• Tidak ada hasil yang ditemukan

E - B O O K S E R A N T A U M U S L I M A M A L A N C E T U S LIMPAHAN. Penulis Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "E - B O O K S E R A N T A U M U S L I M A M A L A N C E T U S LIMPAHAN. Penulis Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor"

Copied!
72
0
0

Teks penuh

(1)

E - B O O K S E R A N T A U M U S L I M

A M A L A N

C E T U S

L I M P A H A N

REZEKI

Penulis

(2)

Segala puji bagi Allah,

Tuhan yang mentadbir sekalian alam,

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad SAW,

ahli keluarga, para sahabat dan seluruh umat yang

mengikutinya.

(3)
(4)

Isi Kandungan

Bil. Sub-tajuk Halaman

1 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Rintihan Kepada AllahSWT

2 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Solat Dhuha

3 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Berbuat Baik SesamaManusia dan Menyambung Silaturrahim

4 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Istighfar

(5)

Pengenalan

Terdapat banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi mendapatkan rezeki yang melimpah ruah. Dalam e-book ‘Amalan Cetus Limpahan Rezeki’ ini akan menerangkan lima amalan yang boleh dilakukan bagi mencetus limpahan rezeki. Dalam Bab Pertama, penulis akan menerangkan tentang amalan cetus limpahan rezeki melalui rintihan kepada Allah SWT. Kita digalakkan menyebut perkataan-perkataan yang baik dan memuji Allah dalam usaha mendapatkan rezeki yang melimpah.

Dalam Bab Kedua, amalan yang penulis ingin kongsikan ialah amalan solat

dhuha. Solat dhuha sangat digalakkan untuk dilakukan walaupun ia bukanlah

amalan yang wajib, namun bagi mencetus limpahan rezeki, perlu dilakukan

(6)

Pengenalan

Manakala dalam Bab Ketiga, penulis akan menyentuh tentang ‘Habluminannas’ iaitu berbuat baik sesama manusia dan menyambung silaturrahim. Senario murni ini sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi meraih rezeki yang melimpah.

Bab Keempat, penulis akan menyatakan amalan istighfar sebagai pencetus

rezeki agar melimpah. Terdapat pelbagai jenis dan ayat istighfar boleh dibacakan. Misalnya “Ya Allah! sesungguhnya aku telah menzhalimi diriku, maka ampunilah aku; kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Engkau”.

(7)

Pengenalan

Bab terakhir, iaitu bab Kelima, penulis akan menyentuh tentang amalan cetus limpahan rezeki melalui sedekah. Amalan sedekah dapat melahirkan rezeki yang tidak terduga. Terdapat banyak kaifiat-kaifiat dari amalan sedekah. Salah satunya adalah dapat menyembuhkan penyakit.

Justeru, penulis sangat berbesar hati jika saudara atau saudari dapat meneruskan pembacaan yang menarik dalam halaman-halaman seterusnya.

(8)

Kata Alu-aluan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrb, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya e-book ‘Amalan Cetus Limpahan Rezeki’ ini dapat disiapkan. Penulis merakamkan jutaan terima kasih buat keluarga, sahabat handai, rakan sekerja dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan e-book ini. Penulisan e-book ini bertujuan menggalakkan pembaca untuk melakukan amalan yang boleh mencetuskan rezeki. Beberapa amalan yang boleh dilakukan bagi memperoleh rezeki yang mencurah-curah. Antara amalan yang akan dibincangkan ialah amalan rintihan kepada Allah,

(9)

Dari Hati Penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca hebat sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mendapatkan e-book ‘Amalan Cetus Limpahan Rezeki’ yang merupakan karya kelima penulis. E-book ini diselitkan dengan amalan yang membawa cetusan kepada rezeki yang melimpah ruah. Kita semua boleh melakukan amalan-amalan yang akan dibincangkan bagi mendapatkan rezeki secara yang tidak disangka-sangka. Sebelum meneruskan pembacaan, bagi yang ingin mengenali saya, nama diberi Mohd Hakim bin Mohd Nor, merupakan merupakan Pengarah Urusan merangkap International Professional Master Trainer di Suria Horizon Training and Consultancy dan CEO di sebuah syarikat antarabangsa iaitu S Muslim Resources. Saya juga merupakan Setiausaha Agung merangkap Pengurus Besar sebuah NGO Antarabangsa iaitu Serantau

(10)

(1)

Amalan Cetus Limpahan

Rezeki Melalui Rintihan

(11)

Terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan kita setiap hari bagi mencetus limpahan rezeki. Antaranya ialah kita boleh mencontohi Nabi kita, Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam yang selalu berdoa memohon rezeki setiap selesai solat subuh. Antara doa Rasulullah ialah:

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” [HR. Ahmad].

