• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA REKAAN D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA REKAAN D"

Copied!
50
0
0

Teks penuh

(1)

REKAAN DAN JAHITAN

PAKAIAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

(2)

i

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(3)
(4)

iii

Pendahuluan 1

Matlamat 1

Objektif 1

Organisasi Kandungan 2

Pendekatan Dan Penekanan 3

Pemetaan Kandungan 5

Format Huraian 6

Huraian Tingkatan Empat 7

(5)

Para 1 (kosong)

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

(6)

1

Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang pembuatan pakaian.

Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

Dalam kurikulum Rekaan dan Jahitan Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran iaitu

serta menjahit pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti murid dalam menghasilkan pelbagai pakaian.

Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang kerjaya dalam industri pakaian. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pakaian.

Kurikulum Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk membolehkan murid :

1.Menjahit pelbagai jenis pakaian seperti blaus, skirt, seluar dan baju tradisional

2.Mendraf pola asas badan, lengan dan skirt

Apakah Mata Pelajaran Rekaan dan

Jahitan Pakaian?

Matlamat Mata Pelajaran Rekaan dan

Jahitan Rekaan dan

(7)

Reka Bentuk dan Penghasilan

Pakaian

Draf, ubahsuai dan menjahit pakaian mengikut

kreativiti

Murid kreatif dan berkemahiran 5.Mengaplikasikan bahan jahitan dan hiasan yang

sesuai pada pakaian

6.Membuat pengiraan kos pakaian yang dijahit 7.Menggunakan alatan dan bahan mendraf

8.Mereka bentuk dan menghasilkan pakaian rekaan sendiri

9.Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan

10. Menyediakan rancangan perniagaan dalam projek kerjaya.

Mata pelajaran ini terbahagi kepada empat bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

Rangka Konsep

Kemahiran Menjahit Pakaian

Blaus, skirt , seluar, baju

tradisional

(8)

3

Pakaian adalah seperti berikut:

1. Pol a Asas Pakai an

Dalam bidang ini murid menggunakan alatan dan bahan mendraf untuk mendraf pola pakaian, mengambil ukuran badan mengikut prosedur dan teknik yang betul. Murid mendraf pola asas,

mengubahsuai pola dan mengenal pasti tanda pola serta cara menggunakanya.

2. Kemahi r an Menj ahi t Pakai an

Murid menguasai kemahiran menjahit pelbagai jenis pakaian dengan mengikut urutan proses menjahit. Murid boleh menggunakan alatan dan bahan jahitan dengan betul. Mereka mengaplikasikan kreativiti untuk menghias pakaian yang dijahit mengikut perkembangan fesyen.

3. Reka Bentuk dan Penghasi l an Pakai an

Murid diberi peluang mereka dan menjahit pakaian mengikut idea dan kreativiti sendiri. Mereka mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam bidang pembelajaran Kemahiran Menjahit Pakaian.

4. Pengur usan dan Keusahawanan

Murid mengurus kerja dengan sempurna, mengamalkan etika dan budaya kerja yang baik, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Murid merancang perniagaan yang mudah dan

daya kreativiti melalui projek tempahan dan peragaan pakaian.

Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Bahagian teorinya diserap secara tidak langsung semasa menjalankan kerja amali. Pengetahuan dan kemahiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan, sumbangsaran, tunjuk cara dan simulasi. Pembelajaran bidang pengurusan dan keusahawanan perlu digabungjalinkan untuk membolehkan murid berdikari dan berkeyakinan menceburi bidang industri pakaian atau menjalankan perniagaan sendiri.

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri pakaian dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga

(9)

menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.

Murid yang memilih mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian perlu mengembangkan daya berfikir secara kritis dan kreatif ke arah membentuk masa depan yang lebih sempurna dan berdaya saing. Contohnya dalam projek kerjaya, murid perlu mengkaji fesyen pakaian yang popular pada masa kini berbanding dengan dunia fesyen pakaian yang sentiasa berubah. Murid mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk. Di samping itu murid juga boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk baru dalam perkembangan fesyen dan industri pakaian.

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian mestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.

idea dalam mereka stail pakaian. Kemahiran ICT murid diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik. Rujukan buku dan majalah profesional juga digalakkan.

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa dipatuhi dan diamalkan terutamanya di bilik jahitan. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja yang mudah boleh dilakukan oleh murid secara bergilir bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid.

Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang diperlukan sebelum murid menjalankan kerja amali.

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan dan

Tunjuk Cara

Modul Pembelajaran

Kreativiti dan Kaedah Kajian Masa

Depan

(10)

5

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

Masa pengajaran mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian ialah dua belas waktu seminggu yang mana setiap waktu ialah empat puluh minit.

