• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN MSS DAERAH KULAIJAYA KALI KE-31 TAHUN 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEJOHANAN PADANG & BALAPAN MSS DAERAH KULAIJAYA KALI KE-31 TAHUN 2013"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Peribahasa alah bisa, tegal biasa amat sinonim dengan Encik Abd Malek Bin Hussin. Kepakaran beliau dengan kelayakan sijil Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang ada pada beliau menjadikan khidmat beliau dalam bahagian empayar lorong masih diperlukan hingga ke saat ini. Pengalaman suka duka selama 22 tahun menyelami bidang ini sudah menjadikan bidang ini sebati kepada beliau. Situasi ini sememangnya tidak menjadi halangan dan pematah semangat beliau, walaupun sudah berusia untuk terus menceburi bidang ini. Guru yang berkhidmat di SMK Senai ini menyatakan cuaca yang terik tidak menghalang dirinya untuk terus menjalankan tanggungjawab beliau dengan amanah. Antara pengalaman suka duka yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjalankan tugas di arena MSSD adalah seperti kejadian yang berlaku pada tahun 2005. Beliau dan rakan setugas yang lain mengalami pengalaman yang mengerikan iaitu khemah-khemah berterbangan kerana angin ribut yang bertiup kencang sewaktu hari kejohanan. Sudah tentunya pengalaman itu yang akan terus bermain di kotak fikiran dan akan dikenang oleh beliau apabila tidak bergiat aktif lagi dalam bidang ini pada masa akan datang .

Ceritera Ketua Empayar Lorong

Suasana Hari Ketiga

Khamis 21 MAC 2013

Edisi 3/2013

KEJOHANAN PADANG &

BALAPAN MSS DAERAH

KULAIJAYA KALI KE-31

TAHUN 2013

Tajuk Utama

 Ceritera Ketua Empayar

Lorong

 Suasana Hari Ketiga

Menarik di dalam:

Titik Bermulanya

Debaran Itu...

2

Tulang Belakang

MSSD

2

Rahsia Di Sebalik

Pingat

2

Bangkit daripada

kegagalan….

3

Kilauan Emas Hari

Ketiga

3

Ke garisan, sedia,

banggg!!

3

Senarai Pungutan

Pingat

4

Info Sihat Sejarah Olahraga 5 Lensa Kamera 5

Antara Realiti & Fantasi…. 6

‘Ceritera Perjuangan & Kejayaan’

Jauh di sudut sanubari, beliau mencadangkan supaya pihak penganjur MSSD mewujudkan pegawai pelapis untuk penganjuran aktiviti MSSD pada masa akan datang. Hal ini memandangkan hasrat hati beliau yang menyatakan keinginan bahawa ada pegawai kejohanan senior hendak menghabiskan masa mereka bersama anak cucu yang amat disayangi. Guraunya dalam senyuman yang penuh bermakna. Selain itu, beliau juga menyuarakan saranan agar pihak penganjur akan terus berusaha melatih pegawai kejohanan yang mempunyai pengetahuan yang cukup untuk mengendalikan MSSD seperti pada tahun masa akan datang.

Sepanjang 22 tahun berkhidmat dalam bidang ini, di sebalik keseronokan beliau menjalankan tugas, pastinya terdapat juga masalah yang dihadapi olehnya. Walau bagaimanapun, semua kekangan tersebut dapat diatasi dengan baik tanpa menganggu pihak lain. Beliau juga ada melahirkan sedikit kekesalan bahawa selama beberapa tahun penganjuran MSSD, acara padang terpaksa dilakukan di tempat yang berlainan. Di samping itu, pihak beliau mengharapkan agar masalah kekurangan pegawai kejohanan dan peralatan sukan dapat diatasi dengan baik pada tahun - tahun yang akan datang. Suasana yang sederhana tetapi meriah pada tahun ini menambahkan debaran di hati beliau untuk mengetahui keputusan akhir Kejohanan Padang dan Balapan MSSD pada tahun ini. Terima kasih ketua empayar lorong! Khidmat anda tetap terus diperlukan.

