• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Bab 7_pelaburan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Bab 7_pelaburan"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

(2)

7.1 PELABURAN

PELABURAN

PENDAPATAN SEMASA

KEUNTUNGAN MODAL

PELABUR SPEKULATOR

bertujuan sebagai

dilakukan oleh

7.1 (a) MAKSUD PELABURAN

Perbelanjaan yang dibuat pada masa sekarang untuk mendapatkan keuntungan atau pulangan pada masa hadapan.

Ianya juga didefinisikan sebagai penangguhan

penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

Perbelanjaan yang dimaksudkan adalah melibatkan pembelian aset seperti bon kerajaan, syer, debentur, harta tanah dan komoditi.

Tujuan pelaburan ialah untuk:

Dapatkan pendapatan semasa dan pendapatan tetap Tambahkan nilai pelaburan atau keuntungan modal

(3)

• Pelaburan dapat dibuat samada oleh individu ataupun institusi swasta dan kerajaan.

Sebagai contohnya, syarikat unit amanah seperti Perbadanan

Nasional Berhad (PNB), Syarikat Insurans dan institusi kewangan.

Pelaburan biasanya dilakukan mungkin jenis jangka pendek atau

jangka panjang.

• Kedua-dua jenis pelaburan samada jenis jangka panjang atau jangka pendek mempunyai risiko-risiko tertentu.

Risiko tersebut berbeza-beza mengikut jenis pelaburannya.

• Pelaburan dalam bentuk simpanan tetap di bank, bon kerajaan dan debentur (bon swasta) mempunyai risiko rendah.

• Pelaburan dalam bentuk saham, komoditi, harta tanah dan pertukaran wang asing mempunyai risiko yang tinggi.

Kebiasaannya, lebih tinggi risiko sesuatu pelaburan itu, lebih

(4)
(5)

7.1 (b) PELABUR & SPEKULATOR

1.Penulis Benjamin Graham dan David Dodd dalam buku mereka yang bertajuk “ Security Analysis”, mendefinisikan pelaburan sebagai suatu

operasi pelaburan yang berdasarkan analisis yang mendalam

untuk menjamin keselamatan pelaburan pokok serta membawa pulangan yang munasabah.

2. Segala bentuk pelaburan yang tidak memenuhi kriteria tersebut adalah berunsur spekulasi.

3.Kita dapat simpulkan bahawa pelaburan adalah suatu kegiatan

mencari keuntungan berdasarkan suatu tindakan rasional dengan mengambil kira risiko yang munasabah.

4. Pelabur merupakan individu atau orang persendirian yang melaburkan wang mereka sendiri.

5. Sebelum pelaburan dijalankan, analisis akan dilakukan atas pelaburan bagi menjamin pulangan yang menguntungkan.

6. Tindakan tersebut bukan sahaja dapat menjamin keselamatan pelaburan pokok, tetapi juga pada masa yang samadapat memberi pulangan yang munasabah pada jangka masa yang panjang.

7.Spekulasi pula mementingkan keuntungan serta-merta ataupun

dalam jangka masa yang pendek dengan mengambil risiko yang tidak munasabah. Ia lebih bersifat perjudian.

8. Justeru, seorang pelabur walaupun kemungkinan tidak mendapat pulangan yang diharapkan, namun ia tidak akan kehilangan pelaburan pokoknya. Sebaliknya, seorang spekulator kemungkinan besar akan kerugian pokok pelaburannya.

(6)

9. Tujuan spekulator adalah untuk mendapat keuntungan serta-merta dengan membeli syer pada harga rendah dan menjualnya apabila harga melonjak naik.

10. Spekulator tidak mementingkan kemampuan syarikat untuk membayar dividen pada jangka waktu panjang. Spekulator kemungkinan besar akan kerugian pokok pelaburannya jika dia terpaksa menjual syer yang dipegang pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga belian.

