• Tidak ada hasil yang ditemukan

bab5.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "bab5.pdf"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

5. Kerajaan Islam di Madinah

Perjanjian Aqabah

Pertama Kedua

 Orang Madinah dari Suku Khazraj telah mengunjungi Rasulullah s.a.w di Aqabah dan memeluk Islam.  Pada tahun 621 M. orang Madinah dari Suku Aus dan

Khazraj, sekali lagi menemui Nabi dan terjalin

perjanjian dikenali sebagai perjanjian Aqabah pertama.  Isi Perjanjian

a. Suku Aus dan Khazraj beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul.

b. Berjanji membantu perjuangan Nabi s.a.w c. Tidak akan melakukan amalan Jahiliyah seperti

mencuri, minum arak dan membunuh bayi perempuan.

 Selepas perjanjian Aqabah Pertama, Nabi telah menghantar Mus’ab bin Umar ke Madinah untuk menyebarkan ajaran Islam.

 Pada tahun 622 M. satu lagi perjanjian telah ditandatangani dikenali perjanjian Aqabah Kedua.  Isi Perjanjian

a. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi s.a.w b. Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi s.a.w dan

orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah.

c. Secara suka rela akan menyediakan tempat tinggal dan jaminan keselamatan serta bersedia

mempertahankan Islam.

 Jaminan keselamatan dan kesediaan orang Madinah mempertahankan Islam mendorong Nabi s.a.w untuk berhijrah ke Madinah.

 Bantuan dan sokongan orang Arab Madinah

(2)

2

Pertama Kedua Ketiga Keempat

 Hijrah orang Islam ke Madinah adalah atas jemputan penduduk Madinah berdasarkan perjanjian Aqabah yang kedua.

 Ketibaan orang Islam ke Madinah telah disambut dengan rela dan meriah penuh gilang gemilang.

 Orang Islam Makkah disediakan tempat tinggal yang sewajarnya dan dijamin keselamatan mereka daripada ancaman musuh-musuh Islam.

 Nabi dilantik sebagai pemimpin Madinah.  Baginda diterima oleh

semua penduduk Madinah termasuk penduduk bukan Islam.

KONSEP HIJRAH

 Perkataan Arab bermaksud perpindahan.Perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain.  Konteks Islam merujuk perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam

usaha memperkukuh kedudukan Islam serta mengubah strategi untuk menyebarkan Islam.  Hijrah juga boleh dimaksudkan dengan semangat ingin berubah sama ada perubahan sikap,

cara berfikir dan tingkah laku.

 Orientalis Barat mentafsirkan hijrah sebagai pelarian.  Pendapat ini boleh ditolak berdasarkan kepada empat hujah.

 Hijrah Nabi s.a.w bermula apabila berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemuda Quraisy di rumah baginda.

 Ali bin Abu Talib menawarkan diri menggantikan baginda untuk tidur di tempat tidur baginda.

 Baginda menemui Abu Bakar dan menyatakan perintah Hijrah.

(3)

SEBAB-SEBAB HIJRAH

Wahyu Allah Penyebaran Islam Jemputan

 Dalam wahyu Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi s.a.w.

 Allah s.w.t telah mengarahkan Nabi s.a.w supaya baginda segera berhijrah.  Perintah ini terkandung dalam al-Quran

surah al-Anfal.

 Baginda dan sahabat baginda, Abu Bakar al-Siddiq selamat sampai ke Madinah atas pertolongan Allah s.w.t.

 Hijrah merupakan salah satu strategi Nabi untuk menyebarkan ajaran Islam.  Penyebaran Islam di Makkah mendapat

ancaman dan tentangan daripada orang Quraisy Makkah.

 Hijrah bukan menunjukkan

kekecewaan orang Islam, sebaliknya merupakan strategi baru untuk mengembangkan ajaran Islam.  Suasana baru yang aman akan

memudahkan penyebaran dakwah Islamiah.

 Dengan hijrah membolehkan wujudnya sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna.

 Nabi dijemput oleh penduduk Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik.

 Pada masa itu, suku Aus dan Khazraj di Madinah kerap bertelagah sesama sendiri manakala ekonomi mereka dikuasai oleh orang Yahudi.  Penduduk Madinah memerlukan

pemimpin seperti Nabi s.a.w untuk memimpin mereka.