Rekaan Dan Jahitan Pakaian

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

1. Pola Asas Pakaian ( 5 )

1.1 Alatan dan bahan mendraf 9

1.2 Ukuran badan 9 e. Susun atur pola dan menggunting

fabrik

3. Reka Bentuk dan Penghasilan Pakaian ( 5 )

3.1 Rekaan pakain 9

c. Susun atur pola dan menggunting fabrik

Pemetaan Kandungan Tingkatan 4

dan Tingkatan 5

Bilangan Waktu Seminggu

(11)

4.1 Pengurusan di tempat kerja 2 a. Pengurusan yang baik 9 b. Etika dan budaya kerja 9

c. Peraturan dan undang-undang kerja

9

d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri pakaian

9

f. Peluang kerjaya dalam industri pakaian

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur

iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.

Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.

Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

Tiga lajur

(12)

REKAAN DAN JAHITAN

PAKAIAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

(13)

1. Pola Asas Pakaian

(Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)

1.1 Alatan dan bahan mendraf x Mengenal pasti alat dan bahan mendraf

x Mengenal pasti fungsi alat dan bahan mendraf

x Menggunakan alat dan bahan mendraf pola

Guru memperkenalkan alat dan bahan mendraf.

Alat pengukur seperti pembaris lurus, pembaris melengkung, pembaris sesiku, pita ukur dan lengkuk perancis.

Alat penanda seperti pensil dwi warna, pensil 2B, kapur tukang jahit dan roda surih.

Bahan mendraf seperti kertas perang dan kertas surih.

Tunjuk cara menggunakan alat dan bahan mendraf pola.

Guru menerangkan fungsi alat dan bahan dalam aktiviti mendraf pola pakaian.

(14)

8

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.2 Ukuran badan x Mengenal pasti bahagian badan yang perlu diukur untuk mendraf pola pakaian

Guru menerangkan bahagian badan yang perlu diukur untuk mendraf pola pakaian.

Bahagian hadapan iaitu keliling dada, keliling pinggang, bidang hadapan, punggung, keliling pangkal leher, jarak bahu ke mercu dada, jarak mercu, lubang lengan, bahu, labuh lengan, pangkal lengan, keliling siku dan pergelangan tangan.

Bahagian belakang iaitu dari tengkuk ke pinggang, bidang belakang, labuh pakaian (dari tengkuk ke tumit ) dan pinggang ke punggung.

Tunjuk cara mengambil ukuran badan berpandukan senarai ukuran badan.

x Mengambil ukuran badan dengan teknik yang betul

Murid mengambil ukuran badan sesama sendiri sebanyak dua atau tiga kali untuk mendapat ukuran yang lebih tepat. Murid merekodkan ukuran badan.

x Membuat pengiraan pembahagian ukuran badan

(15)

1.3 Draf pola asas pakaian

a. Pola asas badan x Mendraf pola asas badan belakang

x Mendraf pola asas badan hadapan

Tunjuk cara mendraf pola asas badan belakang dan hadapan.

Murid mendraf pola asas badan belakang dan badan hadapan.

b. Pola asas lengan x Mendraf pola asas lengan Tunjuk cara mendraf pola asas lengan.

Murid mendraf pola asas lengan.

c. Pola asas skirt x Mendraf pola asas skirt belakang

x Mendraf pola asas skirt hadapan

Tunjuk cara mendraf pola asas skirt belakang dan skirt hadapan.

(16)

10

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

2. Kemahiran Menjahit Pakaian (Cadangan peruntukan masa ialah 30 minggu)

2.1 Blaus longgar

(Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)

a. Ciri x Mengenal pasti ciri blaus longgar yang hendak dijahit

Guru menerangkan ciri yang dicadangkan untuk blaus longgar :

- Belah kelepet sama lebar - Lengan padanan rata - Kolar lurus

- Butang dan lubang butang - Kelepet lurus.

Murid mengumpul maklumat ciri tersebut melalui majalah dan buku rujukan.

b. Draf pola x Mendraf pola blaus longgar Tunjuk cara mendraf pola blaus longgar.

Murid mendraf pola blaus longgar.

x Membuat tanda pola pada pola blaus longgar

(17)

x Menggunting pola blaus longgar Murid menggunting pola blaus mengikut teknik yang betul di garisan gunting.

c. Fabrik x Mengenal pasti fabrik yang sesuai dengan stail pakaian

Guru menunjukkan beberapa contoh jenis fabrik.

x Memilih jenis fabrik yang sesuai untuk blaus longgar

Murid mengenal pasti dan memilih fabrik yang sesuai dengan stail blaus longgar dari segi corak, warna dan tekstur.

d. Bahan jahitan dan hiasan x Mengenal pasti bahan jahitan dan hiasan yang sesuai

Bahan jahitan seperti benang dan lapik dalam. Hiasan seperti butang, renda dan riben.

x Memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk blaus longgar

Murid mengenal pasti dan memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk blaus longgar.

