• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penulisan ini adalah milik KakTeh Asma.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penulisan ini adalah milik KakTeh Asma."

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Hak Cipta KakTeh Asma’

Penulisan ini adalah milik KakTeh Asma’.

Tidak dibenarkan untuk mengedarkan Ebook ini dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran daripada pihak KakTeh Asma’. Boleh dapatkan Ebook ini melalui

saluran yang sah di www.kaktehasma.com/fit.

Segala panduan yang diberikan mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan setiap individu akan menghasilkan keputusan yang sama. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat

professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Segala penulisan yang ada di dalam Ebook 9 Rahsia Badan Sihat & ‘Fit’

ini adalah daripada pengetahuan serta pengalaman yang telah KakTeh lalui. Tujuan utama KakTeh menghasilkan Ebook ini adalah untuk membantu mereka

yang mempunyai masalah badan yang terasa berat serta membantu mereka yang sukar mengawal tabiat pemakanan yang akan menyebabkan pelbagai

penyakit kronik yang bakal mendatang.

Ebook ini mendedahkan 9 Rahsia yang mudah untuk diikuti untuk mendapatkan badan yang sihat dan ‘FIT’.

Kepada anda yang belum kenal KakTeh, boleh klik sini (www.kaktehasma.com) untuk mengenali KakTeh dengan lebih dekat.

(3)

Setiap orang mempunyai impian untuk kelihatan lebih langsing dan dalam masa yang sama memiliki badan yang sihat dan ‘FIT’ dengan fizikal anda.

Untuk mencapai impian itu, ada yang menyiksa badan dengan tidak memberi tubuh badan makanan yang mempunyai nutrisi-nutrisi yang diperlukan dengan pengambilan produk yang tidak berkhasiat, yang rendah kalori tetapi tidak mempunyai keperluan nutrien yang seimbang, atau pun produk kurus yang membahayakan kesihatan jangka masa panjang anda.

Jadi, atas kesedaran ini, KakTeh ingin membantu anda untuk tidak menyiksa jiwa dan raga anda untuk menyekat makanan-makanan yang diingini dan yang paling penting yang berkhasiat untuk masuk ke dalam badan anda. Dalam masa yang sama anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan sangat baik.

Ketahui 9 RAHSIA ini untuk anda memiliki tubuh badan impian iaitu badan yang SIHAT & ‘FIT’!

(4)
(5)

Rahsia #1: CARA MUDAH MINUM AIR 2 LITER

Ini RAHSIA yang paling utama.

Kenapa perlu minum air yang cukup?

Lebih kurang 72% daripada badan anda terdiri daripada air dan perlu sentiasa diisi semula.

Air diperlukan untuk mengekalakan metabolisma yang sihat kerana ia hampir terlibat dalam setiap proses biokimia badan.

Minum 8 gelas (2 liter) air setiap hari akan membantu: ✓ Berasa kenyang,

✓ Menyingkirkan toksin

✓ Mengekalkan kulit yang sihat serta ✓ Mendapat kesihatan yang optima.

Mari KakTeh bantu anda untuk ‘CARA MUDAH MINUM AIR 2 LITER’.

3

6.00 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 12.00 tengahari

2.00 petang 4.00 petang 6.00 petang 8.00 malam

(6)
(7)

Rahsia #2: PEMAKANAN SEIMBANG

Dalam setiap kali pengambilan makanan, perlu pengambilan yang seimbang.

NASI – KARBOHIDRAT

➢ Memberikan tenaga untuk menjalankan aktiviti harian. LAUK – PROTEIN

➢ Membantu membina otot dan mengurangkan lemak. SAYUR – SERAT

➢ Membantu menjadi kenyang dengan lebih lama dan membantu insulin menukarkan gula(@karbohidrat) kepada tenaga.

Mengapa perlu pengambilan PROTEIN?

Protien adalah nutrien asas pembinaan bagi setiap sel dalam badan anda. Dalam usaha membina atau membaiki tisu-tisu dan otot-otot, asid amino yang hanya boleh diperolehi daripada protein amat diperlukan.