 Nabi sa.w juga diperlukan untuk mendamaikan puak-puak yang sering bertelagah di Madinah.

(4)

4

K

E

P

E

N

T

I

N

G

A

N

H

I

J

R

A

H

 Hijrah memberi peluang kepada Nabi s.a.w mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang bersengketa berasaskan semangat persaudaraan Islam.

 Hijrah membawa kepada terjalinnya ikatan persaudaraan antara orang Islam Makkah (Muhajirin) dengan orang Islam Madinah (Ansar).

 Sikap yang ditunjukkan oleh orang Islam Madinah menyebabkan orang Islam Makkah tidak berasa terasing.

 Hijrah dapat menyatukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.

 Hijrah telah melahirkan kehidupan yang harmoni di kalangan masyarakat di Madinah.

 Nabi s.a. telah membina masjid al-Nabawi di Madinah.

 Masjid dijadikan sebagai tempat untuk beribadah dan belajar di samping sebagai tempat bertemu dan membincangkan masalah umat Islam.

 Di persekitaran masjid digunakan sebagai tempat berjual beli

 Hijrah membuktikan kebijaksanaan Nabi s.a.w mengatur strategi perjuangan.  Baginda tidak terus berhijrah ke Madinah,

sebaliknya bersembunyi digua Thur.  Nabi menggunakan jalan ke Selatan yang

difikirkan lebih selamat.  Hijrah telah dijadikan takwim Islam

bermula pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.

 Hijrah memperlihatkan ketabahan Nabi s.a.w yang sanggup berkorban

meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam.

 Nabi tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan.

 Nama Yathrib telah ditukar oleh Nabi s.a.w kepada nama Madinah al-Muanawwrah atau kota bercahaya.

 Kejayaan Hijrah adalah hasil sokongan dan pengorbanan para sahabat Nabi.  Abu Bakar sanggup mengadaikan

nyawa dan harta.

 Ali bin Abu Talib, menggantikan Nabi di tempat tidur untuk mengelirukan orang Arab Quraisy.

 Abd Rahman bin Auf, saudagar yang kaya menyumbangkan harta untuk membantu umat Islam.

 Hijrah membuktikan toleransi kaum dan tolong menolong boleh melahirkan masyarakat yang cemerlang.

 Orang Madinah telah memberikan bantuan yang sangat besar kepada orang Islam Makkah.

 Hijrah membuktikan wanita turut memainkan peranan penting.

 Puteri Abu Bakar, Asma’dengan beraninya menghantar makan dan maklumat tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi di Gua Thur, walaupun menyedari tindakannya amat merbahaya.

 Menyedari orang Quraisy Makkah mengatur strategi menyerang Madinah, Nabi s.a.w menubuhkan negara Islam Madinah dan menyatukan masyarakat Madinah.

(5)

PIAGAM MADINAH

 Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama yang dirangka oleh Nabi s.a.w. berpandukan wahyu Allah s.w.t

 Pembentukan piagam Madinah dipersetujui oleh orang Islam dan orang bukan Islam khususnya orang Yahudi.

 Perlembagaan ini mengandungi 47 fasal.

 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka.

 24 fasal membincangkan tentang tanggungjawab orang bukan Islam terhadap negara Islam Madinah.

ISI KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

Politik

 Nabi s.a.w sebagai ketua negara.  Berperanan sebagai ketua hakim dan

menyelesaikan masalah secara musyawarah dan berlandaskan keadilan.

Undang-undang

 Undang-undang Islam dipraktikkan secara menyeluruh.

 Peraturan kekeluargaan yang tidak bertentangan dengan islam dibolehkan.

Ekonomi

 Islam menjadi landasan utama.  Amalan riba, diskriminasi dan

penindasan adalah dilarang.

Kedudukan Orang Yahudi

 Mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah.

 Hak yang sama, dijamin keselamatan dan kebebasan selagi mematuhi perlembagaan Madinah.

Agama

 Masyarakat Madinah bebas untuk memilih agama dan menghormati agama yang dianuti.

 Nabi tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam.

