• Tidak ada hasil yang ditemukan

Yang Hormat Profesor Dato Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Yang Hormat Profesor Dato Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

1 TEKS UCAPAN

YANG HORMAT PROFESOR DATO’ DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SEMPENA

MAJLIS KONVOKESYEN KE-9 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SESI KETIGA

PADA HARI AHAD, 12 OKTOBER 2014, PUKUL 11:00 PAGI

DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI, UMP KAMPUS GAMBANG

SALUTASI

Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang;

Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

Yang Berbahagia Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi);

(2)

2

Dekan-dekan, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab;

Ahli-ahli akademik;

Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar;

Para ibu bapa yang dihormati;

Para graduan yang diraikan;

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

(3)

3

KATA PEMBUKA

1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi rasa

syukur ke hadrat Allah Ta’ala, kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, maka sesi ketiga Majlis Konvokesyen Ke-9 Universiti Malaysia Pahang ini telah selamat disempurnakan.

2. Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah

kepada graduan-graduan dari Fakulti Kejuruteraan Kimia &

Sumber Asli, Kejuruteraan Awam & Sumber Alam,

Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, dan UMP Advanced Education Sdn Bhd yang menerima diploma masing-masing sebentar tadi.

3. Terima kasih juga diucapkan kepada wakil graduan, Saudari

Elvira Ariaputra dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam atas ucapan bernas yang disampaikan tadi.

(4)

4

4. Sesungguhnya, detik konvokesyen bukanlah milik para

graduan semata-mata, tetapi perlu dikongsi juga dengan para individu yang bertanggungjawab membentuk para graduan sehingga terciptanya kejayaan ini.

5. Maka pada hemat saya, sewajibnya para ibu bapa, anggota

keluarga dan ahli akademik diberikan penghargaan yang tinggi atas kemuliaan khidmat mereka dalam mendidik para graduan untuk menjadi insan berguna dan memberi manfaat.

6. Oleh yang demikian, kepada graduan sekalian, ingatlah

bahawa pengijazahan hanyalah merupakan satu permulaan. Dengan bekalan ilmu yang ada, anda sekalian akan mula belajar menongkah arus kehidupan yang amat mencabar selepas ini.

(5)

5

7. Sepanjang pengajian di sini, saudara dan saudari telah melalui

pengalaman kampus dengan tujuan yang khusus. UMP menghasratkan anda sekalian untuk tidak sekadar cemerlang di lapangan akademik, tetapi juga mampu terjun ke lapangan umat dan berperanan sebagai jurubicara masyarakat.

MAKLUMAN AM MAJLIS KONVOKESYEN KE-9

8. Tuan-tuan dan puan-puan;

Sejak Majlis Konvokesyennya yang pertama pada tahun 2006, UMP sehingga kini telah menghasilkan seramai 11,707 orang graduan dalam pelbagai lapangan pengajian.

9. Untuk Majlis Konvokesyen Ke-9 ini, seramai 2,453 orang

graduan bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing. Daripada jumlah tersebut, seramai 22 orang merupakan graduan Doktor Falsafah, 88 orang graduan Sarjana, 1,510 orang graduan Sarjana Muda dan 833 orang graduan Diploma.

(6)

6

10. Pelan Strategik UMP 2011-2015 yang kini dilaksanakan oleh pihak pengurusan turut memberikan perhatian yang serius kepada peningkatan kualiti akademik bagi program-program pra-siswazah.

11. Strategi dan inisiatif yang dirangka tersebut telah

menampakkan hasil yang amat positif. Bagi kemasukan mahasiswa baharu bagi Sesi Akademik 2014/2015 pada September lalu, 70% daripada 1,952 calon bagi program Sarjana Muda merupakan kelompok pelajar cemerlang.

12. Mereka yang cemerlang ini mencapai CGPA sekurang-kurangnya 3.0 di peringkat Matrikulasi, Asasi, STPM atau setaraf, sekaligus membuktikan UMP, sememangnya sebuah universiti teknologi pilihan utama.

(7)

7

13. Malah, dalam sesi kemasukan September 2014/2015 ini juga, UMP telah turut menerima 54 orang mahasiswa antarabangsa terdiri daripada 37 pelajar pra siswazah dan 17 pelajar pasca siswazah yang datang dari 14 buah negara antaranya Republik Rakyat China, India, Jordan, Syria, Yemen dan Palestin.