(12)

Rasulullah SAW juga bersabda “Setiap anggota kamu pada setiap hari dapat berbuat sedekah kerana pada setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, menyuruh berbuat baik itu sedekah dan melarang berbuat jahat itu sedekah”. (Hadis Riwayat Muslim)

(13)

Penulis pernah mendengar kisah seorang isteri yang kematian suami. Beliau hidup menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit semula dan berdepan dengan kenyataan hidup bahawa dia kini seorang janda. Apabila beliau sudah dapat menerima kenyataan tersebut, beliau mula beramal mendekatkan diri kepada Allah.

Beliau terus beristiqamah melakukan amalan yang diperintahkan Allah, sehingga datang bantuan Allah bertali-arus. Datangnya pula dengan cara yang tidak disangka-sangka. Apabila ditanya tentang amalan yang dilakukan, beliau menjawab, penulis bangun malam, penulis solat dan memohon bantuan Allah.

(14)

Allah berfirman; “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(15)

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia

memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Surah at-Talaq: Ayat 2-3)

(16)

Kita juga diseru untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah dan sentiasa berhati-hati dalam apa jua perbuatan agar terhindar diri dari melakukan dosa, kecil mahupun besar. Insya-Allah pasti akan buka pintu-pintu rezeki yang tidak pernah terbuka sebelum ini, iaitu pintu rezeki yang tidak disangka-sangka. Apabila kita taat kepada Allah, kita akan dapat segala-galanya. Seiring dengan Firman Allah SWT “Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan

(17)

Justeru itu, amalan zikir seperti alunan tahmid, tasbih, takbir, tahlil, amar maa’ruf dan nahi mungkar, bertaubat, berdoa dan seumpama dengannya adalah amalan yang boleh mencetuskan rezeki yang melimpah ruah. Tinggal kita sahaja untuk mempraktikkannya atau sebaliknya. Kita juga diseru untuk memohon kepada Allah SWT jika kita ada masalah sebesar mana pun kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Mendengar.

(18)

( 2 )

Amalan Amalan Cetus

Limpahan Rezeki Melalui

(19)

Selain apa yang disebutkan dalam bab sebelumnya, solat dhuha juga merupakan salah satu punca rezeki boleh melimpah ruah. Mungkin rezeki datang dalam bentuk fizikal, mungkin datang dalam bentuk yang abstrak, kita semua tidak tahu kerana semuanya dari Allah. Tugas kita adalah mengamalkan solat sunat yang digalakkan ini.

Solat dhuha mengandungi banyak kelebihannya. Solat dhuha antara rahmat yang dibawa Rasullullah SAW kepada umat baginda. Ibadah ini merupakan ibadah ringkas dan mudah namun ganjarannya

(20)

Pernahkah anda mendengar doa dibawah? Doa Usai Solat Dhuha

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha-Mu, kecantikannya kecantikan-dhuha-Mu, keindahannya keindahan-Mu, kekuatannya kekuatan-keindahan-Mu, kekuasaannya kekuasaan-keindahan-Mu,

perlindungannya perlindungan-Mu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanalah. Jika haram,

sucikanlah. Jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu. Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan

(21)

Mungkin ada antara kita tertanya-tanya. Apakah hukum sebenar mengerjakan solat dhuha?

Hukum solat dhuha adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut

mengerjakannya. Manakala waktu yang boleh dilaksanakan solat ini ialah anggaran 20 minit selepas terbit matahari (syuruk) sehingga tergelincir matahari iaitu ketika masuk waktu solat zohor.

(22)

Oleh itu, bagi mencetus limpahan rezeki, kita perlulah sentiasa mengingati Allah. Salah satu caranya ialah mengerjakan solat dhuha. Selain mendapat rezeki yang berkat dan melimpah, dengan mengerjakan solat ini, urusan harian kita akan dimudahkan dan dilapangkan serta ditulis oleh Allah sebagai hamba-Nya yang tidak lalai dalam mengingati-Nya.