Sosial

 Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah yang hidup bersatu padu.  Untuk keharmonian negara, perasaan

benci membenci dan mementingkan diri mesti dielakkan

Pertahanan

 Seluruh maasyarakat Madinah bertanggungjawab untuk

mempertahankan Madinah dripada ancaman musuh.

(6)

6

Aspek KEPENTINGAN

Kerajaan Islam

 Kerajaan Islam Madinah merupakan contoh kerajaan Islam yang unggul.

 Ia boleh dijadikan contoh bagi menjalankan system pemerintahan dan pentadbiran yang berasaskan Islam.  Ia dilengkapi dengan perlembagaan yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

 Ia membuktikan nilai-nilai Islam dapat dipraktikkan dalam sesebuah negara walaupun terdiri daripada berbilang kaum Keunggulan piagam

 Kepintaran Nabi s.a.w menggubal perlembagaam Madinah sangat dikagumi.

 Nabi berjaya mengatur system pemerintahan yang lengkap merangkumi peraturan yang berkaitan dunia dan akhirat. Ekonomi

 Amalan yang bertentangan dengan Islam seperti riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan.  Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan.

 Berasaskan keadilan Ini telah membolehkan ekonomi Madinah berkembang dengan pesat. Ummah

 Nabi telah berjaya membentuk masyarakat berdasarkan ‘Ummah’ yang bersatu padu dan aman.  Nilai hidup yang diamalkan berasaskan kepada konsep ukhwah Islamiah (Persaudaraan Islam)  Setiap masyarakat mempunyai hak yang sama berdasarkan prinsip Islam.

 Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat di Madinah.

Undang-undang  Undang-undang yang lengkap berasaskan Perundangan Islam yang diterima oleh semua golongan masyarakat. Sistem Pemerintahan  Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.

 Baginda menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan.

 Ini bermakna rakyat diikat dahulu dengan perjanjian sebelum bernaung di bawah sesebuah pemerintah. Kepentingan Piagam Madinah

RUMUSAN

 Piagam Madinah berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.

 Semua masyarakat Madinah bertanggungjawab untuk mempertahankan kota Madinah daripada ancaman musuh.

 Kerjasama daripada semua anggota masyarakat menjadikan Madinah sebagai sebuah negara yang kuat dan disegani di Semenanjung Tanah Arab.

(7)

Penyebaran Islam

 Pembentukan kerajaan Islam Madinah menimbulkan perasaan cemburu di kalangan orang Quraisy Makkah

 Mereka mencari sokongan penduduk Arab untuk menghapuskan Islam.  Nabi yang menyedari tindakan

tersebut berhati-hati menghadapinya

 Nabi s.a.w menyusun strategi menyebarkan Islam dengan menghantar perutusan ke negara Rom, Parsi, Mesir, Habsyah dan lain-lain.

 Nabi s.a.w tidak memaksa sebaliknya menggunakan diplomasi.

 Tindakan Arab Quraisy menyerang kafilah perdagangan Islam, menyebabkan Nabi s.a.w membetulkan keadaan.  Islam melarang peperangan kecuali untuk

mempertahankan maruah diri, bangsa dan agama.

 Peperangan hanya boleh berlaku dengan izin Allah.

 Di Madinah dari tahun 622 m

sehingga 630 m berlaku beberapa siri peperangan antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam Madinah  Perang Badar tahun 624 M (2 H)  Perang Uhud tahun 625 M (3 H)  Perang Khandaq tahun 627 M (5 H)  Perang Tabuk tahun 630 M ( 8 H)

 Allah s.w.t telah memberi

keizinan kepada umat Islam untuk berperang.

 Peperangan mesti berdasarkan kepada prinsip iaitu: i. berperang apabila

diserang oleh musuh. ii. Berperang untuk mencari

keamanan supaya tempat ibadat terjaga.

iii. Peperangan dalam Islam untuk menentang

kezaliman dan

mempertahankan diri.  Islam menganjurkan perdamaian,

sekiranya musuh ingin berdamai, maka orang Islam harus

menerimanya.

 Dakwah Islamiah mestilah dilakukan dengan bijaksana dan menerusi nasihat yang baik.