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

x Mengenal pasti bahagian fabrik Guru menerangkan bahagian fabrik : - benang iaitu benang longsin, benang

(18)

12

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyedia dan membentang fabrik Guru menerangkan perkara yang perlu diambil kira semasa menyedia fabrik seperti kecacatan fabrik, meluruskan fabrik dan menekan fabrik.

Guru menerangkan perkara yang perlu diberi perhatian semasa membentang fabrik iaitu sebelah luar (SL), sebelah dalam (SD), ira fabrik dan corak fabrik.

x Menyusun atur pola Tunjuk cara menyusun atur pola mengikut prinsip dan tanda pola.

Murid menyusun atur pola di atas fabrik dengan cara yang betul.

x Menggunting fabrik Murid menggunting fabrik mengikut teknik yang betul di garisan gunting.

x Memindahkan tanda pola ke fabrik Murid memindahkan tanda pola berikut ke fabrik:

Garis Tengah Hadapan (GTH), Garis Tengah Belakang (GTB), garisan

(19)

f. Proses menjahit blaus longgar

x Menjahit blaus longgar mengikut urutan proses menjahit

Murid menjahit blaus longgar mengikut proses menjahit. Di antaranya ialah menjahit kelim bahu, menyediakan belah kelepet sama lebar, menjahit kolar, menyedia dan mencantum lengan.

Mengemas dan menjahit kelepet.

Setiap proses jahitan hendaklah ditekan dengan seterika.

Murid menilai hasil kerja sesama sendiri dengan bimbingan guru.

Aspek keselamatan hendaklah sentiasa dititik beratkan.

g. Pengiraan kos x Membuat pengiraan kos projek Murid membuat pengiraan kos sehelai blaus longgar.

2.2 Kemeja

(20)

14

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN a. Ciri x Mengenal pasti ciri kemeja Guru menerangkan ciri yang dicadangkan

untuk kemeja :

- Belah kelepet sama lebar - Bahu mendatang

- Lisu bertentang - Lengan kemeja - Kolar kemeja - Kocek tampal

- Butang dan lubang butang - Kelepet lurus.

Murid mengumpul maklumat berkaitan ciri tersebut.

b. Draf pola x Mendraf pola kemeja Tunjuk cara mendraf pola kemeja.

Murid mendraf pola kemeja berpandukan ciri kemeja yang ditetapkan.

x Membuat tanda pola pada pola kemeja

Murid membuat tanda pola berikut pada kemeja :

Garis Tengah Hadapan (GTH), Garis Tengah Belakang (GTB), ira lurus, tanda lipatan, garisan pemadan, kedudukan butang dan lubang butang, lisu

bertentang, nama kepingan pola dan bilangan guntingan pola.

(21)

c. Fabrik x Mengenal pasti fabrik yang sesuai dengan stail pakaian

Guru menunjukkan beberapa contoh jenis fabrik.

x Memilih fabrik yang sesuai untuk kemeja

Murid mengenal pasti dan memilih fabrik yang sesuai dengan stail kemeja dari segi corak, warna dan tekstur.

d. Bahan jahitan dan hiasan x Mengenal pasti bahan jahitan dan hiasan yang sesuai

Bahan jahitan seperti benang dan lapik dalam. Hiasan seperti butang, lisu perhiasan dan sulaman.

x Memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk kemeja

Murid mengenal pasti dan memilih bahan jahitan dan hiasan seperti butang, lisu perhiasan dan sulaman untuk kemeja.

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

x Menyedia dan membentang fabrik Semasa menyediakan fabrik pastikan ia diluruskan, ditekan dan tidak cacat atau rosak.

Semasa membentang fabrik pastikan kedudukan SL, SD, ira dan corak fabrik hendaklah betul.

(22)

16

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menggunting fabrik Murid menggunting fabrik dengan menggunakan teknik yang betul di garisan gunting.

x Memindahkan tanda pola ke fabrik Murid memindahkan tanda pola berikut ke fabrik :

GTH, GTB, tanda imbangan, garisan pemadan, kedudukan butang dan lubang butang dan lisu bertentang.

f. Proses menjahit kemeja x Menjahit kemeja mengikut proses menjahit

Murid menjahit kemeja mengikut langkah proses menjahit. Di antaranya menyedia dan menjahit kocek tampal, belah kelepet sama lebar, bahu mendatang, lisu

bertentang, kolar kemeja¸ lengan, butang dan lubang butang dan kelepet.

Murid menjahit hiasan pada kemeja.

Setiap proses jahitan hendaklah ditekan dengan seterika.

(23)

2.3 Skirt berlisu

(Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)

a. Ciri x Mengenal pasti ciri skirt berlisu Guru menerangkan ciri yang dicadangkan untuk skirt berlisu :

- Lisu terbalik - Lisu pemadan

- Pinggang mendatang - Belah berzip

- Ikatan pinggang - Cangkuk dan palang - Kelepet.

b. Draf pola x Mendraf pola skirt berlisu Tunjuk cara mendraf pola skirt berlisu.

