• Tidak ada hasil yang ditemukan

ڤنديديقن فقه الزكاة ڤرسيدڠن انتارابڠسا تيما: ممڤركاس سوسيو ايكونومي اومت إسالم ماللوءي زكاة

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ڤنديديقن فقه الزكاة ڤرسيدڠن انتارابڠسا تيما: ممڤركاس سوسيو ايكونومي اومت إسالم ماللوءي زكاة"

Copied!
52
0
0

Teks penuh

(1)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ

اسڠباراتنا نڠديسرڤ

:

اميت

كز يءوللام ملاسإ تموا يمونوكيا ويسوس ساكرڤمم

ةا

(2)
(3)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

Zakat, sebagai rukun Islam merupakan kewajipan setiap muslim yang mampu untuk membayarnya dan diperuntukkan bagi mereka yang berhak menerimanya. Dengan pengelolaan yang baik zakat merupakan sumber ekonomi potensial yang dimanfaatkan untuk memajukan kesejahteraan umum bagi seluruh masyarakat. Zakat adalah ibadah maaliyyah ijtimaiyyah yang memiliki kedudukan sangat penting, strategis, dan menentukan baik dilihat dari sisi ajaran Islam maupun dari sisi pembangunan kesejahteraan umat. Sebagai suatu ibadah pokok zakat termasuk salah satu rukun Islam yang ketiga, sebagai mana diungkapkan dalam banyak-banyak hadith Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, sehingga keberadaan zakat itu sendiri dianggap sebagai ma’luum minad-diin bidh-dharuurah dan merupakan bahagian mutlak dari keislaman seseorang. Di dalam Al-Quran terdapat dua puluh tujuh ayat yang menyejajarkan kewajipan solat dan kewajipan zakat dalam berbagai bentuk kata.

Kepentingan zakat dapat dilihat melalui firman Allah di dalam surah At-Taubah, ayat 103 yang bermaksud:

“Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Selain menyucikan harta zakat juga berperanan untuk membangunkan ekonomi umat Islam dengan merapatkan jurang antara golongan kaya serta miskin dengan matlamat mengeluarkan golongan asnaf daripada kepompong kemiskinan.

Zakat memiliki hubungan yang erat dan berkaitan dengan masalah bidang sosial dan ekonomi. Hal ini kerana zakat bertindak sebagai alat yang diberikan agama kita Islam untuk menghapuskan kemiskinan dari masyarakat dengan menyedarkan golongan yang mampu akan tanggungjawab sosial yang mereka miliki. Fungsi dan manfaat zakat sendiri di bidang ekonomi adalah dapat mencegah penumpukan kekayaan dalam tangan seorang.

Menyedari akan peri mustahaknya meningkatkan kefahaman dan kesedaran umat Islam tentang kewajipan zakat, bukan saja zakat fitrah, malah juga zakat harta, maka pada tahun ini Kolej Universiti Perguran Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Jabatan Majlis Ugama Islam menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Fiqh Al-Zakat yang disempenakan dengan Brunei Mid-Year Conference and

Exhibition 2021 (Brunei MYCE 2021) yang bertemakan ‘MEMPERKASA SOSIO EKONOMI UMAT ISLAM

MELALUI ZAKAT’.

Persidangan ini merupakan satu wadah perbincangan Ilmiah antara cendikiawan Islam, pemikir Islam, penyelidik Islam, pembuat dasar, pakar, pengamal yang aktif dan ahli akademik dari dalam dan luar negara yang berhubungkait dengan zakat serta sebagai platform untuk penyebaran ilmu dan pertukaran maklumat / pengalaman untuk diaplikasikan dalam pembangunan ekonomi Islam melalui zakat.

(4)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

08.15 pagi

: Kehadiran Ahli-Ahli Jawatankuasa

08.30 pagi

: Kehadiran jemputan, pensyarah-pensyarah KUPU SB dan peserta PAPFIZ

08.45 pagi

: Kehadiran Pegawai-Pegawai Utama KUPU SB

08.50 pagi

: Kehadiran Jemputan-Jemputan Khas

08.55 pagi

: Ketibaan

Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pg Haji Bahar

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

09.00 pagi

: Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis:

Yang Berhormat

Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Lew bin Abdullah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri & Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua Negara Brunei Darussalam

09.05 pagi

:

:

Bacaan Surah al-Faatihah oleh:

Yang Mulia Ustaz Mohamed Noor bin Haji Ibrahim

Pegawai Pelajaran, Pusat Ilmu Teras, KUPU SB

Asmaul Husna

Lagu Kebangsaan Allah Peliharakan Sultan

09.15 pagi

: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Bersama PAPFIZ 2021:

Yang Mulia Ustaz Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar

09.30 pagi

: Perasmian Persidangan Antarabangsa Pendidikan Fiqh al-Zakat oleh

Tetamu Kehormat Majlis

(5)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

10.30 pagi

: Penyampaian Sijil kepada Pembentang Kertas Perdana I

Penyampaian Cenderahati kepada Tetamu Kehormat Majlis

10.40 pagi

: Bacaan Doa oleh:

Yang Mulia Awang Azman bin Haji Kassim

Penolong Pensyarah Fakulti Syariah, KUPU SB

(6)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

02.45 petang

: Kehadiran Pegawai-Pegawai Utama dan Jemputan Khas

03.00 petang

: Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis:

Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim

Setiausaha Tetap

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

03.05 petang

:

:

Bacaan Surah al-Faatihah oleh:

Yang Mulia Ustaz Mohamed Noor bin Haji Ibrahim

Pegawai Pelajaran, Pusat Ilmu Teras, KUPU SB

Asmaul Husna

Lagu Kebangsaan Allah Peliharakan Sultan

03.20 petang

: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Bersama PAPFIZ 2021:

Yang Mulia Ustaz Haji Hamzah bin Haji Sabtu

03.35 petang

: Pembentangan Kertas Perdana III:

Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki

Negara Brunei Darussalam

Tajuk: Memperkasa Pengelolaan Dan Pengurusan Zakat Dalam Memajukan Sosio Ekonomi Umat Islam: Cabaran Dan Harapan

04.10 petang

: Pembacaan Resolusi PAPFIZ 2021 oleh Ketua Rapporteur:

Yang Mulia Pengiran Dr Hjh Norwidayawati binti Pg Haji Metusin

Timbalan Dekan Fakulti Syariah, KUPU SB

04.20 petang

: Penyerahan Resolusi PAPFIZ 2021 kepada Tetamu Kehormat Majlis

Penyampaian Cenderamata kepada Pembentang Kertas Perdana III

Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu Kehormat Majlis

(7)
(8)
(9)

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN (KUPU SB)

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Datin Dr Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh

Pemangku Penolong Ra’es / Penolong Kanan Profesor

TAJUK: ZAKAT EMAS PERHIASAN WANITA

Dr. Mikdar Rusdi

Penolong Kanan Profesor / Dekan Fakulti Usuluddin

TAJUK: MEMBINA KARAKTER SOSIO-EKONOMI ISLAM MENERUSI PETUNJUK AYAT-AYAT ZAKAT DALAM AL QURAN

Dr. Haji Matussein bin Haji Jumat

Penolong Profesor / Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin

TAJUK: PEMERKASAAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ZAKAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Prof. Dr. Ali Sayed Abdel Hamed Youseff El-Syimi

Profesor, Fakulti Usuluddin

TAJUK

:

ةاكزلا في يملاسلإا عيرشتلا تامـس

Dr. Norashibah binti Haji Awang Besar

Penolong Profesor, Fakulti Usuluddin

TAJUK: PERANAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI DALAM MEREALISASI EKONOMI NEGARA ZIKIR: ANALISIS KAJIAN KUALITATIF

Pengiran Dr. Hajah Norwidayawati binti Pengiran Haji Metusin

Penolong Profesor / Timbalan Dekan Fakulti Syariah

TAJUK: POTENSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI ASNAF FAKIR MISKIN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Dr. Haji Abd Rauf bin Muhammad Amin

Penolong Kanan Profesor, Fakulti Syariah

TAJUK: PENETAPAN ILLAT HUKUM ZAKAT BERASASKAN MAQASID SYARIAH DAN KESESUAIANNYA DENGAN PENGURUSAN ZAKAT KONTEMPORARI

(10)

Dr. Ismail Abas

Penolong Kanan Profesor / Dekan Fakulti Pendidikan

TAJUK: STRATEGI MERANCANG KURIKULUM FIQH ZAKAT SEKOLAH UGAMA DAN SEKOLAH MENENGAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: SUATU CADANGAN

Dr. Ahmad Yunus bin Kasim

Penolong Kanan Profesor

TAJUK: TRANSFORMASI INSTITUSI PENGURUSAN ZAKAT DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Dr. Haji Harapandi Amaq Hairani

Penolong Kanan Profesor / Pegarah Pusat Penyelidikan Dan Pengkajian Jawi & Kitab Turath

TAJUK: PERANAN ZAKAT DALAM PERSPEKTIF SHAIKH NUR AL-DIN AL-RANIRI (KAJIAN KITAB AL-SHIRAT AL-MUSTAQIM)

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Prof. Madya Dr. Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi

Profesor Madya

TAJUK: PERLAKSANAAN ZAKAT PERNIAGAAN MENGIKUT TATACARA PEMBAYARAN CUKAI PERNIAGAAN DALAM SISTEM KEWANGAN NEGARA: BOLEHKAH?

Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani

Dekan / Penolong Kanan Profesor, Fakulti Ekonomi Dan Kewangan Islam

TAJUK: KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FAKIR & MISKIN: KAEDAH PENGUKURAN KOMPREHENSIF MODEN DARI PERSPEKTIF TASAWWUR ISLAMI

Dr. Awang Azme bin Haji Matali

Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i

TAJUK: URUS TADBIR ZAKAT: KAJIAN TERHADAP INDIVIDU MUFLIS DI BAWAH ASNAF AL-GHARIMIN DI BRUNEI DARUSSALAM

Dr. Hakimah binti Yaacob

(11)

Dr. Cecep Solih Kurniawan

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang

TAJUK

:

ناروك ةحئاج لظ في ةلاطبلا ةلجاعم في اهوردو ةاكزلا

Dr. Ibnor Azli Ibrahim

Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang

TAJUK: PENSYARIATAN ZAKAT PERHIASAN DAN SYARAT-SYARATNYA MENURUT BERBAGAI MAZHAB

LUAR NEGARA (THAILAND, MALAYSIA DAN INDONESIA)

Asst. Prof. Dr. Tawat Noipom

Pensyarah Islamic Business Innovation Program

Faculty of Islamic Sciences, Prince of Songkla University, Pattani Campus, Thailand

TAJUK: EXPLORING A LOCALISED ZAKAT MANAGEMENT PRACTICE BY MOSQUE AND ITS ISSUES IN SOUTHERN THAILAND

Ustaz Haji Mustapahayuddin bin Abdul Khalim

Pengarah Institut Ahli Sunnah wal Jamaah

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Malaysia

TAJUK: BANTUAN ZAKAT PASCA PANDEMI COVID-19 DALAM KALANGAN ASNAF FI SABILILLAH DI TIMUR TENGAH: KAJIAN KES DI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Prof. Madya Dr. Patmawati binti Ibrahim

Felo Penyelidik Institut Ahli Sunnah wal Jamaah

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Malaysia

TAJUK: MEMPERKASA PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF UMMAH MELALUI AGIHAN ZAKAT SECARA KOLEKTIF: KAJIAN TERHADAP GOLONGAN MUALAF DI NEGERI JOHOR

Asst. Prof. Harun Alrasyid, BS., MIEB., Ph.D

Head of Islamic Banking Program

Universitas Islam Malang (UNISMA), Indonesia

TAJUK: ZAKAT MANAGEMENT USING A BLOCKCHAIN SYSTEM: A CONCEPTUAL STUDY

Asst. Prof. Dr. Dzulfikar Rodafi, Lc, MA,

Faculty of Islamic Education

Universitas Islam Malang (UNISMA), Indonesia

TAJUK: ASNAF FI RIQAB, AL GHARIMIN, FI SABILILLAH DAN IBNU SABIL MENURUT FUQAHA’

(12)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1, 2 & 3 Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Moderator: Yang Mulia Dayang Waiduri binti Haji Mohamed Ali Penolong Pensyarah Fakulti Syariah, KUPU SB Yang Mulia Datin Dr. Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh

Pemangku Penolong Ra’es / Penolong Kanan Profesor, KUPU SB

TAJUK: ZAKAT EMAS PERHIASAN WANITA

Yang Berbahagia Assistant Professor Harun Alrasyid

Head Of Islamic Banking Program Universitas Islam Malang (UNISMA), Indonesia TAJUK: ZAKAT MANAGEMENT USING A BLOCKCHAIN SYSTEM: A CONCEPTUAL STUDY

Yang Mulia Profesor Madya Dr. Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi Profesor Madya Fakulti Syariah & Undang-Undang, UNISSA

TAJUK: PERLAKSANAAN ZAKAT PERNIAGAAN MENGIKUT TATACARA PEMBAYARAN CUKAI PERNIAGAAN DALAM SISTEM KEWANGAN NEGARA: BOLEHKAH?

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 4, 5 & 6 Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa Moderator: Yang Mulia Awang Azman bin Haji Kassim Penolong Pensyarah Fakulti Syariah, KUPU SB

Yang Mulia Profesor Dr. Ali Sayed Abdel Hamed Youseff El-Syimi Profesor Fakulti Usuluddin, KUPU SB

TAJUK:

ةاكزلا في يملاسلإا عيرشتلا تامـس

Yang Mulia Dr. Ahmad Yunus Penolong Kanan Profesor Fakulti Pendidikan, KUPU SB

TAJUK: TRANSFORMASI INSTITUSI PENGURUSAN ZAKAT DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

SESI PAGI

(13)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 7, 8 & 9

Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa

Moderator: Yang Mulia Awang Mohammad Muslihuddin Shah bin Haji Mustafa Pegawai Penyelidik Pusat Kefahaman Ahli Sunnah Wa al-Jamaah, KUPU SB

Yang Mulia Dr. Haji Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani Dekan / Penolong Kanan Profesor Fakulti Ekonomi & Kewangan Islam, UNISSA

TAJUK: KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FAKIR & MISKIN: KAEDAH PENGUKURAN KOMPREHENSIF MODEN DARI PERSPEKTIF TASAWWUR ISLAMI

Yang Berbahagia Ustaz Haji Mustapahayuddin bin Abdul Khalim Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Malaysia

TAJUK: BANTUAN ZAKAT PASCA PANDEMI COVID-19 DALAM KALANGAN ASNAF FI SABILILLAH DI TIMUR TENGAH: KAJIAN KES DI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Yang Mulia Profesor Madya Dr. Ibnor Azli Ibrahim Profesor Madya Fakulti Syariah & Undang-Undang, UNISSA

TAJUK: PENSYARIATAN ZAKAT PERHIASAN DAN SYARAT-SYARATNYA MENURUT BERBAGAI MAZHAB

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 10, 11 & 12 Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa Moderator: Yang Mulia Dr. Norasimah binti Haji Omar Pensyarah Fakulti Usuluddin, KUPU SB Yang Mulia Dr. Haji Harapandi Amaq Hairani

Penolong Kanan Profesor / Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengkajian Jawi & Kitab Turath, KUPU SB

TAJUK: PERANAN ZAKAT DALAM PERSPEKTIF SHAIKH NUR AL-DIN AL-RANIRI (KAJIAN KITAB AL-SHIRAT AL-MUSTAQIM)

Yang Mulia Dr. Norashibah binti Haji Awang Besar Penolong Profesor Fakulti Usuluddin, KUPU SB

TAJUK: PERANAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI DALAM MEREALISASI EKONOMI NEGARA ZIKIR: ANALISIS KAJIAN KUALITATIF

Yang Mulia Dr. Awang Azme bin Haji Matali

Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA

TAJUK: URUS TADBIR ZAKAT: KAJIAN TERHADAP INDIVIDU MUFLIS DI BAWAH ASNAF AL-GHARIMIN DI BRUNEI DARUSSALAM

SESI PETANG

(14)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

02.50 petang

: Kehadiran Pegawai-Pegawai Utama dan Jemputan Khas

03.00 petang

: Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis:

Yang Mulia Pg Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pg Haji Bahar

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

03.05 petang

: Bacaan Surah al-Faatihah

03.10 petang

: Pembentangan Kertas Perdana II:

Yang Berbahagia Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Abdullah

Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia

Tajuk: Memperkasa Sosio Ekonomi Umat Islam Melalui Zakat: Isu Dan Cabaran Kontemporari

03.50 petang

: Pembentangan Kertas Utama I:

Yang Mulia Dr. Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin

Dekan Fakulti Syariah Dan Undang-Undang Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Negara Brunei Darussalam

Tajuk: Persepsi Dan Sikap Asnaf Fakir Miskin Terhadap Zakat Di Negara Brunei Darussalam

04.20 petang

: Bacaan Surah Al-’Asr

: Jamuan

Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa

(15)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

08.00 pagi

: Kehadiran Para Pensyarah & Para Peserta

08.10 pagi

: Kehadiran Pegawai-Pegawai Utama dan Jemputan Khas

08.15 pagi

:

Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis:

Yang Mulia Dr Haji Adanan bin Haji Basar

Ra’es

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

08.20 pagi

: Bacaan Surah al-Faatihah

08.25 pagi

: Pembentangan Kertas Utama II:

Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop

Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam

Tajuk: Urustadbir Perlaksanaan Zakat Di Negara Brunei Darussalam

08.55 pagi

: Pembentangan Kertas Utama III:

Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Hj Opir

Timbalan Mufti Selangor Malaysia

Tajuk: Pemerkasaan Pengurusan Dan Pengelolaan Zakat Dalam Memajukan Sosio-Ekonomi Umat Islam: Pengalaman Institusi Zakat Selangor

09.25 pagi

: Bacaan Surah Al-’Asr

: Rehat

Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa

SESI PAGI

Moderator: Yang Mulia Awang Haji Azmi bin Omar Pengarah Pusat Kefahaman Ahli Sunnah wal Jamaah, KUPU SB

