• Tidak ada hasil yang ditemukan

Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat:"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

UKUR KOMPAS

OBJEKTIF

Objektif am :

Mempelajari dan memahami tujuan, istilah, jenis

alat dan kaedah kerja ukur kompas

Objektif khusus :

Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya

dapat:

Menjelaskan tujuan dan keperluan menjalankan

ukur kompas.

Memberikan makna yang tepat bagi istilah-istilah di

dalam ukur kompas.

Membezakan jenis-jenis alat kerja yang digunakan

dalam ukur kompas.

(2)

4.1 Pengenalan

Dalam ukur kompas cerapan dan pangukuran ke atas garisan-garisan ukur

melibatkan bearing dan jarak. Bearing dalam ukur kompas bermaksud sudut yang dibuat oleh garisan ukur dengan satu meridian rujukan tertentu. Bearing garisan

dibaca dengan kompas prisma dan Jarak diukur dengan rantai ukur atau pita ukur.

Garisan-garisan ukur tidak membentuk rangka-rangka segitga sebagaimana ukur

rantai. Siri garisan-garisan ukur yang berterusan menbentuk satu litar yang disebut

sebagai trabas. Arah garisan-garesan ukur tersebut adaIah berpandukan satu rujukan

meridian magnet atau utara magnet. Titik-tilik di mana alat kornpas Prisma dipasangkan untuk mencerap bearing disebut sebagai hentian ukur.

4.1. Kompas Prisma

Kompas Pisma menggunakan Prinsip-prinsip sifat magnet. Dalam keadaan Mendatar

kompas ini boleh memberi bacaan arah garisan berpandukan maridian magnet atau

utara magnet. Sudut-sudut yang di baca dengan alat ini di sebut bearing. Kompas

prisma ini berbentuk kotak pelindung bulat bergarispusat 50mm hingga 80mm. Dalam

Kotak ini terkandung gegelang yang dilekatkan pada jarum magnet di atas pangsi

yang terletak di tengah-tengah tapak kompas. Di sisi belakang kotak ini dipasangkan

prisma untuk menenang atau menjajar sasaran yang hendak di baca bearingnya.

(3)

4.1.1 Komponen Kompas (sila rujuk rajah 1 dibawah)

4.1.1.1 Kotak Kompas

Kotak kompas berbentuk bulat dibuat dari logam bukan magnetic

dengan ukuran garispusat dari 5Omm - 80mm. Ditengah-tengah

tapak kotak ini dipasangkan pangsi untuk meletakkan gegelang.

4.1.1.2 Dial ( gegelang ) Kompas

Jarum kompas dibuat daripada besi magnet lebar dan dilekatkan pada gegelang kompas. Gegelang kompas ini disenggat dari 0 - 360 darjah dalarn arah jam. Sengatan bermula dari hujung Selatan jarum magnet . Senggatan darjah dibahagi kepada 2

bahagian bagi membolehkan bacaan kepada 30' terhampir.

Angka nilai bearing tulis terbalik.

4.1.1.3 Prisma

Prisma mempunyai sisi yang cembung untuk dijadikan sebuah

kanta dan untuk memperbesarkan senggatan di kad.Kompas

tanpa prisma adalah kurang jitu dan tidak digunakan dalam

pengukuran

4.1.1.4 Bilah Tenang.

Belahan uang membentuk bilah tenang membenarkan bacaan

kompas diambil melalui prisma pada masa yang sama ketika

melihat objek dengan bilah objek. Ia mengadungi satu dawai

melihat yang keliahatan dipanjangkan kebawah dan membentuk

satu penunjuk untuk membolehkan bearing kesatu objek

(4)

Rajah 4.1:Kompas Berprisma

Rajah 4.2 : Binaan Kompas Berprisma-pandangan sisi

(5)

4.1.2. Komponen Tambahan

4.1.2.1 Cermin

Cermin dipasang pada bilah tenang. la boleh di turun-naikkan untuk

menyesuaikan dengan sasaran yang terlalu tinggi atau rendah.

4.1.2.2 Tapis-tapis Cahaya

Terdapat 2 jenis tapis cahaya. Tapis berwarna merah adalah untuk

kegunaan malam hari manakala tapis berwarna biru/hitam untuk

kegunaan pada hari yang sangat cerah.