Murid mendraf pola skirt berlisu.

Bilangan lisu terbalik di bahagian hadapan skirt bergantung kepada stail skirt dan bentuk badan.

x Membuat tanda pola pada pola skirt Murid membuat tanda pola seperti lisu pemadan, lisu terbalik dan tanda lipatan.

c. Fabrik x Mengenal pasti fabrik yang sesuai dengan stail pakaian.

(24)

18

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Memilih fabrik yang sesuai untuk skirt berlisu

Murid mengenal pasti dan memilih fabrik yang sesuai dengan stail skirt berlisu dari segi corak, warna dan tekstur.

d. Bahan jahitan dan hiasan x Mengenal pasti bahan jahitan dan hiasan

Bahan jahitan seperti benang dan lapik dalam. Hiasan seperti renda, riben dan pita jalur serong tepat.

x Memilih bahan jahitan dan hiasan Murid mengenal pasti dan memilih bahan jahitan hiasan yang sesuai untuk skirt berlisu.

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

x Menyedia dan membentang fabrik Semasa menyediakan fabrik pastikan ia diluruskan, ditekan dan tidak cacat atau rosak.

Semasa membentang fabrik pastikan kedudukan SL, SD, ira dan corak fabrik hendaklah betul.

x Menggunting pola skirt berlisu Murid menggunting pola skirt dengan teknik yang betul di garisan gunting.

(25)

x Menggunting fabrik Murid menggunting fabrik dengan menggunakan teknik yang betul di garisan gunting.

x Memindahkan tanda pola ke fabrik Murid memindahkan tanda pola berikut ke fabrik :

Garis Tengah Hadapan (GTH), Garis Tengah Belakang (GTB), garisan pemadan dan lisu terbalik.

f. Proses menjahit skirt berlisu

x Menjahit skirt berlisu mengikut urutan proses menjahit

Murid menjahit skirt berlisu mengikut proses menjahit. Di antaranya ialah menjahit lisu pemadan dan lisu terbalik, mencantum pinggang mendatang, menjahit kelim, menjahit zip, menyedia dan mencantum ikatan pinggang, menjahit kelepet dan menjahit kancing.

Murid menjahit hiasan yang sesuai mengikut kreativiti pada skirt berlisu.

Setiap proses jahitan hendaklah ditekan dengan seterika.

(26)

20

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

g. Pengiraan kos x Membuat pengiraan kos projek Murid membuat pengiraan kos sehelai skirt berlisu.

2.4 Skirt selisih

(Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)

a. Ciri x Mengenal pasti ciri skirt selisih Guru menerangkan ciri yang dicadangkan untuk skirt selisih :

- Lisu pemadan

- Belah selisih di hadapan - Belah berzip

- Ikatan pinggang - Cangkuk dan palang - Kelepet lurus.

b. Draf pola x Mendraf pola skirt selisih Tunjuk cara mendraf pola skirt selisih.

Murid mendraf pola skirt selisih.

x Membuat tanda pola pada pola skirt selisih

Murid membuat tanda pola seperti lisu pemadan, tanda lipatan dan ira lurus

(27)

c. Fabrik x Mengenal pasti jenis fabrik yang sesuai dengan stail pakaian

Guru menunjukkan contoh beberapa jenis fabrik.

x Memilih fabrik yang sesuai untuk skirt selisih.

Murid mengenal pasti dan memilih fabrik yang sesuai dengan stail skirt selisih dari segi corak, warna dan tekstur.

d. Bahan jahitan dan hiasan x Mengenal pasti bahan jahitan dan hiasan

Bahan jahitan seperti benang dan lapik dalam. Hiasan seperti renda, riben dan pita jalur serong tepat.

x Memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk skirt selisih

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

x Menyedia dan membentang fabrik Semasa menyediakan fabrik pastikan ia diluruskan, ditekan dan tidak cacat atau rosak.

Semasa membentang fabrik pastikan kedudukan SL, SD, ira dan corak fabrik hendaklah betul.

x Menyusun atur pola Murid menyusun atur pola atas fabrik dengan cara yang betul.

(28)

22

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Memindahkan tanda pola ke fabrik Murid memindahkan tanda pola berikut ke fabrik :

GTH, GTB, tanda lipatan, garisan pemadan dan kedudukan zip.

f. Proses menjahit skirt selisih x Menjahit skirt selisih mengikut urutan proses menjahit

Murid menjahit skirt selisih mengikut langkah proses menjahit. Diantaranya adalah menjahit lisu pemadan, menyedia belah selisih, menjahit kelim, menyedia dan mencantum ikatan pinggang, menjahit zip dan kancing.

Murid menjahit hiasan yang sesuai mengikut kreativiti pada skirt selisih.

g. Pengiraan kos x Membuat pengiraan kos projek Murid membuat pengiraan kos sehelai skirt selisih.