(16)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 13, 14, 15, 16 & 17 Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Moderator: Yang Mulia Dr. Awang Nazirul Mubin bin Ahad Penolong Pensyarah Pusat Ilmu Teras, KUPU SB Yang Mulia Pengiran Dr. Hajah Norwidayawati binti Pengiran Haji Metusin

Timbalan Dekan/Penolong Profesor Fakulti Syariah, KUPU SB

TAJUK: POTENSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI ASNAF FAKIR MISKIN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Yang Mulia Dr. Hakimah binti Yaacob

Penolong Kanan Profesor Fakulti Ekonomi & Kewangan Islam, UNISSA

TAJUK: CRITICAL ANALYSIS ON VALUES AND OBJECTIVES OF ZAKAT CORE PRINCIPLES

Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Patmawati binti Ibrahim

Felo Penyelidik Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Malaysia

TAJUK: MEMPERKASA PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF UMMAH MELALUI AGIHAN ZAKAT SECARA KOLEKTIF: KAJIAN TERHADAP GOLONGAN MUALAF DI NEGERI JOHOR

Yang Berbahagia Assistant Professor Dr. Tawat Noipom Pensyarah Islamic Business Innovation Program

Faculty Of Islamic Sciences, Prince Of Songkla University, Thailand

TAJUK: EXPLORING A LOCALISED ZAKAT MANAGEMENT PRACTICE BY MOSQUE AND ITS ISSUES IN SOUTHERN THAILAND

Yang Mulia Dr. Haji Matussein bin Haji Jumat

Timbalan Dekan/Penolong Profesor Fakulti Usuluddin, KUPU SB

TAJUK: PEMERKASAAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ZAKAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SESI PAGI

(17)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 18, 19, 20 & 21 Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Jam: 1.30 petang – 2.45 petang

Moderator: Yang Mulia Dr. Haji Sham bin Haji Amin

Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, KUPU SB

Yang Mulia Dr. Haji Abd Rauf bin Muhammad Amin Penolong Kanan Profesor Fakulti Syariah, KUPU SB

TAJUK: PENETAPAN ILLAT HUKUM ZAKAT BERASASKAN MAQASID SYARIAH DAN KESESUAIANNYA DENGAN PENGURUSAN ZAKAT KONTEMPORARI

Yang Mulia Dr. Mikdar Rusdi Dekan/Penolong Kanan Profesor Fakulti Usuluddin, KUPU SB

TAJUK: MEMBINA KARAKTER SOSIO-EKONOMI ISLAM MENERUSI PETUNJUK AYAT-AYAT ZAKAT DALAM AL QURAN

Yang Berbahagia Assistand Professor Dr. Dzulfikar Rodafi Faculty Of Islamic Education Universitas Islam Malang (UNISMA), Indonesia

TAJUK: ASNAF FI RIQAB, AL GHARIMIN, FI SABILILLAH DAN IBNU SABIL MENURUT FUQAHA’ SERTA PRAKTEKNYA PADA MASA SEKARANG

Yang Mulia Dr. Ismail Abas Dekan/Penolong Kanan Profesor Fakulti Pendidikan, KUPU SB

TAJUK: STRATEGI MERANCANG KURIKULUM FIQH ZAKAT SEKOLAH UGAMA DAN SEKOLAH MENENGAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: SUATU CADANGAN

SESI PETANG

(18)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

Yang Mulia

Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama

Negara Brunei Darussalam

Dilahirkan pada 21 Disember 1963, di Kampong Tasek Meradun. Beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Bendahara Sakam Bunut, dan kemudiannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Arab Raja Isteri Anak Damit pada tahun 1973. Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Al-Junied Al-Islamiah di Singapura pada tahun 1980. Dan pada tahun 1983 beliau melanjutkan pengajian Sarjan Muda dalam bidang Usuluddin, Tafsir di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau juga telah mendapatkan sijil Post-Graduate of Education PGCE daripada Universiti Brunei Darusalam pada tahun 1993-1994. Beliau kemudiannya mendapatkan Ijazah Sarjana daripada University of Jordan, Amman, Jordan pada tahun 1997 dalam bidang Usuluddin, Hadith. Dari segi pengalam bekerja, beliau pernah bertugas sebagai seorang tenaga pengajar iaitu:

Beliau juga telah memegang banyak jawatan dalam Kerajaan iaitu:

Jan 1988 - Apr 1995 Pegawai Pelajaran Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama Apr 1995 - Jul 2003 Setiausaha Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Ogos 2003 - Okt 2005 Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Nov 2005 - Mei 2008 Setiausaha Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Mei 2008 - Dis 2008 Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan Dis 2008 - Mei 2010 Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Mei 2010 - Okt 2015 Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama Okt 2015 - Jan 2018 Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Jan 2018 Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama

1988 - 1989 Tenaga pengajar di Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan 1989 - 1991 Tenaga pengajar di Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan

(19)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

Beliau telah menerima bintang-bintang kebesaran iaitu:

Beliau juga telah banyak mengikuti seminar, konvensyen, persidangan dan forum dalam dan luar negeri serta berpeluang membentangkan kertas kerja di Seminar dan Konvensyen di antaranya:

Nov 2005 Seminar Belia Sempena 20 Tahun Penubuhan Pusat Da’wah Islamiah April 2006 Konvensyen Pengurusan Masjid Dan Surau, Zon Kuching Dan Samarahananjuran Majlis Ugama Islam Sarawak Ogos 2006 International Halal Seminar anjuran Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam Sept 2006

Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri Malaysia bertempat di The Legend Hotel Putra Palace, Malaysia

Nov 2006

Seminar Dan Expo Zakat Asia Tenggara “Peranan Perguruan Tinggi Dalam Membangun Peradaban Zakat Asia Tenggara” bertempat di Universitas Islam Negeri (UIN), Jawa Timur, Indonesia

Ogos 2007 Program Ijtimak Wakaf dan Zakat Pulau Pinang: Perkongsian Pintar DenganNegara-Negara ASEAN di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Nov 2011 Konvensyen Pendidikan Islam Kali Ke 01 anjuran Kementerian Hal EhwalUgama, Kertas Perdana: Pendidikan Islam Memantapkan Negara Zikir di

Pusat Persidangan Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam

Mac 2012 Seminar Kebangsaan Memperkasa Budaya Membaca 2012: MembacaTuntutan Ugama bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam

April 2016

Kuliah Khas Melayu Islam Beraja: Pendidikan Melayu Islam Beraja: Ke Arah Melahirkan Generasi Berwawasan bertempat di Universiti Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam

Okt 2017

Forum Khas Melayu Islam Beraja Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam Nov 2017

Persidangan Pemimpin Sekolah 2017: Kepimpinan Islam Sebagai Teras Di Dalam Kecemerlangan Kepimpinan Sekolah bertempat di Dewan Al-Barakah, Park View Hotel, Jerudong, Negara Brunei Darussalam

2003 Darjah Seri Ugama Islam Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (SUB) 2007 Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

2010 Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (SSUB) 2011 Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (DPMB) 2017 Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (SPMB)

(20)

Dilahirkan di Kampung Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Beliau menerima pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas, Kelantan, Sekolah Menengah Ugama (Arabiah) Pasir Mas, Pra Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri dan Sarjana Muda Syariah di Fakulti Syariah, Akademi Islam Universiti Malaya (1989 –1993). Beliau memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) dari University of Edinburgh, Scotland pada tahun 2005 dalam bidang undang-undang harta Islam. Beliau juga mengikuti pengajian tradisional tidak formal di Pondok Lubok Tapah dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi di bawah bimbingan ayahanda beliau almarhum Tuan Guru Haji Abdullah dan datuk beliau almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman di samping mengikuti pengajian tafaqquh secara tradisional bersama para ulama dari pelbagai negara.

Beliau adalah pensyarah kanan di Universiti Malaya dan bermula 15 Mei 2020 beliau telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dari Julai 2016 – Mei 2020.

Beliau juga dilantik sebagai Penasihat Syariah bagi Intitusi Kewangan Islam dan Takaful. Beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Syariah bagi Perbankan Islam Bank of Tokyo – Mitsubishi dari tahun 2008 hingga 2019, Ahli Majlis Penasihat Syariah MBSB Bank bermula Januari 2020, Ahli Jawatankuasa Syariah bagi MAA Takaful \ Zurich Takaful dari tahun 2012 hingga sekarang, ahli Majlis Penasihat Syariah AmanahRaya Berhad semenjak 2016 sehingga sekarang. Beliau juga adalah Penasihat Syariah berdaftar bagi pasaran modal Malaysia. Di samping itu beliau juga adalah ahli Panel Pakar Syariah JAKIM semenjak tahun 2013 hingga sekarang.

Di peringkat negeri Kelantan beliau adalah Ahli Jemaah Ulama (Fatwa) Majlis Agama Islam Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (2012 – 2020), Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) (2019 – sekarang), Penasihat Akademik bagi Diploma Pengajian Turath Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad Kelantan dan Pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubok Tapah. Pada tahun 2016 beliau telah dianugerahkan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (J.M.K) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke 5, dan pada 1 Febuari 2021 beliau telah dikurniakan anugerah darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh KBDYMM YDPA bersempena dengan Hari Wilayah 2021.