(7)

11. Spekulator terdiri daripada: a. Penelah naik (bull)

b. Penelah turun (bear) c. Stag

Penelah naik (bull)

Spekulator yang membeli syer secara besar-besaran dengan harapan harga syer akan naik, dan dapat menjualnya segera

agar mendapat keuntungan.

Penelah turun (bear)

Spekulator akan menjual syer secara besar-besaran dengan harapan harga syer akan turun. Apabila harga turun

spekulator membeli semula syer tersebut.

Stag

Spekulator yang memberikan tumpuan untuk membeli syer baru daripada syarikat berhad. Apabila syer naik spekulator

(8)

PERBEZAAN ANTARA PELABUR & SPEKULATOR

PELABUR

SPEKULATOR

1. Membeli syer untuk mendapatkan dividen serta bonus. Bonus ialah syer percuma yang diberi oleh syarikat kepada pemegang syer yang sedia ada. Ia meningkatkan pelaburan asal.

1. Membeli syer untuk mencari

untung daripada perbezaan harga belian dan jualan.

2. Syer dibeli untuk disimpan dalam masa jangka panjang. Hal ini bertujuan untuk mendapat peningkatan dalam nilai pelaburan apabila syarikat berkembang maju.

2. Syer dibeli dan dijual dalam jangka masa yang singkat dengan harapan harga syer

meningkat atau menurun dengan cepat agar dapat memperoleh keuntungan dengan serta merta. 3.Membeli syer berdasarkan

prestasi syarikat. Syer yang dibeli terdiri daripada syer syarikat yang kukuh dari segi kewangan dan pengurusan (blue chips) dan mempunyai potensi untuk

membayar dividen pada masa-masa akan datang.

3. Membeli syer mengikut prestasi syer semasa dalam pasaran saham. Syer dibeli berdasarkan khabar angin serta berita yang disiarkan oleh syarikat tentang rancangan syarikat semata-mata, contohnya mengambil alih

syarikat lain, mendapat kontrak untuk sesuatu projek dan

sebagainya. 4. Pembelian syer oleh pelabur akan

mengukuhkan harga di pasaran dan akan meyakinkan para pelabur luar tentang keadaan ekonomi tempatan.

4. Pembelian dan penjualan syer oleh spekulator akan menjadikan pasaran cergas tetapi akan

menyebabkan keadaan kurang stabil dalam pasaran dan

(9)

keyakinan para pelabur luar tentang keadaan ekonomi Negara.

7.2

Jenis Pelaburan

7.2 (a) AKAUN SIMPANAN & AKAUN PELABURAN

1. Akaun Simpanan Tetap bermaksud satu akaun yang

membolehkan seorang pelabur menyimpan wang dalam jumlah yang besar bagi satu tempoh tertentu,

contohnya : sebulan, 3 bulan, 4 bulan, 9 bulan dan 12 bulan.

2. Faedah dalam simpanan tetap biasanya lebih tinggi daripada simpanan biasa kerana wang tersebut tidak boleh dikeluarkan sehingga tarikh matang. Jika dikeluarkan faedah yang dibayar akan dikurangkan.

(10)

3. Pelabur yang menyimpan di akaun simpan tetap akan di berikan sijil simpanan. Apabila simpanan sudah matang pelabur hanya perlu membawa sijil simpanan untuk mengeluarkan simpanan bersama faedahnya sekali.

4. Simpanan di akaun ini mempunyai risiko yang rendah. Oleh itu, faedah yang diterimanya rendah berbanding dengan pelaburan di sektor lain.

5. Di Bank Islam Malaysia Berhad, pelaburan dalam akaun simpanan tetap berkonsepkan Mudharabah (perkongsian). Kadar keuntungan tidak ditentukan sebaliknya apabila telah diketahui keuntungan barulah kadar keuntungan dinyatakan.