2.5 Sarung susun

(Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu)

a. Ciri x Mengenal pasti ciri sarung susun Guru menerangkan ciri yang dicadangkan untuk sarung susun :

- Belah berzip - Ikatan pinggang - Lisu

(29)

b. Draf pola x Mendraf pola sarung susun Tunjuk cara mendraf pola sarung susun.

Murid mendraf pola sarung susun.

x Membuat tanda pola pada sarung susun

Murid membuat tanda pola seperti lisu pemadan dan lipatan lisu.

x Menggunting pola sarung susun Murid menggunting pola sarung susun dengan teknik yang betul di garisan gunting.

c. Fabrik x Mengenal pasti fabrik yang sesuai dengan stail pakaian

Guru menunjukkan beberapa contoh jenis fabrik.

x Memilih fabrik yang sesuai untuk sarung susun

Murid mengenal pasti dan memilih fabrik yang sesuai dengan stail sarung susun dari segi corak, warna dan tekstur.

d. Bahan jahitan dan hiasan x Mengenal pasti bahan jahitan dan hiasan yang sesuai

Bahan jahitan seperti benang dan lapik dalam. Hiasan seperti renda, riben dan pita jalur serong tepat.

x Memilih bahan jahitan dan hiasan Murid mengenal pasti dan memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai.

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

(30)

24

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

Semasa membentang fabrik pastikan kedudukan SL, SD, ira dan corak fabrik hendaklah betul.

x Menyusun atur pola Murid menyusun atur pola atas fabrik mengikut cara yang betul.

x Menggunting fabrik Murid menggunting fabrik mengikut teknik yang betul atas garisan gunting.

x Memindahkan tanda pola ke fabrik Murid memindahkan tanda pola berikut ke fabrik :

GTH, GTB, tanda lipatan, garisan pemadan dan kedudukan zip.

f. Proses menjahit sarung susun

x Menjahit sarung susun mengikut urutan proses menjahit

Murid menjahit sarung susun mengikut proses menjahit. Diantaranya ialah menyusun lipatan lisu, menjahit kelim, menjahit zip, menyedia dan mencantum ikatan pinggang, menjahit kelepet dan kancing.

Murid menjahit hiasan yang sesuai mengikut kreativiti pada sarung susun.

(31)

2.6 Seluar berkasing

(Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)

a. Ciri x Mengenal pasti ciri seluar berkasing Guru menerangkan ciri yang dicadangkan untuk seluar berkasing :

- Berkasing dan pita elastik - Kelim

- Kelepet.

b. Draf pola x Mendraf pola seluar berkasing Tunjuk cara mendraf pola seluar berkasing.

Murid mendraf pola seluar berkasing.

x Membuat tanda pola pada seluar berkasing

Murid membuat tanda pola seperti garisan pemadan, tanda lipatan dan ira lurus seluar berkasing.

x Menggunting pola seluar berkasing Murid menggunting pola seluar berkasing dengan teknik yang betul di garisan gunting.

c. Fabrik x Mengenal pasti fabrik yang sesuai dengan stail pakaian

(32)

26

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Memilih fabrik yang sesuai untuk seluar berkasing

Murid mengenal pasti dan memilih fabrik yang sesuai dengan stail seluar berkasing dari segi corak, warna dan tekstur.

d. Bahan jahitan dan hiasan x Mengenal pasti bahan jahitan dan hiasan

Bahan jahitan seperti benang dan lapik dalam. Hiasan seperti renda dan pita.

x Memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk seluar berkasing

Murid mengenal pasti dan memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk seluar berkasing.

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

x Menyedia dan membentang fabrik Semasa menyediakan fabrik pastikan ia diluruskan, ditekan dan tidak cacat atau rosak.

Semasa membentang fabrik pastikan kedudukan SL, SD, ira dan corak fabrik hendaklah betul.

x Menyusun atur pola Murid menyusun atur pola atas fabrik dengan cara yang betul.

(33)

x Memindahkan tanda pola ke fabrik Murid memindahkan tanda pola berikut ke fabrik :

GTH, GTB, tanda lipatan dan garisan pemadan.

f. Proses menjahit seluar berkasing

x Menjahit seluar berkasing mengikut urutan proses menjahit

Murid menjahit seluar berkasing mengikut proses menjahit. Diantaranya ialah

menjahit kelim, membuat kasing dan menjahit kelepet.

Setiap proses menjahit hendaklah ditekan dengan seterika.

Murid menilai hasil kerja sesama sendiri dengan bimbingan guru.

Aspek keselamatan hendaklah sentiasa dititik beratkan.

(34)

REKAAN DAN JAHITAN

PAKAIAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

(35)

2. Kemahiran Menjahit Pakaian (Cadangan peruntukan masa ialah 16 minggu)

2.7 Slek

(Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)

a. Ciri

b. Draf pola

x Mengenal pasti ciri slek

x Mendraf pola slek

x Membuat tanda pola pada pola slek

x Menggunting pola slek

Guru menerangkan ciri yang dicadangkan untuk slek :

- Ikatan pinggang - Lisu pemadan - Kocek tersembunyi - Belah berzip - Kelepet lurus.