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

Yang Berbahagia

Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman bin Haji Abdullah

Mufti

(21)

Dilahirkan pada 28 Julai 1949 di Negara Brunei Darussalam. Beliau menerima ijazah Sarjana dalam bidang Syariah wal Qanun pada tahun 1975 – 1979 di Universiti Al-Azhar, Mesir. Kemudian pada tahun 1977, beliau mendapatkan sijil Diploma Pentadbiran Undang-Undang Islam dan Kehakiman dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1997. Dan pada tahun 1998, beliau telah mengambil kursus Public Service Reforms Strategies dari RIPA International, United Kingdom.

Beliau merupakan Mantan Hakim Mahamah Tinggi Syariah, Negara Brunei Darussalam dan sekarang menjadi ahli beberapa agensi Kerajaan di Negara Brunei Darussalam termasuklah: ahli Majlis Ugama Islam Brunei, ahli jawatankuasa Penasihat Menurut BAB 10 di akta undang-undang jenayah (Tahanan kerana keselamatan penggal 150) - Jabatan Perdana Menteri, ahli Lembaga Pengarah Autoriti Monatari Brunei (AMBD), ahli Jawatankuasakecil Bidang Pengajian Ugama Islam dalam Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dan ahli Lembaga Pengarah Badan Tanmiah.

Sebelum bersara, beliau pernah berkhidmat di sektor Kerajaan dan dilantik sebagai Setiausaha dan Ahli Badan Penasihat Bank Islam Brunei (IBB) Brunei Darussalam, Ahli Badan Penasihat Syariah Tabung Amanah Syariah Brunei (TAIB) Brunei Darussalam, Ahli Pengarah Lembaga Takaful (IBB), Brunei Darussalam, Pengarah Urusan Haji, Kementarian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam, Timbalan Kadi Besar, Kementarian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kementarian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam, Ahli Penubuhan Bank Pembangunan Islam Brunei Bhd, Brunei Darussalam, Ahli Panel Penilaian Anugerah Kesusasteraan Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam, Ahli Perkhidmatan Penasihat Syariah bagi Oversea Chinese Banking Cooperation (OCBC) (2006), Brunei Darussalam, Ahli Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Brunei Darussalam, Ahli Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah, Kementerian Kewangan, Brunei Darussalam, Ahli Panel Penyemak (Masyaikh) bagi Mushaf Brunei Darussalam dan terjemahannya dan Pengerusi Badan Penasihat Syariah TAIB, Brunei Darussalam.

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

Yang Mulia

Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki

(22)

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

Di samping banyak menyumbangkan buah fikiran yang bermanfaat kepada negara, beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku di antaranya:

Beliau juga telah menerima banyak anugerah di antaranya:

1993 Catatan Sejarah Masjid-Masjid di Negara Brunei Darussalam 1994 Panduan Mengerjakan Haji Cara Tamattuk

1995 Mencari Penyelesaian Masalah-Masalah Musim Haji 1995 Peranan Petugas Haji

2000 Ayat-Ayat Al-Qur’an Mengenai Muamalat

2001 Akademik Fiqh Islam: Resolusi dan Saranan Mengenai Perbankan Islam dan Kewangan (Terjemahan) 2002 Kamus Haji dan Umrah

2003 Panduan Mengira Zakat

2004 Soal-Jawab Perbankan Islam (Siri 1) (Percetakan Pertama) 2004 Soal-Jawab Perbankan Islam (Siri 2) (Percetakan Pertama)

2004 Peranan dan Sumbangan Islam dalam Menangani Masalah Kegawatan Ekonomi

2005 Wanita Hamil dalam Undang-Undang Syariah & Undang-Undang Islam di Brunei (Percetakan Pertama) 2006 Soal-Jawab Perbankan Islam (Siri 1) (Percetakan Kedua)

2006 Soal-Jawab Perbankan Islam (Siri 2) (Percetakan Kedua)

2010 Wanita Hamil dalam Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Islam di Brunei (Percetakan Kedua)

1992 Menerima bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (SSUB) dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

1997 Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam semasa bekerja di Jabatan Urusan Haji dari Jabatan Perdana Menteri, Brunei Darussalam

1999 Menerima Pingat Kerja Lama (PKL) dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

2000 Menerima bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (DSSUB) dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

2004 Menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

2004 Penghargaan Perkhidmatan dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

2010 Sijil Penghargaan atas Perkhidmatan dan Sumbangan dari Takaful IBB Berhad

(23)

KERTAS PERDANA I

MEMPERKASA SOSIO EKONOMI UMAT ISLAM MELALUI ZAKAT Yang Mulia

Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

Zakat adalah salah satu Rukun Islam yang lima. Ia juga merupakan sumber kewangan yang boleh membantu para penerimanya memenuhi keperluan hidup, meningkatkan kebajikan mereka dan merapatkan jurang perbezaan kehidupan dalam masyarakat. Pengurusan zakat yang berkesan dan efisyen boleh mewujudkan keadilan sosial dan membantu ahli masyarakat yang kurang berupaya serta membentuk sebuah masyarakat yang saling memeduli, bekerjasama dan prihatin di antara satu sama lain. Pengurusan zakat telah mengalami banyak perubahan dan seterusnya berkembang dari segi kutipan dan agihan. Kita percaya bahawa setiap negara dalam melaksanakan kutipan dan agihan zakat itu telah menggunakan pelbagai pendekatan. Apa yang penting ialah objektif dan tujuan adalah sama iaitu bagi melestarikan pembangunan ummah dari aspek kerohanian, kesihatan, ekonomi dan lain-lain. Justeru, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan bahawa zakat diagihkan secara teratur dan efisyen. Bersandarkan pelaksanaan agihan zakat bermula di zaman Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam ke era sahabat khulafa Ar-Rasyidin sehingga ke hari ini, telah berlaku proses evolusi pengagihan zakat tersebut bagi memastikan bahawa agihan tersebut sampai kepada yang berhak menerimanya dan dapat dimanfaatkan oleh mereka. Zakat itu bukan sekadar penyucian dan pembersihan semata-mata bahkan ianya meliputi pembentukkan umat Islam dari aspek rohani, sosial, ekonomi dan lain-lain. Ekonomi adalah antara satu bidang yang diberi penekanan terutama bila ia terkait dengan hal ehwal masyarakat Islam. Zakat adalah satu instrumen untuk meningkatkan ekonomi ummah. Kertas ini akan membicarakan dan seterusnya menghuraikan pemerkasaan sosio-ekonomi umat Islam melalui keberkesanan pengagihan zakat.

(24)

KERTAS PERDANA II

MEMPERKASA SOSIO EKONOMI UMAT ISLAM MELALUI ZAKAT: ISU DAN CABARAN KONTEMPORARI

Yang Berbahagia

Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman bin Haji Abdullah

Mufti

Wilayah Persekutuan, Malaysia

Zakat adalah salah satu institusi dalam Islam yang bersifat bantuan kepada sektor yang memerlukan dalam masyarakat iaitu asnaf yang lapan. Kedudukan institusi ini sangat penting dalam Islam kerana ia bersifat rukun Islam bagi setiap Muslim untuk mengeluarkan sebahagian hartanya kepada asnaf yang berkaitan. Institusi ini jika berjalan dengan sempurna dan cekap sudah tentu akan membantu dalam pembangunan sosio ekonomi umat Islam. Lapan asnaf yang telah ditentukan dalam Al Quran sebagai penerima zakat adalah sektor – sektor utama dalam masyarakat yang perlu dibantu dan jika berjaya maka terbentuklah struktur sosial yang tersusun dan membawa masyarakat Islam ke arah yang lebih membangun. Dalam era dunia moden institusi zakat perlu bergerak lebih agresif sesuai dengan perkembangan dunia moden dalam aspek-aspek kutipan dan pengagihan zakat. Tentunya ada banyak cabaran yang perlu ditempuhi dalam pelaksanaannya tetapi ia mesti dihadapi supaya institusi ini terus bergerak dengan baik dalam penyampaian khidmat yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Antara cabaran semasa ialah seperti kemampuan penyediaan data pembayar dan asnaf yang komprehensif, kemahiran penggunaan teknologi maklumat, usaha pembangunan asnaf yang lebih pro aktif, kefatwaan yang bersifat semasa selain keperluan sokongan pihak kerajaan kepada pihak institusi zakat.

