• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROPOSAL KAJIAN ILMIAH JNAYAH REMAJA.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROPOSAL KAJIAN ILMIAH JNAYAH REMAJA.docx"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1. Bidang kajian:

Menjelaskan bidang khusus bagi kajian yang akan dilaksanakan terhadap permasalahan jenayah bunuh di kalangan remaja yang meruncing sejak akhir-akhir ini.

2. Tajuk:

Kecenderungan Remaja dalam Jenayah, Faktor dan Cara Mengatasinya: Satu Kajian di Daerah Kajang

3. Penulisan Bab-Bab dalam Proposal Kajian Ilmiah

Dalam penulisan proposal tesis, ia melibatkan lima bab iaitu Bab 1:

Pendahuluan, Bab 2 : Sorotan Kajian dan Bab 3 : Metodologi Kajian, Bab 4: Analisis Kajian Dan Bab 5 Perbincangan, Rumusan dan Cadangan

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Skop Kajian

1.8 Kerangka Konseptual Kajian 1.9 Definisi Operasional

(2)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Jenayah merupakan masalah yang sering dibicarakan dalam komuniti hari ini. Ia tidak lagi melanda masyarakat membangun tetapi telah turut melanda masyarakat sedang membangun seperti Malaysia. Kini, masalah ini telah melanda kawasan bandar mahupun kawasan luar bandar. Akan tetapi, remaja yang merupakan aset negara paling beharga seringkali dikaitkan dengan isu jenayah di negara kita. Kejadian jenayah dikalangan remaja telah menggambarkan betapa serius dan kritikalnya permasalahan jenayah di negara ini.

Adapun setiap masa, di media massa memaparkan kenyataan para pemimpin negara yang mendakwa masalah jenayah berada pada tahap yang terkawal, tetapi untuk melalui masa depan yang masih panjang sudah tentu masalah ini merupakan suatu perkara yang amat membimbangkan. Ia menjadi suatu tragedi yang menakutkan apabila para remaja telah mula terperangkap dengan permasalahan jenayah ini.

Diantara jenayah yang sering berlaku di kawasan bandar mahupun luar bandar ialah seperti masalah memperdagangkan manusia, jenayah siber, penyalahgunaan dadah, ketagih alkohol, aktiviti seks bebas, kes buang bayi, lumba haram, perlakuan sumbang mahram dan kes mencabul kehormatan yang berlaku di kalangan ahli keluarga, kes rogol, merompak, penyalahgunaan dadah, mat rempit dan juga pecah rumah.

(3)

Jesteru itu, kajian ini dibuat adalah untuk cuba mengupas permasalahan jenayah yang melibatkan remaja dengan lebih jelas di mana ia melibatkan beberapa perkara yang perlu dibincangkan berkaitan latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, metodologi kajian, kepentingan kajian dan kesimpulan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Penglibatan remaja di dalam perlakuan jenayah amat membimbangkan masa depan negara. Kebanyakkan remaja yang terlibat dengan gejala sosial lebih cenderung untuk melakukan jenayah. Pelbagai jenis salah laku yang diketegorikan sebagai jenayah membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda di dalam masyarakat yang melibatkan remaja. Selain itu, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kecenderungan jenayah berlaku dikalangan remaja antaranya ialah permaslahan yang berpunca daripada diri sendiri, keluarga, taraf hidup, pergaulan sesama manusia dan sebagainya.

Di daerah Kajang terdapat pelbagai kes jenayah yang melibatkan remaja. Kecenderungan kes-kes jenayah inilah yang telah membawa penyelidik untuk membuat kajian berhubung dengan permasalahan jenayah dikalangan remaja tersebut. Kertas kerja ini meninjau penglibatan remaja dalam jenayah yang lebih tertumpu di kawasan Daerah Kajang memandangkan Daerah Kajang mempunyai kadar jenayah yang agak tinggi mengikut kadar kepadatan populasi penduduk setempat yang begitu ramai.

