• Tidak ada hasil yang ditemukan

Edisi Oktober Sumber berita atas talian iaitu Rubber Journal Asia edisi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Edisi Oktober Sumber berita atas talian iaitu Rubber Journal Asia edisi"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Artikel disumbangkan oleh:

Haribala A/L Gopal • Mohd Andian M. Anuar • Md Sodiqin Md Salleh • Azira Ahmad

Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin

Sumber berita atas talian iaitu

Rubber Journal Asia” edisi

Oktober 2017, Kampung Sungai Kerawaiin di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan telah menjadi kampung pertama di negara ini untuk pembuatan jalan getah. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata meskipun kos awal yang tinggi untuk jalan satu kilometer, penyelenggaraan akan lebih rendah dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata terdapat rancangan untuk memperluaskan penggunaan teknologi “Bitumen Modal Cuplump” di kampung-kampung lain disebabkan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Edisi Oktober 2017

Kaedah ini juga akan menggunakan getah yang lebih baik dan mewujudkan permintaan yang mampan untuk getah, membantu menyediakan 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah di negara ini dengan pendapatan yang stabil. Satu kajian oleh Lembaga Getah Malaysia mendedahkan bahawa 4.2 tan cuplump diperlukan untuk menghalang satu kilometer jalan getah. Walaupun kos 15% -20% lebih tinggi berbanding kaedah “paving” jalan konvensional, ia mempunyai ketahanan yang lebih lama. Pembuatan jalan getah menggunakan teknologi ini telah diuji di jalan-jalan di Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.

(2)

Mukasurat 2 dari 11 Pada 03 Oktober 2017, pihak

Continental Tires Holdings telah menjalankan lawatan di kilang MPSB Mentakab. Wakil dari pihak Continental Tyres terdiri daripada Mr Renzo M. Gonzalez, ‘Managing Director’ dan juga Mr Arnold Yeo, ‘Senior Manager’ di bahagian ‘Global Purchasing’.

Lawatan tersebut merangkumi bahagian pemprosesan di kilang dan pusat pengumpulan getah kepunyaan Encik Sahbudin di Mukim Semantan, Lanchang, Pahang. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pihak Continental Tires dalam urusan pembelian hingga penghasilan produk seterusnya proses penghantaran.

Selain itu juga, pihak Continental Tires mengesyorkan pemeriksaan menyeluruh bermula daripada pemilihan bahan mentah (cup lump) bagi mencapai spesifikasi dan penghasilan produk yang berkualiti tinggi yang bebas dari sebarang pencemaran.

• Azira Ahmad (Ibu Pejabat)

Gambar 1: Pihak pengurusan MARDEC bersama Mr Renzo & Mr Arnold Yeo

Gambar 2: Encik Yazid Yusop menerangkan proses yang dilakukan di tempat pengumpulan getah

milik Encik Shabudin

Gambar 3: Encik Yazid Yusop bersama Mr Renzo di bahagian pengumpulan “raw material”

(3)

Mukasurat 3 dari 11 Gambar 4: Encik Nasir dan Encik Aizat

bersama Mr Arnold Yeo melawat kawasan sekitar MPSB Mentakab

Gambar 5: Mr Renzo dibawa melihat kawasan “feeding station”

Gambar 6: Mr Teoh Ee Seng bersama Encik Palan melihat buku rekod “dryer”

Gambar 7: Pemeriksaan “bale” sebelum proses pembungkusan

(4)

Mukasurat 4 dari 11 Pada 06 Oktober 2017, pihak “trader”, Grand Focus International Pte. Ltd, dari Singapura telah melawat kilang MPSB Baling. Pihak Grand Focus adalah pelanggan kepada BIV Commodities yang membeli SMR 20. Encik Nasir Mat Saad, Head of Malaysia Midstream Operations bersama pihak pengurusan MPSB Baling turut serta dalam lawatan ini. Lawatan bertujuan bagi memastikan MPSB Baling mencapai spesifikasi dan menghasilkan produk berkualiti tinggi seperti yang dikehendaki. • Haribala A/L Gopal (MSPB Baling)

Gambar 8: Kehadiran wakil dari pihak Grand Focus International Pte. Ltd.