14. Hasil koloborasi antarabangsanya juga, maka UMP akan mula menawarkan program dwi-ijazahnya yang terbaharu iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan secara usahasama dengan Reutlingen Universiti di Jerman. Insya-Allah, kumpulan mahasiswa perintis program ini akan mula mendaftar pada bulan Februari 2015.

15. Alhamdulillah, pencapaian-pencapaian UMP yang

menggalakkan ini mendapat perhatian dan pengiktirafan

antarabangsa. Dalam satu laporan bertajuk “Higher Education

in Asia: Expanding Out, Expanding Up”, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNESCO telah mengiktiraf UMP sebagai universiti terbaik di Asia.

(8)

8

16. Pengiktirafan ini dibuat berdasarkan penilaian UNESCO terhadap kejayaan UMP mencatatkan peningkatan 131% dalam penghasilan penerbitan dan kerjasama serantau dalam bidang kejuruteraan.

TENAGA AKADEMIK BERKUALITI

17. Tuan-tuan dan puan-puan,

Dengan pengiktirafan antarabangsa tersebut, maka pengajian di UMP merupakan satu pilihan yang tepat. UMP akan terus komited untuk menyediakan pendidikan dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi yang berkualiti, sesuai dengan semangat penubuhannya.

18. Oleh sebab itulah, pihak pengurusan UMP memberi perhatian yang serius terhadap bakat-bakat yang diambil sebagai tenaga akademik di sini.

(9)

9

19. Oleh kerana soal kualiti akademik sama sekali tidak boleh dikompromi, maka UMP amat menitikberatkan soal kelayakan akademik dan pengalaman profesional para pensyarahnya.

20. Berdasarkan statistik semasa sehingga 6 Oktober 2014, daripada keseluruhan 651 staf akademik, 298 orang atau 45.78% memiliki kelayakan Doktor Falsafah (PhD).

21. Selain itu, sejumlah 146 orang atau 21.66% daripada keseluruhan 651 staf akademik memiliki sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman di industri.

PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR BERKUALITI

22. Tuan-tuan dan puan-puan,

Penyediaan iklim kampus yang kondusif dan sejahtera amat berkait rapat dengan kerja-kerja pembangunan infrastrastruktur bagi kesejahteraan warga Universiti ini.

(10)

10

23. UMP mencatatkan sejarah yang membanggakan dalam industri pembinaan negara apabila berjaya membangunkan kompleks

Modular Craft berasaskan teknologi hijau yang dilancarkan

pada 2 Oktober yang lalu.

24. Projek rintis yang menggunakan kontena terpakai ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Inovasi bangunan teknologi hijau yang kini tersergam di UMP Kampus Gambang ini menyediakan 72 unit bilik untuk kegunaan pensyarah berjaya dibangunkan dengan tempoh masa yang minimal.

25. Projek pembinaan bangunan baharu Kompleks Pentadbiran Utama (KPU), Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) serta Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) di UMP Pekan sedang giat dijalankan.

26. Dengan kemajuan kerja pembangunan yang rancak dan mendahului jadual, adalah dijangkakan bahawa pentadbiran Universiti ini akan keseluruhannya berpindah ke UMP Pekan mulai bulan Januari 2015.

(11)

11

PENYELIDIKAN, PENGKOMERSILAN DAN HARTA INTELEK

27. Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari sudut penyelidikan pula, sehingga Oktober 2014, sebanyak 535 projek penyelidikan aktif dijalankan di UMP dengan nilai pembiayaan RM53.02 juta. Ianya melonjak 106 peratus berbanding tahun 2013 yang mana projek penyelidikan aktif ketika itu berjumlah 259 dengan nilai RM 16 juta. Lebih membanggakan, UMP juga telah berjaya meningkatkan pembiayaan projek penyelidikan daripada peruntukan geran antarabangsa bernilai RM 98,275.

28. Disamping geran–geran tersebut, UMP terus diberi

kepercayaan melaksanakan projek konsultansi untuk

membangunkan kompleks pemprosesan makanan laut yang bernilai RM 6 juta di Kuala Pahang. Projek yang dijalankan oleh sekumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) ini sudah pasti akan mengubah landskap dan persekitaran di kawasan tersebut.

(12)

12

29. Selain itu, UMP juga telah berjaya mendapatkan geran dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM20 juta untuk membangunkan projek Halal Gelatin. Projek yang pertama seumpama ini di Malaysia akan dibangunkan di satu kawasan yang dinamakan UMP Industrial Technology Engineering

Creativity Space (ITECS) yang telah dikenalpasti sebagai

pembangunan Science Park UMP.