Melihat kepada permasalahan yang wujud, timbul pelbagai persoalan kajian mengenai punca, ciri-ciri, latar belakang remaja yang terlibat, langkah serta kesan jenayah dikalangan remaja seterusnya mencapai objektif kajian di dalam mengenal pasti permasalahan serta langkah pencegahan jenayah tersebut.

(4)

Oleh yang demikian, pelbagai pihak tidak seharusnya memandang remeh terhadap isu jenayah yang melibatkan remaja. Pelbagai langkah seharusnya diambil dan dinyatakan dalam kajian ini sebagai cara untuk mengurang serta membendung jenayah tersebut daripada terus berlaku.

1.3 Permasalahan Kajian

Terdapat beberapa permasalahan kajian yang timbul iaitu pertama berlaku peningkatan kes jenayah yang melibatkan golongan remaja. Kejadian jenayah banyak berlaku di kalangan remaja yang rata-rata terdiri daripada remaja bawah umur. Remaja masa kini semakin berani melakukan jenayah sama ada meragut, samun, pecah rumah, merogol malahan kejadian jenayah yang paling berani dilakukan ialah melibatkan nyawa manusia sehingga membunuh.

Permasalah kedua ialah pembabitan remaja dalam jenayah ini melibatkan remaja lelaki dan perempuan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Paling menyedihkan sepertimana dilihat di media massa, remaja yang paling banyak melakukan jenayah adalah terdiri daripada kaum Melayu.

Ketiga, kurangnya penerangan, kajian dan pendedahan mengenai hukuman terhadap kesalahan jenayah oleh media massa, elektronik dan juga pihak berkuasa. Kejadian jenayah yang berpunca dari keruntuhan akhlak remaja seperti isu rogol, pembuangan bayi luar nikah, ragut, mat rempit telah banyak dibahaskan dalam berapa kajian atau dipaparkan di media massa sedangkan kes jenayah berat seperti isu dadah,

(5)

pembunuhan, rompakan bersenjata serta jenayah bersendikit kurang ditimbulkan dikalangan pengkaji.

Permasalah kajian yang kelima ialah kebanyakkan pesalah remaja yang telah menjalani hukuman masih lagi tidak mempunyai kesedaran serta telah mengulangi perbuatan jenayah yang sama.

Seterusnya, permasalahan kajian ialah masalah keruntuhan akhlak berkait rapat dengan kecenderungan remaja untuk melakukan jenayah. Namun begitu, masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja bagaikan tidak berkesudahan dan makin mejadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Keruntuhan akhlak remaja berlaku di mana sahaja sama ada di bandar atau diluar bandar. Hal sedemikian, menunjukkan bahawa perlunya kajian yang lebih mendalam lagi mengenai fator-faktor tercetusnya keruntuhan akhlak remaja sehinngga menyebabkan kejadian jenayah berlaku dan usaha menangani kruntuhan akhlak tersebut sama ada berkesan atau sebaliknya.

bukan lagi terjadi di sekitar bandar sahaja, malahan masa kini kejadian jenayah juga berlaku di kawasan luar bandar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dengan lebih menyeluruh dan terperinci mengenai punca-punca jenayah berlaku di kalangan remaja dan dan cara mengatasinya. Antara objektif kajian tersebutialah:

i. Mengenal pasti kecenderungan kesalahan jenayah yang sering dilakukan oleh remaja.

ii. Mengenal pasti latar belakang remaja yang melakukan jenayah. iii. Mengenal pasti jenis kesalahan jenayah yang dilakukan remaja.

iv. Mengenal pasti cara untuk mengatasi kegiatan jenayah yang makin berleluasa di kalangan remaja.

v. Mengenal pasti sama ada hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan atau sebaliknya.

(6)

1.5 Persoalan Kajian

Di antara persoalan kajian ialah:

i. Apakah faktor-faktor jenayah berlaku dikalangan remaja?

ii. Apakah jenis-jenis salah laku jenayah yang dilakukan oleh remaja?

iii. Apakah kesan jenayah dikalangan remaja?

iv. Bagaimana cara mengatasi kegiatan jenayah di kalangan remaja?

v. Apakah hukuman yang dijatuhkan terhadap jenayah memadai dengan kesalahan yang dilakukan?

