• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bandingkan sumbangan Legalisme dan Confu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bandingkan sumbangan Legalisme dan Confu"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Bandingkan sumbangan Legalisme dan Confusianisme dalam pembentukan sistem politik tamadun China.

Pengenalan :

Latar Belakang kelahiran aliran Confusianisme dan Legalisme :

1. Kedua-dua falsafah ini lahir pada akhir zaman Dinasti Chou Timur. (770-221S.M). Kemunculan aliran falsafah ini disebabkan oleh perubahan politik dan krisis sosial yang memuncak ekoran percubaaan wilayah-wilayah kecil membebaskan diri daripada kerajaan Chou. Kegawatan ini menyebabkan munculnya ramai golongan intelek dan pemikir yang mahu membawa pemulihan berdasarkan prinsip moral atau politik yang telah melahirkan lebih seratus aliran falsafah antaranya aliran Confusianisme dan Legalisme

2. Falsafah Confusianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze yang berasal daripada golongan bangsawan. Karya –karya yang mengandungi ajaran ini dikenali sebagai Chiang atau klasik. Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confusius ialah Books of Odes, Books of History, Books of Changes, Books of Rites, dan Spring and Autumn Annals.

3. Dalam falsafah legalisme terdapat beberapa tokoh-tokoh legalis antaranya ialah Shang Yang yang menghasilkan karya berjudul ”Book Of Lord Shang ” dan Han Fei dengan karyanya Han Fei Tzu.

Isi :

Ciri-ciri utama aliran legalisme dan aliran Confusianisme : Doktrin :

1. Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat. Menurut Han Fei penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat perlu untuk mengawal manusia yang bertindak liar sekaligus melahirkan keamanan dan kesejahteran rakyat. 2. Manakala aliran Confusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat yang berpandukan

etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Falsafah ini memberi keutamaan kepada manusia dan kehidupan sosialnya. Oleh itu fafsafah ini

mengabaikan aspek-aspek yang bersifat kerohanian dan kehidupan selepas mati. Ia

menganjurkan supaya manusia belajar mengatur diri mereka dengan baik melalui prinsip moral 3. Kedua-duanya menyumbang kepada proses penyatuan politik China

Konsep Pemusatan Kuasa :

1. Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorakpemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu masyarakat yang ideal akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai contoh Maharaja Shih Hung Ti daripada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah

(2)

2. Manakala dalam aliran Confusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu moral dan etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah. Sekiranya nilai-nilai ini dapat dipupuk pemerintah akan beroleh sokongan rakyat sebagai balasan kepada kebaikan pemerintahannya. Dengan itu aliran ini menganjurkan pembentukan negara mesti bercorakpaternalistik . Menurut Confucius pemerintah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat. Manakala institusi keluarga pula merupakan model terbaik untuk diikuti.

3. Kedua-dua pemikiran ini menyumbang kepada sistem politik China. Matlamat Untuk Negara Dalam Pendekatan yang Berbeza :

1. Dalam aliran Confusianisme kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci dalam segala kejayaan dalam bidang ekonomi, soisal dan politik.

2. Dalam aliran legalisme segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara dan bukan individu. Semua lapisan rakyat mesti berkidmat untuk kepentingan pemerintah dan negara.

3. Pembentukan sistem politik negara China, menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama.

Kegemilangan Sejarah Lampau :

1. Dalam aliran legalisme mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepat. Menurut mereka setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza berdasarkan keadaan dan situasi semasa.

2. Manakala dalam aliran Confusianisme pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduanberguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, dikalangan ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain. Kestabilan ini akan wujud apabila setiap orang mengetahui peranan dan kedudukan masing-masing.

3. Perbezaan pandangan antara kedua ideologi di atas, perbezan doktrin tersebut telah menyumbang kepada sistem politik China.

Memupuk Kesetiaan Kepada Raja :

1. Falsafah Legalisme mengambil pendekatan undang-undang memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja.

2. Confucianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja.

3. Kedua-dua menyumbang kepada sistem politik China sehingga rakyat memberikan kesetiaan kepada raja

Mengekalkan Displin Rakyat :

(3)

2. Confucianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana seperti yang dilakukan oleh Dinasti Han.

3. Kedua-dua pendekatan ini digunakan oleh pemerintah China terkemudian bagi mengekalkan disiplin rakyat.

Kesimpulan :

Kedua-dua aliran ini berbeza kerana fokus yang berlainan. Aliran Confusianisme menekankan etika dan nilai murni kemanusiaan manakala dalam aliran legalisme kejayaan matlamat negara mesti berteraskan hukuman yang keras dan berat.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan formal dalam Tamadun Awal manusia

Dicatat oleh Khairul Azmi on Ahad, 25 Disember 2011

Pengenalan :

