemasukan semula pelaburan Jepun di Malaysia sejurus negara mencapai kemerdekaan.

Katakunci: Faktor Tarikan, Faktor Tolakan, Jepun, Malaysia, Pelaburan

ABSTRACT

(3)

foreign policy towards Malaya, North Borneo and Sarawak from inactive to active. At this time Japan started its investment policy. This study will analyze the push and pull factors that contribute to the influx of Japanese investments in Malaysia shortly after its independence.

Keywords: Investment, Japan, Malaysia, Push Factor, Pull Factor

PENGENALAN

Kajian ini akan menganalisis sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Malaysia antara

tahun 1957 hingga 1970. Tempoh ini dipilih kerana bab ini bertujuan melihat sejarah

perkembangan pelaburan Jepun di Malaysia semasa era pentadbiran Tunku Abdul Rahman.1

Dalam tempoh lebih satu dekad selepas tahun 1945, tidak terdapat sebarang pelaburan Jepun

di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Menjelang akhir tahun 1950-an,

Jepun mula mengubah dasar luarnya terhadap Semenanjung Tanah Melayu, Borneo Utara

dan Sarawak dari tidak aktif kepada aktif.2 Pada masa ini juga Jepun memulakan polisi

pelaburannya.3 Bab ini akan menganalisis faktor-faktor tarikan dan tolakan yang

menyumbang kepada kemasukan semula pelaburan Jepun di Malaysia sejurus negara

mencapai kemerdekaan.

(4)

Japan-Malaysia Relations: The Impact of Japanese Investment on Japan-Malaysia,5 Ooi

Loy Mui dalam tesis Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem

Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Ahmad Ali

Seman dalam artikel Hubungan Ekonomi Malaysia-Jepun: 1980-1990,6

Roszaima binti Rosdi dalam tesis Sejarah Perkembangan Kegiatan Pelaburan Jepun di Malaysia: Satu Penilaian,7 Sumanthy a/p Murugaiah

dalam tesis Perdagangan Dan Pelaburan Jepun Di Negeri Sembilan 1957-1990 dan Siow Yuen Tow dalam tesis Perdagangan dan Pelaburan Jepun Di Malaysia

Selepas Perang Dunia Kedua.

FAKTOR TOLAKAN DARI JEPUN

Pemulihan Ekonomi Jepun

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, peranan Jepun dalam bidang ekonomi di

Semenanjung Tanah Melayu berakhir. Selepas Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945,8

kerajaan British merampas ladang-ladang Jepun dan harta lain yang dimiliki Jepun9 semasa

zaman peperangan. Aset-aset Jepun dijual dalam lelongan dan wang tersebut telah

dimasukkan ke dalam Dana Pampasan Kerosakan Perang.10 Lihat Jadual 1 untuk data yang

terkandung dalam Dana Pampasan Kerosakan Perang:

JADUAL 1

(5)

Sept. 1948 July 1949 Dec. 1952

British tidak melepaskan hak untuk menuntut gantirugi dari Jepun12 walaupun Amerika

Syarikat mengambil keputusan untuk tidak menuntut gantirugi dari Jepun13 dalam Perjanjian

Keamanan San Francisco 195114 dan meminta negara-negara lain mengikuti jejaknya kerana

perlu menumpu kepada era Perang Dingin.15 Oleh kerana Jepun telah terikat kepada Artikel

14 Perjanjian Keamanan San Francisco, maka Jepun dikehendaki membayar ganti rugi

kepada negara-negara yang pernah didudukinya.16 Edwin P. Pauley telah dilantik sebagai duta

Amerika Syarikat ke Jepun dan beliau bertanggungjawab untuk membentuk Suruhanjaya

Pembayaran Gantirugi Pauley.17 Skim Pampasan Kerosakan Perang yang mendapat dana dari

penjualan harta milik Jepun18 telah memberikan manfaat yang besar kepada syarikat British.19

(6)

oleh kerajaan British20 dan akhirnya mendapat keuntungan daripada Perang Korea juga.21

Untuk jangka masa yang lama selepas Perang Dunia Kedua, Jepun mengekalkan profil yang

rendah dalam hal ehwal antarabangsa, lebih suka berada di bawah naungan Amerika

Syarikat22 selepas ia menerima Deklarasi Postdam pada bulan Ogos 1945. Kebimbangan

utamanya adalah dalam bidang aktiviti ekonomi23 untuk memastikan bahawa terdapat bahan

mentah dan bekalan yang mencukupi untuk menjana ekonomi serta pasaran bagi produknya.24

Menerusi Supreme Commander for the Allied Powers (SCAP),25 Amerika Syarikat telah

mentadbir Jepun dengan diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur sehingga 11 April 1952

dan kemudian diganti oleh Jeneral Matthew Ridgway sehingga 28 April 1952. Selain SCAP,

Jepun juga menerima dasar dari satu Suruhanjaya Timur Jauh (FEC) yang menentukan dasar

Kuasa-kuasa Bersekutu dan MacArthur bertanggungjawab menjalankan peranan FEC di

sampin SCAP. Namun peranan dan objektif pendudukan Amerika Syarikat di Jepun juga

terletak kepada United States Initial Port-Surrender Policy of Japan yang telah disiarkan pada

29 Ogos 1945. Matlamatnya ialah untuk memastikan Jepun tidak lagi menjadi ancaman

kepada keamanan dunia.26 Selepas Perang Dunia Kedua, kekangan Jepun untuk menjalankan

perdagangan dengan negara-negara koloni British akhirnya dapat diselesaikan apabila Jepun

yang diwakili oleh SCAP dan British mewakili koloninya menandatangani perjanjian

perdagangan yang membenarkan jumlah perdagangan yang minimum sebanyak US

55,000,000. Kesan perjanjian ini, jumlah perdagangan Jepun dengan negara-negara koloni

British meningkat 3 ½ kali ganda.27

Semasa tahun 1950-an dan 1960-an di bawah arahan kerajaan Jepun , banyak firma kecil

di Jepun telah bergabung untuk dimajukan, dan teknologi baru Amerika Syarikat dan teknik

(7)

mula mengatasi pesaing mereka di Barat, pihak pengurusan tertinggi percaya bahawa sistem

mereka28 adalah lebih baik dari Barat29 dan mereka mula menghasilkan satu bentuk

pengurusan yang baru.30 Istilah ‘Pensyarikatan Jepun’31 bukanlah satu konsep yang digubal

sendiri oleh Jepun. Sebaliknya, istilah itu dicipta oleh pihak Barat akibat kegelisahan mereka

terhadap serangan ekonomi Jepun32 pada lewat tahun 1960-an.33 Pihak Barat berpendapat

bahawa syarikat-syarikat dan pemerintah Jepun telah bekerjasama rapat dalam bidang

perusahaan dan perniagaan, seolah-oleh mereka berada dalam sebuah syarikat.34 Secara lebih

khususnya, mereka mendakwa kerajaan Jepun telah menolong syarikat-syarikat Jepun dalam

persaingannya dengan syarikat-syarikat asing ataupun dalam menentukan supaya daya

pengeluaran syarikat Jepun meningkat.35

Menjelang pertengahan tahun 1960, Jepun walaupun masih kekurangan kuasa

ketenteraan dan masih dikenakan sekatan dalam menyuarakan pendapatnya dalam hal ehwal

dunia, telah menghasilkan satu set statistik luar biasa untuk membawa kenaikannya pada

tahun 1968 sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia di kalangan kuasa-kuasa

perindustrian dunia.36 Dengan jumlah penduduknya melebihi 100 juta orang, jangka hayat 65

tahun bagi lelaki dan 70 tahun bagi wanita, pendapatan per kapita lebih $600 menjelang

tahun 1965, dan hanya 25 peratus tenaga buruhnya terlibat dalam sektor pertanian, Jepun

telah memenuhi ciri-ciri demografi masyarakat moden yang maju.37 Pada tahun 1961 Jepun

telah mengatasi Britain dalam pengeluaran keluli.38 Menjelang tahun-tahun 1960-an, Jepun

muncul sebagai pengeluar kedua dunia selepas Amerika Syarikat dalam pembuatan radio dan

set televisyen. Dalam tempoh yang sama Jepun mengatasi Jerman Barat39 untuk menjadi

pengeluar ketiga dunia dalam pembuatan auto. Jepun juga menduduki tangga kelima dunia

(8)

projek-projek ekonomi di India dan Pakistan sehingga kepada pelancaran Bank Pembangunan

Asia.41

Pada tahun 1964 Jepun menjadi pengeluar keluli terbesar ketiga dunia selepas Amerika

Syarikat dan Kesatuan Soviet. Kejayaan besarnya juga dilihat dari saiz kapal-kapal yang telah

dibina dalam tahun 1967. Jepun juga mendahului negara-negara lain dengan kepantasannya

membin kapal. Misalnya sebuah kapal tangki minyak, yang lunasnya dipasang dalam bulan

Februari, boleh dilancarkan di laut dalam bulan Disember pada tahun yang sama. Pada tahun