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Skop Kajian

Menurut Ahmad Sunawari Long (2005:40) di dalam buku Pengenalan Metadologi Penyelidikan Pengajian Islam, Skop kajian ini terbahagi kepada tiga skop iaitu:

a) skop masa b) skop tempat

c) skop subjek kajian.

(7)

Di dalam menjalankan kajian ini, penyelidik lebih tertumpu kepada skop kajian yang melibatkan skop masa di mana, penyelidik menjalankan kajian pada masa kajian ilmiah ini sedang disiapkan iaitu pada semester 7 dan 8 sesi 2015/2016.

b) Skop Tempat

Mengenai skop tempat pula, penyelidik menjalankan kajian melibatkan jenayah di sekitar Daerah Kajang sahaja.

c) Skop Subjek Kajian

Penyelidik juga menjalankan kajian terhadap skop subjek kajian iaitu memberi tumpuan kajian kepada golongan remaja yang melakukan kesalahan jenayah. Ini adalah kerana golongan remaja lebih banyak terlibat dengan kesalahan jenayah yang kian membimbangkan negara ini.

Seterusnya penyelidik akan memberi sedikit pandangan atau komentar serta kesimpulan daripada hasil kajian yang telah dijalankan terhadap remaja yang melakukan kesalahan jenayah di Daerah Kajang.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh penyelidik di dalam menjalankan kajian ini dan bertujuan untuk memberi penjelasan bagaimana kajian dijalankan, data-data diperolehi dan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat. Perkara-perkara yang disentuh dalam bab ini melibatkan reka bentuk kajian, responden kajian, tempat dan lokasi kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan dan penganalisaan data.

1.8.1 Metodologi Penentuan Subjek

i. Penyelidik menentukan tajuk latihan ilmiah berdasarkan kepada pembacaan awal dari pelbagai buku, majalah, akhbar, internet serta

(8)

lepas.

ii. Penyelidik berbincang dengan pensyarah dalam penetapan dan pemilihan tajuk latihan ilmiah.

iii. Setelah mendapat tajuk yang sesuai untuk dikaji, penyelidik membahagikan beberapa tajuk kecil mengikut kesesuaian bab.

1.8.2 Metodologi Pengumpulan Data

Menerusi metode pengumpulan data, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul, menghurai serta menerangkan segala maklumat yang berkaitan dengan topik atau isi kajian tersebut. Melalui kaedah ini, penyelidik melibatkan kaedah yang merangkumi perkara berkaitan seperti berikut:

1.8.2.1 Tinjauan Luar

Penyelidik mendapatkan maklumat melalui tinjauan luar iaitu

menumpukan kajian tersebut di Daerah Kajang sahaja. Penyelidik akan pergi mendapatkan maklumat di IPD Kajang melalui temuramah dan juga semakan rekod dan fail-fail kesalahan jenayah yang melibatkan remaja serta mendapatkan perolehan maklumat di Pejabat Daerah Kajang untuk mengetahui statistik penduduk di kalangan remaja sekitar Daerah Kajang.

1.8.2.2 Observasi ( Pemerhatian)

Penyelidik juga menggunakan kaedah observasi di mana penyelidik membuat pemerhatian dari segi hukuman yang dikenakan terhadap pesalah remaja yang melakukan kesalahan jenayah.

Segala maklumat diperolehi daripada hasil pemerhatian penyelidik terhadap rekod kesalahan jenayah terutama di dalam mendapatkan jumlah statistik kesalahan berserta jenis kesalahan jenayah yang dilakukan.

(9)

1.8.2.3 Temubual

Temubual juga merupakan satu kaedah atau instrumen yang biasa digunakan dalam penyelidikan. Penyelidik dikehendaki menemubual Pegawai Polis Daerah Kajang untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan topik kajian. Penyelidik membuat persediaan dengan membentuk beberapa soalan untuk diajukan kepada responden dan segala respon yang diberikan akan dicatat dan direkod di dalam simpanan penyelidik untuk menghasilkan kajian ilmiah ini.