4.1.2.3 Pin Henti.

Pin hentii di pasang pada tapak bilah tenang. la hendaklah ditekan

dengan berhati-hati

bagi mernberrhentilkan hayunan gegelang.

4.1.2.4 Tuil Pengangkat

Tuil pengangkat dipasang pada bawah bilah tenang. Apabila bilah

tenang dilipat rapat kepada penutup kaca tuil akan tertekan dan

mengangkat jarum magnet dari pangsinya.

4.1.2.5 Penutup Kaca

Penutup kaca dipasang di bahagian atas kompas bagi malindungi

gegelang daripada debu.

4.1.2.6 Kakitiga Kompas

Digunakan untuk menupang alat Kompas yang lebih berat.

Tujuannya ialah supaya kompas yang digunakan ini terletak pada

paras yang bersesuaian diatas permukaan bumi bagi menyenangkan

cerapan bearing

(6)

4.2 Kompas Jurukur ( Surveyor Compass )

 Kompas Jurukur adalah sama dengan kompas prisma. Perbezaan nyata dengan kompas prisma adalah:

 Tiada prisma dan bacaan dibuat dengan mata kasar.

 Ternpat prisma dipasangkan bilah mata.

 Gegelang dilekatkan pada kotak kompas bukan pada jarum magnet.

 Jarum magnet terletak di atas pangsi dan bergerak babas.

 Hujung jarum menunjukkan nilai bearing di atas senggatan gegelang.

 Gegelang disenggatkan dalam 4 sukuan. Setiap sukuan di senggat diantara 0 hingga 90 .

 Angka-angka nilai bearing tidak terbalik.

 Tiada cermin dipasang pada bilah tenang.

4.3 Kegunaan dan Penggunaan Kompas

4.3.1 Kegunaan

Kompas Prisma sesuai digunahan dalam kerja-kerja pengukuran seperti berikut :

• ukuran pemetaan bagi kawasan yang kecil.

• ukuran kawasan di mana titik kawalan sukar dilihat seperti kawasan

hutan tebal.

• ukuran kawasan di mana ukur rantai sukar djalankan kerana rangka-rangka segitiga sukar dibentuk.

• ukur tinjauan yang perlu d jalankan dengan cepat.

• trabas kompas kasar di mana kejituan tinggi tidak diperlukan, dan

(7)

4.4 Pengawasan Semasa Menggunakan Kompas Prisma.

• Pastikan kompas yang dipasangsiap atas kakitiga berkeadaan mendatar.

• Jauhi atau elakkan gangguan magnet daripada peralatan logam magnet seperti

parang anak kunci binaan keluli seperti pagar, tiang elektrik dll.

• ApabiIa membawa kompas pastikan jarum magnet djangkat dari pangsinya dengan tuil pengangkat dan lipat bilah tenang supaya rapat dengan kaca

penutup.

• Elakkan kaca penutup daripada bergeser dengan apa-apa sekalipun untuk mengelakkan kesan statik eletrik terhadap jarum kompas.

4.5 Mencerap Dengan Kompas Prisma

• Pasang dan dirisiapkan kompas prisma di atas kakitiga pada hentian yang

dipilih.

Araskan kompas supaya dial (gegelang kompas) berada dalam keadaan

bebas.

• Halakan bilah tenang kearah sasaran (pancang jajar ) dan jajarkan rarambut

bilah tenang dengan sasaran.

• Baca bearing melalui prisma dengan membaca sentuhan rerambut pada

bacaan

gegelang.

• Jika gegelang tidak dalam keadaan tenang ( terhenti ) tekan pin dengan

berhati-hati untuk mempercepatkan ia berhenti.

(8)

4.6 Prinsip – Prinsip Asas

4.6.1 Istilah-istilah

Dalam ukur kompas istilah-istilah ini adalah penting.

4.6.1.1 Bearing

Bearing adalah sudut yang dibentuk oleh garisan ukur dengan

suatu meridian yang ditetapkan samada maridian magnet atau

meridian benar. Berdasarkan rajah di bawah OP adalah meridian

dan bearing titik A adalah sudut POA

4.6.1.2 Meridian benar

Meridian benar merupakan lingkaran besar yang melalui kutub-

kutub bumi.

Kutub utara bumi (utara benar)

(9)

4.6.1.3 Meridian Magnet

4.6.1.4 Sudut serong magnet.

Meridian magnet sentiasa berubah dan tidak selaras dengan

(10)

didalam kawasan bandar darpada kawasan desa.