1964 semasa Sukan Olimpik Tokyo, satu jalan baru keretapi secara keseluruhannya telah

dibina antara Tokyo dengan Osaka, dan keretapi-keretapi yang dibina khas boleh mengambil

masa selama tiga jam sepuluh minit bagi perjalanan sejauh 320 batu. Sebanyak 50 perjalanan

dengan kelajuan lebih 100 batu sejam yakni rekod dunia, boleh dilakukan setiap hari di atas

jalan keretapi baru ini, yang mana sedang dipanjangkan ke arah barat melalui Hiroshima ke

selat Shimonoseki.42 Pengeksportan keluaran Jepun pada tahun 1950-an dan 1960-an

terutama dari segi industri pembuatan telah bertambah mencapai antara 94 hingga 96 peratus

selepas Perang Dunia Kedua.43 Beberapa keperluan terutama bagi sektor pembuatan seperti

bahan mentah, tenaga kerja dan perkhidmatan-perkhidmatan lain merupakan faktor yang

mendorong pelabur-pelabur Jepun untuk ke luar negara.44

Boleh dilihat bahawa Jepun telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat mulai

tahun 1950. Keadaan ini berlaku kerana Jepun dan Amerika Syarikat telah menjalin

kerjasama ekonomi di mana Amerika Syarikat telah menjadi rakan dagangan bagi penyediaan

pasaran dan bahan mentah yang penting untuk Jepun.45 Kesan pertumbuhan tersebut, Jepun

telah mengambil inisiatif untuk melebarkan sayapnya dengan menjadi anggota Pertubuhan

(9)

(FAO)47 dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)48 pada tahun 1954 dan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT)49 pada tahun 1955.50

Jepun di Peringkat Antarabangsa

Kedudukan dan keadaan Jepun sekitar tahun 1950-an dan 1960-an banyak mempengaruhi

perjalanan perdagangan serta perhubungan negara ini dengan Malaysia dan juga

negara-negara di Asia Tenggara. Faktor geografi Jepun seringkali mempengaruhi pembentukan dasar

luarnya.51 Jepun dikelilingi oleh tiga buah kuasa tentera iaitu Amerika Syarikat, China dan

Soviet Union. Keadaan Jepun yang mengalami kekurangan sumber bahan mentah

memerlukan ia mengadakan hubungan baik dengan hampir semua negara-negara di dunia.

Pada waktu yang sama, selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, perlembagaan

Jepun melarang negara itu menjadi kuasa tentera kerana ia harus menumpukan usaha untuk

membangunkan semula ekonomi negaranya. Perlembagaan Jepun yang dibentuk selepas

Perang Dunia Kedua juga membenarkan negara ini mempunyai hanya pasukan pertahanan

dalam negara dan peruntukan perbelanjaan untuk pertahanannya adalah rendah.52

Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat banyak krisis yang berlaku di rantau Asia53 kesan

pertentangan ideologi komunis dan demokrasi.54 Krisis-krisis yang berlaku termasuklah

Perang Korea (1950-1953), Peristiwa Tibet (1956-1959), Krisis Sempadan China-India

(1959-1962) dan Perang Vietnam (1960-1975). Kesemua krisis ini telah mempengaruhi

perjalanan dasar luar Jepun.55 Kesemua krisis ini menunjukkan ketidakstabilan rantau Asia

(10)

dengan tindakan kuasa-kuasa besar yang masuk campur di dalam pergolakan yang berlaku.

Jepun melihat semua pertelingkahan yang berlaku adalah pada negara-negara yang berada

hampir dengannya. Ini menyebabkan kerajaan Jepun terpaksa berhati-hati dengan dasar

luarnya dan terpaksa menumpukan lebih banyak perhatian di dalam perhubungan dan

perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat.56

Antara tahun 1957 hingga 1960, kerajaan Jepun telah dipimpin oleh dua orang Perdana

Menteri iaitu Hatoyama dan Nobusuke Kishi.57 Hatoyama telah berjaya memulihkan

hubungan diplomatik Jepun dengan Soviet Union dalam usahanya untuk mengurangkan

pergantungan Jepun terhadap Amerika Syarikat. Kishi pula telah memulihkan kembali

hubungan perdagangan dan persahabatan yang lebih baik dengan negara-negara Asia bukan

komunis.58 Langkah ini memberikan Jepun peluang untuk mengadakan hubungan rapat

dengan negara-negara pro-Barat. Tujuan utamanya ialah pembekalan sumber bahan mentah

yang berterusan dan pasaran bagi pembangunan industri di dalam Jepun. Kebangkitan kuasa

komunis selepas Perang Dunia Kedua di Asia telah memberikan cabaran baru kepada

negara-negara di Asia. Keadaan ini jelas dilihat dengan penguasaan komunis di China, Korea Utara,

Vietnam Utara dan pengaruh kuat di beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Dalam waktu yang sama, Semenanjung Tanah Melayu turut menghadapi ancaman Parti

Komunis Malaya (PKM)59 yang mendapat sokongan kuat dari pihak komunis China. Oleh itu,

Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun berusaha membentuk kestabilan negara yang jauh

daripada ancaman komunis serta mengadakan hubungan baik dengan negara-negara anti

komunis. Sehingga tahun 1960, Jepun banyak mengharapkan bantuan ketenteraan Amerika

Syarikat bagi mengawal keamanan dan kestabilannya daripada ancaman kuasa-kuasa luar

terutamanya pihak komunis. Kedudukan ini sama dengan Semenanjung Tanah Melayu yang

(11)

ancaman pihak komunis. Kedua-dua negara berusaha mengurangkan pergantungan kepada

Amerika Syarikat atau British dengan cara memperkuatkan angkatan pertahanan sendiri

secara berperingkat-peringkat.60

Selepas tahun 1960, kekuatan pasukan tentera Amerika Syarikat di Jepun mula

dikurangkan kerana pentadbiran Amerika Syarikat lebih memberikan perhatian terhadap

pertahanan Korea Selatan yang sedang diancam Korea Utara. Dasar ini menyebabkan

kerajaan Jepun terpaksa mengambil langkah memperkuatkan angkatan tenteranya secara

berperingkat-peringkat bagi membolehkan ia kurang bergantung kepada Amerika Syarikat.

Perkembangan ini dapat dilihat menerusi Jadual 2:

(12)

di masa hadapan.62 Oleh itu, pembentukan dasar luar Ikeda banyak tertumpu kepada

hubungan dengan negara-negara di Asia Tenggara dan Eropah. Langkah ini ada kaitan

dengan kesedaran Jepun bahawa pasaran baru dan bekalan bahan mentah banyak terletak di

luar Amerika Syarikat terutamanya di negara-negara Asia Tenggara. Dengan itu, wujud

keperluan Jepun untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama erat dengan negara-negara di

Asia Tenggara.63 Kepimpinan Jepun juga mahu menukar imej negara mereka supaya

dipandang baik dan dapat mengadakan hubungan selesa dengan negara-negara bukan

komunis. Langkah ini diperlukan bagi menjamin pembangunan industri dan negara Jepun itu

sendiri. Jepun juga berusaha menjalin hubungan lebih erat dengan negara-negara Asia

Tenggara kerana hubungan perdagangannya Amerika Syarikat telah mengalami defisit64 dan

Amerika Syarikat perlu menanggung beban besar semasa pendudukannya di Jepun.65

Amerika Syarikat juga mula mengurangkan penglibatan ketenteraannya di Asia berikutan

deklarasi Doktrin Nixon pada tahun 1969.66 Jepun menyedari bahawa ia perlu

memperluaskan eksportnya memandangkan ia telah kehilangan dagangan dengan China

kerana memenuhi matlamat anti-komunis dan dasar Amerika Syarikat.67

Perubahan dasar luar Jepun lebih nyata berlaku selepas tahun 1960-an apabila ia bebas

daripada pengaruh Amerika Syarikat. Jepun mula mengadakan hubungan rapat dengan

negara-negara Asia Tenggara serta mengadakan hubungan diplomatik dengan Mongolia dan

Vietnam Utara. Satu tindakan yang lebih berani ialah pemimpin-pemimpin Jepun telah

mengiktiraf kewujudan negara Bangladesh tanpa merujuk terlebih dahulu kepada

Washington.68 Tindakan ini dilihat tindakan lebih berani pemimpin-pemimpin Jepun dan

peralihan tumpuan dalam dasar luar Jepun terhadap hubungannya dengan rantau Asia. Dasar

luar Jepun yang lebih terbuka membolehkannya mengadakan hubungan diplomatik yang

(13)

pegawai-pegawainya ke Kuala Lumpur bagi membincangkan dengan kerajaan Malaysia mengenai

gantirugi peperangan.69 Sehingga tahun 1963 tuntutan gantirugi peperangan telah dibayar

kepada empat buah negara di Asia Tenggara iaitu Burma, Indonesia, Vietnam dan Filipina.70

