• Tidak ada hasil yang ditemukan

KURSUS YANG DITAWARKAN Kursus kursus yan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KURSUS YANG DITAWARKAN Kursus kursus yan"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus-kursus yang dilaksanakan oleh pusat ini berdasarkan kepada modul-modul kursus yang berikut: Modul I: Pengurusan Masjid

 • Kursus Pengurusan Jenazah

 • Kursus Pengurusan Pentadbiran Masjid  • Kursus Pengurusan Kewangan Masjid  • Kursus Profesionalisme Imam  • Kursus Penyampaian Khutbah Modul II: Pengurusan Hal Ehwal Pejabat

 • Kursus Fail dan Rekod

 • Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

 • Kursus Pengurusan Surat Rasmi Dan Memo Berkualit Modul III: Pengurusan Organisasi Islam

 • Kursus Kepimpinan Islam  • Pengurusan Ibadah Pesakit

 • Kursus Pengacara Majlis Rasmi Dalam Bahasa Arab

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN MASJID

Submitted by projakim on Disember 8, 2006 - 1:32pm

Tarikh: Jun 25, 2007

TARIKH:

5 - 8 Februari 2007<?xml:namespace prefix = o ns =

"urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

JANGKA MASA KURSUS:

4 hari

OBJEKTIF

* Memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kaedah dan tatacara pengurusan kewangan

secara sistematik

* Memberi kemahiran kepada peserta tentang tentang kaedah dan atatcara pengurusan

kewangan

* Mempunyai sikap positif dan integriti yang tinggi dalam pengurusan kewangan masjid

KANDUNGAN

* Prinsip dan amalan pengurusan harta masjid

* Pengurusan harta dan kewangan masjid

* Penyediaan laporan kewangan masjid

* Penyediaan belanjawan tahunan

(2)

* Menjana sumber kewangan masjid

* LDK

KUMPULAN SASAR

* AJK masjid negeri dan daerah

* Pegawai masjid negeri dan daerah

* Imam masjid negeri dan daerah

GRED JAWATAN:

S41, S32, S27, S22, S17 dan S11

PENYELARAS:

Yaakob bin Abdul Rahim

Tel: 03-89218411

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kemahiran Interpersonal Dan Komunikasi Berkesan, Kemahiran Kaunseling, Pengurusan Organisasi Efektif, Pengurusan Perubahan dan

Pengurusan Pentadbiran Pejabat.

PENGURUSAN

 Mengendalikan urusan surat­menyurat dan Sistem Pengurusan Fail dan Rekod.

 Menguruskan kenderaan jabatan dan pemandu.

 Menyelaras program tahunan serta laporan aktiviti Unit Pentadbiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Mengatur mesyuarat/perjumpaan pengurusan dan penyelenggaraan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Mengawal selia kunci Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.  .

 Mengatur tempahan jamuan bagi lawatan/mesyuarat/aktiviti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Mengurus dan menyelaras tempahan/sewaan kemudahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Mengurus dan memantau Syarikat Penyelenggaraan,Kebersihan,Keselamatan,Serangga dan M&E di   Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin .

 Menguruskan cucian jubah pelawat, jubah Imam dan Bilal, kain pelekat, sejadah dan alas meja.

 Mengurus dan menyelenggara aset, premis, inventori dan harta modal Masjid Tuanku Mizan Zainal  Abidin.

 Menyelia dan mengawal bekalan peralatan pejabat.

 Mengurus Pembelian Inventori Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Mengurus Tugas Perolehan Keperluan Pejabat.

 Mengurus cuti pegawai dan kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin berdasarkan Perintah Am  Bab C.

 Menyelaras penyertaan pegawai dan kakitangan untuk menjalani kursus/latihan/bengkel.

(3)

 Memantau serta menyediakan laporan Kad Perakam Waktu pegawai dan kakitangan Masjid Tuanku  Mizan Zainal Abidin.

KEWANGAN

 Merekod dan mengawal selia perbelanjaan di dalam Buku Vot Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Menyemak Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Elaun Perjalanan pegawai dan kakitangan Masjid  Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Menyediakan baucer Tuntutan Elaun Perjalanan dan Tuntutan Elaun Lebih Masa pegawai dan  kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Menyelia bayaran saguhati penceramah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Mengurus terimaan/hasil kerajaan.