(23)

(3)

Amalan Cetus Limpahan

Rezeki Melalui Berbuat Baik

Sesama Manusia &

(24)

Bila sebut tentang silaturrahim, apa yang anda faham? Dalam kata lainnya,

silaturrahim ni adalah kita menjaga hubungan sesama manusia tanpa mengira darjat, pangkat dan rupa.

Terdapat satu Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Abu Hurairah, “Sesiapa

yang ingin rezekinya dilapangkan dan usianya dipanjangkan, maka peliharalah hubungan silaturrahim”.

Berdasarkan Hadis tersebut, jelas lagi nyata bagi mereka yang menjalinkan hubungan yang baik, Allah akan menjaga mereka. Dari segi peningkatan umur, ibadat, rezeki, ajal dan sebagainya.

(25)

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan Sesama

Manusia

• Macam mana nak hargai masa rehat ni? Tak susah pun. Dalam tempoh 5 hari bekerja, pasti ada waktu rehat dalam satu jam setengah ke 2 jam kan? Ambil la masa ni untuk bergaul dengan rakan-rakan di pejabat. Pergi makan tengah hari sama-sama, berborak cerita benda-benda yang luar dari pejabat. Aktifkan rehat anda dengan perkara-perkara yang bermanfaat dengan rakan setugas anda.

1) Hargai waktu rehat

(26)

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan Sesama

Manusia

• Tips kedua ini adalah perkara yang sangat penting. Penulis faham sebagai seorang yang berkarier pada abad mencabar ini, kadang-kadang kita tiada masalah bermesra dengan ahli keluarga kerana merasakan perlukan lebih masa untuk menyiapkan kerja. penulis ingatkan diri penulis dan anda semua agar bila nak pulang ke rumah, kosongkan fikiran dengan kerja-kerja di syarikat. Ingat momen-momen indah di rumah bersama anak-anak dan pasangan. Mereka di rumah sentiasa menunggu kepulangan anda dengan gembira sekali. Kalau boleh, silent kan saja telefon bimbit tu. Luangkan masa bersama

2) Hargai masa di

(27)

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan Sesama

Manusia

• Banyak benda boleh dibuat pada hujung minggu. Salah satunya, cuba ambil peluang cuti hujung minggu ini dengan pulang ke kampung bertemu ibu bapa atau menziarahi sanak saudara yang terdekat kalau itu saja yang mampu. Bukan apa, untuk merapatkan lagi hubungan yang dah ada ni. Kalau yang jauh, cuba dekat-dekatkan dengan telefon mereka atau apa sahaja.

3) Hujung minggu yang

(28)

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan Sesama

Manusia

• Kalau dah pergi ziarah rumah sanak saudara tu, jangan lenggang sahaja. Bawa sekali setangkai pisang atau sebuku roti atau sebekas nasi goreng. Bila bawa buah tangan, nampak kemesraan yang terjalin. Cuba anda buat dan jadikan kebiasaan atau habit. Asal pergi rumah orang, mesti bawa buah tangan. Anda akan rasai kelainan itu lama kelamaan.

4) Buah tangan

(29)

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan Sesama

Manusia

• Orang selalu cakap ringan tulang kan? Tapi ini ringan tangan. Maksudnya, selalu la bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Atau ada rezeki lebih sikit, bagi makan kepada mereka yang memerlukan. Tidak semestinya menjalinkan hubungan silaturrahim ni dengan orang yang kita kenal saja. Dengan yang tak kenal pun, boleh juga. Lama-lama boleh jadi kenal. Dan, perkara yang pasti sekali anda akan didoakan oleh mereka supaya dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipenulingi oleh semua.

5) Ringan tangan

(30)

Sebenarnya, selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat banyak lagi cara yang boleh kita praktikkan bagi menjalin hubungan erat antara satu sama lain. Mana-mana pun boleh, ikut kesesuaian masing-masing. Apa yang kita lakukan mestilah dengan niat yang betul. Pesan penulis:

“Bila kita buat baik kepada orang lain, belum tentu orang itu akan balas kebaikan kita. Tetapi ingatlah, bila kita buat baik kepada orang lain,

Ingatlah dua perkara: Budi orang kepada kita

dan kejahatan kita kepada orang. Lupakan dua perkara; Budi kita kepada orang, kejahatan orang kepada

(31)

(4)

Amalan Cetus Limpahan

Rezeki Melalui Istighfar

(32)

Maksud istghfar: Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung, dan aku bertaubat kepadaNya.