(2)

akan menyukarkan pihak pengelola peserta untuk menyediakan atlet ke garisan permulaan. Harapan beliau agar semua atlet sentiasa peka dengan jadual acara masing – masing dan sentiasa berada berdekatan dengan khemah kontinjen untuk mendengar pengumuman yang akan disampaikan oleh pihak pengelola peserta.

menjayakan dan melaksanakan tanggungjawab sepanjang kejohanan MSSD, Kulaijaya ini berlangsung. ―Disebabkan banyak acara yang dipertandingkan agak sukar bagi kami untuk mengendalikan pemba-hagian hadiah,‖ kata GPK Kokurikulum SMKBT, Encik Ahmad Bin Survi. Tugas-tugas yang perlu dilakukan untuk melancarkan majlis penyampaian hadiah ini, antaranya ialah marshal yang bertugas perlulah memanggil atlet-atlet yang memenangi setiap acara yang ―Tangan yang menghulur lebih baik

daripada tangan yang menerima‘‘ Sudah tidak dapat di sangkal lagi, setiap pertandingan pasti ada juaranya. Setiap kejayaan semesti-nya ada ganjaran yang akan mereka peroleh . Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara ( SMKBT ) diberi tanggungjawab menjadi jawatankuasa penyampaian hadiah, bagi kejohanan MSSD, Kulaijaya pada kali ini. Seramai 5 orang guru pengiring dan 6 orang pelajar bekerjasama membantu

dipertandingkan. Selain itu, guru yang bertanggungjawab perlu memberi taklimat tentang tatacara dan tatatertib kepada pemenang semasa mengambil hadiah. Pemenang mesti berdisiplin seperti berpakaian kemas dan memakai kasut. Kata Encik Ahmad Survi lagi, pihak mereka perlu memastikan piala iringan perlu dikembalikan ke pihak PPD untuk memudahkan pengurusan. Semoga segalanya berjalan lancar dan masalah yang dihadapi dapat dihadapi dengan tenang.

Titik Bermulanya Debaran Itu...

Ketika Stadium MPKu ini dibanjiri oleh lautan manusia,

sudah tentunya menyukarkan tugas jawatankuasa pengelola peserta untuk menyusun para atlet yang terlibat. Jadual acara yang dibekalkan penganjur ternyata menjadi teman pendamping utama kepada jawatankuasa ini untuk menjalankan tugas. Mereka perlu peka dengan acara yang telah disusun, sekaligus menyediakan para atlet, agar semua acara ini dapat dijalankan dalam sesi yang ditelah dirancang. Walaupun sedikit rasa sukar untuk menyusun para atlet, namun kerjasama yang diberikan oleh pegawai kontinjen dalam menyediakan atlet pasukan masing - masing, ternyata mampu membantu jawatankuasa ini menjalankan tugas.

Menurut Encik Mohd Norhisam bin Zolkifly yang merupakan salah seorang pegawai yang bertugas, tiada perubahan tugas seperti tahun sebelumnya. Adalah menjadi lumrah sebagai seorang pengelola peserta untuk berdepan dengan pelbagai situasi yang berbeza. Walaupun begitu, beliau melahirkan sedikit kekesalan kerana ada sesetengah atlet yang lambat melaporkan diri. Maka, ini

Rahsia Di Sebalik Pingat

Tulang Belakang MSSD

‗Telus, Bijak dan Pantas‘ adalah moto yang telah disematkan dalam hati barisan urusetia yang merupakan tulang belakang MSSD. Bahagian ini merangkap komponen yang paling penting dalam memberi khidmat yang cekap kepada penganjuran Kejohanan Padang dan Balapan peringkat MSSD di stadium MPKu pada tahun ini. Kerjasama yang kukuh dan erat sangat penting dalam pembentukan tugas sebagai urusetia yang terdiri daripada sekolah yang berlainan.