KELEBIHAN SIMPANAN

TETAP

KEKURANGAN

SIMPANAN TETAP

i. Pelaburan adalah lebih selamat kerana bank perdagangan berada di bawah kawalan Bank Negara Malaysia, maka secara tidak langsung wang

simpanan terjamin.

i. Pelabur tidak menikmati keuntungan modal kerana pada akhir tempoh pelaburan, pelabur akan dibayar

balikjumlah yang dilaburkan sahaja.

ii. Selain itu, pelabur akan dapat menikmati pulangan yang

tetap, iaitu faedah yang

dibayar setiap kali simpanan memcapai tempoh matang.

ii. Pulangan adalah rendah berbanding dengan pelabur dalam bidang-bidang lain seperti saham dan hartanah

(11)

7.2 (b) HARTANAH

1.Pelaburan dalam hartanah melibatkan pembelian harta-harta seperti tanah, rumah kediaman, rumah kedai dan sebagainya.

2. Pelabur menerima pulangan dalam bentuk yang berikut :

i. Keuntungan Modal: Hasil kenaikan nilai harta di masa hadapan/ dalam jangka panjang. Contohnya : rumah berharga RM 50 000 pada tahun 1990 mungkin meningkat nilai menjadi RM 95 000 pada tahun 2005. Perbezaan harga sebanyak RM45 000 (RM95 000 – RM50 000) adalah keuntungan modal

ii. Pulangan Semasa: biasanya dalam bentuk sewa bulanan/ tahunan. Contohnya: rumah kedai disewakan untu RM 1500 sebulan. Ini

adalan pendapatan semasa

3. Contoh Pulangan daripada Pelaburan Dalam Hartanah

Pendapatan/pulangan semasa untuk tempoh 10 tahun : RM500 x 12 bulan x 10 tahun = RM60 000

Encik Ali membeli sebuah rumah pada harga RM100 00 pada tahun 1996. Rumah itu disewa dengan sewa bulanan RM500 selama sepuluh tahun dan kemudian menjualnya dengan harga RM150 000 pada 2006

(12)

Keuntungan Modal :

RM150 000 – RM100 000 = RM 50 ooo  Jumlah Pendapatan/ pulangan:

Pendapatan Semasa + Pendapatan Modal RM60 000 + RM50 000 = RM 110 000

KELEBIHAN PELABURAN

DALAM HARTANAH

KEKURANGAN PELABURAN

DALAM HARTANAH

• Nilai harta tanah biasanya akan meningkat di masa hadapan dan ini akan membawa pulangan yang tinggi dalam keuntungan modal.

• Kurang cair karana harta tanah tidak dapat ditukar kepada wang tunai dengan serta merta.

7.2 (c) SAHAM

1. Saham di dikeluarkan oleh syarikat berhad.

(13)

i. Saham disenaraikan : boleh diurusniaga dalam pasaran saham.

Saham ini boleh dijual beli oleh sesiapa sahaja.

ii. Saham tidak disenaraikan : tidak boleh diurusniaga dalam

pasaran saham. Saham ini hanya boleh dijual oleh syarikat kepada ahli keluarga dan kenalan sahaja.

3. Pelabur boleh membeli saham yang disenaraikan melalui briker dan remiser di Bursa Saham Malaysia. Saham yang tidak disenaraikan boleh dibeli daripada penjual secara langsung.

4.Pemegang saham dibayar dividen. Dividen yang dibayar sebelum

untung sebenar syarikat dikenali sebagai dividem interim dan dividen dibayar selepas keuntungan sebenar diketahui dikenali sebagai

dividen akhir.

5. Ahli – ahli pasaran saham:

BROKER

REMISER

 Broker adalah ahli bursa saham

 Remise adalah agen kepada broker dan bukan ahli bursa saham.

 Broker membeli dan menjual syer bagi pihak orang ramai dan pelabur intitusi

 Bertindak sebagai agen yang menerima pesanan belian dan jualan syer terus kepada pelanggan terutamanya pelabur individu.