Selain membayar gantirugi, Jepun juga telah berpeluang mengembangkan perdagangannya ke

negara-negara tersebut. Jepun telah mengenakan syarat bahawa negara-negara tersebut tidak

boleh bersikap prejudis dalam perdagangan dengn Jepun dan produk-produk yang dibekalkan

oleh Jepun tidak boleh dieksport ke negara-negara lain.71

Rancangan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 dengan penyatuan Semenanjung

Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) telah menimbulkan isu politik

antarabangsa. Penubuhan Malaysia telah ditentang hebat oleh Presiden Sukarno dari

Indonesia dan Presiden Macapagal dari Filipina. Bagi Sukarno, penubuhan Malaysia adalah

salah satu usaha neo-kolonialisme dan menganggap Tunku Abdul Rahman sebagai boneka

British. Manakala Filipina menentang penubuhan Malaysia kerana beranggapan wilayah

Borneo Utara adalah wilayah yang ditadbir olehnya dan seterusnya telah menuntut hak ke

atas wilayah ini.72 Pelbagai pihak telah cuba menjadi orang tengah untuk menyelesaikan

perbalahan di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina termasuklah negara-negara Asia

Tenggara, PBB dan Jepun. Jepun mula menjadi orang tengah pada bulan September 1963

apabila Perdana Menteri Hayato Ikeda menawarkan tempat perundingan bagi Malaysia,

Indonesia dan Filipina menamatkan isu konfrantasi.73

Usaha kerajaan Jepun bertindak sebagai orang tengah diterima baik oleh Indonesia dan

Filipina. Menjelang bulan Jun 1964, kerajaan Jepun berjaya mengaturkan perbincangan

menteri-menteri luar Malaysia, Indonesia dan Filipina di Tokyo. Manakala kemuncak kepada

(14)

Macapagal. Bagaimanapun, usaha-usaha kerajaan Jepun untuk menamatkan isu kurang

berhasil kerana rundingan ketiga-tiga pemimpin tidak dapat memberikan sebarang

penyelesaian.74 Langkah kerajaan Jepun memulihkan keamanan di Asia Tenggara adalah

kerana Indonesia dan Malaysia merupakan pembekal bahan mentah dan pasaran yang utama

bagi industri Jepun. Kedua-dua negara memberikan sumbangan bekalan getah dan bijih timah

kepada industri Jepun serta kedudukan Selat Melaka yang begitu penting sebagai laluan

utama mengangkut minyak dan hasil industri Jepun. Oleh itu keamanan di kedua-dua negara

amat diperlukan oleh kerajaan Jepun bagi menjamin pembangunan industrinya.75

Pergolakan yang berlaku di rantau Asia Tenggara telah membawa Jepun memberikan

tumpuan terhadap kedudukannya di rantau ini. Perdana Menteri Sato telah melawat

negara-negara Asia Tenggara dengan tujuan utama mengalakkan hubungan politik serta

meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal. Negara utama yang dilawatinya ialah

Malaysia dan Indonesia.76 Rancangan Sato adalah selaras dengan gesaan Tunku Abdul

Rahman supaya Jepun melakukan kerjasama lebih erat dalam bidang ekonomi dan politik di

Asia Tenggara.77 Gesaan Tunku berasaskan kepada pengamatan beliau bahawa Jepun

mempunyai kemampuan menjadi pemimpin kepada negara-negara Asia di samping

memainkan peranan utama membantu pembangunan negara-negara Asia Tenggara.78

Selepas tamatnya Konfrantasi, Malaysia bersama Jepun dan sembilan buah negara Asia

dan Pasifik telah menubuhkan Asia and Pacific Council (ASPAC)79 pada tahun 1966.80

Tujuan utama penubuhan ini adalah mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan

kebudayaan di antara negara-negara yang terlibat. Bagaimanapun timbul keraguan di

(15)

perkumpulan negara-negara anti komunis. Sehubungan itu, Malaysia dan Jepun telah

sama-sama berusaha mengelakkan majlis ini daripada dicop sebagai pertubuhan anti-komunis.81

Langkah memberikan bantuan ke negara-negara luar merupakan rancangan kerajaan

Jepun dalam bentuk nasionalisme ekonomi dengan tujuan membantu membantu

perkembangan ekonomi dan kebajikan negara-negara yang sedang membangun termasuklah

Malaysia. Bantuan diberikan dalam dua bidang utama iaitu bantuan kewangan dan kebendaan

dan kerjasama ekonomi yang membolehkan Jepun mengembangkan kepesatan ekonomi

pembuatannya ke luar negara.82 Malahan bantuan luar Jepun pada peringkat awal ini

mempunyai tiga tujuan utama iaitu mempromosikan eksport barangan Jepun, mengekalkan

hubungan baik Jepun dengan negara-negara luar terutama yang pro-Barat dan mengasaskan

rangkaian antarabangsa yang dijangkakan dapat mengembangkan pengaruhnya ke

negara-negara membangun.83 Oleh itu kerajaan Jepun bersungguh-sungguh memberikan bantuan ke

negara-negara Asia Tenggara yang dirasakannya berpotensi besar dalam mempertingkatkan

perkembangan ekonominya.

Jepun juga telah melibatkan diri secara aktif dan berpengaruh di dalam Economic

Commission for Asia and the Far East (ECAFE),84 Rancangan Colombo,85 Projek Mekong,86

Bank Pembangunan Asia (ADB)87 dan Persidangan Menteri-Menteri bagi Pembangunan

Ekonomi Asia Tenggara.88 Sehingga akhir tahun 1960-an, bantuan Jepun adalah mengenai

bayaran gantirugi perang dan kerjasama ekonomi. Kerajaan Jepun menganggap bayaran

gantirugi Perang Dunia Kedua yang dibuat ke atas beberapa buah negara Asia Tenggara

sebagai sebahagian daripada bantuan negaranya.89 Kejayaan Jepun memasarkan keretanya ke

luar negara juga telah mempengaruhi negara ini untuk mencari jaminan bekalan bahan

(16)

Pada bulan Oktober 1971, Tun Abdul Razak telah melakukan lawatan diplomasi ke

Jepun bagi meminta bantuan Jepun memberi sumbangan dalam menstabilkan keamanan di

Asia Tenggara khususnya dalam perselisihan Indochina. Selain itu, Jepun juga menyokong

keputusan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)90 dalam mengantung bantuan

ekonomi kepada Vietnam. Hubungan diplomatik yang pesat antara Jepun dan ASEAN pada

era 1970-an telah berjaya melenyapkan persepsi buruk dan negatif terhadap Jepun. Berbagai

forum dan persidangan ekonomi hasil daripada hubungan diplomasi antara kedua-dua belah

pihak telah diadakan.

FAKTOR TARIKAN DARI MALAYSIA

Isu Pampasan Perang

Persepsi kepimpinan kerajaan ke arah Jepun pada tempoh awal selepas kemerdekaan adalah

bercampur-campur dan bercanggah. Terdapat perbezaan di antara pandangan peribadi Tunku

Abdul Rahman dan pandangan rasmi kerajaan terhadap Jepun. Beberapa orang yang

ditemuramah mendakwa bahawa Tunku Abdul Rahman tidak melihat Jepun dengan

sebaiknya.91 Walau bagaimanapun, ini tidak dicerminkan dalam mana-mana tulisannya.92

Walaupun memori buruk semasa Perang Dunia Kedua, dasar pragmatik kerajaan yang

diketuai oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menyaksikan keperluan

Semenanjung Tanah Melayu untuk mewujudkan semula hubungan dengan Jepun.93

Di peringkat rasmi, pentadbiran Tunku Abdul Rahman komited untuk menggalakkan

hubungan mesra dengan Jepun.94 Pragmatisme, dan bukannya sentimen peribadi, menjadi

(17)

Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman sudah memuji kejayaan

ekonomi Jepun. Tunku Abdul Rahman mahu Semenanjung Tanah Melayu memberi perhatian

terhadap pembinaan ekonomi Jepun, pencapaian ekonomi dan industrinya supaya mereka

boleh mencontohi kejayaan Jepun ini.95

Dalam penulisannya tentang Jepun 18 tahun kemudian, Tunku Abdul Rahman

mengenang kembali lawatan Perdana Menteri Jepun, Kishi Nobusuke96 ke Kuala Lumpur

pada tahun 1957.97 Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa dasar kerajaan pada ketika itu

adalah untuk berdamai dengan dunia. Apabila Kishi Nobusuke melahirkan keinginan untuk

datang ke Semenanjung Tanah Melayu, beliau mengalu-alukan idea tersebut. Beliau percaya

bahawa masa lalu tidak perlu menentukan masa sekarang dan akan datang. Jika rakyat

tempatan tidak boleh melupakan kekejaman Jepun semasa Perang Dunia Kedua, mereka

masih boleh memaafkannya. Biarkan apa yang sudah berlalu adalah jalan terbaik kepada

mencapai keamanan.

Tunku Abdul Rahman adalah sangat pragmatik dalam pendekatan terhadap Jepun.

