• Tidak ada hasil yang ditemukan

PAROKI ST. MICHAEL, PENAMPANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PAROKI ST. MICHAEL, PENAMPANG"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN GEREJA DALAM ZON HIJAU DAN KUNING SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

MULAI 11 JULAI HINGGA 31 OGOS 2020 UNTUK PAROKI ST. MICHAEL, PENAMPANG

1. Kerajaan telah membenarkan Pembukaan Gereja semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 11 Julai hingga 31 Ogos 2020.

2. Komiti Adhoc Protocol Pembukaan Gereja di Paroki telah dibentuk pada 25.06.2020 dengan berperanan untuk memantau imprementasi kerja-kerja persedian Pembukaan Gereja di Paroki.

3. Semua Gereja di Paroki St. Michael, Penampang akan melakukan persediaan pembukaan dengan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

4. Semua kerja-kerja persediaan Pembukaan Gereja akan dilakukan pada Minggu Pertama Bulan Julai 2020.

5. Pembukaan Gereja di Paroki St. Michael, Penampang akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan Pembukaan Gereja St. Michael, Penampang pada Minggu Kedua Bulan Julai, 11-12.07.2020 dan semua Gereja yang lain pada Minggu Ketiga Bulan Julai, 18-19.07.2020.

6. Jumlah kehadiran setiap Gereja termasuk para pelayan adalah 1/3 sahaja daripada umat Paroki atau bergantung kepada saiz Gereja setelah indikasi penjarakan sosial dilakukan.

7. Kehadiran umat disetiap Misa Kudus adalah melalui jemputan atau pembahagian kepada semua KKD di Kampung Katolik Komuniti untuk setiap Perayaan Misa dan kehadiran umat yang tidak termasuk dalam KKD yang tinggal di Taman-Taman, Perumahan atau Apartment di Paroki Penampang.

8. Sebelum Gereja dibuka untuk Perayaan, Komiti Protokol Pembukaan Gereja Paroki Penampang akan melawat setiap Gereja di Paroki untuk mengadakan taklimat dan latihan kepada semua Komiti Kecil dan para-pelayan mengenai peranan dan fungsi mereka.

(2)

Pembentukan Komiti-Komiti Kecil mengendalikan pelayanan-pelayanan persediaan Pembukaan Gereja dan juga pelayanan-pelayanan setelah Gereja dibuka.

1. Komiti Kecil Menandakan Penjarakan Sosial Satu (1) meter untuk tempat duduk, semua laluan di dalam dan diluar Gereja dan menentukan jumlah umat yang boleh hadir dalam satu perayaan. (Perlu disiapkan dalam Minggu Pertama Bulan Julai 2020).

2. Komiti Kecil Pendaftaran Kehadiran.

2.1. Setiap Ketua KKD akan mengambil pendaftaran semua umat yang sihat dan berumur 69 tahun kebawah dan 13 tahun keatas untuk Misa yang telah ditetapkan untuk KKD tersebut. Ketua KKD akan membawa daftar umat dari KKD masing-masing ke Pusat Pendaftaran setiap Gereja di Paroki bagi tujuan pemantawan jumlah kehadiran umat dan mendapatkan Pas Masuk atau No. Rujukan Pendaftaran untuk Misa yang akan dihadiri. 2.2. Umat Paroki yang tidak termasuk dalam mana-mana KKD atau KUK yang

tinggal di Taman-Taman, Perumahan dan Apartment di Paroki Penampang boleh mendaftar di pusat pendaftaran.

2.3. Umat berumur 70 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah, atau mempunyai gejala Covid-19 seperti demam, batuk, selsema dan sebagainya, atau mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan kanser, individu yang masih di dalam tempoh kuarantin dan umat bukan warganegara, tidak dibenarkan hadir dalam Misa.