(25)

PERSEPSI DAN SIKAP ASNAF FAKIR MISKIN TERHADAP ZAKAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Yang Mulia Dr Hajah Mas Nooraini binti Hj Mohiddin

Penolong Profesor, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Negara Brunei Darussalam

Zakat merupakan salah satu instrumen kewangan Islam yang mampu menstabilkan ekonomi dalam mengatasi masalah kemiskinan. Secara ringkasnya, zakat telah ditetapkan oleh Allah dengan matlamat utama sebagai satu bentuk jaminan keselamatan sosial bagi mereka yang miskin dan memerlukan, membangunkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat. Peningkatan penerima zakat dari tahun ke tahun membuktikan misi zakat belum tercapai. Timbul persoalan adakah pihak pengurusan zakat tidak berhasil dalam menjayakan misinya atau adakah terdapat faktor internal dari penerima yang menyumbang ke arah kegagalan institusi zakat. Justeru kajian ini di laksanakan bagi menilai persepsi dan sikap golongan fakir dan miskin terhadap bantuan zakat serta meninjau sejauh mana zakat dapat membantu kehidupan mereka serta survival ekonomi mereka sehingga mereka terkeluar dari kepompong kefakiran dan seterusnya kemiskinan. Metodologi kajian ini adalah secara kualitatif deskriptif dengan mengguna pakai teknik analisa dokumen dan soal selidik. Melalui analisa dokumen, data yang diperoleh dari bahan bertulis akan diteliti, di hurai di banding dan di analisa. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel. Banyak faktor yang menyumbang ke arah kejayaan pengurusan wakaf di antaranya ialah faktor dari penerima itu sendiri. Tekad untuk berubah dan memberikan kerjasama merupakan elemen penting untuk mencapai kejayaan keluar dari penerima kepada pengeluar zakat dan seterusnya mampu merealisasikan misi dan objektif zakat secara optimum.

Kata Kunci: Miskin, Persepsi, Sikap & Zakat.

(26)

URUSTADBIR PERLAKSANAAN ZAKAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop

Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei Negara Brunei Darussalam

Perbincangan mengenai tajuk diatas adalah mengenai hal ehwal pengurusan zakat di Negara Brunei Darussalam; skop utama adalah mengenalpasti Pendekatan dan Perlaksanaan Kutipan dan Agihan Zakat secara operasi yang dipraktikkan oleh MUIB melalui Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat (BAKAZ). Antara tumpuan dalam kertas ini adalah pengagihan zakat khususnya bagi Asnaf Fakir dan Miskin dengan mengambilkira skim-skim agihan zakat yang berbentuk Sara Diri dan juga Produktif. Isu cabaran zakat juga diketengahkan bagi menyampaikan kepentingan konsep Whole of Nation Approach untuk menggalakkan mana-mana agensi Kerajaan, swasta mahupun pihak NGO bagi sama-sama berusaha menjadi pemangkin dalam menurunkan kadar kemiskinan (Poverty Rate) di Negara ini.

(27)

PEMERKASAAN PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN ZAKAT DALAM MEMAJUKAN SOSIO EKONOMI UMAT ISLAM:

Pengalaman lnstitusi Zakat Selangor

Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Hj Opir

Timbalan Mufti Selangor Malaysia

Menunaikan zakat adalah fardhu ain ke atas setiap orang islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat di Negeri Selangor sejak tahun 1994 lagi. Bermula dengan kutipan zakat sebanyak RM7 juta pada tahun pertama penubuhan, LZS kian berkembang sebagai sebuah institusi pegurusan zakat di Malaysia sehingga kini dengan nilai Kutipan sebanyak RM913 juta dan Agihan RM867 juta direkodkan bagi keseluruhan tahun 2020. Dengan hala tuju untuk memperkukuhkan organisasi ke arah memberi impak kepada lebih ramai insan, LZS mengamalkan tadbir urus yang kukuh dalam memastikan pengurusan zakat yang efektif dan telus serta telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan pelbagai pihak menerusi inovasi yang dilaksanakan. Kutipan zakat di LZS meningkat dengan cemerlang setiap tahun sejak awal penubuhan. Peningkatan sejak 10 tahun lalu mencatatkan CAGR 10.6% kepada RM913 juta walaupun dunia sedang menghadapi cabaran pandemik yang menduga. Daripada jumlah ini, 58 peratus diperolehi daripada zakat pendapatan yang dikeluarkan pada sepanjang tahun lalu. Ini dicapai melalui pelbagai aktiviti berterusan yang dijalankan bagi memelihara para muzakki agar terus menunaikan zakat bersama LZS. Dari sudut agihan zakat pula, matlamat LZS adalah untuk menyantuni semua asnaf dengan lebih berkesan dan efisyen. Sehingga akhir tahun 2020, agihan zakat di LZS mencatatkan jumlah RM867 juta yang disalurkan melalui pelbagai program-program pembangunan asnaf yang dikelolakan. Melalui strategi agihan berbentuk konsumtif dan produktif, agihan zakat tertumpu pada memenuhi keperluan sosial dan pendidikan para asnaf yang berjumlah lebih 80 peratus daripada jumlah keseluruhan agihan pada tahun lalu. Strategi agihan yang berkesan adalah penting bagi memastikan agihan disalurkan dapat mencukupkan keperluan utama asnaf memandangkan jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin yang semakin meningkat saban tahun ekoran daripada kesan negatif pandemik terhadap ekonomi. Kesan tersebut lebih tampak di kawasan bandar memandangkan 60 peratus daripada populasi asnaf di negeri Selangor adalah mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai bandar. Oleh yang demikian, suatu pendekatan yang berstruktur telah dibentuk dalam membangunkan asnaf melalui Pelan Pembangunan Asnaf. Pelan yang dibangunkan ini merupakan pelan yang berstruktur, strategik dan outcome-oriented yang diharap bakal memacu program-program pembangunan asnaf di LZS bagi menghasilkan masyarakat yang berdaya saing ke arah mencapai matlamat mengubah para mustahiq menjadi muzakki pada masa hadapan. Selain itu juga, selari dengan perkembangan teknologi semasa, usaha-usaha digitalisasi juga giat dijalankan dalam keseluruhan aspek pengurusan, kutipan dan agihan zakat di LZS dengan pelbagai inovasi baharu selaras dengan cabaran dan tuntutan Revolusi Industri 4.0.

(28)

ZAKAT EMAS PERHIASAN WANITA Datin Dr Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh

Pemangku Penolong Raes / Pengarah Pusat Pengkajian Lepas Ijazah & Penyelidikan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Zakat emas perhiasan merupakan salah satu dari zakat harta yang wajib ke atas umat lslam. Kewajipan ini ditetapkan berdasarkan al-Qur’an dan hadits Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Emas ditempa dan dijadikan sebagai barang kemas wanita, perhiasan dan lambang kemegahan bagi pemiliknya. Mutakhir ini, emas mula mendapat tempat sebagai alat mendapatkan keuntungan pelaburan dengan pemilikan berbentuk jongkong, syiling dan akaun pelaburan. Maka, Syari’ah menganggap emas adalah sumber kekayaan yang berkembang dan kerana itu ia wajib dikenakan zakat apabila pemilikannya melebihi nisab. Ada sebahagaian masyarakat lslam mempunyai persepsi bahawa barang perhiasan daripada emas tidak dikenakan zakat sebanyak manapun ia dimiliki dengan syarat ia dipakai sebagai perhiasan wanita. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesahihan bahawa emas perhiasan wanita wajib dikenakan zakat dan mengenalpasti emas perhiasan yang wajib dikeluarkan zakatnya sama ada berdasarkan nisab atau kadar uruf setempat. Kajian ini juga mengandungi dan mengetengahkan pendekatan cara pengiraan zakat emas perhiasaan di Negara Brunei Darussalam sebagaimana yang ditetapkan oleh Fatwa Mufti Kerajaan.

(29)

MEMBINA KARAKTER SOSIO-EKONOMI ISLAM

MENERUSI PETUNJUK AYAT-AYAT ZAKAT DALAM AL QURAN Dr. Mikdar Rusdi

Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

mikdar.rusdi@gmail.com mikdar.rusdi@kupu-sb.edu.bn

Zakat adalah rukun islam yang ketiga ianya merupakan asas kepada struktur sistem ekonomi Islam yang menghendaki perlunya mencipta keharmonian sosial kepada seluruh umat islam dan boleh dijadikan sebagai flatform bagi mewujudkan satu komitmen secara berterusan bagi pembangunan karakter sosio ekonomi secara global. Setiap individu muslim atau individu yang memiliki harta dan kekayaan serta menghayati tuntutan rukun Islam wajib membabitkan diri demi kesejahteraan umat. Perintah Allah Subhanah Wataàla supaya kita berzakat memberi gambaran kepada umat Islam agar tidak tinggal diam dan sentiasa berusaha dan bekerja sampai ke peringkat mampu menunaikan zakat atau dengan kata lain umat islam bukanlan umat yang suka dilabelkan dengan kata miskin yang selalu mengharapkan bantuan akan tetapi umat islam adalah umat yang selalu mengamalkan tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah untuk menghulurkan bantuan. Lafaz zakat dalam al-Quran disebutkan dalam beberapa format antaranya bentuk makrifah dengan alif lam sebanyak 28 kali, bentuk nakirah sebanyak 4 kali, bentuk fiìl dan semua yang berkaitan dengan pecahan kalimatnya sebanyak 85 kali. Manakala kata kerja yang sering dikaitkan dengan zakat adalah رمأي ,يناصواو , ءاتياو, نوتؤيو,نيلعاف ,اوتأو نيتآو اوتآو , يتآو

ََءۤاَتيِإ َو َ ِة ٰوَك َّزلٱ , ََنوُت ۡؤُمۡلٱ َو ََة ٰوَك َّزلٱ

, yang terdiri dari fiìl madhi, fiìl mudhari, fiìl amr, isim masdhar, isim fail dan kebanyakan formatnya datang dalam bentuk jamak. Kesemua lafaz zakat ini memberi suatu formula baru dalam sistem perekonomian islam bahawa menjadi pengeluar zakat adalah tuntunan ugama, umat islam bukanlah umat yang pasif, suka berdiam diri tanpa kreativiti, bukan juga umat yang hanya tahu menerima bantuan dan sumbangan akan tetapi umat yang kaya dengan cara pengurusan harta dan keuangan agar rukun islam yang ketiga dapat ditunaikan dengan sempurna sebagai kewajipan yang bersumber dari Allah Subhanah Wataàla.