30. Kesedaran untuk mendaftarkan produk penyelidikan yang dihasilkan oleh warga UMP juga semakin meningkat. Sehingga bulan Oktober 2014, sebanyak 27 harta intelek dalam bentuk paten, hakcipta dan rekabentuk industri telah didaftarkan oleh para penyelidik UMP.

31. Terkini, projek penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Noraziah Ahmad dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Harta Intelek Negara 2014 (Kategori Hak Cipta) pada 2 Oktober 2014 yang lalu.

(13)

13

32. Projek penyelidikan beliau iaitu “Binary Vote Assignment on Grid

Quorum (BVAGQ)” adalah berkaitan dengan pengurusan pangkalan data teragih bagi meningkatkan kebolehan capaian data dengan efektif serta pengurusan storan yang minimum untuk mengelakkan pembaziran.

33. Dari sudut penerbitan ilmiah pula, UMP terus konsisten memberi tumpuan kepada kualiti berbanding dengan kuantiti. Sehingga September 2014 sebanyak 486 penerbitan ilmiah telah dihasilkan oleh para pensyarah UMP, merangkumi karya asli, monograf, artikel jurnal, kertas persidangan, bab di dalam buku (Chapter of book) dan rencana ilmiah.

34. Lebih manis lagi apabila International Journal of Automotive

and Mechanical Engineering (IJAME) telah diindeks oleh

pangkalan data terkenal dunia iaitu SCOPUS dan Elsevier Bibliographic Database (EBD) dalam tempoh yang singkat, sekaligus membuktikan kemampuan UMP dalam menghasilkan kualiti penerbitan bertaraf dunia.

(14)

14

35. SCOPUS juga telah merekodkan bahawa dalam bidang kajian

dye-sensitized solar cell dan electrospinning, UMP berada di

kedudukan pertama di Malaysia dari aspek jumlah sitasi yang diperoleh daripada penerbitan artikel-artikel jurnalnya, sekali gus mengatasi universiti penyelidikan lain. Manakala dari segi jumlah keseluruhan sitasi pula, UMP berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan MTUN (Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia).

36. Dan yang terkini, menurut laporan daripada Source Normalized

Impact per Paper (SNIP), Impact per Publication (IPP) dan SCImago Journal Ranking (SJR), IJAME merupakan jurnal

yang mempunyai impak tertinggi berbanding dengan jurnal-jurnal sains di negara ini, sekali gus meletakkannya di tangga pertama dalam kedudukan jurnal Scopus di Malaysia. Selain itu, IJAME juga berada di ranking ke-237 daripada 683 jurnal mekanikal di dunia berdasarkan laporan SJR.

(15)

15

PENCAPAIAN PENYELIDIK UMP

37. Tuan-tuan dan puan-puan,

Sepanjang tahun 2014, para penyelidik UMP terus mencipta nama di pentas negara dan juga antarabangsa melalui pelbagai pameran dan pertandingan penyelidikan. Penyertaan ini telah berjaya menerima pengiktirafan keseluruhan 23 pingat emas, 13 pingat perak, lima pingat gangsa dan lima Anugerah Khas.

38. Di peringkat antarabangsa, penyertaan UMP dalam 17th

Moscow International Salon of Inventions and Innovation Technologies (ARCHIMEDES) yang diadakan di Russia pada 1

hingga 4 April 2014 yang lalu berjaya memenangi empat pingat emas dan dua anugerah khas.

39. Selain itu, dalam The Invention and New Product Exposition (INPEX) di Pittsburgh, Amerika Syarikat pada 24 Jun 2014 pula, para penyelidik UMP telah berjaya merangkul lima pingat emas dan satu anugerah khas.

(16)

16

40. Alhamdulillah, para mahasiswa UMP juga telah

memperlihatkan minat yang mendalam dan bakat yang besar dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi.

41. Dalam konteks tersebut, sukacita saya memaklumkan bahawa mahasiswa UMP telah berjaya membawa pulang tujuh pingat emas, dua pingat gangsa serta turut memenangi dua anugerah khas dalam International Youth Convention Contest (IYIC) pada 8 hingga 9 Ogos 2014 di Seoul, Korea Selatan.

