• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Kertas Kerja Pinjaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Kertas Kerja Pinjaman"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

CONTOH KERTAS KERJA

PENTERNAKAN KAMBING SECARA SISTEM

INTENSIF

DAN

SEPARA INTENSIF

DI

(2)

PENGENALAN 3

LATAR BELAKANG SYARIKAT 4 OBJEKTIF

SYARIKAT 4

KERTAS KERJA 5

PEMASARAN 5

PENGURUSAN SYARIKAT 7

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT 8

HARTA SYARIKAT 8

Asset Tetap 8

Asset Semasa 9

MODAL AWAL PROJEK YANG DIJALANKAN 9

KONSEP PENTERNAKAN 12

SISTEM PENTERNAKAN 12

ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN

UNTUK PEMBANGUNAN PROJEK TERNAKAN KAMBING 16

INFRASTRUKTUR 17

PROSPEK PROJEK 18

RUMUSAN 19

(3)

PENGENALAN

Permintaan daging kambing negara.

Pada amnya permintaan terhadap daging kambing ini terus meningkat dari tahuan ke tahun, sepertimana yang ditunjukkan rajah 1.

Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

Tahun 2002 2003 2005 2010

Pengeluaran 1.25 1.35 1.50 2.18

Permintaan 15.10 15.60 16.80 21.30

KSD(%) 8.01 8.33 8.93 10.23

Rajah 1

Untuk itu perlunya satu sistem pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan daging kambing tempatan dalam masa yang terdekat untuk mempertingkatkan pengeluaran tempatan bagi memenuhi permintaan daging kambing ini. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan impot barangan makanan.

(4)

LATAR BELAKANG SYARIKAT

{Nama Syarikat} telah ditubuhkan pada tahun ________. Syarikat ini banyak menumpukan aktiviti perladangan/penternakan.

Pada masa ini Syarikat mempunyai kontrak {masukkan aktiviti sedia ada syarikat} pembersihan ladang sawit seluas 17 ekar di Durian Tunggal Melaka.

Syarikat telah memulakan kerja-kerja penternakan kambing pada bulan Julai 2007 dengan permulaan sebanyak 10 ekor. Sehingga pada tarikh ini jumlah kambing yang dipelihara telah ditambah menjadi 20 ekor kesemuanya.

Oleh yang demikian, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan selain daripada memenuhi permintaan terhadap daging kambing negara.

OBJEKTIF SYARIKAT

Selama ini syarikat menumpukan pekhidmatan pembersihan lading sawit berjumlah 17 ekar dan lading getah seluas 6 ekar. Walaubagaimanapun pihak syarikat telah membuat satu pelaburan dalam bidang penternakan dengan membela kambing bagi mempelbagaikan aktivi dan pendapatan Syarikat.

Pengurusan syarikat, telah melaburkan sejumlah modal dan telah membina kandang kambing di Durian Tunggal, Melaka. Pada masa kini terdapat lebih kurang 20 ekor kambing yang dipelihara.

Syarikat bercadang untuk meluaskan dan mengembangkan lagi bidang penternakan kambing ini dengan menambah bilangan kambing di kandang yang telah dibina yang boleh memuatkan sebanyak 100 ekor kambing pada satu masa.

(5)

OBJEKTIF KERTAS KERJA

Objektif kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapat pinjaman modal untuk menambahkan bilangan ternakan kambing serta memperbesarkan lagi perniagaan ini disamping membeli mesin perincih makanan (rumput napier) dan bagi membeli makanan tambahan untuk kambing (pallet PKC/PKE).

PEMASARAN

Pemasaran ternakan kambing akan dilakukan sendiri. Kriteria yang digunakan bagi menentukan masa jualan ialah berat hidup. Kambing boleh mula dijual apabila mencapai berat badan antara 28 - 35 kg. Keyakinan bahawa daging kambing sentiasa mendapat pasaran adalah tinggi memandangkan permintaan terhadap daging kambing tempatan yang segar sentiasa ada dan bekalan di pasaran pula adalah tidak mencukupi.

Selain daripada itu konsep pemasaran seperti berikut juga akan dijalankan bagi menjual hasil daging kambing.

Pendekatan yang diambil adalah seperti:

a. Jualan sendiri:

Menjual kambing hidup kepada pelanggan yang sedia menawarkan harga yang baik dan menguntungkan.

b. Melalui Jabatan:

Perhubungan dua hala dengan agensi kerajaan bagi memasarkan hasil ternakan yang telah matang, seperti FAMA atau Syarikat Pembeli/Penyembelihan kambing yang besar dengan mengambil kira kos pengangkutan.