Kata Kunci: al-Quran, Zakat, Karakter, Ekonomi Islam.

(30)

PEMERKASAAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ZAKAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Dr. Haji Matussein bin Haji Jumat

Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

matusin@live.com

Kajian ini membincangkan tentang peruntukan undang-undang dan peraturan dari Akta Majlis Ugama Islam penggal 77 yang mengawal hal ehwal pentadbiran dan pengurusan harta zakat di Negara Brunei Darussalam. Okjektif kajian ini adalah sebagai menjunjung titah ke arah memperkasakan pentadbiran zakat melalui pengemaskinian semua cara peraturan zakat agar terus berkembang dengan perubahan-perubahan semasa. Akta Majlis Ugama Islam penggal 77 adalah undang-undang induk yang memberi kuasa kepada institusi mengelola zakat dan sudah setentunya menjadi rujukan perundangan dalam apa jua tatacara pelaksanaan berkaitan zakat. Dalam penelitian kajian ini mendapati undang-undang pentadbiran zakat berkenaan telah pun berkuatkuasa sejak tahun 1969, suatu petanda secara nyata menunjukkan keperluan pengemaskinian yang wajar agar pelaksanaan kutipan dan agihan zakat serta pengurusan harta zakat di negara ini tetap terus berkembang maju bernaung di bawah peruntukan undang-undang mengikut bab-bab tertentu sebagaimana beberapa peruntukan berkaitan dengan kesalahan zakat telah pun dipinda dan dimuat pada bab-bab 236 hingga 239 dalam Syariah Penal Code

Order, 2013. Oleh yang demikian, dalam usaha-usaha memperkasakan pentadbiran dan pengurusan

zakat, peraturan-peraturan zakat era abad ke-21 yang menjadi amalan dan rujukan negara jiran elok diteliti sebagai penanda aras mana-mana yang perlu penyesuaian bagi kehendak Negara Brunei Darussalam.

Kata Kunci: Pentadbiran Zakat, Undang-undang, Akta Majlis Ugama Islam

(31)

ةاكزلا في يملاسلإا عيرشتلا تامـس

يميشلا فسوي ديملحادبع ديس يلع روتكدلا ذاتسلأا

يرس ةعمابج ذاتسلأا

نواڬب

ةينيدلا ةيبترلل

دعت

ةاكزلا

نم

مظعأ

ناكرأ

ملاسلإا

،

دقو

اهلعج

عراشلا

ميكلحا

نكرلا

ثلاثلا

نم

ناكرأ

سلإا

ملا

دعب

ينتداهشلا

ةلاصلاو

،

نرقو

الله

لىاعت

اهنيب

ينبو

ةماقإ

ةلاصلا

في

يرثك

نم

ضاولما

ع

في

نآرقلا

يمركلا

لاق

لىاعت

:

{

اوُميِقَأَو

َةٰوَلَّصلٱ

اوُتاَءَو

َةٰوَكَّزلٱ

}

ةروس

ةرقبلا

ةيلآا

43

.

نمو

دصاقم

ةعيرشلا

ةيملاسلإا

في

ةيعورشم

،ةاكزلا

انهأ

ةرهُط

ةيكزتو

سفنل

،نيغلا

ناوعو

يرقفلل

ينكسلماو

هفلاخو

،ام

فيو

اذه

ثحبلا

ينبأس

نذبإ

الله

لىاعت

تاسم

عيرشتلا

يملاسلإا

في

ةيعورشم

،ةاكزلا

تيلاو

خلتت

ص

في

ضعب

رومأ

اههمأ

:

ةاعارم

ةعيبط

ناسنلإا

في

ريداقم

ةبصنلأا

،ةضورفلما

يهنلاو

نع

قدصتلا

لكب

ام

ليم

هك

،ناسنلإا

ليضفتو

ةقفنلا

ىلع

ةجوزلا

دلاولأاو

،براقلأاو

امك

تحضو

نأ

ملاسلإا

ددش

في

ةبوقع

كرتا

ةاكزلا

اهنمو

:

ءاعد

ةكئلالما

يلع

اهعنام

فلتب

،هلام

هنأو

ىلتبي

ةعالمجبا

طحقلاو

عنيمو،

ا

رطقل

نم

؛ءامسلا

دقو

رمأ

الله

ليجعتب

،ةاكزلا

انهأو

اهيبتج

ةلودلا

يهف

تيلا

موقت

اهذخبأ

نم

ءاينغلأا

و

اهئاطعإ

،ءارقفلل

تنيبو

مكلحا

نم

ءارو

،كلذ

امك

ددح

نآرقلا

فراصم

ةاكزلا

،ةينامثلا

تنيبو

وسم

عيرشتلا

لاسلاا

يم

في

اذه

،رملأا

ىدمو

همامتها

ةحلصبم

ناسنلإا

قيقتحو

لفاكتلا

يعامتجلإا

ينب

دارفأ

متلمجا

،ع

ثم

تحضو

بادآ

،يكزلما

طورشو

لوبق

ةقدصلا

اهنمو

:

راضحتسا

ةينلا

صلاخلإاو

لله

لىاعت

في

خإ

اهجار

،

نأو

رهظي

امدنع

ملعي

نأ

في

اهراهظإ

ابيغرت

سانلل

في

ءادتقلإا

،هب

نأو

رسي

كلذك

به

،ا

يفف

رارسلإا

ابه

ةلجاعم

ضرلم

ءيارلا

،هيرغو

نأو

رذيح

قدصتلما

نم

داسفإ

هتقدص

نلمبا

يذلأاو

نلم

دي

اهعف

،هل

نأو

جريخ

ةاكزلا

نع

بيط

،سفن

نأو

نوكي

لالما

يذلا

جر ُتُ

هنم

ةاكزلا

لالاح

ابيط

.

ثم

تنيب

لئاضف

،ةاكزلا

نايبو

اهدودرم

ىلع

درفلا

عمتلمجاو

:

انهأو

رهطت

ناسنلإا

نم

ضرم

حشلا

لخبلاو

انهأو،

جلاع

لل

بلق

نم

بح

ايندلا

قلعتلاو

،ابه

انهأو

ليبس

بللج

فلآتلا

باحتلاو

ينب

سانلا

،

انهأو

ةيبرت

سفنلل

ىلع

ةباقرلا

،ةيتاذلا

ركشلاو

لله

لىاعت

ىلع

امك،همعن

انهأ

ناوع

يرقفلل

جاتلمحاو

نم

لذ

لاؤسلا

بلطو

لحا

،ةجا

انهأو

رهطت

عمتلمجا

نم

دسلحا

ءاضغبلاو

،ةيهاركلاو

بلتجو

ةبلمحا

نواعتلاو

ينب

دارفأ

عمتلمجا

،

يقترتو

ضوهنلبا

داصتقلإبا

يملاسلإا

في

يرثك

نم

هبناوج

.

انهأو

ةاضرم

لله

لىاعت

ليبسو

زوفلل

با

ةنلج

.

ةاكزلا هقف نقيديدنڤ اسڠباراتنا نڠديسرڤ

(32)

PERANAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI DALAM MEREALISASI EKONOMI NEGARA ZIKIR: ANALISIS KAJIAN KUALITATIF

Dr. Norashibah binti Haji Besar Penolong Profesor

Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

shibah_4997@gmail.com

Negara Zikir merupakan suatu gagasan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam yang maju berorientasikan kepatuhan manusia dengan keredaan penciptaNya dari aspek siasah, ekonomi, sosial dan lain-lain. Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) merupakan sebuah pertubuhan yang tertinggi di Negara Brunei Darussalam yang mempunyai kuasa undang-undang di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77 Undang-Undang Negara Brunei Darussalm. MUIB adalah pembuat dasar untuk menentukan hala tuju pentadbiran ugama Islam di Negara Brunei Darussalam. Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah sebagai pelaksana dan pendokong terhadap dasar yang telah dibuat oleh MUIB. Kajian ini membincangkan analisis program atau aktiviti Negara Zikir yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan MUIB dalam merealisasikan ekonomi Negara Zikir. Juga sebagai usaha penyelesaian isu kefahaman dan penghayatan dan pelaksanaan keagamaan di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini ialah Kajian Tinjuan yang dilakukan melalui temu bual berstruktur yang disasarkan kepada lima orang pengarah di lima buah jabatan di (KHEU) dan salah sebuah jabatan tersebut adalah Jabatan MUIB. Data diperolehi melalui transkripsi temubual menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa Jabatan MUIB berperanan dalam merealisasikan ekonomi Negara Zikir. Adalah diharapkan kefahaman dan penghayatan Negara Zikir ini juga dapat direalisasikan kejayaannya melalui setiap individu di jabatan-jabatan dalam Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) secara menyuluruh sama ada dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sekali gus mengukuhkan lagi falsafah Negara Melayu Islam Beraja (MIB).