 Menguruskan pembukaan dan pengiraan duit tabung Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Menyelaras laporan kewangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. untuk dihantar ke JAKIM.

 Memohon peruntukan tambahan.

 Memohon pindah peruntukan.

 Mengawal dan memantau Peruntukan Mengurus.

 Memberi khidmat nasihat kepada unit­unit di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin berkaitan perbelanjaan  yang dikeluarkan.

 Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Menyelaras dan melaksanakan e­Perolehan.

 Melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

MODEL PENGURUSAN MASJID CEMERLANG

Filed under: Berita Baru — Leave a comment

(4)

1 Votes

MODEL PENGURUSAN MASJID CEMERLANG

Oleh :

Tuan Haji Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan

1. MUQADIMAH

Masjid adalah sebuah institusi masyarakat yang sangat penting dalam Islam. Ia merupakan pusat untuk kepimpinan Islam merancang, melaksana dan menggembeleng kesemua tenaga umat Islam setempat supaya berpatisipasi dan berprestasi untuk memajukan umat Islam bagaimana pengurusan dan pentadbiran masjid sepatutnya beroperasi agar peranan institusi masjid akan tercapai.

2. KONSEP MASJID DAN PERANANNYA

Usaha membina masjid adalah tindakan awalan dan utama yang diambil oleh Nabi (s.a.w.) dalam membangun tamadun masyarakat pertama Islam di Madinah. Di tempat untanya berhenti dalam perjalanan hijrah yang jauh dari Makkah ke Madinah iaitu di perkarangan rumah Sahl dan Suh’ayl, tanah mereka dibeli dan masjid pertama dibina.

Bagi Islam masjid adalah rumah Allah tempat umat Islam beribadat, khususnya bersolat jemaah harian dan bersolat Juma’at pada setiap minggu. Di samping itu masjid hendaklah turut diguna untuk umat Islam bertemu dalam menganjurkan segala urusan kehidupan

bermasyarakat dalam sesebuah tempat.

Pemahaman Islam terhadap konsep ibadah adalah luas. Ia termasuk segala urusan kehidupan bermasyarakat. Islam menganjur kepada kesepaduan di antara segala urusan kehidupan dengan ajaran agama. MengIslamkan segala urusan duniawi adalah tuntutan kepada umat Islam.

Allah berfirman dengan maksud, “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat

dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”.

(5)

Justeru, adalah tepat jika umat Islam pada masa kini menghidupkan peranan masjid agar relevan dengan segala urusan kemasyarakatan kerana bagi Islam kesemuanya menjadi ibadah jika ia dirancang dan dilaksana mengikut tuntutan agama. Sebagai contoh, cadangan berikut boleh disyorkan semoga masjid dijadikan tempat kesedaran dan peningkatan kekuatan ekonomi ummah.

Antara cadangan tersebut adalah berikut:

i. Memberi kesedaran tentang kepentingan umat Islam berusaha meningkat kekuatan ekonomi

melalui pendekatan Islam dalam program ilmiah di masjid.

ii. Menganjur kursus-kursus perniagaan yang berwibawa mengikut pendekatan Islam di masjid. Dengan usaha ini ramai ahli peniaga dapat didekatkan kepada masjid. iii. Membina masjid di kawasan pusat perniagaan negeri dan negara. Oleh itu bangunan masjid perlu juga dibangun di pusat kegiatan ekonomi. Ini sekali gus meyakinkan bahawa Islam tidak menganjurkan pemisahan ibadah khusus dengan melaksana hidup harian yang mesti disandarkan kepada Islam.

Allah berfirman dengan maksud, “Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”.

(Al-Jumaah: 10)

iv. Menyedia kemudahan perkhidmatan perbankan, insuran danperkhidmatan penting berhampiran dan jika mampu dalam perkarangan masjid. Usaha ini akan mendekatkan

institusi kewangan ekonomi kepada masjid.

v. Menyedia dan menjual keperluan asas masyarakat setempat di perkarangan masjid. Usaha ini mampu menarik ahli masyarakat mendekati masjid. Untuk memboleh institusi masjid berperanan seperti yang di atas kemantapan pengurusan dan pentadbiran masjid perlu dipertingkat dan dikemaskini.

3. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID DENGAN BERKESAN

Pengurusan dan pentadbiran adalah satu proses yang dirancang dengan mengatur segala kegiatan bagi mencapai matlamat tertentu sesebuah organisasi. Dalam konteks perbincangan kertas ini ia menjurus kepada bagaimana kepimpinan dan warga petugas sesebuah masjid menyedia kemudahan dan mengatur aktiviti masjid semoga peranan institusi masjid seperti yang dibincang dalam Bahagian 2 dapat direalisasi. Oleh kerana institusi masjid merupakan tempat yang mencetus aktiviti kehidupan masyarakat setempat, usaha untuk mendapat seberapa kerjasama dan sokongan ahli masyarakat sangatlah penting. Mereka secara sukarela perlu digembeleng untuk turut sama menyumbang kepada kejayaan aktiviti masjid. Kepimpinan masjid perlu memiliki wawasan yang jelas tentang peranan masjid dan sekali gus juga mampu memahami tuntutan keperluan masyarakat setempat. Dengan memiliki wawasan

yang relevan dengan keadaan setempat

(6)

masa pendek dan jangka masa panjang. Pada jangka panjang kesemua aktiviti masjid tersebut hendaklah berjaya menjana kepada penglibatan umat Islam setempat untuk membangun kekuatan masyarakat Islam dalam kesemua aspek termasuk rohani, ekonomi,

budaya, pendidikan

dan sebagainya.

Proses pengurusan tersebut justeru itu perlu melibatkan beberapa unsur seperti berikut: iii. Menggaris matlamat jangka pendek dan panjang masjid dengan jelas.

iv. Menentu bidang usaha dan jenis kegiatan masjid.

v. Menyusun struktur pengurusan masjid untuk mencapai

matlamatnya. Dengan memiliki kepimpinan yang beramanah, jujur, berwawasan dan berkemampuan serta sokongan yang jitu oleh kesemua ahli jawatankuasa terbabit, perancangan yang dilaksana untuk mencapai objektif masjid terbabit akan berjaya.

Semangat syura perlu dibudayakan dalam membuat keputusan untuk kepentingan aktiviti masjid. Dengan amalan tersebut ia akan memantapkan kerjasama yang intim oleh kesemua ahli jawatankuasa masjid dan sekali gus menarik minat lebih ramai untuk memberi sumbangan. Di samping itu, jawatankuasa yang hendak dibentuk perlu mengarah kepada pencapaian matlamat masjid. Bukan jumlah jawatankuasa yang menentu kepada kejayaan aktiviti masjid tetapi yang lebih penting ialah peranan setiap jawatan yang mampu menjurus kepada pelaksanaan aktiviti masjid secara berkesan dan berkualiti.

Aspek yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik termasuk: vi. Bangunan dan kemudahan fasiliti kepada pengguna masjid seperti ruang solat, bilik perpustakaan, ruang seminar, bilik air, kawasan persekitaran masjid dan sebagainya. vii. Tabung masjid. Segala bentuk sumbangan wang dan harta untuk masjid perlu diurus

dengan telus dengan sistem pelaporan yang professional.

viii.Aktiviti program masjid. Kesemua program masjid perlu dihalusi semoga ia menyumbang kepada peningkatan penghayatan Islam dalam masyarakat.

4. PENUTUP

Jelas daripada perbincangan di atas masjid adalah sebuah institusi yang sangat penting dalam membangun kekuatan ummah. Oleh kerana masjid dibina di merata kawasan, melalui institusi tersebut kesemua ahli masyarakat Islam perlu digembeleng untuk menjaya agenda masyarakat setempat demi untuk memaju masyarakat Islam keseluruhannya.

Untuk menjayakan peranan masjid, kualiti kepimpinan dan pengurusan masjid perlu sentiasa berfungsi dengan berkesan.

(7)

Pentadbiran

FUNGSI - FUNGSI CAWANGAN KHIDMAT PENGURUSAN

Bertanggungjawab dalam menyediakan segala perkhidmatan kepada masyarakat

dengan mesra, cekap dan berkesan disamping memantau serta menjaga keperluan semasa Masjid Wilayah Persekutuan.