Pendidikan formal boleh ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh sesuatu kerajaan untuk membentuk suatu masyarakat atau negara mengikut dasar perancangan yang berkaitan rapat dengan matlamat-matlamat kerajaan, sistem pemerintahan sama ada monarki, republik atau demokrasi, pengaruh agama dan pentadbiran negara. Dalam tamadun awal manusia, matlamat-matlamat adalah berlainan dan berubah-ubah dari zaman ke zaman. Pada keseluruhannya, sesuatu negara selalunya, mendakwa kerajaan berhak mengawal takdir rakyat negara itu melalui organisasi institusi pendidikan, kaedah pengajaran dan bentuk kurikulum untuk mencapai tujuan dan keperluan negara. Pendidikan formal dianggap sebagai alat untuk membentuk disiplin, organisasi dan susunan sosial dan arah kesetiaan rakyat terhadap negara. Pendidikan formal juga dijadikan teras perdebatan di kalangan ahli falsafah dan pendidik. Antaranya termasuklah Plato yang memberatkan pendidikan formal untuk menghasilkan segulungan pemerintah yang bijak (philosopher-kings), Quintilian yang menegaskan aspek utilitarian dalam pendidikan Rom dan Ignatius Loyola yang mengatakan bahawa pendidikan formal adalah semata-mata memupuk semangat kecintaan kepada tuhan.

Isi penting

(4)

Agama merupakan faktor dominan dalam tamadun awal Mesopatamia dan India. Agama menguasai kesemua kegiatan sosial manusia, sistem pemerintahan, ekonomi, seni dan kesusasteraan. Dalam tamadun Mesopotamia, institusi pendidikan formal adalah diwujudkan oleh golongan paderi yang biasanya menjadi para pendidik. Mereka juga menetapkan kurikulum yang membayangkan kepentingan upacara agama dan rumah berhala. Di India, pada zaman Vedic, Maurya dan Gupta, pendidikan formal adalah dikendalikan oleh golongan berkasta tinggi iaitu Brahman yang mengajar kitab suci Vedas dan doktrin-doktrin agama Brahmanisme.

Pemerintah

Tamadun China dan Dinasti Han juga menyaksikan Maharaja Han Wu Ti mendirikan sebuah akademia dengan tujuannya berfokus kepada kajian dan penilaian karya-karya falsafah Confucius. Di bawah naungan Han Wu Ti fahaman Confucius telah mulai menjadi ideologi rasmi negara China. Sehingga kurun ke-20 TM.

Ideologi dan Pengukuhan Kerajaan

Pendidikan formal sering kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan kerajaan. Matlamatnya kerajaan ialah memperkukuhkan asas kerajaan yang memerintah. Maka, boleh dikatakan bahawa pendidikan formal itu merupakan suatu proses sosialisasi untuk membina pemikiran rakyat, khususnya, para

pegawai birokrat supaya mereka memberi sokongan kepada kerajaan. Jadi, kurikulum pendidikan formal biasanya dirancang mengikut kehendak ideologi kerajaan. Ideologi sebagai alat propaganda adalah jelas dalam pendidikan China yang berasaskan ajaran Confucius. Ajaran Confucius dianggap sesuai bagi tujuan memupuk kesetiaan rakyat dan para pegawai oleh sebab Confucianisme memberatkan keharmonian sosial dan ketaatsetiaan kepada keluarga, maharaja dan negara. Dengan objektif itu, pemerintah-pemerintah China sejak Dinasti Han telah menjadikan ajaran Confucius sebagai teras, sistem pendidikan formal di peringkat daerah, wilayah dan ibu kota. Di peringkat ibu kota dan wilayah, terutamanya kerajaan China telah menjalankan sistem peperiksaan imperial dengan tujuan menghasilkan segolongan cerdik pandai yang boleh menjadi pegawai-pegawai birokrat di ibu kota dan wilayah. Akhirnya, boleh dikatakan bahawa fahaman Confucius merupakan suatu teras perpaduan masyarakat dan negara China.

Pemupukan Kewarganegaraan dan Tanggungjawab Sivik

(5)

pemerintahan Pericles pada kurun ke-5 SM pendidikan formal Athens adalah bertujuan mengeratkan hubungan rakyat Athens dengan Acropolis (pusat kerajaan), membolehkan perkembangan keperibadian seseorang individu supaya ia lebih berperanan kepada negara serta bersedia meningkatkan

kecemerlangan Athens dalam alam Yunani. Soal tanggungjawab sivik juga dibuktikan dalam Empayar Rom yang akibat penaklukan yang meluas terdiri daripada pelbagai bangsa. Maka, pendidikan formal adalah dirancang dengan tujuan memupuk nilai-nilai murni sepertivirtus (kelakuan baik) dan pictus (obligasi sosial) untuk mengekalkan empayar dan meningkatkan semangat patriotisme.

Keselamatan dan Ketahanan

Dalam alam Yunani, Sparta memberi contoh yang begitu jelas tentang hal pertahanan. Mengikut Lycurgus, pengasas undang-undang pada kurun ke-9 SM, manusia dilahirkan untuk kepentingan negeri, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Di Sparta, tujuan pemerintahan adalah menguatkan kerajaannya untuk mengawal rapat orang tawanan yang dikenali Helots. Golongan Helots amat besar jumlahnya jika dibandingkan dengan rakyat Sparta. Orang Sparta berasa bimbang bahawa Helots mengancam mereka dan akan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikan Sparta adalah bercorak ketenteraan yang setiap kanak Sparta dikenakan latihan tentera serta dikenakan disiplin yang ketat. Sistem pendidikan memang bertujuan melahirkan sifat ketenteraan dan disiplin yang kuat untuk mempertahankan mereka daripada serangan Helots. Adalah jelas dalam sistem ini, unsur pemikiran bebas terbendung dan sifat

keperibadian individu terpendam.