Kata Kunci: MUIB, Merealisasikan, Ekonomi Negara Zikir.

(33)

POTENSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI ASNAF FAKIR MISKIN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pg Dr Hjh Norwidayawati binti Pg Hj Metusin Fakulti Syariah

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Zakat merupakan antara mekanisme utama dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi umat Islam. Zakat juga merupakan pemangkin ketamadunan ummah yang berkesan sesuai dengan peredaran dan perkembangan dunia semasa. Maka pengurusan zakat secara efisien dan sistematik mampu menjadikan zakat lebih berpotensi sebagai satu instrumen dalam pembangunan umat Islam serta menjamin keadilan dan kestabilan sosial dalam kalangan masyarakat. Di Negara Brunei Darussalam, pengurusan dan pentadbiran zakat dikendalikan di bawah Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei (JMUIB), Kementerian Hal Ehwal Ugama, manakala Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat (BAKAZ) telah dilantik dan diamanahkan oleh JMUIB sebagai pengendali hal ehwal zakat, iaitu bertanggungjawab dalam menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan kutipan dan agihan zakat dengan lebih berkesan. Dengan kelulusan pihak JMUIB, BAKAZ juga bertanggungjawab dalam menentukan kelayakan penerima serta bentuk bantuan yang bersesuaian dengan latar belakang setiap penerima agar bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kajian ini bertujuan meneliti potensi zakat dalam pembangunan ekonomi umat Islam khususnya dalam pengagihan bantuan kepada setiap penerima asnaf zakat yang berkelayakan (fakir miskin) di Negara Brunei Darussalam. Statistik agihan serta bentuk program yang disediakan oleh pihak BAKAZ dianalisis secara deskriptif bagi melihat potensi zakat itu sendiri secara praktikal dalam meningkatkan ekonomi dan kualiti umat Islam. Kajian mendapati pihak BAKAZ telah menyediakan pelbagai program yang bertujuan meningkatkan kualiti dan ekonomi asnaf menerusi pengagihan zakat yang telah ditetapkan, penyaluran kebajikan sosial, penghasilan modal insan serta peningkatan taraf pendidikan. Maka, setiap umat Islam di negara ini khususnya para pembayar zakat disarankan untuk mengambil peluang bagi sama-sama membantu pihak JMUIB dan BAKAZ dalam memastikan hasil dana zakat tersebut dapat dioptimumkan bagi membangunkan dan mengukuhkan ekonomi umat Islam di Negara Brunei Darussalam.

Kata Kunci: zakat, BAKAZ, pembangunan ekonomi, asnaf fakir miskin.

(34)

PENETAPAN ILLAT HUKUM ZAKAT BERASASKAN MAQASID SYARIAH DAN KESESUAIANNYA DENGAN PENGURUSAN ZAKAT KONTEMPORARI

Dr Hj Abd Rauf Muhammad Amin Penolong Kanan Profesor

Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

raufcai@gmail.com

Penetapan illat hukum dalam kajian syariat Islam dianggap sebagai perkara penting dalam memahami dan mengaplikasikan hukum Islam. Bahkan kajian illat hukum merupakan asas penting bagi perubahan dan pengembangan hukum Islam. Ulama Islam sepakat-kecuali golongan zahiriyyah-meyakini bahawa sifat asas hukum-hukum Syariah adalah mu‘allal ertinya memiliki alasan-alasan kemaslahatan samada duniawi mahupun ukhrawi. Sifat asas ini berlaku dalam semua bidang samaada bidang ibadah mahupun muamalah. Walaubagaimanapun mereka meyakini bahawa ada beberapa hukum syariat Islam yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia mengenai alasan Allah di sebalik pensyariatannya atau disebut gair

al-mu ‘allal.

Kertas kerja ini akan menumpukan kajian kepada sebahagian hukum-hukum syara’ dalam bidang zakat. Meskipun zakat dianggap sebagai ibadah mahdah tetapi banyak juga ulama yang menganggapnya sebagai ibadah sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa ternyata sebahagian hukum-hukumnya termasuk dalam kategori mu‘allal dan tujuan utama dari zakat ialah untuk memenuhi keperluan orang-orang yang tidak berdaya dan untuk memperkasa kehidupan ekonomi umat Islam. Kajian ini akan berimplikasi kepada keberkesanan dan pemerkasaan pengurusan zakat kontemporari untuk mencapai tujuan-tujuan luhur dari ibadah zakat (Maqasid al-Syariah min al-Zakat).

Kata Kunci: Illat hukum, Maqasid al-Syariah, Zakat.

(35)

STRATEGI MERANCANG KURIKULUM FIQH ZAKAT SEKOLAH UGAMA DAN SEKOLAH MENENGAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: SUATU CADANGAN

Dr.Ismail bin Abas Dekan

Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Tradisi lama perancangan kurikulum dan pengajaran Fiqh Zakat yang memberi tumpuan kepada ilmu pengetahuan tanpa mencungkil nilai-nilai pendidikan yang tersurat dan tersirat serta mengambil iktibar di sebalik nilai-nilai pendidikan tersebut memberi kesan kepada penghayatan pelajar. Kurikulum pendidikan yang baik bukan hanya diukur daripada kuantitinya yang banyak tetapi adalah sejauh mana ia meliputi isi-isi kandungan utama dan sekaligus menjawab keperluan mencapai hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Perancangan dan pembinaan kurikulum untuk abad ke 21 harus berasaskan kepada tiga perkara utama, iaitu tujuan pendidikan pada masa hadapan; trend perkembangan yang akan berlaku; dan corak pembelajaran dunia digital. Sehubungan dengan itu pendekatan merancang kurikulum Fiqh Zakat Sekolah Ugama dan Menengah perlu diolah mengikut kaedah terkini yang membolehkan pelajar mengaplikasikan nilai-nilai pendidikan dan mengambil iktibar untuk dihayati dalam kehidupan.

Kata Kunci: Fiqh Zakat, Kurikulum,Tradisi, Sekolah Ugama, Sekolah Menengah.

(36)

TRANSFORMASI INSTITUSI PENGURUSAN ZAKAT DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Ahmad Yunus Kasim Fakulti Pendidikan

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Zakat merupakan teras di dalam sistem ekonomi Islam yang berfungsi untuk mewujudkan kestabilan masyarakat. Dalam mengharungi era revolusi industri 4.0 yang melibatkan Internet Of Things (IOT) atau internet di dalam hampir semua aspek kehidupan seharian, pastinya transformasi pengurusan institusi zakat perlu dilakukan agar terus relevan dan signifikan di dalam menghadari cabaran revolusi industri 4.0. Berbeza dengan era revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik serta revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT), tugas yang digalas oleh institusi pengurusan zakat terutamanya dalam aspek kutipan dan agihan pastinya memerlukan anjakan paradigma agar dapat bergerak secara produktif seiring dengan perkembangan teknologi pintar. Tambahan pula realiti kutipan zakat semasa juga masih belum mencapai tahap yang maksimum dan prestasi pengagihan zakat juga adalah agak rendah berbanding dengan kutipan zakat. Keberkesanan peranan institusi zakat serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kewajipan zakat dapat dilihat melalui prestasi peningkatan kutipan zakat. Berkenaan dengan zakat harta, jenis-jenis aset yang boleh dizakat di Brunei di antara tahun 2010 hingga tahun 2015, terdapat peningkatan yang beransur-ansur dalam pengumpulan zakat fitrah oleh MUIB. Sementara itu, dalam konteks zakat harta, terdapat penurunan dalam jumlah yang dikumpul sepanjang sembilan tahun tersebut. Walaupun kajian menunjukkan wujudnya peningkatan dalam kepatuhan masyarakat Islam di dalam mengeluarkan zakat, khususnya zakat fitrah, namun bilangan pembayar yang masih tidak membayar zakat harta juga adalah tinggi (Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad & Mohammad Ali Roshidi, 2013). Sehubungan itu, kertas konsep ini mencadangkan beberapa alternatif pemerkasaan institusi pengurusan zakat agar lebih produktif, kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kesedaran pembayar zakat dan seterusnya memaksimumkan perolehan dan pengagihan zakat selaras dengan cabaran dan tuntutan revolusi industri 4.0.