(6)

c. Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani:

Penjualan dilakukan melalui timbangan berat. Harga kambing yang dipelihara secara fidlot adalah lebih tinggi daripada kambing biasa, kerana mutu dagingnya lebih baik.

Contoh pengiraan jualan kambing secara terus :

Harga belian : RM300 Berat awal kambing : 20kg (a) Berat akhir kambing : 35kg (b)

Kadar kenaikan berat : b – a = 20kg Harga pasaran : RM16.00 – RM21.00 / kg Purata harga : RM18.00

Jumlah jualan : RM18.00 x 35 = RM630.00 Kos bagi 6 bulan/ekor = RM100.80

Untung kasar = RM630.00 – RM100.80 = RM529.20/ekor Untung bersih = RM529.20 – RM300* = RM229.20/ekor

(7)

PENGURUSAN SYARIKAT

Pengurus Besar - Pentadbiran dan Kewangan Mohammed Farid Sulaiman

Dilahirkan di Melaka, berumur 34 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepj.) daripada Universiti Teknologi Mara. Bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran dan Kewangan syarikat. Pengalaman beliau dalam bahagian pentadbiran dan kewangan banyak membantu dalam pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu beliau juga mempunyai pengalaman selama lebih kurang 4 tahun menternak lembu milik keluarga.

Pengurus Projek Ternakan

Halim Bin Amad

Beliau dilahirkan di Durian Tunggal, Melaka, berumur 40 tahun. Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan dan pengangkutan. Selain daripada itu beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan juga penternakan. Telah mengikuti kursus penternakan lembu kelolaan Jabatan Haiwan di Pusat Latihan Vaterinar, Perak.

Pengurus Pemasaran

Suhaimi bin Azlan

Seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda (kepj) Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara jurusan Pemasaran. Pencapaian akedemik yang amat cemerlang dengan menerima Anugerah Dekan sebanyak 3 semester. Mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mejayakan projek ini dalam bidang pemasaran.

Komitment Kerja yang tinggi adalah satu kelebihan kepada beliau serta kreatif merupakan nadi bagi memasarkan produk ternakan kambing ini untuk terus maju dan berdaya saing.

(8)

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT ARAH PADU

ENTERPRISE

HARTA SYARIKAT

Pada masa sekarang syarikat mempunyai sebuah lori (3 tan) dan sebuah van dan sebuah Toyota Hilux yang dimiliki sepenuhnya, kandang kambing dan kambing induk dan baka.

ASSET TETAP Perkara Nilai (RM) Kenderaan 150,000.00 Kandang kambing 6,000.00 Kambing 9,600.00 Jumlah 165,600.00 PENGURUS BESAR PENTADBIRAN & KEWANGAN PENGURUS

(9)

ASSET SEMASA

Tunai & Deposit

Baki di bank setiap bulan untuk kegunaan = RM2,400.00 tiap bulan.

Deposit Tetap

Simpanan tetap di bank RM5,000.00

MODAL AWAL PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

Pengurusan telah mengambil beberapa langkah inisiatif, dengan mengeluarkan modal sendiri untuk memulakan projek ternakan kambing. Tujuan modal ii adalah untuk membina kandang kambing, membeli baka kacukan dan tempatan (induk dan baka) dan kos-kos makanan.

Sehingga kini syarikat mempunyai sejumlah 20 ekor kambing yang dipelihara.

Perkara Nilai (RM)

Kandang kambing 6,000.00

Belian kambing 9,000.00

(10)

UNTUNG RUGI

BULANAN Perkara Debit/bulan Kredit/bulan Modal 12,000 Minyak / tol 1,500.00 Gaji pekerja 2,200.00 Telefon 100.00 Servis kenderaan 300.00 Bil bulanan : i. Kenderaan 900.00 ii. Sewa Rumah 550.00 iii. Pinj. Maybank 1,000.00 iv. Kad kredit 1,800.00

Jumlah 8,350.00 12,000.00

(11)

TAHUNAN

Cukai jalan/ Insuran (setahun)

Lori 4,500.00

Toyota Hilux 600.00

Motosikal 100.00

(12)

KONSEP PENTERNAKAN

Tujuan

Pihak syarikat memelihara kambing adalah untuk memperolehi baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara dan dijual untuk pengeluaran daging.

SISTEM PENTERNAKAN

Sistem penternakan dijalankan adalah secara intensif dan fidlot serta separa berkurung dengan dilepaskan dipadang ragut.