 Kontrak belian dan jualan syer dikuatkuasakan atas namanya

 Kontrak belian dan jualan syer tidak boleh dibuat atas namanya tetapi atas nama

(14)

broker.  Mengenakan komisen ke

atas pelanggan sebanyak 1% atas nilai syer yang dijual dan dibeli

 Mendat bayaran komisen 3/8 daripada 15 komisen yang dikenakan oleh broker atas nilai syer

6. Perbezaan antara saham dan syer:

SAHAM

SYER

 Saham mesti dibayar penuh  Syer tidak semestinya dibayar penuh

 Saham ialah satu blok modal, iaitu satu gabungan syer-syer terbayar penuh dan boleh dibahagikan kepada sebarang pecahan nilai wang. Contohnya : saham boleh dibahagikan kepada RM 505.5

 Syer terdiri daripada unit-unit, diambilkira mengikut unit dan tidak boleh

dibahagikan kepada pecahan unit. Contohnya : syer tidak boleh dipecahkan kepada 200.5 syer

 Saham boleh diniagakan atau dipindah milik di dalam sebarang pecahan

 Syer tidak boleh diniagakan atau dipindah milik di dalam pecahan unit seperti

setengah unit Syer  Saham tidak perlu

mempunyai nombor berasingan

 Tiap-tiap syer dibezakan dengan nombor yang berlainan

(15)

8. Perbezaan diantara saham biasa dengan saham keutamaan:

SAHAM BIASA

SAHAM KEUTAMAAN

• Kadar dividen sentiasa berubah mengikut keuntungan syarikat.

• Kadar dividen ditentukan oleh sysrikat pada setiap tahun. • Pemegang syer menerima

dividen setelah pemegang syer keutamaan menerima dividen mereka

• Pemegang syer dibayar dividen terlebih dahulu sebelum

pemegang syer biasa • Pelabur berhak mengundi untuk

memilih Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat agung

tahunan.

• Pelabur tidak berhak mengundi.

• Pihak terakhir yang berhak menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

• Diberi keutamaan menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

(16)

i. Kumulatif : Syer dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen bagi tahun kewangan lepas.

ii. Penyertaan: Syer yang dibayar pada kadar dividen tetap dan dividen tambahan selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.

iii. Boleh tebus: Syer yang boleh dibeli semula oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu tempoh masa. iv. Boleh tukar: Syer yang boleh ditukarkan kepada syer biasa.

Pemegang syer akan menikmati faedah pemegang syer biasa

v. Pulangan atas saham : seorang pengegang saham boleh

menerima pulangan dalam bentuk dividen, syer bonus dan terbitan hak. Syer bonus merupakan syer tambahan yang diberikan oleh syarikat secara percuma kepada pemegang saham manakala Terbitan hak merupakan cara di man pemegang-pemegang syer dibenarkan membeli syer tambahan syarikat pada harga istimewa.

10.

Pulangan atas Saham

Faedah membeli saham

1. Pulangan atas saham 2. Mempunyai hak

tertentu

3. Mempunyai kecairan 4. Berpeluang untuk

(17)

i. Seseorang pemegang saham boleh menerima pulangan dalam bentuk dividen

ii. Dividen merupakan keuntungan syarikat yang dibahagikan kepada pemegang-pemegang saham. iii. Pemegang sham juga menerima ganjaran lain seperti

syer bonus dan terbitan hak.

iv. Nilai syer boleh meningkat sekiranya syarikat berkembang maju dan menunjukkan prestasi serta prospek keuntungan yang baik

v. Peningkatan nilai syer boleh memberikan keuntungan modal kepada pemegang saham sekiranya ia bercadang menjual saham kelak,

vi. Contoh : En. Ali membeli syer syarikat BERNAS Berhad pada harga RM1.00. Apabila syer syarikat BERNAS naik kepada RM 2.00. En. Ali akan mendapat keuntungan sebanyak RM 1.00

Mempunyai hak tertentu

i. Pemegang saham dibenarkan mengundi dalam

mesyuarat agung tahunan untuk memilih ahli Lembaga Pengarah.

ii. Seseorang pemegang saham juga berpeluang dipilih menjadi ahli Lembaga Pengarah jika mendapat keyakinan daripada ahli tertentu.