Gambar 9: Encik Nasir Mat Saad bersama Mr Ng Choong Ngee, wakil “trader” dari Grand Focus

Gambar 10: Encik Redza Asri, pengurus kilang menerangkan mengenai operasi kilang dan produk

(5)

Mukasurat 5 dari 11 Pada 05 Oktober 2017, wakil dari

syarikat “Helios Commodities Pte Ltd”, Mr Tan Xing Yu dan juga Mr Cai Renhang, wakil dari “Wuchan Zhongda Utech Co. Ltd”, Singapura telah melawat kilang MPSB Mentakab. Tujuan lawatan mereka adalah untuk melihat dengan lebih dekat mengenai proses penghasilan Standard Malaysian Rubber (SMR).

Lawatan dimulakan dengan perbincangan ringkas mengenai trend pasaran getah semasa, diikuti dengan pembentangan mengenai latar belakang MPSB Mentakab oleh penolong pengurus kilang, Encik Esamsuri. Kunjungan ini meneruskan lawatan ke kawasan simpanan “raw material”, bahagian pemprosesan, pembungkusan, “warehouse” dan juga makmal.

• Md Sodiqin Md Salleh (Ibu Pejabat)

Gambar 11: Mr Tan Xing Yu dan Mr Cai bersama pihak pengurusan MPSB Mentakab dan Ibu Pejabat iaitu;

(6)

Mukasurat 6 dari 11 Gambar 12: Lawatan di bahagian

pemprosesan

Gambar 13: Perbincangan di bahagian “warehouse”

Gambar 14: Lawatan di bahagian pemprosesan

(7)

Mukasurat 7 dari 11 Tujuan garis panduan ringkas ini

adalah untuk menyediakan pelan sistematik dan pendekatan objektif dalam mengenal pasti, mengakses dan mengawal faktor risiko ergonomik yang berkaitan dengan tugas dan aktiviti seharian di tempat kerja. Garis panduan ini memberi perhatian kepada majikan, pekerja, pengamal keselamatan dan kesihatan untuk mengakses tahap risiko ergonomik bagi melaksanakan langkah kawalan yang lebih berkesan berdasarkan risiko yang dikenalpasti.

Pada masa ini, terdapat banyak kes-kes penyakit pekerjaan yang disebabkan oleh faktor risiko ergonomik yang dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.

Sebagai contoh adalah posisi dan cara menampung beban ketika dalam keadaan duduk dan berdiri. Cara mengangkat beban yang salah akan

menjejaskan produktiviti pekerja, cuti sakit berpanjangan, dan juga kos pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, posisi ergonomik penting bagi kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

Berat/beban yang disyorkan untuk kedudukan duduk

• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)

Posisi yang baik: Lengan atas sejajar

dengan tegak

Posisi yang kurang baik: Lengan atas yang terbentur dari badan

Posisi yang boleh memudaratkan: Badan membongkok ke

(8)

Mukasurat 2 dari 11 Liga Kejohanan Badminton anjuran

MPSB Kuala Berang telah diadakan pada 12 Oktober dan 20 Oktober 2017. Kejohanan selama dua hari ini telah diadakan di Dewan Badminton Kampung Batu 24 di Kuala Berang, Terengganu. Liga ini berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Kejohanan ini dianjurkan bagi melengkapkan jadual / tentatif program tahunan MPSB Kuala Berang yang akan mengadakan Kejohanan Badminton sekurang-kurangnya sekali setahun. Kejohanan ini telah disertai seramai 16 peserta yang merangkumi keseluruhan bahagian kerja dan jabatan di MPSB Kuala Berang.

Acara yang dipertandingkan adalah beregu lelaki dan berikut merupakan senarai peserta yang menyertai kejohanan ini: Kumpulan A Sudin Nazir Pauzi Rahman Rani Bahrom Fattah Henry Kumpulan B Fauzi Azhar Asraf Rosyam Ezzaq Yusof Andy Syahrail

• Mohd Andian M. Anuar (MPSB Kuala Berang)

Gambar 15: Peringkat suku akhir sedang berlangsung

Gambar 16: Beregu Juara sedang berentap

(9)

Mukasurat 2 dari 11 dirangkul beregu Asraf & Rosyam daripada kumpulan B. Kejohanan yang diadakan ini adalah hasil usaha ‘Team Badminton’ MPSB Kuala Berang dan ianya secara tidak langsung mampu menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan para peserta. Diharap aktiviti riadah ini dapat menjadi satu platform bagi mengeratkan silaturrahim sesama pihak pengurusan dan kakitangan.