Selain amalan-amalan yang telah disebutkan sebelumnya, amalan beristighfar kepada Allah juga merupakan amalan yang membuka pintu rezeki dan cetus

limpahan rezeki. Ayuhlah kita bersama-sama beristighfar. Rasulullah

(33)

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

لُقَف ُُتْلُقَف او ُرِفْغَتْسا ُْمُكَّب َر ُُهَّنِإ َُناَك ا ًراَّفَغ (١٠) ا ًرا َرْدِم ُْمُكْيَلَع َُءاَمَّسلا ُِلِس ْرُي(١١) ُ تاَّنَج ُْمُكَل ُْلَعُْجَي َو َُنيِنَب َو ُ لا َوْمَأِب ُْمُكْدِدْمُي َو ُْلَعْجَي َو ُْمُكَل ا ًراَهْنَأ

Maksudnya: “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)

(34)

Disebutkan dalam suatu hadis: ُْنَم َُم ِزَل َُراَفْغِتْس ِلِا ، َُلَعَج َُُّللَا ُُهَل ُْنِم ُ ِلُك ُِض ُ ٍي اًج َرْخَم ، ُْنِم َو ُ ِلُك ُ مَه َُرَف اًج ، ُُهَق َز َر َو ُْنِم ُُثْيَح َُلِ ُُبِسَتْحَي

Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa

beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu

(35)

Istighfar disyari’atkan di dalam setiap waktu, tetapi ia menjadi wajib ketika melakukan dosa-dosa dan menjadi sunnah/sangat dianjurkan sesuai melakukan perbuatan-perbuatan baik, seperti beristighfar 3 kali selepas solat, setelah haji dan lain-lain. Juga, dianjurkan pada waktu sahur

kerana Allah memuji orang-orang yang

(36)

(5)

Amalan Cetus Limpahan

Rezeki Melalui Sedekah

(37)

Seterusnya, amalan untuk mencetuskan rezeki dengan bersedekah. Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan: “Tangan yang di

atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah pemberi dan tangan yang di bawah adalah penerima”(Riwayat Muslim).

(38)

Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Dengan bersedekah kita akan terhindar dari api neraka dan sekali gus mampu membukakan pintu rezeki. Seperti yang sering kita dengar bahawa dengan bersedekah kita tidak akan

(39)

« ِب ا ًدْبَع ُ هللَّا َداَز اَمَو ، ٍلاَم ْنِم ٌةَقَدَص ْتَصَقَن اَم َ أ َع َضا َوَت ا َم َو ،اًّزِع هلاِإ ٍوْفَع هلاِإ ِللَّ ٌد َحه ِ ُ هللَّا ُهَعفَرَ »

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba

dengan pemberian maafnya (kepada

saudaranya) kecuali kemuliaan, serta tidaklah seseorang merendahkan diri di (hadapan)

Allah kecuali Dia akan meninggikan (darjat)nya”[4].

(40)

Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan

oleh) orang-orang yang menafkahkan

hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,

pada tiap-tiap butir seratus biji,. Allah

melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. (Al Baqarah:

(41)

Sedekah adalah suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Ia juga adalah suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap redha Allah S.W.T dan pahala semata. Di dalam Al Quran, banyak ayat yang menyuruh kaum muslimin untuk sentiasa memberikan sedekah.

(42)

Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada lebihan, maka sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan.

Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, kita harus bersedekah kepada mereka dan jika ada lebihan rezeki lagi, kita wajar bersedekah kepada penduduk luar negara. Setiap orang

(43)

Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Tidak ada

kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan

mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberi kepadanya pahala yang besar”. (An Nisaa: 114)

(44)

Sedekah merupakan sunnah Rasulullaah SAW dan hukumnya adalah sama dengan infak. Namun begitu, sedekah dan infak mempunyai

perbezaan dari segi barangan yang

dikeluarkan. Ini kerana sedekah tidak terbatas kepada harta semata-mata sedangkan infak berkaitan dengan harta.

