• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM docx"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK : SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

NAMA AHLI KUMPULAN :

NAMA PENSYARAH :

TARIKH DIHANTAR :

(2)

BIL PERKARA M/S

Isi Kandungan 2

1.

Penghargaan 3

2.

Pengenalan 4

3.

Pengertian Tajuk 5 - 11

4.

Objektif Pelaksanaan Syariah 12 - 14

5.

Skop Syariah 15

6.

Penutup 16

7.

Bibliografi 17

(3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu. Terlebih dahulu kami hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar iaitu Yang Berbahagia Encik Mohd Azis bin Jamman kerana sedikit-sebanyak telah merealisasikan impian kami untuk mencapai cita-cita kami dengan membenarkan kami menyambung pelajaran di Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar, Kedah ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Fairuz bin Jamaludin kerana telah memberi kami ilmu dan telah membantu kami dalam

membuat tugasan yang diberikan ini.

Juga tak lupa ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa kami kerana telah banyak memberi sokongan dan tak jemu memberi apa yang diperlukan bagi kami menyambung pelajaran kami di Kolej ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan pertolongan dari rakan-rakan sekumpulan kami sendiri iaitu Nuraqilah Syazwani Rosli, Saidah Assyiqin Indra dan Noriffah Atiqah Hassan serta rakan-rakan sekelas kami yang lain.

Tidak ketinggalan juga terima kasih kami ucapkan kepada sesiapa jua yang telah membantu kami sama ada secara lansung atau tidak lansung. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan.

(4)

Semua masyarakat manusia mempunyai peraturan hidup atau pun undang-undang masing-masing. Di dalam Islam, ia dinamakan syariah yang menguruskan peraturan hidup individu dan masyarakat. Syariah Islam ini berpaksikan kepada tauhid dan melibatkan system perundangan yang amat sistematik meliputi segala perlakuan dan interaksi amali manusia.

Peraturan ini mencakupi semua bidang kehidupan manusia seperti upacara keagamaan, moral, keluarga, sosial, ekonomi, kewarganegaraan, sistem kehakiman, undang-undang perang serta pendamaian dan hubungan antara bangsa-bangsa. Syariah Islam datang dengan begitu komprehensif sebagai satu bentuk pengawalan yang terancang meliputi pelbagai kaedah dan metodologi.

Para fukahah pada umumnya menghadapi kesulitan untuk memberi definisi kerana terdapat pelbagai pelbagai pandangan definisi syariah yang berbeza-beza.Keadaan ini amat menyukarkan umat Islam untuk memilih mana satu definisi syariah yang tepat. Oleh sebab itu, dalam perbahasan ini diberikan pendekatan dan pengertian yang sesuai dengan petunjuk-petunjuk syariah.

PENGERTIAN

(5)

Perkataan syariah asalnya merujuk kepada agama atau dinatau millahyang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai agama. Oleh itu, syariah adalah merupakan himpunan hukum dan kehendak Allah SWT yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah yang mempunyai elemen-elemen khusus iaitu :

i. Bersifat sangat murni dan tidak mengandungi apa-apa cacat cela (muqaddas ii. Cakupannya lengkap dan komprehensif (syumul)

iii. Kebenarannya bersifat mutlak dan tanpa syarat

iv. Kuat kuasanya bersifat alami iaitu universal, abadi dan kekal

Syariah dinamakan din kerana ia mesti dipatuhi manakala dinamakan millah

kerana ia dapat memenuhi segala keperluan manusia.

Dari segi bahasa syariah bermaksud sumber air yang sentiasa mengalir dan tidak putus yang menjadi tumpuan orang ramai bagi tujuan meminum airnya atau untuk tujuan-tujuannya yang lain. Daripada makna ini juga ia diperluaskan lagi bagi mengertikan jalan yang lurus. Simboliknya, air dan jalan yang llurus menjadi asa kepada keselamatan dan kesejahteraan manusia secara fizikal dan spiritual.