MENYUBURKAN PENGALAMAN KAMPUS

42. Tuan-tuan, puan-puan dan graduan sekalian,

Walaupun pencapaian akademik yang cemerlang merupakan keutamaan tertinggi, namun UMP turut membuka ruang yang seluas-luasnya kepada para mahasiswa untuk menikmati pengalaman kampus yang bermakna.

(17)

17

43. Prestasi akademik, yang diseimbangkan dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti kemahasiswaan akan membentuk

mahasiswa yang tidak hanya memikirkan mengenai

keuntungan dirinya, tetapi turut cakna kepada persekitarannya.

44. Justeru, gerak kerja kemahasiswaan di UMP direkabentuk berdasarkan lapan teras ko-kurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

45. Lapan teras ko-kurikulum tersebut ialah Sukan, Kebudayaan,

Daya Usaha dan Inovasi, Pengucapan Awam,

Kesukarelawanan, Khidmat Komuniti, Keusahawanan dan Kepimpinan.

46. Dengan kewujudan lebih 73 pertubuhan mahasiswa yang mendukung lapan teras tersebut yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, mahasiswa UMP sememangnya mempunyai pilihan untuk menggilap bakat dan kreativiti mereka.

(18)

18

47. Seorang mahasiswi UMP dari kalangan Orang Kelainan Upaya iaitu Saudari Siti Hawa Apandi telah menerima pengiktirafan berprestij apabila dinobatkan sebagai Juara Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian 2013 bagi kategori Inovasi Sosial pada 27 Februari 2014 yang lalu.

48. Walaupun memiliki kudrat yang terbatas, namun Allah Ta’ala

telah mengurniakan Saudari Siti Hawa Apandi hati yang cerah dan minda yang pintar. Mahasiswi dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian ini telah berjaya membangunkan sebuah projek inovasi berkaitan sistem pemantauan kehadiran pelajar sekolah.

49. Dalam lapangan inovasi automotif pula, mahasiswa dari pasukan UMP Racing Team telah berjaya menjuarai Piala Pusingan Menteri Besar Johor dalam perlumbaan EIMArace 2013 pada 29 Disember yang lalu.

(19)

19

50. Pasukan yang diselia oleh Pusat Kejuruteraan Automotif UMP ini telah muncul sebagai johan bagi kategori 250 c.c. setelah mengatasi pasukan-pasukan lain bagi pusingan kedua, ketiga dan keempat perlumbaan tersebut.

51. Bencana banjir besar yang melanda negeri Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Pekan pada bulan Disember 2013 turut mendapat perhatian serius warga UMP.

52. Lebih 2,000 mahasiswa telah berganding bahu bersama warga kerja UMP dalam gerakan perdana sukarelawan banjir bagi membantu mangsa-mangsa di kawasan-kawasan yang terlibat.

53. Kesedaran tinggi mahasiswa UMP untuk terlibat aktif dalam gerak kerja kesukarelawan ini tidak lagi terbatas bagi inisiatif-inisiatif dalam negara, tetapi juga di luar Malaysia.

(20)

20

54. Misi kemanusiaan “We Care, We Serve” yang menyaksikan

penglibatan kolektif warga kerja dan mahasiswa UMP sejak 2013 untuk membangunkan infrastruktur bagi Madrasah al-Nikmah di Desa Baik An Long, Wilayah Kampong Cham, Cambodia akan terus dikembangkan.

55. Dalam konteks tersebut, seramai 20 orang mahasiswa UMP akan kembali ke Cambodia pada 15 hingga 23 November 2014 bagi mengadakan kelas intensif Bahasa Inggeris asas untuk penuntut-penuntut madrasah tersebut.

56. Demikianlah sebahagian daripada catatan pengalaman kampus yang ditawarkan oleh UMP kepada mahasiswanya untuk tidak hanya menjadikan mereka sebagai intelektual, tetapi juga insan yang berupaya menekuni denyut nadi masyarakat.

(21)

21

HARAPAN DAN KATA PENUTUP

57. Tuan-tuan, puan-puan dan para graduan yang dikasihi,

Bersempena detik yang bersejarah ini, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para graduan yang menerima diploma masing-masing pada petang ini.

58. Penganugerahan diploma buat anda sebentar tadi

menandakan pula satu ikatan baharu, iaitu antara anda sebagai alumni dengan UMP sebagai alma mater. Oleh itu, UMP menanti sumbangan khidmat anda dalam apa jua bentuk selepas ini sebagai alumni yang berbudi.