Pusat Pendaftaran umat di setiap Gereja adalah seperti berikut: 2.4. Gereja St. Michael, Penampang

Pusat Pendaftaran : Pejabat Mission Paroki Penampang. Masa : 9.00am – 5.00pm (Isnin hingga Jumaat) Jadual Perayaan Misa : Jam 6.00 petang – Hari Sabtu (English)

: Jam 8.30 malam – Hari Sabtu (Korean) : Jam 7.30 pagi – Hari Minggu (Kadazan) : Jam 10.30 pagi – Hari Minggu (B. Malaysia) : Jam 2.00 petang – Hari Minggu (Kadazan) : Jam 5.00 petang – Hari Minggu (English)

(3)

2.5. Gereja St. Aloysius Limbanak

Pusat Pendaftaran : Pejabat Gereja St. Aloysius Limbanak

Masa : 9.00am – 12.00pm dan Jam 7.30pm – 9.00pm. (Isnin hingga Jumaat)

Jadual Perayaan Misa : Jam 6.00 petang – Hari Sabtu (English) : Jam 8.00 pagi – Hari Minggu (Kadazan) 2.6. Gereja St. Augustine Kinarut

Pusat Pendaftaran : Pejabat Gereja St. Augustine Kinarut.

Masa : 9.00am – 12.00pm dan Jam 7.30pm – 9.00pm. (Isnin hingga Jumaat)

Jadual Perayaan Misa : Jam 6.00 petang – Hari Sabtu (Kadazan) : Jam 8.00 pagi – Hari Minggu (B.Malaysia) 2.6. Gereja St. Theresa Of The Child Jesus Kolopis

Pusat Pendaftaran : Gereja Kolopis.

Masa : Jam 7.30pm – 9.00pm (Isnin hingga Jumaat) Jadual Perayaan Misa : Jam 6.00 petang – Hari Sabtu (Kadazan)

: Jam 8.00 pagi – Hari Minggu (B.Malaysia)

2.7. Gereja St. Padre Pio Labak, Gereja St. Anne Punson, Gereja St. Paul Bisuang, Gereja Divine Mercy Maang, Gereja St. Benedict Timpangoh Sugud dan Gereja Mary Immaculate Conception Sukang Mabpai.

Pusat Pendaftaran : Di Gereja Masing-Masing

Masa : 7.30pm – 9.00pm (Isnin hingga Jumaat) Jadual Perayaan Misa : Jam 8.00 pagi – Hari Minggu (Kadazan) 2.8. Gereja Assumption Sugud dan St. Marcellinus Minintod.

Pusat Pendaftaran : Gereja masing-masing.

Masa : Jam 7.30pm – 9.00pm (Isnin hingga Jumaat) Jadual Perayaan Misa : Jam 10.00 pagi – Hari Minggu (Kadazan) 2.9. Gereja St. Francis Xavier, (Woori Jib) Kg. Potuki

Pusat Pendaftaran : Woori Jib

Masa : Jam 7.30pm – 9.00pm (Isnin hingga Jumaat) Jadual Perayaan Misa : Jam 10.00 pagi – Hari Minggu (B.Malaysia) 2.10. Gereja St. Julius I Timpayasa, Gereja Mary Mother Of God Tiku, Gereja St.

Bernard Terian dan Gereja St. Patrick Buayan.

Tidak memerlukan Pendaftaran kerana umat tidak ramai.

2.11. Pusat pendaftaran ini perlu dikendalikan oleh sukarelawan daripada setiap Gereja secara bergilir-gilir. (Belia digalakkan untuk terlibat).

(4)

3. Komiti Kecil melakukan nyahkuman (sanitasikan) Gereja/Chapel seminggu sekali atau sebelum digunakan untuk perayaan Misa. Komiti Kecil ini perlu ramai ahli dan perlu penglibatan daripada semua KUK atau KKD secara bergilir-gilir.

4. Komiti Kecil Menjaga Kaunter Saringan Kesihatan di depan Pintu Masuk Gereja yang akan melakukan saringan suhu badan, merekodkan butiran peribada umat yang hadir seperti nama dan nombor telefon dan memberikan cecair Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer) kepada umat sebelum masuk Gereja. Memastikan umat senantiasa memakai Penutup hidung dan mulut (Face Mask) pada setiap masa bila berada di dalam Gereja dan luar Gereja. (Jika umat tidak mempunyai Face Mask, komiti ini juga boleh menyediakan Face Mask untuk dijual kepada umat yang memerlukan)

Umat yang mempunyai suhu badan 37.5 degree ke atas adalah di nasihatkan untuk pulang dan tidak di benarkan masuk ke dalam Gereja. 5. Komiti kecil yang akan memastikan alat penyaring suhu badan (Infrared

Thermometer), Cecair Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer) dan Cecair untuk nyahkuman (sanitasikan) Gereja senantiasa ada, baik dan cukup bekalan.