Dari segi sitilah pula, syariah bermaksud apa sahaja peraturan yang ditentukan oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, muamalat dan lain-lain aspek untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Secara muda, syariah dapat difahami sebagai keseluruhan ajaran agama Islam itu sendiri. Ia

bersumber terus dari Allah SWT berdasarkan firman-Nya dari Surah al-Nisa ayat 59 yang berbunyi ;

Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. “Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali (merujuk) kepada kitab Allah (al-Quran) dan al-Sunnah Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kiamat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”

(Surah al-Nisa’ : 59)

B) FIQH

(6)

sumber-sumber lain yang diiktiraf seperti ijmak, qiyas, urf, maslahah dan

sebagainya. Dengan kata lain, ia bukan sepenuhnya daripada Allah SWT kerana di dalamnya terdapat unsur kefahaman manusia. Kebenaran yang terdapat di

dalamnya tidak semestinya mutlak, komprehensif, universal dan abadi.

Oleh itu fiqh sentiasa berubah mengikut kehendak zaman dan keperluan masyarakat, tidak statik dan tidak beku. Seiring dengan perubahan masyarakat, wujudnya pelbagai fiqh yang merangkumi pelbagai persoalan seperti fiqh dalam bidang jenayah, fiqh dalam bidang penyelesaian jantina, fiqh muamalat, fiqh kepenggunaan, fiqh kekeluargaan dan sebagainya.

Dalam memahami sesuatu persoalan hukum, fiqh tidak akan terlepas daripada persoalan mazhab. Terdapat banyak mazhab yang muncul akibat daripada kefahaman yang pelbagai dalam sesuatu perkara antaranya ialah empat mazhab yang paling terkenal iaitu mazhab Syafi’I (yang diasaskan oleh Muhammad Idris bin al-Syafi’I), mazhab Hanafi (diasaskan oleh Abu Hanifah), mazhab Maliki (diasaskan oleh Malik bin Anas) dan mazhab Hanbali (diasaskan oleh Ahmad bin Hanbal).

Menurut Mahmood Zuhdi (1992), paling penting dalam mana-mana pendekatan yang diambil oleh sesiapa pun jua dalam menentukan hokum ke atas sesuatu perkara haruslah mengambil kira tiga kriteria berikut :

i. Rujukan khusus kepada sumber wahyu (al-Quran dan al-Sunnah) ii. Melihat kepada realiti keadaan semasa masyarakat

iii. Pendapat ulamak terdahulu sebagai rujukan

C) HUKUM

(7)

memperjelaskan lagi mengenai kedudukan ini, para ulamak telah membahagikan hokum kepada dua jenis iaitu :

i. Hukum-hukum yang begitu jelas sekali difahami terdapat daripada nas al-Quran dan al-Sunnah di mana unsur kefahaman manusia mengenainya amat sedikit atau tiada langsung. Sebagai contoh : hukum wajib solat atau haram melakukan zina yang tidak boleh diingkari walaupun sedikit.

ii. Hukum-hukum yang terhasil daripada ijtihad para ulamak. Kekuatan dalam hukum ini bergantung kepada kekuatan huja-hujah para mujtahid yang

mengaitkannya dengan syariah. Sebagai contoh : pengharaman yoga, jenayah siber dan sebagainya.

Terdapat tiga jenis hukum syariah iaitu :

i. HUKUM AKIDAH – hukum yang berhubung tentang agama iaitu beriman dengan Allah SWT, malaikat dan Rasul.

ii. HUKUM AKHLAK – peraturan untuk membimbing manusia supaya berpegang dan berkelakuan mulia serta menjauhkan sama sekali segala sifat keji dan tercela dan juga menyentuh tentang adab ketika hidup bermasyarakat.

iii. HUKUM AMALI – berkaitan dengan tindakan mukallaf yang berupa ucapan, perbuatan, akad dan lain-lain. Manakala hukum amaliah pula terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu :

 Ibadat : menghubungkan manusia dengan Allah. o Contohnya : bersuci, solat, nazar dan sumpah.

 Muamalat : merangkumi perkara seperti akad serta jenayah dan lain-lainnya yang berkaitan dengan hubungan manusia sesama manusia, sama ada secara individu atau bermasyarakat.

o Contohnya : talak, pengadilan, qazaf, dan lain-lain.

(8)

Undang-undang merupakan norma-norma hukum yang diperundangkan melalui badan-badan perundangan tertentu. Dalam sistem perundangan Islam, mahkamah atau majlis syura merupakan badan-badan perundangan yang telah memutuskan sesuatu hukum itu. Tanpa perundangan, sesuatu norma itu akan hanya merupakan hukum fiqh semata-mata.