Walaupun terdapat pandangan peribadinya tentang Jepun, Tunku Abdul Rahman telah

melihat kepentingan ekonomi Jepun terhadap Semenanjung Tanah Melayu. Thong Yaw

Hong menyatakan bahawa Tunku Abdul Rahman tidak mahu melihat hubungan ekonomi

antara Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun terjejas akibat apa-apa tuntutan gantirugi.98

Keputusan Tunku Abdul Rahman untuk tidak memanjangkan isu pampasan dilihat sebagai

langkah yang praktikal. Tidak seperti kebanyakan negara jiran lain, Semenanjung Tanah

Melayu tidak mengalami siri rundingan yang panjang dan merumitkan bagi mendapatkan

pampasan perang dari kerajaan Jepun. Oleh itu, hubungan Semenanjung Tanah Melayu

(18)

Keputusan kerajaan untuk tidak membangkitkan isu pampasan semasa lawatan Perdana

Menteri Jepun, Kishi Nobusuke ke Kuala Lumpur pada tahun 1957 sememangnya penting

kerana semua negara lain di rantau ini, terutamanya Filipina berasa tidak sabar untuk

menuntut modal daripada Jepun.99 Hak Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura untuk

menuntut gantirugi telah diketepikan oleh pihak berkuasa British, yang ketika itu masih

menduduki dua wilayah ini apabila Jepun menandatangani Perjanjian Keamanan 1951100 di

San Francisco. Menurut Wolf Mendl,101 Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura yang

masih merupakan tanah jajahan British sehingga tahun 1957, tidak mempunyai hak untuk

menuntut pampasan bagi pihak mereka. Hak pampasan itu menjadi tanggunjawab British,

yang bagaimanapun tidak menjalankan tanggungjawab itu.

Dalam satu kajian, Hara Fujio102 telah mencabar kenyataan bahawa British telah

memutuskan untuk tidak mendapatkan gantirugi dari Jepun bagi pihak Semenanjung Tanah

Melayu dan Singapura. Sebaliknya beliau berhujah bahawa wang daripada hasil jualan aset

Jepun, termasuklah ladang-ladang getah di Semenanjung Tanah Melayu telah digunakan ke

arah pemulihan kepentingan British di tanah jajahan, terutamanya untuk syarikat getah dan

bijih timah British.103 Hasil dari jualan ini tidak disalurkan kepada mangsa-mangsa

kekejaman perang Jepun atau keluarga mereka di Semenanjung Tanah Melayu dan

Singapura. Hujah Hara ini telah disokong oleh kajian sebelumnya dari Lee Poh Ping.104

Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz105 pula, keengganan pemimpin politik dan perniagaan

Cina untuk memperjuangkan isu pampasan boleh dikaitkan dengan keinginan mereka untuk

menyesuaikan pemikiran masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu selepas

(19)

Dapat diperhatikan untuk satu tempoh masa yang panjang, orang Cina di Semenanjung

Tanah Melayu hanya berminat untuk mengikuti perkembangan politik di China.107 Kesetiaan

mereka adalah jelas kepada China,108 bukannya Semenanjung Tanah Melayu, seperti yang

terbukti dengan sokongan padu mereka109 terhadap Dr. Sun Yat Sen110 dan Kuomintang111

dalam peperangan. Walau bagaimanapun, dengan China di bawah pengaruh Komunisme

selepas Revolusi 1949112 berjaya, masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu telah

dipaksa untuk menukar orientasi politik mereka, dari yang memberi tumpuan kepada China

bertukar kepada penekanan terhadap Semenanjung Tanah Melayu. Pemimpin Cina telah mula

menyedari bahawa masa depan mereka akan kekal di Semenanjung Tanah Melayu113 dan

melihat China tidak memegang apa-apa masa depan bagi mereka.

Walau bagaimanapun, isu pampasan kemudiannya telah dibawa berkali-kali pada

tempoh tahun 1960-an, terutamanya selepas penemuan beberapa kubur besar mangsa yang

dibunuh dengan kejam semasa pendudukan Jepun di kawasan tertentu di Semenanjung Tanah

Melayu dan Singapura.114 Isu pampasan bagi jenayah perang Jepun, yang lebih dikenali

sebagai ‘hutang darah’,115 mendapat publisiti meluas dan sokongan terutamanya daripada

masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura pada awal tahun 1960-an.

Keadaan ini bagaimanapun tidak menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara ini

dan Jepun. Ini adalah disebabkan ketiadaan usaha bersepadu oleh masyarakat Cina dan

pemimpin mereka di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura untuk menekan pampasan

daripada kerajaan Jepun.

Dalam kes Semenanjung Tanah Melayu, ramai pemimpin perniagaan Cina yang

merupakan ahli-ahli Dewan Perdagangan Cina mempunyai hubungan yang rapat dengan

(20)

dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)116 dan Kongres India Se-Malaysia

(MIC) membentuk pakatan kerajaan selepas merdeka pada tahun 1957.117 Perikatan

pemerintah ini teragak-agak dalam mendapatkan pampasan dari Jepun walaupun mendapat

bantahan kuat daripada sebilangan kecil penduduk Cina. Seperti yang dinyatakan oleh

Hara,118 tidak boleh dinafikan bahawa kekurangan perpaduan dan semangat di kalangan

masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu dan kewujudan kumpulan yang mahu

memulihkan hubungan ekonomi dengan Jepun telah menjejaskan gerakan menuntut

pampasan pada masa itu. Kepimpinan Melayu secara umumnya juga bersetuju dengan

rakan-rakan Cina mereka dalam Parti Perikatan untuk tidak meneruskan isu pampasan.

Boleh disimpulkan bahawa kumpulan perniagaan berpengaruh Cina, sumber utama

kewangan bagi parti Melayu dan Cina dalam Parti Perikatan, UMNO dan MCA, tidak mahu

mengejar isu pampasan kerana ia akan memudaratkan kerjasama perniagaan mereka dengan

Jepun dalam jangka masa panjang. Pemimpin perniagaan Cina yang berpengaruh serta sekutu

MCA mereka bimbang hubungan ekonomi yang sedia terjalin dengan Jepun akan dirosakkan

oleh isu pampasan. Ini menjelaskan sebab utama kekurangan minat di kalangan

pemimpin-pemimpin perniagaan dan politik Cina untuk memberi tekanan kepada kerajaan Tunku Abdul

Rahman bagi meneruskan usaha mendapatkan pampasan perang dari Jepun.

Ia juga menjadi jelas kepada kepimpinan negara bahawa dengan memanjangkan isu

‘hutang darah’, ia hanya akan menjejaskan kepentingan ekonomi bersama kedua-dua pihak.

Modal Jepun berupa bantuan,119 pinjaman120 dan pelaburan serta jentera, peralatan dan

bantuan teknikal121 adalah amat penting kepada ekonomi Semenanjung Tanah Melayu yang

baru merdeka.122 Thong Yaw Hong, birokrat atasan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU)

(21)

berunding dengan kerajaan Jepun bagi menyelesaikan isu ‘hutang darah’ buat

selama-lamanya.123

Kerajaan Jepun akhirnya bersetuju untuk memberikan pampasan separa penuh kerana ia

akan melindungi kepentingan jangka panjang ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu.

Semua pihak bersetuju untuk satu penyelesaian yang baik di mana Jepun akan membayar

sebanyak RM 25 juta secara tunai kepada Semenanjung Tanah Melayu124 dan RM 25 juta lagi

dalam bentuk pinjaman dan bantuan teknikal pada tahun 1967.125 Wang itu kemudiannya

digunakan oleh kerajaan Tunku Abdul Rahman untuk membayar ke atas 2 buah kapal

Jepun,126 yang membawa kepada pembentukan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia

(MISC).127 Keputusan pemimpin-pemimpin kerajaan pada masa itu untuk tidak

memanjangkan isu pampasan kerana mendakwa ia hanya akan menjejaskan hubungan dua

hala dengan Jepun yang berpotensi menguntungkan pada tahun 1960-an, juga menyebabkan

kes Semenanjung Tanah Melayu agak berbeza daripada pengalaman negara-negara jiran

dalam tempoh awal selepas Perang Dunia Kedua.

Dalam kes Semenanjung Tanah Melayu, tiada peranan ‘pelobi Jepun’ yang boleh dilihat

dalam proses rundingan untuk separa pampasan di antara pemimpin-pemimpin kerajaan dan

rakan Jepun mereka. Tidak seperti rundingan pampasan antara kerajaan-kerajaan Asia

Tenggara yang lain dengan Jepun,128 tidak ada bukti untuk mengaitkan penglibatan kumpulan

perniagaan Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun dalam perjanjian separa pampasan. Ia

kelihatan hanya pegawai-pegawai kerajaan dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam proses

rundingan untuk separa pampasan, dan ia tidak mengambil mereka yang lama untuk

mencapai persetujuan. Boleh disimpulkan bahawa manfaat ekonomi sektor-sektor tertentu

(22)

orientasi dasar Semenanjung Tanah Melayu kepada Jepun sejak zaman Tunku Abdul

Rahman.