Sistem intensif dan fidlot

Sistem insentif dan fidlot memerlukan system kandang yang baik serta sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut secara bebas. Sistem fidlot akan memastikan makan dan minuman diberi secara teratur dan mengikut jadual. Antara makanan yang diberikan adalah palet, rumput dan garam jilat. Sistem pemeliharaan ini dilaksanakan untuk penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut yang luas. Pengurusan kandang perlu dilakukan secara berjadual oleh kerana tenakan tidak dilepaskan dan bagi memastikan keadaan kandang sentiasa bersih bagi mengawal penyakit berjangkit.

(13)

Sistem Separa Berkurung dan dilepaskan ke padang ragut

Sistem ini membolehkan di lepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Kelebihan sistem ini memberi kebebasan untuk ternakan meragut di padang ragut yang telah disediakan atau dikenalpasti. Cara ini juga mengurangkan tekanan atau stress kepada kambing ternakan. Kesihatan kambing mudah dipantau apabila kambing-kambing ini dihalau masuk kedalam kandang pada waktu petang.

Penyimpanan rekod

Setiap ternakan kambing akan memakai tag telinga yang bernombor untuk mengenal pasti dan merekod tentang keadaan dan situasi kambing berkenaan. Rekod-rekod pengurusan juga akan di kemaskini mengikut keperluan bagi memudahkan pegawai yang akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan projek ini. Dengan cara ini sudah pasti dapat mempertingkatkan lagi prestasi dan kecekapan pengurusan dan mengawal penyakit berjangkit.

Pemakanan

Makanan merupakan perkara penting untuk memastikan mutu dan kesihatan kambing pada tahap yang terbaik. Ia menjadi pendorong utama kepada sistem pengeluaran kambing. Tumbesaran kambing ternakan adalah terletak kepada factor pemakanan.

(14)

Makanan seperti palet yang dirumus oleh sebuah syarikat tempatan yang mempunyai mengandungi nilai nutrigent yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan ternakan kambing. kandungan nutrien adalah terdiri daripada berikut;

Nutrien Kandungan (%) Bahan Kering 90.4 Protein kasar 18.5 Lemak kasar 3.3 Gentian kasar 8.1 Abu ( Jumlah ) 5.4 Kalsium 0.05 Phosphorus 0.43 T.Metabolaizable Energy (mJ/kg) 12.12

Seekor ternakan dewasa memerlukan pemakanan sekitar 400 ke 500gm sehari, dengan demikian kos makanan seekor sebanyak 35 sen sehari. Rumput merupakan sumber yang amat digalakkan untuk menjadi sumber pmakanan ternakan kambing. Rumput Napier adalah rumput yang disyorkan untuk diberikan kepada binatang ternakan disebabkan rumput ini mudah untu ditanam dan di pantau tumbesarannya. Selain rumput daun kelapa sawit mengandungi serat yang tinggi, sesuai untuk diberikan kepada ternakan kambing.

(15)

Pengurusan bercadang untuk menternak kambing dari baka katjang (baka kambing tempatan) sebagai baka asas di permulaan program. Manakala kambing jantar adalah dari baka jamnapari yang akan dikacukkan dengan kambing katjang supaya boleh menghasilkan baka kambing yang berkualiti dan bermutu. Dengan cara ini hasil kelahiran baka kambing atau anak kambing tadi adalah dari baka yang bermutu yang mempunyai daging yang amat baik.

Anak kambing yang dikacuk ini boleh mencapai berat sehingga 30 ke 50 kg dalam tempoh lebih lebih kurang 6 hingga 8 bulan. Oleh itu ternakan kambing ini boleh dijual dengan harga yang tinggi dan dalam tempoh yang singkat. Jesteru dengan sistem ternakan ini akan dapat mempertingkatkan pertumbuhan industri ternakan kambing tempatan. Baka kambing katjang atau tempatan dipilih kerana beberapa ciri yang terdapat pada baka ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri ini menyumbang kepada kualiti baka kacukan yang dihasilkan, diantaranya

termasuklah:-1. Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing. 2. Kadar kelahiran yang baik,

(16)

ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK

PROJEK TERNAKAN KAMBING

Bagi tujuan untuk memperbesarkan lagi projek penternakan kambing adalah seperti Jadual 1 di bawah :

Ladang Kambing

Kos Pembangunan Jadual 1

Bil.