(45)

Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam sememangnya akan mendapat ganjaran pahala yang besar namun pahala sedekah akan lenyap apabila si pemberi selalu mengungkit-ungkit dengan sedekah yang telah diberikan atau menyakiti hati si penerima. Hal ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam

firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang

beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan si penerima”. (Al Baqarah: 264)

(46)

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya. Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

1. Memperkuat keimanan dan mendekatkan

diri kepada Allah SWT. Jika kita bersedekah

dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah, pasti akan bertambah keimanan kita terhadapNya. Dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah sangat menyayangi akan golongan hambaNya yang banyak memberi kerana-Nya,

(47)

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya. Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

2. Bertambah rezeki dan mendapat keberkatan. Allah akan memberi dan menggantikannya dengan hal yang lebih baik jika kita memberi kepada orang lain. Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita. Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu. Jika bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam keluarga dan kesenangan dalam apa jua urusan. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak terbatas.

(48)

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya. Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

3. Memberi ketenangan hati dan kebahagiaan. Sebagai umat Islam kita sering disarankan untuk berbuat apa-apa saja kebaikan demi mendapatkan ketenangan fikiran dan emosi, termasuklah dengan bersedekah. Bahkan, dengan membelanjakan harta kearah kebaikan demi membantu orang lain pasti akan mendorong peningkatan hormon-hormon kebahagiaan dalam otak kita. Kajian sains sendiri telah membuktikan kebenaran ini.

(49)

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya. Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

4. Melatih berfikiran positif dan adil. Golongan yang gemar bersedekah adalah mereka yang memiliki sikap adil dan tidak berani mengambil hak orang lain tanpa kebenaran (mencuri). Dengan melakukan amalan sedekah akan mengingatkan kepada kita mengenai kewajiban dalam aspek sosial iaitu bersikap adil kepada mereka yang memerlukan bantuan.

(50)

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya. Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

5. Melahirkan rasa syukur. Rasa syukur adalah apabila kita berterima kasih kepada Allah dengan apa yang kita terima. Lalu, dengan bersedekah adalah salah satu cara untuk kita mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT atas semua kurniaan dan pemberiannya. Bukankah dengan bersedekah itu mengingatkan kita bahawa apa yang dimiliki hari ini itu adalah nikmat dan atas keizinan dari Allah SWT? Jadi, jika kita ini hamba yang bersyukur,

(51)

Justeru, marilah sama-sama kita mengamalkan amalan

bersedekah kerana dengan bersedekah akan

mendapat ganjaran pahala yang besar. Contoh terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad SAW. Baginda sering kali memberikan makanannya kepada golongan miskin sehinggakan Baginda sendiri kerap berlapar. Rasulullah sangat takut jika di rumahnya terdapat hanya sedikit saja harta atau makanan yang belum dibahagikan. Bahkan pakaian Baginda sendiri dari bahan kasar dan berharga paling murah

(52)
(53)

10 HIKMAH

BERSEDEKAH

(54)

1. Sedekah dapat

menghapuskan kesalahan dan meredakan murka

Allah. Rasulullah saw

bersabda: “Sedekah meredakan kemarahan

Allah dan menangkal (mengurangi) kepedihan

sakaratul maut.” (Dalam buku fiqh sunnah karangan

Sayyid Sabiq).

2. Sedekah membuka pintu rezeki. Rasulullah saw bersabda ”

turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari allah) dengan mengeluarkan

sedekah.” (HR al-baihaqi). Dalam salah satu hadits qudsi, allah

berfirman: ” hai anak adam, infaklah (nafkahkanlah hartamu), niscaya aku memberikan n afkah kepadamu. “(HR

(55)

3. Sedekah menjauhkan

diri dari api neraka.

Rasulullah SAW bersabda: “jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir

kurma.” (Mutafaq’alaih).

4. Allah menolak berbagai macam

musibah dengan sedekah.

Sedekah menolak berbagai bentuk musibah bagi siapapun, sekalipun mereka dari golongan orang zalim, bahkan kafir sekalipun. Rasulullah Saw

bersabda’. “Sedekah dapat menyelamatkan manusia dari kematian yang buruk.” (Al-Wasail 6:

(56)

5. Seorang yang bersedekah

didoakan oleh malaikat setiap hari.

Nabi SAW bersabda: “tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah

satunya berkata ‘Ya allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’ sedangkan

(malaikat) yang lainnya berkata.’Ya allah, berikanlah kehancuran kepada orang-orang

yang menahan (hartanya)’,”(hr bukhari-muslim).

(57)

6. Pelaku sedekah berada

dalam naungan

sedekahnya pada hari kiamat.

Rasulullah bersabda: “naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya ” (HR

Ahmad).