Naib Juara: Asraf & Rosyam Juara:

Rani & Bahrom

Gambar 17: Hamper hadiah yang menjadi rebutan semua peserta kejohanan

(10)

Mukasurat 3 dari 11 Pada 26 dan 27 Oktober 2017, unit

Teknikal dan Pembangunan Produk dengan kerjasama MPSB Mentakab telah menjalankan kursus “POKA YOKE” iaitu kursus “Mistake Proofing Towards Zero Defects”. Tenaga pengajar dari Training.Com Asia iaitu Encik Sudesh Vadialoo telah dijemput oleh pihak Jabatan Sumber Manusia untuk berkongsi ilmu dan teknik-teknik berkenaan dengan POKA YOKE. Kursus ini dijalankan selama dua hari di MPSB Mentakab dan dihadiri wakil dari Ibu Pejabat dan juga wakil dari setiap MPSB, MIL dan MPOL.

POKA YOKE adalah satu konsep dalam keupayaan syarikat untuk melaksanakan sistem inventori yang baik, membolehkan syarikat menyediakan kehendak pelanggan yang secukupnya bagi mengekalkan kesetiaan dan keuntungan organisasi MARDEC secara amnya. Kursus POKA YOKE secara langsung memberi panduan kepada tahap pencapaian sebagai contoh; menghapuskan punca kesilapan kecil, melakukan dengan betul pada kali pertama, dan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan. Diharap wakil setiap kilang dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus dijalankan.

• Muhammad Hamizan Abu Hassan (Ibu Pejabat)

Gambar 18: Kakitangan MARDEC yang menyertai kursus POKA YOKE

Gambar 19: Encik Sudesh menerangkan latar belakang mengenai kursus POKA YOKE

(11)

Mukasurat 2 dari 11 Gambar 21: Encik Sudesh menerangkan

proses di bahagian “shipment” yang berkaitan POKA YOKE

Gambar 22: Contoh amalan POKA YOKE di bahagian pemotongan plastik “shrink-wrap”

di bahagian “shipment”

Gambar 23: Peserta kursus menyiapkan tugasan untuk perbentangan kumpulan

Gambar 24: Perbentangan berkumpulan mengenai tugasan dan analisa

Gambar

Gambar 3: Encik Yazid Yusop bersama Mr Renzo di  bahagian pengumpulan “raw material”
Gambar 5: Mr Renzo dibawa melihat  kawasan “feeding station”
Gambar 10: Encik Redza Asri, pengurus kilang  menerangkan mengenai operasi kilang dan produk
Gambar 11: Mr Tan Xing Yu dan Mr Cai bersama pihak  pengurusan MPSB Mentakab dan Ibu Pejabat iaitu;
+6

Referensi

Dokumen terkait

Üç farklı yükseltiden altışar adet olmak üzere alınan toplam 18 örnek özden kabuğa doğru yirmişer yıllık yaş periyotlarına ayrılarak lif boyutları ölçülmüş

Pabrik Gondang Winangoen ini salah satu pabrik dalam memproduksi gula menggunakan mesin tradisional yang berdiri sejak tahun 1860. Dengan menggunakan mesin uap dari masa

Penyakit ini didefinisikan dengan gejala berupa mengi, sesak napas, dada terasa berat, dan batuk yang bervariasi serta keterbatasan aliran udara yang

Atas rahmat dan kebesaran-Nya peneliti dapat menyelesaikan penelitian yang berjudul “Hubungan Antara Self-efficacy Dengan Perilaku Menyontek Pada Siswa SMP Ahmad Yani

Bentuk program yang akan dilaksanakan oleh peserta KKN-Tematik adalah program pendidikan dan pelatihan, desa oleh dosen pelaksana dan didampingi oleh mahasiswa

Pada hal yang pertama, untuk sampai kepada mengetahui makna unsur bahasa (seperti dia saja), mitra tutur cukup dengan berbekal pengetahuan tentang aspek internal bahasa saja

Excel yang digunakan untuk membuat laporan atau meringkas informasi tabel atau daftar (mengelompokkan) data sehingga diperoleh suatu informasi yang ringkas dengan analisis

Hasil penelitian menunjukkan bahwa infeksi spora jamur dengan berbagai konsentrasi sangat berpengaruh terhadap tingkat dan waktu kematian larva yang diinfeksi,