 Peperangan dengan orang Arab Quraisy Makkah adalah untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.  Walaupun berlaku peperangan namun

Islam tidak berkembang secara paksaan, buktinya dalam peperangan Badar walaupun Islam beroleh kemenangan namun Nabi s.a.w membebaskan diri tawanan perang.

i. Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan tanpa syarat.

ii. Tawanan lelaki diberi syarat mengajar kanak-kanak Islam menulis dan membaca sehingga pandai barulah dibebaskan.  Tentera Islam bukan sahaja dilarang

membunuh manusia sesuka hati malah tumbuh-tumbuhan juga dilarang untuk dimusnahkan  Iktibar daripada peperangan pada

zaman Nabi ialah supaya manusia mengamalkan akhlak mulia, bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik.

(8)

8 PERJANJIAN HUDAIBIYAH

PENGENALAN  Pada tahun 628 M orang Islam bercadang menziarahi Makkah.

 Hasrat ini dipersetujui oleh Nabi s.a.w dan baginda juga berhasrat untuk menunaikan umrah.

REAKSI ORANG MAKKAH

 Kedatangan orang Islam ke Makkah telah disekat di Hudaibiyah oleh orang Arab Quraisy.  Mereka bimbang dengan kekuatan orang Islam dan ingin menjaga maruah mereka.

 Uthman bin Affan dihantar sebagai utusan menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam ke Makkah, pihak Arab Quraisy tidak memperdulikan hasrat orang Islam.

REAKSI ORANG ISLAM

 Terdengar berita Uthman Affan telah dibunuh, orang Islam telah berikrar dan bersumpah setia untuk membela kematian Uthman. (factor Uthman dihantar untuk berunding kerana mempunyai ramai saudara mara di Makkah, sahabat yang matang dan paling tua, dan sifat lemah lembut dan tolak ansur)

 Suhail bin Amru telah dihantar ke Makkah untuk berunding dengan orang Arab Quraisy.

 Kata sepakat tercapai, dan termeterailah Perjanjian Hudaibiyah di antara orang Islam dengan orang Arab Quraisy Makkah pada tahun 628 M (6H)

ISI PERJANJIAN HUDAIBIYAH

 Genjatan senjata selama 10 tahun.

 Kabilah Arab bebas untuk memihak sama ada orang Islam di Madinah atau oaring Arab Quraisy Makkah.  Orang Islam Madinah memihak ke Makkah tanpa izin penjaganya tidak mesti dipulangkan.

 Orang Quraisy yang memihak ke Madinah tanpa izin penjaganya, perlu dipulangkan semula  Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H) bukan tahun itu (6 H)

REAKSI SAHABAT NABI S.A.W

 Pada awalnya menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabat Nabi s.a.w

 Mereka menganggap perjanjian ini berat sebelah dan menguntungkan orang Arab Quraisy Makkah.  Akhirnya mereka dapat menerima sebagai satu pengajaran besar.

 Islam menganjurkan perdamaian dan menjalin hubungankan yang baik.  Suasana aman membolehkan misi perjuangan Islam dapat dilaksanakan.

(9)

KEPENTINGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH

 Orang Islam dapat menunaikan ibadat haji pada tahun 629 M (7 H)  Peluang untuk orang Islam memasuki kota Makkah dengan bebas.  Orang Islam dapat beribadat di Kaabah bila-bila masa.

 Tempoh perdamaian membolehkan Nabi s.a.w merancang program dakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.

 Suku Arab boleh menganut agama yang mereka sukai tanpa paksaan dan halangan daripada mana-mana pihak.

 Menerusi perjanjian, Islam dapat berkembang dengan meluas.

 Walaupun isi kandungan perjanjian kelihatan merugikan orang Islam, namun Nabi s.a.w yakin Islam akan memperoleh keuntungan dalam jangka masa panjang.

 Selepas perjanjian Hudaibiyah , tokoh panglima orang Arab Quraisy Khalid bin al-Walid, Amru al-As dan Uthman bin Talhah telah memeluk Islam.

 Perjanjian Hudaibiyah telah membuktikan Nabi s.a.w seorang pemimpin yang unggul dan dikagumi.