4.6.1.6 Jenis-jenis Utara

Terdapat 3 jenis utara dalam ilmu ukur . Ketiga-tiga jenis utara ini

ditunjukkan diatas peta seperti Peta Topograafi bersama-sama

dengan nilai sudut serong magnet dan sudut serong grid. Ia

bertujuan bagi memudahkan membuat penukaran nilai-nilai

bearing.

Utara magnet merupakan hala yang ditunjukkan oleh

jarum kompas dalam keadaan bebas terapung.

iii) Utara Grid.

Utara grid adalah hala yang ditunjukkan oleh garisan

grid

pugak diatas peta.

Utara Grid Utara Benar

Utara magnet

12’

28”5’

Rajah 4.6 : ketiga-tiga jenis utara

(11)

4.6.1.7 Jenis-jenis bearing.

Seperti utara bearing juga terdapat beberapa jenis. Ia

bergantung kepada rujukan utara yang digunakan. Jenis-jenis

bearing ini adalah boleh saling tukar dengan adanya sudut

serong yang disediakan.

i) Bearing Benar.

Ia adalah bearing yang dibentuk oleh garisan ukur

dengan

Utara benar. Ia dibaca dalam arah jam dengan julat di antara 0 dan 360.

Contoh 1:

Diberikan sudut serong magnet 19 Barat dan bearing magnet untuk sesuatu garisan ukur bernilai 175 30’. Apakah bearing untuk garisan

ukur tersebut?

Jawapan:

Bearing benar untuk garisan ukur ini

= 175 30’ - 19

= 156 30’

Utara magnet

Utara benar (bumi)

19 17530’

15630’

O

A

(12)

ii) Bearing Magnet.

iv) Bearing Bulatan Penuh.

Bearing bulatan penuh adalah bearing yang dibaca

dalam arah jam dan dirujuk pada sesuatu meridian antara utara tertentu. Julat nilai bearing adalah antara 0 dan 360.

h) Bearing Sukuan.

Bearing sukuan adalah bearing yang dibuat oleh garisan

ukur dengan garis utara atau selatan. Setiap sukuan

merupakan satu suku bahagian bulatan penuh. Dalam sistem bearing sukuan julat nilai adalah diantara 0 dan 90. Setiap nilai bearing disebut mengikut kedudukan

Utara rujukan Utara rujukan

Barat Barat Timur

(13)

4.6.1.8 Bearing Hadapan dan Bearing Belakang.

Bearing hadapan dalam satu trabas ukur adalah bearing yang dibaca

kepada hentian hadapan dalam arah laluan trabas. Apabila kompas

menduduki hentian hadapan ini bacaan bearing arah hentian yang

diduduki sebelumnya disebut bearing belakang.

Utara magnet

Utara magnet

Utara magnet

Bearing hadapan AB 60

Bearing hadapan BC 100

Bearing Belakang AB 240

Bearing Belakang BC 280

A

B

C

Di mana :

Bearing hadapan AB = 60 Bearing belakang AB = 240 Bearing hadapan BC = 100 Bearing belakang BC = 280

(14)

Titik A adalah sebagai stesen permulaan bagi terabas kompas dan

arah bagi kerja mengukur menuju kearah titik B. Sudut yang

disertakan disntara utara magnet atau meridian magnet dan garisan

ukur AB dititik A dikenali sebagai bearing hadapan. Bearing Hadapan

ini boleh diperolehi melalui cerapan bearing (sudut) stesen A kearah

stesen B . Sudut yang terletak diantara utara magnet atau meridian

magnet dan garisan ukur AB distesen B dinamakan pula sebagai

bearing belakang AB. Bearing belakang ini ialah bearing yang dibuat

dari stesen hadapan (B) balik kestesen permulaan (A) atau

mana-manayang sebelumnya. Cerapan jenis ini, iaitu cerapan yang terdiri

daripada bearing hadapan dan bearing belakang, dinamakan sebagai

cerapan bearing salingan.

Contoh 2:

Katakan stesen permulaan ialah titik A dan stesen hadapan ialah titik

B, dan garisan yang menyambungkan titik A dan titik B merupakan

garisan terabas yang berarah A – B. (lihat rajah 4.10 ) . Bearing Hadapan AB iaitu sudut yang terkandung di antarautara magnet dengan garis pandangan AB ialah 50.