Unit Kos/Unit Jum Kos

1. PEMBANGUNAN TANAH

i) Penanaman Rumput

Napier 3ekar 700 2,100

2. PEMBAIKAN BANGUNAN LADANG

i) Setor & Rumah Pekerja 1 12,000 12,000

ii) Kandang & pagar 1 60,000 60,000 3. LETRIK & UTILITI 2,500 2,500 4. PERALATAN LADANG 1 3,500 3,500

JUMLAH (A) 80,100

5. PEMBELIAN KAMBING

Baka Pejantan 4 1,500 6,000

Baka Induk Betina 100 500 50,000

JUMLAH (B) 56,000

(17)

INFRASTRUKTUR

Kandang kambing dibuat menggunakan kayu serta beratapkan zink. Tinggi lantai daripada tanah adalah kira-kira 6 kaki. Setiap ekor ibu diberikan keluasan 9 kaki persegi.

Konsep kandang yang akan dibina adalah berdasarkan kepada gambarajah dibawah :-

Masukkan gambarajah dan ukuran kandang kambing yang dicadangkan

Kandang yang baru ini akan dapat menampung antara 100 hingga 200 ekor kambing pada satu-satu masa.

PROSPEK PROJEK

Bagi pembangunan projek ternakan kambing ini ke peringkat komersil memerlukan kos yang dianggarkan sebanyak RM100,000 hingga RM150,000.

Ternakan kambing merupakan projek yang berdaya maju dan komersil, berdasarkan kepada benchmark yang dinyatakan. Saiz minima projek ialah 3 ekor pejantan dan 100 ekor ibu. Modal untuk membangunkan projek yang 100% baru ialah melebihi RM 200,000.00. Kadar pulangan dalaman(IRR) ialah 13% dengan titik pulangan modal diperolehi pada tahun yang ke 6.

Untuk projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula projek ke tahap komersil memerlukan kos sebanyak RM 100,000 hingga RM150,000 sahaja. Bagi projek transformasi ini Kadar Pulangan Dalaman(IRR) ialah sebanyak 16% dan titik pulangan modal pada tahun ke 5 juga.

(18)

RUMUSAN

Nam Syarikat bercadang untuk menambahkan jumlah bilangan kambing dan membesarkan keluasan kandang bagi tujuan mencapai tahap komersil yang boleh keuntungan.

Dengan pembangunan dan penambahan ternakan kambing ini ke tahap komersial dapat meningkatkan dan mempercepatkan proses pengeluaran daging kambing dengan cara yang bersistematik. Dengan itu pengurusan berharap agar dapat membantu kerajaan untuk mengurangkan daging ternakan import yang semakin tinggi pada setiap tahun.

Diharap dengan pembentangan kertas Kerja ini dapat membantu syarikat kami untuk memperolehi modal tambahan bagi membangunkan projek ternakan kambing yang merupakan komiditi yang terpenting pada masa kini. Secara tidak langsung dapat memberi pendapatan yang lumayan kepada usahwan didalam bidang ini.

(19)

LAMPIRAN

1. SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT ANDA

2. SIJIL BERKAITAN DENGAN SYARIKAT SEPERTI

KEMENTERIAN KEWANGAN DAN LAIN-LAIN

3. SIJIL KELULUSAN PENGURUSAN

4. SIJIL PENYERTAAN KURSUS PERTANIAN OLEH

PENGURUSAN

Referensi

Dokumen terkait

Setelah auditor mengembangkan tujuan audit spesifik untuk saldo akun atau golongan transaksi yang material, selanjutnya ia akan mengembangkan prosedur audit yang

Hasil penelitian ini dapat digunakan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan menambah informasi khususnya di bidang keperawatan tentang posisi tubuh saat bekerja

Secara teoritis hasil penelitian ini diharapkan dapat menambah dan mengembangkan khasanah ilmu pengetahuan Kesehatan Masyarakat, khususnya bidang Keselamatan dan

Setelah auditor mengembangkan tujuan audit spesifik untuk saldo akun atau golongan transaksi yang material, selanjutnya ia akan mengembangkan prosedur audit yang dapat digunakan

Setelah auditor mengembangkan tujuan audit spesifik untuk saldo akun atau golongan transaksi yang material, selanjutnya ia akan mengembangkan prosedur audit yang

Bibliografi/rujukan perlu dinyatakan sebagai penghormatan kepada penulis terdahulu yang telah menulis tentang bidang atau tajuk yang kita tulis dan ia juga untuk mengelakkan

 Penetrasi Pasar, yaitu usaha pemasaran yang agresif pada pasar yang ada.  Pengembangan Pasar, yaitu usaha untuk meluaskan pasar.  Pengembangan Produk yaitu

Diharapkan untuk peneliti selanjutnya untuk mengkaji lebih dalam dan mengembangkan variabel penelitian yang ada agar dapat menambah variabel atau menggunakan indikator yang berbeda