6. Komiti Kecil kebersihan. Tandas mesti dijaga dengan betul dan sabun disediakan untuk mencuci tangan dengan betul. Tong sampah yang mencukupi harus diletakkan di lokasi yang strategik di perkarangan Gereja.

7. SEBELUM MISA.

7.1 Gereja hendaklah melakukan proses nyahkuman satu jam sebelum Gereja digunakan.

7.2 Pintu masuk Gereja hanya dibuka mengikut waktu perayaan yang telah dipersetujui.

7.3 Umat yang telah mendaftar sahaja yang di benarkan hadir dalam sesuatu Perayaan Misa/Liturgi Sabda yang dijalankan.

7.4 Kaunter Saringan Kesihatan hendaklah merekod butiran yang hadir seperti Nama, Nombor Telefon, Nama KUK, bacaan Suhu Badan dan mengenakan Cecair Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer) kepada umat dan memastikan umat memakai Penutup hidung dan mulut (Face Mask) sebelum masuk Gereja.

(5)

7.5 Semua Para-Pelayan seperti Pewarta, Pelayan Komuni, Warden, Sakristan, Koir, Komentator dan pelayan-pelayan yang lain perlu melakukan Saringan Suhu Badan, merekod butiran, menggunakan Cecair Pembasmi Kuman di Kaunter Saringan Kesihatan dan sentiasa memakai Penutup hidung dan mulut (Face Mask) kecuali apabila membaca.

7.6 Tidak ada perkumpulan sosial di pintu masuk Gereja atau diluar Gereja. 7.7 Semua umat masuk kedalam Gereja melalui Pintu utama dan perlu

mengikuti arahan para warden untuk tempat duduk yang tidak bertanda ( X ) di dalam Gereja. Semasa didalam Gereja umat perlu mengelakkan interaksi atau pergerakan yang tidak perlu.

7.8 Untuk mengelakkan kontek, koleksi harus dimasukkan ke dalam kotak yang diletakkan di pintu masuk Gereja ketika umat memasuki gereja. Umat juga digalakkan untuk memberi persembahan seperti Cecair Pembasmi Kuman, Penutup hidung dan mulut (Face Mask) dan sebagainya yang akan diletakkan oleh pembawa pada tempat yang tetapkan di belakang Gereja.

7.9 Tempat mengambil air suci (Holy Water) di Pintu masuk Gereja perlu dikeringkan dan disimpan dengan kain berwarna putih.

7.10 Sakristan yang menyediakan roti, air dan wain untuk dikonsekrasikan perlu mematuhi protokol kebersihan dan kesihatan yang betul.

7.11 Penerangan tentang SOP Perjalanan Misa akan diterangkan oleh Komentator 10 minit sebelum Misa bermula.

8. SEMASA MISA.

8.1 Semua umat perlu senantiasa memakai Penutup hidung dan mulut (Face Mask), kecuali Paderi atau Katekis yang memimpin Perayaan.

8.2 Tidak ada perarakkan Masuk dan tidak ada perarakkan membawa persembahan.

8.3 Tidak ada berjabat tangan semasa tanda perdamaian.

8.4 Aliran untuk menerima Komuni harus diarahkan sedemikian rupa sehingga tidak ada pertemuan umat. Mereka datang dari satu sisi dan pergi ke sisi lain selepas menerima Komuni. Jarak antara satu meter di antara satu sama yang lain harus dijaga ketika umat sedang maju untuk menerima komuni.

(6)

8.5 Paderi, Katekis dan Pelayan-Pelayan Komuni harus memakai Penutup hidung dan mulut (Face Mask) semasa memberikan Komuni.