Bearing belakang AB, iaitu sudut yang berada di antara utara magnet dengan garis pandangan BA ialah 230.

Utara magnet

Utara magnet

A

B

(15)

Bearing – bearing salingan

Bearing Hadapan AB Bearing Belakang AB

Bearing Bulatan 50 230

Bearing Sukuan U 50 T S 50 B

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

HALAMAN BERIKUTNYA

Soalan 4.1

Jelaskan tiga jenis utara dalam ilmu ukur.

Soalan 4.2

(16)

Apakah yang dimaksudkan dengan bearing hadapan dan bearing belakang?

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat

menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 4

Jawapan 4.1

i) Utara Benar

Utara benar adalah hala kepada kutub utara bumi dari

sebarang titik di atas permukaan bumi. Ia merupakan

hala garisan bujur

( longitud ) yang ditunjukkan di atas peta.

Berapa banyak utara leee..

(17)

ii) Utara Magnet.

Utara magnet merupakan hala yang ditunjukkan oleh

jarum kompas dalam keadaan bebas terapung

.

iii) Utara Grid.

Utara grid adalah hala yang ditunjukkan oleh garisan

grid

pugak diatas peta.

Jawapan 4.2

Bearing hadapan dalam satu trabas ukur adalah bearing yang dibaca

kepada hentian hadapan dalam arah laluan trabas. Apabila kompas

menduduki hentian hadapan ini bacaan bearing arah hentian yang

diduduki sebelumnya disebut bearing belakang.

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua

soalan dalam penilaian kendiri.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

Soalan 4.1

Apakah perbezaan teknik memplot di antara ukur kompas dan ukur rantai?

Soalan 4.2

Barulah nampak ..

(18)

Jika arah bagi A dari B ialah 250 mengikut arah utara benar, apakah rahnya A dari B,

a) mengikut utara grid ? b) mengikut utara magnet ?

Dimana sudut serong magnet ialah 40’ Timur dan sudut serong grid ialah 35’

Barat.

SUDAH MENCUBA ?

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DIBAWAH

Jawapan 4.1

Jika dua garisan perlu diplotkan dalam kerja ukur rantai, garisan ketiga bagi

membentuk suatu segi tiga mesti diukur juga. Bagaimanapun, jika bearing dua

garisan tersebut diketahui . Ia boleh diplotkan dengan mengukur sudut yang

dibuatnya dengan satu arah rujukan, tanpa perlu membuat pengukuran lelurus

selanjutnya.

MAKLUMBALAS

PENILAIAN KENDIRI

UNIT 4

Utara apa tu..

Utara benar

Utara magnet Utara grid

40 35

(19)

Jawapan 4.2

a) Mengikut utara grid, arah bagi A dari B ialah: 250 + 35’ = 250 35’ (Rajah 9)

c) Mengikut utara magnet, arah bagi A dari B ialah : 250 - 40’ = 249 20’ (Rajah 10)

Utara benar

Utara magnet Utara grid

35’

250 35’

250

A

B

Utara benar

Utara magnet

249 20’

250

40’

A

B

Rajah 9

(20)

Tahniah sekiranya anda dapat menjawab

Referensi

Dokumen terkait

Lempeng yang dihasilkan lalu dianalisis respon daya patah, kemudian dioptimasi, optimasi dilakukan dengan memasukkan data hasil analisis daya patah dalam software

[r]

Peneliti melakukan pengolahan data dan analisis data dalam bentuk statistika dan di analisis, untuk mengetahui adanya peningkatan atau penurunan yang dihasilkan

Metode bunyi merupakan metode membaca yang digunakan atau diperuntukkan untuk pembaca pemula yang baru belajar membaca atau mengenal huruf dengan cara huruf dibaca di dalam

seseorang adalah adanya dukungan sosial ( social-support ) dari masyarakat sekitar. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa keluarga merupakan orang terdekat yang.

syariah, sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan oleh bank indonesia.. Menempatkan dananya dalam bentuk sertifikat bank indonesia

Data yang digunakan dalam penelitian ini adalah meliputi time schedule, jumlah pekerja rencana untuk setiap pekerjaan, jam kerja perhari untuk menyelesaikan pekerjaan

Penelitian ini bertujuan untuk mengidentifikasi senyawa metabolit sekunder serta mengetahui aktivitas antibakteri dari ekstrak daun jahe Balikpapan ( Etlingera