59. Justeru, sukalah saya menyarankan kepada graduan sekalian untuk terus mengekalkan hubungan yang rapat dengan bekas pensyarah dan fakulti masing-masing bagi menentukan bentuk-bentuk khidmat sukarela yang dapat disalurkan bagi manfaat Universiti ini dan juniors anda selepas ini.

(22)

22

60. Sebagai bingkisan penutup, sukalah saya menghadiahkan beberapa rangkap pantun nasihat untuk renungan para graduan pada petang ini:

Mari diambil pucuk selada, Bawa belayar ke Pulau Tioman; Bila ilmu tinggi di dada,

Sombong riak bukannya teman.

Bawa belayar ke Pulau Tioman, Dagangan tenun ada menyamping; Sombong riak bukannya teman, Budi dan santun kalian mendamping.

Dagangan tenun ada menyamping, Tukarannya emas saling membalas; Budi dan santun kalian mendamping; Sesama insan kasih dan belas.

(23)

23 Tukarannya emas saling membalas,

Dibina rumah tempat semenda; Sesama insan kasih dan belas, Tiada terabai ayah dan bonda.

Dibina rumah tempat semenda, Disila datang tamu berkunjung; Tiada terabai ayah dan bonda, Bakti pertiwi sentiasa dijunjung.

Disila datang tamu berkunjung, Dijamu nasi berulam cekur; Bakti pertiwi sentiasa dijunjung, Itulah tanda tahu bersyukur.

61. Dengan restu ibu bapa dan keluarga, saya berdoa ke hadrat Allah Ta’ala mudah-mudahan para graduan sekalian akan menjalani hidup yang penuh keberkatan sebagai anak yang soleh dan solehah serta warganegara yang tahu bersyukur dan membalas budi.

(24)

24

62. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan

penghargaan kepada warga dari pelbagai Pusat

Tanggungjawab di UMP yang telah mencurahkan khidmat yang cemerlang bagi menjayakan pengelolaan ketiga-tiga sesi Majlis Konvokesyen Ke-9 ini, termasuklah Expoconvo 2014.

63. Ini termasuklah warga kerja dari Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian Keselamatan, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan semua PTJ yang terlibat dengan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Konvokesyen Ke-9 UMP.

64. Tidak ketinggalan juga, ucapan tahniah dan penghargaan wajar diberikan kepada para pemuzik dan penyanyi dari kalangan warga UMP atas persembahan mereka bagi menghiburkan para tetamu sepanjang Majlis Konvokesyen ini berlangsung.

(25)

25

65. Saya berdoa agar universiti, negeri dan negara ini terus dilimpahkan rahmat peliharaan Allah Ta’ala pada setiap masa dengan naungan keselamatan, kesejahteraan dan keberkatan,

Amin Ya Rabbal ’Alamin.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah,

Referensi

Dokumen terkait

Menjadi wadah para penggiat dunia kreatif dalam menyediakan ruang-ruang kreatif sebagai upaya dalam menjaga eksistensi industri kreatif untuk meningkatkan

Hasil penelitian ini adalah perjanjian utang-piutang syitem Ijon yang terjadi di desa Jolotigo kecamatan Talun kabupaten Pekalongan yaitu perjanjian antara petani dengan

Resultan Vektor adalah operasi-operasi yang terjadi dari 2 besaran vektor atau lebih Vektor satuan adalah suatu vektor yang nilainya 1 satuan dan memiliki arah

 124 orang penerima manfaat pelatihan Pertolongan Pertama bagi Masyarakat di Kota Semarang dan Kota Ternate Program Kota Tangguh dukungan Amcross dan GDPC..  104 orang

Hasil dari penelitian tersebut menunjukkan bahwa jodipan sebagai salah satu tujuan desa wisata memiliki elemen: warga dan pejabat desa berpartisipasi dalam

Dari hasil perhitungan pengukuran didaerah yang dicurigai atau daerah suspek emboli paru di arteri pulmonalis kanan superior pada potongan axial dan potongan coronal

Wilayah daratan pesisir pantai Kota Selatpanjang sebagian besar terdiri dari rawa gambut dan sebagian lainnya lahan kering dengan ketinggian antara 0-25 m dpl.. 4.2.2

Portofolio loser dalam replikasi ketiga, hanya pada bulan keempat saja yang menunjukkan hasil baik dengan nilai pengembalian posistif sebesar 0.76% (terjadi gejala