Aktiviti-aktiviti Unit Pentadbiran :

> Mengendalikan urusan surat-menyurat dan Sistem Pengurusan Fail dan Rekod.

> Menguruskan kenderaan jabatan dan pemandu.

> Menyelaras program tahunan serta laporan aktiviti Unit Pentadbiran dan Unit Pengimarahan Masjid Wilayah.

> Mengatur mesyuarat / perjumpaan pengurusan dan penyelenggaraan Masjid Wilayah.

> Mengawal selia kunci bilik-bilik di Masjid Wilayah.

> Mengatur tempahan jamuan bagi lawatan / mesyuarat / aktiviti Masjid Wilayah.

> Mengurus dan menyelaras tempahan / sewaan dewan-dewan serta bilk dan asrama, kemudahan di Masjid Wilayah.

> Mengurus dan memantau Syarikat Penyelenggaraan Masjid Wilayah.

> Menguruskan cucian jubah pelawat, jubah Imam dan Bilal, kain pelekat, sejadah, telekung, alas meja dan langsir serta cadar (Asrama dan bilik inapan).

> Mengurus dan menyelenggara aset, premis, inventori dan harta modal Masjid Wilayah.

> Menyelia dan mengawal bekalan peralatan pejabat.

> Mengurus cuti pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah berdasarkan Perintah Am Bab C.

> Menyelaras penyertaan pegawai dan kakitangan untuk menjalani kursus / latihan / bengkel.

> Menyelaras permohonan pegawai dan kakitangan untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan / jabatan.

> Memantau serta menyediakan laporan Kad Perakam Waktu pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah.

Kewangan

> Merekod dan mengawal selia perbelanjaan di Masjid Wilayah.

(8)

> Menguruskan pembukaan dan pengiraan duit tabung Masjid Wilayah.

> Menyelaras laporan kewangan Masjid Wilayah untuk dihantar ke JAKIM.

> Memohon peruntukan tambahan.

> Melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan di Masjid Wilayah.

> Memberi khidmat nasihat kepada unit-unit di Masjid Wilayah berkaitan perbelanjaan yang dikeluarkan.

> Membantu menyelia bayaran saguhati penceramah Masjid Wilayah.

> Mengurus terimaan / hasil kerajaan.

Teknologi Maklumat

> Membangunkan Laman Web Rasmi Masjid Wilayah serta menaiktaraf perisian-perisian terkini untuk kakitangan di Masjid Wilayah

> Membaikpulih dan menyelenggara peralatan ICT dan Multimedia

> Menganjurkan kursus-kursus ICT untuk kakitangan JAWI dan orang awam.

> Membantu menyediakan peralatan-peralatan ICT di Masjid Wilayah.

> Membantu membuat penghebahan berita serta aktiviti Masjid Wialyah kepada umum melalui Laman Web.

Kejuruteraan Sivil

> Melaksanakan kerja-kerja selenggara dan menaik taraf bangunan di Masjid Wilayah.

> Menyediakan kemudahan fasiliti dan keselesaan kepada Jemaah atau pengguna di Masjid Wilayah.

Antara tajuk yang diketengahkan adalah Ceramah 1 : Konsep Imam Menurut Perspektif Islam. Oleh : Us.Mohd Sodri bin Abdullah(ILTIM).Ceramah 2 : Etika Seorang Imam.Oleh : Us.Abd Razak (Pondok Moden Bachok). Ceramah 3 : Hukum Hakam Mengenai Solat Jamaah. Oleh : Us.Mohd Rosman (Imam 1,

MAIK). Ceramah 4 dan Ceramah 5 : Tahsin Qiraat . oleh: Us.Ismail Bin Saman (PAD Besut).

(9)

Pembentangan pertama bertajuk Kewangan Sistematik disampaikan oleh Pn Muna Mohamad, Juru Audit Wajlis Agama Islam WP ( MAIWP ). Ini diikuti dengan Pengendalian Simpan Kira-Kira, Buku Tunai & Penyata Kewangan yang disampaikan oleh En Badrul Shah bin Badri, juga Juru Audit MAIWP.