1.8.2.4 Metode Penyelidikan Perpustakaan

Penyelidik menggunakan metode penyelidikan perpustakaan berpandukan pada rujukan data primer iaitu maklumat diperolehi daripada buku, jurnal, akhbar, artikel, rencana dan tesis berkaitan topik kajian yang kebanyakkannya diperolehi dari beberapa buah perpustakaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Penulis juga menggunakan teknologi maklumat seperti kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat. Metode penyelidikan perpustakaan ini kebanyakkannya disentuh dalam bab kedua dan keempat berkaitan ta’rif jenayah, jenayah mengikut hukum syara’, jenis-jenis kesalahan jenayah, ta’rif remaja, proses pembangunan remaja, cabaran dan tekanan zaman remaja.

1.8.2.5 Internet

Melalui kaedah ini pula pengkaji telah mencari maklumat berkaitan melalui internet.

1.8.3 Metodologi Analisis Data

Analisis data mengenai soalan kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa struktur dengan Pegawai Polis Daerah Kajang untuk mendapatkan maklumat mengenai topik kajian.

Antara maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis kecendrungan jenayah, kekerapan, punca berlakunya dikalangan remaja dan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah remaja yang melakukan jenayah.

(10)

dan di analisis. Pemperosesan data melibatkan aktiviti-aktiviti mengumpul, mengolah, menganalisis, menyimpan dan mengeluarkan data ke dalam computer. Di dalam pemperosesan data, penyelidik juga menggunakan kaedah statistik dengan mengambil kaedah jenis, bilangan dan peratusan.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini amat penting untuk memberi maklumat kepada penyelidik bekaitan kesalahan jenayah yang dilakukan dikalangan remaja memandangkan kebelakangan ini terdapat banyak kes jenayah brlaku mlibatkan remaja. Melalui kajian ini, penyelidik dapat mengenalpasti apakah ksalahan jenayah yang kerap dilakukan oleh remaja terutama di Daerah Kajang.

Melalui kajian ini, segala penemuan hasil kajian serta maklumat yang diperolehi dapat digunakan untuk membantu semua pihak di dalam membendung penglibatan remaja di dalam kesalahan jenayah tersebut.

(11)

BAB II ASAS AMALAN DAN KAUNSELING ISALM DALAM MENANGANI MASALAH KEMURUNGAN

2.1 Pengenalan

2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kemurungan 2.2.1 Keluarga

2.2.2 Masalah pembelajaran 2.2.3 Masalah sosial

2.2.4 Masalah kewangan 2.3 Asas Amalan Kaunseling Islam

2.4 Proses Kaunseling Islam dalam Menangani Kemurungan 2.4.1 Definisi Kaunseling Islam

2.4.2 Proses kaunseling Islam Menagani Kemurunga

2.5 Nilai Dakwah/Rawatan Rohani dalam Proses Kaunseling Islam 2.5.1 Definisi Dakwah

2.5.2 Nilai Dakwah dalam Proses Kaunseling Islam 2.6 Etika Kaunselor Muslim

(12)

BAB 3: ORGANISASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

3.1 Pengenalan

3.2 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) 3.3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik

3.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling 3.5 Latar Belakang Kaunselor

3.6 Rumusan

BAB 4: LATAR BELAKANG SOSIO DEMOGRAFI DAN MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR

4.1 Pengenalan

4.2 Jumlah dan taburan responden 4.3 Latar belakang Responden 4.3.1 Umur dan Jantina

4.3.2 Latar belakang Pendidikan Keluarga 4.3.3 Pekerjaan Ibu Bapa

4.3.4 Pendapatan keluarga 4.4 Rumusan

BAB 5: PROSES KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGALAMI KEMURUNGAN

(13)