7. Amalan sedekah adalah penawar

untuk berbagai jenis penyakit jasmani

Sebagaimana sabda

Nabi:”Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari

kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk

menghadapi datangnya bencana.” (HR Ath-Thabrani).

(58)

8. Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang

bersedekah.

Sebagaimana FirmanNya:

sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun

perempuan dan meminjamkan kepada allah pinjaman yang baik,

niscaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada

mereka: dan bagi mereka pahala yang banyak. (Qs 57:18).

(59)

9. Sedekah adalah pensuci bagi harta dan jiwa, melepaskan dari sikap sikap buruk

(Ad-Dakhan). Nabi berwasiat kepada para pedagang: ‘wahai para pedaganq,.

Sesunnguhnva (pada) perdagangan ini terjadi kealphaan dan sumpah, maka

campurilah dengan sedekah.”(Hr. Ahmad). Allah berflrman: “ambillah zakat dari

sebagian, harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan

(60)

10. Sedekah dapat menghapus dosa. Pernyataan ini diperkuat dengan dalil

hadist Rasulullah saw, “Sedekah dapat menghapus dosa

sebagaimana air memadamkan api.” (HR Tirmidzi, dishahihkan Al Albani

(61)

SERANTAU

MUSLIM

(62)

S e k i l a s t e n t a n g

S E R A N TAU M U S L I M

(63)

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) meletakkan slogan Persaudaraan Rentas Sempadan (Brotherhood Beyond Borders) sebagai azimat untuk

membawa visi mempererat persaudaraan Islam tanpa terikat dengan sempadan geografi. SERANTAU MUSLIM meletakkan VISI dalam gerak kerja yang jelas iaitu “Menjadi

peneraju dalam membantu individu menjadi khairunnas yang mendapat kebekatan rezeki melalui bantuan kepada muslim minoriti di Asia Tenggara”.

(64)

Dengan memberikan fokus khusus kepada Umat Islam Minoriti, SERANTAU MUSLIM meletakkan 4 MISI yang jelas iaitu “Menjadi

pembela dan rujukan pertama bagi suara Muslim Minoriti, Menberi bantuan kemanusiaan di seluruh Dunia tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa, Meningkatkan kualiti pendidikan Muslim Minoriti dan Memimpin rangkaian ekonomi antara muslim di rantau ASEAN

SERANTAU MUSLIM berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi yang mampu untuk menjadi satu suara yang vokal dalam membawa mesej persaudaraan dan kedamaian.

(65)

65

Untuk tujuan itu, SERANTAU MUSLIM aktif mengadakan kerjasama dengan banyak NGO di seluruh rantau ASEAN khususnya dalam menjayakan visi dan misi Serantau Muslim termasuklah mengetuai AMSEC (Asian Muslim Secretariat) iaitu sebuah organisasi yang dianggotai oleh NGO dari seluruh Negara Asean yang berjumlah seramai 32 buah NGO.

SERANTAU MUSLIM menyasarkan program berdasarkan 7 OBJEKTIF

UTAMA iaitu Membina Jaringan Kerjasama, Mengadakan Kutipan

Derma dan Sumbangan, Mengadakan Kempen Kesedearan Umat Islam, Mengadakan Dana Khas Bencana Alam, Membina Barisan Pelapis Kepimpinan Umat Islam, Menjadi Wakil Suara Umat Islam Asean dan Memberi Penumpuan Khusus Kepada Pendidikan.

(66)

Maklumat Lanjut Tentang SERANTAU MUSLIM

Setiausaha / Pengurus Besar : Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor

+019 450 5360

Serantau Muslim Hotline

: +6010 8659 407

Akaun Bank Serantau Muslim : Pertubuhan Kebajikan Serantau

Muslim

5641 0042 1083

0808 6020 1345 52

(67)

Biodata Penulis

Seawal bangku persekolahan, penulis telah berjaya melangkau kelas melalui program PTS anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat keputusan 9A dalam PMR semasa menuntut di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Seterusnya, penulis telah menyambung pengajian ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) , Klang dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

(68)