Menurut pengertian umum, undang-undang merupakan suatu peraturan yang digubal oleh manusia menerusi perlembagaan untuk menetapkan peraturan terhadap umat manusia. Peraturan tersebut mengatur hubungan sesama manusia, masyarakat dan Negara.

Sebagai contoh, Allah SWT telah pun menetapkan undang-undang bagi kesalahan-kesalahan seperti zina, menuduh zina, minum arak, mencuri, merompak, murtad dan penderhaka.

Bagi zina, Allah SWT telah berfirman dalam ayat An-Nur yang berbunyi ;

Maksudnya ;

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera.”

(Surah An-Nur : 2)

Manakala firman Allah SWT bagi kesalahan menuduh zina pula ialah :

Maksudnya :

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baki berbuat zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka itulah orang-orang yang fasik.”

(Surah An-Nur : 4)

(9)

Maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, berkurban untuk berhala, dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung.”

(Surah Al-Ma’idah : 90)

Dalam kesalahan mencuri, Allah SWT berfirman :

Maksudnya :

“Adapun orang laki-laki mahupun perempuan yang mencuri, potonglah tangan

keduanya sebagai balasan atas perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai siksaan dari Allah.”

(Surah Al-Ma’idah : 38)

Dalam kesalahan merompak, Allah SWT berfirman :

Maksudnya :

(10)

(Surah Al-Ma’idah : 33)

Dalam kesalahan murtad, Allah SWT telah berfirman :

Maksudnya :

“Dan barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.”

(Surah Ali ‘Imran : 85)

E) NAS

Dalil syariah yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran atau hadis Rasulullah SAW

yang digunakan sebagai hujah dalam menentukan sesuatu hukum.

Contoh nas yang terdapat dalam Al-Quran mengenai derma :

(Surah Al-Baqarah : 261)

(11)

Masadir merupakan sumber-sumber yang merujuk kepada sumber-sumber syariah dalam mencari hukum yang terdiri daripada al-Quran, hadis, ijmak, qiyas dan lain-lain.

(12)

Firman Allah SWT :

Maksudnya :

“Wahai nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah SWT dengan sesuatu pun, mereka tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya dan tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka serta tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonlah kepada Allah SWT agar mengampuni dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Mumtahanah : 12)

(13)

a) Menjaga Agama

Agama merupakan asa keimanan setiap insan dan perlu dipelihara agar terjamin kemuliaannya. Firman Allah SWT :

Maksudnya :

“Sesiapa yang mengambil agama selain Islam tidak akan diterima, dan pada hari akhirat kelak tergolong dalam kalangan orang yang rugi.”

(Surah Ali ‘Imran : 85)

b) Menjaga Nyawa

 Memelihara kesucian dan kehormatan sebagai seorang manusia  Memelihara anggota dan tubuh badan dari disakiti atau dicerobohi

 Menjamin kebebasan individu dalam berfikir, memberi pendapat dan bermaustatin.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :

“Janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah amat kasihkan kamu.”

(Surah al-Nisa’ : 29)

c) Memelihara Akal

 Akal penentu kepada wujudnya tanggungjawab individu terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

 Akal dikira sebagai sebahagian daripadan anggota yang terpenting dan perlu dijaga.

 Akal yang sihat akan memberi manfaat kepada masyarakat dan Negara.

d) Memelihara Keturunan

(14)

persaudaraan yang disandarkan Islam kepada umatnya menjamin pembentukan keluarga, masyarakat dan negara yang kuat dan bersatu padu.

Hukum-hukum bagi menjaga maslahah keturunan manusia ialah :

i) Berkaitan perkahwinan : pemilihan pasangan, akad, hubungan kekeluargaan, penceraian dan sebagainya.

ii) Pengharaman zina, bersekedudukan, liwat, rogol, pendedahan aurat dan sebagainya.

e) Memelihara Harta

Islam menggalakkan pencarian harta dan rezeki dengan jalan dan cara yang betul.

Antara maslahah dalam pemilikan harta yang diharuskan oleh Islam ialah :

i. Menjadikan persetujuan antara kedua belah pihak sebagai asa jual beli dan muamalah.

ii. Mensyariatkan zakat, sedekah, wakaf, hutang dan lain-lain.

iii. Menggalakkan pelaburan positif dan meluaskan manfaat ekonomi.

iv. Mengharamkan pengambilan harta melalui penindasan, penipuan dan pencerobohan hak orang lain.