Manakala selepas rehat tengahari, Cik Nadiah Soonan dari Hijrah Wealth Management menyampaikan ceramah dengan tajuk Pengurusan Perbelanjaan Surau.

Kursus Pengurusan Masjid

JANGKAMASA KURSUS

(10)

OBJEKTIF KURSUS:

 Meningkatkan pengetahuan tentang fungsi dan peranan masjid

 Meningkatkan permuafakatan pelbagai pihak ke arah menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat

 Meningkatkan kesedaran mengimarahkan masjid merupakan satu aspek utama dalam pembentukan masyarakat cemerlang

 Membantu menyediakan satu kaedah merangka agenda masjid ke arah menjadikannya institusi komuniti yang berkesan

 Meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam aspek pengurusan masjid

KANDUNGAN KURSUS

:

 Konsep pengimarahan masjid di zaman Rasulullah s.a.w.

 Peranan dan tanggungjawab pegawai/jawatankuasa masjid/surau sebagai agen perubahan

 Pengendalian mesyuarat secara berkesan

 Perancangan program masjid

 Pengurusan akaun masjid yang sistematik

KUMPULAN SASAR

:

 Ahli Jawatankuasa Masjid

 Pegawai masjid

METODOLOGI :

 Ceramah

 Percambahan minda

 Latihan dalam kumpulan

 Latihan amali

 Lawatan

(11)

Kursus Pentadbiran Masjid

Submitted by projakim on Disember 20, 2006 - 10:15am

Tarikh: Jan 23, 2007

TARIKH:

23 – 26 Januari 2007<?xml:namespace prefix = o ns =

"urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

JANGKA MASA KURSUS:

4 hari

OBJEKTIF

* Boleh memahami prinsip kepimpinan dalam mengendalikan urusan kariah masjid

* Mahir berkomunikasi dan berintraksi dengan ahli kariah khususnya dalam urusan

pentadbiran masjid

* Mempunyai sikap positif apabila berhadapan dengan permasalahan di kariah

KANDUNGAN

* Pengenalan kepada prinsip pentadbiran dan kepimpinan

* Memahami kaedah komunikasi berkesan

* Memahami prinsip hubungan interpersonal

* Memahami asas kaunseling keluarga

* Membentuk program dan aktiviti luaran masjid

* Memahami kaedah penceriaan persekitaran masjid

* LDK

KUMPULAN SASAR

* AJK masjid negeri dan daerah

* Pegawai masjid negeri dan daerah

GRED JAWATAN:

S32, S27, S22, S17 dan S11

Referensi

Dokumen terkait

8 Kabag.Pemerintahan S2r-1, r-3, f-3, n-1, e-1 Lahan pada tingkat cukup sesuai dengan pembatas drainase tanah, kedalaman efektif, pH tanah, total N, dan bahaya erosi

Kursus Kognat/Elektif (E): Kursus yang dipilih daripada kursus-kursus bidang pengkhususan pendidikan yang lain, iaitu kursus pengajian kedoktoran pada peringkat 700

Pada proses merakit personal komputer, komponen yang memiliki fungsi untuk visualisasi gambar pada layar monitor dan harus terpasang dengan baik adalah

Ketika kakek hanya mewarisi bersama dengan saudara saja, yaitu saudara laki-laki dan saudara perempuan tanpa ada ahli waris yang lain, maka kakek dapat memilih salah satu dari

Sementara terhadap unsur P walaupun dibutuhkan sangat rendah untuk menghasilkan 1 kg biji kering jagung Bila dilihat dari kadar hara N, P, dan K yang ada di tanah sebelum

Evaluasi dilakukan dengan tujuan untuk dapat mengetahui dengan pasti apakah pencapaian hasil, kemajuan dan kendala yang dijumpai dalam pelaksanaan Kegiatan

Praktik utang-piutang yang terjadi di desa Wuwur menurut penulis dilakukan dengan cara saling meridhawi (antaradlin), namun tetap dianggap kurang tepat karena “keridhawan”

Puji syukur penulis panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas limpahan rahmat dan hidayah-Nya, sehingga penyusunan skripsi dengan judul “PERBEDAAN SEBELUM DAN