• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dasar Ekonomi Baru 1 teori

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dasar Ekonomi Baru 1 teori"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER APRIL2016 (JA161)

GMGA 1013

ASAS PENTADBIRAN AWAM

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

NAMA PELAJAR: RAMIZAN BIN GAMOK NO ID MATRIK : 242551

(2)

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN... 3

2.0 PENGENALAN... 4

2.1 SEJARAH/LATAR BELAKANG DASAR EKONOMI BARU...5

2.2 RASIONAL DASAR EKONOMI BARU DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN...9

2.3 ANALISIS KEJAYAAN DASAR EKONOMI BARU KEPADA NEGARA...11

2.4 APLIKASI TEORI YANG TELAH DIPELAJARI TERHADAP DASAR EKONOMI BARU13 2.5 KRITIKAN TERHADAP DASAR EKONOMI BARU...13

3.0 KESIMPULAN... 15

(3)

1.0 PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT sembah dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W keluarga dan para sahabat baginda. Permulaan kalam yang indah sebagai penghargaan kepada Allah SWT kerana telah memberikan anugerah yang terindah dalam kehidupan saya setiap hari dalam mencari ilmu pengetahuan. Tanpa keizinan dariNya tidak mungkin saya mampu berada di tahap ini.

Penghargaan ini juga saya aspirasikan khas kepada kedua ibu bapa saya kerana doa mereka yang membuatkan saya mendapat kekuatan untuk meneruskan langkah menyulusuri alam ilmuwan. Mereka tidak jemu memberi kata-kata semangat dan kekuatan supaya saya sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang diambil.

Tidak mungkin saya lupakan Pensyarah saya Prof Dr Abdul Rahman Bin Abdul Rahim yang sentiasa memberi motivasi dan inspirasi kepada kami saban hari agar sentiasa bersikap positif dan berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Dalam dunia yang serba canggih ini kita sebenarnya masih lagi memerlukan bimbingan dari insan yang bergelar Pendidik. Tanpa bimbingan daripada mereka saya tidak akan dapat melaksanakan tugasan individu ini dengan baik dan sempurna.

Selain itu, saya dedikasikan ucapan ini buat rakan seperjuangan yang memberikan maklumat dan pandangan dalam melahirkan cetusan idea-idea kreatif dan sokongan membina dalam menghasilkan tugasan ilmiah ini. Segala bantuan yang dihulurkan amatlah saya hargai dan mengucapkan ribuan terima kasih.

(4)
(5)

2.0 PENGENALAN

(6)
(7)

2.1 SEJARAH/LATAR BELAKANG DASAR EKONOMI BARU

[CITATION Off16 \l 1033 ] Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari Negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. [ CITATION Uni16 \l 1033 ] Dasar pembangunan Malaysia sebelum 1970, disasarkan untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepat dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, aspek pengagihan kurang diberikan penekanan. Ini menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik yang memberi kesan negatif dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. [ CITATION Off16 \l 1033 ]. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. [ CITATION wik161 \l 1033 ] Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan Negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

(8)

tanpa mengira kaum. Selain itu, penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

DAP dan Dasar Ekonomi Baru merupakan pandangan dan perspektif parti DAP terhadap Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan dari 1970-1990. [ CITATION wik16 \l 1033 ] Sungguhpun Dasar Ekonomi Baru 20 tahun telah berlalu dan pencapaiannya ternyata gagal mencapai matlamat Bumiputera 30 % dalam bidang ekonomi, tetapi semangatya masih diteruskan scara tidak rasmi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

(9)

India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.

Selain daripada itu, semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

(10)

mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perpaduan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perpaduan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

(11)

2.2 RASIONAL DASAR EKONOMI BARU DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. [ CITATION Off16 \l 1033 ] Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar Kemiskinan mengikut kaum seperti Rajah 1 adalah seperti berikut:

KAUM Kadar Kemiskinan (%) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM)

Melayu 64.8 172.00 hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:

Pemilikan Jumlah Pemilikan (RM juta) %

(12)

Merujuk Rajah 3, dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:

Sektor Melayu Cina India Lain-lain

1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0

2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7

3.Perniagaan/ Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan Kemudahan Awam.

42.6 45.5 10.7 1.2

Rajah 3: Pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum.