8.6. Umat menerima Komuni melalui tangan dan memakannya dengan menaikkan Penutup muka sebelah bawah.

8.7. Para Pelayan Komuni, Katekis dan Paderi harus membersihkan tangan mereka (sanitasikan tangan) sebelum dan selepas memberikan Komuni. 9. SELEPAS MISA

9.1. Tidak ada sentuhan kepada patung dan pintu-pintu ketika umat dengan teratur keluar dari gereja.

9.2. Umat yang inginkan medal, rosari, patung dan bahan-bahan lain diberkati oleh Paderi harus berbaris berjauhan satu meter di tempat yang ditentukan oleh Komiti Gereja.

9.3. Tidak ada perhimpunan sosial di pintu masuk gereja. Warden akan memastikan tidak ada umat yang masih berada di perkarangan gereja selepas Misa.

9.4. Komiti Nyahkuman dan Komiti Kebersihan Gereja akan membersikan (sanitasikan) tempat duduk Gereja, sekiranya terdapat Misa kedua yang berikut, jurang masa sekurang-kurangnya satu hingga satu setengah jam bergantung pada keluasan Gereja.

9.5 Seluruh bangunan Gereja perlu di nyahkuman sekurang-kurangnya seminggu sekali.

9.6. Kebersihan Gereja dan perkarangannya harus dijaga.

9.7 Aktiviti makan dan minum selepas Misa adalah tidak dibenarkan. 10. KEPERLUAN SOP KERAJAAN

10.1 Semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Protokol harus menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mereka kembali menjalankan tugas.

10.2 Mereka yang menghidap penyakit kronik, warga emas (70 tahun ke atas) dan kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan menghadiri Misa. 10.3 Penggunaan tandas adalah terhad, untuk mengelakkan kesesakan.

(7)

10.5 Pengudaraan yang betul dan baik di Gereja harus dipastikan.

10.6 Para-Pelayan yang demam dan sakit tidak dibenarkan melakukan pelayanan.

10.7 Perkahwinan di Gereja tidak dibenarkan sehingga selepas 31 Julai 2020 (Ruj. JPN.KC: 163/15/2 klt3 [20])

10.8 Untuk upacara pengebumian di rumah, pemilik rumah mesti memastikan jarak sosial dilaksanakan. Orang ramai tidak boleh melebihi 20 orang pada setiap masa. Rekod mereka yang hadir harus diambil untuk tujuan perhubungan. Warga emas (70 tahun ke atas) tidak dibenarkan untuk hadir. Anggota keluarga yang mempunyai penyakit kronik seperti pesakit kencing manis, darah tinggi, kanser dan sebagainya tidak dibenarkan hadir. Penghormatan terakhir tidak dibenarkan.

10.9 Tidak lebih daripada 20 orang dibenarkan ke kuburan.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian mengenai pengetahuan mahasiswa Komunikasi dan Penyiaran Islam UIN Alauddin Makassar terhadap hoax di media sosial, diporoleh 58,5% memiliki pengetahuan yang

Data primer yang digunakan untuk penelitian ini berupa data hasil perekaman batimetrimenggunakan alat perum singlebeam echosounder Echotrac MKIII jenis ODOM dengan

Tujuan dari penelitian ini yaitu, untuk mendapatkan perencanaan sistem propulsi yang optimal untuk operasional pada Kapal RoRo Barge berdasarkan pilihan

Talli kur dapat dijadikan sebagai peluang usaha yang menjanjikan karena untuk memperoleh bahan sangat mudah, harga untuk mendapatkanya juga murah, keistimewaan

Tahap pertama peneliti merancangan alat untuk menyesuaikan berkas cahaya pada lengan sinar datang dengan lengan penerima berkas cahaya yang telah dibiaskan prisma,

Tabel 5.3 : Analisis Hambatan Operasionalisasi LAM-PTKes Daerah / Wilayah Hambatan Hambatan & Spesifikasi nya Kemung kinan timbul Sebab Tindakan Pencegahan

Hasil penelitian ini konsisten dengan penelitian terlebih dahulu yang telah dilakukan oleh (Nasution & Jonnergård, 2017b) yang menyatakan bahwa board diversity

Penempatan Mahasiswa KKN. Rancangan arsitektur perangkat lunak SPK Penempatan Mahasiswa KKN adalah sebagai berikut. Sistem Pendukung Keputusan untuk Penempatan Mahasiswa