Murid mengumpul maklumat ciri tersebut melalui majalah dan buku rujukan.

Tunjuk cara mendraf pola slek.

Murid mendraf pola slek.

Murid membuat tanda pola seperti garisan pemadan, tanda lipatan, ikatan pinggang, ira lurus, lisu pemadan, kancing dan kedudukan mulut kocek tersembunyi.

(36)

29

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Fabrik x Mengenal pasti fabrik yang sesuai dengan stail pakaian

x Memilih fabrik yang sesuai untuk slek

Guru menunjukkan beberapa contoh jenis fabrik.

Murid mengenal pasti dan memilih fabrik yang sesuai dengan stail slek dari segi corak, warna dan tekstur.

d. Bahan jahitan dan hiasan x Mengenal pasti bahan jahitan dan hiasan

Bahan jahitan seperti benang dan lapik dalam. Hiasan seperti renda, pita dan butang.

x Memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk slek

Murid mengenal pasti dan memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk slek.

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

x Menyedia dan membentangkan fabrik Semasa menyediakan fabrik pastikan ia diluruskan, ditekan dan tidak cacat atau rosak.

Semasa membentangkan fabrik pastikan kedudukan SL, SD, ira dan corak fabrik hendaklah betul.

(37)

x Menggunting fabrik Murid menggunting fabrik mengikut teknik yang betul di garisan gunting.

x Memindahkan tanda pola ke fabrik Murid memindahkan tanda pola berikut ke fabrik :

Lisu pemadan, garisan pemadan, kedudukan zip dan kedudukan mulut kocek tersembunyi.

f. Proses menjahit slek x Menjahit slek mengikut urutan proses menjahit

Murid menjahit slek mengikut urutan proses menjahit. Di antaranya ialah menjahit kelim, zip, lisu pemadan, membuat kocek tersembunyi, menyedia dan mencantum ikatan pinggang, menjahit kelepet dan kancing.

g. Pengiraan kos x Membuat pengiraan kos projek Murid membuat pengiraan kos sehelai slek.

2.8 Baju tradisional

(Cadangan peruntukan masa ialah 11 minggu)

xMengenal pasti baju tradisional Guru menunjukkan beberapa contoh baju tradisional seperti baju kurung, baju melayu cekak musang, baju kebaya, baju stail cheongsam dan choli sari.

NOTA :

(38)

31

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a. Ciri x Mengenal pasti ciri baju tradisional Guru menerangkan ciri yang dicadangkan untuk beberapa jenis baju tradisional. Ciri Baju Kurung

- Pesak - Kekek

- Belah slit berlapik - Lengan padanan - Kelepet lurus.

Ciri Baju Melayu Cekak Musang - Kolar cekak musang

- Pesak - Kekek

- Belah berplaket - Lengan padanan - Kocek tampal - Lubang butang - Kelepet lurus.

Ciri Baju Kebaya - Lisu pemadan

- Belah kelepet sama lebar - Kolar selendang (shawl) - Lidah tengah hadapan - Kancing

(39)

Cheongsam - Kolar Mandarin - Lengan padanan - Belah berlapik - Belah pada kelim - Kancing – butang cina - Kelepet lurus.

Choli Sari

- Garis leher berbentuk - Belah berlapik

- Lengan padanan - Lisu pemadan

- Kancing – cangkuk dan mata.

b. Draf pola x Mendraf pola baju tradisional Tunjuk cara mendraf pola baju tradisional yang dipilih mengikut ciri yang

dicadangkan.

x Membuat tanda pola pada pola baju tradisional

Murid membuat tanda pola pada pola baju tradisional yang dipilih.

x Menggunting pola baju tradisional Murid menggunting pola baju tradisional yang dipilih dengan teknik yang betul pada garisan gunting.

c. Fabrik x Mengenal pasti fabrik yang sesuai dengan stail pakaian.

(40)

33

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Memilih fabrik yang sesuai untuk baju tradisional yang dijahit

Murid mengenal pasti dan memilih fabrik yang sesuai untuk baju tradisional dari segi corak, warna dan tekstur.

d. Bahan jahitan dan hiasan x Mengenal pasti bahan jahitan dan hiasan

Bahan jahitan seperti benang.

Hiasan seperti renda, pita dan butang.

x Memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk baju tradisional yang dijahit

Murid mengenal pasti dan memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai pada baju tradisional yang dijahit.

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

x Menyedia dan membentangkan fabrik Semasa menyedia fabrik pastikan ia diluruskan, ditekan dan tidak cacat atau rosak.