―Setakat ini tiada masalah dalam mewujudkan kerjasama antara satu sama lain. Masing-masing memberikan komitmen yang penuh dan cuba menangani masalah secara berhemah‖, kata ketua urusetia, En. Md Jafri bin Sikon dari SMK Kelapa Sawit. Ketika diminta memberikan sedikit komen tentang atlet yang bertanding, beliau menyatakan para atlet perlu bertanding bukan untuk menang semata – mata , tetapi mesti atas dasar semangat kesukanan yang tinggi dalam diri para atlet. Kecanggihan teknologi malumat masa kini seperti telefon bimbit, kemudahan intranet dan walkie talkie adalah rangkaian medium utama yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan pantas. Dengan bantuan alat komunikasi ini, segala maklumat dapat disebarkan dengan lebih cepat dan berkesan. Tambahan pula, semangat kerjasama yang tinggi antara mereka telah membuahkan hasil yang baik dan setakat ini mampu mengatasi masalah yang dihadapi. Semoga barisan urusetia kejohanan terus mempertahankan prestasi kerja yang baik ini.

‘Telus, Bijak, dan

Pantas’

Encik Mohd Norhisam

(3)

Kalah menang merupakan adat pertandingan, malah boleh dikatakan menjadi hakikat yang harus diterima atlet dalam satu-satu pertandingan. Pada tahun 2012, Jurentus Eng Tan Hai dari SM Foon Yew, memendam rasa kekecewaan kerana gagal menghadiahkan pingat untuk kontinjennya. Pulang dengan tangan kosong pada tahun lalu, telah memberikan tamparan hebat kepada dirinya memandangkan kontinjen yang diwakilinya merupakan ―gergasi padang‖ yang sangat digeruni lawan.

―Sememangnya, kekecewaan pada masa lalu, merupakan pemangkin motivasi saya untuk bangkit dari kegagalan. Pada tahun ini, saya telah memulakan langkah dengan melakukan latihan secara berkala, di samping mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Ini

kerana diberikan peluang lagi menjadi pelepas profesional pada MSSD kali ini. Pastinya, apabila tembakan kuat dilepaskan, ada saja penonton yang terkejut dan melatah. Pada tahun, ini sudah 5 tahun beliau berkhidmat sebagai pelepas yang berkelayakan KOAM. Sudah tentu dalam tempoh tersebut, pelbagai pengalaman manis yang dialami sepanjang menjalankan tugas sebagai pelepas yang digeruni. Walau bagaimanapun, beliau melahirkan sedikit kekesalan kerana mengalami masalah pembesar suara yang tidak jelas kedengaran. Namun, jauh di sudut hati, beliau berpuas hati dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua peserta dan mengharapkan pihak penganjur dapat menganjurkan lagi sukan MSSD pada tahun akan datang dengan lebih meriah dan menarik. Mendengar das tembakan yang

dilepas-kan ternyata mampu membuatdilepas-kan jantung bagai hendak gugur seketika! Namun, tahukah anda siapakah gerangannya di sebalik bunyi tembakan tersebut? Segak berkaca mata hitam, ternyata sungguh bergaya pelepas profesional, Encik Daud bin Mohd Said ini. Apabila acara balapan bermula, pastinya beliau menjadi fokus utama atlet balapan. Senyuman yang sering terukir di bibir beliau, jelas memancar-kan beliau sungguh gembira dapat menjalankan tugas di Stadium MPKu kali ini sebagai pelepas acara balapan walaupun bermandi keringat di bawah sinaran terik matahari. Secara peribadinya, beliau turut bersyukur

merupakan inisiatif peribadi saya untuk melayakkan diri berada di barisan podium sekaligus menerima pingat kemenangan,‖kata Jurentus Eng Tan Hai dengan senyuman yang penuh bermakna.