Kajian menunjukkan bahawa protein juga penting dalam penurunan berat badan.

Pengawalan kalori dalam sajian tanpa protein yang mencukupi akan menyebabkan kehilangan jisim otot sebelum berjaya mengurangkan lemak.

Makanan yang berkalori rendah tidak semestinya membekalkan nutrien seimbang yang diperlukan untuk menyahtoksik dan mengurangkan berat badan.

(8)
(9)

Rahsia #3: JAGA MASA MAKAN

Rutinkan masa makan harian anda.

Ketahui masa makan yang betul untuk memudahkan anda merutinkan masa makan anda.

PEAK TIME

3 masa makan yang utama: SARAPAN: 7 pagi – 9 pagi

MAKAN TENGAHARI: 12 tengahari – 2 petang MAKAN MALAM: 6 petang – 8 malam

Pastikan selang 5-6 jam antara masa Peak Time.

Pengambilan makanan sebanyak 6 senduk rata setiap kali makan.

SNEK TIME

3 masa makan snek:

MAKAN PAGI: 10 pagi – 11 pagi

MAKAN PETANG: 4 petang – 6 petang SUPPER: 9 malam – 10 malam

Pastikan selang 3-4 jam selepas Peak Time.

Pengambilan makanan sebanyak 2 – 3 senduk rata setiap kali makan.

(10)
(11)

Rahsia #4: MAKANAN BEBAS

Nikmati makanan bebas berikut tanpa had setiap hari. Makanan-makanan ini adalah sangat rendah kalori sehinggakan tiada saiz hidangan spesifik.

Anda juga boleh makan makanan yang berkalori rendah yang membekalkan vitamin, mineral, fitonutrien dan serat yang tinggi untuk membendung rasa lapar.

Makanan rendah kalori ini perlu diambil sekali atau 2 kali sahaja setiap hari.

9

MAKANAN BEBAS DIMAKAN Sawi Timun Brokoli Saderi Kobis Bayam Terung Daun Bawang Daun Sup/Kucai Salad

MAKANAN RENDAH KALORI YANG TINGGI SERAT

Oren Epal Ceri Kiwi Strawberi Anggur Beri Biru/Hitam Resberi Aprikot Kacang Soya

(12)
(13)

Rahsia #5: SENAMAN

Berapa lamakah senaman yang diperlukan?

➢ Sangat penting untuk melakukan senaman aerobic selama 30 minit setiap hari.

➢ Walaupun anda boleh membahagikannya kepada 2 sesi (15 minit/sesi), tetapi PILIHAN TERBAIK adalah menjalankan keseluruhan senaman untuk 30 minit sekali bersedia untuk pembakaran lemak.

SENAMAN BERIMPAK RENDAH – SEDERHANA

Walaupun senaman adalah penting tetapi latihan yang berimpak rendah dan sederhana adalah lebih sesuai untuk orang baru.

Aktiviti ini akan merangsang kadar metabolisma badan anda:

Berbasikal

Berjalan pantas

Berenang

Aerobik

Mendaki

Menari

Sepatu Roda

Treadmil

✓ Pastikan anda mengambil masa 2 minit untuk meregangkan diri dan 5 minit untuk memanaskan badan sebelum bersenam selama 30 minit.

♥ Apabila badan dan otot bersedia menjalankan senaman, ia akan pulih dengan cepat.

Setiap hari, terdapat banyak peluang untuk anda membakar kalori tambahan sepanjang hari.

Jangan menggunakan lif, pilih untuk memanjat tangga.

Meletakkan kereta lebih jauh dari destinasi untuk memanjangkan jarak perjalanan kaki.

Apabila anda berasa lebih bertenaga serta bersedia, barulah lakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi!

(14)
(15)

Rahsia #6: TIDUR YANG CUKUP

Berapa Lama Tempoh Sepatutnya Kita Tidur Setiap Malam?

Secara amnya, orang dewasa perlu mendapatkan 7 – 8 jam tidur setiap malam. Namun demikian, kajian menunjukkan kebanyakan orang dewasa di Malaysia hanya mendapatkan 6.4 jam tidur secara purata.