Semasa membentangkan fabrik pastikan kedudukan SL, SD, ira dan corak fabrik hendaklah betul.

x Menyusun atur pola Murid menyusun atur pola di atas fabrik dengan cara yang betul.

x Menggunting fabrik Murid menggunting fabrik dengan teknik yang betul di garisan gunting.

(41)

f. Proses menjahit baju tradisional

x Menjahit baju tradisional yang dipilih mengikut urutan proses menjahit

Murid menjahit baju tradisional mengikut urutan proses menjahit.

g. Pengiraan kos x Membuat pengiraan kos projek Murid membuat pengiraan kos untuk dua helai baju tradisional yang siap dijahit.

3. Reka Bentuk dan Penghasilan Pakaian

(Cadangan peruntukan waktu ialah 5 minggu)

3.1 Rekaan pakaian

a. Stail dan ciri pakaian x Mengenal pasti stail pakaian yang hendak direka

Murid boleh melayari Internet dan majalah untuk menjana idea dalam mereka stail pakaian mengikut perkembangan dunia fesyen.

x Menyenaraikan ciri pakaian yang dipilih

Murid memilih ciri yang sesuai untuk stail pakaian yang direka.

b. Fabrik x Mengenal pasti fabrik yang sesuai dengan stail pakaian yang direka

Murid mengumpul beberapa contoh jenis fabrik.

x Memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian yang telah direka

(42)

35

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Bahan jahitan dan hiasan x Mengenal pasti bahan jahitan dan hiasan

Bahan jahitan seperti benang.

Hiasan seperti renda, pita dan butang.

x Memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk pakaian yang direka

Murid mengenal pasti dan memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai untuk pakaian yang direka.

3.2 Proses jahitan

a. Ukuran badan x Mengambil ukuran badan Murid mengambil ukuran badan sesama sendiri dan merekodkan.

x Membuat pengiraan pembahagian ukuran badan mengikut formula

Murid membuat pengiraan pembahagian ukuran badan mengikut formula untuk mendraf pola asas pakaian.

b. Draf pola x Mendraf pola pakaian Murid mendraf pola pakaian berdasarkan reka bentuk pakaian yang dihasilkan.

x Membuat tanda pola pada pola pakaian

Murid membuat tanda pola seperti GTH, GTB, ira lurus, tanda lipatan, tanda imbangan dan garisan pemadan pada pola pakaian yang direka.

c. Susun atur pola dan menggunting fabrik

(43)

Semasa membentangkan fabrik pastikan kedudukan SL, SD, ira dan corak fabrik betul.

x Menyusun atur pola Murid menyusun atur pola di atas fabrik dengan cara yang betul.

x Menggunting fabrik Murid menggunting fabrik dengan teknik yang betul di garisan gunting.

d. Proses menjahit pakaian x Menjahit pakaian mengikut urutan proses menjahit

Murid menjahit pakaian mengikut urutan proses menjahit berdasarkan pakaian yang direka.

Murid menjahit hiasan seperti renda, reben, butang dan labuci pada pakaian yang dijahit.

Murid menghasilkan sehelai pakaian mengikut kreativiti dan stail pakaian rekaan sendiri.

(44)

37

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN 4. Pengurusan dan Keusahawanan

(Cadangan peruntukan masa ialah 14 minggu)

4.1 Pengurusan di tempat kerja (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

a. Pengurusan yang baik x Merancang dan menyediakan jadual kerja

Membuat jadual kerja dan menyiapkan kerja mengikut jangka masa yang ditetapkan untuk sesuatu projek.

x Mengurus perolehan stok Berbincang dalam kumpulan mengenai perolehan stok untuk projek yang dilaksanakan seperti bahan dan kuantiti yang perlu dibeli, pembekal dan

perbelanjaan.

x Merekod stok Cara menyimpan stok gerak pantas dan stok gerak perlahan.

Menyimpan rekod bahan dan kuantiti yang dibeli.

Latihan merekod stok.

b. Etika dan budaya kerja x Menerangkan sebab perlunya mengamalkan etika kerja

x Mengamal etika dan budaya kerja untuk menghasilkan kerja dan produk yang berkualiti

Sumbangsaran perlunya mengamalkan etika dan budaya kerja.

(45)

Budaya kerja ialah cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

Menilai amalan etika dan budaya kerja rakan semasa melaksanakan projek seperti kerja kuat, bertanggungjawab dan setia kepada organisasi, komited dan sedia berubah ke arah positif.