Kata Kunci: Institusi Pengurusan Zakat, Perolehan dan Agihan Zakat, Era Revolusi Industri 4.0

(37)

PERANAN ZAKAT DALAM PERSPEKTIF SHAIKH NUR AL-DIN AL-RANIRI (KAJIAN KITAB AL-SHIRAT AL-MUSTAQIM)

Dr. Haji Harapandi Amaq Hairani Penolong Kanan Profesor

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Nur al-Din al-Raniri merupakan tokoh awal dalam bidang fiqh di Alam Melayu. Beliau menjadi perintis kepada penyambungan legasi mazhab Syafi’i dalam masyarakat Melayu di Nusantara. Antara karya beliau dalam bidang fiqh yang masyhur adalah al-Shirat al-Mustaqim, karya ringkas yang membincangkan tentang hukum Islam dalam bidang yang terhad iaitu taharah, solat, zakat, puasa, haji, perburuan dan penyembelihan, serta bab makanan. Zakat adalah bahagian penting dalam arkanul Islam. Perkara ini tidak dapat dipisahkan antara kewajiban solat dengan pembayaran zakat, Kerana itulah al-Shaikh juga memberikan perhatian khusus dalam kitab ini. Dalam perkara zakat al-al-Shaikh menambahkan beberapa nilai tempatan dalam perbahasan. Misal kadar timbangan zakat emas dengan timbangan Aceh, bentuk ukuran awsuq dengan kadar Aceh, jenis zakat pertanian dengan tanaman tempatan dan jenis zakat haiwan ternakan yang merujuk kepada haiwan tempatan di Alam Melayu.

Kata Kunci: peranan, zakat, al-Sirat al-Mustaqim

(38)

PERLAKSANAAN ZAKAT PERNIAGAAN MENGIKUT TATACARA PEMBAYARAN CUKAI PERNIAGAAN DALAM SISTEM KEWANGAN NEGARA: BOLEHKAH?

Professor Madya Dr Abdurrahman Raden Aji Haqqi Fakulti Shariah dan Undang-Undang

Universiti Islam Sultan Sharif Ali

abdurrahman.haqqi@unissa.edu.bn

Sebagai suatu nikmat Allah Subhanahu Wata’ala, keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang telah ditetapkan oleh Syara’ untuk dikenakan zakat, ‘Urud al-Tijarah atau Zakat Perniagaan. Perniagaan terdiri daripada milikan tunggal / bekerja sendiri (Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan); perkongsian yang meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara individu-individu; dua syarikat; individu dan syarikat; individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian. Dalam sistem kewangan negara, para peniaga diwajibkan membayar cukai tahunan perniagaan mereka berdasarkan undang-undang yang berlaku. Kertas kerja ini akan mengkaji isu berkenaan pembayaran zakat pernigaan dengan cara menganalogikan perlaksanaannya dengan pembayaran cukai perniagaan. Menerusi metod kajian perpustakaan, laporan, perundangan dan perbandingan, tulisan ini dikemukakan. Kajian mendapati bahawa dengan mengadopsi cara perlaksanaan pembayaran cukai perniagaan dengan berkesan maka pembayaran zakat perniagaan dan juga pengumpulan wang zakat darinya akan lebih kemas dan lebih teratur yang boleh menambah kesejahteraan para penerima zakat atau mustahik. Ia merupakan perlaksanaan siyasah syar’iyyah dalam pentadbiran kewangan negara kontemporari.

Kata Kunci: zakat perniagaan – cukai perniagaan – jenis harta – peraturan zakat & cukai.

(39)

KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FAKIR & MISKIN: KAEDAH PENGUKURAN KOMPREHENSIF MODEN

DARI PERSPEKTIF TASAWWUR ISLAMI Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani

Penolong Kanan Profesor / Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam Universiti Islam Sultan Sharif Ali

nasir.rani@unissa.edu.bn/ abdnasir332@gmail.com

Kewajiban mengeluarkan zakat merupakan satu perintah Ilahi yang mempunyai tujuan kudus mencakupi konsep ‘Ubudiyyah dan Insaniyyah. Perbahasan mengenai Fiqh al-Zakat sudah banyak ditulis di dalam buku-buku Fiqh oleh ulama’ silam dan ‘ulama kontemporari. Namun, tulisan mengenai penilaian terhadap keberkesanan agihan zakat mengentas kemiskinan adalah amat sedikit dan sukar diperolehi. Sungguh pun ada, penilaian lazimnya berdasarkan kepada pendekatan Teori Pendapatan (Theory of Income) dan Teori Pertumbuhan Ekonomi (Theory of Economic Growth) yang dipelopori oleh pemikir Barat dan jarang sekali pula ditemui penilaian yang disandarkan kepada tasawwur Islami. Peranan zakat sebagai salah satu instrumen penting mengentas kemiskinan dalam Islam tidak mungkin dapat diungkap dengan jelas dan tepat tanpa disandarkan kepada pemikiran yang juga beracuankan Islam. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengemukakan pandangan bagaimana komponen Maqasid al-Syari’ah yang diilhamkan oleh pemikir Islam dapat dijadikan sebagai indikator pendasar utama untuk menilai keberkesanan agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin. Kertas kerja ini juga akan mengetengahkan satu kaedah pengukuran dan alat analisis kod moden iaitu Change Assessment and Scoring Tool (CAST) untuk menganalisis data hasil dapatan kaji selidik. Ringkasnya, penilaian dari perspektif tasawwur Islami ini merupakan pelengkap kepada penilaian dari perspektif ekonomi yang menjadikan kaedah pengukuran dan penilaian terhadap keberkesanan agihan zakat lebih komprehensif.

Kata Kunci: Zakat, Agihan, Kaedah Pengukuran, Tasawwur Islami, Maqasid al-Syari’ah, CAST.

(40)

URUS TADBIR ZAKAT: KAJIAN TERHADAP INDIVIDU MUFLIS DI BAWAH ASNAF AL-GHARIMIN DI BRUNEI DARUSSALAM

Dr Azme Haji Matali

Penolong Profesor, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i

Universiti Islam Sultan Sharif Ali

azme.hjmatali@unissa.edu.bn/ azme1691@gmail.com

Faktor seseorang itu diisytiharkan muflis menjadi antara kriteria utama dalam menentukan kelayakannya untuk menerima zakat di bawah asnaf al-Gharimin. Oleh itu, tidak semua individu yang berstatus muflis layak menerima zakat kerana kelayakan menerimanya bergantung kepada sebab atau faktor hutang. Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan membincangkan tiga aspek utama bagi mengenalpasti perlaksanaan urus tadbir zakat yang efisien khususnya bagi memenuhi keperluan individu muflis di bawah asnaf al-Gharimin. Pertama, peranan dan urus tadbir pelaksana zakat. Kedua, faktor berhutang dan statistik permohonan zakat dan ketiga, tindakan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dalam menangani keperluan penerima zakat. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah perpustakaan, dokumentasi dan temubual bagi mendapatkan data sekunder dan primer berkaitan objektif kajian. Antara hasil kajian yang diperolehi iaitu individu muflis mendapat bantuan sewajarnya dalam menyelesaikan hutang mereka melalui wang zakat dengan merujuk garis pandu dan mengikut kriteria yang ditetapkan. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa statistik jumlah pemohon dalam kalangan muflis untuk mendapatkan agihan zakat semakin meningkat. Oleh itu, pengkaji mencadangkan beberapa inisiatif yang perlu dilakukan bagi menangani isu ini. Kajian ini diharapkan boleh memberikan impak yang positif khususnya dalam pengurusan yang lebih sistematik dan relevan di Brunei Darussalam. Kajian ini juga boleh dijadikan bahan rujukan tambahan oleh pihak-pihak berautoriti di Brunei Darussalam dan khususnya pihak-pihak yang terlibat dengan kutipan dan agihan zakat secara menyeluruh.

Kata Kunci: Zakat – Muflis – al-Gharimin – Brunei Darussalam.

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Mulyadi (2013) metode variable costing adalah suatu metode yang dalam penentuan harga pokok suatu produk hanya memperhitungkan biaya produksi yang bersifat

listopa- da 1951., na upit kako će riješiti slučaj Stepinac, Tito kaže: "da smo mi još prije pet-šest mjeseci ponudili Vatikanu da smo spremni Stepinca pustiti iz zatvora,

Diharapkan dengan melakukan kegiatan Mural dalam program pengabdian kepada masyarakat Dosen dan Mahasiswa Institut Desain dan Bisnis Bali ini dapat membantu mempercantik

lingkungan yang mempersepsikan rendah untuk kondisi lingkungan, setelah diamati karakteristik kedua responden tersebut ternyata responden 95 sudah tinggal selama 17 tahun

menyelesaikan tesis yang berjudul “ Kompetensi Guru Pendidikan Agama Islam dan Perannya dalam Membentuk Karakter Peserta Didik di Madrsasah Tsanawiyah Negeri Kota

Penelitian ini dilaksanakan di wilayah kerja Puskesmas Tapa Kabupaten Bone Bolango pada bulan Januari-Maret 2019 dengan jumlah sampel 60 ibu yang memiliki bayi

Keadaan itu mengurangi hak dan kesempatan wanita yang akhirnya mengukuhkan bentuk-bentuk ketidaksamaan dan ketidakadilan gender di segala bidang pembangunan (Mansour,

3 Wawancara dengan Ibu Farid yang dilakukan pada tanggal 13 November 2016... Dengan membawa anak bungsu yang usia 3 tahun Eni selalu membawa keperluan yang dibutuhkan