Ada beberapa sebab kenapa warga Malaysia kekurangan tidur: ✓ Alat mudah alih (hp) yang sentiasa berada di tangan.

✓ Ketagihan internet – menonton video tanpa henti. ✓ Tanggungjawab peribadi dan juga kerja.

Apakah yang akan terjadi jika anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi?

Kekurangan tidur yang mencukupi boleh mewujudkan kesan sampingan dan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan jangka panjang seperti:

➢ Rasa letih dan lesu yang berlebihan. ➢ Sakit kepala pada waktu pagi.

➢ Daya ingatan lemah dan susah untuk fokus.

➢ Kebimbangan dan kemurungan.

➢ Masalah kesihatan kronik seperti obesity, diabetes dan penyakit jantung. ➢ Terdedah kepada kemalangan jalan raya.

➢ Melakukan kesilapan di tempat kerja.

➢ Masalah perhubungan.

Apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan tidur yang cukup?

♥ Selaraskan jadual tidur.

♥ Sediakan badan dan minda untuk tidur.

♥ Elakkan hidangan besar beberapa jam sebelum tidur (snek boleh diambil). ♥ Pastikan suasana sesuai untuk tidur.

♥ Mandi air panas sebelum tidur.

♥ Bersantai sebelum tidur (contohnya, membaca buku atau mendengar muzik yang menengkan).

♥ Jangan lihat hp sejam sebelum tidur.

(16)
(17)

Rahsia #7: PENGURUSAN EMOSI

Emosi sering dikaitkan dengan perasaan, perangai, keperibadian, dan motivasi. Emosi adalah kompleks. Emosi boleh didefinasikan sebagai pengalaman positif atau negatif yang dikaitkan dengan corak aktiviti fisiologi tertentu.

Bagaimana ingin mengubah emosi negatif kepada emosi positif? 1. Change Your Physiology (Tukar Fisiologi Tubuh Anda)

Cara pergerakan tubuh badan anda akan menghasilkan emosi yang berbeza. Cuba anda bayangkan cara jalan orang tidak ada duit dengan cara jalan orang ada duit. Berbezakan?

Anda boleh ubah pergerakan badan anda seperti orang berjaya, supaya anda sentiasa merasa gembira. Perasaaan GEMBIRA ini akan menghasilkan EMOSI yang positif.

Sudah cuba?

Cubalah sekarang! Anda akan terasa PERUBAHAN yang sangat ketara kepada EMOSI anda.

2. Motion Create Emotion (Pergerakan Menghasilkan Emosi)

Apabila anda merasakan EMOSI negatif seperti malas, marah, benci dan seumpamanya ini sedang menguasai diri anda, anda lakukan satu pergerakan yang lain dari keadaan semasa anda.

Contohnya, anda sedang malas untuk melakukan apa-apa aktiviti dan dalam keadaan sedang baring. Jadi anda buat satu pergerakan seperti melipat baju.

Sudah cuba?

Cubalah sekarang! In shaa Allah, anda akan merasakan EMOSI baru yang lebih POSITIF daripada sebelumnya.

3. Change Your Language (Tukar Gaya Bahasa Anda)

Perasankan, kalau kita dalam keadaan marah, Bahasa yang kita gunakan sangat kasar dan boleh menyakiti hati orang yang mendengarnya. Apa yang perlu anda buat untuk menukarkan EMOSI negatif itu?

Anda duduk atau pergi menjauhi orang yang anda ingin marah itu. Kawal diri anda dan berkatalah sesuatu yang baik.

Sudah cuba?

Cubalah sekarang! In shaa Allah, anda akan merasakan satu ENERGI yang yang sangat LUAR BIASA.