Menganalisis ciri pekerja berdasarkan cerita yang ditonton untuk mengenal pasti ciri seorang pekerja yang berjaya.

c. Peraturan dan undang-undang kerja

x Menyenarai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu kerja atau projek

(46)

39

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyatakan akta dan undang-undang yang berkaitan dengan pekerja

Perbincangan mengenai akta dan

undang-undang dalam bidang Rekaan dan Jahitan Pakaian. Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

x Menyatakan kesan mengabaikan peraturan dan undang-undang dalam mengurus kerja

Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber mengenai kesan pengabaian peraturan kerja. Contoh peraturan keselamatan di tempat kerja yang diabaikan boleh mengakibatkan kemalangan dan kerugian.

d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri pakaian

x Menyatakan akta yang melindungi alam sekitar

Ceramah atau perbincangan mengenai akta yang melindungi alam sekitar dan peranan industri pakaian dalam

melindungi alam sekitar.

x Menyenaraikan peranan industri pakaian dalam melindungi alam sekitar

Melibatkan diri dalam pertandingan membuat artikel dengan menggunakan perca fabrik untuk mengelakkan

(47)

x Menyatakan kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar

Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet mengenai kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar dan peranan setiap pekerja menjaga alam sekitar.

4.2 Keusahawanan

(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

a. Kemahiran berkomunikasi x Menyatakan maksud komunikasi Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

x Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan sopan semasa melayan pelanggan

Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan menonton video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan jahitan pakaian.

x Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain

Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan (networking) dalam konteks perniagaan jahitan pakaian.

(48)

41

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

b. Kemahiran membuat keputusan

x Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam projek rekaan dan jahitan pakaian

Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari

alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.

Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.

Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai.

c. Rancangan perniagaan x Mengenal pasti maksud rancangan perniagaan

Rancangan perniagaan ialah satu pelan yang menggariskan semua aktiviti dan tindakan yang perlu diambil dalam satu tempoh masa tertentu.

x Menyatakan tujuan menyediakan rancangan perniagaan

Soal jawab untuk mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

x Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah mengikut format

Membuat rancangan perniagaan yang mudah berkaitan projek yang

dilaksanakan mengikut format yang diberi.

(49)

d. Agensi yang membantu usahawan

x Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahawan

Mengumpul maklumat mengenai jenis perkhidmatan dan agensi yang berkaitan dengan industri pakaian seperti :

MARA dan MEDEC untuk bimbingan dan latihan.

FAMA agensi pemasaran. UDA agensi infrastruktur. BANK agensi kewangan.

e. Pemasaran x Menentukan harga jualan Harga jualan berdasarkan kos pengeluaran dan keuntungan.

x Memasarkan produk yang dihasilkan Memasarkan produk yang dihasilkan dalam projek tempahan.

Tumpuan diberi kepada menggred mengikut kualiti, membungkus, menetapkan harga, promosi dan pengurusan jualan (langsung, pesanan dan wakil penjual).

f. Peluang kerjaya dalam industri pakaian

x Mengenal pasti peluang kerjaya yang berkaitan dengan industri pakaian

Mencari maklumat melalui Internet dan buletin.

x Mengenal pasti potensi industri pakaian

(50)

43

BIDANG PELAJARAN /

UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

4.3 Projek kerjaya

(Cadangan peruntukan masa ialah 10 minggu)

a. Tempahan pakaian x Menerima tempahan pakaian Murid menerima tempahan pakaian.

x Menghasilkan pakaian Murid mengaplikasi kemahiran yang diperoleh untuk menghasilkan pakaian.

x Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan

Murid memberi khidmat nasihat mengenai stail pakaian, pemilihan warna dan hiasan yang sesuai dengan stail pakaian.

b. Peragaan hasil pakaian x Mengendalikan projek dan memperagakan hasil pakaian

Murid mempamerkan hasil pakaian pada hari keraian sekolah.

Melibatkan diri dalam pertandingan mereka stail pakaian.

Referensi

Dokumen terkait

ini protokol routing AOMDV lebih efisien daripada OLSR dapat disebabkan karena AOMDV memiliki fitur multipath sehingga dapat memilih jalur alternatif yang banyak,

2.1 Menunjukkan perilaku 2.1.1 Percaya diri saat jujur, disiplin, tanggung berkerja sama jawab, santun, peduli, dan melakukan percobaan percaya diri dalam suasana siang dan

memerlukan komponen kondisi fisik yang baik dalam hal teknik pukulan, untuk menghasilkan pukulan yang baik, pemain selain memiliki teknik pukulan yang benar juga perlu

Salah satu fungsi manajemen yang ikut berperan di dalam pengelolaan lembaga KUA Kecamatan Mare Kabupaten Bone adalah pergerakan atau pelaksanaan. Setiap kegiatan

Hasil penelitian ini sesuai dengan penelitian terdahulu yang dilakukan Adi Sugianto (2013) yang menyatakan bahwa tenaga kerja tidak berpengaruh signifikan terhadap

kebangsaan, kenegaraan dan peradapan terkait penyebab fenomena dan kejadian, serta menerapkan pengetahuan prosedural pada bidang kajian yang spesifik sesua dengan bakat

Any public offering of securities to be made in the United States will be made by means of an offering circular that may be obtained from the Company and will contain

Pada penelitian ini, analisis regresi berganda digunakan untuk menjawab hipotesis yang telah diajukan oleh peneliti untuk mengetahui besar pengaruh variabel