Kerjasama Ekonomi Cina-Jepun

Satu perkara penting dan menarik perhatian semasa era kemerdekaan Semenanjung Tanah

Melayu ialah kedudukan dan sikap komuniti Cina, terutama golongan perniagaan. Walaupun

orang Cina dilayan dengan teruk oleh tentera Jepun,129 namun ia tidak menghalang golongan

peniaga mereka daripada meneruskan kerjasama ekonomi dengan Jepun sebelum Perang

Dunia Kedua atau membuat kerjasama baru semasa Perang Dunia Kedua. Hubungan rapat di

antara peniaga Cina dan pengusaha Jepun telah dibentuk sebelum Perang Dunia Kedua

lagi.130 Kerjasama ekonomi di antara orang Cina dan peniaga Jepun dikekalkan semasa zaman

pendudukan Jepun. Kerajaan Jepun bergantung kepada bekalan bijih timah dari peniaga Cina

di Semenanjung Tanah Melayu untuk membiayai usaha perangnya.

Hubungan perniagaan antara komuniti Cina dan usahawan Jepun juga terus berjalan

untuk tempoh masa yang panjang selepas Perang Dunia Kedua walaupun pada hakikatnya

tiada hubungan rasmi antara Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun. Antara tempoh tahun

1945 hingga 1957, apabila Semenanjung Tanah Melayu masih berada di bawah pemerintahan

British, peniaga Cina terlibat dalam perdagangan dengan Jepun, biasanya secara rahsia.131

Sebaik saja kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, golongan kapitalis Cina berusaha untuk

membangunkan semula perniagaan mereka yang terganggu akibat perang. Ini membawa

kepada beberapa perkongsian di antara golongan pengusaha Cina dan Jepun.132 Antaranya

(23)

Honda ke Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.133 Beliau menjadikan Syarikat Kah

Motor sebagai pengedar tunggal Honda pada awal tahun 1957.

Seorang lagi pengusaha Cina134 menubuhkan Syarikat Tan Chong Motor Holdings

Berhad, syarikat pertama yang memperkenalkan kereta buatan Jepun ke Semenanjung Tanah

Melayu.135 Hubungan peribadi dan perniagaan antara Robert Kuok dengan firma besar Jepun

telah bermula sebelum Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.136 Keluarganya

memulakan perniagaan mereka di Johor sebelum Perang Dunia Kedua, dalam bidang beras

dan gula137 dan perniagaan mereka berkembang walaupun semasa pendudukan Jepun.

Pengalaman awal kerja beliau termasuklah bekerja di pejabat Mitsubishi di Johor Bahru dan

kemudiannya beliau menubuhkan usahasama dengan Mitsui & Co. Ltd. dan Nishin Sugar

Manufacturing pada tahun 1960.138 Ini melahirkan Malayan Sugar Manufacturing yang

memberikan Robert Kuok gelaran ‘Raja Gula’.139

Pada masa kini, beliau menguasai 80 peratus pasaran tempatan dan 10 peratus pasaran

dunia. Daripada gula, Kumpulan Kuok berkembang kepada sektor pembuatan (tepung

gandum, kayu sintetik, simen dan kimia), perkapalan, kewangan, hartanah dan perhotelan.

Sepanjang perkembangan ini, ia telah menjalinkan usahasama dengan Mitsui dalam Perlis

Plantations dan Malayan Adhesives and Bulk Chemical Terminal, Sumitomo dalam

Malaysia Shipyard & Engineering, Tosco dalam Century Chemical Works, Rasa Sayang

Hotel dan Shangri-la Hotel di Hong Kong.140

Perkongsian perniagaan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu pada tempoh-tempoh awal selepas kemerdekaan kebiasaannya melibatkan golongan kapitalis Cina, terutama

(24)

Komuniti Cina yang dalam proses untuk membina semula ekonomi mereka, akan mengambil

setiap peluang untuk kerjasama ekonomi dengan Jepun. Pada tahun 1960-an dan awal

1970-an, kenangan perang masih segar dalam minda kebanyakan rakyat tempatan. Sentimen anti

Jepun di kalangan rakyat tempatan begitu ketara terutamanya di kalangan majoriti etnik

Cina,141 termasuk pemimpin-pemimpin mereka yang umumnya menyalahkan Jepun atas

kekejaman yang dilakukan semasa perang. Walau bagaimanapun, kerjasama perniagaan yang

menguntungkan, yang telah terjalin antara golongan kapitalis Cina dan rakan-rakan Jepun

mereka banyak mempengaruhi sikap pragmatik mereka terhadap Jepun. Golongan kapitalis

Cina melihat Jepun sebagai rakan kongsi perniagaan yang boleh dipercayai dalam usaha

mereka untuk membina semula dan mengembangkan perniagaan mereka di Semenanjung

Tanah Melayu selepas merdeka.

Peranan Tunku Abdul Rahman juga membantu komuniti Cina dalam hubungan dengan

Jepun. Tujuan Parti Perikatan pada tahun 1957, di mana orang Melayu akan memainkan

peranan yang lebih dominan dalam politik dan orang Cina akan terus terlibat secara aktif

dalam ekonomi, telah mempengaruhi sikap kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu selepas

merdeka. Dasar ekonomi liberal kerajaan Tunku Abdul Rahman pada tempoh sebelum DEB

yang menggalakkan pelaburan asing untuk membantu pembangunan ekonomi, telah menjadi

satu instrumen penting dalam mempromosikan kerjasama ekonomi Cina-Jepun. Ahli-ahli

komuniti perniagaan Cina pada umumnya berpuas hati untuk bersama-sama dengan dasar

kerajaan pada masa itu selagi mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Pendek

kata, kepentingan ekonomi menjadi satu faktor penting yang mendasari sikap masyarakat

Cina, terutamanya pemimpin perniagaan mereka, ke arah Jepun.

(25)

Semasa mencapai kemerdekaan, ekonomi Semenanjung Tanah Melayu bergantung kepada

pengeluaran dan eksport getah dan bijih timah.142 Walaupun Semenanjung Tanah Melayu

merupakan pengeluar terbesar kedua-dua komoditi tersebut, harga adalah di luar kawalannya.

Ia dipengaruhi oleh pembeli iaitu negara-negara maju. Apabila merdeka, Semenanjung Tanah

Melayu perlu mempelbagaikan ekonominya. Perindustrian merupakan salah satu strategi bagi

tujuan ini, dan Semenanjung Tanah Melayu menawarkan status perintis bebas cukai kepada

pelabur asing. Di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman,143 polisi ekonomi Semenanjung

Tanah Melayu adalah berciri laissez-faire144 kecuali usaha kerajaan untuk menggalakkan

industri penggantian import.145 Pada masa ini, British masih merupakan rakan dagangan

utama Semenanjung Tanah Melayu.146 Jepun pula berada di kedudukan ketiga selepas British

dan Amerika Syarikat.147

Sejarah hubungan bilateral Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun bermula apabila

Kishi Nobusuke melawat Semenanjung Tanah Melayu pada 24 dan 25 November 1957 sekali

gus menjadi Perdana Menteri asing pertama melawat Semenanjung Tanah Melayu yang

mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.148 Sebagai membalas lawatan Kishi Nobusuke,

Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada 21 hingga 26 Mei

1958.149 Perjanjian Perdagangan Jepun-Semenanjung Tanah Melayu yang ditandatangani

pada 10 Mei 1960150 merupakan perjanjian ekonomi pertama di antara kedua-dua pihak.

Perjanjian ini memberi status most favoured nation kepada kedua-dua pihak.151 Manakala

Pertubuhan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu-Jepun juga telah ditubuhkan bertujuan

menggalakkan minat pelabur-pelabur Jepun untuk membuat pelaburan di Semenanjung

(26)

sokongan dan kerjasama dari Jepun dan negara maju yang lain. Jepun melihat Malaysia

sebagai sebuah negara yang memainkan peranan penting di dalam ASEAN.153

Kebanyakan kerjasama ekonomi dengan Malaysia adalah dalam bentuk yen. Perjanjian

kredit yen yang pertama di Malaysia ialah 18,000 juta yen dari tahun 1966 hingga 1971.154

Sebagai langkah mengalakkan pelaburan Jepun ke Semenanjung Tanah Melayu, Tunku

Abdul Rahman telah mengumumkan akan meluluskan undang-undang untuk mengecualikan

firma asing yang melabur di Semenanjung Tanah Melayu dari membayar cukai untuk tempoh

lima tahun pertama beroperasi. Dalam bidang-bidang industri tertentu, kerajaan akan

mempertimbangkan pemberian 100% pemilikan modal asing.155

Usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan sektor perindustrian negara telah bermula

sejak awal tahun 1960-an. Kerajaan telah melaksanakan program pembangunan perindustrian

yang terancang bagi mengurangkan pergantungan Malaysia pada sektor pertanian dan

perlombongan.156 Kerajaan sedar pentingnya perindustrian bagi memenuhi revolutions of the rising expectations penduduk dari aspek ekonomi, politik dan sosial.157 Beberapa kawasan

perindustrian telah diasaskan bagi menggalakkan pelabur-pelabur asing membuka

kilang-kilang perindustrian di Malaysia. Kawasan-kawasan perindustrian yang disediakan ialah

Petaling Jaya, Pulau Pinang, Teluk Intan, Klang dan Johor Bahru.158 Sesetengah kawasan

perindustrian seperti Bayan Lepas, Sungai Wang dan Batu Berendam dipanggil Zon

Perdagangan Bebas. Barang-barang perkilangan dari kawasan ini untuk pasaran luar negeri

tidak dikenakan cukai.