Nah, hasilnya pada tahun ini, beliau telah melayakkan diri berada di takhta podium. Beliau berjaya merangkul pingat perak dalam acara 2000m lari berhalangan. Menurut pemain berusia 15 tahun ini lagi, beliau menyimpan hasrat untuk memberikan aksi terbaik sekaligus meraih pingat emas pada tahun hadapan. Ternyata, atlet yang hebat belajar dari kesilapan yang telah dilakukan dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pencapaian di medan pertandingan. Syabas diucapkan!

Bangkit daripada kegagalan….

Ke garisan, sedia, banggg!!

Kilauan Emas Hari Ketiga...

Nama atlet: Nazatul Syazanah binti Asbi

Pencapaian: Pingat Emas Johan Rejam Lembing Perempuan 13

(16.46m)

Kontinjen: SMK Tunku Abdul Rahman Putra (SMK TARP)

Beliau melazimkan diri untuk berlatih pada waktu pagi dan petang.

Latihan intensif ini dilakukan selama tiga jam sehari dengan dibantu

oleh jurulatih Encik Hafiz B. Faiz. Dorongan daripada jurulatih dan

kawan-kawan ternyata membakar semangat beliau untuk berusaha

gigih, sekaligus meraih pingat emas dalam acara ini.

‘’Ceritera

sebuah

perjuangan

dan

kejayaan’’

(4)

SENARAI PUNGUTAN MATA & PINGAT PADA HARI KETIGA

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD KULAIJAYA KALI

KE-31 TAHUN 2013

Dikemaskini pada 21 Mac 2013—3.00 petang SEKOLAH MENENGAH

SEKOLAH RENDAH

Pasukan

Bawah 13

Bawah 15

Bawah 18

Bawah 20

Pingat

Mata

P

L

P

L

P

L

P

L

E

P

G

1

SMFY

14

10.5

29

32

38

27

0

0

13

12

19

150.5

2

SMKTARP

35

35.5

29

8

9

15

0

0

17

11

4

131.5

3

SMKS

3.5

12

5

2

5

20

0

0

2

6

7

47.5

4

SMKKS

2

4

4

8

5

24

0

0

4

5

4

47

5

SMTHO

5

8

8

7

18

0

0

0

6

4

2

46

6

SMKIP

18

1

3

8

8

1

0

0

5

2

2

39

7

SMKKP

2

12

2

12

8

3

0

0

2

4

5

39

8

SMKBP

1

5

3

9

0

15

0

0

3

1

5

33

9

SMKSI

6

0

9

3

1

7

0

0

2

4

0

26

10

SMKTP

2.5

0

10

9

0

4

0

0

1

5

1

25.5

11

SMKKB

9

0

10

2

0

0

0

0

2

1

2

21

12

SSTMI

0

0

5

8

5

0

0

0

3

1

0

18

13

SMKKK

5

8

1

0

0

2

0

0

0

3

3

16

14

SMKBT2

2

1

0

0

3

4

0

0

0

2

1

10

15

SMKMA

2

0

0

0

3

4

0

0

0

1

2

9

16

SMKSP

0

0

0

0

0

5

0

0

1

0

0

5

17

SMKSA

0

2

0

0

2

1

0

0

0

0

2

5

18

SMKBT

0

0

0

2

0

0

0

0

0

0

1

2

19

SMVIP

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

Pasukan

Bawah 10

Bawah 12

Pingat

Mata

P

L

P

L

E

P

G

1

ZON UTARA

10

7

10

15

3

5

5

42

2

ZON TENGGARA

0

1

7

15

4

0

0

23

3

ZON SELATAN

1

10

5

7

2

2

2

23

(5)

Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 300 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu, ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh di mana ahli sukan Sparta iaitu Chionis pada Sukan Olimpik 656 S.M berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci.

Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‗The Necton Guild‘. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu tahun 1850 di Oxford University –Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya, kejohanan antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.

Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan di bawah pengawasan IAAF.