(18)
(19)

Rahsia #8: MEMBUANG AIR BESAR

Perut menjadi punca kepada penyakit sebagaimana sabda Baginda Nabi

SAW: Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala PENCEGAHAN itu

pokok dari segala pengubatan. (Riwayat Ad-Dailami)

Tanda Usus Kotor:

➢ Sembelit

➢ Senang naik berat badan

➢ Susah turun berat badan

➢ Kulit kusam dan berjerawat

➢ Cepat letih & lelah

➢ Mulut/badan berbau

➢ Selalu lapar

➢ Badan mudah masuk angin

➢ Mudah marah

➢ Masalah pencernaan

Anda perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 1 kali sehari! Jika tidak, anda bakal mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.

(20)
(21)

Rahsia #9: PENGAMBILAN CLEAN 9

Program Clean 9 ini memberi permulaan baru kepada anda dengan membantu supaya anda kelihatan lebih langsing dan sihat.

Setiap produk dalam Program Clean 9 ini dipilih khusus supaya ia dapat bekerja secara sinergistik. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, anda perlu mengambil setiap produk seperti yang disarankan dalam buku Clean 9 (buku ini akan diberikan secara percuma kepada anda yang mengikuti Program Clean 9). Bolehkah saya TAMPAK SIHAT & RASA HEBAT dalam masa 9 hari sahaja? Ya. Program Clean 9 adalah PROGRAM PEMBERSIHAN yang berkesan dan senang diikuti yang akan memberikan keperluan untuk transformasi badan. Apakah yang boleh anda jangkakan dalam masa 9 hari ini?

✓ Anda akan TAMPAK SIHAT & RASA HEBAT, bermula dengan menyingkirkan

toksin yang terkumpul dalam badan yang mungkin menghalang penyerapan

nutrien yang terdapat dalam makanan.

✓ Anda juga akan berasa lebih ringan dan bertenaga kerana berjaya

mengawal pengambilan makanan dan mula merasai perubahan badan.

MENGHALA KE GAYA HIDUP YANG LEBIH SIHAT!

(22)

KESIMPULAN

Anda perlu ingat, dengan menjaga pemakanan sekarang, ia adalah penting untuk menentukan kesihatan anda 15 tahun akan datang!

Anda masih boleh makan makanan kegemaran anda, tetapi jangan mengambilnya secara berlebihan.

Jadi, pilihlah gaya hidup yang sihat tanpa perlu menyiksa jiwa dan raga anda. In shaa Allah, KakTeh akan memberikan penjelasan yang lebih banyak untuk

setiap Rahsia yang KakTeh dedahkan di dalam Ebook ini di dalam Channel Telegram Sihat Bersama KakTeh (t.me/FitOurBody) supaya anda dapat memahami dengan lebih mendalam cara DIET SIHAT yang ingin KakTeh

sampaikan kepada anda. Semoga bermanfaat. 😊

(23)

Referensi

Dokumen terkait

Kota Tidore Kepulauan, Kabupaten Halmahera Selatan, Kota Ternate, Kabupaten Halmahera Utara, Kabupaten Halmahera Barat, Kabupaten Halmahera Tengah, Kabupaten

Lompat ke depan yang digunakan dalam penelitian ini adalah standing jump over barrier, yaitu dimulai dengan berdiri pada dua kaki selebar bahu, kemudian melakukan lompatan

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a dan huruf b, serta untuk melaksanakan ketentuan Pasal 6 ayat (1) huruf a Peraturan Menteri

Larutan baku Timbang saksama lebih kurang 25 mg Asetilsistein BPFI, masukkan ke dalam labu tentukur 25-mL, tambahkan 10 ml Pelarut, sonikasi selama 10 menit, encerkan

[r]

Hasil ini lebih efektif bila dibandingkan dengan penggunaan enzim yang harus dilakukan dalam sistem batch serta memerlukan kontrol suhu yang ketat dan

M eteorologi mengenal sistem skala dalam melakukan sebuah analisis. Skala global merupakan skala meteorologi yang paling luas. Skala global dapat mempengaruhi fenomena meteorologi

Naya Widiawan Sudharmo Apabila ada Saudara-saudara yang belum dapat memberikan dukungannya yang berdasarkan Alkitab, Tata Gereja & Tata Laksana GKI, keberatan dapat disampaikan