Sebelum perlaksanaan DEB, kerajaan telah memperkenalkan pakej pelaburan yang

menarik untuk pelaburan asing. Pada tahun 1967, kerajaan menubuhkan Lembaga Kemajuan

(27)

barangan eksport dipertingkatkan. Akta Galakan Pelaburan 1968160 dan Ordinan Taraf

Perintis 1958161 telah menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah pelaburan yang menarik.

Secara umumnya, pembangunan perindustrian pada tahun 1960-an adalah berteraskan kepada

pengeluaran barangan gantian import bagi pasaran dalam negeri.162 Ketersediaan sumber asli

dan bekalan buruh murah telah menarik perhatian pelabur Jepun untuk ke Malaysia.

Pelaburan Jepun berkembang perlahan antara tahun 1957 hingga 1970.163 Far Eastern

Economic Review merumuskan bahawa pertumbuhan perlahan ini adalah kerana polisi

‘tunggu dan lihat’.164 Selain pelabur Jepun, pelabur British juga menunjukkan minat mereka

terhadap sektor perindustrian Malaysia walaupun kedua-duanya cenderung terhadap pelan

mereka sendiri, di samping menunggu perubahan polisi kerajaan.165 Di samping itu,

penglibatan terhad pelaburan Jepun juga kerana pengurangan infrastruktur perindustrian dan

saiz permintaan domestik yang terhad166 di Malaysia pada ketika itu.167 Oleh itu usaha-usaha

menambahkan kemudahan infrastruktur telah dilakukan di dalam Rancangan Malaysia

Pertama (1966-70).168

Hampir separuh dari pendapatan negara diperuntukkan bagi membangunkan

kemudahan asas. Pelabuhan Klang telah dimajukan sebagai pusat import-eksport bagi

menggantikan Singapura yang telah terpisah dari Malaysia. Di bawah strategi perindustrian

juga diterapkan dasar untuk memajukan sektor awam dan swasta khasnya secara bebas

seperti yang telah dicadangkan oleh utusan Bank Dunia.169 Mengikut Rueff Report pada tahun

1963, pertumbuhan ekonomi akan lebih cepat jika dipraktikkan pasaran terbuka dengan

(28)

Melalui Rancangan Malaysia Pertama, kerajaan mula mengalakkan pelaburan Jepun ke

dalam Malaysia. Kerajaan telah mengemaskini peraturan-peraturan di dalam sektor

pembuatan. Sebelumnya, tidak terdapat peraturan khusus mengenai perlesenan industri bagi

syarikat-syarikat asing yang mau beroperasi sama ada sebagai cawangan syarikat luar atau

menubuhkan syarikat persendirian atau usahasama dengan pelabur-pelabur tempatan.171

Bagaimanapun menjelang pertengahan tahun 1960-an syarikat-syarikat yang merancang

menubuhkan kemudahan pembuatan diperlukan mendapat kelulusan permohonan daripada

Kementerian Perdagangan. Syarikat-syarikat asing yang melabur juga telah diberikan taraf

perintis yang memberi peluang kepada mereka mendapat keuntungan dengan kadar cukai

yang minima ketika baru memulakan operasi.172

Syarikat-syarikat asing juga berminat untuk melabur di Malaysia kerana kerajaan

menjalankan sistem pertukaran asing yang liberal iaitu mereka bebas untuk menyalurkan

modal atau keuntungan dari pelaburan. Perkara ini ada tercatat dalam Artikel 8, Perjanjian

Artikel IMF yang telah dipersetujui oleh Malaysia.173 Kerajaan juga tidak mengenakan

kawalan yang ketat ke atas pertukaran wang asing akibat pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Galakan ke atas pelaburan asing telah dapat membantu mewujudkan teknologi industri

moden dan membangunkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kejayaan rancangan

kerjasama antara syarikat-syarikat Jepun dengan kerajaan Malaysia telah membuka peluang

untuk kemasukan pelaburan Jepun yang lebih besar. Selepas tahun 1967, pelabur-pelabur

Jepun yang yakin dengan iklim pelaburan sihat di Malaysia telah membawa masuk pelaburan

mereka. Langkah ini dibantu oleh dasar-dasar galakan kerajaan terutamanya penyediaan

keistimewaan penyediaan tarif, mewujudkan zon perdagangan bebas serta sumber buruh dan

(29)

KESIMPULAN

Terdapat beberapa faktor-faktor tarikan yang dilihat menyumbang kepada kemasukan semula pelaburan Jepun di Malaysia selepas era kolonial. Pertama ialah gesaan Tunku Abdul Rahman supaya Jepun melakukan kerjasama lebih erat dalam bidang ekonomi dan politik di Asia Tenggara. Kedua ialah Jepun tidak mengalami siri rundingan yang panjang dan merumitkan mengenai isu pampasan perang dengan kerajaan Semenanjung Tanah Melayu. Oleh itu, hubungan Semenanjung Tanah Melayu dengan Jepun sejak zaman awal kemerdekaan boleh digambarkan sebagai harmoni. Ketiga ialah hubungan perniagaan yang erat antara komuniti Cina dan usahawan Jepun. Keempat ialah pakej pelaburan menarik yang diperkenalkan kerajaan untuk pelaburan asing. Misalnya pada tahun 1967, kerajaan telah menubuhkan MIDA untuk menggalakkan kemajuan perindustrian. Selain itu terdapat juga Ordinan Taraf Perintis 1958 dan Akta Galakan Pelaburan 1968. Usaha-usaha menambahkan kemudahan infrastruktur juga telah dilakukan di dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-70). Dari tahun 1950-an ke 1960-an, strategi penggantian import Malaysia menyaksikan firma-firma Jepun berminat dalam mengembangkan dan melindungi pegangan pasaran tempatan mereka.

(30)

yang sama Perdana Menteri Ikeda juga mendapati rantau Asia Tenggara dan Eropah akan menjadi bertambah penting kepada Jepun di masa hadapan. Jepun menyedari bahawa pasaran baru dan bekalan bahan mentah banyak terletak di luar Amerika Syarikat terutamanya di negara-negara Asia Tenggara. Dengan itu, wujud keperluan Jepun untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama erat dengan negara-negara di Asia Tenggara. Perubahan dasar luar Jepun lebih nyata berlaku selepas tahun 1960-an apabila ia bebas daripada pengaruh Amerika Syarikat. Kejayaan Jepun memasarkan kereta ke luar negaranya juga menyebabkan mereka berusaha mencari jaminan bekalan bahan mentah. Aktiviti ekonomi di Jepun juga telah meningkat dengan ketara sejak tahun 1965 kesan daripada masalah kekurangan buruh, terutamanya dalam industri elekronik Bagi firma-firma Jepun yang tertakluk kepada kawalan pertukaran asing yang ketat oleh Kementerian Kewangan, pelaburan Jepun umumnya tidak digalakkan sehingga akhir tahun 1960. Akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an merupakan tempoh ekonomi Jepun berada pada tahap terbaik, dan dengan desakan dari Amerika Syarikat untuk Jepun untuk memainkan peranan lebih besar di Asia Tenggara, suasana ini sesuai untuk pelaburan Jepun berkembang.

RUJUKAN

Ahmad Ali Seman. 1996. Hubungan Ekonomi Malaysia-Jepun: 1980-1990. Dlm. Badriyah

Haji Salleh & Tan Liok Ee (pnyt.). Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, hlm.

(31)

Adams, T. F. M. & Kobayashi, N. 1974. The World of Japanese Business. Ed. ke-4. Tokyo:

Kodansha.

Akiyoshi Horiuchi, Packer, F. & Shinichi Fukuda. 1988. What Role Has the ‘Main Bank’

Played in Japan?. Journal of the Japanese and International Economics 2 (2): 159-190. Allen, G.C. 1981. The Japanese Economy. The International Economic Series. London:

Weidenfeld and Nicolson.

Anon. 1957. Japanese Trade is Still Lagging. The Straits Times, 26 November.

Anon. 1958. Tengku Seeks Japan’s Trade. The Malay Mail, 25 Mei.

Anon. 1983. Year of Change…. The Star, 31 Ogos: 3-4.

Anon. 1986. Hirohito on Japan’s War. New Straits Times, 16 April.

Anon. 1987. Japanese historian to fight textbook issue. New Straits Times, 10 November.

Anon. 1988. Found - new strategy to fight the Japanese. The Sunday Star, 16 Oktober.