Biodata Penulis

Di KISAS, penulis turut aktif dalam bidang kokurikulum kerana beliau dipilih menjadi Ketua Pelajar, Pengerusi Persatuan Usahawan Muda, Pengerusi Pengakap, Pengerusi Kelab Catur, Pasukan Debat Bahasa Inggeris Sekolah , Setiausaha Perpustakaan dan juga merupakan wakil Malaysia dalam kejohanan catur peringkat antarabangsa. Penulis kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di dalam jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik . Semasa di UTP, penulis telah diamanahkan sebagai Presiden Rakan Masjid UTP dan aktif dengan pelbagai program dalam dan luar negara. Tidak merasa puas dengan pengajian di aliran sains, penulis seterusnya

(69)

Selepas bergraduasi, penulis telah terlibat aktif dalam misi bantuan kemanusiaan di seluruh dunia khususnya di rantau ASEAN. Sehingga kini, penulis telah pun mengembara dan menyertai misi kemanusiaan lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia. Disamping itu, penulis merupakan salah seorang pengasas merangkap Setiausaha NGO South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (SARMY) semenjak 2009. Pada tahun 2015, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha NGO Serantau Muslim merangkap Pengurus Besar. Penulis seringkali dijemput berceramah di dalam dan luar negara dan diiktiraf sebagai Master Practitioner Neuro Linguistic Programing yang ditauliahkan oleh NFNLP (Florida, USA).

(70)

Sehingga kini, penulis telah menulis 4 buah buku yang berkaitan dengan isu kemanusiaan , motivasi dan keagamaan. Penulis sering kali dijemput untuk memberikan perkongsian di radio dan televisyen antaranya ialah radio IKIM, Radio Melaka FM, Radio Nasional FM, Radio Bernama, Selamat Pagi M alaysia TV1 selain muncul di suratkhabar Harian Metro, Sinar Harian, Utusan Malaysia, Berita Harian, KOSMO dan banyak lagi. Kesungguhan dalam bidang pendidikan menyebabkan beliau telah mendapat tauliah mengajar daripada kerajaan Negeri Perak dan juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim

(71)

Penulis juga merupakan salah seorang pengasas dan peserta Food Flotilla For Myanmar yang belayar bersama Kapal Nautical Aliya untuk membantu etnik Rohingya di Mnyanmar dan Bangladesh. Dari sudut sumbangan kepada masyarakat, Ustaz Hakim telah berjaya membina lebih dari 235 buah telaga air untuk umat Islam minoriti di Myanmar, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Nepal. Beliau telah mengasaskan beberapa portal untuk menyelesaikan permasalah umat islam dalam ibadah iaitu Qurbanmudah.com, Fidyahmudah.com, Kembarakebajikan.com, tajaberbuka yang mana telah mendapat kunjungan ribuan pengguna sejak mula diasaskan.

(72)

S e k i a n , Te r i m a K a s i h .

Referensi

Dokumen terkait

Maka bagi Kyai Fuad, seni lukis rajah adalah dimensi yang meruang pada pembacaan multitafsir di mana tujuan dakwahnya melalui seni menjadi salah satu model pembacaan tersebut

Informasi terkait adanya penambahan informasi terbuka pada Daftar Informasi Publik (Kepala) Sub Bagian Umum dan Kepegawaian (Kepala) Sub Bagian Umum dan Kepegawaian Maret

Pelayanan antenatal yang berkualitas meliputi: pelayanan kepada ibu hamil minimal 4 kali, 1 kali pada trimester I, 1 kali pada trimester II, dan 2 kali pada trimester III

Ketidakmampuan manusia dalam menjalankan kehidupan sehari- hari akan mendorong manusia untuk selalu mengadakan hubungan timbal balik dengan sesamanya serta bertujuan

Diantara pemikirannya adalah mengenai konsep falah, hayyah thayyibah, dan tantangan ekonomi umat Islam, kebijakan moneter, lembaga keuangan syariah yang lebih ditekankan kepada

Seorang wanita, usia 50 tahun, datang ke puskesmas dengan keluhan kaki tidak dapat berjalan sejak 3 minggu yang lalu. Riwayat sebelumnya pasien sering keputihan berbau

Piezoelektrik pada penelitian ini memparalelkan 30 buah piezoelektrik diatas sebuah papan alas , setelah itu dilakukan perakitan lapisan sentuhan piezoelektrik yang tebuat

Dengan ini saya menyatakan bahwa skripsi dengan judul “PENGARUH INDEPENDENSI AUDITOR, GAYA KEPEMIMPINAN DAN KEPUASAN KERJA TERHADAP KINERJA AUDITOR DENGAN KOMITMEN