Kecairan

i. Pemegang saham boleh menukar syernya kepada wang tunai pada bila-bila masa.Pemegang saham juga boleh menjual syernya kepada sesiapa sahaja dipasaran saham.Pelabuaran dalam bidang saham bersifat cair.

(18)

Berpeluang untuk memceburkan diri dalam bidang perniagaan

i. Seseorang pemegang saham adalah pemiliknya syarikat walaupun tidak menguruskanya.

ii. Pemegang saham berhak menerima sebahagian daripada keuntungan syarikat dalam bentuk dividen. iii. Oleh itu, seseorang yang tidak berpengetahuan ataupun

kekurangan modal masih berpeluang untuk

memceburkan diri dalam bidang perniagaan secara tidak langsung dengan memiliki saham syarikat.

Membolehkan syer dan sekuriti dipindah milik dengan mudah

• Penjual dan pembeli dapat bertemu untuk melakukan urus niaga jual beli saham.

Membolehkan syer ditukar kepada tunai

• Pemegang syer boleh menukar syer kepada wang tunai pada bila-bila masa.

Membantu mengumpul modal Membantu mengumpul modal Melindungi kepentingan para pelabur Melindungi kepentingan para pelabur Menyebarkan maklumat Menyebarkan maklumat Memastikan Keseragaman harga syer Memastikan Keseragaman harga syer Membolehkan syer ditukar kepada tunai Membolehkan syer ditukar kepada tunai Membolehkan

syer & sekuriti dipindahkan dengan mudah Membolehkan syer & sekuriti dipindahkan dengan mudah

PERANAN SAHAM

(19)

Memastikan keseragaman harga syer

• Harga yang adil dapat dicapai bagi kedua-dua pembeli dan penjual dipasaran. Harga yang seragam dan

realistik adalah hasil persaingan yang sihat di kalangan pembeli dan penjual di pasaran.Hal ini disebut kuasa pasaran.

Menyebarkan maklumat

• Pasaran saham memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan maklumat yang terkini kepada para

pelabur dan bakal pelabur.

• Maklumat-maklumat itu disebarkan melalui media massa dan juga terbitan khas, majalah ‘Investors Digest’.

• Maklumat-maklumat ini membolehkan para pelabur melabur secara bijak dan mendapat pulangan yang baik. • Melindungan kepentingan para pelabur

Pasaran saham melindungi kepentingan pelabur melalui cara-cara berikut: i. Membenarkan hanya syer-syer syarikat yang

berprestasi baik sahaja disenaraikan dan diurusniaga.

ii. Mengawal tindak tanduk broker untuk mengelakkan penyelewengan yang boleh merugikan pelabur. iii. Mengelakkan spekulasi yang keterlaluan.

iv. Mengadakan dan menguatkuaskan undang-undang untuk mencegah kegiatan manipulasi dan penipuan oleh pihak yang terlibat.

(20)

Membantu pengumpulan modal

• Syarikat- syarikat awam berhad dapat mengumpul modal dengan mudah untuk meningkatkan aktiviti perniagaan. Hal ini demikian kerana syer-syer syarikat yang berprestasi tinggi dapat disenaraikan di pasaran saham dan dijual beli dgn mudah.

KEPENTINGAN PASARAN SAHAM/ BURSA SAHAM

PELABUR

SYARIKAT

AWAM BERHAD

NEGARA

• Membolehkan para pelabur melabur dalam sysrikat yang kukuh dan

menguntungkan kerana hanya syer-syer syarikat sedemikian sahaja boleh disenaraikan dalam bursa saham. • Pelabur diberi perlindungan daripada sebarang penipuan yang mungkin dilakukan • Memudahkan syarikat awam berhad mengumpulkan modal tambahan untuk mengembangkan operasi syarikat. • Status syarikat adalah lebih tinggi kerana

hanya syer syarikat yang maju dan kukuh sahaja boleh disenaraikan di dalam pasaran • Pasaran saham membantu kerajaan memajukan pasaran modal melalui pasaran modal, modal daripada pembiaya (pelabur) kepada peminjam (syarikat berhad) dapat disalurkan dengan mudah dan secara berterusan.