Anon. 1989. He restored faith to a beaten land. New Sunday Times, 8 Januari: 7.

(32)

Anon. 1989. Hirohito deeply involved in the war: BBC. The Star, 14 Januari.

Anon. 1989. Akihito’s essay on why Japan lost war. New Sunday Times, 22 Januari.

Anon. 2009. Sidang Kemuncak Mekong Berakhir. Utusan Malaysia, 7 November.

Asian Development Bank. 1971. Southeast Asia’s Economy in the 1970’s. New York:

Praeger Publishers.

Bautista, R.M. 1992. Development Policy in East Asia: Economic Growth and Poverty

Alleviation. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Beason, R. & Weinstein, D. 1996. Growth Economies of Scale and Targeting in Japan

(1955-1990). Review of Economics and Statistics 78 (2): 286-295.

Bergere, M.C. 2000. Sun Yat-sen. Terj. Lloyd, J. Stanford: Stanford University Press.

Berita Harian. 1986. 13 Mac.

Buder, S. 2009. Capitalizing on Change: A Social History of American Business. Chapel Hill: University of North Carolina Press.

(33)

Chee Peng Lim & Lee Poh Ping. 1979. TheRole of Japanese Direct Investment in Malaysia.

Occasional Paper No. 60. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Chew Soon Beng & Pushpa Thambipillai. 1981. Japan and Southeast Asia. Dlm. Manfred Pohl (pnyt.). Japan 1980/81: Politics and Economy. Issued under the auspices of the Institute of Asian Afairs and Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 151-194. Singapore: Maruzen Asia.

Chin, V. K. 1986. Japan’s rise from the ashes of destruction. The Star, 29 April.

Chou, K.R. 1966. Studies on Saving and Investment in Malaya. Hong Kong: Academic Publications.

Chua Wee Meng. 1975. Comments on Professor Ichimura’s Paper. Dlm. Institute of

Southeast Asian Studies. The Future Pattern of Japanese Economic and Political

Relations with Southeast Asia. Current Issues Seminar Series No. 5, hlm. 36-48. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

(34)

Dunning, John H. & Rajneesh Narula (pnyt.). 1996. Foreign Direct Investment and Governments: Catalysts for Economuc Restructuring. Routledge Studies in

International Business and the World Economy. London: Routledge.

Embassy of Japan. 1977. Japan-Malaysia Relations. Information Bulletin. Kuala Lumpur:

Embassy of Japan.

Fail Cabinet Office No. CAB 129/46/58. 1951. Japanese Peace Treaty: Disposal of Japanese

Assets in the United Kingdom, 19 Julai 1951.

Fail Foreign Office No. FO 950/239/6. 1947. KC 1850/728/223 Foreign Office Minute regarding the peace settlement with Japan and dealing with the question of obtaining

compensation for war damage, dated October 1947. Refers to unanimous resolution No 3 of the Final Act of the Paris Conference on German reparations, 1 Januari 1947 - 31 Disember 1947.

Fail Jabatan Perdana Menteri No. MTARP. U-107. 1957. Speech by the Prime Minister at a dinner in honour of the visiting Prime Minister of

Japan Mr Nobusuke Kishi, 24 November 1957.

(35)

Fail Jabatan Perdana Menteri No. MTARP. U-202. 1958. Speech by the Prime Minister on his arrival in Tokyo on a state visit to Japan, 21 Mei 1958

Fail Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri No. 121/1960. 1960. Federation of Malaya/Japan Trade Agreement.

Fail Malayan Union Secretariat No. 429/1947. 1947. Accounts Taken Over by the Japanese

Custodian of Enemy Property, 15 February 1947.

Fail Malayan Union Secretariat No. MALAYAN UNION NO. 2419/1947. 1947. Accounts taken over by the Japanese custodian of Enemy Property, 15 Februari 1947.

Fail Pembangunan Negara dan Luar Bandar No. MRD (T) 0.144, Trade Talks Federation of

Malaya/Japan, 17 April 1959 - 21 Mei 1960.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu No. BRITISH M.A.S.C.A.O. 183/1946. 1946.

Record of Enemy Property Prior to Japanese Occupation, 7 Februari 1946.

Far Eastern Economic Review. 1966. 3 Februari.

Federation of Malaya. 1960. Agreement on Commerce between Federation of Malaya and

Japan, Kuala Lumpur, 10th May, 1960.

(36)

Foo Lai-Reen Joanne. 2003. Pelaburan Langsung Teknologi Tinggi Jepun Di Malaysia. Tesis Sarjana Falsafah. Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Frankie Anak Ganai. 2003. Strategi Serangan Jepun Ke Atas Asia Tenggara Semasa Perang Dunia Kedua: Satu Kajian di Malaya, Sabah (Borneo Utara) dan Indonesia

(Netherlands India). Ijazah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya.

Hadley, E.M. 1970. Anti Thrust in Japan. Princeton, New Jersey: Princeton University Press.

Haggard, S. 2005. The Political Economy of the Asian Welfare State. Dlm. Boyd, R. &

Tak-Wing Ngo (pnyt.). Asian States: Beyond The Developmental Perspective, hlm. 145-171.

London: RoutledgeCurzon.

Hall, John W. 1971. Japan: From Prehistory to Modern Times. Tokyo: Charles E. Tuttle

Company.

Handlin, O. 1943. Laissez-Faire thought in Massachusetts, 1790-1880. Journal of Economic History 3: 55-65.

Hara Fujio. 1993. Japan and Malaysia Economy: An Analysis of the Relations Started with

Reparations after the End of World War II. Dlm. Hara Fujio (pnyt.). Formation and Restructuring of Business Groups in Malaysia, hlm. 119-140. Tokyo: Institute of

(37)

Hara Fujio. 1994. Nihon to Malaysia Keizai. Dlm. Hara Fujio (pnyt.). Malaysia ni oketu Kigyo group no Keisei to Saihen, hlm. 157-159. Tokyo: Institute of Developing

Economies.

Henry Wan, Jr. 1988. Nipponized Confucian Ethos or Incentive-Compatible Institutional

Design: Notes on Morishima: Why Has Japan Succeeded?. International Economic Journal 2 (1): 101-108.

Henry Wan, Jr. 2006. Nipponized Confucian Ethos or Incentive-Compatible Institutional

Design: Notes on Morishima: Why Has Japan Succeeded?. Dlm. Henry Y. Wan, Jr.

(pnyt.). Harnessing Globalization: A Review of East Asian Case Histories, hlm. 45-52. Singapore: World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd.

Hiroyuki Itami. 1986. Trade unfairness: The view from the Japanese side. New Straits Times, 28 Mac.

Irene Sia. 1993. Robert Kuok: Taipan Incorporated. Dlm. Hara Fujio (pnyt.). Formation and

Restructuring of Business in Malaysia, hlm. 57-72. Tokyo: Institute of Developing Economies.

Irene Tay Ying Chee. 1995. Hubungan Jepun-ASEAN 1967-1994. Tesis Sarjana Muda Sains Politik. Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(38)

Jomo (pnyt.). 1986. Dasar-Dasar Ekonomi Mahathir. Kuala Lumpur: Institut Analisa Sosial.

Jomo, K.S. 1992. Suria Terbenam Jua: Ajaran “Pandang Ke Timur”. Petaling Jaya: Institut Analisis Sosial.

Jomo, K.S. (pnyt.). 1994. Japan and Malaysian Development: In the Shadow of the Rising

Sun. London: Routledge.

Jones, Walter S. 1977. The Logic of International Relations. New York: Harpes Collins.

Jordon, Winthrop D., Greenblatt, M. & Bowers, John S. 1993. The Americans: A History. New York: Mc Douglas, Littell & Com.

J. Tann Kok Aun. 1982. I Go East: Learning from the Japanese Experience. Kuala Lumpur: Milimex Corporation Sdn. Bhd.

Junichi Yamada. 1996. Role of Japanese Official Development Assistance in Southeast Asia:

Special Reference to Malaysia. Tesis Ph.D. Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

Junid Saham. 1980. British Industrial Investment in Malaysia 1963-1971. Petaling Jaya: Oxford University Press.

(39)

Kanapathy, V. 1970. The Malayan Economy: Problems and Prospects. Singapore: Asia

Pacific Press.

Kesavan, K.V. 1972. Japan’s Relations with Southeast Asia, 1952-1960 with particular

reference to the Philippines and Indonesia. Bombay: Somaiya Publications.

Khadijah Md. Khalid & Lee Poh Ping. 2003. Whither The Look East Policy. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khong Kim Hoong 2001. Malaysia-Japan Relations in the 1980s. Dlm. Wolf Mendl (pnyt.).

Japan and South East Asia Volume II: The Cold War Era 1947-1989 and Issues at the

End of the Twentieth Century, hlm. 334-346. London: Routledge.

Kishimoto Koichi. 1988. Politics in Modern Japan: Development and Organization. Ed.

ke-3. Tokyo: Japan Echo Inc.