SKOP SYARIAH

(15)

a) Hubungan Manusia dengan Allah SWT

Hubungan manusia dengan Allah dan perkara ghaib yang lain termasuk dalam kategori ibadah khusus yang wajib dilaksanakan oleh seseorang muslim. Ibadah yang dilakukan itu ada nilai pahala atau dosa yang akan diberikan kepada pelakunya. Contohnya ialah :

 Solat lima waktu

 Puasa di bulan Ramadhan  Zakat

 Menunaikan haji di Makkah

Sekiranya seseorang itu tidak mampu melakukan ibada-ibadah tersebut maka saudara terdekatnya boleh membantu melakukannya dalam pelaksanaan ibadah puasa (dengan cara membayar kaffarah), zakat dan haji (melakukan upah haji).

b) Hubungan antara Manusia sesama Manusia

Melibatkan proses interaksi antara satu sama lain. Ia melibatkan pelaksanaan ibadah umum yang boleh dilakukan sama ada secara individu atau kolektif (berkumpulan). Hubungan tatacara manusia ini melibatkan pelbagai bidang dalam :

 Muamalah  Politik’dakwah  Kekeluargaan

 Perundangan dan sebagainya.

c) Hubungan Manusia dengan Alam

(16)

PENUTUP

Konklusinya, syariah merupakan hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk hamba-hambanya yang harus dipatuhi. Syariah Islam menjadi sebuah jalan yang diturunkan Allah SWT kepada semua umat manusia sebagai panduan dalam menenpuh kehidupan. Manusia memerlukan sebuah panduan yang lengkap kerana mereka merupakan makhluk yang serba kekurangan dan sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan.

Oleh itu, syariah diturunkan sebagai sebuah peraturan yang mengatur kehidupan manusia agar mereka memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak

(17)

BIBLIOGRAFI

1. Mohd Nasir Ayub & Wan Asma’ Wan Abu Bakar (2013), Islam Dalam Realiti Kehidupan, Kedah Darul Aman : Universiti Teknologi MARA

2. Abd Latif Muda (2003), Pengantar Syariah Dan Teori Fiqh, Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd

3. Paizah Hajij Ismail (2008), Undang-Undang Jenayah Islam, Selangor Darul Ehsan : Tradisi Ilmu Sdn Bhd

4. Mohd Liki Hamid (2003), Pengaijan Tamadun Islam (Edisi Kedua), Pts Publication & Distribution Sdn Bhd

5. http://caraislam.blogspot.com/2009/10/skop-dan-perlaksanaan-syariah-islam.html

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian merupakan tahap lanjutan yang didapat setelah proses perencanaan, perancangan selesai, dan menghasilkan sebuah animasi yang cukup baik. Adapun hasil

informasi dan komunikasi. Meningkatkan pengetahuan dan minat peserta didik pada teknologi, serta meningkatkan kemampuan berfikir ilmiah sekaligus persiapan

Kadar eosinofil darah tidak berbeda (P>0,10) baik antara tingkat infeksi maupun tingkat energi, namun lebih tinggi (P<0,01) pada domba lokal dibandingkan dengan

Berdasarkan validasi ahli materi, ahli media, hasil angket respon siswa dan guru media pembelajaran interaktif yang dikembangkan menggunakan software adobe flash materi

Tujuan penyusunan Renja BAPPEDA Kabupaten Kutai Timur Tahun 2016 adalah membentuk susunan rencana dan program pembangunan yang optimal serta berkesinambungan dalam waktu

Pengorganisasian tugas dan wewenang jabatan dalam Departemen Fisioterapi merupakan salah satu unit penunjang medis yang pelayananan kesehatannya ditujukan

Setiap tahun pada bulan April, USTR membuat daftar (list) negara yang masuk dalam pengawasan terhadap mitra dagangnya di seluruh dunia berkaitan dengan

Sampai akhir tahun 2005 telah dibangun plot konservasi eks-situ genetik cendana seluas 3,5 ha dengan materi genetik berasal dari 20 populasi dari sebaran alam yang ada di NTT