Kelahiran tokoh-tokoh ilmuan, kelahiran golongan sophist seperti protagoras, dah ahli falsafah yang seperti Socrates, Plato dan Aristotale.

Kelahiran tokoh-tokoh yang menolak agama sebagai asas pemikiran. Bahawa ilmuan di Rom dan Yunani mula mengubah pemikiran mereka dari God Centred kepada cosmos ( alam sekeliling ) dan humanisme.

Kesimpulan

Dari perbincangan tersebut, dapat dijelaskan bahawa pendidikan formal dalam tamadun dapat berkembang, bukan sahaja kerana faktor-faktor yang bertujuan pendidikan, tetapi juga kerana faktor kepentingan politik pemerintah

- See more at: http://lineclearbah.blogspot.com/2011/12/huraikan-faktor-faktor-yang.html#sthash.t4mzoMnc.dpuf

(6)

Pengenalan

Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai kepercayaan kepada agama. Menurut kamus, agama bermaksud "segenap kepercayaan kepada tuhan atau dewa-dewi serta dengan kewajipan-kewajipan yang bertalian dengan kepercayaan itu". Agama mempunyai kaitan yang rapat dengan ajaran. Dengan kepercayaan kepada agama, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama mereka. Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri, keamanan serta kebaikan.

Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan dan agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya seperti Confucianisme dan Taoisme yang kami akan bincangkan nanti.

Agama dan ajaran penting kepada manusia kerana ia mengatur tatacara kehidupan di dunia. Ia mengaturkan kewajipan kita sesama manusia dalam kehidupan masyarakat.

Confucianisme Kehidupan Confucius

Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan. Confucius dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Ketika berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itu beliau dijaga oleh ibunya. Sewaktu Confucius masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina.

Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi,

pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya. Akhirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya.

Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru, beliau menjadi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10 tahun sebelum kembali ke Lu pada tahun 484 SM. Pada masa itu, Confucius telah merantau dan menyebarkan

(7)

Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.

Ajaran Confucius

Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History (Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching).

Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia Cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.

Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

(8)

harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan

mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga memetingkan

penyembahan kepada nenek moyang.

Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.

Sebagai satu kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.

Taoisme

Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme.

Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.

(9)

menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undnag dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan penduduk di luar bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme.

Penganut-penganut Taoisme memandang hina tehadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Manusia tidak boleh mangubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze

"tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi." Ajaran Tao hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan.

Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira.

Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli.

Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.

Kesimpulan

Agama muncul daripada kepercayaan primitif iaitu kepercayaan dalam bentuk animisme. Dengan perkembangan dalam tahap intelektualisme, manusia mula menggantikan perasaan ketakutan kepada kebaikan. Tuhan mula disembah kerana takutannya tetapi untuk menunjukkan kepatuhan, kasih dan ketaatan.

(10)

hanya mendapat sambutan daripada kalangan penduduk di kawasan terpencil. Akhir kata, sifat ajaran Confucianisme adalah bertentangan dengan sifat ajaran Taoisme.

Referensi

Dokumen terkait

4 Kendaraan dengan sistem smart entry & start: Untuk mematikan mesin, tekan dan tahan engine switch selama lebih dari 2 detik atau lebih berturut-turut, atau menekannya 3

Dengan demikian hal yang harus dilakukan adalah merancang suatu master plan pemetaan sebaran menara telekomunikasi seluler berbasis Sistem Informasi Geografis

Oleh karena itu, penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara pemasangan pesarium pada prolaps organ panggul dengan kejadian kandidiasis vulvovaginalis.. Metode

Puji syukur Alhamdulillah penulis panjatkan kehadiran Allah yang telah memberikan ijin, kemudahan dan karunia yang tiada ternilai sehingga penulis dapat menyelesaikan

Rekan-rekan asisten konsultan Pusat Layanan Psikologi Unika Widya Mandala Surabaya (Alethea, Glorry, Lambang, Putri Makmur, Evelyn) yang telah menjadi teman

 Perisaian interferensi elektromagnetik adalah proses mencegah induksi radiasi elektromagnetik, yang merupakan emisi rangkaian listrik yang dibawa dengan

Saya, Aulia Nur Asri yang bertanda tangan di bawah ini menyatakan bahwa skripsi dengan judul PRAKTIK MANAJEMEN SUMBER DAYA MANUSIA BERDASARKAN NILAI-NILAI ISLAM (Studi

Pada spesimen quenching 910 o C dengan nilai ketangguhan dengan nilai rata-rata sebesar 0,142 J/mm 2 didapatkan fasa martensit dengan kekerasan yang tinggi disebabkan