Koichi Hamada. 1996. Japan 1968: A Reflection Point During The Era of The Economic Miracle. Center Discussion Paper No. 764. New Haven, CT: Economic Growth Center, Yale University.

(40)

Kratoska, Paul H. 1998. The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945: A Social and Economic History. London: C. Hurst and Co. (Publishers) Ltd.

Langdon, F.C. 1973. Japan’s Foreign Policy. Vancouver: University of British Columbia Press.

Lee Poh Ping. 1977. Japan’s Decision to Establish Malayawata. Tokyo: Institute of Developing Economies.

Lembaga Kemajuan Perusahaan Persekutuan. t.th. Malaysia: Your Profit Centre in Asia. t.tp.:

t.pt.

Leo Ching. 2007. Japan in Asia. Dlm. Tsutsui, William M. (pnyt.). A Companion to Japanese

History, hlm. 407-420. Malden, MA: Blackwell Publishing Ltd.

Lim Mah Hui. 1982. Capitalism and Industrialization in Malaysia. Bulletin of Concerned Asian Scholars 14 (1): 32-47.

Lim Teck Ghee. 1974. Southeast Asian Perceptions of Japan and The Japanese. Dlm. Sandhu,

Kernial S. & Tang, Eileen P.T. (pnyt.). Japan As An Economic Power And Its

Implications For Southeast Asia. Papers presented at a conference organized by the Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 88-105. Singapore: Institute of Southeast

Asian Studies.

Linda Lim & Eng Fong Pang. 1991. Foreign Direct Investment and Industrialisation in

(41)

Li Woke & Wang Xing. 2011. Caution as economy overtakes Japan’s. China Daily Asia

Weekly, 18 Februari.

Logambal Ramadoss. 2004. The Role of MITI in the Development of the Japanese Economy.

Dissertation Master of Economics. Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti

Malaya.

Low Tong Siew. 1988. Dasar Luar: Perkembangan Pelaburan Asing Di Semenanjung Malaysia (1957-1975). Tesis Sarjana Muda. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maddison, A. 1969. Economic Growth in Japan and the USSR. London: George Allen &

Unwin Ltd.

Makoto Sakurai. 1995. East Asian Trade and Investment Policies. Dlm. Toshihiko Kawagoe

& Sueo Sekiguchi (pnyt.). East Asian Economies: Transformation and Challenges. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Malaysia. 1966. Rancangan Malaysia Pertama, 1966-1970. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Malaysia. 2002. Draf Ucapan Untuk Pertimbangan Y.A.B. Perdana Menteri - Speech by YAB PM at the Seminar on 20th Anniversary of Look East Policy at Tokyo, Japan on

(42)

Malaysian Business. Disember 1973.

Mankiw, Gregory N., Phelps, Edmund S. & Romer, Paul M. 1995. The Growth of Nations.

Brookings Papers in Economic Activity 1: 275-326.

Masaya Shiraishi. 1990. Japanese Relations with Vietnam 1951-1987. New York: Cornell University.

McNelly, Theodore H. 1987. Induced Revolution: The Policy and Process of Constitutional

Reform in Occupied Japan. Dlm. Ward, Robert E. & Sakamoto Yoshikazu (pnyt.).

Democratizing Japan: The Allied Occupation, hlm. 76-106. Honolulu: University of

Hawaii.

Md. Ali Hasan. 1996. Pelaburan Langsung Jepun di Malaysia. Kertas kerja Kongres Sejarah

Malaysia II - Sejarah dan Proses Pemantapan Negara Bangsa. Anjuran Persatuan

Sejarah Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sejarah UKM. Bilik Jumaah UKM, Bangi.

26-28 November.

Md Nasrudin Md Akhir, Asmadi Hassan & Rohayati Paidi. 2008. Organisasi dan Institusi Jepun. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Md. Nasrudin Md. Akhir. 2010. Dinamisme hubungan bilateral Malaysia-Jepun. Utusan

(43)

Mehmet Sami Denker. 1990. Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Mehmet Sami Denker. 1994. The Evolution of Japanese Investment in Malaysia. Dlm. Jomo,

K.S. (pnyt.). Japan and Malaysian Development: In the shadow of the rising sun, hlm.

44-74. London: Routledge.

Mendl, W. 1995. Japan’s Asia Policy: Regional Securities and Global Interests. London: Routledge.

Ming Wan. 1995-1996. Japan and the Asian Development Bank. Pacific Affairs 68 (4): 509-528.

Ministry of Trade and Industry. 1976. Trade Abroad. Issue No. 5. Kuala Lumpur: The International Trade Division, Ministry of Trade and Industry.

Miyohei Shinohara. 1974. Structural Changes in Japan’s Economic Development. Tokyo:

Kinokuniya.

Mizuo Kuroda, Some Basic Elements of Japan’s Foreign Policy dlm. Pacific Community 5,

1974, hlm. 380-391.

(44)

Mohd bin Samsuddin. 1995. Perhubungan Awal Malaysia-Jepun 1957-1967. Malaysia Dari Segi Sejarah 23: 66-89.

Morgan, J. 1970. Tunku Tackles Tokyo. Far Eastern Economic Review 13 Ogos.

Mustapa bin Mohamed. 1984. Bahagian II: “Administrative Guidance, The Japanese Case”.

Buletin INTAN 8 (1): 10-13.

Mustapa Mohamed. 1993. Kefahaman Ekonomi: Untuk Yang Memimpin dan Dipimpin. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.

Nihon Boeki Shinkokai. 1985. Japan’s Postwar Industrial Policy: Economic Programs in the Reconstruction and Expansion Periods. Tokyo: Japan External Trade Organization.

Nihon Ginko. 1966. Hundred-Year Statistics of the Japanese Economy. Tokyo: Statistics Department, Bank of Japan.

Normala Soulie Mohamad & Zahir Ismail (Terj.). 1993. Jepun dan Asia Timur. Kuala

Lumpur: Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.

Olson, L. 1970. Japan in Postwar Asia. London: Pall Mall Press.

Omar Haji Abd. Rahman. 1985/1986. Dasar Luar Malaysia: Satu Kajian Tentang Hubungan Ekonomi Dengan Negara-Negara China dan Jepun, 1979-1980. Tesis Sarjana Muda.

(45)

Ooi Loy Mui. 1997/1998. Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya

Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an. Tesis Sarjana Muda Sastera. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Panglaykim, J. 1983. Japanese Direct Investment in ASEAN: The Indonesian Experience. Singapore: Maruzen Asia Pte. Ltd.

Pape, Robert A. 1993. Why Japan Surrendered. International Security 18 (2): 154-201.

Pempel, T.J. 1987. The Unbundling of 'Japan Incorporated': The Changing Dynamics of

Japanese Policy Formation. Journal of Japanese Studies 13 (2): 271-306.

Qinghuang Yan. 2008. The Chinese in Southeast Asia and Beyond: Socioeconomic and Political Dimensions. Singapore: World Scientific Publishing.

Rajeswari, I. & Dorothy Teoh. 1983. Japanese worker loyalty a myth. The Star, 19 Ogos: 6.

Rohwer, J. 1995. Asia Rising. New York: Simon & Schuster.

Roszaima binti Rosdi. 2011. SejarahPerkembangan Kegiatan Pelaburan Jepun di Malaysia: Satu Penilaian. Tesis Sarjana Muda Sejarah. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Runkle, Scott F. 1974. An Introduction to Japanese History. Japan: International Society for

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulan terdapat hubungan antara riwayat anemia dan jarak kelahiran dengan kejadian perdarahan postpartum di RSUD.Dr.H.Abdul Moeloek Bandar Lampung Tahun

Pembelajaran adalah proses dan usaha yang dilakukan oleh guru atau pendidik untuk menyampaian materi kepada siswa melalui proses pengorganisasian materi, siswa dan

Hasil analisis menunjukkan bahwa ada hubungan antara tingkat pengetahuan tentang manajemen pemberian ASI Eksklusif dengan riwayat ASI Eksklusif responden yang memiliki

Berdasarkan Tabel 15, maka dapat dilihat bahwa faktor-faktor yang berhubungan dengan proses sosialisasi dalihan na tolu adalah etnis orang tua, keterlibatan orang tua dalam

Daya hasil klon KW 30 dan KW 48 lebih tinggi dibandingkan dengan kedua klon pembanding (GC 7 dan ICS 60) dan melebihi r ata-rata klon yang diuji, sedangkan klon KW 23, KW

Penggunaan insektisida pada tanaman menyebabkan penurunan produksi kapas berbiji yaitu galur mutan Kj 1 dan Kj 2 sehingga galur ini lebih tinggi produktivitasnya Kj 2

Setelah selesai mengajar baik guru kelas maupun guru pamong memberikan arahan dan saran terhadap kegiatan pembelajaran yang telah dilaksanakan sebagai bahan

Tinjauan Intrinsik Drama Bila Malam Bertambah Malam dan Edan karya Putu Wijaya. Penelitian ini dilakukan untuk meneliti pembaharuan yang dilakukan Putu Wijaya dalam menulis lakon