 Tindakan yang diambil oleh Nabi s.a.w tidak dilakukan secara tergesa-gesa, malah baginda melihat secara menyeluruh, terperinci dan berwawasan.

 Persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani perjanjian dengan orang Islam merupakan pengiktirafan terhadap kerajaan Islam di Madinah yang dipimpin oleh Nabi s.a.w.

 Perjanjian yang ditandatangi ini bertahan selama dua tahun sahaja.

 Orang Arab Quraisy dengan sengaja telah melanggar perjanjian mengadakan genjatan senjata selama 10 tahun.

 Nabi s.a.w telah bertindak tegas dengan mempersiapkan angkatan tentera berjumlah 10,000 orang untuk dihantar ke Makkah.

(10)

10

Pembukaan Semula Kota Makkah

Sebab-sebab

Melanggar Perjanjian Strategi Penyebaran Islam

 Pihak Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui.  Pihak Quraisy membunuh beberapa

orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam.

 Nabi s.a.w beranggapan pembukaan kota Mekah sebagai strategi jangka panjang untuk meneruskan penyebaran Islam.  Nabi s.a.w berpendapat kerajaan Islam di Madinah akan

menjadi mantap sekiranya Makkah dapat dikuasai.

 Nabi s.a.w merancang memasuki Makkah secara aman dan berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan.

 Untuk persiapan menguasai Makkah Nabi s.a.w menyediakan empat pasukan tentera yang mengandungi 10,000 orang tentera.

 Pasukan tentera dikuasai oleh Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair al-Awwam.

 Taktik memasuki Makkah menerusi empat arah yang berlainan memberikan kejayaan besar kepada pasukan tentera Islam.

(11)

Kepentingan Pembukaan Makkah

 Bapa saudara Nabi s.a.w al-Abbas dan Abu Sufian ketua Arab Quraisy memeluk agama Islam.

 Mereka menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini.

 Kejayaan pembukaan semula kota Makkah menyebabkan Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliyah.

 Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam.

 Pembukaan kota Makkah membuktikan kekukuhan kerajaan Islam di Madinah yang dipimpin oleh Nabi s.a.w

 Pembukaan Makkah merupakan perintis jalan kepada penyebaran ajaran Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.

 Pembukaan Makkah berjaya membentuk pusat pemerintahan Islam yang kuat.

 Madinah masih menjadi pusat pentadbiran Islam, manakala Makkah menjadi sebuah wilayah Islam.

 Rumusannya, pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat.

 Sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, baginda berpesan kepada umat Islam supaya berpegang kepada al-Quran dan sunnah baginda supaya mereka tidak sesat.

Referensi

Dokumen terkait

Disimpulkan, keberadaan anggota keluarga sebagai pekerja migrasi ke daerah endemis malaria, merupakan faktor risiko terjadinya kesakitan malaria di wilayah di desa

Namun demikian, responden masih mengharapkan akan terjadi peningkatan jumlah tabungan untuk 6 bulan mendatang sebagaimana tercermin pada kenaikan indeks jumlah tabungan 6 bulan

Berdasarkan tabel 4 juga dapat dilihat bahwa nilai signifikansi 0,000 < 0,05 yang mengindikasikan bahwa iklim organisasi memiliki pengaruh yang signifikan

Buah agregat, yaitu buah yang berasal dari beberapa ovari pada bunga yang.. sama, baik ovari tersebut bergerombol maupun menyebar pada

Pengelolaan keuangan Anggaran Pendapatan dan Belanja MAN Sabdodadi Bantul Tahun Ajaran 2012/2013 yang bersumber dari Orang Tua peserta didik melalui Komite

Dua buah data ini sesuai dengan apa yang dimaksudkan Rahardi (2015:139) yang mengatakan bahwa dalam sebuah tuturan akan terlihat terjadinya ketidaksantunan

Penanaman modal asing merupakan suatu usaha yang dilakukan oleh pihak asing dalam rangka menanamkan modalnya disuatu negara dengan tujuan untuk mendapatkan laba

Jadi untuk mengetahui pengaruh terhadap permainan game online yang dimainkan oleh para mahasiswa sangat sulit karena menyangkut jiwa seseorang. Sehingga penulis memberi batasan bahwa