Sejarah Olahraga

Acara Lompat Jauh Acara Lompat Tinggi Acara Larian Berpagar

Acara Lempar Cakera Acara Rejam Lembing Pegawai Kontinjen Yang Setia

(6)

Penasihat:

PN. LIZAWATI BINTI AHLIT CIK MASRINI BINTI KARIM EN. MOHD FARID SHAFARI

BIN HARUN

Ketua Pengarang

NURUL FARHANI BINTI RAHIIM

Pengarang

NAYLI NADIA BINTI NASRUDDIN NUR ZAHIRAH BINTI

OTHMAN

Jurugambar

NUR HANIS AINI BINTI ISHAK MOHAMAD HAMIZAN BIN

HALMI

NURUL AFIQAH BINTI MOHD FAIRUZ

Wartawan

SITI UMAIRAH BINTI MOHD SALLEH

SULAIKA BINTI YAZID NUR HAMIRUL FIKRI BIN

RAHMAN

http://kulaijaya.edu.my

Antara Realiti & Fantasi….

ZON UTARA

Nama jurulatih: En Fazli b. Mohamed

Harapan: Mencari atlet berkualiti yang boleh dibawa ke peringkat

MSSJ

Sasaran emas : 14 emas

Bilangan kontinjen: 22 orang pegawai, 43 orang atlet

Kata – kata semangat: Bersukan untuk juara, bertanding untuk

menang, go for quality!

ZON BANDAR

Nama jurulatih: En Mohd Zaki B. Abu Bakar

Harapan: Berusaha untuk menjadi juara

Sasaran emas : 8 emas

Bilangan kontinjen: 22 orang pegawai, 51 orang atlet

Kata – kata semangat: Luaskan kuasamu Zon Bandar!!!

ZON TENGGARA

Nama jurulatih: En Hussin B. Denan

Harapan: Bawa pulang pingat emas dengan lebih banyak

ber-banding pencapaian lalu

Sasaran emas : 12 emas

Bilangan kontinjen: 20 orang pegawai, 48 orang atlet

Kata – kata semangat: Terus maju Zon Tenggara!!!

ZON SELATAN

Nama jurulatih: Muhamad Zaiddi B. Mohd Dahan

Harapan: Mengekalkan kejuaraan pada tahun lalu

Sasaran emas : 10 emas

Bilangan kontinjen: 15 orang pegawai, 40 orang atlet

Kata – kata semangat: Get the highest one!

Referensi

Dokumen terkait

kekurangan. Kekurangan VB.NET terlihat jelas apabila dijalankan pada komputer yang memiliki spesifikasi sederhana. Pada dialog New Project terdapat beberapa jenis aplikasi

Kelurahan Sumerta dalam mengelola para migran di daerahnya' Akan tetapi belum jelas secara keilmuan, fenomena apakah yang terjadi di Kecamatan Sumerta'. Pada

Hal ini menunjukkan komitmen dari Pemerintah untuk mempromosikan perbaikan terus menerus secara progresif atas kebijakan nasional, sistem nasional dan program nasional yang

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan dapat disimpulkan bahwa kemandirian anak kelompok B di TK Masyithoh Greges, Donotirto, Kretek, Bantul dapat

Menurut Giyono (Diktat BK di Sekolah: 64), dalam bimbingan dan konseling terdapat layanan pembelajaran dan bidang bimbingan belajar yang berkaitan dengan

Kesan selama ini Islam adalah agama yang radikal tidak sesuai dengan kenyataan yang peneliti lakukan; (2) Keyakinan mereka terhadap tuhan itu satu dan Muhammad saw adalah nabi

Variabel yang digunakan dalam penelitian ini adalah perkembangan Nilai Aktiva Bersih (NAB) reksa dana sebagai variabel terikat dan Indeks Harga Saham Gabungan

Bilik Latihan Bilik Latihan yang merangkumi Auditorium, Bilik Komputer dan semua Bilik Seminar perlu berada dalam keadaan berikut: a Persekitaran yang bersih, tidak berdebu,