(13)

2.3 ANALISIS KEJAYAAN DASAR EKONOMI BARU KEPADA NEGARA

2.3.1 Membasmi kemiskinan

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan Negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

a. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur b. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan

c. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor lebih lumayan.

d. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah

e. Memodenkan kehidupan di luarbandar

f. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera

g. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. h. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

(14)

2.3.2 Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham atau ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini. Penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, manakala bukan Bumiputera adalah 40% dan bagi pelabur-pelabur luar negeri adalah 30%.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun dan berjaya dilaksanakan:

a. Meninggilam daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.

b. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum

c. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalm stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi

d. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional

(15)

2.4 APLIKASI TEORI YANG TELAH DIPELAJARI TERHADAP DASAR EKONOMI BARU

Salah satu aspek penting DEB adalah berteraskan premis ekonomi yang berkembang pesat. Pertumbuhan ekonomi adalah satu keperluan bagi menyediakan peluang kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta dalam aktiviti ekonomi. Aspek ini juga memastikan bahawa pengagihan tidak diperuntukkan dari kekayaan sedia ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Pelaksanaan strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara menjelang 1990. Kadar kemiskinan berkurangan dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan seterusnya kepada 1.7 peratus pada 2012. [ CITATION Uni16 \l 1033 ]

(16)

2.5 KRITIKAN TERHADAP DASAR EKONOMI BARU

[ CITATION Sai14 \l 1033 ] Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti “perbezaan etnik” dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama”.

Menurut keratan akhbar [ CITATION Onl15 \l 1033 ] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur. Beliau berpendapat bahawa bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri seperti berkeyakinan untuk bersaing dan untuk berjaya di peringkat global dan domestik. Tambahan lagi, beliau dan organisasi korporat lain ingin membina Negara Malaysia yang lebih kukuh, yang mempunyai harapan rakyatnya yang lebih tinggi untuk menjadi masyarakat yang lebih progresif, matang dan canggih. Kini masyarakat menjadi semakin canggih dan prihatin terhadap kebebasan sivil, tentang kematangan demokrasi.

(17)

3.0 KESIMPULAN

(18)

4.0 RUJUKAN

Apa itu DEB Dasar Ekonomi Baru . (n.d.). Retrieved Jun 12, 2016, from

http://www.sistemguruonline.my/2014/11/apa-itu-deb-dasar-ekonomi-baru.html

K.Ratnam. (1998). Perkembangan Ekonomi dan Sosial Dalam Sejarah Malaysia. Selangor: Pustaka Sarjana.

Nordin, S. (2014, September 13). Pengajian Malaysia. Retrieved Julai 9, 2016, from Bab 13: Dasar Ekonomi:

http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.my/2014/09/bab-13-dasar-ekonomi.html

Nordin, S. (2014, Sept 19). Pengajian Malaysia. Retrieved Jun 10, 2016, from Bab 13: Dasar Ekonomi: http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.my/2014/09/bab-13-dasar-ekonomi.html

Office of the Prime Minister Purajaya, Malaysia. (n.d.). Retrieved Julai 10, 2016, from

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf

Unit Perancang Ekonomi. (2016). Retrieved Jun 2016, 10, from http://www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru?

p_p_id=56_INSTANCE_Ia0Q&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=vie w&p_p_col_id=column-4&p_p_col_count=1&page=1

Utusan. (2015). Unsur DEB dihapus beransur. Kuala Lumpur.

wikipedia. (n.d.). ensiklopedia bebas. Retrieved Jun 10, 2016, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

Referensi

Dokumen terkait

Sebagaimana telah disebutkan di atas IAIN Imam Bonjol telah lahir dan diresmikan pada hari selasa tanggal 29 November 1966 di Padang. Dan ketika diresmikan itu, ia telah

Ada beberapa bentuk publikasi ilmiah, di antaranya ialah yang diterbitkan dalam bentuk jurnal ilmiah yang saat ini hampir setiap perguruan tinggi di Indonesia telah

Adanya norma injungtif sebagai tanda perilaku yang seharusnya dilakukan membuat jumlah langkah kaki pada kelompok yang mendapatkan umpan balik gabungan norma tersebut

Dalam tahapan pemodelan ini akan menggunakan teknik metode data mining dengan metode association rule dengan cara menemukan aturan asosiatif atau pola kombinasi merek baju

bagaimana seseorang menghabiskan waktu dan uangnya dalam hal ini dapat dilihat dari aktivitas guru dalam kegiatan sehari – hari dari penampilan, pemakaian aksesoris, fasilitas

Berdasarkan tabel IV.9 diatas, hubungan antara persepsi kegunaan (PU) dengan sikap menggunakan multi use taster III (ATU) adalah signifikan yaitu sebesar 0,214

Puji dan syukur kepada Tuhan yang Maha Esa atas segala berkat rahmat-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Tugas Akhir dan dapat menyusun laporan Tugas Akhir