5.2 Persediaan Untuk Sesi Kaunseling 5.3 Langkah Dalam Proses Kaunseling

5.3.1 Mengenal Pasti Identiti dan Menerima Responden 5.3.2 Mewujudkan Suasana Mesra

5.3.3 Mendengar dan Menentukan Masalah 5.3.4 Merumuskan Kesimpulan Sementera

5.3.5 Membantu Responden Memecahkan Masalah dan Membuat Keputusan

5.3.6 Memberi penerangan Kepada Responden

5.4 Kekerapan Responden menyertai Sesi Kaunseling

5.5 Keputusan Responden Selepas Menyertai Sesi Kaunseling 5.5.1 Meneruskan pengajian

5.5.2 Berjanji Akan Berubah

5.5.3 Boleh Menerima Permasalah Keluarga 5.54 Lebih Termotivasi

5.6 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Rohani Dalam Proses Kaunseling

5.6.1 Hak dan Tanggungjawab Pelajar

5.6.2 Hukum Hakam Bertingkah Laku negetif 5.6.3 Kelebihan Berzikir

5.6.4 kelebihan Doa 5.6.5 Kelebihan Berwirid 5.7 Rumusan

(14)

6.1 Pengenalan

6.2 Ringkasan Hasil Kajian

6.2.1 Proses Kaunseling dan Perlaksanaannya

6.2.2 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Islam dalam Kaunseling

6.2.3 Latar belakang Pegawai Psikologi

6.2.4 Latar Belakang Pelajar Yang Mengalami Kemurungan 6.2.5 Kemurungan

6.2.6 Faktor Kejayaan / Kegagalan Kaunseling 6.3 Implikasi Hasil Kajian

6.4 Cadangan

6.5 Cadangan Kajian Akan Datang RUJUKAN

LAMPIRAN

(15)

NO

PERANCANGAN 1

Semester 1: September- November Kertas Cadangan Proposal

Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal

Semester 2: Januari : Mengumpulkan dan mengolah bahan penyelidikan

Februari: Temu bual dengan kaunselor untuk mendapatkan

maklumat pelajar yang mengalami kemurungan.

Mac: Membuat soal selidik

April: Mengedarkan borang soal selidik

April – Ogos : Mengadakan sesi kaunseling pendekatan Islam

menurut teori al-Ghazali

Semester 3: September : Mendapatkan hasil dapatan kaunseling Islam yang “

dijalankan ke atas responden. Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.

Semester 4: Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika perlu

(16)

1.2 Jangkaan Penerbitan

Penerbitan dijangkakan pada akhir semester setelah menyelesaikan penambahbaikan jika berkaitan.

Referensi

Dokumen terkait

Perlu dilakukan penelitian lanjutan untuk mengidentifikasi lebih jelas mengenai aktivitas fisik dan stres pada remaja putri yang mengalami sindrom pramenstruasi,

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui apakah Faktor Keteladanan dalam Pendidikan Karakter pada Anak Remaja (Kajian Pemikiran Ki Hadjar Dewantara) dapat menjadi acuan

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kajian ini masih tidak mampu untuk memberi satu gambaran yang jelas tentang perbezaan signifikan di kalangan remaja lelaki dan perempuan

Kajian terhadap peranan televisyen sebagai ejen sosialisasi dan pengukuhan nilai dan identiti remaja di Bandar Pekanbaru, Riau Indonesia, bertujuan untuk mengenalpasti 1)

Kegiatan ini bertujuan untuk memberi pelatihan pembuatan proposaal penelitian dan penulisan karya ilrniah remaja bagi guru pembina dan siswa SMAN

Pelaksanaan kegiatan Pelatihan Ilmiah Remaja Gabungan (PIRG) ke-3 Tahun 2016 sebagai usaha untuk memajukan dan meningkatkan kualitas KIR sekolah jejaring demi

Peserta kegiatan dari Pelatihan Ilmiah Remaja Gabungan (PIRG) Ke-2 Tahun 2015 adalah mencakup siswa SMP-SMA dengan didaftarkan melalui sekolah untuk ikut turut

3.1.2 Sistem Baru Sistem Kendali Arsip Kepegawaian SIKASEP pada Balai Sosial Bina Remaja “Karya Mandiri” dibuat untuk dapat mencoba memberikan solusi untuk permasalahan manajemen