(21)

oleh broker dengan cara pembayaran ganti rugi daripada ‘Tabung jaminan Setia’ yang mana dananya

dicarumkan oleh para broker itu sendiri.

• Pasaran saham memberikan sifat

kecairan kepada

syer. Para pelabur dapat menukar syer kepada wang tunai dengan mudah. saham. • Kenaikan dan penurunan harga syer yang didagangkan dipasaran saham sedikit sebanyak bertindak sebagai pertunjuk kepada syarikat awam berhad tentang pandangan orang ramai terhadap prestasi syarikat masing-masing.. • Pasaran saham bertindak sebagai petunjuk kepada pertumbuhan dan kemantapan ekonomi negara. Pasaran saham yang berkembang maju meningkatkan imej negara di dunia. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik pelabur melabur di dalam negara dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pengeluaran, pembinaan, perdagangan dan sebagainya. • Memberi hasil kepada kerajaan dalam bentuk duti setem daripada aktiviti jual beli saham, cukai korporat terhadap keuntungan firma saham dan individu yang terlibat contohnya

(22)

remiser. • Pasaran saham membantu kerajaan meningkatkan peluang pekerjaab kepada rakyat. Contohnya: kewujudan firma broker hasil perkembangan pasaran saham dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada orang ramai. Kadar faedah cukai & Kewangan Kerajaan Pulangan atas pelaburan dalam bidang lain Faktor Politik Pengurusan Syarikat Prospek Syarikat Aktiviti Spekulasi Prospek ekonomi FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA SAHAM

(23)

Keadaan ekonomi Negara.

- Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga Saham naik dan sebaliknya.

Keadaan Politik.

- Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik dan sebaliknya.

.Aktiviti Spekulasi.

-Spekulator yang membeli dan menjual syer akan Mempengaruhi turun naik harga syer.

Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.

- Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap menyebabkan harga saham naik dan sebaliknya.

Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh

BNM.

- Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang dipasaran, maka BNM akan mengurangkan kadar faedah pinjaman.

- Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat pelaburan. Maka harga saham meningkat dan sebaliknya.

11. CARA MEMBELI SAHAM/ SYER

 pelabur / pembeli menghubungi broker  arahan untuk membeli syer yang diingini  broker mencari penjual di BSKL

 menandatangi kontrak belian

 pelabur membayar harga dan belanja lain selepas menerima nota debit

(24)

 pendaftaran untuk sijil syer yang baru atas nama pelabur / pembeli

12. CARA MEN JUAL SAHAM/ SYER

 penjual menghubungi broker

 arahan untuk menjual syer pada tingkat harga tertentu  broker mencari pembeli di BSKL

 menandatangi kontrak jualan dan boring pindah milik  menyerahkan sijil syer

 mendapatkan bayaran atas jualan syer tersebut

13. Contoh pengiraan Dividend dan bonus atas syer biasa

Pada tahun 2006, En. Ram mempunyai 2000 unit syer Syarikat Intact Berhad yang bernilai tara RM1 seunit. Pada tahun itu juga, syarikat tersebut telah mengistiharkan dividen sebanyak 15% disamping bonus pada kadar 1.2. saham diurusniagakan di bursa saham pada harga RM2.55 seunit.

Hitungkan:

a) Jumlah dividen yang diterima oleh en. Ram pada tahun 2006 b) Jumlah unit syer bonus yang akan diterima olen En. Ram pada

tahun 2006.

Cara pengiraan:

a) Jumlah Dividen

Jumlah dividen = % kadardividen x unit syer x nilai tara seunit 15/100 x RM1 seunit

=RM 300

b) Jumlah unit syer bonus

Bonus 1:2 bermakna untuk setiap 2 unit syer biasa yang dipegang oleh En. Ram akan menerima satu unit syer biasa secara percuma. Maka, En Ram akan menerima 1000 unit syer tambahan secara percuma.

14. Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.

Kes Puan Salmi memiliki 5000 8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai

(25)

RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kada r faedah 6% dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen12 % terhadap syer biasa. Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i). Pendapatan dari syer keutamaan.5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM 800.00

ii) Pendapatan dari syer biasa.5000 x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00 iii) Pendapatan dari Debentur.RM 3000 x 0.06 = RM 180.00

iv) Jumlah Pendapatan.RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00

7.2

(d) UNIT AMANAH

 Unit amanah merupakan sejenis pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai dan diuruskan oleh pengurus profesional bagi pihak para pelabur.

 Unit amanah sesuai untuk pelabur kecil yang mempunyai pengalaman, masa dan sumber kewangan yang terhad.  Terdapat tiga jenis unit amanah iaitu:

Amanah saham àsyarikat unit amanah sahamakan

melaburkan wang pelaburan dalam syarikat yang kukuh dan mempunyai prestas ikeuntungan yang baik.

Amanah harta tanah à-merupakan suat upeluang pelaburan

bagi pelabur-pelabur kecil melabur dalam bidang harta tanah.

Gilts à-sejenis sekuriti pelaburan yang berunsur unit amanah.

(26)

Wang pelaburan yang dikumpulkan dilaburkan kedalam bon kerajaan dan bil perbendaharaan.

 pelaburan unit amanah mempunyai risiko yang rendah dan kadar pulangannya juga kurang daripada pelaburan saham

(27)

7.3

PANDUAN AM MELABUR

Semasa melabur , pelabur masti mengambil kira faktor-faktor yang berikut :

o risiko dalam pelaburan

o pulangan daripada pelaburan modal

o mudah tunai dan mudah dipecah bahagi , iaitu kecairan pelaburan

o maklumat tentang institusi pelaburan berkenaan o modal yang miliki

o berpengetahuan , bersikap rasional , dan berhati-hati

Selain itu , pelabur patut mengambil sikap yang rasional seperti

o melabur dalam bidang yang dikenali

o jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain

o dapatkan pelbagai maklumat daripada prospektus atau media massa

o jangan tergesa-gesa untuk memindahkan pelaburan o amalkan sikap sabar dan berhati-hati

o tentukan pulangan yang dikehendaki atau dijangkakan

Pelabur boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan melalui sumber berikut:

 Risalah pelaburan

 Buku dan majalah kewangan  Prospektus syarikat

 Buku laporan ekonomi

(28)

Referensi

Dokumen terkait

Dari sana dapat disimpulkan bahwa aspek desain komunikasi visual menyebabkan desain visualisasi media kampanye “Pencanangan UMB Kampus Bebas Asap Rokok Periode 27 Mei 2009-

Karya Wisata adalah kegiatan wisata yang dilakukan dengan tujuan untuk menambah pengetahuan serta menambah pengalaman.

Optimalisasi nilai rata-rata efesiensi total perbandingan volume kebutuhan air terhadap volume air intake pada daerah Irigasi Jambo Aye adalah 81% dan Alue Ubay 69%, ini

Dataset hasil pencatatan proses produk spray yang digunakan adalah sebanyak 219 record data yang akan diuji pada proses pembentukan kelompok klaster dengan algoritma

membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah Daerah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang

Studi ini dilakukan dengan merencanakan layout dan meng- hitung kembali rencana anggaran biaya pembangunan perumahan, menganalisis kelayakan proyek dan mene- tapkan

pemegang syer mengawal ertinya mana-mana orang yang, atau sekumpulan orang yang secara kolektif, berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, lebih daripada 33%

Dalam penelitian ini akan digunakan metode deskriptif analisis, yaitu dengan cara mendeskripsikan aspek-aspek yang dibina oleh Pengawas terhadap Kepala Sekolah, kemudian